Anda di halaman 1dari 3

NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR

SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH (ZON 2)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
‫الحمد هلل رب العلمين والصلوت والسالم على أشرف أألنبيإ والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين‬
Sejambak mawar seharum kasturi saya hulurkan buat saudara/i peneraju acara , deligasi
kehakiman , saudara/I penjaga masa seterusnya hadirin dan hadirat siding dewan pemacu
wawasan .
Cuba kita bertaakul sejenak dengan pengaplikasian akhlak Maharaja Meiji membina maruah
bangsa , kerana akhlak Mahatma Gandhi memerdekakan India , akhlak telah mengajar sekalian
anak watan tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa , maka benarlah kata Yusof Al-
Qardhawi kerana akhlak banyak bangsa menjadi dewasa . Maka percayalah kata-kata saya
Akhlak Sahabat Rasulullah Model Insan Cemerlang .
Akhlak dari segi istilah ulama adalah satu sifat yang tertanam di dalam jiwa yang daripadanya
timbul perbuatan-perbuatan yang diredhai . Sahabat rasulullah pula bermaksud mereka yang
hidup pada zaman baginda nabi dan menjadi rakan seperjuangan baginda . Frasa model insan
cemerlang pula saya taarifkan sebagai contoh teladan dalam melahirkan individu berminda
kelas pertama . Oleh itu akhlak sahabat rasulullah model insan cemerlang berkehendakkan kita
untuk menjadikan keperibadian yang ada pada diri sahabat sebagai suri teladan .
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pertama:Ketabahan Bilal Bin Rabah Asas Individu Berwawasan
Ahad , Ahad , Ahad . Kalimah tauhid inilah yang membasahi lidah sahabat nabi Bilal Bin Rabah
tatkala dirinya diheret dan disiksa mengelilingi Kota Mekah di Bawah terik mentari . Namun
sifat tabah dan keimanan telah merasuk jiwa Bilal lantas dirinya sedikitpun tidak berpaling
daripada mengesakn Allah sekaligus meningkatkan ketakwaan , Allah berfirman (Ali-Imran:102)
‫يأيها الذين ءامنوا اتقوا هللا حق تقاته‬
Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya
takwa
‫وال تموتن إال وأنتم مسلمون‬
Dan janganlah sesekali kalian mati melaihkan dalam keadaan memeluk agama islam
Hadirin , As-Syahid Ahmad Ammar Ahmad Azzam yang digelar syahid yang tertangguh menurut
ayahnya Tuan Hj Ahmad Azzam Abd Rahman berkata “apabila aku niatkan anakku ini untuk
Allah dan rasulnya perancangan Allah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku
membayangkan apa lagi untuk memahami dan tiada sebab untuk aku rasa kecewa” lalu
pemergian Ahmad Ammar diredhai sang keluarga dengan berbekalkan ketabahan walaupun
saat kematiannya jauh dari pandangan mata keluarga . Hari ini berapa ramai anak muda yang
telah menjadikan kisah Ahmad Ammar sebagai contoh sekaligus menjadikan sifat yang ada
pada Bilal Bin Rabah sebagai wahana dalam mencapai kejayaan .
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH (ZON 2)

Tegasnya:Ketabahan Bilal Bin Rabah Asas Individu Berwawasan .

Kedua:Kecintaan Abu Bakar Terhadap Rasulullah Lambang Insan Bermutu

Hadirin, sifat kasih dan sayang Abu Bakar Terhadap rasulullah terbukti apabila beliau sanggup
menggadaikan nyawanya dengan menutup lubang ular di Gua Thur sehinggakan mutiara
matanya jatuh di pipi baginda nabi oleh kerana peritnya menahan kesakitan . Patuhnya Abu
Bakar dapat dilihat apabila beliau mengiyakan segala kata-kata nabi termasuk dalam peristiwa
Israk Mikraj sehingga digelar As-Siddiq . Kita hari ini berbeza , rasa cinta kepada nabi perlu
dizahirkan dengan kata-kata mulia . Buktinya , program malam kedah berselawat yang diadakan
sempena ekspo muafakat negeri kedah pada 4 mac 2018 di Alor Setar Kedah . Program yang
dihadiri lebih 10 000 orang tersebut ternyata telah mampu melahirkan perasaan cinta yang
mendalam terhadap nabi yang akhirnya mewujudkan insan bermutu sebagaimana yang
ditonjolkan oleh Abu Bakar As-Siddiq . Bertepatan dengan firman Allah (Al-Ahzab:56)

‫يا ايها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما‬


Wahai orang-orang yang beriman , berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya .
Jelas terbukti kecintaan Abu Bakar lambang insan bermutu .

Ketiga:Ketegasan Umar Al-Khatab Peneraju Kegemilangan

Sikap ketegasan Umar Al-Khatab terbukti ketika beliau mengisytiharkan keislamannya secara
terang-terangan di hadapan khalayak ramai . Pemimpin berjiwa rakyat ini juga sanggup
menyamar sebagai rakyat marhaen untuk meninjau keadaan rakyatnya pada waktu malam .
Sabda nabi s.a.w

‫کلکم راع وکلکم مسؤل عن رعيته‬


Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas
kepimpinannya.
Hari ini keberanian Presiden Turki , Presiden recep Tayyip Erdogan terbukti apabila beliau
menggelar Benjamin Netanyahu yang merupakan perdana menteri Israel sebagai pengganas
yang telah menolak ‘pelajaran moral’ angkara susulan pertempuran maut di Gaza . “Wahai
Netanyahu ! Anda seorang penjajah dan kerana sifat penjajah itu , kamu berada di tanah itu .
Pada masa yang sama anda seorang pengganas”. Hadirin ternyata kata-kata Erdogan ini telah
mampu membuka mata dunia bahawa kebajikan orang islam bukan satu perkara yang perlu
NUR ARISYA AQILAH BT AHMAD NASIR
SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH (ZON 2)

dipandang sebelah mata . Begitulah Umar Al-Khatab yang mementingkan soal kebajikan
rakyatnya sekali gus mampu menerajui kegemilangan .
Tegasnya:Ketegasan Umar Al-Khatab Peneraju Kegemilangan

Keempat:Sikap Dermawan Uthman Bin Affan Teras Insan Bestari

Sikap dan keperibadian Saidina Uthman yang dermawan dan mulia terbukti apabila beliau telah
membeli sebuah sumur ‘Bir Raumah’ lantas mewakafkan bagi keperluan umat islam . Saidina
Uthman juga telah menginfakkan 100 ekor unta dagangan untuk masyarakat islam di Madinah
yang kesempitan makanan .

Allah berfirman(Al-Maidah:2)
‫وتعاونوا على البر والتقوى وال تعاونوا على اإلثم والعدوان‬
Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa dan janganlah tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan pergaduhan .
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary , seorang jutawan Malaysia telah menubuhkan Yayasan Al-
Bukhary yang berperanan membantu golongan miskin dan menyokong perkembangan seni dan
budaya islam . 2 Mac 2018 kerajaan Malaysia telah melantik badan NGO HALUAN bagi
menghantar bantuan kemanusiaan ke Rohingya yang jumlahnya melebihi RM100 000 . Oleh itu
sikap dermawan yang ditonjolkan oleh Uthman Bin Uffan ini perlu dijadikan sebagai contoh
teladan dalam mewujudkan individu yang bestari .
Jelaslah:Sikap Dermawan Uthman B Affan Model Insan Bestari

Konklusinya , sudah terbukti akhlak yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabat nabi sememangnya
mampu dijadikan sebagai suri teladan bagi melahirkan individu yang berminda kelas pertama .
Jelas tertera tatkala kita jadikan akhlak sebagai pegangan maka impaknya bangsa yang
dahulunya tertiarap dimamah kini bangkit tegak bermaruah . Selaku rakyat Malaysia suka untuk
saya katakan bahawa impian kita pada hari ini adalah untuk melahirkan bangsa yang cemerlang
, gemilang , dan terbilang bukan bangsa yang kecundang , pincang , dan terbuang .
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t
Sekian , terima kasih .

Anda mungkin juga menyukai