Anda di halaman 1dari 6

Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan

oleh

Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad

(Exco Pendidikan dan Penyelidikan,

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

(Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009


anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI)

Pendahuluan

Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan


kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya
diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-
mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam
perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa
mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal
direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan
tersebut.

Membangun sambil meroboh?

Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa
mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi
pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani
perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan
budaya ilmu dan pastinya yang dituntut dan menjadi tonggak utama
sesuatu tamadun itu ialah kekuatan budaya ilmu di kalangan generasi
mudanya.
Dalam keghairahan kita menyambut ulang tahun ke 52 kemerdekaan
negara Malaysia,jangan sampai kita mengabaikan aspek pembudayaan
ilmu di kalangan generasi muda Malaysia.Amat malang bagi masa depan
negara tercinta,Malaysia seandainya kita hanya sibuk membangunkan
aspek fizikal dan material semata-mata bahkan berbangga-bangga dengan
segala pencapaian lalu dan pada masa yang sama lupa untuk
membangunkan generasi muda kini.

Allahyarham Mohamad Natsir (Tokoh negarawan,pemikir,pendakwah dari


Indonesia) seringkali mengingatkan supaya ‘jangan sambil membangun
kita robohkan” – membangun gedung sambil merobohkan akhlak,
membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana
sambil memusnahkan lingkungan.

Persoalannya,apakah kita sudah membangunkan generasi muda Malaysia


dengan kekuatan budaya ilmu ataupun turut sama menyumbang kepada
usaha merobohkan generasi muda Malaysia?

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan

Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh


akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan
hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan
membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk
Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan
telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa
kini.

Menurut beliau,

’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah


menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi
kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada
apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua
tiga minggu tempoh peperiksaan .
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-
murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik
sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi
penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan
mencapai kecemerlangan peperiksaan.

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang
pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem
pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan
penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para
murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan
dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan
teori yang berkenaan.

Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian


oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu
diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui
agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus
peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh
gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam


oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran
atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan.

Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan


‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak
mahu lagi berfikir’.

Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan


pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta
ilmu dan ilmuwan,memiliki
tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti kampus universiti masa kini

Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti


dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang
akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan
mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset
.penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti

Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa


lebih banyak tertumpu kepada program-program berbentuk
hiburan,kebudayaan dan sukan semata-
mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan
hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak
kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang
tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan
universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan
.pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa

Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh

Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang(Naib Canselor Universiti Teknologi


Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-
’’,Inovasi

Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan


pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan
menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi
trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi
menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus
masa –

Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu


memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan
intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan
mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program
ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para
ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama
mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan
.universiti
Memperkasa tradisi intelektual anak muda

Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya


tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan
mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja
dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi
dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada
antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah
sebagai mentor atau naqib usrah tersebut.

Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh


terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan
hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan
pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya
mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat.

Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa


yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari
kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-
tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu
pengetahuan.

Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya


diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan
semua ini mampu dilakukan melalui kelompok kecil atau usrah mahasiswa
yang sistematik.

Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan


juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang usrah tersebut akan
lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti.

Sebelum berlangsungnya usrah tersebut,seseorang itu perlulah membuat


persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku
dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu
nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran.

Mahasiswa yang aktif menyertai usrah kelompok kecil ini nanti akhirnya
pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan
pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan
sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan.
Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang
mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.

Penutup

Generasi muda perlu terus memperkasakan dan memberi penekanan


kepada perjuangan pendidikan.Hanya dengan pendidikan ,perubahan yang
diimpikan itu mampu direalisasikan.Tradisi ilmu dan keintelektualan perlu
terus diperjuangkan dan segala usaha anti ilmu dan proses pembodohan
perlu ditentang dan dilawan.Biar kelihatan lambat dan memakan masa
yang panjang namun perjuangan pendidikan pasti akan melahirkan
perubahan kelak.

Anda mungkin juga menyukai