Anda di halaman 1dari 17

Kajian Tindakan – KRA 3013 1

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran


Membaca Dan Menjawikan Perkataan Rumi Murid Tahun 2 Dengan
Menggunaan Sifir Jawi, Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi Dan Jadual Kelompok
Huruf Jawi
Oleh:

Murni Binti Hashim

SK Raja Chulan, Desa Cempaka, Ipoh.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam penulisan dan
pembacaan jawi. Peserta kajian terdiri daripada sembilan orang murid Tahun 2 Cerdik
dan 2 Cemerlang kumpulan sederhana. Melalui ujian, dan pemerhatian, jelaslah murid-
murid ini mengalami masalah-masalah tersebut dan ianya menguatkan semangat saya untuk
mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu. Oleh yang demikian, kajian
tindakan ini dijalankan dengan tujuan mencari pendekatan terbaik menggunakan formula
yang paling mudah bagi membantu murid menulis jawi dengan menggunakan sifir jawi,
jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi. Dapatan kajian ini
menunjukkan murid-murid yang selama ini tidak tahu dan kurang tahu menulis perkataan
jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf jawi mampu melakukannya dengan penuh
keyakinan. Perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak yakin
kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Dapat dirumuskan, kemahiran
murid dapat ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan
tahap mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam pengajaran
dan pembelajaran bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah
menggilap kreativiti dan inovasi guru. Bahkan ianya turut membantu mengubah amalan
pengajaran saya dan seterusnya membantu mengubah persepsi murid bahawa mata
pelajaran jawi bukanlah satu mata pelajaran yang sukar. Untuk cadangan kajian lanjutan,
saya mencadangkan agar kaedah ini dapat diperluaskan dengan cara menggunakan sifir
jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi ini untuk menulis rumi
dalam jawi agar murid tidak terlalu bosan dan mampu menarik perhatian mereka.
Kajian Tindakan – KRA 3013 2

1.0 PENGENALAN

Seperti yang diketahui, tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang
penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi
digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga
surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran
wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. Namun kebelakangan ini, didapati penguasaan dan minat
masyarakat terhadap tulisan jawi berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada
hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga
menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana
soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, tulisan jawi diberi nafas
baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula
memperkenalkan jQAF di sekolah-sekolah rendah bertujuan untuk memantapkan tulisan jawi, al-
Quran dan fardhu ain. Murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan
kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan
tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata
pelajaran ini. Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur, suatu usaha yang bersepadu
secara berterusan harus dilakukan oleh guru bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan
tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi
ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan
untuk memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


3

Saya ditugaskan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di SK Raja Chulan hampir lapan
tahun. Pada awal tahun 2013, saya diamanahkan mengajar kelas 2 Cerdik dan 2 Cemerlang kumpulan
sederhana seramai 9 orang. Mereka bergabung kelas dan murid-murid ini dinilai berdasarkan
keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Secara purata, gred yang diperolehi oleh mereka dalam
Pelajaran Jawi ialah C- ke B-.

Apabila saya mengajar Pelajaran Jawi, saya telah mendedahkan kepada mereka mengenai huruf
hijaiyah dari huruf alif hingga huruf ya di dalam bahasa Melayu seperti huruf alif adalah untuk huruf
A dan begitulah seterusnya. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf
jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari
seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid,
mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi di
dalam kelas.

Dari segi pembacaan jawi kurang mendatangkan masalah, mereka boleh membaca walaupun
merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik
dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Namun, memang
tidak dapat dinafikan terdapat juga beberapa orang murid yang pintar dalam Pelajaran Jawi ini.

Oleh yang demikian, saya cuba merujuk permasalahan ini kepada rakan sekerja yang mengajar
murid pemulihan Jawi. Hasil dapatan daripada perbincangan tersebut, dapatlah saya simpulkan
bahawa pendekatan pengajaran yang saya lakukan untuk murid yang lemah terdapat beberapa
kelemahan. Ini kerana saya mengajar mereka sama tahap seperti saya mengajar murid yang boleh
menguasai dan juga seratus peratus mengikuti sukatan pelajaran yang dibekalkan tanpa melihat
kemampuan murid itu sendiri.

Kajian ini dilakukan adalah untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapat
menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2014. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuan dan
kelemahan murid-murid Tahun 2. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan
jawi di kalangan murid SK Raja Chulan dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan kemahiran
guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat
dimartabatkan semula dan menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini.
4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid diharap akan mencapai objektif berkenaan:

1 Mengenal, mengeja dan menyebut suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.

2 Menulis suku kata terbuka + terbuka dan terbuka + tertutup.

3.2 Objektif Khusus

1 Murid dapat membaca dan menjawikan beberapa perkataan dengan betul.

2 Membunyikan suku kata tertutup dan terbuka yang berkaitan.

3 Menyambung dan seteruskan menyebut perkataan.

4 Membina ayat dengan menggunakan kad perkataan suku kata.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian mengenai prestasi tulisan jawi telah banyak dijalankan. Ini bermakna kajian mengenai
tulisan jawi acap kali dijalankan bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi pencapaian dalam
5

Pelajaran Jawi di Malaysia ini. Hasil kebanyakkan kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa
hasil dapatan kajian berkenaan menunjukkan bahawa penguasaan tulisan jawi di kalangan murid Islam
masih berada pada tahap sederhana dan lemah. Antara kajian yang telah dirujuk ialah:

i. Abdul Halim Tamuri et-al (2004), dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar mendapati bahawa tahap
penguasaan tulisan jawi murid adalah sederhana (67.8%).

ii. Kajian Nik Hassan (2006), terhadap pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah daerah
Tuaran, Sabah mendapati bahawa skor min pelajar adalah 2.26.

iii. Kajian Asmawati Suhid et-al (2008), mendapati tahap penguasaan murid membaca dan menulis
perkataan mudah daripada suku kata tertutup adalah 49.2%, membaca dan menulis perkataan
mudah daripada suku kata tertutup adalah 57.9% dalam jawi.

iv. Sabariah (2011), mengetengahkan tentang prestasi menulis jawi 265 orang pelajar yang
mengambil mata pelajaran jawi (dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam) di IPG
Kampus Kent adalah sebanyak 57.2% memperolehi gred C dan D.

Oleh yang demikian itu, berdasarkan keempat-empat kajian literatur ini jelaslah bahawa Pelajaran
Jawi di sekolah masih lagi berprestasi rendah dan tahap penguasaan murid dalam tulisan jawi masih
perlu dikaji dan diberi perhatian yang sewajarnya bagi meningkatkan penguasaan murid-murid di
sekolah khasnya.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 4 orang murid daripada 9 orang murid Tahun 2 kumpulan sederhana.
Murid-murid ini seringkali tidak mampu mengingati penggunaan huruf jawi ke dalam rumi dan juga
6

tidak dapat membaca tulisan jawi dengan lancar dan lemah dalam menjawikan perkataan. Oleh itu,
saya akan menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut agar murid
dapat menguasainya walaupun dalam jangka masa yang singkat dan dapat mengingatinya dalam jangka
masa yang lama.

Murid yang terlibat adalah seperti berikut:

Bil Nama Murid Kurang Menguasai Tidak Menguasai

1 Muhammad Akif Akram /

2 Nor Mira Arzila /

3 Muhammad Alif Shazman /

4 Muhammad Amirul Afiq /

6.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab tiga soalan kajian berikut:


a) Adakah penggunaan jadual daftar ejaan jawi-rumi dapat membantu meningkatkan pencapaian
murid dalam menjawikan tulisan rumi?
b) Adakah penggunaan jadual sifir jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
menjawikan tulisan rumi?
c) Adakah penggunaan jadual kelompok huruf jawi dapat membantu meningkatkan pencapaian
murid dalam menyambungkan huruf jawi dengan betul?
d) Adakah penggunaan ketiga-tiga jadual ini dapat mengubah persepsi mereka terhadap Pelajaran
Jawi ini adalah sukar?
7.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan ialah:


7

1. Pemerhatian

Sikap dan tingkah laku dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Contohnya apabila saya mengutarakan persoalan mengenai huruf
wau boleh bersambung dengan huruf ya atau tidak? Terdapat murid yang menjawab ya dan
juga tidak.

2. Soal selidik / Temu bual

Soal selidik secara lisan kepada murid untuk mengetahui sama ada mereka boleh mengenal,
mengeja, menyebut, menulis serta menjawikan perkataan. Daripada temu buat tersebut,
keseluruhan murid meminati Pelajaran Jawi ini namun mengakui bahawa mereka tidak pandai
dalam menyambung huruf dan menjawikan perkataan. Mereka keliru.

3. Ujian Pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana murid boleh mengeja, menyambungkan
huruf dan menjawikan perkataan rumi. Hasil dapatannya, terdapat beberapa kesalahan dalam
menyambungkan huruf dan menjawikan dalam ujian itu.

4. Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjalankan aktiviti menjawikan perkataan serta
membina ayat ringkas berdasarkan perkataan.

5. Semakan buku nota / latihan / bahan edaran

Semakan buku nota dan latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid
dalam menguasai kemahiran berkenaan.

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Perancangan Tindakan


8

Saya menjalankan kajian tindakan ini selama beberapa hari sehingga memakan masa selama
tiga minggu. Idea penggunaan kesemua jadual ini iaitu jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan jawi-rumi
serta jadual kelompok huruf jawi ini wujud apabila saya melihat cara pengajaran dan latihan yang
diberinya kepada murid-murid pemulihan Jawi dan ianya memberangsangkan murid-muridnya. Beliau
ialah rakan sekerja saya iaitu Siti Mariam bt Mat (2013).

Oleh itu, saya menyediakan dan menghasilkan beberapa jadual tersebut. Jadual daftar ejaan
jawi-rumi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian huruf konsonan dan bahagian huruf vokal.
Ianya diasingkan bagi memudahkan murid untuk membezakannya. Bagi jadual sifir jawi ianya adalah
sebutan bunyi vokal iaitu a, e, i, o, u. Contohnya ‫ ب‬ba, ‫ بي‬bi, ‫ بو‬bu, ‫ ب‬be, ‫ بي‬be, ‫ بو‬bo. Manakala jadual
kelompok jawi pula disediakan bagi mengasingkan huruf yang boleh disambung dan tidak. Ianya
dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kelompok 1 - huruf yang tidak boleh disambung selepasnya,
kelompok 2 – huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya kecuali beberapa perkataan
pinjaman Bahasa Inggeris (teks, sains, dan lain-lain) dan kelompok 3 – huruf yang tidak boleh
disambung sebelum dan selepasnya. Saya menggunakan ketiga-tiga jadual ini kerana ianya sebenarnya
adalah bersangkutan atau ada perkaitan antara satu sama lain. Ketiga-tiga jadual ini adalah seperti
lampiran 1, 2 dan 3.

8.2 Pelaksanaan Tindakan

Saya mengedarkan kesemua jadual berkaitan kepada murid-murid dan meminta mereka
menampalkannya di dalam buku tulis mereka bagi memudahkan mereka sentiasa merujuknya.

8.2.1 Jadual Kelompok Jawi (Menyambungkan huruf)

Saya memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan dipadankan dengan sambungannya. Namun
begitu, saya tidak memperkenalkan satu per satu huruf tersebut dan hanya memberi beberapa contoh
sahaja. Murid-murid ini merujuk kepada jadual kelompok jawi. Kaedah yang digunakan ialah:

i. Mengeja. Terus menyebut nama huruf dan sebut perkataan dan ianya tiada aktiviti mengeja
berdasarkan suku kata. Saya turut membantu mengeja kerana terdapat beberapa orang murid
yang terkeliru.
9

ii. Melatih menulis dan membaca. Murid-murid diminta menyalin petikan daripada buku teks.
Tujuannya adalah sebagai memperkenal dan mendedahkan kepada murid-murid huruf-huruf
yang boleh disambung sebelum dan selepasnya, huruf yang tidak boleh disambung selepasnya
dan juga huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.

iii. Peneguhan. Saya menyediakan latihan 1 sebagai teknik bagi langkah peneguhan berbentuk
analisis dan sintesis. Contohnya:

a. Analisis

‫موريد‬ ‫موريد‬
b. Sintesis

‫قاموس‬ ‫قاموس‬
8.2.2 Jadual Sifir Jawi (Membunyikan huruf vokal)

Kaedah bunyi adalah sesuai digunakan untuk mengajar sistem ejaan jawi dan suku kata sama
ada terbuka atau tertutup. Kaedah yang digunakan ialah:

i. Kaedah huruf atau abjad. Memperkenalkan kepada murid 36 huruf yang terdapat dalam
abjad jawi iaitu alif hingga ya. Kemudian meminta murid menghafaz setiap lambang abjad dan
melafazkan bunyinya. Contohnya ‫( ت‬ta) ,‫( ب‬ba), ‫( ا‬alif). Seterusnya setelah murid mengenali
atau mengecam abjad tersebut, saya mengasingkan pula huruf vokal daripada senarai abjad
dengan membulatkan huruf berkenaan dan meminta murid melafazkan bunyinya.

ii. Kaedah suku kata. Kemudian, murid diajar membina perkataan menerusi proses
penggabungan bunyi-bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan. Contohnya: ‫ تو ساتو‬+ ‫سا‬

8.2.3 Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi

Murid-murid menggunakan jadual daftar ejaan jawi-rumi dengan merujuk persamaan huruf.
Contohnya “‫“ سنتق‬, murid akan mencari pasangan huruf tersebut dan menulisnya di kertas yang
disediakan. Huruf yang dijumpainya ialah “sntk”. Setelah itu, mereka perlu meletakkan huruf vokal
10

yang tercicir. Dalam pencarian ini juga murid boleh merujuk kepada sifir jawi untuk mencari bunyi
vokal tersebut. Namun begitu, dalam sistem ejaan jawi terutamanya penggunaan vokal ‘a’ iaitu huruf
‘alif’ mempunyai peraturannya yang tertentu. Huruf ini terkadang ada pada ejaan terkadang perlu
digugurkan pada ejaan. Untuk sebab inilah saya memberi bimbingan awal kepada murid-murid
mengenai fomula ejaan yang mengandungi huruf ‘a’ agar mereka memahami konsep atau formula yang
digunakan.

Untuk mengelakkan kekeliruan murid-murid, saya telah memberi pilihan huruf kepada mereka
iaitu huruf ‘a’ dan ‘e’. Setelah itu, barulah mereka melangkapkan jawapan pada lembaran kerja yang
disediakan.

Pelaksanaan tindakan kajian saya bermula pada 4 April 2013 hingga 22 April 2013. Sebelum
menjalankan kajian secara menyeluruh, saya terlebih dahulu memberi mereka ujian pengesanan bagi
menguji tahap pengetahuan mereka. Seterusnya saya turut memberi mereka buku latihan gemilang
jawi yang mengandungi huruf tunggal, huruf yang disambung pada awal, tengah dan akhir,
menyambungkan huruf serta menjawikan perkataan. Jadual 1 menunjukkan rekod pemberian latihan
bertulis sepanjang kajian saya dijalankan.

Jadual 1. Rekod pemberian latihan bertulis

Bil Tarikh Catatan


1 4 April 2013 Ujian Pengesanan (Sebelum Kajian dilakukan)
2 10 April 2013 Latihan 1
3 11 April 2013 Latihan 2
4 15 April 2013 Latihan 3
5 18 April 2013 Latihan 4
6 22 April 2013 Ujian Penilaian

9.0 MENGANALISIS DATA

9.1 Analisis Data Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian.


11

Hasil dapatan Ujian Pengesanan dan Ujian Penilaian yang telah dijalankan dianalisis,
menunjukkan ada peningkatan dalam pencapaian mereka. Peningkatan markah yang ketara ini amat
memberangsangkan dan menunjukkan bahawa mereka dapat menterjemahkan tulisan jawi dengan
betul dan boleh menyambung huruf dengan betul serta tidak berdepan dengan masalah berkaitan
dengan isu ini lagi.

10.0 REFLEKSI KAJIAN

Hasil keseluruhan kajian ini mendapati bahawa penggunaan jadual sifir jawi, jadual daftar ejaan
jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi tersebut terhadap murid-murid kumpulan sederhana ini
dapat meningkatkan pemahaman mereka dari segi konsep dan formula dalam penulisan jawi. Selain
itu, mereka dapat menyambungkan huruf-huruf jawi dengan baik walaupun terkadang bentuk huruf
salah tulis. Bahkan apa yang penting, tanggapan susah bagi mereka mula berubah. Setelah bersama-
sama dengan murid menjalankan kajian ini, perubahan sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan
dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali. Ini secara tidak langsung
dapat memotivasikan murid yakin bahawa sesukar mana pun sesuatu topik jika dipelajari dengan teknik
yang betul ia akan menjadi mudah dan seronok dipelajari. Kemahiran mengeja, membaca dan menulis
mereka sebenarnya masih boleh dipertingkatkan asalkan mereka berusaha dan guru ada sebagai
pembimbingnya.

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga
menunjukkan peningkatan yang positif. Murid juga berkeyakinan dalam memberi respon pengajaran
guru terutamanya mengeja, menyebut perkataan, dan menjawikan. Walaupun begitu, masih terdapat
murid lemah dalam menjawikan perkataan, terdapat beberapa orang murid tidak dapat menjawikan
dengan betul sesetengah perkataan. Kajian yang dilaksanakan memberikan gambaran bahawa
sebenarnya murid-murid ini berpotensi untuk menguasai . Seramai 3 orang daripada 4 orang telah
dapat menguasai ejaan, menyebut, menjawikan dan membina perkataan dengan betul.

Sebagai seorang guru yang mempunyai sedikit pengalaman, saya akui kajian ini banyak
membantu saya dalam melengkapkan lagi diri dengan nilai-nilai profesionalisme. Keperihatinan guru
amat penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Menyedari betapa pentingnya aspek
12

ini, maka saya akan terus berusaha dan menambah ilmu pengetahuan bagi menambahbaik teknik dan
amalan pengajaran saya. Saya juga sedar bahawa perancangan yang teliti dapat membantu saya
menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar dan teratur di samping menyediakan atau
merancang aktiviti yang berkesan dan menyeronokkan murid.

11.0 CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk meneruskan kajian tindakan seterusnya adalah seperti berikut:

1 Pengajaran secara individu perlu kerap dilaksanakan agar murid yang tidak menguasai dapat
menguasai topik dengan baik;

2 Penggunakan perisian dan alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat murid.

12.0 PENUTUP

Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja,
namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan penggunaan jadual sifir jawi,
jadual daftar ejaan jawi-rumi serta jadual kelompok huruf jawi dalam membantu meningkatkan
kefahaman murid berkaitan dengan penulisan jawi. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi
bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa pentingnya
penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dan
memberi kesan yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada mereka.
Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah
dengan sebaik mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat.

Lampiran 1

Jadual Daftar Ejaan Jawi-Rumi


13

‫ر‬ ‫ڤ‬ ‫چ‬ ‫ج‬ ‫ڬ‬ ‫ب‬ ‫ع‬


R P C J G B A

‫ۏ‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ف ق‬


V N M L W K/Q F

‫ڽ ك\ ء ت\ ط ز\ ظ س\ ص د\ ض ح\ ه‬
H D S Z T K NY

‫ڠ‬ ‫ى‬ ‫غ‬ ‫ذ‬ ‫خ‬ ‫ش ث‬


NG YE GH DH KH TH SY

‫اي‬ ‫او‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫ا‬


AI/I U/O I/E U/O A/E

Lampiran 2 Jadual Sifir Jawi

‫او‬ o ‫اي‬ e ‫ا‬ e ‫او‬ u ‫اي‬ i ‫ا‬ a ‫ا‬


14

‫بو‬ bo ‫بي‬ be ‫ب‬ be ‫بو‬ bu ‫بي‬ bi ‫با‬ ba ‫ب‬


‫تو‬ to ‫تي‬ te ‫ت‬ te ‫تو‬ tu ‫تي‬ ti ‫تا‬ ta ‫ت‬
‫جو‬ jo ‫جي‬ je ‫ج‬ je ‫جو‬ ju ‫جي‬ ji ‫جا‬ ja ‫ج‬
‫چو‬ co ‫چي‬ ce ‫چ‬ ce ‫چو‬ cu ‫چي‬ ci ‫چا‬ ca ‫چ‬
‫دو‬ do ‫دي‬ de ‫د‬ de ‫دو‬ du ‫دي‬ di ‫دا‬ da ‫د‬
‫رو‬ ro ‫ري‬ re ‫ر‬ re ‫رو‬ ru ‫ري‬ ri ‫را‬ ra ‫ر‬
‫سو‬ so ‫سي‬ se ‫س‬ se ‫سو‬ su ‫سي‬ si ‫سا‬ sa ‫س‬
‫ڠو‬ ngo ‫ڠي‬ nge ‫ڠ‬ nge ‫ڠو‬ ngu ‫ڠي‬ ngi ‫ڠا‬ nga ‫ڠ‬
‫فو‬ lo ‫في‬ fe ‫ف‬ fe ‫فو‬ fu ‫في‬ fi ‫فا‬ fa ‫ف‬
‫ڤو‬ po ‫ڤو‬ pe ‫ڤ‬ pe ‫ڤو‬ pu ‫ڤو‬ pi ‫ڤا‬ pa ‫ڤ‬
‫كو‬ ko ‫كو‬ ke ‫ك‬ ke ‫كو‬ ku ‫كو‬ ki ‫كا‬ ka ‫ك‬
‫ڬو‬ go ‫ڬي‬ ge ‫ڬ‬ ge ‫ڬو‬ gu ‫ڬي‬ gi ‫ڬا‬ ga ‫ڬ‬
‫لو‬ lo ‫لي‬ le ‫ل‬ le ‫لو‬ lu ‫لي‬ li ‫ال‬ la ‫ل‬
‫مو‬ mo ‫مي‬ me ‫م‬ me ‫مو‬ mu ‫مي‬ mi ‫ما‬ ma ‫م‬
‫نو‬ no ‫ني‬ ne ‫ن‬ ne ‫نو‬ nu ‫ني‬ ni ‫نا‬ na ‫ن‬
‫وو‬ wo ‫وي‬ we ‫و‬ we ‫وو‬ wu ‫وي‬ wi ‫وا‬ wa ‫و‬
‫ۏو‬ vo ‫ۏي‬ ve ‫ۏ‬ ve ‫ۏو‬ vu ‫ۏي‬ vi ‫ۏا‬ va ‫ۏ‬
‫هو‬ ho ‫هو‬ he ‫ه‬ he ‫هو‬ hu ‫هو‬ hi ‫ها‬ ha ‫ه‬
‫يو‬ yo ‫يو‬ ye ‫ي‬ ye ‫يو‬ yu ‫يو‬ yi ‫يا‬ ya ‫ي‬
‫ڽو‬ nyo ‫ڽو‬ nye ‫ڽ‬ nye ‫ڽو‬ nyu ‫ڽو‬ nyi ‫ڽا‬ nya ‫ڽ‬
Lampiran 3

Jadual Kelompok Huruf Jawi


15

Kelompok 1 – Huruf yang tidak boleh disambung selepasnya.

‫ى‬ ‫ۏ‬ ‫و‬ ‫ز‬ ‫ر‬ ‫ذ‬ ‫د‬ ‫ة‬ ‫ا‬

Kelompok 2 – Huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya kecuali beberapa perkataan
pinjaman Bahasa Inggeris (teks, sains)

‫ش‬ ‫س‬ ‫خ‬ ‫ح‬ ‫چ‬ ‫ج‬ ‫ث‬ ‫ت‬ ‫ب‬


‫ڤ‬ ‫ف‬ ‫ڠ‬ ‫غ‬ ‫ع‬ ‫ظ‬ ‫ط‬ ‫ض‬ ‫ص‬
‫ڽ‬ ‫ي‬ ‫ه‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ڬ‬ ‫ك‬ ‫ق‬

Kelompok 3 – Huruf yang tidak boleh disambung sebelum dan selepasnya.

‫ء‬

RUJUKAN:
16

Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Suppiah Nachippan (2008). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Halim Tamuri et al. (2004). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke
atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan JAPIM.

Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian
Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG.

Boon Pong Ying et al (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar.

Buku Panduan Kursus Transformasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2011). Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Buku Prosiding, Konvensyen Kajian Tindakan 2009. Sektor Pengurusan Akademik. Jabatan Pelajaran
Perak.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Islam Tahun 2 (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hajah Mariah bt Mansur, et.al (2010). Panduan Mudah Jawi. PEKDIS Malaysia Cawangan Johor.
Johor Darul Takzim.
17

Khalid bin Johari. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan : Konsep dan prosedur. Selangor Darul
Ehsan: Pearson Malaysia.

Mak Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Matlob. (2002). Siri Bimbingan Cerdik Pandai Jawi. Selangor Darul Ehsan.

Mohd Nasir Arsyad et al. (2011). Pendidikan Islam Tahun 2-Buku Teks. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nik Hassan Bin Seman (2006), “Pengaruh Motivasi dan Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap
Kemahiran Menulis Jawi” (Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Sekolah Pendidikan dan
Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah).

Sabariah Binti Bahrun (2011), Perkembangan Tulisan Jawi di Malaysia. Prosiding Konferensi
Antarabangsa Islam Borneo, Universiti Mulawarman, Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai