Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Tauhu Sumedang B.P Enterprise merupakan perniagaan berbentuk Milikan Tunggal


yang dimiliki oleh Sofi Aslam. Perniagaan ini akan dijangka beroperasi pada 9 Mac 2019 dan
memenuhi permintaan dalam bidang makanan terutamanya di kawasan Bandar Penawar, Kota
Tinggi, Johor. Antara produk makanan yang dihasilkan adalah berasaskan tauhu dan tauhu ini
dihasil sendiri daripada Kilang Tauhu Sumedang Chombee (Bio Vital Marketing). Lokasi
perniagaan berada di No.8, Jalan Dato Jaafar 24 Taman Mutiara Desaru, 81930 Bandar
Penawar, Johor. Selain itu, perniagaan Sofi Aslam juga mengeluarkan produk selain dari tauhu
iaitu Air Soya, Sambal dan sebagainya. Produk ini juga berasaskan kacang soya dan
sebagainya. Dengan adanya pelbagai produk dapat mengembangkan lagi perniagaan dan
dapat berdaya saing dengan perniagaan lain.

Perniagaan ini telah diasaskan oleh Sofi Aslam dan mempunyai lima orang staf. Sofi Aslam
memilih perniagaan ini kerana berminat dengan perniagaan dan ingin mencuburi bidang
perniagaan berasaskan tauhu. Selain dari minat, Sofi Aslam memilih perniagaan ini kerana
lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan pantai, malah lokasi yang menjadi tumpuan
pelancongan dan penduduk tempatan juga berpendapatan sederhana. Faktor pemilihan
seterusnya memilih perniagaan ini kerana sumber kemudahan mudah untuk memperolehi. Di
samping itu juga perniagaan ini dilihat mempunyai potensi daya maju yang tinggi berdasarkan
keperluan manusia pada masa kini. Manusia juga menjadikan tauhu sebagai makanan
tradisional dan menjadi makanan kehendak atas permintaan manusia. Dalam pada itu,
perniagaan akan ditubuhkan dan peluang untuk memperkenalkan produk ini lebih meluas.
Tujuan

Tujuan perniagaan Tauhu Sumedang BP ini adalah untuk meningkatkan inovasi dalam sektor
pertanian sebagai garis panduan untuk menguruskan perniagaan dengan berkesan dan cekap.
Keunikan dalam perniagaan ini adalah untuk mendapatkan keuntungan dan memenuhi segala
permintaa pelanggan.

Tujuan pembangunan perniagaan ini untuk memfokuskan tauhu halal dengan pelbagai jenis
fasa dan keunikannya yang tersendiri. Tambahan pula, diharapkan masyarakat di Malaysia
akan memilih produk yang dihasilkan oleh Tauhu Sumedang BP dan menjadikannya makanan
yang terkenal diperingkat antarabangsa. Kertas kerja ini juga merupakan satu kerja untuk
mendapatkan pinjaman atau bantuan dari segi kewangan dan institusi kewangan yang terlibat
di dalam projek ini ialah FAMA.
Analisis SWOT Perniagaan Tauhu Sumedang.

KEKUATAN KELEMAHAN

 Menghasilkan makanan yang sihat.  Masih kekurangan pekerja.


 Menawarkan harga yang berpatutan.  Tauhu tidak dapat disimpan terlalu lama.
 Mempunyai pekerja yang mahir.  Tidak mempunyai pelanggan yang tetap.
 Menawarkan pelbagai jenis tauhu.  Kekurangan idea dan strategi untuk
memajukan bisnes.

PELUANG ANCAMAN

 Lokasi yang strategik.  Banyak pesaingan yang berdekatan di tempat


 Mempunyai pasaran yang luas untuk perniagaan.
dikomersialkan.  Dikenakan cukai perniagaan yang tinggi.
 Kawasan yang mempunyai ramai penduduk  Kos bahan mentah meningkat.
melayu yang merupakan sasaran utama  Persaingan yang baru dalam perniagaan.
perniagaan ini.

Anda mungkin juga menyukai