Anda di halaman 1dari 2

SYARAT PERJANJIAN DNUSANTARA HOMESTAY

NO 7 JALAN PRIMA5/2, NUSANTARA PRIMA, ISKANDAR PUTERI, 79200, JOHOR


Antara Tuan Rumah dan Penyewa

Terma dan Syarat

Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara D’nusantara Homestay dengan
penyewa-penyewa (seterusnya disebut penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk
sewa tempat tinggal dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di D’nusantara Homestay.

Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca Terma dan Syarat ini. Kontrak ini merupakan syarat
tambahan kepada bayaran deposit penyewa.

Bayaran yang dibayar oleh penyewa hendaklah ditulis dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh pihak
D’nusantara Homestay. Sekiranya tiada bayaran tambahan dikenakan, penyewa dikehendaki membayar
sewa mengikut kadar sewa asas yang telah dipersetujui antara penyewa dan D’nusantara Homestay.

Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.

Deposit yang dibayar sebanyak RM500 tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku sebarang kerosakan
dan kehilangan peralatan di dalam homestay ini. Bayaran tambahan kehilangan atau kerosakkan akan
dikenakan jika melebihi nilai deposit .

Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci. Resit
bayaran akan diberikan oleh pihak D’nusantara Homestay.

Daftar masuk bermula pukul 3.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Daftar
keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.

Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di D’nusantara Homestay adalah di
bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis
adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada
pihak pengurusan D’nusantara Homestay akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan
tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.

Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan
rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak D’nusantara Homestay tidak akan
bertanggungjawab atas kerugian hartabenda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci kediaman.

Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan
berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa
dikehendaki membayar ganti rugi.

Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang
makan dan dapur).

Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.

Semua kegiatan tidak bermoral termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis. Kegagalan
mematuhi larangan boleh menyebabkan pihak pengurusan D’nusantara Homestay membatalkan
penginapan dan tiada bayaran kembali akan dibuat.

Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.


Stor hendaklah sentiasa dikunci kerana penyimpanan peralatan-peralatan yang tidak digunakan oleh
penyewa.

D’nusantara Homestay berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa
ke semasa tanpa notis pemberitahuan.

Berikut merupakan peralatan yang berada di dalam kediaman homestay Dnusantara.

Bil Peralatan Bilangan (Unit) kedudukan


1. Katil 4 Setiap bilik
2. Tilam 4 Setiap Bilik
3. Bantal 12 Setiap bilik
4. Rak buku 4 Setiap bilik
5. Ampaian baju 3 3 bilik
6. Meja sisi 1 1 bilik
7. Set sofa 1 Ruang tamu
8. Meja kopi besa 1 Ruang tamu
9. Meja kopi kecil 2 Ruang tamu
10. Televisyen lcd 32 inci 1 Ruang tamu
11. Konsol table 1 Ruang tamu
12. Rak tv 1 Ruang tamu
13. Cermin 5 4 bilik 1 ruang tamu
14 Carpet 2 Ruang tamu
15 Set meja makan dan kerusi 1 Ruang tamu
16. Meja side 1 Ruang tamu
17 Meja dapur 1 Dapur
18. Tong gas 1 Dapur
19. Kettle 1 Dapur
20. Dapur gas 1 Dapur
21. Rak pinggan 1 Dapur
22. Peti ais 1 Dapur
23. Mesin basuh 1 Dapur
24. Alas kaki 4 Bilk dan dapur
25. Set pinggan dan cawan Dapur
26. Kipas stand 1 Ruang tamu
27. Aircond 2 bilik
28. Kipas dinding 5 Bilik dan ruang tamu
29 Iron board 1 Bilik
30. Board 1 bilik
Cadar Setiap bilik
Conforter

Kami bersetuju dan sedia menerima perjanjian ini dan tuan rumah berhak untuk tidak memulangkan
balik deposit yang telah ditetapkan dan bayaran tambahan kehilangan atau kerosakkan akan dikenakan
jika melebihi nilai deposit sekiranya peralatan dan kerosakkan berlaku semasa kami menyewa di
homestay ini. Bayaran sewa sebulan adalah RM_____________ dan bayaran deposit RM__________.

Yang benar

………………………………………..
( )
Nama penyewa
Nama syarikat

Anda mungkin juga menyukai