Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS4203
KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN 3

2.0 FAKTOR MEMBERI KESAN KEPADA KESIHATAN 4

KANAK-KANAK

3.0 NUTRISI, VITAMIN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK 5

4.0 KESIMPULAN 7

BAHAGIAN 2

1.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK 8

2.0 DIET KANAK-KANAK DAN TABIAT MAKAN KELUARGA 8

3.0 CADANGAN 9

4.0 KESIMPULAN 10

RUJUKAN 11

2
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Masalah kesihatan di dunia kini mengalami revolusi. Jika dahulu kebanyakan masyarakat
mengalami masalah kekurangan zat galian dan vitamin tetapi hakikat hari ini telah berubah di
mana masyarakat mengalami masalah kesihatan disebabkan terlebih makan dan seterusnya
berlanjutan kepada masalah lebihan kolesterol, lebihan gula dan kegemukan. Hampir 350 juta
orang dewasa di seluruh dunia dilaporkan menghidap diabetes, iaitu dua kali ganda sejak
1980, berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet bertarikh 25 Jun
2011.

Saintis dari Kolej Imperial London dan Universiti Harvard menganalisis gula dalam darah 2.7
juta orang berumur 25 tahun ke atas di seluruh dunia dan menggunakan keputusan itu untuk
menganggarkan jumlah pesakit diabetes. Kajian itu menyatakan jumlah penghidap diabetes
meningkat dua kali ganda dari 153 juta orang pada 1980 kepada 347 juta orang pada 2008.
Tahap gula yang tinggi dalam darah dan diabetes membunuh tiga juta orang di seluruh dunia
setiap tahun.

Pengkaji kajian itu berkata, dua faktor utama yang mengakibatkan peningkatan penghidap
diabetes adalah hidup yang lama dan berat badan berlebihan atau lebih dikenali dengan
obesiti. Obesiti juga merupakan satu masalah kesihatan yang amat serius. Lebih dari 1 billion
penduduk dunia gemuk. Obesiti adalah masalah kesihatan, bukan tanda kekayaan. Ramai
orang dewasa dan kanak-kanak gemuk. Kanak-kanak dan remaja sekarang lebih gemuk dari
dahulu. Ia berbeza dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol yang menurun di kebanyakan
rantau.

Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh sejak daripada kita kecil lagi. Ia
juga membantu menguatkan sistem imun pada masa kini dan masa hadapan serta menguatkan
sistem daya ketahanan semula jadi tubuh badan. Nikmat kepelbagaian sumber makanan yang
dianugerahkan Allah memerlukan kebijaksanaan seseorang individu untuk memilih makanan
agar tidak mencampakkan dirinya dalam kebinasaan. Pemakanan memainkan peranan
penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Kita pernah mendengar
pepatah Inggeris yang menyatakan ‘We Are What We Eat’ yang bermaksud kita adalah apa
yang kita makan. Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita seharusnya mengamalkan makan
secara sihat dan seimbang.

3
Dalam tugasan ini, factor yang memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak dan
kepentingan nutrient dan vitamin kepada kesihatan kanak-kanak akan dihuraikan dan
dibincangkan. Selain itu, seorang kanak-kanak akan diperhatikan berkaitan diet kanak-kanak
tersebut dan tabiat makan keluarganya.

2.0 FAKTOR MEMBERI KESAN KEPADA KESIHATAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang bermasalah kesihatan juga tergolong dalam kumpulan kanak-kanak


berkeperluan khas. Ini adalah kerana masalah kesihatan yang dialami oleh mereka ini
mengganggu pelaksanaan aktiviti harian mereka, dan sudah tentu termasuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kanak- kanak berkeperluan khas daripada segi masalah kesihatan
merupakan mereka yang memerlukan bantuan tambahan disebabkan oleh masalah berkaitan
dengan perubatan, emosi, dan pembelajaran. Mereka mungkin memerlukan rawatan
perubatan, terapi, atau bantuan tambahan di sekolah (contoh: kerusi roda, ramps, bas khas,
dan lain-lain.). Kanak-kanak yang mengidap penyakit tertentu seperti sawan, kencing manis,
cerebral palsy, dan sebagainya mempunyai keperluan perubatan untuk membantu mereka
menjalani aktiviti harian. Kanak- kanak yang mengidap Down syndrome mempunyai
keperluan khas untuk belajar. Terdapat juga kanak-kanak bekerluan khas yang mungkin tidak
dapat dikenal pasti dengan senang melainkan anda mengenalinya secara dekat (contoh:
mereka yang mengalami tahap kerisauan (anxiety) yang tinggi.

Setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Justeru
itu, sudah pastilah anak-anak disediakan dengan makanan yang berkhasiat. Pada umur awal
tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini
kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai
selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan. Ia adalah lumrah dalam perkembangan
awal kanak-kanak. Mungkin disebabkan faktor ini, ibu bapa memanjakan anak-anak dengan
memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang
diperlukan. Akhirnya mereka gagal untuk mengawal pemakanan malah anak-anak cenderung
untuk mengambil makanan secara berlebihan. Tidak mustahil, makanan tersebut juga tidak
berkhasiat dan tidak sesuai untuk mereka akhirnya akan menyumbang kepada masalah
obesity.

Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah
kesihatan seperti obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran
tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka

4
juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan
secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti
kanak-kanak. Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada
ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan
anak-anak mengikut acuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, kita tidak boleh
menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes.
Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak,
roti canai, teh tarik dan makanan segera yang lain juga menyumbang kepada masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak.

Corak pemakanan sebegini memberi contoh kepada anak-anak. Namun begitu, ia tidak
menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar
jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan.
Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak
dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan
pegambilannya. Pokok pangkalnya adalah pendidikan daripada ibu bapa yang menentukan
corak pemakanan mereka. Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan
makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan
segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi
satu budaya dalam sesebuah keluarga. Begitu juga dengan pengaruh persekitaran seperti
rakan sebaya dan media massa memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada
permasalahan obesiti kanak-kanak.

Tuntasnya, faktor pemakanan merupakan faktor terbesar yang menyumbang kepada keadaan
kesihatan kanak-kanak. Bermula dengan obesiti, di ikuti dengan pelbagai penyakit lain yang
akan mengganggu perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

3.0 NUTRISI, VITAMIN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK

Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menikmati kehidupan
sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan nutrisi atau pemakanan seseorang kerana
pemakanan yang sesuai menghasilkan kesihatan atau menyebabkan penyakit. Tumbesaran
dan perkembangan yang optimum bukan sahaja bergantung pada nutrisi yang baik, senaman
yang mencukupi dan rehat, tetapi juga kebersihan. Tabiat kita dalam pemakanan dan senaman
mempengaruhi rupa bentuk atau saiz fizikal serta menentukan tahap kesihatan kita. Kanak-
kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang

5
muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat
baik sepanjang hidup mereka.

Mengapakah kanak-kanak memerlukan nutrisi lengkap? Berikut merupakan sebab-sebabnya.

1. Perkembangan Minda dan Intelektual

Perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak akan terganggu jika jumlah
pengambilan nutrien harian mereka tidak mencukupi. Oleh sebab itu, tumbesaran kanak-
kanak dari segi fizikal termasuklah mata, minda dan pertumbuhan fizikal seperti tulang
belakang dan sebagainya juga akan terganggu. Proses pembelajaran juga boleh terjejas
disebabkan keperluan nutrisi mereka yang tidak lengkap. Semua ini adalah satu proses
pembesaran bagi kanak-kanak dari umur satu hingga tujuh tahun.

2. Perkembangan Mental dan Fizikal

Bagaimana kalau kanak-kanak mengambil hanya satu nutrien sahaja? Sebagai contoh, anak
suka makan ayam goreng sahaja. Ini bermakna hanya protein sahaja yang masuk ke dalam
tubuh badan kanak-kanak tersebut. Maka perkembangan mental dan fizikal yang terbaik tidak
dapat dihasilkan melalui dengan hanya pengambilan satu nutrien sahaja. Ia perlukan
gabungan nutrisi dan zat makanan yang seimbang bagi menyokong perkembangan
keseluruhan anak kita.

3, Pembentukan Tulang

Sumber terbaik yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk perkembangan fizikal mereka
adalah kalsium dan vitamin D. Ia sangat penting untuk menyokong pembentukan tulang yang
kuat, sihat dan sempurna. Sumber kalsium boleh didapati daripada produk tenusu, yogurt atau
cheese manakala sumber vitamin D semulajadi adalah daripada matahari

4. Imuniti Badan dan Pembinaan Otot

Selain itu, sumber-sumber lain yang kanak-kanak perlukan adalah karbohidrat, protien
vitamin, zat besi dan mineral yang lain supaya ia sama-sama membantu untuk meningkatkan
kekuatan badan dan imuniti mereka supaya tidak mudah terkena demam, batuk, selesema
atau jangkitan penyakit lain. Protein diperlukan untuk membina otot yang kuat dan tak
lembik untuk menyokong aktiviti harian mereka. Antara sumber makanan yang mengandungi
protein adalah ayam, telur, daging, dan juga kekacang.

6
5. Sumber Tenaga

Untuk menjadikan kanak-kanak supaya sentiasa bertenaga, mereka sangat perlukan


karbohidrat. Karbohidrat boleh didapati di dalam nasi, roti, mee, pasta dan oat.

6. Elak Masalah dan Penyakit

Dan yang terakhir adalah, jika kanak-kanak kekurangan nutrisi lengkap, mereka akan
berdepan dengan risiko masalah kekurangan berat badan, obesiti, atau kekurangan darah iaitu
anemia.

4.0 KESIMPULAN

Pemakanan yang baik pada awal kehidupan kanak-kanak dikaitkan dengan prestasi yang
lebih baik di sekolah serta di kemudian hari nanti. Kanak-kanak yang kekurangan nutrien
mempunyai ketahanan atau imuniti yang lebih rendah untuk melawan jangkitan, kerana itu
mereka lebih kerap jatuh sakit, tidak hadir ke sekolah, dan gagal melengkapkan kerja sekolah.
Nutrisi memainkan peranan signifikan dalam perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental
kanak-kanak. Justeru, diet seimbang dan berkhasiat yang membekalkan segala nutrien sangat
diperlukan bagi membantu menyokong perkembangan anak-anak kecil ini.

Kita semua sedar bahawa pemakanan yang baik adalah penting untuk semua peringkat umur
dan pada semua peringkat kehidupan. Terutamanya untuk bayi, anak-anak kecil dan kanak-
kanak bertatih kerana mereka memerlukan pelbagai vitamin dan mineral yang seimbang
untuk membantu tubuh dan minda berkembang dan menjadi matang.

Oleh itu, memberi anak anda pemakanan yang sihat dan seimbang dari kecil dapat
melindungi mereka daripada masalah malpemakanan serta mewujudkan tabiat pemakanan
yang baik di masa akan datang. Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu mencegah anak anda
daripada masalah kekurangan nutrien dengan menyediakan makanan yang seimbang. Ingat,
anda tidak memerlukan ijazah kimia atau perubatan untuk melakukannya. Anda hanya perlu
bermula dengan memilih dan memasak makanan yang mengandungi nutrien penting yang
diperlukan untuk pembesaran dan perkembangan anak anda. Gunakan Piramid Makanan
Malaysia atau Panduan Diet Malaysia sebagai panduan untuk membantu anda.

7
BAHAGIAN 2

1.0 LATAR BELAKANG KANAK-KANAK

Kanak-kanak yang dipilih ialah seorang kanak-kanak lelaki bernama Zulfar bin Asri. Adik ini
berumur 2 tahun 6 bulan dan mempunyai berat 13kg dengan ketinggian 78cm. Terlebih
dahulu saya akan menerangkan tentang latar belakang perkembangan fizikal kanak-kanak
yang saya pilih iaitu Zulfar bin Asri. Saya telah menganalisis perkembangan fizikal kanak-
kanak tersebut dari empat aspek utama iaitu berat badan, ketinggian, pertumbuhan gigi dan
kemahiran pergerakan motor. Berat badan Zulfar ialah 18 kilogram (kg) manakala ketiggian
beliau pula ialah 78 sentimeter (sm). BMI Zulfar ialah 29 dan ianya adalah tergolong dalam
kumpulan berlebihan berat badan.

Ibu dan ayah Zulfar bekerja sebagai peniaga makanan. Mereka mempunyai sebuah kedai
makan kecil-kecilan. Zulfar mempunyai 2 orang lagi adik beradik masing-masing berumur 6
tahun dan 4 tahun. Adik beradik Zulfar dan Zulfar sendiri banyak menghabiskan masa di
kedai makan milik ibu dan ayah mereka. Apabila di tanya, mengapakah anak-anak tidak di
tinggalkan di rumah sahaja, ibu Zulfar menjawab bahawa mereka tidak memiliki pembantu
rumah. Oleh yang demikian, mereka terpaksa membawa anak-anak ke kedai makan.

2.0 DIET KANAK-KANAK DAN TABIAT MAKAN KELUARGA

Daripada pemerhatian, saya mendapati Zulfar yang setiap masa berada di kedai makan ibu
bapanya mempunyai corak pemakanan seperti ibu bapanya. Apa jua hidangan ibu dan
ayahnya, Zulfar akan ikut sama. Pada umur seperti Zulfar sepatutnya pemakanannya mestilah
yang tidak terlalu manis dan masin. Ini juga yang membawa kepada berlebihan berat badan
Zulfar.

Pemakanan sihat membekalkan tubuh dengan tenaga dan nutrien, membolehkan ia berfungsi
secara optimum. Kanak-kanak harus mengambil jumlah kalori yang betul mengikut umur
mereka serta nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang
mencukupi untuk menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum. Jika mereka tidak
mendapat nutrien yang cukup dalam tempoh ini, ia akan membantutkan tumbesaran dan
perkembangan mereka, lalu menyumbang kepada kekurangan berat dan ketinggian. Namun,
kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal pula akan mengakibatkan lebihan berat
badan dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi
Kebangsaan Malaysia 2016 mendedahkan bahawa masih terdapat prevalen terbantut (20.7%)

8
dan kekurangan berat badan yang tinggi (13.7%) dalam kalangan kanak-kanak berumur lima
tahun dan kebawah, sementara prevalen lebihan berat badan telah meningkat kepada 6.4%.

Berdasarkan temubual Bersama ibu dan bapa Zulfar, mereka menyatakan bahawa ibu Zulfar
menghidapi diabetis dan memerlukan beliau untuk mengambil penambahan insulin setiap
hari. Seperti yang kita tahu, diabetis adalah satu penyakit yang disebabkan oleh pengambilan
gula berlebihan dan menyebabkan system insulin dalam badan tidak berfungsi dengan baik.
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa bagaimana diabetis ini akan berterusan dari satu
generasi ke satu generasi dalam sesebuah keluarga kerana corak pemakanan keluarga. Oleh
itu, jika Zulfar berterusan mengikuti corak pemakanan keluarganya, di khuatiri beliau juga
akan menghidapi diabetis melitus ini.

Kanak-kanak berlebihan berat badan dan obesiti berisiko tinggi untuk mendapat penyakit
kronik berkaitan pemakanan seperti penyakit jantung dan diabetes melitus yang lazimnya
akan berterusan sehingga alam dewasa. Sementara itu, kanak-kanak terbantut pula sering kali
mengalami kesan jangka panjang yang memudaratkan seperti daya kognitif dan
perkembangan fizikal yang kurang baik yang menyumbang kepada keupayaan produktiviti
dan tahap kesihatan rendah di alam dewasa. Maka, adalah amat penting bagi ibu bapa
memastikan bahawa anak mereka mendapat pemakanan yang betul bagi tumbesaran dan
perkembangan optimum.

3.0 CADANGAN

Bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius pada masa akan datang, ibu bapa Zulfar
perlu melakukan beberapa perkara ini dalam usaha mengubah gaya pemakanan Zulfar iaitu:

Seimbang: Diet seimbang bermaksud memasukkan kesemua kumpulan makanan daripada


Piramid Makanan Malaysia ke dalam setiap hidangan harian. Makan lebih makanan daripada
aras bawah dan kurang daripada aras yang lebih tinggi.

Sederhana: Terlalu banyak atau terlalu sedikit adalah tidak sihat, lebih-lebih lagi apabila ia
melibatkan makanan dan nutrien. Adalah penting untuk mengambil jumlah yang betul
mengikut saiz sajian yang disarankan bagi setiap kumpulan makanan.

Pelbagai: Mengambil pelbagai makanan membekalkan kita dengan kesemua nutrien yang
diperlukan dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti diet dan menjadikannya lebih
menarik.

9
Beras, Bijirin & Ubi-ubian: Kanak-kanak harus mengambil karbohidrat dalam jumlah yang
mencukupi kerana ia membekalkan sumber tenaga utama untuk badan. Pilih bijirin penuh
kerana ia membekalkan lebih serat untuk penghadaman sihat. Mula memperkenalkan bijirin
penuh kepada anak-anak anda seawal mungkin dan sasarkan untuk mencapai separuh
daripada pengambilan bijirin harian daripada bijirin penuh. Sebagai permulaan, cuba
campurkan beras perang dengan beras putih, kemudian tukar sepenuhnya apabila anak anda
dapat menerima rasa dan teksturnya.

Buah-buahan & Sayur-sayuran: Pelbagai buah dan sayur adalah wajib bagi kanak-kanak
untuk mendapatkan dos harian fitonutrien, serat, vitamin (contohnya vitamin A, C) serta
mineral. Galakkan anak-anak mengambil sekurang-kurangnya lima sajian buah dan sayur
setiap hari dan dalam pelbagai warna – Pengenalan awal akan menggalakkan tabiat makan
lebih buah dan sayur dibawa sehingga ke alam dewasa.

Ikan, Daging, Ayam, Telur, Legum, & Kekacang: Kumpulan protein memainkan peranan
penting dalam tumbesaran kanak-kanak bagi membina, mengekal dan membaiki tisu-tisu
tubuh. Pengambilan protein yang tidak mencukupi pada usia muda akan menjejaskan fungsi
imun tubuh. Ikan seperti ikan tenggiri, tuna dan salmon kaya dengan asid lemak poli tidak
tepu (seperti asid lemak omega-3 dan omega-6) bagi fungsi otak kanak-kanak.Ambil daging,
ayam dan telur dalam jumlah sederhana kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu tinggi
yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung di alam dewasa. Hadkan pengambilan
makanan yang diproses (contohnya daging burger, sosej, bebola ikan, atau nugget) yang
tinggi garam dan pengawet.

Susu & Produk Tenusu: Susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju membekalkan
nutrien penting seperti kalsium, potasium, fosforus, protein, vitamin A dan D yang diperlukan
untuk tumbesaran kanak-kanak. Kalsium sangat penting untuk memastikan pertumbuhan
tulang dan gigi yang kuat. Oleh itu, galakkan anak anda untuk memenuhi 2-3 sajian sehari
iaitu minum 3 gelas susu setiap hari atau mengambil 1 gelas susu, 1 cawan yogurt dan 1
keping keju sehari.

4.0 KESIMPULAN

Ibu bapa memainkan peranan penting sebagai teladan kepada anak mereka. Oleh demikian,
mereka sendiri harus mengamalkan tabiat pemakanan secara sihat dan kekal aktif. Luangkan
lebih banyak masa bersama anak-anak untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti

10
menyediakan hidangan sihat atau bersenam bersama-sama untuk menyemai amalan gaya
hidup sihat dalam keluarga. Malnutrisi (berlebihan atau kekurangan nutrien) ketika zaman
kanak-kanak akan memberi kesan jangka panjang. Amalan pemakanan yang betul dan gaya
hidup sihat sejak kecil adalah sangat penting bagi tumbesaran dan perkembangan optimum
kanak-kanak supaya mereka membesar menjadi dewasa yang sihat di masa akan datang.

(2617 patah perkataan)

RUJUKAN

Adair, S.L. & Popkin, B.M. (2005). Are children eating patterns being transformed globally?
Obesity Research, 13, 1281-1299

Barnard, C., Northcote, P. & Rustomiji, M. K. (1994). Kesihatan Sempurna. Selangor:


Federal Publications Sdn. Bhd.

Bastable, J. (2002). Food for Your Body. New York: The Reader’s Digest Association, Inc.

Baysal, A. (2002). General Nutrition. Ankara: Hatiboglu Publications: 14, Press.

Beech, B. M., Rice, R., Myers, L., Johnson, C. & Nicklas, T. A. (1999). Knowledge,
attitudes, and practices related to fruit and vegetable consumption of high school students.
Journal of Adolescent Health, 24, 244-250.

Benton, D. & Parker, P.Y. (2008). Breakfast, Blood Glucose and Cognition. American
Society for Clinical Nutrition. University of Mississippi: Thesis

11

Anda mungkin juga menyukai