Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) 1

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

September 2019

1
ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN 3
2.0 SUMBANGAN GAMBAR KEPADA 4
KEMAJUAN BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI
3.0 KESAN KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF 7
4.0 CADANGAN CIPTAAN BARU 7
5.0 KESIMPULAN 9

TUGASAN 2

1.0 JURNAL REFLEKTIF 10

RUJUKAN 10

TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN

2
Tamadun dunia hari ini sangat terhutang budi kepada kecemerlangan pencapaian tamadun Asia
kerana memberikan ilmu pengetahuan yang sangat banyak dan tinggi dalam bidang sains serta
teknologi. Mereka sebenarnya memperolehi segala ilmu moden tentang sains dari leluhur
Asianya yang kemudiannya dibawa ke Eropah di mana bermulanya zaman pembaharuan atau
renaissance yang terkenal itu. Dari sinilah mereka kemudiannya meniru, memperbaiki,
memperkaya dan memperbaharui segala penemuan asal dunia Asia untuk menjadi ilmu yang
lebih baik dan bermanfaat. Ketamadunan dunia itu sendiri sifatnya adalah saling pinjam
meminjam antara pelbagai budaya dunia yang memperkayakan tradisi keilmuan kepada mana-
mana bangsa yang mahu dan berusaha menekuninya.

Negara China atau dikenali sebagai Tanah Besar China terletak di Asia Timur dan berada di
sebelah lautan Pasifik (Abu Yazid, 2006). Ia adalah sebeuah negara berkebudayaan kuno yang
berusia hampir 5000 tahun. Dengan keluasan daratan 9. 6 juta km persegi,China tersenarai dalam
peta dunia sebagai salah sebuah negara yang paling ramai bilangan penduduknya. Dianggarkan
satu perlima penduduk dunia ada di sini dengan 56 buah etnik besar yang mengamalkan budaya
dan adat kebiasaaan masing-masing.

Zaman awal tamadun China bermula sejak tahun 2000 S. M. dengan pembentukan dinasti paling
awal daripada kebudayaan Neolitik Lembah Sungai Hwang Ho (Sundara Raja & Letchumanan,
1999). Terdapat ramai sejarahwan yang mendakwa dinasti pertama ialah Dinasti Shang. Antara
bandar-bandar utama yang paling tua di China terletak di Changan dan Loyang yang muncul
sejak Dinasti Shang.

Tamadun awal seperti tamadun Mesir bergantung pada Sungai Nil, Babylon kepada Sungai
Tigris, tamadun India pula kepada Sungai Gangga membuktikan bahawa proses kehidupan
manusia bermula dengan adannya keperluan seperti air sebagai penyambung hayat untuk
kegunaan manusia tetapi turut diguna oleh haiwan peliharaan (Abu Yazid, 2006). Tamadun China
juga didorong oleh faktor yang sama seperti sungai atau sumber air di mana bermulannya
tamadun di sungai Hwang Ho.

Antara keunikan, kekebalan dan kekentalan sesebuah tamadun konsep kepercayaan mereka
banyak dipengaruhi oleh tamadun-tamadun lain. Dengan itu, lahirnya pelbagai aliran falsafah

3
seperti Konfusianisme, Taoisme, Legalisme, Mo-Tzu dan Humanisme (Mad. Aros, 2004).
Warisan sistem ini sangat memberi kesan kepada perkembangan tamadun China sehingga kini.

Tamadun China mempunyai ciri yang tersendiri dan ianya mempunyai keunikan tersendiri jika
dibandingkan dengan tamadun lain di Asia kerana ia sangat berkait rapat dengan aliran falsafah
mereka. Bidang sains dan teknologi merupakan antara bidang yang maju di negara China.
Sumbangan ilmuan dari negara ini merupakan salah satu sumber kejayaan yang dicipta dalam
tamadun mereka. Negara Asia lain boleh mennjadikan Negara China sebagai panduan dan
contoh yang baik terhadap pembangunan teknologi seiring dengan sejarah islam yang lalu. Nabi
Muhammad SAW pernah bersabda bahawa “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.”

Dalam tugasan ini, sumbangan tamadun China menerusi Tembok Besar China dalam bidang
Sains dan Teknologi akan dibincangkan. Selain itu, kesannya kepada pemikiran yang inovatif
pada masyarakat kini serta cadangan-cadangan kepada ciptaan baru.

2.0 SUMBANGAN GAMBAR KEPADA KEMAJUAN BIDANG SAINS DAN


TEKNOLOGI

Dalam gambar ini adalah sebuah bangunan yang telah diiktiraf sebagai sebuah warisan dunia dan
juga salah satu daripada keajaiban dunia, ia di kenali sebagai Tembok Besar China. Jika Anda
datang ke Negeri China atau disebut juga dengan Negeri tirai bambu, tidak lengkap rasanya jika
Anda tidak mengunjungi tembok china, yang merupakan tembok yang membentang sepanjang
7.000 kilometer di perbukitan China. Dari tembok tersebut memiliki nilai sejarah hidup manusia
di era kerajaan China dan menjadikannya sebagai tujuh keajaiban dunia.

Dibalik seni yang begitu indah, tembok China memiliki nilai sejarah yang luar biasa, dan tembok
ini merupakan salah satu dari tujuh ke ajaiban dunia. Pada zaman masa kerajaan China, tembok
ini digunakan sebagai benteng pertahanan militer kuno yang menghabiskan waktu atau masa
pembangunan yang sangat lama dengan ukuran paling besar di dunia. Tembok China terlihat
megah melintang mulai dari bagian barat sampai ke bagian timur Cina dengan panjang 7.000
kilometer.

Tembok Besar China pada mulanya dibina untuk melindungi negara dari serangan musuh.
Maharaja Qin Shihuang, yang meneruskan dan mengawal pembinaan dinding pertahanan itu

4
menjadi Tembok Besar China, sepanjang 2414km ketika era dinasti Qin. Di zaman Dinasti Ming,
rancangan meneruskan pembinaannya disempurnakan menjadi tembok sepanjang 8850km
seperti yang ada sekarang ini.

Tembok besar dibina menggunakan batu dan kayu pada awalnya, kemudian batu-bata panjang
turut digunakan. Di tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu. Pengguanaan kayu dan batu
pada awal pembinaan adalah kerana ianya mudah didapati. Selain itu, penggunaan beras pulut
dan kapur yang berfungsi seperti simen pada hari ini iaitu untuk melekatkan blok-blok kayu dan
batu. Walaupun pada ketika itu, tiada teknologi yang moden dan canggih, namun tenaga rakyat
yang telah berjaya membangunkan tembok ini dan kukuh sehingga ke hari ini.

Tembok Besar China merupakan lambang kewujudan tamadun China sejak beribu tahun dahulu.
Oleh itu, mari kita lihat apakah antara sumbangan tamadun China kepada Sains dan Teknologi
sejak dahulu lagi.

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga
kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran
dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung
kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain
misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran
porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi.
Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit
birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan
selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh
mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi. Interaksi atau hubungan antara
China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden.

Zaman bergolak bermula 2500 tahun yang lalu ketika busaran silang dicipta. Ciptaan busaran
silang yang "jauh mengatasi kemajuan baju perisai", membuat memakai perisai tidak berguna
untuk raja-raja dan ketua negeri, pada masa ini terdapat juga banyak sekolah ideologi di China,
bertaburan di seluruh China. Sekolah-sekolah ini berkhidmat sebagai komuniti masyarakat yang
menasihati pemerintah negeri-negeri ini. Mo Di memperkenalkan konsep berguna kepada salah
satu raja, seperti benteng pertahanan. Salah satu daripada konsep-konsep ini, fa (prinsip atau

5
kaedah) telah dilanjutkan oleh Sekolah Nama (Ming Jia), yang memulakan penerokaan konsep
logik secara sistematik. Pembangunan sekolah logik telah dibatalkan disebabkan kejatuhan
Dinasti Qin.

Menggunakan kompas dan sempoa (kedua-duanya dicipta di Timur sebelum merebak ke China),
Cina mampu untuk merekodkan pemerhatian, dokumentasi gerhana matahari pertama yang
dicatatkan pada 2137 SM, dan membuat rakaman pertama planet berkumpul pada 500 SM .
Buku Sutera adalah atlas pertama tentang komet, yang ditulis 400 SM. Ia menyenaraikan 29
yang muncul dalam tempoh kira-kira 300 tahun, dengan pentafsiran dan menerangkan
kemunculan komet adalah teratur dan berulang.

Dalam seni bina, kemuncak teknologi Cina menampakkan dirinya pada Tembok Besar China,
oleh Maharaja Qin Shi Huang antara 220 dan 200 SM. Seni bina Cina yang tipikal berubah
sedikit dari Dinasti Han sehingga abad ke-19. Dinasti Qin juga membangunkan busaran silang,
yang kemudiannya menjadi senjata arus perdana di Eropah. Tinggalan beberapa busur silang
telah ditemui di kalangan askar Tentera Terracotta di makam Qin Shi Huang.

Jurutera mekanikal Ma Jun (c.200-265 Masihi) adalah satu lagi tokoh yang mengagumkan dari
China purba. Ma Jun memajukan reka bentuk mesin tenun sutera, dia mereka pam rantaian
mekanikal untuk mengairi taman-taman mewah, dan mencipta teater boneka mekanikal yang
besar dan rumit untuk Maharaja Ming Wei, yang telah dikendalikan oleh kinciran tersembunyi
yang besar. Walau bagaimanapun, ciptaannya yang paling mengagumkan adalah Chariot
Menunjuk Selatan, peranti kompleks mekanikal yang bertindak sebagai kenderaan kompas
mekanikal. Ia dilekapi penggunaan gear untuk memberikan jumlah tork yang sama kepada roda
yang berputar pada kelajuan yang berbeza, alat ini didapati dalam semua kereta moden.

3.0 KESAN KEPADA PEMIKIRAN INOVATIF

6
Pembinaan Tembok Besar China tidak mengambil masa yang sedikit, malah beribu tahun. Setiap
berpindah dinasti, pasti akan ada perubahan dan penambahbaikan pada struktur bangunan
tembok ini. Ini yang di panggil inovasi. Contohnya, jika dinasti sebelum ini menggunakan kayu
dan batu sebagai bahan utama binaan. Kemudian dinasti seterusnya akan menambah baik bahan
utama ini dengan menggunakan batu bata yang lebih kukuh. Setiap dinasti akan memperbaiki
struktur bangunan tembok ini menyebabkan ia wujud sehingga ke hari ini.

Bukti kepentingan dan kebaikan inovasi ini terdapat pada kewujudan Tembok Besar China.
Binaan asal adalah hanya sebuah bangunan dengan struktur yang biasa, di inovasikan dalam
setiap dinasti dan akhirnya menjadi sepanjang dan sekukuh hari ini. Malah, kerajaan China juga
sedang menjalani projek pembaikpulih tembok ini bagi tujuan pelancongan.

Sebagai individu, dalam kehidupan kita, bersifat inovatif adalah salah satu cara untuk “survive”.
Baik dari segi kerja mahupun pelajaran. Inovasi akan menganjakkan kita dari satu tahap ke satu
tahap yang lebih baik. Contohnya dalam bidang pekerjaan, jika kita seorang yang sentiasa
mempunyai inisiatif dan idea untuk memperbaiki kerja, pihak majikan pasti akan menaikkan gaji
dan pangkat selaras dengan kualiti kerja kita. Begitu juga dalam bidang pelajaran. Untuk menjadi
seorang pelajar, sikap berinovasi akan menjadikan kita seorang pelajar yang cemerlang.

4.0 CADANGAN CIPTAAN BARU

Berikut merupakan antara cadangan ciptaan baru yang akan membawa kesan kepada tamadun
kini khususnya di Malaysia.

1. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System:
Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd Rhedwansyah Bin Salinri
menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang berpotensi memperbaiki
pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen
pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang
melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik
tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara
automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa.
Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan
diputuskan semula oleh ACB. Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang

7
mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak
rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.
2. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs): Dihasilkan oleh pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching, Sarawak. Penggunaan peralatan ini
akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai
keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan.
Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan
menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir
penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik
untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung
daripada hujan.
3. Asemo Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian
kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan
dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama
“Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan
melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.
4. Produk ciptaan Pn. Rahayu Tasnim ini mampu menyediakan perkhidmatan yang
maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk
mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah
mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam
kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”.
Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi
sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber”
pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan
menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .
5. Adjustable Wheel Chair: Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan.
Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk
bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi
katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak
ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga
150kg. Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil,
penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit. Kebaikan

8
inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian.
Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang
upaya dan warga tua.
6. Automatic Chicken Coop: Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic
Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara
automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses
membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di
dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah
ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu
malam. Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan
penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan
reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan
untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).
5.0 KESIMPULAN

Tamadun China telah banyak memberi sumbangan kepada dunia dalam bidang sains dan
teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan
teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan
dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains
dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara
penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau
interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan
diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini
walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.

Oleh itu, kita haruslah mengambil contoh yang baik dari tamadun ini dan kita gunakan dalam
kehidupan seharian. Terutamanya dalam bidang pekerjaan dan juga pelajaran. Inovasi yang
mewujudkan sebuah bangunan seajaib Tembok Besar China haruslah di jadikan pengajaran
kepada diri kita yang memerlukan inovasi hari demi hari.

TUGASAN 2

9
1.0 JURNAL REFLEKTIF

Saya telah mempelajari lebih mendalam tentang Tamadun China dan ini telah membangkitkan
rasa kehormatan terhadap tamadun ini. Dengan ini, kita akan memperoleh pengajaran dan
kesedaran mengenai manusia zaman dahulu. Cara-cara manusia awal menyesuaikan diri dengan
alam sekitar dari aspek kehidupan dan juga perkembangan agama dan bangsa oleh tamadun di
serata dunia adalah sangat penting dan wajar untuk dikaji. Saya juga telah membantu pelajar-
pelajar lain untuk lebih mengetahui tentang Tamadun China. Selain itu, banyak pengetahuan dan
nilai-nilai murni telah dipamerkan dalam pembentangan serta hasil laporan ini. Kaum Cina di
Malaysia merupakan salah satu kaum terbesar selain daripada kaum Melayu. Oleh itu,
kefahaman dan interaksi antara kaum sangat penting dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
budaya, pantang larang, kesenian dan lain-lain lagi.

Tamadun China juga telah menyumbang dalam pembentukan tamadun Malaysia secara langsung
dan tidak langsung. Antara sumbangan Tamadun China adalah dari segi Agama dan kepercayaan
serta system Bahasa dan tulisan yang masih diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia.
Sumbangan lain adalah dari segi perubatan, budaya dan kesenian, pengurusan alam sekitar, sains,
teknologi, penciptaan dan akhir sekali ekonomi banyak membantu dalam pembentukan tamadun
Malaysia. Tamadun China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan
penciptaan dan penemuan sains dan tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi,
tetapi juga pembinaan masyarakat beretika dan pemeliharaan alam sekitar.

(2531 patah perkataan)

RUJUKAN

Azhar Md Aros, Ahmad Zaki Haji Latiff & Azam Hamzah (2009), Buku Revisi untuk Tamadun
Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Adibah Sulaiman & Mashitah Sulaiman (2009), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), Beberapa aspek tamadun Melayu, India, China,
dan Jepun, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

10
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin et al (2009), Kenegaraan &
Ketamadunan, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Sazelin Arif, et al (2007), Tamadun Islam dan tamadun Asia, Shah Alam : McGraw Hill
(Malaysia).

http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/.../t5ctu551.pdf

11

Anda mungkin juga menyukai