Anda di halaman 1dari 20

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tingkatan : 1 Elit

Bilangan Pelajar : __ /18

Tarikh : 20 Ogos 2019

Masa : 10.45 Pagi

Masa Pelajaran : 105 minit

Bidang Pembelajaran: 3.0 Kod Arahan

Standard Kandungan: 3.1 Persekitaran Kod Arahan

Standard Pembelajaran: 3.1.1 Menghasilkan pseudokod dan carta alir yang


melibatkan gabungan pelbagai pilihan dan ulangan

Objektif:

Selepas mengikuti pembelajaran ini, pelajar-pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan pseudokod untuk menyelesaikan masalah yang


melibatkan pelbagai pilihan (PELBAGAI PILIHAN) dan ulangan
(ULANG-SEHINGGA).
2. Menghasilkan carta alir untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan
pelbagai pilihan (PELBAGAI PILIHAN) dan ulangan (ULANG-
SEHINGGA).

Nilai:

Murid belajar melalui penerapan nilai, etika dan integriti seperti:

1. Bertanggungjawab
2. Bekerjasama
3. Cekap dan bijaksana

EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Murid dapat mengaplikasi dan


mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

KBAT: Mengaplikasi

1
Pengetahuan Sedia Ada Pelajar:

1. Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai pilihan dalam


penyelesaian masalah
2. Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang melibatkan ulangan

Bahan Bantu Mengajar:


1. Projektor LCD
2. Layar projektor
3. Komputer
4. Papan putih
5. Pen papan putih
6. Penunjuk laser
7. Buku Teks ASK Tingkatan 1
8. Algoritma.pptx
9. Lockseeds
10. Bakul
11. Kotak DIY kitar semula
12. Pin 100 Plus

2
Langkah Pembelajaran:

Langkah Isi Pelajaran / Aktiviti Pembelajaran Strategi/teknik


Kemahiran mengajar
Nilai/KBAT
BBM

Set 1. Guru menunjukkan tiga jenis tong sampah Strategi:


Induksi: kitar semula yang mempunyai tiga warna iaitu Berpusatkan guru
10 minit biru, jingga dan coklat. Berpusatkan
10.45 – murid
10.55
Teknik mengajar:
Penerangan

BBM:
Projektor LCD
Layar projektor
2. Guru menerangkan tentang tong kitar Komputer
semula. Kotak DIY kitar
semula
3. Tong kitar semula merupakan salah satu Algoritma.pptx
bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi Pin 100Plus
proses pengasingan sisa pepejal atau
sampah. Pada kebiasaannya tong kitar semula EMK:
diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza Kelestarian alam
mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna sekitar
biru, coklat dan jingga.

4. Fungsi warna biru adalah untuk mengumpul


kertas, tong coklat untuk mengumpul kaca dan
tong jingga untuk mengumpul tin aluminum,
plastik dan keluli.

5. Guru bersoal jawab dengan murid tentang


sisa pepejal yang boleh dikitar dan tidak boleh
dikitar semula.

6. Murid yang menawarkan diri untuk


menjawab dengan betul akan diberi ‘pin’
saguhati.

3
7. Guru menunjukkan contoh dengan lebih
jelas sisa pepejal yang boleh dikitar semula
mengikut jenis tong kitar semula.

8. Guru menunjukkan kotak buatan tong kitar


semula kepada murid.

4
9. Guru menunjukkan beberapa jenis buangan
sisa pepejal kepada murid yang berselerakkan
di dalam bilik darjah.

10. Murid diminta untuk mengutip sisa pepejal


dan membuangnya dengan mengitar semula
ke dalam tong kitar semula. (Jika kertas
masukkan ke dalam tong berwarna biru, dan
seterusnya.)

11. Aktiviti diulangi sehingga kesemua sisa


pepejal habis dibuang ke dalam tong kitar
semula.

12. Guru menyatakan aktiviti berikut


merupakan suatu tindakan yang melibatkan
pelbagai pilihan dan ulangan.

13. Guru menerangkan hasil pembelajaran


dan aktiviti yang akan dilaksanakan.

Langkah Menghasilkan Aktiviti Pengembangan Strategi:


1: pseudokod Berpusatkan
45 minit untuk 1. Murid diperkenalkan dengan situasi berikut: murid
10.55 – menyelesaika Berpusatkan guru
11.40 n masalah
yang Pendekatan:
melibatkan Pembelajaran
pelbagai Kontruktivisme
pilihan
(PELBAGAI Teknik mengajar:
PILIHAN) dan Menerang
ulangan
(ULANG- Nilai:
SEHINGGA) Bertanggungjawab
Bekerjasama
2. Guru menunjukkan langkah-langkah Cekap dan
mengitar semula sisa pepejal. bijaksana

EMK:
Kelestarian alam
sekitar

5
BBM:
Projektor LCD
Komputer
Layar projector
gabungan.pptx
Penunjuk laser
Papan putih
Pen papan putih
Kotak kitar semula
Lockseed
Bakul
Kertas mahjong

6
3. Berdasarkan situasi yang diberi, murid
dikehendaki menghasilkan pseudokod yang
jelas dan terperinci.

4. Murid diberitahu untuk menggunakan


struktur kawalan pilihan PELBAGAI PILHAN
dan ulangan ULANG-SEHINGGA.

5. Murid bekerja dalam pasangan.

6. Murid diberi masa selama 10 minit untuk


menyiapkan pseudokod di atas kertas
mahjong.

7. Selepas itu, setiap pasangan saling


bertukar-tukar pseudokod masing-masing
dengan pasangan lain untuk perbandingan.

8. Guru memilih beberapa pasangan untuk


membentang pseudokod di hadapan.

9. Guru membuat rumusan pseudokod yang


dibentangkan.

10. Guru menunjukkan contoh jawapan


pseudokod berdasarkan masalah yang diberi.

11. Murid menyemak dan memperbaiki


sebarang ralat atau kesilapan pada
pseudokod.

7
12. Guru bersoal jawab dengan murid.
i. EMK:
Nyatakan kepentingan amalan kitar semula
dalam kehidupan seharian.

ii. Nilai:
Nyatakan nilai yang dapat dipelajari sepanjang
melakukan aktiviti ini. (Contoh, bekerjasama,
bersikap gigih, bijaksana dll.)

iii. KBAT (Terbuka):


Berikan contoh amalan hijau yang boleh
dipraktikkan di sekolah.

Guru menggunakan kaedah ‘Pick A Name’


bagi soalan (i – iii)

iv. KBAT (Tertutup):


Fikirkan satu situasi yang melibatkan
gabungan pelbagai pilihan dan ulangan yang
berkait dengan kehidupan seharian
berpandukan gambarajah ini atau pilihan
sendiri. Bincangkan bersama pasangan anda.

8
Murid diberi masa 5 minit untuk mencatit idea-
idea penting.

Aktiviti Penilaian

1. Dari situasi yang difikirkan (KBAT) (iv), guru


bersoal jawab dengan murid.

2. Bagaimanakah langkah-langkah
pseusodokod yang boleh dilaksanakan?

3. Guru memilih beberapa orang murid untuk


memberikan pandangan secara lisan.

4. Murid-murid lain memberi perhatian dan

9
tumpuan sepenuhnya.

(Tertakluk kepada sebarang perubahan)

Aktiviti Penggayaan/pemulihan

1. Guru menunjukkan sebuah bakul merah


mengandungi beberapa item berupa buah-
buahan.

2. Guru mengambil sebiji buah dari bakul dan


guru mengandaikan memakan buah tersebut
lalu guru menyebut seperti “Manis rasa buah
strawberri ini!”.

3. Guru mengulangi perbuatan sehingga


kesemua buah habis dimakan.

10
4. Murid diperkenalkan dengan situasi berikut:

5. Berdasarkan situasi yang diberi, murid


dikehendaki menghasilkan pseudokod yang
jelas dan terperinci.

6. Murid diberitahu untuk menggunakan


struktur kawalan pilihan PELBAGAI PILHAN
dan ulangan ULANG-SEHINGGA.

7. Murid bekerja dalam pasangan.

8. Murid diberi masa selama 12 minit untuk


menyiapkan pseudokod.

9. Selepas itu, guru menunjukkan contoh


jawapan pseudokod berdasarkan masalah
yang diberi.

11
10. Murid menyemak dan memperbaiki
sebarang ralat atau kesilapan pada
pseudokod.

Merujuk kepada langkah 1:


Langkah Menghasilkan
2: carta alir untuk Aktiviti Pengembangan Strategi:
45 minit menyelesaika Berpusatkan
11.40 – n masalah 1. Murid diperkenalkan dengan situasi berikut: murid
12.25 yang Berpusatkan guru
melibatkan
pelbagai Pendekatan:
pilihan Pembelajaran
(PELBAGAI Kontruktivisme
PILIHAN) dan
ulangan Teknik mengajar:
(ULANG- Menerang
SEHINGGA)
Nilai:
Cekap
2. Guru menunjukkan langkah-langkah Bijaksana
mengitar semula sisa pepejal.

BBM:
Projektor LCD
Komputer
Layar projektor
Penunjuk laser
Papan putih
Pen papan putih
Lockseed
Bakul
Kertas mahjong

12
3. Berdasarkan situasi yang diberi, murid
dikehendaki menghasilkan carta alir yang jelas
dan terperinci.

4. Murid diberitahu untuk menggunakan


struktur kawalan pilihan PELBAGAI PILIHAN
dan ulangan ULANG-SEHINGGA.

5. Murid bekerja dalam pasangan.

6. Murid diberi masa selama 15 minit untuk


menyiapkan carta alir di kertas mahjong.

7. Selepas itu, setiap pasangan saling


bertukar-tukar carta alir masing-masing
dengan pasangan lain untuk perbandingan.

8. Guru memilih beberapa pasangan untuk


membentang carta alir di hadapan.

9. Guru membuat rumusan carta alir yang


dibentangkan.

10. Guru menunjukkan contoh jawapan carta


alir berdasarkan masalah yang diberi.

13
11. Murid menyemak dan memperbaiki
sebarang kesilapan atau ralat pada
pseudokod.

12. Guru bersoal jawab dengan murid.


i. EMK:
Nyatakan kepentingan amalan kitar semula
dalam kehidupan seharian.

ii. Nilai:
Nyatakan nilai yang dapat dipelajari sepanjang
melakukan aktiviti ini. (Contoh, bekerjasama,
bersikap gigih, bijaksana dll.)

iii. KBAT (Terbuka):


Berikan contoh amalan hijau yang boleh
dipraktikkan di sekolah.

14
Guru menggunakan kaedah ‘Pick A Name’
bagi soalan (i – iii)

iv. KBAT (Tertutup):


Fikirkan satu situasi yang melibatkan
gabungan pelbagai pilihan dan ulangan yang
berkait dengan kehidupan seharian
berpandukan gambarajah ini atau pilihan
sendiri. Bincangkan bersama pasangan anda.

15
Murid diberi masa 5 minit untuk mencatit idea-
idea penting.

Aktiviti Penilaian
1. Dari situasi yang difikirkan (KBAT) (iv), guru
bersoal jawab dengan murid.

2. Bagaimanakah langkah-langkah carta alir


yang boleh dilaksanakan?

3. Guru memilih beberapa orang murid untuk


memberikan pandangan secara lisan.

4. Murid-murid lain memberi perhatian dan


tumpuan sepenuhnya.

(Tertakluk kepada sebarang perubahan)

16
Aktiviti Penggayaan/pemulihan

1. Guru menunjukkan sebuah bakul merah


mengandungi item berupa buah-buahan.

2. Guru mengambil sebiji buah dari bakul dan


guru mengandaikan memakan buah tersebut
lalu guru menyebut seperti “Manis rasa buah
strawberri ini!”.

3. Guru mengulangi perbuatan sehingga


kesemua buah habis dimakan.

17
4. Murid diperkenalkan dengan situasi berikut:

5. Berdasarkan situasi yang diberi, murid


dikehendaki menghasilkan carta alir yang jelas
dan terperinci.

6. Murid diberitahu untuk menggunakan


struktur kawalan pilihan PELBAGAI PILHAN
dan ulangan ULANG-SEHINGGA.

7. Murid bekerja dalam pasangan.

8. Murid diberi masa selama 15 minit untuk


menyiapkan carta alir.

10. Selepas itu, guru menunjukkan contoh


jawapan carta alir berdasarkan masalah yang
diberi.

18
11. Murid menyemak dan memperbaiki
sebarang kesilapan pseudokod dengan
menulis semula pseudokod tanpa ralat.

Penutup 1. Guru membuat rumusan dan ringkasan


5 minit keseluruhan aktiviti P&P
12.25 –
12.30 2. Pelajar bergerak meninggalkan makmal
dalam keadaan tertib dan teratur.

19
Refleksi:

Komen Guru Pembimbing:

20

Anda mungkin juga menyukai