Anda di halaman 1dari 3

1.

Pendahuluan

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, iklan bermaksud pemberitahuan kepada
orang ramai ataupun dengan kata lain segala bentuk pesanan tentang sesuatu produk yang
disampaikan melalui media percetakan mahupun elektronik dan dibiayai oleh syarikat penaja
serta ditujukan kepada masyarakat umum. Iklan juga merupakan satu bentuk komunikasi bukan
personal yang digunakan oleh syarikat penaja untuk memaklumkan kepada bakal pembeli
mengenai sesuatu produk. Menurut Dunn & Barban (1986) Advertising atau Periklanan adalah
komunikasi non-personal melalui media yang dibayar oleh syarikat, organisasi dan individu-
individu dengan menggunakan iklan yang dapat memberi informasi kepada orang ramai.

Periklanan dapat didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi


yang berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan
untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk,
perkhidmatan ataupun idea oleh syarikat penaja yang dikenalpasti.

Periklanan juga merupakan salah satu komponen pemasaran. Secara umumnya pemasaran
adalah aktiviti ataupun kegiatan bagi menyampaikan maklumat barangan dan perkhidmatan
pihak perniaga kepada pengguna. Dari sudut ekonomi, pemasaran adalah satu proses
komunikasi strategik yang digunakan oleh pihak peniaga untuk memenuhi keperluan dan
kehendak kepada pengguna melalui barangan dan perkhidmatan yang ditawarkannya (Wells,
Burnett & Moriarty 2001).

Dalam kerangka pemasaran itu, periklanan dapat ditakrifkan sebagai “satu bentuk
komunikasi berbayar bukan peribadi yang dilakukan melalui pelbagai saluran media massa
untuk membujuk atau mempengaruhi khalayak” (Wells, Burnett & Moriarty 2001).

Secara umumnya, periklanan merupakan salah satu cara ataupun kaedah untuk
memperkenalkan barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada
yang ingin disampaikan. Perkara asas dalam industri periklanan ialah media massa. Dengan
peningkatan kemajuan dalam media massa, industri periklanan membuka lembaran baru
dengan kecepatan perkembangannya melangkaui zaman. Pada peringkat awal, periklanan
banyak tertumpu kepada persuratan seperti poster dan akhbar. Bahkan, media massa pada masa
itu juga banyak menumpukan kepada penyebaran dakyah dan maklumat kerajaan kepada
rakyat.
2. Latar Belakang Periklanan

Iklan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sasarannya untuk melariskan


penjualan produk. Sejarah Periklanan menunjukkan bagaimana iklan berfungsi, objektif iklan,
strategi periklanan, teknik-teknik dan proses pemujukan dalam iklan.

William Spreigel (1960) melihat periklanan sebagai bentuk persembahan barang-barang


dan idea kepada suatu kumpulan. Kegiatan periklanan adalah satu bentuk komunikasi yang
paling berkesan dalam era ledakan teknologi maklumat khususnya semenjak suku kedua abad
ke-20. Apabila permintaan terhadap barang-barang dan perkhidmatan meningkat secara
mendadak selepas perang dunia kedua, keperluan terhadap usaha-usaha pemujukan pelanggan
juga turut dirasakan.

Medium komunikasi baru seperti tv, majalah akhbar-akhbar dan smartphone khususnya
telah menyediakan ruang yang semakin luas kepada usaha pemujukan pelanggan. Hari ini,
periklanan sudah menjadi suatu hakikat bahawa bahasa adalah satu alat komunikasi yang
paling penting kepada sesebuah masyarakat. Dalam periklanan, Bahasa akan digunakan untuk
menggerakkan komunikasi diantara pengeluar dan pengguna sesuatu barang-barang atau
perkhidmatan.

Bahasa akan mempengaruhi daya pemujukan sesuatu iklan. Ini berlaku kerana komunikasi
adalah sesuatu proses individu (dikenali juga sebagai komunikator) menghantar ransangan
untuk mengubahsuai tingkah laku individu lain (Hoveland,C. et. al. 1953 : 12). David, O (1978:
16) pula menegaskan bahawa semua tingkahlaku komunikasi bertujuan menarik keluar tindak
balas tertentu dari individu atau kumpulan tertentu.

Berbeza dengan zaman yang serba canggih ini, selain memberi informasi terkini tentang
negara dan dunia, media massa juga telah bertukar menjadi bahan komersial yang
diperdagangkan kepada khalayak. Hal ini kerana, masyarakat semakin bijak dan
memerlukan berita-berita terkini untuk diketahui. Faktor inilah yang mendorong syarikat-
syarikat besar menggunakan media massa sama ada melalui percetakan mahupun elektronik
untuk memperkenalkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat
mengikut sasaran pengguna mereka. Justeru, wujudlah perkataan periklanan yang menjadi
komoditi penting kebanyakan media massa pada masa ini.
Maka nyata periklanan melibatkan suatu proses komunikasi dengan matlamat yang
pelbagai. Matlamat periklanan ialah untuk menyebarkan maklumat sama ada logikal,
emosional atau evaluative kepada bakal pembeli dan periklanan juga adalah sebahagian
daripada komponen yang sedia ada dalam kehidupan manusia seharian.

Rujukan:

Dunn, S. Watson and Barban. (1986). Its Role in Modern Marketing. Hinsdale, Illinois:
Dryden Press. University of Georgia

Wells, Burnett & Moriarty. (2001). Advertising: Principles and Practice, 6th Edition.
United State of America.

Anda mungkin juga menyukai