Anda di halaman 1dari 6

6 Prinsip-prinsip B&K

PRINSIP ASAS KAUNSELING

 Terdapat beberapa pandangan yang berbeza tentang


prinsip asas kaunseling.

 Perbincangan berikut hanya memfokuskan kepada salah


satu prinsip utama di dalam kaunseling yang mengambil
kira ciri-ciri yang ada pada kaunselor sebagai seorang
individu dan seorang profesional, serta peranan yang
dimainkannya terhadap klien supaya proses kaunseling
dapat dilaksanakan secara efektif.

 Corey (2001) berpendapat bahawa untuk menjadi seorang


kaunselor profesional, individu tersebut perlu
mendapatkan pengetahuan dalam teori-teori personaliti
dan psikoterapi serta mempelajari teknik-teknik diagnosis
dan intervensi atau dinamika tingkah laku manusia.

 Walau bagaimanapun, pengetahuan dan kemahiran ini


tidak mencukupi bagi seseorang kaunselor untuk
mewujudkan dan mengekalkan satu hubungan terapeutik
yang efektif.

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 1


6 Prinsip-prinsip B&K

 Menurut beliau, apa yang perlu diperkembangkan adalah


diri kaunselor itu sendiri sebagai seorang individu.

 Pada setiap sesi kaunseling atau terapi, kaunselor


membawa bersama mereka kualiti-kualiti kemanusiaan
dan pengalaman-pengalaman peribadinya yang lepas.

 Ini di rujuk sebagai human dimension atau dimensi


kemanusiaan yang merupakan penentu utama yang
memastikan proses kaunseling dapat dijalankan dengan
seefektif mungkin.

 Dua prinsip utama berkaitan dengan dimensi kemanusiaan


ini adalah pertama, kaunseling di lihat sebagai satu
bentuk pembelajaran.

 Jika seseorang kaunselor ingin menggalakkan


perkembangan dan perubahan yang positif pada diri
kliennya, maka beliau haruslah bersedia secara terbuka
untuk menggalakkan perkembangan yang positif pada
dirinya sendiri.

 Siapa diri kaunselor sebenarnya dan bagaimana seseorang


kaunselor itu membuat keputusan dalam kehidupannya

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 2


6 Prinsip-prinsip B&K

merupakan sumber yang mempengaruhi klien untuk


berubah ke arah yang positif.

 Jika seseorang kaunselor cuba menyembunyikan reaksi


sebenarnya, nilai-nilainya, dan kendiri sebenarnya semasa
mengendalikan sesi, maka klien akan merasa ragu-ragu
untuk berkongsi maklumat dengannya dan cuba
menyembunyikan perasaan sebenar mereka.

 Oleh yang demikian, kaunselor bukan sahaja merupakan


model kepada kliennya, tetapi pada masa yang sama
adalah sumber inspirasi dan pendidik kepada klien.

 Prinsip yang kedua pula memperlihatkan kaunselor


sebagai seorang yang terapeutik yang menjadi contoh
kepada perkembangan dan kesedaran yang positif di
kalangan klien.

 Untuk mencapai matlamat ini, Corey (2001)


menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada diri
seorang kaunselor.

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 3


6 Prinsip-prinsip B&K

 Menurutnya, kaunselor-kaunselor yang efektif adalah


mereka yang:

i. Mempunyai identiti, iaitu mereka memahami siapa


mereka sebenarnya, apa yang mampu mereka
lakukan, apa yang mereka mahu dalam kehidupan
dan apa yang penting kepada mereka.
ii. Menghormati dan menghargai diri sendiri. Dengan
adanya penghargaan-kendiri and kekuatan diri,
mereka mampu untuk memberikan bantuan dan
kasih sayang kepada individu yang lain.
iii. Mampu untuk mengenalpasti dan menerima kuasa
yang ada pada diri mereka serta membenarkan
orang lain untuk berkongsi bersama.
iv. Terbuka untuk perubahan dan bersedia untuk
mengambil keputusan tentang bagaimana mereka
akan berubah dan mereka akan berusaha ke arah
mencapai perubahan itu.
v. Membuat pilihan-pilihan yang membentuk kehidupan
mereka dan mereka sedar akan keputusan-
keputusan yang telah diambil.

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 4


6 Prinsip-prinsip B&K

vi. Menghargai kehidupan dan pilihan-pilihan yang


diambil adalah berdasarkan kepada kehidupan
sebenar.
vii. Terdiri daripada individu yang autentik, ikhlas dan
jujur serta mempunyai dan menghargai humor.
viii. Melakukan kesilapan-kesilapan dan bersedia untuk
mengakui kesilapan yang telah dibuat.
ix. Hidup pada masa sekarang, menghargai pengaruh
budaya serta mempunyai minat yang ikhlas untuk
membela kebajikan orang lain.
x. Merupakan individu-individu yang komited terhadap
kerja yang dilakukan dan menjadikannya sesuatu
yang bermakna dalam hidupnya.

 Menurut beliau lagi, adalah mustahil untuk setiap


kaunselor mempunyai kesemua ciri-ciri seperti yang telah
disebutkan di atas.

 Namun, ciri-ciri ini di harap dapat menggambarkan kendiri


sebenar yang perlu ada pada seseorang kaunselor yang
efektif.

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 5


6 Prinsip-prinsip B&K

Rujukan:
Corey, G. (2001). Theory and Practice of Counseling and
Psychotherapy. 6th Ed. Belmont, CA: Wadsworth.
Brooks/Cole.

Jamaludin Ramli  SPF 4702 Bimbingan & Kaunseling 6

Anda mungkin juga menyukai