Anda di halaman 1dari 26

Program Transformasi Ekonomi 275

Hala Tuju Untuk Malaysia

Bab 8: Membangunkan
Pasaran Runcit yang Lebih
Dinamik
“Makmal pemborongan dan peruncitan telah menyaksikan kerjasama yang erat di antara sektor
swasta dan awam. Projek yang telah dikenal pasti oleh makmal ini dilaksanakan di peringkat
akar umbi dan mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi di kalangan Rakyat. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan amat teruja dengan pertumbuhan
kepada PNK yang di rancangkan berjumlah RM84 bilion dan 400,000 pekerjaan baharu yang
bakal diwujudkan. Kami menyokong sepenuhnya Projek Permulaan yang telah di kenal pasti dan
kami telah bersiap sedia untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam menyampaikan hasil
yang di rancangkan.”

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

S
ektor pemborongan dan peruncitan Malaysia (selepas ini dikenali sebagai Peruncitan) adalah
penyumbang utama kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK). Ia menyumbang sekitar RM57 bilion
kepada PNK pada tahun 2009. Menurut Jabatan Perangkaan, sektor ini juga telah mewujudkan
hampir 500,000 pekerjaan. Untuk mencapai sasaran PNK tahun 2020, sektor runcit akan menjadi
peneraju utama penggunaan dalam negara, yang seterusnya akan meningkatkan pembangunan ekonomi.

Sektor peruncitan telah mencatatkan penurunan semenjak beberapa tahun yang lepas. Ini dapat dilihat
Uumpamanya dari Indeks Pembangunan Peruncitan Global AT Kearney yang telah menempatkan Malaysia
di kedudukan ke-17 di kalangan 30 ekonomi lain yang membangun pada tahun 2010. Ini adalah satu
kejatuhan dari kedudukan ke-10 yang dicatat pada tahun 2009 dan ke-8 pada tahun 2008.

Memandangkan betapa pentingnya sektor peruncitan sebagai pemacu bagi penggunaan dalam negara,
dan betapa perlunya untuk memajukan sektor ini, kami telah menetapkan sektor ini sebagai satu Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan mensasarkan pencapaian lebih dari dua kali ganda sumbangan
kepada PNK menjelang 2020.
276 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

DEFINISI NKEA PERUNCITAN

Skop NKEA Peruncitan meliputi pelbagai aktiviti perdagangan sebagaimana yang ditakrifkan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam Garis Panduan Perdagangan
Pengedarannya. Segmen dan subsegmen yang dilindungi termasuklah belian runcit tanpa kedai, sebagai
contoh,; mesin layan diri, membeli belah dari rumah, peruncit Internet, jualan langsung dan peruncit
berkedai, seperti kedai barangan runcit dan bukan runcit.

Kedai barangan runcit termasuk pasaraya besar, pasaraya, kedai-kedai diskaun, kedai barangan runcit kecil
(kedai serbaneka, peruncit berpekarangan termasuk rangkaian, kedai barangan runcit kecil bebas), kedai
makanan, minuman dan tembakau dan lain-lain peruncit.

Kedai barangan runcit termasuk peruncit-peruncit bercampur (gedung barangan, kedai pelbagai, pedagang
besar, kelab gudang), pakar peruncit dan lain-lain kedai bukan barangan runcit. Jenis-jenis peruncit pakar
termasuklah (1) kesihatan dan kecantikan (ahli kimia, farmasi, kedai ubat, peruncit pakar kecantikan,
lain-lain peruncit pakar kesihatan), (2) pakaian dan kasut, (3) kediaman dan taman (kedai perabot dan
peralatan, kedai peralatan buat sendiri (DIY), pusat baik pulih kediaman dan taman), (4) elektronik dan
perkakasan, dan (5) barangan santai dan peribadi (kedai buku dan alat tulis, kedai alat pandang dengar,
kedai alat mainan dan permainan, kedai barangan sukan, kedai binatang peliharaan dan pasaraya, lain-lain
pakar runcit barangan santai dan peribadi).

Walaupun kita telah menyentuh isu-isu berkaitan bengkel-bengkel automotif, kita tidak menangani
masalah peruncit kenderaan dan minyak kerana peraturan dan struktur pasaran subsegmen ini adalah jauh
berbeza daripada sektor peruncitan yang lainnya.

PENILAIAN PASARAN

Lanskap peruncitan di Malaysia telah berubah sejak satu dekad yang lalu, dengan format peruncitan yang
moden di mana pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan telah meningkat secara besar-besaran
berbanding kedai-kedai kecil yang dimiliki dan diusahakan oleh keluarga. Terkini, pembukaan pusat beli
belah besar telah meningkatkan elemen gaya hidup membeli belah di Malaysia, dengan konsep peruncitan
dipilih secara berhati-hati bagi menarik minat kumpulan pengguna tertentu. Di Lembah Kelang, Kuala
Lumpur mempunyai 66 pusat membeli belah manakala terdapat 58 di Selangor. Jumlah ruang peruncitan
dalam dua kawasan ini dianggarkan sebanyak 3.37 juta meter persegi. Globalisasi juga telah membawa masuk
peruncit asing, francais dan konsep baru ke dalam pasaran Malaysia. Peruncit antarabangsa seperti IKEA
dan Marks & Spencer, pasaraya besar seperti Tesco dan Carrefour, dan pengurus pusat membeli belah seperti
CapitaMalls juga telah melabur di Malaysia sejak satu dekad yang lalu.

Sungguh pun terdapat trend yang positif dan sokongan Kerajaan seperti yang dinyatakan di atas, masih
terdapat banyak lagi ruang untuk meningkatkan perbelanjaan barangan runcit. Perbelanjaan peruncitan
tahunan per kapita kita adalah RM3,154, (US$886) berbanding dengan Korea Selatan RM8,170 (US$2,995),
Taiwan RM11,089 (US$3,115) dan Singapura RM12,185 (US$3,423). Walaupun ketidaksamaan ini
sebahagiannya didorong oleh tahap pendapatan yang berbeza, ia juga menunjukkan bahawa adalah perlu
untuk menggalakkan tahap perbelanjaan yang lebih tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin
meningkat. Bagi mencapai tujuan ini, syarikat yang terlibat dengan jualan peruncitan di Malaysia perlu
menjadi moden dan inovatif, sambil mengguna pakai amalan terbaik peruncitan antarabangsa.
Program Transformasi Ekonomi 277
Hala Tuju Untuk Malaysia

SASARAN DAN ASPIRASI

Kami menyasar NKEA Peruncitan untuk menyumbang pendapatan tambahan sebanyak RM107.8
bilion setahun kepada PNK menjelang 2020 di atas RM57.2 bilion yang diperoleh pada tahun 2009. Ini
menjadikan jumlah pendapatan peruncitan meningkat kepada RM165.0 bilion setahun menjelang tahun
2020.

Daripada peningkatan sebanyak RM107.8 bilion tersebut, RM40.4 bilion akan disumbang oleh 13 Projek
Permulaan (EPP) yang merangkumi tiga tema, RM45.2 bilion akan dihasilkan daripada peluang perniagaan
dan pertumbuhan minimum dan RM22.2 bilion akan dihasilkan daripada kesan penggandaan. Sumber
terbesar kesan penggandaan terhadap NKEA PeruncitanRuncit adalah daripada NKEA Elektrik dan
Elektronik, yang dianggarkan dapat menyumbang 30 peratus kepada kesan penggandaan. Sebagai contoh,
ini mungkin disebabkan oleh peningkatan jualan peralatan elektrik kediaman yang dikeluarkan oleh
pengilang tempatan.

EPP NKEA Peruncitan dijangka dapat mewujudkan lebih kurang 370,000 pekerjaan baru sepanjang
10 tahun akan datang. Daripada jumlah tersebut, 7,800 adalah terdiri daripada jawatan pengurusan
kanan, 11,600 pengurusan, 19,000 profesional dan teknikal, 19,000 eksekutif, 37,000 penyeliaan, 18,000
perkeranian dan lain-lainnya adalah bahagian operasi. Selain itu, sebanyak 226,000 pekerjaan baharu akan
diwujudkan di bawah peluang perniagaan.

13 EPP, akan Menyumbangkan RM107.8 bilion kepada PNK menjelang 2020

EPP Peruncitan telah dikelompokkan berdasarkan tema pemodenan, globalisasi dan revolusi. Sebagai
tambahan kepada 13 EPP sedia ada, terdapat 2 EPP sulit (EPP Makmal Putih) yang hanya akan
dikemukakan di masa hadapan.

Tema 1: Pemodenan
Tema ini akan menyentuh pada jurang proses dan sistem yang terdapat dalam cara pengendali runcit
tradisional menguruskan perniagaan mereka. Peruncit di dalam sektor ini, terutamanya peruncit kecil,
bengkel automotif, penjaja dan peniaga pasar malam adalah kurang dari segi kemahiran dan skala. Kami
akan memodenkan sektor ini melalui penambahan bilangan kedai berformat besar dan moden. Kami juga
akan membantu peruncit kecil melalui inisiatif penambahbaikan kepada kemahiran, teknologi maklumat
dan proses yang akan membantu operasi dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke paras yang lebih tinggi,
sejajar dengan yang dijangkakan daripada sektor peruncitan dalam negara berpendapatan tinggi.

• EPP 1: Meningkatkan jumlah kedai format besar seperti pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan;

• EPP 2: Membantu memodenkan peruncit kecil melalui program Program TUKAR;

• EPP 3: Memoden dan menggabungkan pelbagai format pasar tempatan kepada Pasar Komuniti bersaiz
besar;

• EPP 4: Meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan bengkel automotif; dan

• EPP 5: Membangunkan Bazaar Makan - pusat makanan besar premium dan diuruskan secara
profesional.
278 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Tema 2: Globalisasi
Tema ini akan memacu sektor peruncitan di Malaysia untuk meningkatkan keupayaan eksport barangan
dan kemahiran. Pusat membeli-belah kami adalah antara yang terbaik di Asia dan pengendalinya
mempunyai lebih dari 35 tahun pengalaman dalam membangunkan pusat membeli-belah yang menarik
dan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Kami bercadang untuk membawa keupayaan kita kepada
negara-negara lain di Asia seperti Vietnam dan China. Dalam masa yang sama, kami berhasrat untuk
memberikan pendedahan antarabangsa kepada perusahaan kecil dan sederhana (IKS) melalui satu platform
peruncitan maya lazim yang akan dikenali sebagai gedung maya (virtual mall). Kami juga mencadangkan
pengambilalihan jenama perniagaan runcit antarabangsa.

• EPP 6: Membangunkan Gedung 1Malaysia (1Malaysia Mall) yang diuruskan oleh peruncit Malaysia di
pasaran membangun seperti Vietnam dan China.;

• EPP 7: Membangunkan sebuah gedung maya; dan

• EPP 8: Memudahkan pengambilalihan kepentingan perniagaan runcit asing oleh syarikat tempatan.

Tema 3: Revolusi
Tema ini merangkumi idea untuk membuka lembaran baru menerusi penggunaan konsep, kemahiran dan
pengalaman yang belum lagi diterokai oleh sektor peruncitan di Malaysia.

• EPP 9: Menghapuskan duti import ke atas semua barangan siap (kecuali automotif dan produk yang
tidak berfaedah seperti tembakau);

• EPP 10: Menyediakan resort kesejahteraan;

• EPP 11: Menganjurkan jualan bersepadu Malaysia;

• EPP 12: Mempergiat usaha mentransformasikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
menjadi sebuah hab peruncitan; dan

• EPP 13: Membangunkan Big Box Boulevard

Sebagai tambahan kepada 13 EPP sedia ada, terdapat dua EPP sulit (EPP Makmal Putih) yang hanya akan
dikemukakan pada masa akan datang.
Program Transformasi Ekonomi 279
Hala Tuju Untuk Malaysia

Kesan PNK bagi EPP di atas ditunjukkan dalam Carta 8-1.

Carta 8-1

13 EPP, peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan akan


menghasilkan peningkatan RM107.8 bilion dalam PNK menjelang 2020

Sumbangan PNK 2020 57.2 165.0


RM bilion

22.2 107.8

45.2

9.9 2.1 40.4


4.1
24.3

Pemodenan Globalisasi Revolusi Makmal Jumlah Peluang Penggan Jumlah PNK 2009 PNK 2020
Putih1 EPP perniagaan -daan impak
dan PNK
pertumbuhan
minimum

1 Perbincangan sulit antara pemain; maklumat tidak disediakan


280 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

MEMODENKAN SEKTOR PERUNCITAN

Di bawah tema ini, kami akan berusaha untuk meningkatkan jumlah kedai berformat besar di Malaysia,
memodenkan peruncit kecil, membangunkan Pasar Komuniti bersaiz besar, meningkatkan kualiti dan mutu
perkhidmatan bengkel automotif dan membangunkan Bazaar Makan.

EPP 1: Meningkatkan jumlah kedai berformat

Rasional
Pasaran peruncitan Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan ketara bagi pasaraya besar, pasaraya dan
gedung barangan sejak sub-sektor peruncitan berformat besar diliberalisasikan pada tahun 1995. Sehingga
kini, kami mempunyai 121 pasaraya besar, 113 pasaraya dan 133 gedung barangan yang diusahakan oleh
peruncit-peruncit tempatan dan asing seperti Tesco, Carrefour, Giant, Mydin, Econsave, AEON dan The Store.

Perkembangan pasaraya besar, pasaraya dan gedung barangan adalah kemajuan yang biasa ke arah
perdagangan lebih moden. Pertumbuhan ini memberi kualiti, ketersediaan produk, pilihan, penurunan kos
produk, teknologi peruncitan baru dan kemahiran kepada sektor ini.

Penyelidikan kami menunjukkan bahawa kewujudan kedai-kedai ini meningkatkan daya saing dan
menggalakkan penurunan harga serta mewujudkan peluang pekerjaan.

Kami telah mengenal pasti peluang perniagaan yang akan membawa kepada perkembangan sub-sektor
ini bagi memadankannya dengan keadaan semasa ekonomi berpendapatan tinggi seperti Korea Selatan,
Taiwan dan negara-negara yang lebih maju seperti UK dan Perancis.

Secara unik di rantau ini dan di kalangan negara lain yang menjadi penanda aras (seperti Australia, UK),
Malaysia mempunyai pasaran tertinggi bagi peruncit barangan runcit asing (28 peratus daripada pasaran).
Ini menunjukkan liberalisasi dalam polisi kami yang membolehkan peruncit kompetitif antarabangsa
menjalankan perniagaan mereka di sini.

Tindakan
EPP telah menyarankan pertumbuhan 61 pasaraya besar (iaitu kedai yang berukuran 5,000 meter persegi
dan ke atas), 163 pasaraya (iaitu kedai yang berukuran 3,000 hingga 5,000 meter persegi) dan 356 pasaraya
dalam gedung barangan (iaitu pasaraya yang berukuran 2,000 hingga 3,000 meter persegi) dalam tempoh
masa 10 tahun yang akan datang. Jumlah ini akan menghasilkan lebihan ruang lantai lebih 50 peratus
berbanding dengan kadar semasa sebanyak 1.4 juta meter persegi. Perkembangan ini akan dilaksanakan
oleh kedua-dua peruncit tempatan dan asing.

Pembangunan kedai-kedai besar baharu akan dipantau secara terperinci oleh pihak berkuasa persekutuan
dan tempatan untuk mencapai keseimbangan di antara kemodenan dan keselesaan dan untuk mengekalkan
peruncit kecil. Keputusan perlu dibuat berasaskan penilaian permintaan dengan meneliti keperluan,
keupayaan ekonomi dan populasi dasar penduduk dibandingkan dengan penilaian bekalan ruang runcit dan
saiz kedai.

Untuk mengurangkan sebarang kesan yang mungkin timbul terhadap peruncit kecil, kami akan menyokong
pemodenan peruncit kecil sebagai satu EPP yang berasingan (EPP 2 – Program TUKAR).
Program Transformasi Ekonomi 281
Hala Tuju Untuk Malaysia

Pemboleh
Untuk membantu peruncit tempatan meningkat bertumbuh dalam segmen berformat besar, kami akan
menyediakan sokongan kepada peruncit utama tempatan seperti Mydin, dan Econsave. Ini, akan dilakukan
melalui peruntukan dana dalam bentuk pinjaman komersial, ambil alihpengambilalihan aset dan pajakan
atau sebagai rakan kongsi ekuiti melalui syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Sebagai
contoh, GLIC seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji kini sedang berunding
untuk membantu membiayai atau menjadi pelabur bersama dengan peruncit berformat besar tempatan
untuk menambah bilangan kedai mereka. GLIC yang terpilih juga akan meninjau peluang untuk membina
dan memajak kemudahan kepada peruncit berformat besar tempatan.

Bantuan dan kerjasama seperti itu akan selalunya dibuat berdasarkan prinsip komersial yang teguh.

Pembiayaan
EPP ini memerlukan RM17.4 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta.

Impak
Pelaksanaan penuh pasaraya besar dan pasaraya-pasaraya yang telah dirancangkan akan menghasilkan
RM8.5 bilion dalam PNK setahun dan mewujudkan 68,600 pekerjaan.

EPP 2: Pemodenan melalui Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)

Rasional
Program Transformasi Kedai Runcit, yang juga dikenali sebagai Program TUKAR, bertumpuan membantu
peruncit kecil menjadi moden dan kekal kompetitif. Ia termasuk menaiktaraf sekurang-kurangnya 10
peratus daripada 50,000 peruncit yang dianggarkan kini sedang menjalankan perniagaan.

Peruncit kecil berhadapan dengan beberapa perniagaan dan demografik yang menjejaskan pendapatan
mereka dan, dalam banyak keadaan juga, menggugat kewujudan mereka. Sebagai contoh di Johor, kajian
pasaran yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan bahawa sesetengah
peruncit kecil diancam dengan penutupan disebabkan peruncit moden (contohnya; operator berformat
besar) yang menjalankan perniagaan dalam kawasan mereka.

Pemodenan peruncit kecil boleh meningkatkan jualan sehingga 30 peratus, seperti yang ditunjukkan
dalam projek perintis yang dijalankan di dua kedai tempatan. Peningkatan jualan ini adalah hasil daripada
penarikan lebih pelanggan dan pelanggan yang berbelanja lebih di kedai-kedai yang telah diubahsuai dan
menyediakan persekitaran yang lebih selesa, moden, terang dan bersih, serupa dengan kedai berformat
besar. Persekitaran ini memanfaatkan peruncit kecil kerana mereka berupaya menawarkan kemudahan di
kawasan kejiranan mereka.
282 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Tindakan
Peruncit berformat besar terpilih akan menyokong peruncit kecil dengan membantu mereka memperbaiki
ketrampilan dan susun atur, termasuk rak-rak produk yang lebih menarik, meningkatkan pencahayaan
dan poin sistem jualan (POS) yang merekod kemasukan dan pengeluaran produk. Tambahan lagi, pemilik
kedai akan menerima latihan pengurusan runcit di kedai mereka sendiri dan menerima tunjuk ajar yang
berterusan daripada peruncit besar. Kami mensasarkan 2,000 kedai untuk penempatan penuh dan 5,000
untuk penempatan separa untuk bagi menyesuaikan perniagaan mereka dengan keperluan dan daya maju
komersial.

Sebagai balasan, peruncit utama yang mengambil bahagian akan mendapat faedah sama ada melalui yuran
perunding atau dengan menjalin hubungan dengan kedai kecil tersebut, yang seterusnya berpotensi untuk
mengikat perjanjian sebagai pemborong barangan dengan kedai kecil tersebut.

Pada ketika ini, syarikat peruncitan tempatan seperti Mydin, Berjaya Retail and Econsave telah bersetuju
untuk menjuarai EPP ini secara prinsip. Kami sedang dalam perbincangan dengan peruncit utama
tempatan yang lain untuk menyertai program ini.

Pemboleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyediakan pinjaman mudah
kepada pemilik kedai yang ingin memodenkan kedai mereka.

Pembiayaan
EPP ini melibatkan RM5.2 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta.

Impak
EPP ini akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM5.6 bilion PNK setahun menjelang 2020
dan mewujudkan 51, 500 pekerjaan.

EPP 3: Membangunkan Pasar Komuniti

Rationale
EPP ini akan mengubah beberapa pasar seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu dan Pasar Tamu
menjadi satu yang dikenali sebagai Pasar Komuniti. Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi
cabaran prasarana. Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,
tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor.
Inisiatif Pasar Komuniti ini bertujuan untuk menyelaraskan beberapa pasar dan menyatukan mereka di
lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif (sebagai contoh, dengan pengaliran yang lebih
baik, pembersihan yang kerap, persekitaran yang menarik).

Sama seperti Program TUKAR, persekitaran yang lebih menarik dapat membantu menarik minat lebih
pelanggan ke pasar tersebut dan meningkatkan kerelaan mereka untuk berbelanja.

Tindakan
Kami akan menempatkan beberapa pasar di bawah satu bumbung – satu Pasar Komuniti – yang selesa dan
dikawalselia oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
akan menerajui penubuhan Pasar Komuniti dari segi mengenal pasti kedudukan lokasi, pembaharuan,
penyelarasan dengan peniaga pasar, dan sebagainya.
Program Transformasi Ekonomi 283
Hala Tuju Untuk Malaysia

Pemboleh
Kami akan membantu peniaga di Pasar Komuniti dalam usaha pemodenan, sama ada melalui bantuan
untuk mendapat pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan
bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah.

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan sekitar RM15.5 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta.

Impak
Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8
bilion PNK setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

EPP 4: Mentransformasikan bengkel automotif

Rasional
Pada masa ini, polisi atau peraturan untuk mengawal lebih kurang 18,000 bengkel automotif di Malaysia
adalah terhad. Terdapat banyak variasi dalam tahap kualiti dan perkhidmatan yang disediakan dalam sektor
ini berikutan kurangnya peraturan dalam sektor ini. Persepsi umum yang kurang memberangsangkan
terhadap perkhidmatan bengkel adalah disebabkan masalah ketelusan dalam perkhidmatan yang diberi
serta caj yang dikenakan. Ketiadaan struktur kawalan menyebabkan wujudnya perbezaan dalam tahap
kemahiran mekanik atau juruteknik. Akibatnya, kebolehan sektor ini untuk mengaplikasikan teknologi
terkini adalah terhad.

Terdapat permintaan ketara bagi bengkel automotif yang dapat dilihat dari jumlah kenderaan di Malaysia
(13.7 juta) dengan anggaran perbelanjaan penyelenggaraan kenderaan sebanyak RM10 bilion setahun
oleh pemilik kenderaan. Bengkel-bengkel yang menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik
ditambah pula serta ketelusan caj-caj yang dikenakan, boleh menggalakkan perbelanjaan yang lebih dari
pemilik kenderaaan, contohnya, melalui penyelenggaraan kenderaan yang lebih kerap, pembelian pakej
penyelenggaraan premium dan jualan sampingan (seperti kerusi kulit, cermin gelap).

Tindakan
Tahap industri ini akan ditingkatkan melalui kawalan kendiri. Persatuan Pemilik Bengkel Automotif
Persekutuan Malaysia (FAWOAM) dan/atau pihak yang berkaitan akan mengendalikan pangkalan data
berpusat dan laman web, mengkategori dan mengredkan bengkel mengikut tahap perkhidmatan dan
pelesenan tenaga kerja industri (mekanik dan juruteknik) melalui program pembangunan kompetensi yang
berterusan. Bengkel-bengkel akan diklasifikasikan kepada gred platinum, emas dan perak berdasarkan satu
set kriteria yang akan ditetapkan.

Pemboleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membantu pemilik bengkel
mentransformasikan perniagaan mereka melalui bantuan untuk mendapat pinjaman pada kadar faedah
yang lebih rendah dan menyediakan pelepasan cukai bagi peralatan bengkel moden yang diimport. Bagi
meningkatkan kualiti keseluruhan barangan yang dijual, penguatkuasaan kawalan kualiti terhadap barang
ganti import akan diadakan berdasarkan sampel di semua pintu masuk seluruh Malaysia.
284 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan pembiayaan dan pelaburan swasta sebanyak RM1.4 bilion.

Impak
Dengan memodenkan sektor ini, adalah dijangka pertambahan pendapatan sebanyak RM1.1 bilion PNK
setahun dan pewujudan 9,100 peluang pekerjaan menjelang 2020.

EPP 5: Membangunkan Bazaar Makan

Rasional
Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum terkenal di seluruh dunia kerana kepelbagaian
makanannya. Perkhidmatan industri makanan terbahagi kepada gerai-gerai jalanan, rangkaian restoran
peringkat pertengahan dan restoran mewah. Cabaran kepada industri ini adalah untuk mewujudkan lebih
banyak kedai makanan dengan kualiti dan kebersihan yang lebih terjamin.

EPP Bazaar Makan diaspirasikan bagi membangun pusat makan sehenti di mana pengunjung boleh
mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik. Konsep ini menumpu pada
penetapan piawaian yang tinggi bagi pengurusan profesional dengan matlamat jangka panjang untuk
mendidik dan meningkatkan kualiti gerai-gerai jalanan.

Tindakan
EPP ini berhasrat untuk mewujudkan pusat makanan ikonik yang menyatukan penjual makanan jalanan
terbaik di satu pusat makan besar premium yang turut mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran
keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan
gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di
Malaysia.

Usaha sama ini akan diurus secara persendirian dan Wesria Food Sdn Bhd (dan/atau pihak lain) telah
menawarkan untuk menjuarai beberapa Bazaar Makan terpilih, dari kajian konsep dan lakaran tempat
sehinggalah pembinaan, pencarian penjual dan pengurusan harian.

Pemboleh
Penguatkuasa tempatan dan majlis perbandaran akan membantu mendapatkan lokasi yang strategik dan
tanah. Bantuan selanjutnya melalui pembiayaan mikro juga akan disediakan kepada penjual makanan
jalanan yang ingin menaik taraf dan memodenkan perniagaan mereka.
Program Transformasi Ekonomi 285
Hala Tuju Untuk Malaysia

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus
daripadanya adalah dari sektor swasta.

Impak
EPP ini akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta PNK setahun dan 4,200 pekerjaan
baru menjelang 2020.

GLOBALISASI DALAM SEKTOR PERUNCITAN

Di bawah tema ini, kita akan membangunkan Gedung 1Malaysia, mewujudkan platform e-dagang dan
membantu peniaga tempatan memperoleh kepentingan dalam syarikat peruncitan asing.

EPP 6: Membangunkan Gedung 1Malaysia

Rasional
Malaysia merupakan salah sebuah negara terkemuka di Asia dalam pembangunan dan pengurusan pusat
membeli-belah. Projek ini menyarankan pengeksportan kemahiran ini ke seluruh rantau Asia dengan
membolehkan operator pusat membeli-belah Malaysia membangunkan pusat membeli-belah dan ruang
perniagaan bagi peruncit Malaysia di bandar-bandar yang disasarkan. Dua negara utama yang disasarkan
ialah Vietnam and China memandangkan pendedahan kepada pasaraya besar dalam bandar-bandar ini
masih lagi di tahap yang rendah.

Pemaju Malaysia telah bersedia dan sanggup untuk melaksanakan pelaburan tersebut dengan syarat mereka
menerima sokongan padu daripada Kerajaan Malaysia. Ini bagi mendapatkan kelulusan dan lesen secara
kolektif dan membincangkan peraturan serta lain-lain keperluan operasi di lokasi-lokasi yang disasarkan.

Selain daripada PNK berdasarkan eksport, Gedung 1Malaysia adalah satu saluran bagi mengembangkan
pasaran barangan buatan Malaysia dan kepakaran Malaysia dalam pengurusan pusat membeli-belah. EPP
ini juga meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan bagi jenama luar negara untuk membangunkan pejabat
serantau mereka memandangkan potensi pengembangan yang cepat ke arah pasaran lain melalui Gedung
1Malaysia. Peruncit Malaysia telah juga berkembang di luar negara, seperti Parkson yang mempunyai
gedung barangan di China dan Vietnam dan kini juga menyasarkan Bandar Ho Chi Minh dan Hanoi.

Tindakan
Projek yang dicadangkan turut menampakkan pembangunan lebih daripada 20 pusat membeli-belah
yang serupa dengan 1 Utama, atau Mid Valley Megamall di lokasi-lokasi terpilih di Vietnam and China.
Pusat membeli-belah ini akan dihuni oleh sekurang-kurangnya 50 peratus peruncit Malaysia yang telah
menjalankan perniagaan di Malaysia. Ini akan memberikan peruncit Malaysia peluang keemasan untuk
mengembangkan jenama mereka dan mengambil peluang ke atas pasaran-pasaran yang muncul di Vietnam
dan China.
286 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Di Vietnam, kita akan membangunkan lima pusat membeli-belah di Bandar Ho Chi Minh, tiga di Hanoi,
satu di Hai Pong dan satu di Can Tho. Di China, kita akan membangunkan 11 pusat membeli-belah di
bandar-bandar seperti Harbin dan Shenyang.

Potensi peneraju (contohnya, Kumpulan Sunway, KLCC Holdings Bhd, Desa Park City, SP Setia, Ireka) telah
menunjukkan minat dan perbincangan sedang dijalankan untuk memuktamadkan keperluan mereka.

Pemboleh
Dua pemboleh utama dapat menyumbang kepada pelaksanaan yang sempurna. Pertama ialah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI) akan bersama-sama berunding bagi mendapatkan 10 lokasi utama (daripada 2.5
hingga 12 hektar setiap satu) dan mendapatkan kelulusan bagi semua lesen-lesen yang berkaitan untuk
pembangunan pusat membeli-belah, lesen runcit bagi semua peruncit Malaysia di pusat membeli-belah,
permit kerja bagi pengurusan dan kakitangan penyeliaan Malaysia dan polisi yang liberal untuk membawa
balik keuntungan ke negara. Kedua ialah peranan dimainkan oleh Bank EXIM dalam menyediakan
pembiayaan eksport dan perkhidmatan pengurusan risiko negara kepada pelabur-pelabur Malaysia.

Pembiayaan
EPP akan melibatkan RM7.4 bilion pembiayaan dan hampir keseluruhannya adalah dari pelaburan swasta.

Impak
Projek Gedung 1Malaysia akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM2.2 bilion PNK setahun
dan mewujudkan lebih 3,800 pekerjaan pengurusan dan profesional untuk warganegara Malaysia bagi
mengurus lokasi luar negara menjelang 2020. Pusat membeli-belah ini dan pekerjaan-pekerjaan tersebut
akan menyumbang kepada PNK dengan anggapan pendapatan tersebut dibawa pulang ke Malaysia.

EPP 7: Menubuhkan Gedung Maya

Rasional
Euromonitor telah menganggarkan nilai perniagaan peruncitan Internet di Malaysia pada tahun 2009
adalah sebanyak RM4.2 bilion. Trend pasaran di negara-negara berpendapatan tinggi menunjukkan jualan
barangan dan perkhidmatan melalui Internet juga meningkat dengan pendapatan boleh guna yang lebih
tinggi dan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik. Menurut Euromonitor, jualan runcit melalui Internet
di United Kingdom adalah 7% daripada jumlah jualan runcit (berbanding 4% di Malaysia). Sekiranya
Malaysia dapat meningkatkan perniagaan peruncitan maya ke tahap yang sama, jualan melalui Internet
berpotensi mencapai RM12 bilion pada tahun 2020.

Terdapat tiga elemen utama yang menyokong pembangunan gedung maya di Malaysia. Pertama, ketiadaan
gedung peruncitan maya tempatan seperti mymall.co.uk dan pasaraya-pasaraya besar maya di UK menjadi
petunjuk kepada peluang pasaran. Kedua, platform e-dagang seperti perniagaan-ke-perniagaan mybizpoint
Telekom Malaysia telahpun membuat infrastruktur asas dan menyediakan lebar jalur bagi pelaksanaan
platform e-dagang yang dicadangkan. Ketiga, dengan taraf hidup yang semakin meningkat dan pertambahan
populasi muda pada tahun 2020 (menurut Bank Dunia, 54% populasi Malaysia akan berada di bawah
umur 30 tahun), keperluan mereka boleh dipenuhi oleh peruncit Internet memandangkan mereka mahir
berkemahiran dalam IT dan mempunyai permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan dalam talian.
Program Transformasi Ekonomi 287
Hala Tuju Untuk Malaysia

Gedung maya yang dicadangkan merupakan replikasi dalam talian pasaraya konvensional. Fokus utamanya
adalah untuk membangun dan membolehkan peruncit kecil dan sederhana memasarkan produk secara dalam
talian. Walau bagaimanapun, peruncit besar juga akan dijemput mengambil bahagian dalam gedung maya ini.

Tindakan
Teras Teknologi, sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan dan/atau pihak lain yang setara, akan mula
menubuhkan sebuah e-platform secara konsep terbuka, dan membenarkan mana-mana operator runcit
untuk mengambil bahagian. Sebuah syarikat baru akan ditubuhkan untuk memudah dan menguruskan
operasi platform e-dagang tersebut. Aktiviti perniagaan syarikat baru yang dicadangkan termasuk
mendapatkan perkhidmatan dan prasarana IT, lain-lain aplikasi yang berkaitan meliputi sumber manusia
dan gaji, pengurusan inventori serta perancangan sumber syarikat.

Syarikat baru ini akan melantik 500 kakitangan dan melatih mereka dalam bidang teknologi maklumat,
pemasaran dalam talian dan pengurusan logistik. Proses dan sistem yang berkaitan dengan pesanan secara
dalam talian dan pengurusan pesanan akan diwujudkan untuk mengurus jumlah jualan yang dijangkakan tinggi.

Platform e-dagang ini dijangka dapat diilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012. Perekrutan IKS dan
peruncit yang mengambil bahagian akan bermula pada tahun 2011.

Pemboleh
Bagi menjayakan platform e-dagang ini, kami akan mempertingkatkan akses jalur lebar dan kualiti
perkhidmatan ke seluruh Malaysia. Maklumat lanjut tentang tindakan kami untuk meningkatkan jalur lebar
boleh didapati dalam NKEA Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur.

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan penambahan pelaburan dan pembiayaan swasta sekitar RM1.3 bilion.

Impak
EPP yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan RM820 juta PNK setahun dan
mewujudkan 6,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.

EPP 8: Memudahkan Peniaga Tempatan memperoleh pegangan dalam Perniagaan


Runcit Asing

Rasional
Pembangunan sektor yang mendadak memerlukan pelan yang menjangkaui perkembangan organik. Oleh
yang demikian, peruncit tempatan telah mengenal pasti kepentingan dalam dua pasaraya besar asing
sebagai sasaran potensi pengambilalihan. Pelaksanaan pengambilalihan ini akan memberi impak kepada
PNK dengan mengekalkan sebahagian daripada keuntungan pasaraya besar asing itu di Malaysia.
Kepentingan dalam dua perniagaan utama kini sedia untuk pengambilalihan. Pembelian equiti ini
oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), seperti kepentingan Sime Darby dalam Tesco, sedang dikaji.
Perbincangan dengan peruncit tempatan juga menunjukkan bahawa mereka berminat untuk mengambil
alih perniagaan-perniagaan ini. Walau bagaimanapun, mereka mengambil pendekatan yang berhati-
hati, sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pemerolehan tetapi yang lebih penting adalah kerana
ketidaktentuan yang wujud akibat kekurangan pengalaman dalam perkembangan yang berdasarkan
penggabungan dan pengambilalihan (M&A).
288 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Tindakan
Pihak yang berminat sedang berunding dengan pihak kewangan dan bank-bank bagi mendapatkan dana.
Sebagai sebahagian daripada perancangan keseluruhannya untuk mengimbangkan peruncit asing dan
tempatan, peruncit tempatan akan diberi kemudahan dan opsyen pembiayaan untuk melaksanakan
pembelian. Satu model yang sedang dikaji ialah Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GLIC) dan peniaga
tempatan menjadi rakan kongsi ekuiti dalam sebuah syarikat induk baru yang akan membeli saham dalam
syarikat peruncit asing.

Pemboleh
Pembiayaan ekuiti dan hutang daripada pengurus dana tempatan dan sokongan meluas daripada bank-
bank pelaburan diperlukan untuk EPP ini berjaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan akan menyediakan pemudahan bagi mencapai hasrat ini.

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan RM3.0 bilion pembiayaan dan pelaburan swasta.

Impak
EPP ini akan menghasilkan RM1.0 bilion PNK setahun dan 400 peluang pekerjaan menjelang 2020.

REVOLUSI SEKTOR PERUNCITAN

Tema ini mensasarkan untuk menghapuskan cukai import ke atas barangan terpilih, mewujudkan Resort
Kesejahteraan, menganjurkan Jualan Bersepadu Malaysia, mengubah Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) kepada hab peruncitan dan membangunkan Big Box Boulevard.

EPP 9: Menjadikan Malaysia Negara Bebas Cukai

Rasional
Penurunan harga, terutamanya barangan yang dianggap tidak mustahak atau barangan mewah yang
mempunyai tahap keanjalan yang tinggi dengan permintaan yang kurang, akan menyebabkan peningkatan
dalam perbelanjaan dan memberi impak ke atas PNK.

Pengecualian cukai terhadap beberapa barangan runcit terpilih akan dibuat menjelang akhir 2010.
Daripada jumlah tersebut, 20% telah pun bebas cukai dan memenuhi syarat perjanjian ASEAN Free Trade
Area (AFTA). Lebih banyak barangan akan dikecualikan cukai atau dikenakan cukai serendah lima peratus.
Automotif dan produk seperti tembakau dan alkohol tidak akan dikecualikan cukai.

Tindakan
Kerajaan akan menghapuskan beberapa cukai import menjelang akhir tahun 2010. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Pelancongan, dengan kerjasama
persatuan-persatuan perdagangan, akan mewujudkan kesedaran terhadap perubahan dasar di dalam dan
luar negara.
Program Transformasi Ekonomi 289
Hala Tuju Untuk Malaysia

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM6.7 bilion tanpa melibatkan peruntukan daripada
Kerajaan. Pengurangan hasil pendapatan cukai dapat diatasi dengan pengenaan cukai korporat dan
perniagaan yang bertambah akibat peningkatan dalam hasil jualan.

Impak
Cadangan penghapusan cukai ini akan memberi pendapatan tambahan sebanyak RM3.3 bilion PNK
setahun dan mewujudkan 31,100 peluang pekerjaan dalam sektor peruncitan (bersih NKEA Pelancongan)
menjelang 2020.

EPP 10: Membangunkan Resort Kesejahteraan

Rasional
Di peringkat antarabangsa, lebih daripada 50 negara telah mengenal pasti pelancongan perubatan sebagai
sumber utama pertukaran wang asing dan telah memutuskan untuk menjadikan sub-sektor ini sebagai
satu bidang yang perlu dibangunkan. Pasaran ini secara global bernilai lebih dari RM230 bilion dan sedang
meningkat pada kadar 25 peratus setahun. Di Thailand, Hospital Bumrungrad di Bangkok telah menerima
dan merawat seramai 150,000 pesakit pada tahun 2009.

Menurut Kementerian Kesihatan, pasaran pelancongan perubatan Malaysia bernilai RM288 juta pada
tahun 2009. Kita telah menerima 340,000 pesakit pada tahun 2009, di mana 60 peratus daripada mereka
adalah di Pulau Pinang. Industri tempatan kita meningkat pada kadar 35 peratus setahun, sebahagian
besarnya didorong oleh kos yang rendah (secara relatif berbanding Amerika Syarikat dan Eropah), institusi
kesihatan moden swasta yang banyak dan pertambahan hubungan udara melalui penerbangan kos rendah.

Resort Kesejahteraan yang dicadangkan akan mendorong pembangunan pusat membeli-belah


kesejahteraan yang bersepadu sepenuhnya yang menyediakan semua aspek rawatan estatik dan
penambahan kecantikan yang dilengkapi dengan sokongan premis perniagaan. EPP ini hanya mengambil
kira impak perbelanjaan peruncitan daripada resort kesejahteraan tersebut (contohnya, pembelian produk
spa dan perkhidmatan). Pendapatan daripada perkhidmatan perubatan akan diambil kira di bawah NKEA
Penjagaan Kesihatan.

Tindakan
Resort Kesejahteraan akan ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti iaitu di Pulau Pinang
(memanfaatkan lagi pasaran pelancongan kesihatannya yang sudah mantap), Banjaran Spa di Ipoh (di mana
pelabur swasta telahpun menubuhkan sebuah spa) dan Bandar Utama (di mana pemaju telah pun mempunyai
pelan untuk mengadakan satu perkampungan gaya hidup pesara). Resort Kesejahteraan akan membangunkan
lokasi sedia ada dan membuat pemasaran dengan menyediakan premis perniagaan yang bersepadu.

Pelaburan dalam Resort Kesejahteraan akan ditanggung oleh pemaju-pemaju ini. Peniaga berjenama yang
bernilai tinggi di Malaysia akan dijemput untuk menubuhkan perniagaan mereka di lokasi-lokasi ini. Sejajar
dengan ini, resort ini akan menawarkan penginapan seperti hotel, pangsapuri berkepadatan rendah dan
sebagainya.

Usaha pemasaran oleh pemaju dijangka dapat menarik 500,000 pelancong asing setiap tahun. Tambahan
pula, pemaju berhasrat untuk menarik 30,000 pelancong tempatan setiap tahun.
290 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Pemboleh
Kami sedang mengkaji potensi untuk mempercepatkan pemprosesan visa bagi segmen pasaran yang
disasarkan dan mempromosikan penubuhan serta pelaksanaan skim insurans perubatan untuk melindungi
isu-isu liabiliti profesional sebelum dan selepas rawatan. Kami juga sedang meneliti pilihan-pilihan
untuk memberi pengamal perubatan lebih mobiliti bagi membolehkan mereka bekerja dalam Resort
Kesejahteraan tersebut.

Daripada pihak sektor swasta, pelaburan untuk meningkatkan sistem maklumat pelanggan dan data
susulan akan dilaksanakan.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula peraturan
kesihatan semasa yang mengehadkan kemasukan pengamal perubatan asing dan penggunaan amalan
perubatan yang lebih terkini.

Kami akan mensasarkan pensijilan halal dari pihak berkuasa yang berkaitan bagi resort tersebut supaya
dapat menarik segmen pasaran Muslim.

Pembiayaan
EPP ini memerlukan pelaburan dan pembiayaan swasta sebanyak RM1.7 bilion.

Impact
Resort Kesejahteraan yang dicadangkan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM2.7 bilion
PNK setahun menjelang 2020 dan mewujudkan hampir 21,500 pekerjaan dalam sektor peruncitan.

EPP 11: Menganjurkan Jualan Bersepadu Malaysia

Rasional
Pelancongan Malaysia kini menganjurkan tiga jualan tahunan utama. Terdapat peluang untuk
meningkatkan kesedaran terhadap jualan-jualan tersebut dan melibatkan lebih ramai peruncit di kalangan
semua industri, contohnya, makanan dan minuman.

Tindakan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Pelancongan Malaysia akan
menyelaraskan para peniaga dari semua sektor ekonomi dalam jualan tahunan bersepadu Malaysia.

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM4.7 bilion, di mana hampir
keseluruhannya akan ditanggung oleh sektor swasta.

Impak
Penilaian kita menunjukkan bahawa jualan tahunan bersepadu Malaysia akan menghasilkan pendapatan
tambahan sebanyak RM1.8 bilion PNK setahun dan mewujudkan 14,300 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Program Transformasi Ekonomi 291
Hala Tuju Untuk Malaysia

EPP 12: Mengubah KLIA kepada Hab Peruncitan

Rasional
Pada tahun 2009, KLIA telah menjadi pintu keluar utama kepada 29.7 juta penumpang dan pintu masuk
kepada 54 penerbangan antarabangsa yang menuju ke 101 destinasi antarabangsa. Potensi jualan runcit
KLIA belum sepenuhnya sepenuhnya disebabkan penawaran dan ruang yang terhad, terutamanya di
terminal pengangkutan kos rendah. Dengan mempunyai tanah yang luas dan disokong oleh KLIA2 baru dan
pelan induk KLIA Aeropolis, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bercadang untuk mengubah KLIA
untuk menjadi sebuah hab komersial dan runcitperuncitan.

Tindakan
Hasil daripada pembangunan KLIA2, MAHB dapat membangunkan satu hab peruncitan, dengan 55,000
meter persegi ruang peruncitan sebagai tambahan kepada ruang peruncitan sedia ada dengan keluasan
43,000 meter persegi di KLIA2 baru. Ini boleh menjadikan KLIA sebagai destinasi membeli-belah yang
menarik kepada penumpang penerbangan dan juga kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan
lapangan terbang.

Pemboleh
Tiga pemboleh utama dikenal pasti akan mempercepatkan pelaksanaannya. Kerajaan akan meminda
tempoh masa pajakan tanah (bagi tujuan penyediaan kawasan untuk perkembangan hab runcit). Kami juga
akan menukar status penggunaan tanah yang dibenarkan daripada pertanian kepada kegunaan komersial.
Pemboleh ketiga adalah dengan membenarkan penumpang transit untuk membeli-belah di kawasan ini
dengan menggunakan pas sementara.

Pembiayaan
EPP ini akan melibatkan peningkatan pelaburan dan pembiayaan swasta sekitar RM840 juta.

Impak
Pembangunan yang dicadangkan akan mendatangkan tambahan pendapatan sekitar RM960 juta PNK
setahun menjelang 2020 dan mewujudkan potensi peluang pekerjaan sebanyak 7,700.

EPP 13: Membangunkan Big Box Boulevard

Rasional
Kewujudan gabungan peruncit berskala besar dan kedai yang menjual barangan kilang tertumpu di satu
lokasi adalah menjadi kebiasaan di Eropah dan Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, terdapat peruncit
kendiri yang lebih menumpukan kepada kategori peruncitan khusus seperti gudang perabot dan pasaraya
besar. Tinjauan kami mendapati peruncit dan pemaju hartanah sektor swasta bersetuju bahawa permintaan
bagi pengalaman membeli-belah di kawasan peruncit berskala besar semakin meningkat. Ini didorong oleh
kesedaran yang semakin meningkat di kalangan pelajar Malaysia di luar negara, ekspatriat dan jumlah
pelancong yang semakin bertambah yang ingin membeli-belah di satu lokasi tunggal yang merupakan satu
destinasi membeli-belah.
292 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Situasi sedia ada menunjukkan bahawa ia mengambil tempoh masa yang lama untuk mendapatkan
kelulusan pihak berkuasa, pembangunan infrastruktur, kesediaan pemasaran dan operasi. Sebagai contoh,
hab pemborong-runcit di Nilai 3 mengambil masa selama lebih 10 tahun untuk membangun menjadi
sebuah kawasan perniagaan peruncitan bersaiz sederhana, di mana ia masih jauh dari saiz yang diingini
sebagai sebuah big box boulevard.

EPP ini akan menyaksikan pembangunan sebuah gabungan kedai-kedai peruncit yang sangat besar dalam
pelbagai kategori peruncit (sebagai contoh, medan selera, butik, pasaraya besar), yang tertumpu di dalam
satu lokasi yang dikenali sebagai big box boulevard (BBB). Kami telah mengenal pasti Nusajaya sebagai
satu lokasi strategik untuk membangunkan BBB pertama Malaysia, yang mengandungi 10 hingga 12 kedai
runcit berskala besar dalam satu kawasan.

Tindakan
BBB yang akan dibangunkan terdiri daripada gabungan peruncit-peruncit, diterajui oleh beberapa
kategori kedai, sebagai contoh, pasaraya besar, kedai perabot besar, pusat beli belah produk digital dan
peralatan elektronik dan juga kedai mainan dan peralatan sukan, ruang pameran automatif besar, pusat
tekstil, pasaraya taman dan alatan logam. Jumlah binaan ruang runcit yang dicadangkan adalah sekitar 26
hektar. BBB akan disokong oleh kedai makan dan minuman, kedai serbaneka, dan juga peruncit arak dan
tembakau.

BBB akan dikemukakan sebagai sebuah projek pembangunan tunggal dan bersepadu kepada beberapa
Kementerian dan badan-badan penguatkuasaan untuk kelulusan bagi mengurangkan duplikasi dan
mengelakkan daripada sebarang kelewatan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan akan meneraju dan membantu dalam mendapatkan kelulusan dari agensi-agensi,
kementerian dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.

Satu syarikat pemacu penghantaran khusus (SPDV) akan diwujudkan untuk membantu Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan pemaju tanah dalam menyelaraskan
pembangunan. SPDV ini juga akan bertindak sebagai satu wakil penghubung dengan berbagai
peruncit BBB. Yang paling utama, SPDV ini merupakan nadi bagi perkongsian awam-swasta yang akan
menyelaraskan semua pembangunan prasarana infrastruktur bersepadu serta memudahkan kelulusan
pihak berkuasa, pemasaran dan lain-lain aktiviti pemboleh. SPDV akan menjalankan aktiviti ini menerusi
pejabat pengurusan projek yang menjadi wakil penghubung di antara berbagai pihak. Prestasinya akan
diukur melalui Kunci Petunjuk Aras (KPI) khusus dan had waktu.

Nusajaya telah dipilih menjadi lokasi projek pertama ini kerana:

• Pemaju induk (UEM Land) dengan matlamat komersial yang sejajar;

• Sebuah tapak yang sesuai seluas 400 ekar dengan pengezonan yang telah ditentukan dan perancangan
yang dibenarkan dan mempunyai sebuah infrastruktur yang agak matang seperti jalan raya, tenaga
elektrik dan sistem perhubungan;

• Potensi pasaran yang besar sekitar 7 juta orang (termasuk Singapura); dan

• Minat peruncit yang ketara untuk mengambil bahagian.


Program Transformasi Ekonomi 293
Hala Tuju Untuk Malaysia

Lain-lain lokasi BBB (contohnya, Nilai atau Pulau Pinang) dikenal pasti sebagai peluang perniagaan pada
ketika ini. Lokasi ini perlu diteliti seterusnya dengan pihak ketiga yang berkaitan.

Pemboleh
Pihak Peneraju. Sektor swasta akan meneraju dengan UEM Land sebagai pemaju induk, yang akan
disokong oleh peruncit-peruncit utama. SPDV akan membantu menyelaras perjanjian komersial, termasuk
memorandum persefahaman, dokumentasi sewaan dan usahasama.

Sokongan dan Kemudahan Kerajaan: Ini melibatkan penyediaan infrastruktur (seperti jalan raya,
stesen kuasa, air, tanah yang telah dibersihkan), mempercepatkan kemajuan transit aliran massa dan/atau
perluasan transit aliran ringan (LRT) bagi Nusajaya, dan penggunaan insentif yang telah diisytiharkan bagi
kawasan Iskandar Malaysia (sebagai contoh, pelepasan cukai, fleksibiliti untuk menggaji pekerja asing dan
pembiayaan melalui pinjaman mudah).

Pembiayaan
Sebanyak RM1.7 bilion pembiayaan dan pelaburan diperlukan dari tahun 2011 sehingga 2013 untuk
membangunkan 10 hingga 12 kawasan big box boulevard. Hampir keseluruhan kos pembiayaan akan
ditanggung oleh sektor swasta.

Impak
BBB akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM1.2 bilion PNK setahun menjelang 2020 dan
mewujudkan hampir 9,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.

PELUANG PERNIAGAAN

Peluang perniagaan dan pertumbuhan minimum dianggarkan menyumbang sebanyak RM45.2 bilion
kepada PNK, dan mewujudkan sekitar 226,000 pekerjaan tambahan. Perkembangan ini akan didorong
oleh tiga pemandu ekonomi yang berbeza. Yang pertama ialah perbelanjaan peruncitan per kapita yang
lebih tinggi disebabkan peningkatan PNK bagi setiap isi rumah menjelang 2020. Yang kedua, urbanisasi
akan turut menyumbang memandangkan pemrpindahan daripada kawasan luar bandar ke bandar akan
meningkatkan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan, termasuk produk nilai tambah yang lebih
tinggi. Akhirnya, peningkatan populasi akan menyebabkan pertambahan permintaan yang lebih untuk
barangan dan perkhidmatan.

Pembiayaan dan pelaburan sebanyak RM187.6 bilion daripada sektor swasta diperlukan untuk mengambil
kesempatan terhadap peluang perniagaan ini.

PEMBOLEH LAZIM

Daripada keseluruhan 13 EPP dan peluang perniagaan ini, beberapa pemboleh lazim akan disediakan
untuk memudahkan peruncit menjalankan perniagaan, dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap
persaingan dan pilihan bagi pelanggan. Pemboleh-pemboleh ini adalah dalam bentuk akses kewangan,
liberalisasi sektor, prasarana dan modal insan.
294 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Akses Mudah bagi Kewangan

Keupayaan untuk mendapat dan mengurus pembiayaan adalah kritikal bagi membolehkan peruncit
kecil menjadi moden dan peruncit yang besar untuk mengembang. Sebagai contoh, jenis bantuan yang
diperlukan oleh peruncit adalah penambahan kesedaran tentang skim-skim pembiayaan, menjadikan
aksesibiliti lebih mudah diperoleh dan meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan.

Meningkatkan kesedaran tentang skim pembiayaan. Ramai peruncit tempatan menyatakan bahawa
mereka kurang sedar tentang sumber kewangan yang disediakan untuk mereka. Bagi menjadikan maklumat
lebih mudah diperolehi, Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan dan syarikat-syarikat IKS akan mewujudkan satu pusat pangkalan data informasi
maklumat mengenai pembiayaan bagi perniagaan runcit. Mereka juga akan mengadakan jerayawara ke
seluruh negara untuk menyebarkan maklumat tentang pembiayaan.

Menjadikan aksesibiliti lebih mudah diperoleh. Peruncit-peruncit tempatan kecil menghadapi


kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan memandangkan mereka dianggap berisiko tinggi dan tidak
mempunyai cagaran untuk pinjaman. Untuk menyelesaikan masalah ini, BNM akan bekerjasama dengan
institusi kewangan tempatan untuk mengadakan satu skim jaminan kredit dan menubuhkan dana bersama
untuk membantu peniaga kecil. BNM juga akan turut membantu peniaga kecil mendapatkan pembiayaan
alternatif, sebagai contoh, modal usaha sama dan ekuiti persendirian.

Meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan. Peruncit kecil kurang berkemahiran dan


pengalaman dalam pengurusan kewangan. Untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan kewangan
mereka, peruncit wajib menghadiri kursus pengurusan kewangan sebelum pinjaman atau bantuan dapat
disalurkan kepada mereka.

Meliberalisasikan Sektor Peruncitan

Kami akan mengambil tindakan lanjut untuk menjadikan sektor peruncitan lebih kompetitif. Dua langkah
penting adalah pembukaan pasaran yang terhad serta memudahkan keperluan penubuhan dan pengembangan.

Pembukaan pasaran terhad. Pasaran bagi sesetengah produk runcit tertentu (contohnya, barangan
pertanian dan makanan terpilih) masih terhad kepada beberapa pembekal dan pemegang permit yang
diluluskan (AP). Kami akan mengkaji potensi untuk melonggarkan pasaran ini dan membenarkan
kemasukan bebas import dan eksport. Untuk memastikan kualiti, kami akan meningkatkan pemeriksaan di
pintu masuk di seluruh negara.

Penyelarasan keperluan penubuhan dan pengembangan. Kini, untuk memulakan operasi


peruncitan, peniaga perlu mendapatkan beberapa lesen daripada berbagai pihak (sebagai contoh,
penguatkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Suruhanjaya Elektrik, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan). Tambahan, terdapat potensi
untuk memendekkan masa menunggu bagi mendapatkan kelulusan struktur premis (sebagai contoh,
oleh penguatkuasa tempatan dan Jabatan Bomba). Kami akan memudahkan proses penubuhan dengan
mengurangkan jumlah lesen yang diperlukan, mengadakan satu pusat sehenti untuk proses permohonan,
mempercepatkan pelaksanaan e-lesen dan membenarkan pembaharuan permohonan lesen hanya sekali
bagi semua cawangan sesebuah syarikat peruncit. Kami akan mengurangkan tempoh kelulusan bagi
struktur premis kepada hanya satu bulan dari kira-kira tiga bulan ketika ini.
Program Transformasi Ekonomi 295
Hala Tuju Untuk Malaysia

Menaiktaraf Infrastruktur Pengangkutan

Infrastruktur juga perlu dinaiktarafkan bagi memenuhi keperluan pengangkutan barangan yang
dianggarkan akan bertambah dan peningkatan bilangan pelanggan yang dijangka mengunjungi kedai
peruncit. Contoh penambahbaikan adalah seperti meningkatkan efisiensi logistikc melintas sempadan,
membaiki kemudahan di pintu masuk dan meningkatkan tahap pengangkutan awam.

Meningkatkan efisiensi logistik melintas sempadan. Sesetengah pemborong masih melaporkan


kesulitan dan kelewatan dari segi penghantaran barangan ke dalam dan luar Malaysia. Kami akan
terus bekerjasama dengan persatuan industri yang berkaitan (contohnya, pengangkut muatan) untuk
mengatasi isu yang masih belum diselesaikan (contohnya, berkaitan pengurusan, pemprosesan borang dan
pemeriksaan di pintu masuk dan keluar). Sebagai contoh, kami juga akan mengkaji proses automasi dan
lain-lain proses penambahbaikan untuk mempercepatkan kelulusan barangan di pelabuhan dalam tempoh
maksimum 24 jam daripada kira-kira 72 jam ketika ini.

Memperbaiki kemudahan di pintu masuk. Terdapat peluang untuk memperbaiki kemudahan di


pelabuhan, lapangan terbang dan jalan melintas sempadan. Kami akan mengkaji peluang-peluang ini dan
bertindak ke atasnya. Sebagai contoh, dengan dengan mewujudkan lebih banyak kapasiti simpanan untuk
barangan mudah rosak.

Meningkatkan tahap pengangkutan awam. Kami akan meningkatkan keterhubungan, efisiensi dan
kualiti pengangkutan awam (contohnya, bas, transit aliran ringan) untuk memudahkan dan menarik minat
pelanggan mengunjungi pusat-pusat runcit. Ini akan menjadi sebahagian daripada usaha berterusan kami
yang sedang dijalankan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar
di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan juga inisiatif di bawah NKEA Greater KL (contohnya,
membangunkan satu rangkaian transit aliran massa).

Membangunkan Modal Insan

Untuk memenuhi keperluan pekerjaan yang akan diwujudkan oleh NKEA Peruncitan, kami akan
memastikan terdapat bekalan bakat yang berkemahiran dalam sektor peruncitan serta, mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi. Beberapa inisiatif bagi tujuan ini adalah dengan
meningkatkan jumlah graduan dalam bidang peruncitan dan memperolehi sumber alternatif pekerja.

Meningkatkan jumlah graduan dalam pengajian peruncitan. Kami perlu meningkatkan bilangan
pekerja yang berkelayakan untuk memenuhi pertambahan bilangan pekerja pengurusan dan profesional
yang dijangkakan. Kementerian Pengajian Tinggi akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam
dan swasta serta wakil dari industri peruncitan untuk menyediakan lebih modul dan kursus yang menumpu
pada peruncitan (contohnya, jualan dan pemasaran, pengurusan logistik, pengurusan operasi peruncitan).

Memperolehi sumber alternatif pekerja. Kami perlu menambah bilangan kakitangan baris hadapan
untuk menyokong peningkatan jumlah kedai runcit yang dianggarkan. Oleh itu, kami akan menggalakkan
penyertaan yang lebih besar dalam tenaga kerja oleh kumpulan seperti suri rumah, pasangan pekerja
asing, warga emas dan pelajar. Kami sedang mengkaji cara untuk melaksanakannya, seperti mewajibkan
kemudahan penjagaan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan membenarkan pelajar asing di universiti
tempatan untuk bekerja secara sambilan.
296 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

PEMBIAYAAN

Jumlah keperluan pembiayaan untuk EPP adalah RM67.1 bilion (Carta 8-2), di mana hampir
keseluruhannya dibiayai oleh sektor swasta.

Carta 8-2

Untuk 13 EPP, pembiayaan sebanyak RM67.1 bilion diperlukan, di mana kurang


daripada 1% adalah daripada pembiayaan awam
Hampir 100% pembiayaan EPP dianggarkan Pecahan pembiayaan antara EPP dan peluang
daripada sektor swasta perniagaan

RM bilion RM bilion
66.7 67.1 187.6 254.7

67.1

0.4

Awam Swasta Jumlah EPPs Peluang Jumlah


Perniagaan

% <1 ~100 % 26 74
daripada daripada
jumlah jumlah

TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN

Struktur tadbir urus dibahagi kepada tiga peringkat (Carta 8-3). Peringkat pertama ialah panduan strategik
dan penyelesaian masalah, dengan mesyuarat suku tahunan bersama Perdana Menteri. Dalam tempoh
itu, Menteri Peneraju (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan satu
Jawatankuasa Pemandu (dengan wakil dari kedua-dua sektor awam dan swasta) akan menyediakan
panduan keseluruhan kepada pasukan pelaksana (contohnya, Pejabat Pengurusan Pelaksanaan atau DMO)
dengan interaksi formal yang diadakan setiap bulan dan lebih kerap jika keadaan memerlukannya.

Peringkat kedua ialah mengenai pengawalseliaan dan laporan. Tugas ini dijalankan oleh DMO, yang terdiri
daripada kakitangan sepenuh masa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
dan nasihat dari pakar industri sektor swasta. DMO akan bertemu setiap dua minggu dengan pemilik EPP
(Jadual 8-1) dan melaporkan kemajuan projek dan isu tertunda kepada ETU Unit Program Transformasi
Ekonomi dan Menteri bertanggung jawabPeneraju.

Peringkat ketiga terdiri dari pasukan projek khas yang melaksanakan tugas penyampaian EPP. Pasukan ini,
satu bagi setiap EPP, akan melaporkan kemajuan projek kepada PPTK setiap minggu.
Program Transformasi Ekonomi 297
Hala Tuju Untuk Malaysia

Carta 8-3

Tadbir Urus NKEA Pemborongan dan Peruncitan

Perdana Menteri

Jawatankuasa Pemandu
Pengerusi: Menteri Peneraju(KPDNKK)

Pasukan Ahli-ahli:
Pemudah s -$4## s -/& s -2!
Pusat: s -)4) s -/! s -2#!
ETU s -/4/52 s -/4 s 00+
s &!7/!-

Pejabat Pengurusan Ahli-ahli:


Pelaksanaan (DMO) s +0$.++DAN0ENASIHAT
0ERSENDIRIAN3EPENUH
-ASA

Pertumbuhan Gedung Big Box Pemerolehan TUKAR Pasar Kedai Auto


Berformat 1Malaysia Boulevard Jenama Komuniti
Besar Asing

Bazaar Malaysia Resort Jualan Hab Runcit Gedung


Makan Bebas Cukai Kesejahteraan Bersepadu KLIA Maya

KPDNKK – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, MITI – Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, MOTOUR – Kementerian Pelancongan, MOF – Kementerian Kewangan, MOA – Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani, MOT – Kementerian Pengangkutan
298 Bab 8
Membangunkan Pasaran Runcit yang Lebih Dinamik

Jadual 8-1

Lain-lain agensi,
EPP Peneraju pemilik inisiatif syarikat dan organisasi
utama

Meningkatkan Jumlah Kedai Berformat Besar Kementerian Perdagangan


seperti Pasaraya Besar, Pasaraya dan Gedung Dalam Negeri, Koperasi dan
Barangan Kepenggunaan

Membantu Pemodenan Peruncit Kecil melalui Kementerian Perdagangan


Program TUKAR Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Memodenkan dan Menggabungkan Beberapa Kementerian Perdagangan Kementerian Pertanian dan


Format Pasaran Tempatan kepada Pasar Dalam Negeri, Koperasi dan Industri Asas Tani
Komuniti Berskala Besar Kepenggunaan
Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan

Meningkatkan Kualiti dan Mutu Perkhidmatan Kementerian Perdagangan


Bengkel Automotif Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Membangunkan Bazaar Makan yang Besar, Kementerian Perdagangan Kementerian Perumahan dan
Premium dan Diuruskan Secara Profesional Dalam Negeri, Koperasi dan Kerajaan Tempatan
Kepenggunaan

Membangunkan Gedung 1Malaysia, Kementerian Perdagangan Kementerian Perdagangan


Dikendalikan oleh Syarikat-Syarikat Malaysia Dalam Negeri, Koperasi dan Antarabangsa dan Industri
di Pasaran Membangun seperti Vietnam dan Kepenggunaan
China

Membangunkan Gedung Maya Kementerian Perdagangan Unit Pemodenan Tadbiran dan


Dalam Negeri, Koperasi dan Perancangan Pengurusan
Kepenggunaan Malaysia

Memudahkan Syarikat Tempatan Memperoleh Kementerian Perdagangan


Pegangan dalam Syarikat Peruncitan Asing Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Menghapuskan Duti Import untuk Semua Produk Kementerian Perdagangan Kementerian Kewangan
(Kecuali Automotif dan Produk Tidak Berfaedah Dalam Negeri, Koperasi dan
seperti Tembakau) Kepengguna

Membangunkan Resort Kesejahteraan Kementerian Perdagangan


Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Menganjurkan Jualan Bersepadu Malaysia Kementerian Perdagangan Kementerian Pelancongan


Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Mempergiatkan Transformasi Lapangan Terbang Kementerian Perdagangan Kementerian Pengangkutan


Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan

Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Hab Runcit Kementerian Perdagangan


Membangunkan Big Box Boulevard Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
Program Transformasi Ekonomi 299
Hala Tuju Untuk Malaysia

Box 8-1

Ringkasan NKEA Pemborongan dan Peruncitan

• Peningkatan impak PNK pada tahun 2020 RM108 bilion

• Tambahan pekerjaan pada tahun 2020 370,000

• Sasaran kritikal dan tanda jarak dalam tempoh 6 hingga 12 bulan


• 100 peruncit kecil yang dimodenkan di bawah TUKAR
• 5 pasaraya besar dan 13 pasaraya yang ditubuhkan
• Penghapusan duti import ke atas produk runcit terpilih
• 50 Pasar Komuniti beroperasi
• Jualan Bersepadu Malaysia dilancarkan
• 500 bengkel automotif dimodenkan
• Satu Bazaar Makan mula beroperasi

Anda mungkin juga menyukai