Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan 4 jenis jarak sosial berserta ciri-cirinya yang diamalkan oleh

masyarakat Malaysia.

Sebenarnya,jarak sosial telah dibahagikan kepada 4 jenis,iaitu jarak intim,jarak


peribadi,jarak sosial dan jarak am.

a)Jarak intim (0-18 inci)

i. Intim dari segi bahasa bermaksud sangat mesra dan rapat

ii. Ciri-ciri jarak intim

 Orang yang bercakap dapat memandang,menyentuh dan mendengar orang yang


dilawan bercakap.

 Dapat mendengar pergerakan nafas orang yang dilawan bercakap yang keluar masuk
daripada rongga hidungnya.

 Jarak jenis ini digunakan bertujuan melindungi atau menenangkan diri indivisu tertentu.

 Pada jarak ini,tidak membenarkan sebarangan orang yang tidak dikenali masuk untuk
sama-sama berbual-bual

 Bahasa badan lebih banyak fungsinya berbanding dengan kata-kata.

 Sekiranya ada percakapan,jenis suara yang akan digunakan adalah bisikan.

 Percakapan yang diungkapkan berstatus rahsia.

b)Jarak peribadi (18 inci-4 kaki)

i. Peribadi dari segi bahasa bermaksud sifat seseorang yang telah sebati dengan dirinya
sendiri dan terasing daripada umum.
ii. Ciri-ciri jarak peribadi
 Berguna untuk mendekati orang lain di mana-mana sahaja
 Orang lain hanya boleh menyentuh anda dari jauh melalui berjabat tangan
 Tajuk perbincangan berkaitan dengan isu peribadi seperti masalh dan sebagainya.,
 Rakan dan adik-beradik sahaja dibenarkan menyertai kumpulan perbincangan
berkenaan
 Menggunakan suara yang perlahan dan bernada rendah.

c)Jarak Sosial (4-12 kaki)

i. Sosial bermaksud hal-hal berkaitan dengan persahabatan,pergaulan dan aktiviti kerja


masa lapang
ii. Ciri-ciri jarak sosial
 Informasi yang dicakapkan tidak bersifat peribadi
 Beberapa isu yang dicakapkan boleh didengar oleh orang lain
 Banyak digunakan dalam majlis-majlis sosial
 Juga digunakan untuk tujuan rasmi
 Memperkatakan tajuk isu yang bukannya bersifat peribadi
 Jenis suara yang digunakan ialah suara penuh dan kuat

d)Jarak am (12-25 kaki)

i. Am bermaksud menyeluruh,umum dan tidak khusus


ii. Ciri-ciri jarak am
 Informasi yang dicakapkan bersidat umum
 Jenis suara adalah kuat dan boleh didengari oleh ramai orang
 Kerap digunakan oelh tokoh-tokoh pengucap awam
 Memperkatakan isu-isu popular dan berstatus informasi umum.
 Juka melebihi 25 kaki,jenis suara berubah menjadi nyaring kerana fungsinya bukan
lagi bercakap tetapi memangil.

Anda mungkin juga menyukai