Anda di halaman 1dari 2

NAMA : MUHAMMAD UTHMAN BIN AZHARI

NO MATRIK : 20DKM16F1002

Jelaskan implikasi (kesan) mengamalkan cara hidup Islam terhadap individu, keluarga,
masyarakat dan negara.

- Implikasi mengamalkan cara hidup dalam islam ialah ;

INDIVIDU
Melahirkan individu yang baik dan membentuk akhlak yang mulia seperti seseorang itu lebih
tenang dalam mengharungi kehidupan seharian kerana segala usaha yang dilalukan diserahkan
kepada Allah. Selain itu,apabila seorang menyerah dirinya kepada Allah dan beramal dengan
ajaran islam, segala pelakuannya tidak akan menurut hawa nafsu.Melahirkan individu yang
menyintai Allah dan RasulNya juga merupakan implikasi menagamalkan cara hidup islam.

KELUARGA
Melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni.Setiap ahli keluarga berusaha untuk
memperbaiki kualiti diri dan berusaha menjadi manusia yang baik. Anak-anak berusaha
menjadi anak yang soleh manakala ibu-bapa berusaha enjadi ibu bapa yang salih. selain
itu, menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti lepak, zina dan pembuangan bayi.
Dalam konteks kekeluargaan, sama ada ibu atau bapa harus memahami akan tujuan
asalnya iaitu untuk melakukan ibadah kepada Allah. Kesimpulannya, melahirkan keluarga
yang tenang dalam menghadapi kesukaran hidup.

MASYARAKAT
Mewujudkan suasana yang aman dalam komuniti kerana ahli nya bertindak mengikut panduan
agama. Islam akan melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyaraka.
Seperti Membentuk Budaya Hidup Islam. kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum
dan peraturan Allah Taalah. Dalam budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau
sudut kehidupan. Sama ada dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga dan yakin dengan masa
depan Islam yang gemilang. Mereka yakin hanya system hidup Islam yang dapat menyelamat dan
menyelesaikan mereka sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

NEGARA
Melahirkan warganegara yang baik dan menyumbangkan ke arah pembangunan negara.Sentiasa
menghormati ahli masyarakat baik yang tua atau yang muda. Selain itu Mewujudkan suasana
yang aman dan tenteram dalam negara. Keamanan ini akan menyumbang kepada pertambahan
kualiti kehidupan dalam sesebuah negara. Islam menjadikan seseorang itu menjadi manusia yang
seimbang. Ia menjadi penyumbang kepada tamadunan negaranya. Ia akan bekerja keras demi
menyebarkan kebaikan dalam masyarakatnya. Moto hidupnya ialah menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Di samping itu, Melahirkan pemimpin yang bermaruah dan berintegriti.
Mereka yakin dengan janji dan balasan Allah di akhirat serta percaya dunia ini hanya tempat untuk
mencari bekalan kebajikan. Firman Allah Taala yang bermaksud:“Adapun mereka yang beriman
dan beramal soleh bagi mereka itu Syurga Makwa sebagai tempat tinggal sebab perbuatan mereka
itu, dan adapun bagi mereka yang fasik (perosak), maka tempat mereka adalah neraka.

Kesimpulannya, Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna kerana ia mencukupi segenap
aspek kehidupan. Walaupun Islam tidak dapat mengubah keseluruhan aspek kehidupan masyarakat
tetapi pada umumnya ia telah mengubah struktur hidup masyarakat dari corak kehidupan.Ternyata
dengan Islam telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat dan kesannya kita dapat
melihat dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya
sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai