Anda di halaman 1dari 2

Islam Liberal: satu ancaman

Assalamualaikum w.b.t..

Sekalung aplisiasi buat saudara pengacara majlis, yang dihormati


barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,sekuntum senyuman
dilontarkan kepada penjaga masa yang setia bersama loceng
keramatnya, guru – guru pencetus revolusi Negara, hadirin sekalian.

Andai patah sayap rajawali,

Bertongkat jua patik kemari,

Bukan kerana ingin mencari autoriti,

Tetapi untuk membawa kita semua, memahami,menorokai serta


menghayati tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu “islam liberal :
satu ancaman”.

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah,

Sebelum lidah menutur baik kata, sebelum bibir rancak berbicara ,


izinkan saya terlebih dahulu untuk menefinisikan tajuk syarahan saya
pada hari ini iaitu “Islam liberal : satu ancaman”..
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal
didefinisikan sebagai bersifat atau berpandangan bebas,
berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran
pemikiran dan sebagainya. Manakala Islam Liberal pula sebuah
ideologi yang sangat bahaya terhadap masyarakat Islam dan juga
merupakan sebuah ancaman pemikiran terhadap golongan umat
Islam. Selain pertubuhan-pertubuhan ajaran sesat yang banyak
menular dalam kehidupan masyarakat Islam Malaysia, fahaman
Islam Liberal juga turut menyerap secara lembut dengan agenda-
agenda seperti memperjuangkan hak kebebasan manusia, hak
asasi manusia dan Islam perlukan pembaharuan mengikut zaman.

Anda mungkin juga menyukai