Anda di halaman 1dari 25

PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,

DAN LAPORAN

disediakan oleh

DR. HAJI RAZAK BIN DALI, P.K.T.


(Perunding Ilmu Membaca dan Menulis)

1. Apakah Itu Penulisan?


Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai profesional di
jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap berasa tidak jelas,
kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat membezakan antara pelbagai
jenis teks bertulis yang berkaitan dengan tugas harian mereka.
Akibatnya, timbul pelbagai masalah yang boleh menghalang dan
membantut tugas, kajian, dan projek penting yang hendak dijalankan.
Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran. Rata-rata
didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dengan diploma atau ijazah sarjana muda kurang mendapat
peluang dan pendedahan dalam hal penulisan untuk menghasilkan kertas
cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan
akademik) ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik).
Kalaupun mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan
melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses cuba jaya.
Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan dan tidak
berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa menulis dalam satu

1
keadaan di mana anda berasa tidak bersedia untuk melakukannya.
Sungguhpun begitu sebagai seorang pegawai kerajaan ia menjadi satu
tanggungjawab yang mesti anda laksanakan dengan sebaik-baiknya.
Maka untuk membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah
itu, terpaksalah anda melenggkapkan diri anda dengan pengetahuan,
kebolehan, kemahiran, dan strategi di dalam bidang penulisan.
Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor afektif juga perlu diberikan
perhatian.
Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan anda
menjadi seorang penulis ialah:
a) pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik, sintaktis,
dan tatabahasa)
b) pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima secara formal
dan tidak formal)
c) pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks bertulis
d) proses penulisan
e) penyuntingan.
Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat berikut:
a) ada keinginan untuk menyampaikan maklumat
b) percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan
c) tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk mengubah
sesuatu
d) tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak dan
memberi pendapat mereka.

2
Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda harus
boleh menghadapinya dengan pandangan positif. Hasilnya, proses dan
hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai satu kerja yang mencabar,
menarik dan menyeronokkan.

2. Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak


Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang pelbagai aspek
penulisan, keperluan, pengetahuan, dan kemahiran yang
membolehkannya membuat perbezaan antara menulis bahan kreatif
dengan menulis bahan berfakta (penulisan ekspositori dan berorganisasi).
Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya
merangkumi bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel) dan puisi
(sajak). Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan bebas dan tidak
terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari segi struktur organisasi
teks itu. Begitu juga dengan isi kandungannya, penulis tidak perlu
mengemukakan bukti untuk menyokong idea-idea yang diutarakan kerana
apa yang ditulis itu datangnya atau wujudnya daripada ilham, pemikiran
atau ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnya menulis
sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan, sains, dan
teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri dan bukannya
daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi kandungan karyanya
ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai hubungan dengan kehidupan
yang pernah dialami oleh penulis atau anggota masyarakat.
Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya rekaan.
Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih dan segala yang

3
dikatakan itu telah pun dibuktikan. Penulisannya rapi, tersusun, dan tidak
subjektif. Bahasanya mengandungi ayat yang ringkas, mudah, padat, dan
tepat. Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan fakta
yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar di dalam bidang
kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum anda memulakan proses
penulisan, anda perlu melihat dan menimbang soalan-soalan ini:
a) Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang menjadi
isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau jawapannya?
b) Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat memerlukan
jawapan?
c) Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati itu memberi
sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembangunan manusia dan negara?
d) Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru di dalam bidang ilmu
itu? Atau kamu melihat satu perkara di dalam bidang ilmu kamu (subjek
semasa) dalam situasi yang berlainan?
Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga perlu
mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:
a) Apakah peranan anda sebagai penulis?
b) Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?
c) Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?
d) Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan bahasa yang
digunakan?
e) Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan anda itu?
f) Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh anda gunakan
untuk memperelokkan penulisan anda?

4
g) Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu penyelidikan yang
akan menghasilkan satu penemuan atau penyelesaian kepada
persoalan yang diutarakan; atau ia hanya untuk memenuhi syarat
pengijazahan?

3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan Dalam


Situasi Yang Berlainan
Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada disebabkan
oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau bagaimanapun anda
perlu menulis kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab. Oleh itu
penulisan yang anda lakukan itu haruslah memberi pengertian dan
sumbangan kepada anda. Kerja yang dihasilkan itu pula harus
mendatangkan kejayaan dan kepuasan kepada diri anda dalam
melaksanakan tugas.
Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan mengetahui
konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan aspek penulisan itu
dengan sejelas-jelasnya dan untuk menentukan kejelasannnya penulis
harus dapat menjawab soalan-soalan berikut:
a) Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas kerja/laporan
(konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
b) Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan antara kertas
cadangan, kertas kerja, dan laporan?
c) Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan ditulis?
d) Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?
e) Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu anda ada?

5
f) Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?
Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam keadaan
terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi tertentu:
a) Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?
b) Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?
c) Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?
d) Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang hendak
ditulis?
e) Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?
f) Apakah matlamat dan tujuan anda?
g) Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun dan
membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik?
Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan berhadapan
dengan keperluan membuat pelbagai keputusan yang kompleks seperti:
a) sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)
b) isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan atau pilihan
sendiri)
c) untuk satu kumpulan pembaca tertentu (pembaca dalaman atau luar)
d) jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)
e) perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)
f) pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan formal)
g) faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan perkara-
perkara lain.
Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan peribadi dan
profesional anda. Menulis tidak datang dengan mudah. Anda perlu

6
sanggup menggunakan masa dan tenaga untuk membolehkan anda
menulis dengan baik. Menulis itu satu aktiviti yang penting dalam
perkembangan dan pembangunan kerjaya anda.

4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis (Anatomi


Teks)
Teks bertulis seperti yang diketahui boleh dibina dan direka dalam
pelbagai bentuk seperti buku, buku teks, jurnal, majalah, dan bentuk-
bentuk lain. Setiap satu bentuk ini rata-rata mempunyai bahagian-
bahagian yang serupa atau hampir serupa sama ada dari segi reka
bentuknya ataupun fungsinya. Bahagian-bahagian ini ialah:

Kulit Hadapan Buku - tajuk, nama penulis, nama penerbit


Muka Surat Tajuk - ditulis di dalam muka surat berasingan
Kata Pengantar - hanya perlu jika ada kenyataan yang hendak dikatakan
oleh orang lain selain daripada penulis
Isi Kandungan - perlu jika hasil penulisan melebihi dua puluh (20) muka
surat (nombor Arab sahaja digunakan)
- sistem nombor mestilah tepat dengan tajuk-tajuk yang
disenaraikan
Prakata - kenyataan yang ditulis oleh penulis (merujuk kepada
pelbagai aspek penulisannya)
Pengenalan - memberi pandangan umum dan meluas tentang
tajuk penulisan bergantung kepada pengalaman dan
pengetahuan penulis

7
Bab - tesis dan idea-idea penulis
Apendiks - maklumat tambahan
Indeks - senarai perkataan penting (idea)
Bibliografi/Rujukan - menyatakan bahan bacaan yang dirujuk
- tandakan dengan jelas jika ada bahan yang dipetik dan
dimuatkan di dalam penulisan anda
Glosari - kamus mini
Kulit Belakang Buku - ada iklan atau sinopsis tajuk oleh orang tertentu

5. Ciri-Ciri Organisasi Mikro Di Dalam Sebuah Penulisan


Dalam proses penulisan anda perlu mempunyai konsep yang jelas dan
tepat tentang ciri yang terdapat di dalam organisasi mikro (di dalam bab
dan di dalam perenggan):
a) Tajuk (tesis, idea, fakta dsb.)
b) Perenggan
perenggan pengenalan
perenggan fizikal
perenggan isi
perenggan konseptual
perenggan ideasional
perenggan subideasional
perenggan penutup

c) Ayat
ayat tesis

8
ayat tajuk
ayat keterangan
ayat contoh
ayat penutup
d) Isi/Idea
idea utama
idea kawalan
idea sokongan
contoh
e) Retorik
retorik perenggan
retorik bab (biasanya bersifat eklektik [eclectic] - gabungan
beberapa retorik)
f) Koherensi dan kohesif (pertalian dan pertautan)
koherensi ayat
koherensi perenggan
koherensi bab

6. Pelbagai Bentuk Teks Bertulis


Apabila anda sudah jelas dengan tujuan melakukan kerja di atas proses
menulis sudah bermula. Proses penulisan tidak boleh dilakukan tanpa
perancangan yang teliti. Penulis akan memulakan penulisan dengan
membentuk satu kerangka yang diisi dengan butir-butir yang didapati dari
hasil pembacaan dan penyelidikan sama ada di perpustakaan atau melalui
soal selidik dan sebagainya.

9
Penulis dari awal menetapkan jenis penulisan yang hendak ditulis -
adakah kertas cadangan, kertas kerja, atau satu laporan. Setiap satu
mempunyai format yang tersendiri yang harus diketahui oleh penulis.
Bentuk tulisan begini biasanya disebut "organisational writing" ataupun
"expository writing" iaitu tulisan berasaskan fakta.

6.a) Kertas Cadangan


Penulis pada permulaannya harus faham bahawa tiada satu definisi atau
penerangan yang tepat boleh diberikan tentang perkataan ataupun
konsep 'cadangan'. 'Cadangan' boleh bersifat pelbagai bentuk. Antaranya
ialah:
 Ada yang berkaitan dengan penyelidikan atau kajian (research
proposal) yang berbentuk akademik (kertas cadangan kajian/
penyelidikan) untuk menyakinkan ahli jawatankuasa bahawa anda
sudah bersedia untuk melanjutkan pengajian anda menjalankan
penyelidikan. Perlu dimuatkan semua Bab 1 hingga Bab 6 di
dalamnya iaitu Bab 1 - Pengenalan, Bab 2 - Tinjauan Bacaan, Bab 3
- Metodologi (jangkaan), Bab 4 - Analisis Data (jangkaan), Bab 5 -
Keputusan dan Perbincangan (jangkaan), Bab 6 - Penutup.
Panjangnya kertas cadangan ini bergantung kepada penyelia anda
(antara 20 - 40 m.s.)
 Ada pula yang berkaitan dengan penghujahan tentang sesuatu
falsafah, konsep, atau teori iaitu satu hujah akademik tentang
sesuatu pemikiran ataupun pandangan (kertas konsep).
Penulisan kertas konsep hanya memberi Bab 1 - Pengenalan, Bab 2

10
- Tinjauan Bacaan, dan Bab 6 - Penutup (rujuk nota bertajuk Bab di
Dalam Penulisan Tesis di dalam fail Panduan Penulisan Teks
Ekspositori)
 Ada pula yang merupakan satu penghujahan dalam mengutarakan
sesuatu pemikiran dalam membina, mendirikan, mewujudkan
sesuatu usaha yang pada konsep dan teorinya boleh dilaksanakan
(bukan bersifat akademik/ilmiah) diutarakan untuk mendapatkan
kelulusan pihak atasan. Kertas cadangan ini memuatkan Bab 1 -
Pengenalan (a - d, dan g [penutup]; soalan kajian dan batasan
kajian tidak diperlukan sebab bukan kertas cadangan akademik),
Bab 2 (T. Bacaan), Bab 5 (Jangkaan Keputusan/Perbincangan), dan
Bab 6 (Penutup)

Penulisan kertas cadangan bermula dengan adanya tesis


(pandangan, pendapat, pemikiran yang menjadi satu isu dan
permasalahan kepada penulis yang memerlukan jawapan dan boleh dicari
melalui kajian). Penulis berharap untuk mencari penyelesaian dan
jawapan terhadap tesis yang wujud dalam pemikirannya itu. Ia satu
tugas yang memakan masa yang lama dan susah.
Proses mencari jawapan kepada tesis yang dibangkitkan itu perlu
dijalankan secara saintifik. Semua tindakan yang dilakukan mesti
dipertanggungjawabkan, ada alasannya, ada dalilnya, boleh dihitung dan
diukur.

Format kertas cadangan penyelidikan atau kajian pada umumnya


mempunyai susunan dan tajuk-tajuk berikut:

11
Contoh tajuk: PELEPASAN SISA KUMBAHAN INDUSTRI, KESANNYA
TERHADAP ALAM SEKITAR: KAJIAN KES KILANG DI KAWASAN
BUKIT MINYAK

a) Pengenalan, (perbincangan pada peringkat prinsip, rasional) ada:


i. latar belakang (didapati dari akhbar/majalah/kenyataan menteri,
dll.)
ii. isu dan masalah (yang menjadi satu perkara yang ada kaitan
bersifat emotif dengan penyelidik)
iii. matlamat/tujuan/objektif (menjadi asas kepada hipotesis, soalan
kajian/research questions)
iv. skop kajian (tidak boleh buat kajian semua aspek yang
menimbulkan isu/masalah, pengkaji kena pilih satu aspek sahaja
tetapi mesti tunjukkan kaitan antara satu sama lain [empat
perkara contohnya dlm. bidang pendidikan kaji sama ada yang
bermasalah itu ialah guru, murid, kaedah ataupun bahan])
v. soalan kajian dan hipotesis
Soalan kajian:
Mengapakah ia berlaku?
Mengapakah langkah-langkah yang diambil itu tidak berkesan?
Hipotesis:
Perbelanjaan untuk mengawal keadaan di tempat itu akan
berkurangan jika penguatkuasaan berkesan
Hidup orang di kawasan itu akan menjadi lebih sihat
vi. limitation of terms/definition of terms

12
b) Tinjauan Bacaan (literature review - pada peringkat falsafah,
konsep dan/atau teori) – adakan pegangan/pandangan kita dahulu
kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang diperkatakan
orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan pegangan/
pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain
kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan
terpengaruh dengan pandangan orang lain
c) Metodologi sama ada secara kuantitatif ataupun kualitatif
(cadangan sahaja) - kaedah untuk mendapatkan data daripada
golongan sampelan kita, pilih satu kaedah saja supaya tidak
membebankan kita apabila kita menganalisis data nanti, mesti ada:
i. subject of the research (proses persampelan - memberi kriteria
pemilihan)
ii. materials of the research (bahan-bahan yang digunakan di dalam
kajian)
iii. instrument of the research –melibatkan kajian behavioural (e.g.
soalan temu duga, kertas ujian, dll.)
iv. procedure of the research (diberi/dinyatakan secara terperinci
dengan memberi langkah-langkah satu persatu dan juga secara
kronologi)
v. pilot study (kajian rintis dilaksanakan dengan satu kumpulan lain,
iaitu bukan subject kita yang sebenar) – untuk menguji sama
ada instrumen kita sesuai/tidak
(untuk kertas cadangan bukan akademik masukkan rancangan
pelaksanaan yang terperinci untuk menggantikan metodologi)

13
(Etika penyelidikan – janji penyelidik kepada subject of the
research iaitu segala yang didapati terutamanya yang berkaitan
dengan hal-hal peribadi subject itu akan dijamin kerahsiaannya)
d) Analisis Data (cadangan sahaja) – sama ada kuantitatif ataupun
kualitatif
 primary data – yang dipungut sendiri melalui kaedah yang
dipilih sama ada melalui soal selidik, temu ramah dll. – lebih
baik data ini kerana penyelidik akan dapat rasakan susah
payah memungut data
 secondary data – mengambil data daripada hasil kajian
orang lain

e) Keputusan dan Perbincangan (andaian hasil yang akan


diketemui) – penyelidik hanya membuat satu andaian hasil yang
akan diperolehi sekiranya dia mengikut apa yang telah ditulis di
dalam a, b, c, dan d; dan dapat menjangka apakah sumbangan
kajiannya itu kepada jabatannya, organisasinya, dan negara
f) Penutup – mengulang penyataan tujuan/objektif
g) Bibliografi/Rujukan
h) Lampiran (Appendix)
(kertas cadangan ini mestilah dikemukakan kepada ketua
jabatan/lembaga untuk diteliti dan diberi persetujuan supaya ia boleh
diteruskan dan diberi pembiayaan. Apabila ketua jabatan telah bersetuju
pada dasarnya untuk projek/kajian itu dilaksanakan, penyelidik akan
diminta menyediakan dan menghantar kertas kerja untuk diteliti tentang
pembiayaannya dan untuk mendapat kelulusannya.)

14
(DI DALAM KERTAS CADANGAN ADA KERTAS KERJA [untuk
memohon wang pembiayaan, memohon kebenaran dan kelulusan
membuat sesuatu ataupun mendapatkan sesuatu kemudahan] TETAPI
DI DALAM KERTAS KERJA TIADA KERTAS CADANGAN)

6.b) Kertas Kerja


Seperti yang dibincangkan tentang 'kertas cadangan', 'kertas kerja' juga
tidak dapat diberi definisi atau takrifan yang tepat. Pada umumnya
'kertas kerja' bukan akademik ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan
penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk
mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu 'peruntukan
kewangan' (funding) atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan
sebagainya.
Di dalam bidang akademia/ilmiah pula penulisan 'kertas kerja' pada
asasnya tertumpu kepada penghujahan balas kepada sesuatu penemuan
atau keputusan daripada sesuatu penyelidikan. Penghujahan sebegini
selalunya ialah reaksi atau pendapat seseorang yang berpengetahuan di
dalam bidang tertentu dan menyatakan penerimaan atau penolakan,
persetujuan atau bangkangan terhadap penemuan atau hasil penyelidikan
orang lain; diberi pada peringkat falsafah, konsep, dan teori. Ia juga
mungkin sebuah penulisan yang memberi reaksi atau komen kepada
sebuah karya/buku orang lain dan hasil penulisan ini mestilah diterbitkan
di dalam jurnal.
Organisasi kerta kerja (bukan akademik) dengan kertas cadangan
hampir serupa tetapi perbincangannya lebih tertumpu kepada

15
perbincangan prinsip dan rasional (berdasarkan fakta) sedangkan di
dalam kertas cadangan perbincangan tertumpu pada peringkat falsafah,
konsep, dan teori. Sungguhpun begitu ada beberapa perkara yang
ditambah di dalam kertas kerja. Format kertas kerja untuk mendapatkan
kelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:
a) Pengenalan (kenyataan akhbar/laporan ataupun kata-kata yang
pernah diluahkan oleh seseorang tentang perkara yang hendak
dilaksanakan itu) dan Latar Belakang (berbentuk sejarah -
gunakan soalan 5w [what, where, when, who, why] dan 1h [how]).
Ambil balik dari kertas cadangan yang telah diluluskan.
b) Tinjauan Bacaan - berasaskan kepada tesis (jika kertas kerja ini
dihantar bersekali dengan kertas cadangan tidak perlu diberikan
Tinjauan Bacaan dan Pengenalan yang baru tetapi dipetik dari kertas
cadangan tadi)
c) Penerangan yang terperinci tentang tujuan kertas kerja
(huraikan) seperti memulakan perniagaan, projek atau program
latihan, sebut yang positif sahaja, jangan sebut yang negatif
d) Implikasi Kewangan (secara terperinci) biasanya yang diberi
secara satu persatu di dalam lampiran
e) Proses Pelaksanaan (secara terperinci) yang diberi secara
kronologi itu sepatutnya diberi di dalam lampiran juga (pemantauan
boleh dibuat dan laporan status boleh disediakan setelah program itu
dilaksanakan untuk beberapa ketika)
f) Implikasi Pelaksanaan (jangkaan kepada kumpulan yang
disasarkan)

16
g) Keputusan dan Perbincangan (jangkaan sumbangan kepada
jabatan, negeri, dan negara)
h) Penutup (Penegasan semula tentang tujuan kertas kerja ini iaitu
kebaikannya)
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran (Appendix)
(Bagi kertas kerja akademik ditulis tanpa satu format tertentu, hanya
ditulis sebuah esei yang diberi perenggan konsep dan perenggan
ideasional untuk mengutarakan pandangan penulis terhadap sesuatu
bidang kajian itu.)

6.c) Kertas Laporan (satu penghujahan tentang aktiviti/perkara yang


telah berlaku)
Menulis laporan merupakan satu pengenalan yang baik kepada prinsip-
prinsip pemikiran kritis, perancangan, dan organisasi yang digunakan
dalam menghasilkan satu dokumen yang kompleks. Anda mungkin
bertanya mengapa laporan perlu ditulis? Ini ialah sebahagian daripada
jawapan yang dapat diutarakan:
a) membolehkan anda menyimpan rekod
b) memaklumkan perkembangan/pelaksanaan projek kepada pegawai di
jabatan anda
c) menyampaikan maklumat tentang kejayaan dan kegagalan
d) untuk berurusan dengan mereka yang ada kaitan dengan tugas anda
e) untuk membolehkan mereka yang berkenaan terus mahu berurusan
dengan anda

17
f) untuk memaklumkan perkembangan projek-projek yang sedang dan
telah dilaksanakan kepada mereka yang berkenaan
g) untuk menggalakkan perkembangan projek hasil kejayaan anda
h) supaya orang lain boleh belajar daripada kejayaan anda
i) untuk membolehkan penyelidik meneruskan kajian mereka
j) untuk hal-hal penilaian
k) untuk kegunaan kerajaan dalam membina dan melaksanakan dasar
Sebelum menulis kertas laporan anda perlu sedar bahawa kertas
laporan membentangkan apa yang telah dilakukan. Oleh itu
tumpuannya adalah kepada hasil, implikasi, kesan, dan impak tujuan asal
kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan digunakan
dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu
kerja. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan
melaksanakan tindakan.

Tajuk yang dimuatkan ialah:


a) Abstrak* (ringkasan penyelidikan - hanya di dalam laporan
penyelidikan, penyelidikan boleh jadi pendek seperti one shot case
study sehinggalah sesuatu yang paling panjang) – mengikut APA
maksimum 120 pp, 1 perenggan sahaja, abstrak menjawab tiga
soalan:
 mengapa kajian dijalankan
 bagaimana kajian dijalankan
 apakah hasil kajian

18
(bagi laporan jenis lain [bukan hasil penyelidikan tetapi yang bersifat
ilmiah] tidak dimasukkan abstrak tetapi tulislah summary*/
ringkasan, bagi penulisan kreatif pula ditulis sinopsis*)
b) Jadual Isi Kandungan (jika lebih daripada 20 m.s. kertas A4)
c) Pengenalan
i. latar belakang (sama ada berbentuk historical report/pandangan
orang/laporan akhbar/satu kenyataan yang dibuat oleh seseorang
yang terkenal dll. – berikan sumber rujukan/petikan yang diambil)
ii. isu dan masalah
iii. matlamat/tujuan/objektif
iv. skop kajian – seluas mana/sebanyak mana yang hendak dilakukan
v. proses persampelan (memberi kriteria pemilihan)
vi. soalan kajian dan hipotesis
vii. limitation of terms/definition of terms

d) Tinjauan Bacaan (ringkas) adakan pegangan/pandangan kita


dahulu kemudian bacalah bahan-bahan bagi melihat apa yang
diperkatakan orang lain tentang tajuk itu untuk menguatkan
pegangan/pandangan kita itu, jangan baca apa pandangan orang lain
kemudian baru hendak membentuk pegangan kita kerana kita akan
terpengaruh dengan pandangan orang lain (kata-kata yang terkandung
di dalam tajuk kita seperti amalan, nilai murni, orang kampung, … -
berdasarkan tajuk kajian kita yang kita jangka agak perlu dilihat
pandangan orang lain sama ada sama/tidak dengan
pandangan/pegangan kita)

19
e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan, secara ringkas)
i. proses persampelan (subject of the research)
ii. materials of the research (borang soal selidik, rakaman pita
video, teks mengajar/ceramah dll., jika tiada materials of the
research yang digunakan di dalam kajian tidak perlu masukkan
tajuk ini)
iii. instrument of the research (perkaedahan menjalankan
penyelidikan sama ada gunakan kaedah soal selidik – paling
panjang 40 soalan termasuklah setiap pecahan soalan, paling
senang soalan yang memerlukan jawapan ya/tidak, soalan yang
berbentuk kenyataan sama ada kenyataan positif ataupun
negatif, hipotesis dapat menentukan kategori soalan dan
penyelidik eloklah menyenaraikan soalan kajiannya mengikut
kategorinya yang dijadikan subtajuk soalan; kaedah memasang
pita rakaman dll. - gunakan satu instrumen sahaja dengan setiap
kumpulan sebab jika guna lebih daripada satu instrumen sukar
hendak menjalankan kajian dan sukar hendak menganalisis data
yang dikutip)
iv. procedure of the research (langkah-langkah kajian atau
penyelidikan dilaksanakan)
v. pilot study (kajian rintis) – bagaimana/di mana/dengan siapa
kajian rintis penggunaan instrumen itu telah lakukan dan
dapatannya (jangan buat kajian rintis dengan target group
kita/kumpulan yang menjadi pilihan sampelan kita)
f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan, secara ringkas)

20
Bagaimana data dianalisis amat penting, apakah yang dibuat dengan
data itu?
Dalam menganalisis data yang dipungut itu bolehlah dibuat akuran,
dikira peratusannya, apakah keputusan/tafsiran/rumusan yang didapati
berdasarkan peratusan jika dilihat semula pada hipotesis kita tadi sama
ada positif ataupun negatif untuk setiap satu soalan yang
dikemukakan; selepas itu lakukan analisis mengikut setiap satu
kategori
g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan
juga sumbangan kepada bidang ilmu, secara terperinci) ulas
mengikut setiap satu soalan kajian/hipotesis secara terperinci
h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan) – selain
daripada memberi penegasan semula objektif, pengkaji boleh
memberi cadangan/garis panduan/nasihat, memberi satu
model/contoh untuk diikuti oleh orang/kampung lain, memberi
keputusan/membuat pilihan
i) Bibliografi/Rujukan
j) Lampiran (Appendix)
(bagi laporan bukan akademik dibentangkan mengikut 'event', kronologi
ataupun dibentangkan mengikut tema tertentu; bagi laporan yang
menyatakan sudah siap sesuatu aktiviti berikan secara kronologi:
pengenalan - latar belakang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan mengikut
kronologi, dinyatakan segala aspek pelaksanaan aktiviti itu termasuklah
bahan-bahan dan alat serta jentera yang telah digunakan semasa
melaksanakan aktiviti itu) - penulisan ini dilakukan di dalam perenggan

21
pengenalan, perenggan isi yang terdiri daripada perenggan konsep,
perenggan ideasional, dan mungkin juga ada perenggan subideasional;
dan perenggan penutup

7. Proses Penulisan Langkah Demi Langkah


Reka bentuk penulisan elok dimulakan dengan memikirkan proses
penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. Semasa proses ini
berjalan anda akan melakukan sedikit pembetulan dan penyesuaian
langkah-langkah penulisan. Gunakan senarai di bawah ini sebagai titik
permulaan penulisan anda. Prinsip-prinsip utama ialah:
a) kenal pasti masalah (tesis)
b) tanya soalan yang jelas dan tepat, sebanyak yang boleh (gunakan 5w
dan 1h)
c) hadkan skop tajuk penulisan, yang benar-benar menarik perhatian
anda dan di dalam bidang pengetahuan anda (hubung kait antara
subjek dan isu kajian)
d) buat satu kerangka yang jelas untuk memperlihatkan skema tajuk
(kerangka teori); jika boleh buat satu jadual penulisan juga sebagai
satu garis panduan kerja kita
e) tulis apa yang diketahui, bukan apa yang tidak diketahui tentang
masalah (data harus berasaskan fakta yang boleh disokong dengan
dokumen yang diterbitkan)
f) kenal pasti kemahiran dan maklumat yang diperlukan untuk menjawab
soalan

22
g) pilih pendekatan dan kaedah untuk mengumpul maklumat (sumber
maklumat - boleh buat penyelidikan perpustakaan/library research,
tanya kepada pakar, buat soal selidik, adakan temu bual, dll.)
h) terangkan dapatan atau hasil yang dicari dari penulisan itu
i) nyatakan dengan tepat bahan keperluan dan implikasi kewangan

8. Latar Belakang Dan Kajian Semula Bahan Bacaan Yang


Berkaitan
Sebelum seseorang penulis itu memulakan penulisannya, satu aspek
persediaan penulisan yang perlu diutamakan ialah dia melakukan kerja-
kerja mencari maklumat tentang kesesuaian kerja yang hendak
dilakukannya itu. Penulis akan berhadapan dengan penyataan berkaitan
dengan "viability, feasibility dan reliability" kerja kajian yang hendak
dilakukan itu.
Ini memerlukan penulis banyak membaca bahan asas dan bertanya
kepada rakan-rakan, pakar atau mereka yang berpengalaman tentang
tajuk yang hendak ditulis itu. Antara soalan penting yang memerlukan
jawapan:
a) Sudahkah anda membuat tinjauan dan menerangkan kesesuaian kajian
ini dengan masalah yang diutarakan?
b) Sudahkah anda membuat tinjauan pendapat-pendapat pakar yang ada
tentang masalah ini?
c) Sudahkah anda merumuskan pendapat-pendapat pakar tentang kajian
ini?

23
9. Penggunaan dan Pemantapan Bahasa (Bahasa Melayu dan
Inggeris)
Setiap penulis harus cuba menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan
sebaiknya iaitu tahu tentang selok belok bahasa. Penulis perlu membuat
semakan manuskripnya sebelum boleh mencetak dan mengedar hasil
kerjanya itu. Hasil yang baik atau lemah memberi refleksi terhadap imej
diri anda, pertamanya anda sebagai seorang pegawai dan kedua sebagai
seorang penulis.
Mencurahkan titik peluh dan tenaga sepenuhnya dalam usaha
menghasilkan satu kerja penulisan yang bermutu tidak banyak
menampakkan ganjarannya. Hasil kajian yang dilakukan itu juga belum
pasti dapat mengubah keadaan yang sedia ada secara mendadak tetapi ia
tetap dapat memberi satu sumbangan, walaupun kecil, kepada bidang
ilmu dan juga bidang tugas anda. Namun yang pasti, penghasilan satu
bahan penulisan yang bermutu akan mendatangkan perasaan puas dan
bangga kepada setiap penulis.

10. Rumusan Langkah-Langkah Penulisan


Panduan yang disenaraikan ini dapat memandu anda menyemak kerja-
kerja yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
a) pilih dan hadkan tajuk anda
b) sempitkan dan fokuskan tajuk anda
c) cadangkan tesis yang berfungsi
d) tulis kenyataan tesis yang tentatif
e) cari dan kaji unsur-unsur maklumat yang sesuai

24
f) ambil dan kumpul maklumat
g) bentuk rangka yang berfungsi
h) susun draf kasar
i) tulis dan semak draf
j) tulis draf akhir
k) semak draf akhir
l) sediakan senarai rujukan dan bibliografi yang berfungsi

SELAMAT MENCUBA

RDSSA/ssa/2006

25

Anda mungkin juga menyukai