Anda di halaman 1dari 19

JBEA2304

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dan


bahasa perhubungan di rantau Asia Tenggara.
Bincangkan sebab-sebab pemilihan bahasa tersebut
menjadi lingua franca dan berikan contoh-contoh
yang sesuai.

Pensyarah:

Profesor Madya Dr. Ab Razak Ab Karim

Hasil Kerja:

Nama No. Firasat


Amirah Nabilah Jaafar JEB110723
Nurannisaa’ Binte Abdullah JEB120707
Fadial Jamaludin JEB120708
Nur Syahidah Md Said JEB120706
Nur Syahfiqah Mohd Jamalludin JEB120709

Akademi Pengajian Melayu


Universiti Malaya
Kuala Lumpur
2012/2013

1
1.0 Pengenalan
“Takkan Melayu hilang di dunia.”
Hang Tuah

Melihatkan mutiara kata di atas, mengingatkan kita ke detik kegemilangan


Laksamana Hang Tuah. Di sinilah juga bermulanya sejarah Kerajaan Melayu
Melaka yang gilang gemilang. Ungkapan ini melambangkan satu keyakinan
diri bahawa bangsa dan bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia. Sejarah,
asal usul, bahasa dan budaya adalah sebab-sebab yang menyumbang
kepada sesuatu perubahan dalam hidup kaumnya. Jika orang Melayu sendiri
tidak mengenali sejarah bahasa Melayunya sendiri, adalah sama seperti
orang itu tidak mempunyai masa depan bangsa dan bahasa yang cerah.
Mentelah lagi jikalau bangsa Melayu itu tidak sedar bahawa bahasa Melayu
pernah diangkat sebagai lingua franca pada suatu masa dahulu. Secara tidak
langsung, mereka turut tidak tahu bagaimana bahasa Melayu mampu
diangkat pada tahap yang begitu tinggi sedangkan bahasa Melayu kini tidak
dipandang tinggi lagi. Dengan itu, kajian ini akan membincangkan sebab-
sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai lingua franca agar diketahui
masyarakat Melayu bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf
tinggi pada masa kegemilangannya.

1.1 Objektif Kajian


Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti konsep lingua franca, mengenal
faktor-faktor penyebaran pesat bahasa Melayu dan juga menghuraikan
sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Sebab-sebab
ini akan diikuti oleh bukti-bukti yang kukuh.

1.2 Kaedah Kajian


Kaedah kepustakaan dipilih sebagai kaedah utama dalam kajian ini
memandandangkan terdapat banyak bahan-bahan kajian serta bukti-bukti
yang kukuh dalam kajian ini. Ramai sarjana yang giat menulis buku mengenai
tajuk perbincangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Dengan itu,

2
bahan rujukan relevan dapat diakses dengan mudah di perpustakaan
menghasilkan kertas kajian ini.
1.3 Permasalahan
Dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu, terdapat empat fasa
perkembangan yakni Bahasa Melayu Purba, Bahasa Melayu Kuno, Bahasa
Melayu Klasik hingga ke bahasa Melayu Moden. Dalam fasa pertama iaitu
fasa bahasa Melayu Kuno, pencampuran penggunaan bahasa Sanskrit, Jawa
kuno dan bahasa Melayu di permukaan beberapa prasasti dalam tulisan
Pallava, Rencong dan Kawi membuktikan permulaan penggunaan bahasa
Melayu. Itu merupakan khazanah yang memberi bukti akan keberadaan
bahasa Melayu.

Namun begitu ini tidak membuktikan taraf atau kedudukan bahasa


Melayu sebagai bahasa lisan yang digunakan secara meluas pada abad
tersebut. Tambahan pula, teori Melayu Proto dan Melayu Deutro yang berasal
dari Yunnan, Selatan Cina dan migrasi secara beramai-ramai ke
Semenanjung dan sekitaran Nusantara menimbulkan persoalan kelahiran
bahasa Melayu serta perkembangannya yang tidak jelas. Apabila tertubuhnya
kerajaan Sriwijaya, tiada bukti kukuh yang dapat menjelaskan kedudukan
bahasa Melayu sebagai lingua franca pada zaman tersebut.

2.0 Definisi Lingua Franca


Istilah lingua franca berasal daripada bahasa Latin. Lingua bermaksud
bahasa atau language dalam bahasa Inggeris. Franca pula berasal daripada
perkataan Frank, sebuah negara bangsa di Eropah Barat pada masa dahulu.
Istilah ini muncul semasa berlakunya Perang Salib pada 9 Masihi. Bahasa
Frank telah digunakan oleh pasukan tentera Kristian sebagai bahasa
perantaraan dalam kalangan mereka. Istilah tersebut lazim digunakan dalam
banyak buku-buku kajian bahasa untuk menerangkan tentang penggunaan
bahasa secara meluas pada suatu daerah (Abdul Rashid Melebek, 2010).
Lingua franca merupakan bahasa yang terdapat dalam kawasan
pertembungan bahasa yang intensif yang digunakan oleh penutur bahasa dari
pelbagai komuniti sebagai bahasa perantara sepunya dalam berkomunikasi
(Hartmann, R.R.K. & Stork, F.C. 1976). Asmah Hj Omar (2007) telah
3
mendefinisikan lingua franca sebagai bahasa yang diketahui kebanyakan
penutur walaupun hanya pada peringkat asas. Janet Holmes (2001) pula
telah mendefinisikan lingua franca sebagai penggunaan sesuatu bahasa
untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza
antara satu sama lain.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa lingua franca merupakan satu


bahasa yang dipilih bagi membolehkan setiap penduduk berkomunikasi
secara meluas dan berkesan. Hal ini berterusan walaupun terdapat bahasa-
bahasa lain yang wujud di wilayah tersebut. Perkara ini dapat dilihat di
Malaysia – bahasa-bahasa seperti Kantonis, Tamil, Teochew dituturkan di
Tanah Melayu ini. Namun, bahasa Melayu digunakan secara meluas dan
penduduk-penduduk sering berkomunikasi dengan penduduk-penduduk
bangsa lain dalam bahasa Melayu dalam setiap aspek – perdagangan
mahupun sosial.

3.0 Sebab-sebab Pemilihan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca


Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua
franca suatu ketika dahulu. Seorang penjelajah Cina bernama I-Tsing telah
menyatakan bahawa bahasa Melayu digunakan dengan meluas di
Palembang. Pada abad ke-15 semasa Kesultanan Melayu Melaka, bahasa
Melayu dikenali sebagai bahasa perantaraan. Bahasa ini juga telah
digunakan sebagai bahasa perdagangan dalam kalangan golongan elit dan
peniaga sekitar kepulauan Filipina. Sarjana Belanda, Francois Valentjin
menyifatkan penggunaan bahasa Melayu di rantau ini sebagai bahasa yang
bersamaan dengan penggunaan kontemporari Latin dan Perancis di Eropah.
Hakikatnya penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca tidak berlaku
begitu sahaja. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada bahasa
Melayu sebagai lingua franca. Antaranya, faktor luaran seperti kelemahan
bahasa-bahasa lain dan juga kedatangan Islam. Ada pula faktor dalaman
seperti sifat bahasa Melayu itu sendiri. Kertas kerja ini bertujuan untuk
menyelidik apakah sebab-sebab bahasa Melayu menjadi lingua franca.

4
3.1 Kelemahan bahasa-bahasa lain
Satu faktor yang menyumbang kepada pengiktirafan bahasa Melayu sebagai
lingua franca adalah kelemahan bahasa-bahasa lain. Faktor pertama ini
dengan secara tidak langsung menjadikan bahasa Melayu itu dipilih untuk
menggantikan peranan yang tidak boleh dimainkan oleh bahasa-bahasa lain.

3.1.1 Bahasa Sanskrit


Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa Sanskrit pernah digunakan di
Asia Selatan, Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Tengah pada pelbagai
masa – zaman purba dan zaman pertengahan.

Namun begitu bahasa Sanskrit amat terhad penggunaannya. Bahasa


ini dituturkan oleh golongan istana sahaja kerana dikhuatiri bahasa ini
dicemari golongan bawahan yang tidak tahu menggunakannya dengan
sempurna. Juga, bahasa Sanskrit terhad kepada kegunaan agama Hindu-
Buddha sahaja. Pada ketika itu, golongan umum masih berpegang kuat
kepada amalan animisme dan tidak begitu endahkan terhadap amalan agama
Hindu Buddha (Syed Naguib Al-Attas, 1972). Bahasa ini dianggap sebagai
satu bahasa yang agung dan terpelihara. Dinyatakan dalam kajian bahawa
hanya golongan Brahmin sahaja yang menggunakannya. Golongan Brahmin
merupakan golongan sosial yang tertinggi di dalam sistem kasta kebudayaan
India. Bahasa Sanskrit tidak bebas digunakan oleh golongan bawahan dan ia
dianggap suci. Hal ini disebabkan sistem kasta yang dibawa masuk oleh
kebudayaan India. Sistem kasta itu meletakkan golongan Brahmin di puncak
piramid kasta, barulah diikuti golongan-golongan lain seperti ksyatria (askar),
waisya (pedagang), sudras (pekerja tidak mahir) dan akhir sekali pariah
(umum atau hamba)1. Walaupun bahasa Sanskrit merupakan bahasa budaya
tinggi, ia tidak memenuhi ciri-ciri lingua franca kerana penggunaannya terhad.

Hal ini menyumbang kepada faktor pemilihan bahasa Melayu sebagai


bahasa perantaraan. Walaupun bahasa Sanskrit tidak dipilih sebagai bahasa
1
Rujuk kepada Rajah 1.0

5
perantaraan, terdapat perkataan Sanskrit yang dipinjam oleh bahasa Melayu
untuk menerangkan perkara yang tidak wujud dalam peristilahan bahasa
Melayu. Kesudahannya, bahasa Melayu dipilih sebagai lingua franca kerana
ia dapat difahami oleh penutur-penutur bahasa Sanskrit serta penutur-penutur
bahasa Melayu.

3.1.2 Bahasa Jawa


Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun yang
tergolong kepada bahasa Indonesia. Bahasa Austronesia tergolong dalam
bahasa Nusantara (Nor Hisham Osman, 2001). Bahasa Jawa tergolong
dalam bahasa Pulau Jawa dan sekitarnya di bawah bahasa Nusantara. Pada
abad ke-11, kerajaan Majapahit yang menjajah Tanah Jawa telah
menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Jawa dan
bahasa Sanskrit mempunyai ciri-ciri yang serupa – ia digunakan oleh
golongan yang spesifik sahaja.

Bahasa Jawa bersifat tatatingkat. Hal ini bermaksud, bahasa Jawa


sukar dikuasai golongan umum. Khususnya, bahasa Jawa mempunyai istilah
yang berbeza-beza. Perkara ini bergantung kepada status yang bersangkutan
dan lawan bicara seperti usia, kedudukan sosial dan lain-lain lagi. Bentuk
istilah-istilah ini mempunyai tiga bentuk utama variasi – ngoko (kasar), madya
(biasa) dan krama (halus)2. Varian-varian seperti tatatingkat dan perbezaan
istilah ini mengelirukan pengguna bahasa Jawa. Golongan spesifik yang
menggunakan bahasa Jawa dikenali sebagai golongan keraton – bagongan
dan kedhaton. Bahasa ini digunakan oleh golongan spesifik sahaja kerana
dianggap mempunyai sastera dan kebudayaan yang sangat tinggi (Ismail
Hussein, 1966:25). Golongan umum atau rakyat peribumi dan orang bawahan
yang dijajah oleh kerajaan Majapahit tidak bertutur dalam bahasa Jawa.
Penggunaan bahasa yang terhad ini menyekat perkembangannya. Akibatnya,
bahasa ini tidak tersebar luas dan tidak diterima sebagai bahasa perantaraan.

2
Rujuk kepada Rajah 1.2

6
3.1.3 Bahasa Eropah
Terdapat lebih kurang 230 bahasa Eropah. Segelintir bahasa Eropah seperti
bahasa Perancis, Sepanyol dan Itali muncul di Alam Melayu sewaktu
pedagang Eropah datang ke tanah Melayu. Negara-negara Eropah telah
berlumba-lumba untuk mendapatkan penguasaan perdagangan yang
menguntungkan. Namun, bahasa yang mereka bawa tidak mendapat
sambutan kerana pada waktu itu, penggunaan tulisan Jawi berada di tahap
kemuncaknya. Sistem tulisan Jawi begitu kemuncak kerana pengaruh
Arab/Islam yang amat kuat di Nusantara. Bahasa Melayu pada ketika itu
menggunakan sistem tulisan Jawi sementara bahasa-bahasa Eropah pula
menggunakan sistem tulisan Rumi.

Justeru itu, bahasa Melayu diberikan keutamaan di Alam Melayu.


Memandangkan pada waktu itu persuratan merupakan wadah utama untuk
berkomunikasi dan tulisan Jawi sedang kemuncak, bahasa Melayu menjadi
bahasa paling terkenal. Faktor ini menyumbang kepada penerimaan bahasa
Melayu sebagai bahasa dunia. Di samping itu, bahasa Melayu merupakan
bahasa pengantar Islam di Nusantara.

Bahasa-bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan kesan-kesan


Perang Salib yang berlaku pada 9M-12M kerana dianggap mempunyai unsur-
unsur dan nilai-nilai Nasrani atau Kristian yang bertentangan dengan bahasa
Melayu. Perkara ini secara tidak langsung menjadi kelemahan kepada
bahasa-bahasa Eropah dan ditolak sama sekali oleh penutur di tanah Melayu.
Justeru itu, bahasa Melayu diiktiraf sebagai lingua franca kerana lebih dikenali
dan dituturkan oleh ramai orang.

3.2 Perdagangan nadi Melaka


Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang terbesar di nusantara
disebabkan oleh kedudukan strategiknya. Para pedagang dari segala pelusuk
dunia datang ke Melaka untuk berdagang. Ini termasuklah pedagang-
pedagang dari pelbagai kota termasuk Cina, India dan negara Eropah seperti
Inggeris dan Belanda. Jenis barangan yang menjadi dagangan juga pelbagai
dan menjadi keperluan serta kegunaan manusia. Sebagai contoh, bahan-
7
bahan untuk memasak seperti gula, garam dan bijiran. Begitu juga barang
keperluan lain seperti kain-kain, pinggan dan mangkuk, tembikar, batu
permata dan barang kemas wanita yang diperbuat daripada emas. Barang
dagangan lain yang telah menjadi permintaan dari negara tersebut. Namun
begitu, beras telah menjadi bahan perdagangan pertama dan paling banyak
diperdagangkan ke negara Asia memandangkan ia telah merupakan
makanan utama para penduduk Asia.

3.2.1 Faktor Geografi Melaka


Dari segi geografi, kedudukan Melaka boleh dikatakan amatlah strategik
kerana berada di tengah-tengah laluan di antara timur dengan barat. Angin
monsun pula tidak mengganggu pelayaran kapal-kapal yang datang untuk
berdagang perdagangan kerana muara sungainya yang terlindung daripada
tiupan angin. Mentelah lagi ianya dihalang oleh tanah Sumatera yang
membuatkan pelayaran kapal masuk dan keluar dari negeri Melaka lebih
mudah. Kedudukan Selat yang mengawal arah aliran perdagangan dunia di
Timur ini amat kaya dengan hasil bumi dan juga kedudukannya yang strategik
di antara tanah besar Cina dan India. Kedudukan strategik dan kekuatan yang
ada pada selat ini telah menyebabkan pelabuhan Melaka membangun
dengan pesat dan banyak negara yang ingin menikmati kepesatan
perdagangan ini.

Selat Melaka memberikan perkhidmatan sebagai tempat perhentian


atau pertukaran bahan-bahan segar dan makanan kepada pedagang yang
belayar. Selat ini juga berperanan sebagai tempat pengumpulan barangan
dari merata tempat kepulauan Melayu untuk disebarkan kepada para
pedagang dari Cina dan India. Selat ini dianggap sebagai tempat yang paling
selamat untuk pedagang-pedagang berhenti dan menanti perubahan tiupan
angin dari timur dan barat. Faktor-faktor ini telah menarik pedagang-
pedagang luar untuk berdagang di Melaka.

8
3.2.2 Laluan Selat Melaka Menemukan Benua India, Timur Tengah dan
Cina
Kedudukan Melaka telah memanfaatkan bahasa Melayu dalam usaha
mengembangkan kegunaannya. Pada waktu yang sama, perkara ini
menaiktarafkan status bahasa tersebut bukan sekadar ianya menjadi bahasa
perdagangan atau bahasa pemerintahan bahkan bahasa Melayu menjadi
lingua franca. Perdagangan dan migrasi telah menyebabkan perkembangan
bahasa Melayu secara pesat. Melaka telah menjadi laluan utama dan ianya
juga menjadi sumber utama tempat mendapatkan rempah ratus yang pada
ketika itu menjadi komodoti kegemaran bagi masyarakat dunia lebih-lebih lagi
masyarakat Eropah, India, Timur Tengah dan Cina. Rempah ratus ini telah
menarik perhatian kebanyakan warga dunia untuk pergi ke Melaka bagi
mendapatkan bahan-bahan dagangan. Melaka telah menjadi tumpuan bagi
mereka yang berdagang. Lokasi Selat Melaka yang sangat strategik
menjadikan ia sebagai pusat perdagangan yang mahsyur. Selat Melaka telah
menjadi tempat perhentian bagi para pedagang dari negara India dan Cina
untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan menjual barangan dagangan
mereka. Bahan-bahan dan hasil-hasil dari negeri Selat ini juga sebagai
perdagangan antara negera-negara tersebut. Laluan laut telah menemukan
antara dua benua itu di Selat Melaka ketika para pedagang dari kedua negara
itu berdagang di negeri Selat ini.

Walaupun Melaka dapat mengawal laluan dan melindungi


perdagangan Selat Melaka dengan baik, Melaka sentiasa mendapat ancaman
daripada kerajaan lain seperti Siam dan Majapahit. Maka itu kerajaan Melaka
telah menghantar utusan kepada kerajaan Ming sebagai usaha mendapatkan
sokongan Cina untuk melindungi kawasan pengaruhnya.

3.2.3 Kahwin campur Melayu-Cina; Melaka Baba-Nyonya


Para pedagang telah datang dari pelbagai negara untuk berdagang di Selat
Melaka kerana kedudukannya sangat strategik sebagai pusat dagangan. Oleh
kerana terlalu lama berada di Melaka dan sering berulang alik ke situ atas
urusan perdagangan, para pedagang ini telah berkahwin dengan masyarakat
Melayu di situ. Justeru itu di Melaka, terbentuklah satu komuniti masyarakat
9
Melayu-Cina atau dengan panggilan rasminya Baba-Nyonya. Keturunan ini
kebanyakannya berasal dan terdapat di Negeri Selat Tanah Melayu,
khususnya di Melaka. Mereka menggelar diri dan keturunan mereka sebagai
"Baba" yang membawa maksud "Peranakan" kerana kebudayaan mereka
berasal daripada warisan tradisi Cina yang berunsur pengaruh daripada
budaya orang Melayu. Kebanyakan mereka masih menganut agama Cina
dan Buddha yang telah menjadi tradisional untuk dikekal, namun ramai juga
yang telah memeluk agama lain seperti Kristian. Dari segi bahasa, mereka
yang berada di Melaka fasih bertutur dalam bahasa Melayu oleh kerana
mempunyai pertalian darah berketurunan Melayu. Selain bahasa Melayu,
mereka bertutur dalam bahasa Hokkien.
Contoh;
Saya = Gua (bahasa Hokkien)
Dia= Dia (bahasa Melayu)
Anda = Lu (bahasa Hokkien)
Kita = Kita (bahasa Melayu)

Orang-orang Cina yang singgah di alam Melayu bukan sahaja pedagang


tetapi juga mereka ingin belajar agama Budha di India. Semasa singgah di
beberapa pelabuhan di Kepulauan Melayu ini ada yang mencatat perkataan
Melayu yang didengari oleh mereka. Barang-barangan yang banyak dan
menjadi kebiasaan sebagai barang dagangan keperluan, kegunaan dan
barangan mewah telah menjadikan kegunaan bahasa Melayu sering
digunakan dan menjadi kebiasaan. Maka itu Kaum Cina telah mengambil
masa yang lama dan bertahun-tahun untuk mengumpulnya dan menjadikan
daftar kata Cina-Melayu. Sedikit demi sedikit perkataan dalam bahasa Melayu
yang didengari dan ditutur telah diambil. Satu senarai perkataan bahasa Cina-
Melayu dipercayai telah ada dalam tahun 1403-1511M mengandungi
sebanyak 482 kata masukan perkataan yang meliputi waktu, tumbuh-
tumbuhan, haiwan, rumah, tubuh badan, barang emas dan permata, warna,
hitungan, sejarah dan kata-kata umum. Walaupun ia baru berbentuk senarai,
namun para pengkaji bahasa Melayu menganggap ia sebagai kamus pertama
bahasa melayu. Daftar kata Cina-Melayu ini diberi nama Man La Jia Gui Yi Yu
yang bermaksud ‘Senarai Perkataan Negeri Melaka’ (Liang Liji, 1994).
10
3.3 Peranan Istana Sebagai Pusat Perkembangan Bahasa Melayu
Kerajaan Melaka, Aceh dan juga Johor Riau telah menjadikan istana sebagai
pusat rujukan, pusat pengembangan ilmu dan juga agama. Ini jelas dengan
hadirnya para ilmuwan yang ternama yang juga merupakan golongan
pembesar istana. Tun Seri Lanang iaitu Bendahara Melaka telah
menghasilkan karya yang bertajuk Sejarah Melayu. Di dalam karyanya
tersebut beliau telah menceritakan tentang susur galur pembesar Melaka.
Beliau juga telah menggunakan bahasa yang amat tinggi tarafnya dalam
karyanya. Selain itu, beliau juga telah pergi ke Aceh dengan tujuan untuk
menuntut ilmu dari segi agama dari Syeikh Nurruddin Al-Raniri dan mereka
berdua mula bertukar ilmu. Amalan pertukaran ilmu di dalam istana ini
membawa banyak kesan yang baik kerana ia membantu dalam membina
ilmuwan dalam kalangan golongan istana.

Bagi Kerajaan Aceh pula, mereka telah menghasilkan dua jenis


pemahaman iaitu Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud. Disebabkan dua
pemahaman yang berbeza tersebut, ia telah memecahkan golongan para
pembesar istana. Hal ini juga telah dapat menghasilkan tokoh-tokoh dan
karya-karya syair serta kitab panduan agama yang membincangkan tentang
ketuhanan. Ini dapat dilihat daripada penulisan Hamzah Fansuri dalam Syair
Perahu yang digunakan untuk menasihati anak-anak supaya mentaati ajaran
Islam. Selain itu, terdapat juga kitab saduran Parsi yang bertajuk Tajus
Salatin tulisan Bukhari Al-Jauhari yang juga bermaksud “Mahkota Raja-Raja”.
Daripada kitab tersebut, ia memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada raja-raja
dan rakyat tentang cara-cara pemerintahan yang adil. Walaupun karyanya
ditulis dalam bahasa Jawi, ia tetap menggunakan Bahasa Melayu.
Disebabakan karya-karya tersebut telah disebarkan di seluruh kepulauan
Nusantara bagi kegunaan setiap kerajaan ia telah membuat Bahasa Melayu
sebagai lingua franca.

Raja Ali Haji dari Pulau Penyegat, Riau telah menghasilkan Bustan Al-
Katibin dan Kitab Pengetahuan Bahasa pada abad yang ke-19. Selain itu,
Muhammad Ibrahim Bin Ibrahim Bin Abdullah Munsyi juga telah
menghasilkan sebuah karya bertajuk Pemimpin Johor pada abad yang sama.
11
Bustanul Katibin mengandungi isi kandungan dari aspek bahasa seperti
tatabahasa dan juga tentang pengajian Bahasa Melayu dari sudut Islam.
Kitab Pengetahuan Bahasa pula merupakan satu langkah awal bagi
menghasilkan kamus Bahasa Melayu. Oleh itu, daripada kehasilan karya-
karya tersebut, ia telah membantu dalam menyebarkan Bahasa Melayu
secara luas di Nusantara. Justeru, ia menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
dapat diiktirafkan sebagai lingua franca kerana ramai orang dapat memahami
dan menguasai Bahasa Melayu.

3.4 Bahasa Pengantar Serta Bahasa Rasmi Kerajaan Melayu-Islam


Kerajaan Melayu Islam telah menggunakan Bahasa Melayu seawal abad ke-
15 lagi. Pada waktu itu, bahasa Melayu telah mula berkembang dan menjadi
lingua franca kerana ia telah digunakan sebagai alat perhubungan di
kalangan raja-raja Melayu. Dalam urusan surat-menyurat kepada kerajaan
Eropah, raja-raja Melayu ini telah menggunakan bahasa Melayu. Dengan ini,
penerima-penerima surat ini terpaksalah mempelajari dan menggunakan
bahasa melayu apabila berurusan dengan raja-raja Melayu kerana ingin
menikmati peluang perdagangan di Melaka. Ini juga bermaksud mereka tidak
menggunakan bahasa mereka sendiri walaupun mereka orang Inggeris,
Belanda dan sebagainya. Oleh demikian, bahasa Melayu dianggap sebagai
bahasa yang berpengaruh dan bermutu tinggi. Menurut Asmah Haji
Omar(2008), bahasa Melayu telah banyak digunakan dalam urusan diplomasi
di antara kerajaan-kerajaan. Urusan diplomasi dalam hal ini bermaksud
urusan yang dapat merapatkan hubungan silaturrahmi antara kerajaan-
kerajaan

Sebagai contoh, Raja Ternate Sultan Abu Hayat telah mengutuskan


surat kepada Raja Portugal pada tahun 1521 3. Ternate ialah sebuah kerajaan
yang berada di luar daerah induk bahasa Melayu. Orang Ternate pula
mempunyai bahasa mereka sendiri dan Raja Portugal pula berbahasa
Portugis. Namun begitu, di dalam warkah tersebut ia telah ditulis dalam
bahasa Melayu ketika Sultan Abu Hayat masih kecil dan dianggarkan berusia
di bawah 10 tahun. Surat tersebut diutuskan untuk memberitahu Raja
3
Rujuk kepada Rajah 1.3

12
Portugal bahawa Francisco Serra mahu dibunuh oleh Raja Jailolo dan juga
Raja Tidore kerana disuruh oleh Raja Ambon. Pada tahun 1522, Raja Ternate
Sultan Abu Hayat telah mengutuskan warkah kepada Raja Portugal untuk kali
kedua4. Di dalam warkah tersebut ia juga ditulis dalam Bahasa Melayu dan isi
surat itu menyatakan bahwa Sultan Bayan Sarallah telah meninggal dunia
dan dua buah kapal Raja Castell telah datang dengan senjata meriam yang
lengkap untuk melindungi Bandar Ternate. Ini jelas menunjukkan bahawa
bahasa Melayu telah menjadi lingua franca pada zaman itu kerana bahasa
Melayu telah digunakan dalam urusan rasmi sebegini walaupun bahasa
Melayu itu bukanlah bahasa ibunda mereka.

Selain itu, pada tahun 1602, sepucuk surat telah diutuskan kepada
seorang pedagang yang bernama Sir James Lancester dengan
menggunakan bahasa Melayu. Warkah ini merupakan surat minta izin
berdagang yang dikeluarkan oleh seorang raja Aceh pada ketika itu. Warkah
ini bukan sahaja memberikan kebenaran kepada orang Inggeris untuk
menjalankan perdagangan dengan orang-orang Melayu di Aceh, Samudera
dan kawasan sekitarnya yang diperintah oleh Raja Aceh tetapi juga
mengandungi peraturan yang dikenakan kepada orang Inggeris yang datang
berdagang dan juga masyarakat tempatan. Justeru itu, ini menunjukkan
bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam hubungan antara
orang-orang Melayu dengan orang-orang barat.

3.5 Kedatangan Islam


Kemajuan bahasa berlaku apabila bangsa itu mengalami pertembungan
dengan tamadun luar. Misalnya, pada abad ke-16, bahasa Melayu telah
berkembang pesat apabila bangsa Melayu bertembung dengan tamadun
Islam. Agama Islam yang tersebar dan dianuti penduduk masyarakat Alam
Melayu telah berkembang melalui penggunaan bahasa Melayu dan kitab-
kitab Melayu Jawi. Kitab-kitab Melayu yang tertulis dalam tulisan Jawi telah
tersebar luas ke merata pelusok kawasan di Alam Melayu, misalnya kitab
Sabil al-Muhtadin oleh Muhammad Arshad Banjar, Siraj al-Huda oleh
Muhammad Zain al-Din dan Hidayat al-Salikin oleh Abdul al-Samad
4
Rujuk kepada Rajah 1.4

13
Palembang. Bahasa Melayu telah mencapai taraf sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa di Alam Melayu kerana peranannya sebagai
bahasa penyebaran agama Islam. Kedatangan Islam telah menyebabkan
pengambilalihan peranan tulisan Jawi untuk mengeja bahasa Melayu
daripada sistem tulisan Pallawa dan Kawi yang tidak berupaya untuk
menampung istilah-istilah Arab serta Al-Quran dan Al-Hadis. Hal ini juga
secara langsung telah menyebabkan berlakunya proses peminjaman dari
bahasa Arab kepada bahasa Melayu. Melalui proses peminjaman daripada
bahasa Arab, perubahan leksikal dilakukan sama ada untuk kata umum
mahupun istilah. Beribu-ribu kalimah dan istilah ilmiah bahasa Arab yang turut
mengandungi ajaran-ajaran agama Islam telah dimasukkan ke dalam kosa
kata bahasa Melayu.

Setelah agama Islam tersebar ke seluruh dunia Melayu, bahasa


Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan
dan pengajian tinggi tetapi juga bahasa umum atau lingua franca di
Nusantara. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama
Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kedatangan Islam di tanah Melayu telah mengangkat
dan memantapkan bahasa Melayu ke taraf lingua franca dan juga bahasa
kebudayaan dan keilmuan yang tinggi.

3.6 Sifat bahasa Melayu dalam pertembungan bahasa


Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
ialah kerana sifat bahasa Melayu yang sederhana, cekap, tepat, padat serta
adanya kosa kata yang tidak mempunyai banyak perlambangan dan tafsiran
yang berlapis-lapis. Sebagai bahasa yang dinamik, bahasa Melayu boleh
dibentuk dan disesuaikan dalam segala keadaan. Bahasa Melayu telah
menyerap masuk banyak perkataan daripada pelbagai bahasa lain seperti
bahasa Arab, Sanskrit, Belanda, Inggeris, Hokkein, Tamil, Teochew, Parsi
dan banyak lagi. Contohnya, antara 677 perkataan Sanskrit yang diserap
masuk ke dalam bahasa Melayu ialah perkataan seperti bumi, bulan, cahaya
dan sebagainya. Pertembungan budaya dan bahasa melalui pergaulan dan
interaksi dalam kalangan manusia menyebabkan pertambahan dan
14
pengayaan perbendaharaan kata-kata bahasa Melayu. Pelbagai istilah
baharu dalam berbagai-bagai bidang ilmu seperti teologi, falsafah dan tasauf
telah diterima penggunaannya di dalam bahasa Melayu. Hal ini jelas
membuktikan bahawa sifat-sifat bahasa Melayu telah membantu bahasa
tersebut dipilih sebagai bahasa lingua franca yang ilmiah serta membolehkan
bahasa Melayu untuk menikmati kekayaan bahasa-bahasa luar.

4.0 Kesimpulan
Setiap faktor yang dibincangkan dalam kertas ini saling berpautan antara satu
dengan yang lain. Faktor-faktor yang telah diterangkan secara terperinci
merupakan faktor-faktor penting dalam memilih sesuatu bahasa sebagai
lingua franca. Faktor-faktor seperti kelemahan bahasa-bahasa Sanskrit dan
Jawa, kedudukan geografi dan kepentingan Selat Melaka, peranan istana
sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu dan banyak lagi menjadi
penyumbang utama pemilihan bahasa Melayu sebagai lingua franca di
Nusantara.

Daripada faktor-faktor yang dibincangkan di dalam kajian ini, dapatlah kita


menyokong pernyataan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca
sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka yang bermula pada abad ke-14.
Dapatan kajian ini telah membuktikan dengan cukup sahihnya pernyataan
bahawa bahasa Melayu merupakan lingua franca pada zaman itu.

Faktor-faktor seperti kelemahan bahasa-bahasa lain, kedudukan


geopolitik, peranan istana sebagai pusat perkembangan bahasa Melayu, sifat
bahasa Melayu yang dinamik dan sederhana serta penyumbang-penyumbang
lain yang menyusul kepada pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan umum atau lingua franca hadir pada zaman itu.

Di abad kegemilangan Kesultanan Melaka inilah bahasa Melayu telah


mendukung pelbagai fungsi selaku bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa
undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi dan bahasa
perdagangan. Muncullah satu era penting pada zaman ini iaitu persuratan
Melayu. Dengan menggunakan sistem tulisan Jawi, persuratan bahasa
15
Melayu muncul dengan amat nyata dan berkembang subur melalui tulisan
Jawi. Konsep bahasa Melayu baku iaitu bahasa yang menjadi wahana
seluruh penduduk alam Melayu dalam pelbagai bidang kehidupan juga telah
terbentuk pada zaman tersebut. Bahasa Melayu yang diwarisi pada zaman
baru hingga kini sebahagian besarnya berakar daripada bahasa Melayu pada
zaman tersebut.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu


telah mencapai taraf kegemilangannya pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan memainkan peranan selaku bahasa pelbagai bidang demi
mengisi keperluan negara dan rakyat. Daripada bahasa bertaraf lingua franca
kepada bertaraf antarabangsa pada suatu masa, kini bahasa Melayu menjadi
salah satu bahasa yang terbesar jumlah penggunanya dalam senarai lima
bahasa dunia dan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi
negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Dengan adanya Dewan
Pustaka dan Bahasa(DPB), mungkinkah suatu hari nanti bahasa Melayu
boleh mencapai kedudukan kegemilangannya seperti mana yang pernah
dilaluinya pada zaman Kesultanan Melaka? Sama-samalah kita renungkan.

Bibliografi

16
Ab. Aziz Mohd Zin, Abd. Wahid Jais. (2006). Tamadun Islam dan tamadun
Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Ab. Razak Ab. Karim, 2002. Aspek penggunaan Bahasa dalam Warkah-
Warkah Melayu Lama:Satu Kajian, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Melayu,Universiti Malaya

Asmah Hj. Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj Omar, 2005. Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Hj Omar, 2010. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Darwis Harahap. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau


Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Ismail Hussien. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hartmann, R.R.K. & Stork, F.C. (1976). Dictionary of Language and


Linguistics. America Syarikat: John Wiley & Sons Inc

Hashim Bin Musa. (1994). Falsafah bahasa Melayu beberapa aspek kajian.
Petaling Jaya: International Islamic University

James T.Collins, 1998. Malay, World Languange A Short History. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Janet Holmes. (2001) An Introduction to Sociolinguistics. England: Pearson


ESL.

Lampiran

Rajah 1.1 (Sistem Kasta Bangsa India)

17
Rajah 1.2 (Tatatingkat bahasa Jawa)

Rajah 1.3 (Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada tahun 1521)

Sumber: sejarahperkembanganbm.blogspot.com

18
Rajah 1.4 (Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada tahun 1522)

Sumber: sejarahperkembanganbm.blogspot.com

Rajah 1.5 ( Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester 1602)

Sumber: sejarahperkembanganbm.blogspot.com

19

Anda mungkin juga menyukai