Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Selepas menjalankan aktiviti pdpc pada hari ini, saya dapati terdapat beberapa
kekuatan dan kelemahan sepanjang pdpc dilaksanakan. Antara kekuatan yang saya
dapati adalah pdpc saya berjaya mengingati hampir keseluruhan nama ahli kelas 4
Mawaddah. Hal ini memudahkan saya untuk memanggil nama mereka sewaktu
mereka mengangkat tangan untuk menjawab soalan.
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan
sepanjang pdpc dilaksanakan. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah murid
kurang jelas mendengar arahan guru suara saya yang perlahan dan intonasi yang
tidak menarik. Guru pembimbing telah memberi komen tentang cara penyampaian
pengajaran saya yang kurang menarik dan tidak berpusatkan murid. Saya juga tidak
berjaya melaksanakan aktiviti kumpulan kerana aktiviti yang saya arahkan kepada
murid adalah lebih kepada kolaboratif. Selain itu, saya juga mempunyai kelemahan
dari segi kawalan keterlibatan murid sepanjang pdpc dijalankan. Saya hanya memilih
murid tertentu untuk menjawab soalan tanpa memberi peluang kepada murid yang
mengangkat tangan. Perkara ini telah ditegur oleh guru pembimbing saya dan beliau
menasihati saya supaya melaksanakan pengajaran bersikap demokratik iaitu
sentiasa memberi peluang kepada murid untuk libatkan diri dalam aktiviti pdpc.
Oleh itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan
bagi menghasilkan pdpc yang lebih baik pada masa akan datang. Antaranya ialah
dengan menggunakan mikrofon kecil supaya arahan yang diberikan adalah jelas dan
didengar oleh semua murid dalam kelas. Saya juga perlu bersikap adil dalam
memilih murid untuk menjawab soalan supaya murid berasa dihargai dan dikasihi.

Anda mungkin juga menyukai