Anda di halaman 1dari 10

PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

ISI KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Metafora 1

1.2 Pemetaan Kognitif 1

1.3 Projeksi Visual 1

1.4 Pemikiran Reflektif 2

2.0 Kajian Lepas 2

3.0 Refleksi atas Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3

3.1 Permasalahan Kajian 3

3.1.1 Refleksi P&P terhadap Kaedah Pemetaan Kognitif 4

3.1.2 Refleksi P&P terhadap Kaedah Metafora 5

4.0 Cadangan Penambahbaikkan 7

5.0 Penutup 8

6.0 Rujukan 9

1
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

1.0 PENGENALAN

Kaedah dan teknik pemikiran guru merupakan suatu alat yang sangat penting dalam setiap

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid-murid era kini lebih berharap kepda

kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang sesuai dengan

perkembangan serta peredaran masa. Oleh demikian itu, kaedah pengajaran dan

pembelajaran perlu berubah mengikut kesesuaian perkembangan teknologi cyber dan akses

internet yang semakin maju. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diterapkan oleh kita

sebagai pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran harian kita. Antaranya Metafora,

Pemetaan Kognitif, Projeksi Visual dan Pemikiran Reflektif adalah di antara amalan harian

guru.

1.1 Metafora

Menurut Britannica Encyclopedia (2010) metakognitif bermaksud kesedaran atau

pengamatan seseorang mengenai proses pembelajaran dan pemikirannya

Metafora merupakan suatu perkataan ataupun dikenali sebagai frasa tentang

sesuatu objek bagi menggantikan perkataan lain yang mempunyai persamaan

makna dimana ia menjadi analogi kepada perkataan tersebut.

1.2 Pemetaan Kognitif

Pemetaan kognitif pula merupakan satu cara untuk melihat pemikiran dan

pengetahuan seseorang. Peta kognitif dipamerkan sebagai perwakilan

pengetahuan (Knowledge Representation) bagaimana pengetahuan seseorang

individu dipamerkan.

1.3 Projeksi Visual

Projeksi visual ialah bahan media pengajaran yang menngunakan imej yang

dapat dilihat atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual

2
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang

lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan.

1.4 Pemikiran Reflektif

Pemikiran reflektif merupakan satu proses perbincangan dengan diri sendiri

mengenai sesuatu keadaan yang mana individu tersebut akan menggunakan

pengalaman, kepercayaan dan tanggapan dirinya sendiri untuk tujuan tertentu.

Malahan, menurut Dewey J (1910) dalam Thomas J Papadimos (2009), pemikiran

reflektif didefinisikan sebagai satu proses yang aktif, berlaku secara berulang-

ulang, dan melibatkan pertimbangan yang teliti mengenai apa-apa jua

kepercayaan atau bentuk andaian mengenai pengetahuan yang bersangkutan

dengannya, dan kecenderungan kepada rumusan tertentu

2.0 KAJIAN LEPAS

Menurut Lee Chiong Wee (2012), dalam kajiannya, beliau telah menyarankan guru

untuk mengaplikasikan gaya pengajaran dan pembelajaran visual iaitu projeksi visual kerana

ia berjaya menarik minat murid dan juga meningkatkan tahap kefahaman mereka.

Tambahan lagi, pembelajaran visual ini memudahkan murid mengenali tentang ciri-ciri yang

terdapat pada pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Bahan-bahan visual yang

boleh dinampak dan ditonton pasti akan membolehkan murid untuk memahami dengan

mudah. Kajian tindakan yang telah beliau jalankan adalah untuk mengesan tentang

penggunaan pembelajaran visual dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam

kalangan murid prasekolah.

Menurut Trochim dalam Haslina (2012), peta minda merupakan satu proses yang dapat

membantu mengembangkan idea pada suatu topik yang berlainan. Ia juga merupakan

3
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

antara kaedah pembelajaran yang efektif yang menggunakan percambahan idea dari satu

konsep ilmu kepada cabang yang berkaitan. Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta

minda dalam pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap

matapelajaran yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan

kehendak 3 kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum

3.0 REFLEKSI ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya seorang pendidik yang mengajar di sebuah Sekolah Tamil di negeri Kedah.

Saya berkhidmat selama empat tahun dalam profesion ini. Saya mengajar matapelajaran

Bahasa Inggeris bagi tahap 1 dan 2. Saya telah mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk

mendidik murid- murid saya untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris. Saya telah

menggunakan dua kaedah iaitu pemetaan kognitif dan metafora dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) saya untuk membantu mereka menguasai kemahiran menulis.

3.1 Penyataan Masalah

Masalah yang dihadapi oleh beberapa kelas murid tahun 5 ialah mereka tidak dapat

mengarang ayat ataupun petikan secara teratur. Mereka berasa susah untuk

mengembangkan ayat ataupun frasa yang diberikan secara lebih terperinci semasa

mengarang penulisan mereka. Mereka tidak mampu mengembangkan corak atau

pola pemikiran terhadap ayat yang ditulisnya. Salah satu punca kepada kegagalan

penulisan yang baik adalah kelemahan murid menstukturkan idea dalam mindanya

dan mentafsirkan idea-idea ke dalam bentuk Bahasa (secara lisan atau tulisan).

Kemahiran menstrukturkan dan mentafsirkan idea ini adalah berkaitan dengan

kemahiran berfikir seseorang. Dengan idea-idea yang tidak tersusun, maka mereka

mengalami kesulitan semasa menghasilkan sesebuah penulisan karangan. Secara

tidak langsungnya, mereka telah menghasilkan penulisan yang kurang berkualiti

kerana banyak melakukan kesalahan dari segi tatabahasa, sintaksis dan semantik

4
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

semasa menyampaikan idea dalam bentuk penulisan. Maka, saya telah

mengaplikasikan peta minda atau peta konsep (I-Think) sebagai salah satu alat

yang membantu dalam penulisan mereka.

3.1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran terhadap Kaedah Pemetaan

Kognitif

Menurut Freddy Xaviers (2010), penggunaan kaedah peta minda dalam

membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa mengarang.

Pada asalnya, para murid saya berasa sukar untuk menggunakan peta I-

think kerana mereka jarang menggunakannya dalam pembelajaran harian

mereka. Walaubagaimanapun, mereka boleh menggunakan peta berkenaan

selepas latihan selama 4 minggu berturut- turut semasa menghasilkan

penulisan mereka.

Peta minda merupakan alat yang sangat baik bagi membantu murid menulis

karangan atau penulisan secara berstruktur dan berfokus. Peta minda bukan

sahaja dapat membantu merancang perkara yang hendak ditulis, akan tetapi

merupakan alat berguna apabila menulis karangan kerana murid telah dapat

menyemak menggunakan peta minda. Hasil pemerhatian saya menunjukkan

bahawa mereka dapat menyemak setiap isi atau poin yang harus ditulis sama

ada ia relevan kepada penulisan mereka ataupun sebaliknya. Dengan cara

sebegini, mereka tidak berasa sukar lagi untuk menulis karangan mereka

secara berstruktur kerana para murid berasa yakin akan isi yang dicurahkan

dalam penulisannya. Mereka dapat berjaya mengolah penulisan mereka

dengan fakta yang sangat berkesan.

Pernyataan ini disokong oleh Chan (2004). Menurut beliau, keberkesanan

penggunaan peta minda dalam meningkatkan aspek teknik penulisan

5
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

karangan selaras dengan kajian yang mendapati peta minda membantu

murid membuat perancangan terhadap penulisan karangan, termasuklah juga

dapat membantu murid membuat perenggan dengan baik.

Tambahan pula, hasil pemerhatian dari P&P saya, ia telah menunjukkan

bahawa penggunaan peta minda oleh murid semasa mengarang amat

menolong mereka untuk menghasilkan penulisan mereka secara terarah dan

berfokus. Kenyataan ini disokong oleh Yahya (2005) dalam kajiannya, beliau

telah menyatakan bahawa teknik penggunaan peta minda merupakan salah

satu unsur kreatif dalam pengajaran bahasa seperti pengajaran karangan.

Hal ini kerana penggunaan peta minda oleh saya semasa menulis karangan

adalah bagi melatih murid saya merangka isi karangan supaya ia

menunjukkan perkaitan idea dan membantu menghasilkan penulisan yang

sangat berkesan dan efektif. Berdasarkan penyataan Yahya diatas tadi,

penulisan yang berfokus adalah hasil daripada perkaitan idea antara satu isi

dengan yang lain.

3.1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran terhadap Kaedah Metafora

Metafora ialah sejenis bahasa figuratif. Metafora adalah ‘pemakaian kata atau

ungkapan lain untuk objek atau konsep lain berdasarkan kiasan atau

persamaan. Kaedah metafora ini salah satu kaedah yang harus diterapkan

oleh guru terhadap penulisan para murid. Hal ini kerana metafora dianggap

sebagai ungkapan kata- kata yang melibatkan pengolahan idea yang

melibatkan bahasa kiasan tanpa mengubah makna asalnya.

Graham Low (1988) telah menyenaraikan tujuh fungsi utama metafora dalam

pembelajaran. Contohnya, ia membolehkan murid membincangkan perkara-

perkara abstrak, meningkatkan pengetahuan, melahirkan perasaan dengan

6
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

lebih berkesan, memantapkan sesuatu pendapat dan mendapat celik akal ke

atas apa yang belum diketahui.

Berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas selama 6 minggu, kaedah ini

Berjaya melahirkan murid-murid yang kreatif dari segi penyampaian serta

penghasilan maklumat dengan cara mudah difaham. Ada juga murid

menggunakan tulisan berangkai untuk menulis isi mereka. Tulisan berangkai

merupakan salah satu isi pelajaran yang terdapat di tahun 5. Melalui kaedah

ini, murid dapat memahirkan diri mereka lagi dalam tulisan berangkai.

Penyusunan maklumat serta rancangan penyampaian maklumat adalah

sangat teratur,ringkas serta tepat mengikut topik yang ditanya.

Penggunaan metafora dalam penulisan murid amat penting untuk mengolah

karangan mereka dari segi kreativiti masing- masing. Secara automatiknya, ia

telah menimbulkan kesan keindahan dalam karya. Keindahan ini

menyebabkan murid sendiri tertarik terhadap hasil karyanya serta

menggerakkan minda pembaca dan penulis itu sendiri. Sebagai contohnya,

tali kasih merupakan contoh metafora dimana tali adalah benda yang halus

panjang untuk mengikat sesuatu, kasih adalah perasaan sayang terhadap

seseorang atau sesuatu. Tapi jika disebut tali kasih akan ia membawa makna

tersendiri dimana ia mewujudkan nilai estetika dalam karya. Penggunaan

gaya bahasa terutamanya metafora dalam karangan naratif telah

meningkatkan lagi mutu penulisan para murid saya.

Selain daripada itu, penggunaan metafora dalam penulisan mengasah cara

atau corak pemikiran mereka dari segi pelbagai aspek. Hal ini kerana

penggunaan metafora berdasarkan skema imej. Pada perhatian saya,

pemikiran murid ini kebiasaannya sempit dan tidak berkembang. Tetapi,

penggunaan metafora ini membolehkan mereka berfikir luar daripada kotak

untuk menerangkan atau memahami sesuatu perkara dengan lebih tepat. Hal

7
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

ini disetujui oleh Novak (1983). Beliau berpendapat bahawa apabila murid

menggunakan metafora dalam penulisannya, ia membolehkan murid

membandingkan sesuatu fenomena dengan perkataan lain serta membentuk

peta minda. Melalui cara ini, murid akan mudah memahami pelajaran yang

diajar.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Kesimpulannya, sampel kajian masih belum begitu mahir dalam menggunakan gaya bahasa

dan peta minda yang melambangkan nilai estetik dalam penulisan karangan mereka.

Kurangnya penggunaan gaya bahasa perbandingan dalam karangan jenis naratif sering

ditemui dalam penulisan yang bercorak kreatif.  Dalam konteks murid, kelemahan ini

sepatutnya tidak wujud jika murid mampu berfikiran secara kreatif dalam mengolah idea

dalam gaya bahasa yang telah pernah mereka pelajari.    

Implikasi kajian ini terhadap kurikulum adalah wujudnya keperluan dan kepentingan

mengajarkan aspek gaya bahasa dalam penulisan.  Implikasi kajian terhadap amalan

pedagogi menunjukkan pengajaran menulis karangan menggunakan gaya bahasa yang

betul dapat memudahkan pelajar menulis karangan.  Di samping itu, kajian ini juga dapat

memberi ruang kepada pendidik bahasa meningkatkan mutu pengajaran menulis karangan

naratif.  Untuk tujuan tersebut, aspek latihan guru bahasa perlu memberi penekanan kepada

penguasaan menulis karangan naratif.  Implikasi kajian ini juga memerlukan saya sebagai

guru bahasa memiliki kemahiran menulis yang baik agar mereka dapat menunjukkan model

penulisan yang baik kepada pelajar. 

Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan boleh dikemukakan untuk tujuan

memperbaiki mutu penulisan karangan naratif pelajar.  Pertama, pendedahan secara

spesifik perlu diberikan kepada murid kerana maklumat umum tentang penulisan tidak

membantu mereka dapat menulis dengan baik. Untuk tujuan tersebut guru Bahasa perlu

8
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

memberikan maklumat berkaitan penggunaan bahasa perbandingan dengan menggunakan

teknik dan kaedah mengajar yang lebih sesuai.  Guru boleh memberikan senarai gaya

bahasa yang boleh digunakan semasa menulis sesebuah karangan.  Walaubagaimanapun,

pelajar perlulah memahami maksud dan jenis gaya bahasa terlebih dahulu sebelum

menggunakan dalam penulisan mereka. 

Seterusnya, cadangan lain adalah dengan memantapkan penguasaan guru dalam

mengajarkan gaya bahasa dalam penulisan karangan.  Mereka perlu diberikan latihan yang

lebih mendalam dalam menguasai kemahiran ini. Selepas menjalankan pengajaran dan

pembelajaran ini sebagai kajian, saya juga dapat meningkatkan lagi amalan kendiri dalam

proses melaksanakan tindakan ini seperti proses membuat laporan penyelidikan tindakan

dan yang paling penting ialah dalam proses menganalisis dan menyemak data dengan teliti.

Walaupunbagaimanapun, namun di sini saya dapat belajar untuk melakukan sesuatu yang

baharu yang akan memberi pengalaman kepada saya untuk diaplikasikan pada masa

hadapan.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kajian ini juga telah memberikan ruang kepada pendidik bahasa

meningkatkan mutu pengajaran menulis karangan atau sesuatu matapelajaran.  Untuk

tujuan tersebut, aspek latihan guru bahasa perlu memberi penekanan kepada penguasaan

menulis karangan naratif.  Implikasi kajian ini juga memerlukan guru bahasa memiliki

kemahiran menulis yang baik agar mereka dapat menunjukkan model penulisan yang baik

kepada murid. Maka, kaedah pengajaran yang berkesan perlulah dititikberatkan oleh setiap

pendidik agar ia dapat memenuhi objektif pada hari tertentu serta membantu murid

menguasai kelemahannya dalam pelajaran. Pengaran dan pembelajaran yang efektif

membantu menjana modal insan yang cemerlang pada masa hadapan nanti.

9
PLG 522 - PEMIKIRAN DAN PEMAHAMAN GURU TERHADAP KURIKULUM DAN PEDAGOGI

6.0 RUJUKAN

Chan Wai Ling. (2004). The effectiveness of using mind mapping skills in enhancing

secondary one and secondary four students' writing in a CMI school.

Encyclopaedia Britannica. (2010).The new encyclopaedia Britannica. In The new

encyclopaedia Britannica (Vol. 32, pp. 1–32640). Chicago.

Freddy Xaviers Jamil. (2010). Kesan penggunaan peta minda berunsurkan “Kata Tanya”

dalam meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa

Melayu Tahun Lima. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar

Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah), 140-156

Haslina Binti Mohd Ismail. (2012). Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pembelajaran

Mata Pelajaran Sejarah. Vol 3.

Joseph D. Novak. (1983).The use of concept mapping and knowledge vee mapping with

junior high school science students. https://doi.org/10.1002/sce.3730670511.

Lee Chiong Wee. (2012). Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap

Kefahaman Murid Prasekolah.

Thomas J Papadimas. (2009). Professors’ Career Experience on Barriers Obstructing

Community Engagement Activities in Nigerian Universities, vol 2.

Graham Low. (1988). On Teaching Metaphor. Volume 9, Issue 2, June 1988, Pages 125–

147. https://doi.org/10.1093/applin/9.2.125.

Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pahang Darul Makmur.

PTS Professional Printing Sdn. Bhd.

10

Anda mungkin juga menyukai