Anda di halaman 1dari 7

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MINAT MURID DALAM


PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN  TINGKATAN 5 DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH ’KAD SAYA’

DISEDIAKAN OLEH
U’ZUBAH LINA BINTI HAJI RODZALI

Isi Kandungan

Tajuk Muka Surat

1 Abstrak                                                                                                  
3

2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 3

3 Fokus kajian 4

4 Kumpulan Sasaran 4

5 Pelaksanaan Kajian 4

6 Refleksi Kajian 8

9
7 Cadangan Kajian seterusnya

8 Bibliografi 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5


DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ’KAD SAYA’

OLEH:
 HJH U’ZUBAH LINA BINTI HJ RODZALI
SMK SULTAN AHMAD
21000 KUALA TERENGGANU

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap
  penyelesaian masalah   dalam Matematik Tambahan. Seramai 35 orang murid dalam
Tingkatan 5S1 dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini. Tinjauan
awal   yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan peperiksaan akhir tahun
Tingkatan 4S1   menunjukkan murid tidak dapat mengingati dan menguasai konsep dan
formula Matematik Tambahan   dengan tepat.   Masalah ini menyebabkan mereka tidak
dapat menjelaskan hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah
Matematik Tambahan. Satu kaedah kad konsep dan formula serta   contoh penyelesaian
mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut tajuk yang berbeza diberikan diikuti
dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan dalam
tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan menunjukkan lebih
50% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi semakin meningkat.           
     

1.0          REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


               
Dalam keputusan Peperiksaan Akhir tahun Tingkatan 4S1 peratus kelulusan Matematik
tambahan ialah  57.14%. Saya merasa amat kecewa, marah, sedih serta rasa bersalah kerana saya
mengajar murid ini semenjak Tingkatan 4 lagi untuk Matematik Tambahan. Semasa pengajaran dan
pembelajaran saya telah berusaha mengajar sebaik mungkin, menyediakan modul saya sendiri,
memberi pendedahan format peperiksaan SPM dan memberi pinjaman pelbagai buku rujukan dan
modul soalan SPM dari JPNT. Saya juga telah memaksa murid membuat pembetulan semua soalan
dalam Peperiksaan Akhir  Tahun iaitu kertas 2 dan memperbanyakkan kerja rumah dengan harapan
murid dapat membaiki kelemahan masing-masing. Namun menghampakan saya. Daripada
pemerhatian dan analisis yang dibuat kelemahan murid ialah tidak mengingati formula,  tidak
memahami konsep, kurang bertanya guru serta tidak tahu apa kehendak soalan.          

2.0          FOKUS KAJIAN


               
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat murid terhadap Matematik
Tambahan termasuk formula, konsep dan penyelesaian soalan dengan menggunakan kaedah kad.
Tajuk yang dipilih ialah ’Statistik’ . Tajuk ini merupakan tajuk yang amat penting dalam kertas 1 dan
kertas 2. Murid perlu mengingati banyak konsep dan formula dalam bab ini seperti min, mod,
median, julat antara kuartil, sisihan piawai, varians yang mana  jawapan berbeza jika data tidak
terkumpul  atau data terkumpul. Konsep dan formula yang banyak ini menyebabkan murid keliru
dan sukar mengingati. Oleh itu, kajian ini dapat membantu murid untuk menjawab soalan
Matematik Tambahan dengan baik dan mereka dapat memberikan kaedah penyelesaian  dengan
tepat dan betul.       

3.0          OBJEKTIF KAJIAN


               
3.1          Objektif Am
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Matematik Tambahan  dalam
Peperiksaan SPM. 

3.2          Objektif khas


                3.2.1      Meningkatkan kemahiran murid mengingati konsep dan formula
                3.2.2      Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan formula dan konsep untuk   
                             menjawab soalan kertas 1 dan 2.

4.0          KUMPULAN SASARAN


               
Kajian ini melibatkan 35 orang murid Tingkatan 5S1 yang terdiri daripada 7 orang murid
lelaki dan 28 orang murid perempuan.

5.0          PELAKSANAAN KAJIAN

5.1          Analisis Tinjauan masalah

5.1.1      Pemerhatian
Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid amat lemah mengingati
konsep dan formula. Ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan  soalan terutama kertas 2
dengan baik.

5.1.2      Temubual
Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka sukar mengingati konsep dalam
Matematik tambahan yang sangat banyak. Setelah meneliti markah Peperiksaan Akhir tahun
Tingkatan 4 yang dibuat didapati ramai murid amat lemah menjawab soalan dan seterusnya satu
ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap pemahaman murid.
5.2          Analisis Tinjauan Masalah
                Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah

Markah Bilangan Pelajar Peratus


50 - 60 1 2.86
40 – 49 1 2.86
30 – 39 4 11.43
20 – 29 11 31.43
10 – 19 15 42.86
0–9 3 8.57

5.3          TINDAKAN YANG DIJALANKAN

AKTIVITI 1

                Guru membahagikan murid kepada 7 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang
murid. Setiap kumpulan diberikan sub tajuk dan setiap kumpulan dilantik ketuanya. Ketua kumpulan
akan berbincang supaya ahlinya membuat kad konsep ,kad formula berbeza dan kad contoh
penyelesaian mudah.

Kumpulan 1 :     Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data tak terkumpul

Kumpulan 2 :     Sisihan piawai, varians bagi data tak terkumpul

Kumpulan 3 :     Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data terkumpul

Kumpulan 4 :    Sisihan piawai, varians bagi data terkumpul

Kumpulan 5 :    Menyenaraikan formula-formula dalam statistik 

Kumpulan 6 :   Menulis formula  baru jika berlaku penambahan, penolakan, pendaraban atau
                           pembahagian ke atas data asal bagi min, mod, median, i dan varians

Kumpulan 7 :   Contoh penyelesaian mencari median bagi data terkumpul secara formula

AKTIVITI 2

                Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-masing untuk
menulis konsep, formula dan contoh penyelesaian yang berbeza antara satu sama lain. Agihan tajuk
diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menulis satu kad formula, satu kad konsep
dan satu kad contoh penyelesaian soalan.  

AKTIVITI 3
                Kertas warna disediakan kepada setiap murid untuk menulis konsep , formula dan contoh 
mengikut kreativiti masing-masing supaya jelas dan menarik. Sampul plastik berpin disediakan untuk
meletakkan maklumat tersebut. Murid diberi masa 1 minggu untuk menyiapkannya.

AKTIVITI 4

                Apabila  kad-kad  bagi setiap kumpulan telah siap kad tersebut dipakai pada pakaian
masing-masing selama 2 minggu. Mereka akan saling mengingati matlumat-maklumat pada kad-kad
yang dipakai oleh rakan-rakan lain. Guru sentiasa mamantau perkembangan ini.

Pemerhatian : Murid dapat mengingati konsep, formula  dan mengingati kaedah penyelesaian yang
dipakai dan ia berkesan  untuk menjawab soalan.

5.4          DAPATAN AKTIVITI ( POST  TEST )- UJIAN TOV

                Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai kefahaman  
               pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -

               Pencapaian Post Test atau Pencapaian Ujian Tov

BIL. NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN AKHIR


1 AHMAD MUSLIM B  AHMAD KAMAL 10 18
2 HARITH B HAIRUDDIN 11 19
3 MOHAMAD SYAKIR B MOHD YUSOF 4 9
4 MOHD RAZMI B ISMAIL 28 55
5 MOHD SUAIDI B AZIS EFENDI 24 36
6 MUHAMAD AMIRUL SUFI B SUHAIMI 20 35
7 MOHAMAD AZAM B MAN 13 15
8 AUNI NABILA BT HASZELAN 15 24
9 CHE KU NOR HAKIMAH BT CHE KU MAT 10 37
10 ERNI FAZLEENHANA BT NOR HISHAM 21 42
11 FATIN NAJIHAH BT CHE GHANI 12 35
12 KHADIJAH ASYIKIN BT ARIFFIN 20 43
13 NAJIHAH BT ADNAN 35 54
14 NORSYATIRA BT JUSOH 34 68
15 NUR AMNI SAHIRA BT AHMAD SABRI 13 26
16 NUR ATHIRAH BT ALIAS 21 47
17 NUR EZZA AQILAH BT SOHAIMI 10 13
18 NUR FARHANA BT KAMARUDIN 12 31
19 NUR MAIZATUL AKMAL BT CHE ISMAIL 31 54
20 NUR SHAHIRAH BT ABDUL RAHMAN 48 87
21 NUR SYUHADA BT MAZLAN 24 40
22 NUR SALMA IZZATI BT KAMARUDIN 10 15
23 NURUL FAIZAH BT IBRAHIM 20 40
24 NURUL HUDA BT AZHARI 23 40
25 NURUL SYAFIKA BT ROZALI 22 32
26 NURUL SYAFIQAH BT HASAN 12 25
27 NURUL SYAHIMA BT MAHADI 7 14
28 NURUL SYAHIRA BT MAHADI 8 18
29 NURUL SYAMSINA BT AYOB 12 20
30 RABIATUL ADAWIYAH BT RAMLI 37 14
31 SUHANA BT RAMLI 59 83
32 SHARIFAH NUR AINA SYAHIRAH 28 52
33 SYAZMIRA BT YUSOF 13 46
34 WAN AISYAH MUNIRAH BT WAN LOKMAN 14 36
35 WAN NUR SHAKIRAH BT WAN MANSOR 12 44

Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan ujian akhir mengikut Markah

Ujian Pra Ujian Akhir


Markah Bilangan Peratusan Bilangan Peratusan
80 - 90 - - 2 5.71
70 - 79 - - 1 2.86
60 - 69 - - 1 2.86
50 - 59 1 2.86 4 11.43
40 - 49 1 2.86 8 22.86
30 - 39 4 11.43 7 20.00
20 - 29 11 31.43 4 11.43
10 - 19 15 42.86 7 20.11
0-9 3 8.57 1 2.86

6.0          REFLEKSI KAJIAN

                Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian akhir menunjukkan ada peningkatan. Terdapat
2 orang  murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah ‘kad saya’ banyak membantu murid
untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula yang mana ini membantu murid
semasa menjawab soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan kertas 2 dalam   peperiksaan SPM
terutamanya dalam tajuk statistik. Kaedah kad juga menjadikan menambahkan keakraban sesama
pelajar.  Saya  berasa sangat gembira kerana pencapaian pelajar telah  meningkat dan P&P juga telah
berjalan dengan lebih seronok dan berkesan.          

7.0          CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA


                Oleh kerana kajian yang dijalankan ini dapat meningkatkan tahap penguasaan dan
pemahaman pelajar, maka saya akan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran tajuk yang lain.

BIBLIOGRAFI

1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd 2009
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai