Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Berkelah di Pantai Port Dickson

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi
berkelah di Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Kami
bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang
baharu.

Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya


untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati
pemandangan yang indah nian. Kami tiba di destinasi pada pukul 11.00
pagi. Kami melihat ramai orang di sana seperti ikan dalam belat. Selepas
itu, kami pun mencari tempat teduh untuk berkelah.

Saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang


dibawa. Kemudian, bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang
rendang. Selepas itu, saya dan adik terus menukar pakaian renang lalu
berenang di laut. Ibu pula menghidangkan makanan yang sedap di atas
tikar.

Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati makanan yang


sedap dengan berseleranya. Selepas makan, saya dan adik bermain bola
tampar manakala adik perempuan dan kakak saya pula membina istana
pasir yang besar dan cantik di tepi pantai.

Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang cantik dan mengambil


gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan.
Kami juga bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang
indah nian. Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan
untuk menjaga kebersihan pantai.
Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke rumah.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkelah di Pantai Port
Dickson. Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga berkelah di
pantai lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai