Anda di halaman 1dari 3

enularan wabak COVID-19 telah membawa cabaran yang baharu kepada semua pihak.

Ekoran
daripada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak pihak yang amat terkesan dengan
situasi ini.

Kita sedang berhadapan dengan realiti yang baharu, termasuklah “perubahan” lanskap bisnes dan
ekonomi. Oleh hal yang demikian, dalam waktu terdekat ini, kita harus menempuhi pelbagai liku dan
cabaran untuk mengharungi perubahan baharu dalam kerjaya dan kehidupan peribadi kita yang
belum pernah kita lalui sebelum ini.

Ini merupakan tempoh masa yang amat kritikal, khususnya kepada pemilik perniagaan. Walaupun
mudah untuk kita hanya berselindung disebalik mod “fire-fighting”, iaitu hanya menyelesaikan
masalah yang kita sedang hadapi pada ketika ini. Namun begitu, kepimpinan kita perlu difokuskan
kepada MEMULIHKAN perniagaan dan sekaligus membuka jalan untuk kita MENCIPTA SEMULA
perniagaan kita. Justeru itu, kita haruslah merebut segala peluang yang ada. Jika tidak, kita akan
dihanyutkan oleh arus perubahan yang radikal disebabkan krisis ini.

Ketahahanan kepimpinan perniagaan, jenama ataupun syarikat kita benar-benar diuji di saat
berlakunya krisis seperti ini. Di saat krisis, komunikasi adalah satu perkara yang amat penting kerana
ramai pihak mungkin berada dalam keadaan yang keliru. Dalam keadaan ini, ianya penting untuk kita
menunjukkan kepimpinan dan memperkukuhkan lagi komunikasi serta hubungan bersama
stakeholders (pemegang kepentingan) termasuklah para pekerja, pelanggan, pelabur, pihak
berkuasa dan rakan perniagaan. Apakah yang kita patut buat?

Berikut adalah 5 tips untuk mempertingkatkan lagi komunikasi anda semasa krisis ini.

Berkomunikasi dengan strategik. Tidak kira sama ada kita berkomunikasi dengan klien mahupun
pengguna, kita harus sentiasa memastikan bahawa mereka tahu perniagaan atau servis kita berjalan
seperti biasa atau mempunyai perubahan terkini. Jadi, gunakan peluang ini untuk menggunakan
media-media sedia ada sebagai platform bagi berkomunikasi dengan audiens. Platform tersebut
haruslah dipilih berdasarkan audiens sasaran anda bagi memastikan mesej tersebut dapat
disampaikan dengan efektif.

Berkomunikasi dengan kerap dan konsisten. Anda boleh kongsikan maklumat terbaharu menerusi
aplikasi WhatsApp, newsletter ataupun platform media sosial anda dengan lebih kerap, sama ada
pada setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu. Mengadakan mesyuarat secara atas talian
dari semasa ke semasa untuk berkomunikasi dengan klien anda turut membantu komunikasi yang
jelas. Malah, cara ini turut boleh digunapakai untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja anda
bagi memastikan kelancaran proses pekerjaan anda.
Berkomunikasi dengan telus. Sewaktu berlakunya krisis, ketelusan bukan sahaja diperlukan, malah
ianya turut diuji. Dengan berkomunikasi secara telus dan terbuka, ianya dapat mempertingkatkan
keyakinan audiens terhadap integriti anda, tidak kira sama ada dalam berkongsi berita yang baik
ataupun buruk.

Berkomunikasi dengan jujur, sensitif dan faktual. Pada ketika ini, berita palsu menjadi semakin
berleluasa, terutama sekali melalui media sosial. Walaupun kita ingin berkomunikasi dengan
konsisten dan kerap, namun, haruslah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi maklumat
yang tepat dan sahih.

Bagi memastikan bahawa berita atau informasi yang kita kongsikan adalah benar dan tepat, kita
perlulah sentiasa mengikuti perkembangan di peringkat domestik dan global dengan proaktif dan
kemaskini kandungan respons anda berdasarkan perkembangan terbaharu. Ini bagi memastikan
pihak-pihak yang terlibat berasa yakin bahawa anda sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Respons yang bersesuaian dengan perkembangan terkini akan membantu membina persepsi yang
baik dan juga boleh menenangkan keadaan. Ini adalah perkara yang amat perlu diambil kira dalam
strategi komunikasi terutamanya semasa berlakunya krisis.

Berkomunikasi menerusi aset digital anda dengan lebih aktif dan kreatif. Aset digital anda
merupakan platform yang perlu anda manfaatkan pada waktu ini. Bukan sahaja anda boleh tentukan
sepenuhnya kandungan perkongsian anda, tetapi anda juga boleh salurkan informasi mengikut
kreativiti anda.

Selain daripada berkongsi maklumat mengenai perniagaan anda, anda juga boleh kongsikan info
mengenai perkara-perkara semasa, contohnya, cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan bekerja di
rumah, tips untuk kekal produktif dan sebagainya. Anda juga boleh menyalurkan maklumat dengan
lebih kreatif dengan menggunakan video ataupun infografik, mengikut kesesuaian kandungan
maklumat tersebut. Tambahan lagi, maklumat yang bersesuaian dengan keadaan semasa dapat
meningkatkan engagement audiens dengan perkongsian anda. Oleh itu, gunakanlah peluang ini
untuk menjadikan media sosial sebagai media interaksi utama anda. Cara ini bukan sahaja dapat
membantu anda berkomunikasi semasa krisis, malah dapat memberikan manfaat selepas tamat PKP.

Krisis COVID-19 sememangnya belum nampak titik penentuannya, namun ia membuka peluang
untuk berkomunikasi dengan praktikal dan kerap dengan audiens serta mengelakkan negativiti dan
kekeliruan. Ini merupakan masa yang kritikal untuk mempamerkan kepimpinan dan kebolehan kita
untuk mendepani cabaran ini. Syarikat dan jenama mestilah terus berkomunikasi secara aktif dengan
pihak berkepentingan dan klien masing-masing untuk terus membina hubungan yang kukuh.

Sudah menjadi lumrah dalam dunia perniagaan bahawa kita sentiasa akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran baharu. Krisis ini sememangnya memberi impak yang besar kepada kita semua
kerana ianya berlaku di luar jangkaan dan amat sukar untuk kita tempuhi. Walaupun begitu, jika kita
berjaya menunjukkan kebolehan dan kepimpinan kita pada ketika ini, kita pastinya akan menjadi
lebih berdaya tahan dan bersedia untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Oleh itu,
marilah gunakan peluang ini untuk memulih dan mencipta semula perniagaan kita.

Anda mungkin juga menyukai