Anda di halaman 1dari 18

KOMPONEN PENGAJARAN

MIKRO

MOHD ROSLAN BIN GHAZALI


JABATAN PENGAJIAN MELAYU
IPG KAMPUS DARULAMAN
PENGAJARAN MIKRO
Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro

a. Konsep

 Pengajaran mikro digunakan untuk


memperihalkan teknik pengajaran untuk
membolehkan pelatih atau pelajar
menguasai, melatih atau memurnikan
kemahiran pengajaran dalam situasi yang
dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka
dalam melaksanakan pengajaran mikro
bilangan pelajar dan peruntukan masa
dikurangkan.
b. Tujuan

Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;


 membekalkan situasi pengajaran yang realistik
kepada guru pelatih
 mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
 memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan
teori pembelajaran
 meningkat dan mengembangkan pengalaman
pengajaran
 menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran
dan menilai kemahiran spesifik
Pelaksanaan Pengajaran Mikro

 Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina


satu rancangan mengajar yang singkat 5 – 20 minit
berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif
spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil
pelajar lain.

 Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian


atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan
Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah
atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri.

 Seterusnya satu perancangan semula perlu


dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran
mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti
yang digambarkan dalam rajah di bawah :
Perancangan
(RPH)

Pencerapan Pengajaran
( komen ) ( mengajar)

Kitaran pengajaran mikro


KOMPONEN PENGAJARAN MIKRO
• SET INDUKSI
• PENGGUNAAN PAPAN TULIS
• VARIASI RANGSANGAN
• TEKNIK PENYOALAN
• PENERANGAN
• KEMAHIRAN PENUTUP
Kemahiran-Kemahiran dalam
Pengajaran Mikro
a. Kemahiran set induksi
Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam
permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum
soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan
tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong
pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut :
memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak
diajar
membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran
memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna
baru
merangsang minat dan penglibatan murid
meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang
sesuai untuk belajar
menggalakkan pelajar menyertai pelajaran dengan giat.
mewujudkan keadaan ingin tahu Dlm kalangan murid
KEMAHIRAN MENERANG
Proses Untuk Memberi Kefahaman Kepada
Orang Lain.
Mentakrif
- Menjelas Sesuatu Isu.
Menghurai
- Menerang Sesuatu Proses,
Struktur Dan Langkah-langkah.
Taakulan
- Memberi Alasan / Sebab Musabab
b. Kemahiran menggunakan papan tulis

 Papan tulis penting dalam meningkatkan


pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan
lagi penerangan guru tentang fakta, konsep
atau idea yang abstrak.

 Oleh itu rancangkan bagaimana penggunaan


papan tulis dari segi masa, pembahagian
ruang dan penglibatan pelajar
PAPAN TULIS
 Penggunaan Bila-bila Masa.
 Menggambarkan Idea.
 Ilustrasi Semerta.
 Guna Dengan Penuh Minat.
 Menjelaskan Konsep.
 Tulisan Yang Terang, Jelas.
 Kerja-kerja Grafik.
 Galakkan Murid Menggunakan Papan Tulis.
c. Kemahiran variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan


perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian
pelajar kepada fakta penting dalam
pelajaran.

Variasi rangsangan berkait rapat dengan


kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan
strategi pengajaran, kecekapan penggunaan
alat bantu mengajar , persekitaran bilik
darjah, komunikasi verbal dan non-verbal
guru.
d. Kemahiran penyoalan

 Penyoalan merupakan satu aspek penting


yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti
kognitif aras tinggi.

 Guru harus faham dan tahu tentang


kepentingan soalan dalam pengajaran dan
pembelajaran seperti membantu pelajar
mengingat kembali fakta-fakta dan
mencungkil fikiran pelajar.

 Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang


dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar
i. Panduan menyoal

 pastikan soalan jelas


 nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan
kemudian panggil nama pelajar yang
dikehendaki menjawab soalan berkenaan
 tanya satu soalan pada satu masa
 gunakan soalan aras rendah dahulu dan
diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi
 gunakan teknik “probing” untuk membantu
pelajar memberikan jawapan.
 Aras Soalan – Mudah Ke Tinggi.
- Penggunaan Perkataan
Padat,tepat Dan Mudah Difahami.
- Soalan Berfokus Kpd Satu Idea.
- Soalan Berfokus Lebih Daripada Satu Idea.
 Alih Hala Soalan – Menghala Soalan Yang
Sama Kepada Murid Yang Lain.
ii. Aras soalan

Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras


soalan:

 Pengetahuan
 Kefahaman
 Aplikasi
 Analisis
 Sintesis
 Penilaian
e. Kemahiran menggunakan pengukuhan

 Guru yang mempunyai kemahiran


pengukuhan dapat menggalak pelajar
menjawab soalan, mengemukakan
cadangan dan secara keseluruhannya
dapat melibatkan pelajar melibatkan diri
dalam perbincangan bilik darjah.
f. Kemahiran penutup

 Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan


aktiviti pelajaran yang telah disampaikan.
Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus
dirancang dengan teliti dan ada
kesinambungan dengan pelajaran akan
datang.

 Tujuan penutup adalah untuk menarik


perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran
baru yang dipelajari, mengukuhkan konsep,
prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan
perasaan pencapaian dan kejayaan dan
peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran
baru.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai