Anda di halaman 1dari 2

Tutorial 1 MTES 3152 Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Cadangkan gambaran dan idea apa yang mungkin sesuai dipertimbangkan untuk
memulakan projek inovasi anda.
Untuk memulakan projek inovasi saya, saya akan memilih model yang bersesuaian
dengan konteks dan keperluan kita bagi mendapatkan garis panduan untuk mengenalpasti
peluang dan bidang dan kaedah pelaksanaan sesuatu proses, dalam konteks ini,
perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan difusi sesuatu produk inovasi.

Sebagai contohnya, saya memilih Model Penelitian, Pengembangan dan Difusi.


Mengikut model tersebut, langkah permulaan yang perlu saya jalankan bagi mendapat
gambaran dan idea yang sesuai untuk projek inovasi saya adalah menjalankan penyelidikan
asas untuk dapatkan gambaran penyelesaian yang sedia ada tentang satu isu atau masalah
dan seterusnya melakukan analisis terhadap keperluan sebenar pengguna masa depan saya
iaitu pihak sekolah, guru dan murid. Contohnya, saya akan lihat pada pencapaian pelajar pada
pratikum fasa 1 untuk mencari tajuk yang susah diajar dan serta sukar difahami oleh pelajar
saya. Dengan ini, saya akan mendapat idea dan penyelesaian alternatif untuk memulakan
projek inovasi saya. Untuk peringkat persediaan, saya akan mereka bentuk dan mengumpul
bahan yang diperlulan untuk projek inovasi saya. Maka, saya dapat membangunkan projek
inovasi secara berperingkat.

Mengikut Model Penelitian, Pengembangan dan Difusi, setelah saya membangunkan


projek inovasi saya, saya akan membuat penyelidikan gunaan, pembangunan dan Ujian
prototaip, penghasilan secara pukal dan pembungkusan, aktiviti penyebaran secara besar-
besaran yang terancang terhadap pengguna saya secara berperingkat.

Anda mungkin juga menyukai