Anda di halaman 1dari 52

AKTA

KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN 1994
(OSHA)

BAHRUDIN BIN MAMAT


(TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT TEKNIK)
JKKP SELANGOR

1
PENGENALAN JKKP
 Jab. Kejenteraan → JKJ →JKKP/DOSH
 Jabatan dibawah KSM – terdapat cawangan ikut
negeri saja.
 Fungsinya:
 Penguatkuasaan – Pendaftaran, Pengiktirafan,
Pemeriksaan, Penyiasatan dan Tindakan Undang-undang
 Promosi dan khidmat nasihat – Ceramah, seminar,
pameran dan promosi.
 Penyediaan Standard – Gubal akta /peraturan/
garispanduan baru dan semakan semula.

2
AKTA DAN PERATURAN YANG
DIKUATKUASAKAN JKKP

 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,


1994 (Akta 514) dan 7 Peraturan di bawahnya.

 Akta Kilang dan Jentera, 1967 (Akta 139) dan 15


Peraturan di bawahnya.

 Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan),


1984 (Akta 302) dan Peraturannya.

3
Peraturan -peraturan di
bawah AKKP, 1994
1. Pernyataan Dasar Am K&K (Pengecualian)-1995
2. Jawatankuasa K & K (JKK/SHC))- 1996
3. Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam
Perindustrian (CIMAH)- 1996
4. Pegawai K & K (PKK/SHO)-1997
5. Pengelasan, Pembungkusan & Pelabelan Bahan Kimia
Berbahaya (CPL)-1997
6. Penggunaan & Std. Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya
Kepada Kesihatan (USECHH)-2000
7. Pemberitahuan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit pekerjaan (NADOPOD)-2004
• PERINTAH :
– Pegawai K & K- 1997
– Larangan Penggunaan Bahan -1999
4
AKTA KESELAMATAN
DAN KESIHATAN
PEKERJAAN, 1994
(AKTA 514)

5
“ Tanggungjawab untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
dengan melihat siapa yang mencipta risiko
dan siapa yang bekerja dengan risiko”

– peraturan kendiri (self-regulation)


– perundingan (consultation)
– kerjasama dan penglibatan pekerja

6
BAHAYA DI TEMPAT KERJA
BAHAYA KIMIA BAHAYA FIZIKAL
• Gas/vapour • mekanikal
• habuk • elektrikal
• wasap • bising/ getaran
• tempat tinggi
• haba
BAHAYA • tekanan
PSIKOSOSIAL
• gangguan seksual
• tekanan kawan sekerja
• jiran/keluarga
• penyalahgunaan dadah
BAHAYA BIOLOGI
• bakteria/virus/spora
BAHAYA • habuk tumbuhan
ERGONOMIK
7
TUJUAN AKTA

1. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang


sedang bekerja; - (Pekerja)

2. Melindungi orang bekerja dan selainnya daripada aktiviti


yang melibatkan risiko;- (orang awam, pelawat, dsb)

3. Mengadakan suasana tempat kerja selamat dan sihat


(bersesuaian dengan kehendak fizikal dan mental pekerja)

4. Untuk mengadakan perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan dengan peraturan dan tataamalan
industri yang diluluskan di bawah peruntukan Akta
-(tidak terhad kpd akta & peraturan)

8
SKOP AKTA 514

ORANG YANG BEKERJA :-

• dalam semua sektor di Malaysia mengikut


Jadual Pertama
• Kecuali :-
• pekerjaan di atas kapal (termaktub dibawah
Ordinan Perkapalan Saudagar 1952)
• Angkatan tentera

9
JADUAL PERTAMA
• Pengilangan
• Perlombongan dan penguarian
• Pembinaan
• Pertanian, perhutanan dan perikanan
• Kemudahan: Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
• Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
• Perdagangan borong dan runcit
• Hotel dan restoran
• Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
• Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun

10
Seksyen 3 Tafsiran

“Industri”-perkhidmatan awam, pihak berkuasa


berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi dalam
Jadual Pertama;

“Loji”- Apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat


atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa
yang dipasang, disambung dan diperlengkapkan
padanya;

11
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

• Majikan perlu
menyediakan dasar
keselamatan dan
SEKSYEN kesihatan secara
16 bertulis
• menyediakan
organisasi dan
perkiraan keselamatan
dan kesihatan

12
KANDUNGAN DASAR
KESELAMATAN DAN
KESIHATAN DI TEMPAT KERJA

1. Pernyataan mengenai DASAR AM majikan


terhadap keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja
2. Pernyataan mengenai ORGANISASI untuk
melaksanakan dasar keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja
3. Pernyataan berkenaan PERKIRAAN untuk
perlaksanaan dasar keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja.

13
Pernyataan Mengenai
Dasar Am
Majikan menyatakan mengenai:
i. Prinsip/komitmen
ii. Prioriti
iii. Peranan/Kerjasama
iv. Objektif :
* Mengada,menyelenggara tempat & sistem
kerja
* Memberi maklumat dan latihan
* Menyiasat kemalangan/penyakit
perusahaan
* Mematuhi kehendak undang-undang

Ditandatangani oleh pengurusan tertinggi


& tarikh
14
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


Adalah menjadi dasar JKKP untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya
dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini
melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:


• untuk menyediakan dan menyenggarakan suatu tempat dan system kerja yang selamat dan sihat;
• untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat,arahan, latihan dan penyeliaan
berkenaan cara untuk menjalankan tugas mereka dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
• untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-
langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
• untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang
ditetapkan di dalam Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan
tataamalan-tataamalan yang dilulusakan;
• untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan asaa bagi semua pekerja; dan
• untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan
pengguna cara kerja yang selamat dan sihat adalah factor utama kea rah mempastikan kejayaan misi kita.

Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik disetiap pejabat
untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang.

Ir. Hj. Abu Bakar Bin Che Man


Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia. JKKP JOHOR 15
Tarikh Semakan: 14hb. September 2004
Pernyataan Mengenai
Organisasi
 Agihan dan penyelarasan tanggungjawab:
* Setiap lapisan pengurusan dan pekerja
* Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
* Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
 Perlu nyatakan:
* Bagaimana akauntabiliti ditetapkan
* Bentuk pengawasan pelaksanaan program dibuat
 Carta organisasi pengurusan keselamatan &
kesihatan

Ditandatangani oleh pengurusan tertinggi dan tarikh

16
Pernyataan
Mengenai
Perkiraan
1. Sistem, prosedur dan program-program
yang dilaksanakan bertujuan mengawal
atau menghapus bahaya-bahaya di tempat
kerja

2. Maklumat yang jelas tentang bahaya-


bahaya dan langkah kawalan yang diambil.

3. Ditandatangani oleh pengurusan tertinggi


dan tarikh.

17
Perkiraan
(Arrangement)
• Prosedur melaporkan kemalangan / bahaya
• Prosedur Menyiasat kejadian kemalangan
• Audit tempat kerja
• Analisa risiko & kawalan
• First Aid, first aiders
• Prosedur kejadian kecemasan (ERP)
• Latihan induksi dan lanjutan KKP
• Prosedur untuk kontraktor
• Promosi KKP (OSH promotion)
• Penyimpanan rekod
• Penyenggaraan pelan dan peralatan
• Sistem kerja selamat dan penggunaan PPE,
dll.

18
Kepentingan Dasar

• Keperluan Undang-undang
• Penglibatan terus majikan mengenai KKP
• Ujud piawaian pencapaian dan tindakan
KKP
• Menjelaskan peraturan dan
tanggungjawab organisasi
• Kenyataan mengenai objektif
• Menyediakan satu sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan
• Jelas dan telus dalam menjalankan
perniagaan

19
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

• Majikan perlu
memastikan
setakat yang
SEKSYEN
praktik,
15 (1)
keselamatan,
kesihatan dan
kebajikan
pekerjanya.
20
“setakat yang praktik”

• teruknya bahaya atau risiko


• pengetahuan dan cara menghapuskan
atau mengurangkan bahaya atau risiko
• terdapat dan kesesuaian cara
menghapuskan atau mengurangkan
bahaya atau risiko
• kos menghapuskan atau mengurangkan
bahaya atau risiko

21
KESIMPULAN KEHENDAK
SEKSYEN 15(1)

• mengikut perundangan, majikan


berkewajipan untuk menyediakan
keperluan asas yang sesuai terhadap
pekerjanya;

• jika tidak mematuhinya adalah satu


kes jenayah.

22
TANGGUNGJAWAB
MAJIKAN

(a) pengadaan dan


penyenggaraan loji dan
sistem kerja;
SEKSYEN (b) membuat perkiraan bagi
15(2) keselamatan dan
kesihatan terhadap
penggunaan,
pengendalian,
penanganan, penyimpanan
dan pengangkutan loji dan
bahan

23
TANGGUNGJAWAB
MAJIKAN

( c) pengadaan maklumat,
arahan, latihan dan
penyeliaan
SEKSYEN
15(2) (d) pengadaan dan
(sambungan)
penyenggaraan tempat
kerja cara masuk ke
dalam dan keluar
darinya yang selamat
dan tanpa risiko

24
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

(e) pengadaan dan


SEKSYEN penyenggaraan
persekitaran
15(2)
pekerjaan yang
selamat dan tanpa
(sambungan)

risiko kesihatan
dan cukup
kemudahan
kebajikan

25
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

• untuk memastikan tiada


risiko kepada pekerja dan
bukan pekerjanya daripada
aktiviti pengusahaannya;
SEKSYEN  JHA, HAZAN, HIRARC

17 • pengadaan maklumat kepada


orang lain kesan ujud
daripada aktiviti
pengusahaannya.
 ERP, Responsible Care

26
CONTOH KEWAJIPAN AM MAJIKAN
DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI

PENYENGGARAAN TEMPAT KERJA


• Perlu mengambilkira:
 Sistem bagi Pemeriksaan Berkala
dengan melapurkan kecacatan
kepada orang yang bertanggungjawab;
 Pembaikan samada secara baikpulih atau
penggantian;

27
SISTEM KERJA SELAMAT
• Premis dan loji yang selamat;
• Penyenggaraan Pencegahan yang efektif;
• Pencahayaan & pengalihudaraan yang mencukupi;
• Pemilihan, arahan dan latihan pekerja;
• Penyeliaan yang kompeten dan penguatkuasaan
peraturan;
• Perlindungan tambahan untuk pekerja yang kurang
upaya.

28
CONTOH KEWAJIPAN AM MAJIKAN
DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI

PENGATURAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN

• Pengadaan kelengkapan pelindung diri (PPE),


peralatan yang sesuai;
• Pengendalian diatur secara selamat;
– Lebihan berat perlu diambilkira;
– Bahagian berbahaya ditutup;
– Bahaya pencemaran dilindungi;

29
CONTOH KEWAJIPAN AM MAJIKAN
DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI

PENGATURAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN

• Kemudahan penstoran mencukupi dan selamat;


• Pengangkutan dilaksanakan dengan selamat
– Beban diikat dan dalam keadaan stabil.
– Bahan dibungkus dengan selamat.

30
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

• mengadakan pengawasan
perubatan;

SEKSYEN • mengaji pegawai


keselamatan dan kesihatan;
28, 29 & 30

• menubuhkan jawatankuasa
keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja.

31
PENGAWASAN PERUBATAN
(SEKSYEN 28)

1. Menteri boleh membuat arahan mengujudkan


Peraturan jika terdapat apa-apa risiko seperti:
a. Kes-kes penyakit;
b. Proses atau bahan yang digunakan;
c. Orang di bawah umur 16 tahun;
d. Pekerjaan melibatkan risiko khas kepada kesihatan.
2. Peraturan terperinci bagi pengawasan perubatan
dan pemeriksaan perubatan tidak termasuk
rawatan perubatan;
3. Pengawasan perubatan yang dijalankan oleh
Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD – yang perlu
berdaftar dengan JKKP).

32
PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN
(SEKSYEN 29)

1. Pembinaan bangunan & kejuruteraan :


Harga kontrak > RM 20 juta
2. Pembinaan kapal : Pekerja > 100 orang pada waktu
puncak kerja
3. Aktiviti memproses gas /industri petrokimia :
Pekerja > 100 orang
4. Pembuatan dandang dan vesel tekanan :
Pekerja > 100 orang
5. Industri pembuatan logam yang terdapat kerja
mengetin,mengecap, menebuk, memotong atau
melentur : Pekerja > 100 orang
6. Industri kayu : Pekerja > 100 orang
7. Pembuatan simen : Pekerja > 100 orang
8. Lain-lain aktiviti pembuatan : Pekerja > 500 orang

33
PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN
(SEKSYEN 29)

1. Pendaftaran : Borang yang disediakan & fee RM 100


2. Kelayakan :
a) Diploma keselamatan & kesihatan pekerjaan
b) Kursus & lulus peperiksaan dan 3 th pengalaman
c) 10 th dalam bidang k & k
d) Kelayakan lain- di tetapkan oleh Menteri
3. Tempoh pendaftaran : 3 tahun
4. Pembaharuan : Perlu hadiri program berkaitan KKP
sekurang-kurangnya sekali setahun
5. Majikan hendaklah melapurkan kepada KP mengenai SHO
yang dilantik/ditamatkan dalam tempoh sebulan

34
PEGAWAI KESELAMATAN & KESIHATAN
(SEKSYEN 29)
Kewajipan SHO
▫ Menasihati majikan
▫ Memeriksa tempat kerja
▫ Menyiasat kemalangan
▫ Membantu majikan menganjurkan program
KKP
▫ Sebagai Setiausaha Jawatankuasa KKP
▫ Analisa statistik kemalangan
▫ Membantu mana-mana pegawai
▫ Menjalankan lain-lain arahan yang diarahkan
oleh majikan.

35
JAWATANKUASA KESELAMATAN &
KESIHATAN (SEKSYEN 30)

Keperluan: Bilangan Pekerja > 40 orang


@ apabila diarah oleh KP-JKKP
Keanggotaan:
a) Pengerusi – Majikan/Pengurus
b) Setiausaha – SHO/ orang lain / ahli jawatankuasa
(dilantik oleh Pengerusi)
c) Wakil majikan
d) Wakil pekerja - undian
< 100 – 2 orang wakil majikan &
2 orang wakil pekerja
> 100 – 4 orang wakil majikan
4 orang wakil pekerja

36
JAWATANKUASA KESELAMATAN &
KESIHATAN (SEKSYEN 30)

Mesyuarat JKK:

1. Perbincangan : Isu keselamatan dan kesihatan


pekerjaan
2. Kekerapan - 3 bulan sekali
3. Sesuatu mesyuarat hendaklah dipanggil segera jika
terdapatnya kemalangan
4. Anggota jkuasa hendaklah diberi notis bertulis dan
satu salinan agenda mesyuarat
5. Menyediakan tempat yang sesuai dan waktu bekerja
6. Kuorum – Pengerusi, Setiausaha, ½ ahli
7. Bukan ahli boleh hadir : sesiapa yang terlibat
dengan kemalangan, orang yang berpengetahuan
tentang keselamatan dan kesihatan

37
FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN
DAN KESIHATAN
(seksyen 31)
1. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah
keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja selamat;
2. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan
dan kesihatan;
3. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan,
kemalangan nyaris, kejadian merbahaya, keracunan
pekerjaan atau penyakit pekerjaan dan hendaklah
melaporkan kepada majikan bersama cadangan
pembaikan;
4. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja dan membuat cadangan kepada majikan;

38
FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN
DAN KESIHATAN (samb.)

5. Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya


3 bulan sekali;
6. Menjalankan siasatan kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau
penyakit pekerjaan dengan seberapa segera;
7. Penyiasatan aduan dari pekerja-bincang dan
membuat cadangan kepada majikan;
8. Seseorang majikan hendaklah menyimpan
salinan laporan di tempat kerja selama
tempoh minima 7 tahun.

39
FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN
DAN KESIHATAN (samb.)

9. PERUNTUKAN LATIHAN DAN MAKLUMAT

 Majikan hendaklah untuk memastikan ahli


jawatankuasa mempunyai kefahaman dan
pengetahuan asas tentang fungsi jawatankuasa

 Majikan hendaklah meyediakan latihan yang


mencukupi kepada ahli jawatankuasa

 Majikan hendaklah menyediakan dokumen dan


maklumat yang berkaitan : Undang2, tataamalan,
maklumat berkaitan program k & k, prosedur kerja,
bahaya dan lain-lain yang berkenaan.

40
TANGGUNGJAWAB
MAJIKAN

• Pemberitahuan mengenai
SEKSYEN 32
kemalangan,kejadian
bahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit
pekerjaan kepada
pejabat JKKP yang
berdekatan.
• Ujud Peraturan baru
yang berkuatkuasa pada
Mac 2005.
41
KESIMPULAN KEHENDAK
SEKSYEN 32

• Menyediakan satu sistem melapor dan


penyiasatan terhadap kemalangan, keracunan,
penyakit, kerosakan harta benda dan
sebagainya;
• Analisa sebab-sebab kemungkinan terhadap
kemalangan, keracunan dan penyakit dan
mengambil tindakan pembetulan untuk
mengelakkan kejadian semula;
• Menyenggara rekod dan statistik untuk proses
pemantauan.

42
TANGGUNGJAWAB
PENGILANG & PEMBEKAL

• memastikan loji dan bahan


adalah selamat apabila
digunakan dengan betul;
– Ujian, pemeriksaan dan cara guna
SEKSYEN bagi loji/bahan

20 & 21 • mengadakan maklumat yang


cukup untuk penggunaan loji
atau bahan.
– CSDS / apa-apa perubahan
terhadap loji/bahan

43
TANGGUNGJAWAB AM BAGI
PEREKABENTUK, PENGILANG &
PEMBEKAL

Setakat yang praktik -


• Untuk memastikan loji/bahan direkabentuk dan dibina
dengan selamat dan tanpa risiko kesihatan bila digunakan
dengan betul;

• Mengadakan pengujian dan pemeriksaan yang sesuai;

• Memastikan dan mengadakan sistem maklumat yang cukup;

• Merancang penyelidikkan untuk menghapus dan


menggurangkan risiko;

• Cara pembinaan dan pemasangan yang selamat.

44
TANGGUNGJAWAB AM PEKERJA
(Seksyen 24)

• Memberi perhatian munasabah bagi keselamatan


dan kesihatan dirinya dan orang lain;

• Memberi kerjasama kepada majikan atau orang


lain dalam melaksanakan kehendak akta;

• Memakai dan menggunakan peralatan atau


pakaian pelindung diri yang dibekalkan; dan

• Mematuhi arahan atau langkah-langkah


keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

45
PENGUATKUASAAN DAN
PENYIASATAN

• Kuasa untuk memasuki, memeriksa,


menyiasat, mengambil contoh dan
lain-lain apabila mengsyaki wujud
bahaya; (Seksyen 39)

• Notis Larangan dan Pembaikan;


(Seksyen 48)

46
PENDAKWAAN

• Siapa yang boleh didakwa?

– Badan Korporat bersama dengan


Pengarah Syarikat, Pengurus, Setiausaha
atau yang lain; (Seksyen 52)
– Kesatuan Sekerja;
(Seksyen 53)
– Seorang ejen; (Seksyen 54)

47
PENALTI

JENIS KESALAHAN PENALTI


• Gagal mematuhi Notis • Maksima RM50,000 @
LIMA tahun penjara @kedua-
duanya sekali @/dan RM500
setiap hari

• Kewajipan Am Majikan dan • Maximum RM50,000 @


Orang yang bekerja sendiri DUA tahun penjara @ kedua-
duanya sekali

48
PENALTI

JENIS KESALAHAN PENALTI


• Diskriminasi terhadap • Maksima RM10,000 @ SATU
pekerja dan lain-lain tahun penjara
• Berkaitan dengan • Maksima RM10,000 @ SATU
pemeriksaan tahun penjara
• Organisasi keselamatan dan • Maksima RM5,000 @ ENAM
kesihatan bulan penjara
• Kewajipan Am pekerja • Maksima RM1,000 @ TIGA
bulan penjara
Kedua-duanya sekali

49
KESAN TERHADAP
ORGANISASI

• Pengurangan bilangan kes kemalangan,


keracunan dan penyakit.
• Pengurangan ketidakhadiran
• Meningkat pengeluaran dan kualiti
• Meningkatkan perhubungan antara industri
• Meningkat imej syarikat/organisasi
• Meningkat pesaingan
• Data dan maklumat untuk penentuan
piawai
50
PERLAKSANAAN DI SEKTOR
AWAM
• Surat KSN

51
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor
Tingkat 7 & 8, Wisma Consplant 2
Jalan SS 16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor D.E
Tel: 03-56236400 Fax: 03-5638 9159
email: baharuddin_ma@mohr.gov.my
52

Anda mungkin juga menyukai