Anda di halaman 1dari 5

UW00202 SEKSYEN 5

Nama pelajar : Muhamad Hafiy Azizi Bin Mohamad


Nombor Matrik : BA19110699
Jenis media : Elektronik (Iklan)
Tajuk : Iklan Petronas - Ikan Dilaut, Asam Didarat
Pautan URL : https://www.youtube.com/watch?v=h1H0r-FFLks

Soalan Hasil dapatan


1. Mengapa anda Pemilihan media (iklan) ini telah menarik perhatian
memilih untuk saya untuk mendalaminya dengan lebih terperinci
membaca atau kerana mesej dan maklumat yang ingin disampaikan
menonton jenis sangat memberi kesan kepada para penontonnya.
media tersebut? Tambahan pula, pemilihan media (iklan) ini juga
sangat sesuai untuk dikaji semula kerana tempoh
 
masa sesuatu video itu adalah singkat atau pendek
serta lebih mudah untuk difahami dan dihayati.
Pembawaan cerita dan informasinya sangat jelas
serta mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.
Hal ini juga dapat dilihat melalui perwatakan Raju
dan Suparjo yang saling prihatin dan menyanyangi
antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit.
Berdasarkan iklan ini juga,saya tertarik dengan
ekposisi yang disampaikan dalam iklan tersebut.
Penceritaan yang disampaikan terselit unsur imbasan
kembali. Perwatakan yang disampaikan sangat
menarik dan mampu memberi kesan kepada
penonton. Nyanyian Raju dan Suparjo juga telah
menjadi satu ingat sepanjang zaman kepada para
penonton yang pernah melihat iklan ini kerana bait-
bait liriknya sangat mendalam serta mampu memberi
kesan kepada para penonton. Pemilihan media ini
saya sifatkan sebagai pengubat kerinduan saya

1
UW00202 SEKSYEN 5

semasa zaman kanak-kanak kerana kemunculan


iklan ini dikaca televisyen pada bulan Ramadhan
serta mengingatkan saya dengan kawan india saya
Robert semasa diusia kanak-kanak.

2. Huraikan secara Berdasarkan iklan Petronas tersebut, kehidupan


terperinci berjiran seakan tidak cakna sekiranya sesebuah
bagaimana gender/ keluarga itu saling bermusuhan antara satu sama
bangsa/ agama lain. Hal ini dapat digambarkan melalui iklan tersebut
dan sebagainya dimana diawal pertemuan diantara Encik Raju (India)
digambarkan dalam dan Puan Syeri (Melayu) diundang musibah. Puan
media tersebut? Syeri disimbah pancutan air tanpa sengaja oleh Encik
Raju. Namun, persengketaan diantara mereka tidak
 
lama, hal ini dapat dibuktikan didalam iklan tersebut
dimana Puan Syeri masih mampu tersenyum melihat
keluarga Encik Raju sedang berehat minum susu.
Melalui iklan ini juga terdapat unsur agama. Hal ini
dapat difokuskan dalam iklan (0:55 minit) dimana
isteri Encik Raju mempelawa Puan Syeri dan suami
untuk menjamu air susu, namun Puan Syeri hanya
membidas pelawaan isteri Encik Raju dengan
mengatakan dia ‘puasa’. Walaupun pelawaan isteri
Encik Raju ditolak oleh Puan Syeri, isteri Encik Raju
membuat reaksi muka sebersalah yang menandakan
hormat akan Puan Syeri yang sedang berpuasa (0:59
minit). Diawal penceritaan iklan ini juga terdapat
penambahan Bahasa selain Bahasa melayu iaitu
Bahasa tamil. Perkara ini dapat dilihat pada awal
minit iklan iaitu dengan persoalan Encik Raju lalu
memanggil isterinya serta menyoalkan tentang apa
yang telah terjadi dengan paip airnya.

2
UW00202 SEKSYEN 5

3. Nyatakan sekiranya Stereotaip merupakan satu gambaran berlebih-


terdapat elemen lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk.
stereotaip di dalam Menurut iklan Petronas ini, ia mengisahkan
media yang dipilih? kehidupan kawan rapat yang telah terpisah lama.
Elemen yang ditunjukkan lebih kepada kehidupan
 
sebenar atau realiti. Terdapat juga unsur stereotaip
yang boleh saya gambarkan. Hal ini ditunjukkan
dimana Raju dan Suparjo saling tidak bertentang
mata tak kala bertemu. Sehingga tiba satu masa
Raju terdengar nyanyian Suparjo, lalu Raju terpalit
untuk mendekati dan ingin mengetahui sesiapa
individu yang menyanyi lagu yang membuat
kerinduannya terjawab. Selain itu, watak Puan Syeri
yang terkesan selepas dipelawa oleh isteri Encik Raju
juga mempunyai unsur stereotaip kerana
pelawaannya yang baik boleh dibalas dengan
percakapan yang sopan dan lembut rentetan dari
senyumannya sebelum dapat pelawaan.

4. Apakah pengajaran Pengajaran yang tersurat dalam iklan ini ialah


yang tersurat dan semangat kejiranan yang jelas digambarkan. Hal ini
tersirat di sebalik boleh dilihat dalam watak Encik Raju dan Puan Syeri.
media yang dipilih? Ini dibuktikan dari awal pertemuan diantara Encik
Raju dan Puan Syeri dimana kedua-dua mereka
dengan mesra sapa-menyapa untuk mengenali
antara satu sama lain. Selain itu, melalui iklan ini
juga, dapat kita terapkan pengajaran saling bantu
membantu tanpa mengira perbezaan ras. Ini dapat
dikaitkan dengan Suparjo yang membantu Raju

3
UW00202 SEKSYEN 5

membersihkan darah ditangan Raju semasa Raju


sedang memasukkan cacing di mata pancingnya.
Manakala pengajaran yang tersirat pula ialah
perpaduan diantara kaum. Walaupun berbeza warna
kulit, bersahabatan yang ditunjukkan oleh Raju dan
Suparjo tidak pernah luntur. Seterusnya, bait-bait
lirik yang disampaikan dalam iklan tersebut juga
mempunyai maksud yang tersirat. Hal ini dikatakan
demikian kerana liriknya membawa maksud,
walaupun Malaysia mempunya kepelbagaian bangsa
dan agama serta mempunyai budaya yang berbeza-
beza tetapi mampu hidup dalam satu bumbung
muafakat yang sama.

5. Apakah yang akan Jika saya diberi peluang untuk re-do atau re-shoot
dilakukan sekiranya Iklan tersebut, saya akan memanjangkan tempoh
anda diberi peluang masa iklan dan menokok tambah lagi nilai-nilai moral
untukre-do atau re- dalam video tersebut. Unsur agama seperti
shoot bahan media menceritakan bulan Ramadhan juga akan saya
tersebut? jelaskan dengan lebih jelas dan sistematik untuk
menunjukkan keriangan sebelum menyambut Hari
 
Raya. Watak isteri Encik Raju akan terlebih terperinci
sekiranya ia diberi nama oleh pengarah iklan. Hal ini
kerana, isteri En Raju adalah individu utama yang
menjadi punca Puan Syeri basah di pancut air ketika
awal perkenalan mereka. Berdasarkan iklan tersebut
juga, dapat saya cambahkan idea dengan
meningkatkan lagi grafik video tersebut kepada yang
lebih berkualiti atau HD. Idea pengarah yang
menggabung jalinnya zaman kanak-kanak dan alam

4
UW00202 SEKSYEN 5

kekeluargaan akan menjadi lebih menarik sekirannya


ditambah lagi jalan cerita dan nilai-nilai
pengajarannya.

Kesimpulan: Kesimpulannya, kehidupan bermasyarakat di Malaysia menggambarkan satu


keunikan dimana kesatuan dalam kepelbagaian telah diasuh serta diterapkan
dalam jati diri setiap individu untuk membentuk satu maklamat Negara iaitu
perpaduan. Walaupun berbeza latar belakang, kaum-kaum di Malaysia seperti
Melayu, India, Cina dan lain-lain boleh mengatur langkah kearah kehidupan
bermuafakat. Hal ini dapat saya gambarkan dalam iklan tersebut walaupun
telah berpisah lama, Raju dan Suparjo masih saling mengingati antara satu
sama lain. Bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh Suparjo dan Raju mempunyai
nilai-nilai yang tersirat serta mampu meninggalkan kesan kepada para
penontonnya.

Anda mungkin juga menyukai