Anda di halaman 1dari 3

Definisi Tekanan Kerja

Dalam diskursus psikologi, Terry A. Beehr and Thomas Franz menyebut bahwa “stress” atau
tekanan biasanya didefinisikan dengan tiga cara, iaitu “sebagai rangsangan lingkungan iaitu
kekuatan yang ditimpakan atas individu, sebagai respon fizik ataupun psikologis individu atas
kekuatan lingkungan tersebut, dan sebagai interaksi antara kedua peristiwa tersebut.

Sehubungan dengan ketiga definisi tersebut, Beehr and Franz lalu mengidentifikasi 4
pendekatan yang sering diterapkan dalam menyelidiki masalah tekanan kerja.

Pendekatan Job Stress versi Beehr and Franz

Sasaran
Penekanny Dampakny Utama
Pendekatan
a a Perlakua
n

Medis Fizik Ketegangan Individu


Fizik

Klinis/Psikolog Psikologis Ketegangan Individu


i Kaunseling Psikologis

Psikologi Fizik Kinerja Organisas


Rekayasa Pekerjaan i

Psikologi Psikologis Ketegangan Organisas


Organisasi Psikologis i

Target penangan utama perlakuan mengacu pada elemen proses tekanan kerja, yang
umumnya disebut penekan (stressor) atau ketegangan (strain) yang para ahli mencuba ubah
secara cepat. Dua kategori utama target penanganan adalah individu dan organisasi. Target
penanganan atas individu dilakukan supaya pengubahan karakteristik atau respon individu
secara cepat. Jenis perlakukan ini bertujuan mengubah ketegangan secara langsung. Target
penanganan atas organisasi dilakukan lewat upaya mengubah sejumlah aspek organisasi atau
lingkungan kerja individu – biasanya penekannya – seperti penurunan konflik dalam
lingkungan kerja atau tingkat kebisingan di lingkungan kerja.

Pendekatan Medis menganggap baik penekan maupun ketegangan melulu bersifat fizik.
Target penangannya adalah fizik individu. Pendekatan ini kurang sesuai untuk diterapkan
dalam kajian job stress sehubungan yang pasti berhubungan dengan pekerjaan. Namun,
pendekatan ini punya kesamaan dengan Pendekatan Klinis/Psikologi Konseling yang
menekankan bahwa tekanan cenderung bersifat psikologis dengan target penangan individu
pula. Kedua pendekatan ini utamanya tidak tertuju pada konsep job stress, walaupun konsep-
konsepnya banyak digunakan untuk keperluan mencari jalan penyelesain atas tekanan kerja.
Pendekatan Psikologi Rekayasa awalnya fokus pada karakteristik fisik pekerjaan atau
lingkungan kerja selaku penekan yang punya dampak tertentu atas pada hasil pekerjaan.
Tekanan pekerjaan merupakan tekanan yang berpunca daripada atau melibatkan pekerjaan.
Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor
penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang pekerja.

Terdapat pelbagai punca tekanan yang melibatkan daripada pekerjaan.Antaranya ialah


suasana tempat kerja yang tidak selesa dan tidak teratur,peranan dan fungsi pekerjaan,kerja
yang berubah-ubah,perhubungan pekerja antara pihak atasan atau majikan,konflik sesama
rakan sekerja,kurang insentif atau penghargaan dan perubahan struktur organisasi.

Punca tekanan yang pertama iaitu suasana tempat kerja yang tidak selesa dan tidak teratur
boleh menyebabkan sesorang menerima tekanan yang boleh menyebabkan kemalangan boleh
berlaku, selain itu juga masa kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja
boleh menambahkan seseorang pekerja mendapat tekanan, di mana masa keja yang
berlebihan dan seseorang tidak mendapat rehat yang secukupnya, boleh menjadi punca
kemalangan semasa kerja dilakukan dan cara pengendalian kerja yang tidak tersusun dan
kelam-kabut juga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Selain itu, peranan dan fungsi pekerjaan menjadi penyebab berlakunya kemalangan di mana
sesorang pekerja yang belum berkemahiran atau belum berpengalaman juga menjadi faktor
berlakunya kemalangan. Sebagai contoh sesorang pekerja diarah menggunakan mesin yang
belum pernah dipakainya, ini boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku, kerana tidak
tahu kegunaan mesin dan cara pengendalianya.

Punca tekanan yang ketiga adalah kerja yang berubah-ubah, seperti sekejap sana dan sekejap
ke sini akan menimbulkan tekanan kepada sesorang, serta kerja-kerja yang merbahaya juga
menjadi punca tekanan kepada seseorang pekerja.Tambahan pula, perhubungan antara
seseorang pekerja dengan pihak majikan ataupun antara sesama rakan sekerja menjadi
penyebab sesorang mendapat tekanan.Konflik sesama rakan dan majikan juga boleh
menjadikan sesorang pekerja mendapat tekanan di mana ada rakan sekerja yang tidak berpuas
hati dengan kerja yang diberikan dan tidak boleh dibawa berunding.

Punca yang keenam mengenai aturan kerjaya. Setiap sistem kerja, mesti melibatkan tiga
unsur iaitu manusia, mesin dan persekitaran. Manusia merupakan unsur paling penting kerana
tanpa manusia (pekerja), tugas itu tidak dapat dihasilkan. Oleh kerana kerja yang melibatkan
seperti manusia dan mesin seseorang boleh mendapat tekanan untuk pengaturan
kerja.Seterusnya adalah kurang insentif dan penghargaan dari majikan serta kecewa terhadap
suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan. Sesorang yang bekerja
dengan cemerlang akan tetapi tidak pihak majikan atau orang atasan tidak mahu menggambil
tahu akan tahap kerja seseorang yang boleh dicapai atau tidak. Selain itu juga tempat kerja
yang tidak teratur ruang kerja yang tidak selesa menyebabkan seseorang mendapat tekanan.

Justeru itu, perubahan dalam organisasi di mana pihak majikan menukar jawatan seseorang
secara tiba-tiba tanpa memberitahu seseorang pekerja sama ada perubahan pihak atasan
ataupun rakan sesama kerja yang tidak sesuai.Punca yang terakhir pula adalah perubahan
dalam stuktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeluruan dan
tekanan kepada pekerja sebagai contoh seorang pekerja bawahan diarah membuat kerja
pegawai atasannya mungkin disebabkan kekurangan tenaga kerja. ini menimbulkan ketidak
fahaman menjalankan sesuatu tugas yang diberikan oleh pihak majikan.

Anda mungkin juga menyukai