Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Tajuk Program

Program Psikologi Pasukan Bola Sepak Bawah 12 SK Clifford.

2.0 Pendahuluan

Program latihan untuk atlet tidak kira acara individu atau berpasukan adalah
amat penting sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Dalam melaksanakan program
latihan, perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu diteliti. Ia melibatkan
fasa-fasa latihan, latihan mingguan, latihan harian dan sesi latihan. Secara tidak
langsung, perancangan dalam program latihan dapat meningkatkan prestasi murid.
Sesuatu sukan tidak harus hanya menitik beratkan latihan fizikal semata-mata tapi
harus juga memasukkan latihan psikologi juga.

Ada pelbagai jenis latihan yang boleh dirancang dalam suatu program latihan.
Contoh latihan yang melibatkan fizikal dalam permainan bola sepak adalah latihan
mengelecek, latihan hantaran serta latihan menjaringkan gol. Contoh latihan latihan
yang melibatkan psikologi dalam permainan bola sepak pula adalah latihan teknik
pengambaran (visualization), latihan teknik pernafasan, latihan Progressive Muscular
Relaxation (PMR), penetapan matlamat serta latihan teknik dialog dalaman (self talk).

Sesuatu latihan yang dijalankan perlulah bersesuaian dengan sukan yang


diceburi atlet atau pemain. Jurulatih juga perlulah mengambil kira aspek umur, tempoh
masa latihan dan berapa jarak masa antara latihan dengan pertandingan sebelum
menjalankan sesuatu latihan.

3.0 Rasional

Program latihan ini dijalankan kerana ia adalah sebuah perancangan yang sistematik
yang mampu meningkat pencapaian atlet secara berperingkat. Di samping itu, ia adalah
bertujuan untuk mengurangkan tahap kebimbangan dan meningkatkan keyakinan diri
bagi mengahadapi pertandingan. Selain itu, ia dapat membantu jurulatih untuk
merancang kaedah dan aktiviti yang bersesuaian dengan permainan bola sepak yang
melibatkan pemain-pemain bawah 12 tahun. Secara tidak langsung, program latihan ini
mampu mengurangkan kecederaan pemain semasa menjalani fasa-fasa yang terdapat
dalam program latihan ini. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan prestasi
pemain dalam menghadapi latihan yang dijalankan dan pertandingan yang akan diwakili
olehnya.

4.0 Matlamat

Berikut adalah matlamat program latihan ini diadakan. Matlamat ini terbahagi kepada
beberapa aspek :

1. Persiapan Fizikal

 Mempercepatkan fasa tindak balas.

 Meningkatkan kecergasan fizikal secara umum.

 Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

 Meningkatkan daya tahan otot dan kekuatan otot.

2. Persiapan teknikal

 Meningkatkan kemahiran / teknik asas dalam bola sepak seperti kemahiran


mengelecek, membuat hantaran dan menjaringkan gol.

3. Persiapan taktikal

 Mempersiapkan dan meningkatkan aspek tektikal dalam permainan bola


sepak.

 Mempertingkatkan strategi permainan menyerang dan bertahan.


4. Persiapan psikologi

 Meningkatkan konsentrasi mental.

 Meningkatkan keyakinan diri pemain.

 Meningkatkan ketahanan mental.

 Mengurangkan tahap kebimbangan pemain.

 Menyiapkan pemain untuk bersedia bertanding.

Jangka Masa Latihan

1. Jangka masa Fasa Latihan ialah seperti berikut :

 Minggu 1 untuk Fasa Persediaan Umum

 Minggu 2 hingga 4 untuk Fasa Persediaan Khusus

 Minggu 5 untuk Fasa Pra Pertandingan

 Minggu 6 untuk Fasa Pertandingan

 Minggu 7 hingga 8 untuk Fasa Pemulihan (Transisi)

2. Jangka masa bagi setiap latihan psikologi adalah 1 jam (60 minit).

3. Jangka masa latihan yang dicadangakan terbahagi kepada 4 bahagian dan


masa yang dicadangkan ialah :

1. Pengenalan 5 Minit

2. Persediaan 15 Minit

3. Fasa utama 30 Minit

4. Hasil / Penutup 10 Minit


Jenis Latihan Psikologi

1. Visualisasi

2. Self Talk

3. Imagenary

4. Pernafasan

5. Progressive Muscular Relaxation (PMR)

6. Relaksasi

7. Penetapan matlamat

8. Motivasi

9. Konsentrasi

Kumpulan Sasaran

 Pemain pasukan bola sepak bawah 12 tahun.


FASA-FASA LATIHAN (PERIODISASI)

Fasa Persediaan

1. Persediaan umum

 Dalam fasa ini, aspek psikologi diberi perhatian untuk membina keyakinan
dan meningkatkan konsentrasi pemain pasukan bola sepak.

 Antara latihan psikologi yang diadakan dalam fasa ini ialah visualisasi,
imageri, relaksasi dan penetapan matlamat.

 Peratusan latihan psikologi dalam psikologi dalam fasa ini ialah sebanyak
10% sahaja.

Tujuan

 Meningkatkan tahap keyakinan dan konsentrasi diri pemain.

 Menjelaskan matlamat pemain untuk menyertai dan memenangi


pertandingan tersebut.

2. Persediaan khusus

 Fasa ini memberi penekanan khusus kepada ketahanan mental pemain di


mana terdapatnya latihan fizikal yang diharungi. Oleh itu, latihan psikologi
yang terdapat dalam fasa ini ialah self talk, imageri, pernafasan, PMR,
motivasi dan konsentrasi.
 Jangka masa yang diperuntukkan bagi fasa ini adalah antara 6 hingga 10
minggu.

Tujuan

 Persiapan fizikal, mental dan teknik secara khusus.

 Meningkatkan aspek ketahanan mental pemain di samping semua aspek


kecergasan ke tahap maksimum.

Fasa Pertandingan

1. Pra-pertandingan

 Latihan psikologi pada fasa ini adalah dalam lingkungan 20% berbanding
hanya 10% pada fasa khusus.

 Fasa ini memberi penekanan kepada persediaan mental yang lebih


spesifik untuk menghadapi pertandingan. Antara program yang diadakan
ialah visualisasi, self talk, pernafasan, relaksasi, penetapan matlamat dan
konsentrasi.

Tujuan

 Mengekalkan tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan.

 Membina aspek kekuatan minta, psikologi dan emosi.

2. Pertandingan

 Fasa ini memberi tumpuan kepada latihan mental bagi menghadapi pihak
lawan dalam pertandingan serta pengurusan tekanan.
Tujuan

 Memastikan prestasi berada pada tahap maksimum.

 Persiapan keseluruhan diri pemain untuk menyertai pertandingan


sebenar.

 Memberi tumpuan hanya kepada sasaran pencapaian.

Fasa Transisi (Pemulihan)

 Mengambil masa lebih kurang 6 hingga 10 minggu bertujuan untuk


pemulihan fisiologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi
kebosanan. Jangka masa ini masih bergantung pada format
pertandingan.

 Peratusan latihan psikologi ialah 20% sahaja. Anatara program latihan


yang diadakan adalah pernafasan, PMR , relaksasi dan penetapan
matlamat.

 Rehat aktif digalakkan dalam fasa ini bagi mengelakkan penurunan


kecergasan fizikal yang keterlaluan. Tahap kecergasan fizikal perlu
dikekalkan sekurang-kurangnya antara 40% hingga 60% kemampuan
maksimum.

 Fasa ini bertujuan untuk menilai prestasi diri dan keberkesanan


program, seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.

Tujuan

 Mengekalkan teknik dan kemahiran dan rehat aktif


 Pemulihan psikologi dan fisiologi

 Merencana program untuk pertandingan musim berikutnya.

Anda mungkin juga menyukai