Anda di halaman 1dari 2

Memandikan Jenazah

1. Memandikan jenazah mesti dengan perbuatan manusia sebab itu jin dan malaikat terkeluar daripada
perkara ini.

2. Menggunakan sarung tangan getah atau kain yang pertama dan menundukkan mayat sedikit ( Angkat
kepala mayat dengan meletakkan tangan kanan di tengkuk/ belakang mayat dan urut perutnya
dengan tangan kiri ) supaya najis nya keluar, sementara itu pembantu akan cucurkan air dan istinjak
di bahagian qubul dan duburnya dengan menggunakan potongan kain yang bersih berulang kali,
sehingga bersih. Dengan berniat keatas mayat tersebut ( ‫)نويت اإلستنجاء لهذا الميت هلل تعالى‬

3. Kemudian baringkan mayat semula dan gunakan sarung tangan getah atau kain yang ke-2 dan
bersihkan mata, lubang hidung (Bersihkan hidung nya dengan kelengking kiri jika menggunkan kain
dan hilangkan sesuatu yang ada di dalamnya) dan telinga ( menggunakan putik kapas atau kain yang
digulung halus). Tuangkan air dan masukkan jari orang yang memandikan itu ke dalam mulut mayat,
bersihkan gigi nya.

4. Setelah itu, ambilkan air wudhuk keatasnya dengan berniat ( ‫ – ) نويت الوضوء علي هذا الميت هلل تعالى‬boleh
diwuhukkan sebelum ( ini yang disunatkan ) atau sesudah mandi

5. Berniat memandikan jenazah ( ‫) نويت الغسل لهذا الميت هلل تعالى‬

6. Setelah itu basuhlah kepala dan janggutnya (jika ada janggut) dan sikat rambutnya dengan sikat yang
jarang dan lakukan dengan perlahan-lahan, mana-mana rambut yang gugur semasa proses tersebut
wajiblah dimasukkan bersama ke dalam kain kafan atau kuburnya, begitu juga rambut yang gugur
sebelum dimandikan ( Jika jenazah itu adalah jenazah wanita maka hendaklah dibuka sanggulnya
terlebih dahulu setelah dimandikan barulah disanggulkan semula dengan sanggul melintang, bukan
seperti sanggul biasa.)

7. Hendaklah anggota hadapan yang dimandikan itu bermula daripada sebelah kanan, dimulai daripada
lehernya, Kemudian dadanya, rusuknya, pahanya dan kakinya. Sambil berdoa ( ‫غفرانك يا هللا ربنا و إليك‬
‫) المصير‬

8. Di ikuti pula sebelah kirinya sambil berdoa ( ‫)غفرانك يا رحمان ربنا و إليك المصير‬

9. Seterusnya iringkan mayat tersebut di lambung kirinya kemudian basuhkan pangkal lehernya,
belakang, pahanya dan kaki sebelah kananya. Sambil berdoa ( ‫) غفرانك يا هللا ربنا و إليك المصير‬
10. Kemudian iringkan sebelah kanan dan buat seperti mana di bahagian atas. Sambil berdoa ( ‫غفرانك يا‬
‫)رحمان ربنا و إليك المصير‬

11. Selepas itu basuhkan tapak kakinya dan celah-celah pahanya serta celah-celah kukunya.

12. Buang kotoran atau daki2 yang ada pada celah kuku tersebut

13. Air mandi air sembilan


1. 3 air daun bidara/ cendana/ sabun/ limau ( buang bau najis )
3 air mutlak
3 air kapur barus ( mewangikan mayat, dipakai sekiranya mayat tidak dalam ihram)
2. 3 air mutlak
3 air bidara/ cendana/sabun/ limau
3 air kapurbarus
3. 3 air mutlak ( diselangselikan dengan air bidara)
3 air bidara/ cendana/sabun/ limau
3 air kapurbarus

Doa ketika mencucurkan air kapur barus

(‫ له الملك و له الحمد يحيى و يميت و هو على كل شيء قدير‬,‫ ال إله إال هللا وحده ال شريك له‬.‫)غفرانك يا رحيم ربنا و إليك المصير‬

14. Setelah itu diperlembutkan sendi-sendinya sebagaimana dilakukan pada masa keluar ruhnya dahulu.
Kemudian barulah dilapkan badannya dengan kain yang bersih dan kering. Setelah itu kain yang
basah itu diganti dengan kain yang kering barulah diusung keluar daripada tempat mandi.
Jika keluar najis dan ia adalah najis yang tidak dimaafkan
i) Sebelum dikafankan selepas dimandikan: wajiblah dibersihkan najis sahaja dengan tidak perlu
dimandikan semula.
ii) Keluar setelah dikafankan: menurut al-Baghawi dan ditarjihkan oleh Ibnu Hajar, tidak wajib
dihilangkan najis dan solatnya sah. Semua sepakat tidak wajib diwudhukkan dan dimandikan
semula.
Jika keluar najis dan ia adalah najis yang dimaafkan
i) Tidak wajib dibasuh dan sah solatnya, walaubagaimanapun, ia wajib disegerakan.

15. Sunat mencantikkan jenazah dengan meletakkan inai di janggut atau di rambut.

16. Bekas perasapan gaharu atau setanggi eloklah digunakan sejak daripada mula dimandikan
sehinggalah ke akhirnya.

17. Sunat orang yang memandikan mayat tersebut mandi untuk dirinya sendiri dengan niat ( sahaja aku
mandi sunat selepas memandikan mayat kerena Allah Taala) sepertimana sabda Nabi s.a.w ‫من غسل‬
‫ ميتا فليغتسل‬yang bermaksud: Sesiapa yang telah memandikan mayat hendaklah ia mandi.

Rujukan:

1.Risalah Kursus Intensef Pengurusan Jenazah: Mohd Khairi b. Zainuddin


2. Himpunan Hukum Berkait Dengan Jenazah: Ustaz Mohd Azmi bin Hj Masjuri (2004)
3. Kashfullisam: Syiekh Zainul Abidin b. Muhammad al-Fatoni
4. Garis Panduan Penyelenggaan Jenazah: Mohd Zawavi bin Zainal Abidin
5.Misbahudduja: Ustaz Muhadir Haji Joll
6.al-Fiqhul manhaji: Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syarbaji
7. Sabilal Muhtadin: Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari

Disediakan oleh: Abu Ilyas

Anda mungkin juga menyukai