Anda di halaman 1dari 20

Gagasan Negara Islam dalam Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur Dari Perspektif

Sastera Islam1

Norhayati Ab.Rahman

Universiti Malaya

yati@um.edu.my

Pendahuluan
Konsep Negara Islam

Pemahaman terhadap konsep negara Islam dapat dilihat daripada apa yang telah ditakrifkan oleh
para ulama, yang maksudnya cukup luas. Terdapat beberapa pandangan yang memaksimumkan
ciri-ciri dan skop negara Islam dan terdapat juga pandangan yang mengecilkan dan
meminimumkan skopnya. Namun itu tidak bermakna umat Islam boleh bertelagah dan bergaduh
untuk mengklasifikasikan negara mereka adalah negara Islam yang tulin atau pun sebaliknya.
Hal ini adalah kerana umat Islam melalui pakar-pakar agama mempunyai cara untuk mentarjih 2
manamana pendapat yang mereka rasa sesuai dengan konteks negara masing-masing. Apa yang
pasti, selagi definisi negara Islam ini bukan ijmak maka ia tetap dikira sebagai masalah al-
ijtihadiyyah.

Menurut Ibn Hajar, negara Islam atau “al-Dawlah al-Islāmiyyah” itu berasaskan kepada tiga
komponen penting iaitu, pertama, tanah yang didiami oleh umat Islam pada asalnya dan
dipimpin oleh seorang yang beragama Islam. Kedua, tanah yang dibuka oleh umat Islam melalui
peperangan atau persefahaman. Pada asalnya tanah itu didiami oleh orang kafir, selepas
kemenangan umat Islam dalam peperangan, golongan yang dikira sebagai penduduk asal
sebelum ini sanggup dan bersetuju untuk membayar al-Jizyah kepada umat Islam bagi
membolehkan mereka terus tinggal di tanah yang dibuka itu tadi. Ketiga, negara yang didiami
oleh umat Islam dan kemudiannya negara tersebut telah dijajah oleh orang-orang kafir.
Sekiranya terdapat pada mana-mana negara di muka bumi ini salah satu daripada tiga komponen

1
Kertas kerja akan dibentangkan dalam Seminar Internasional Sastra Melayu Islami (SISMI), pada28-30 September,
2017, di Masjid Abdul Rahman bin Auf, Kuala Lumpur, anjuran NUMERA Malaysia.
2
Dari sudut etimologi ‘tarjih’ bermaksud ‘menguatkan’. Konsep tarjih muncul ketika terjadinya pertentangan
secara lahir antara satu dalil dengan dalil lainnya, yang setaraf dan tidak dapat diselesaikan dengan cara al-jamu‘u
wat-taufik. Lihat Totok Jumantoro dan Samsul Munir, 2005, Kamus Ilmu Ushul Fiqh, Bandung: Al-Maarif. hlm. 32.

1
di atas maka ia boleh dikategorikan sebagai negara Islam (Mohd. Izhar Ariff Mohd. Hashim,
2010:58). Ibn Qayyim pula berpendapat, kebanyakan para ulama antaranya Abu Yusuf
mentakrifkan negara Islam sebagai sebuah negara yang didiami oleh majoriti umat Islam dan
seterusnya undang-undang Islam dijalankan, sekiranya undang-undang Islam tidak dijalankan
maka negara tersebut bukanlah sebuah negara Islam. Apa yang dimaksudkam dengan undang-
undang Islam ialah semua tuntutan dan kewajipan yang dituntut oleh Islam seperti kewajipan
solat, puasa, zakat dan seumpamanya.

Al-Shawkani (1985: 575) berpendapat, sebuah Negara Islam dapat dikenali jika semua arahan
dan larangan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan berleluasa, manakala golongan non-
Muslim yang berada di dalam negara itu tidak mampu melaksanakan urusan keagamaan mereka
kecuali dengan izin pemimpin tertinggi negara. Al-Sharkhasi (1989: 81) pula telah mengambil
pendapat Abu Hanifah yang mengklasifikasikan negara Islam sebagai sebuah negara yang umat
Islam di dalamnya merasa aman untuk beribadah kepada Allah SWT dan melakukan semua
aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan Islam. Jika sebaliknya di mana umat Islam
tidak merasa aman untuk melakukan ibadah dan aktiviti-aktiviti agama Islam maka negara
tersebut tidak boleh dinamakan sebagai negara Islam bahkan ia dikategorikan sebagai negara al-
Harbi (Negara Kafir). Pendapat ini dipersetujui oleh ramai para ulama, antaranya Muhammad
Abu Zahrah, Yusuf al-Qardawi, al-Zuhayli (1998), Ibn Abidin (1966) menyatakan bahawa
sebuah negara kafir akan berubah menjadi negara Islam sekiranya tertegaknya hukum-hukum
Islam di dalamnya seperti kebebasan menunaikan ibadat solat lima waktu, solat Jumaat, hari raya
dan sebagainya. Kesemua perkara tersebut dapat dilaksanakan oleh umat Islam dengan bebas dan
aman. Sebuah negara boleh dinisbahkan kepada pengaruh, penguasaan dan orang yang menerajui
negara tersebut. Sekiranya sebuah negara itu dipengaruhi dan dipimpin oleh orang Islam, maka
negara tersebut adalah Negara Islam.

Sebuah negara akan diiktiraf sebagai negara Islam jika ia dikuasai oleh undang-undang Islam.
Sekiranya negara tersebut dikuasai oleh undang-undang kafir maka ia tidak boleh diiktiraf
sebagai sebuah negara Islam yang tulin. Al-Nabahānī (1980) telah mewajibkan di dalam negara
Islam dua perkara, iaitu perlaksanaan undang-undang Islam seperti hudud, seterusnya keamanan
harus dapat dirasai oleh semua umat Islam dan ahl al-Dhimmah yang berada di dalam negara

2
tersebut. Sekiranya salah satu daripada dua perkara di atas tidak dapat dilaksanakan atau kedua-
duanya sekali maka negara tersebut tidak boleh dinamakan sebagai negara Islam.

Novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (2011)

Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur (2011) adalah novel karya Pelita Di Dalam Kaca atau
nama sebenarnya Kamaluddin Endol, yang merupakan penerima Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (HSPM 2010/2011). Kalimat Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur yang menjadi
judul novel ini merupakan istilah atau frasa yang diambil daripada firman Allâh SWT ketika
merujuk kepada Negeri Saba’ yang pada waktu itu cukup indah dan subur alamnya, dengan
penduduk yang selalu bersyukur atas nikmat yang mereka terima. Dalam kitab suci al-Quran,
Allâh Azza wa Jalla berfirman:

َ ٌ‫ق َربِّ ُك ْم َوا ْش ُكرُوا لَهُ ۚ بَ ْل َدة‬


‫طيِّبَةٌ َو َربٌّ َغفُو ٌر‬ ِ ‫لَقَ ْد َكانَ لِ َسبَإ ٍ فِي َم ْس َكنِ ِه ْم آيَةٌ ۖ َجنَّتَا ِن ع َْن يَ ِمي ٍن َو ِش َما ٍل ۖ ُكلُوا ِم ْن ِر ْز‬
Yang bermaksud, “Sungguh bagi Kaum Saba’ ada tanda-tanda (kebesaran Rabb) di kediaman
mereka, iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. Kepada mereka dipesan,
“Makanlah daripada rezeki yang dianugerahi Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya!’.
Baldatun thayyibatun wa rabbun ghafûr” (Saba’/34:15).

Dalam konteks ayat di atas Allah menyebut Negeri Saba’ sebagai baldatun thayyibatun wa
rabbun ghafûr. Secara harfiah kalimat tersebut bermaksud “Negeri yang baik dengan Rabb Yang
Maha Pengampun”. Dengan kalimat yang singkat ini, menjelmakan makna yang padat dan
berupaya mewakili semua kebaikan yang dahulunya ada pada contoh Negeri Saba’ tersebut. Ini
memandangkan “negeri yang baik” dapat mencakupi seluruh kebaikan alamnya dan “Rabb Yang
Maha Pengampun” dapat mencakupi seluruh kebaikan perilaku penduduknya, sehingga
mendatangkan inayah keampunan daripada Allâh SWT Tuhan alam semesta.

Dari sudut yang lain, makna Baldatun thayyibatun ialah merujuk kepada “Ini negeri yang baik,
kerana banyaknya pohon-pohon dan bagus buah-buahannya”. Terdapat huraian tentang kebaikan
Negeri Saba’ yang menyebut bahawa: “Di daerah mereka, sama sekali tidak pernah terlihat ada
nyamuk, lalat, kutu, kala jengking, dan ular. Apabila seseorang masuk ke dalam dua tamannya,
dan meletakkan bakul di atas kepalanya, maka pada saat keluar, bakul tersebut akan penuh
dengan beraneka buah-buahan, padahal ia tidak memetiknya dengan tangannya” (Tafsir ath-

3
Thabari, 19/247). Ibnu Katsîr Rahimahullah pula mengatakan: “Para ahli tafsir yang lain
menyatakan, dahulu di negeri mereka sama sekali tidak ada lalat, nyamuk, kutu, dan hewan-
hewan yang berbisa. Hal itu kerana cuaca yang baik, alam yang sihat, dan penjagaan dari Allâh,
agar mereka mentauhidkan-Nya dan beribadah kepada-Nya” (Tafsir Ibnu Katsîr, 6/507).

Novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur ini menujah akal budi pembaca melalui
sudut pandangan seorang lelaki Australia bernama Dr. Lleyton Hewitt yang berkunjung ke
Malaysia, yang lebih dikenali sebagai ‘Kota Cahaya’ atas undangan sahabat yang dikenalinya
melalui internet, iaitu Tengku Kamal Izzuddin Syah. Kedatangan dan keberadaan beliau di
Malaysia selama hanya 10 hari telah memberi kefahaman dan penghayatan yang sangat
bermakna kepada dirinya sebagai ‘saudara baharu’ dalam Islam. Di Dr. Lleyton Hewitt
menyaksikan bagaimana keperkasaan dan kesyumulan sebuah negara yang ditadbir mengikut
ajaran Islam. Beliau diperlihatkan bagaimana Islam sebagai ‘the way of life’ dalam kehidupan
bernegara, melalui teori dan praktikal kehidupan daripada peringkat pucuk pimpinan sehinggalah
kepada rakyat jelata. Dengan berlatar belakangkan zaman tahun 2020, Malaysia dicitrakan
sebagai sebuah negara Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur, sekali gus novel ini
menyampaikan gagasan negara Islam. Melalui novel ini, pengarang memperkenalkan Kota
Cahaya sebagai “Madinah Kedua”, iaitu sebuah negara yang diurustadbir dengan hikmah dan
kebijaksanaan cahaya-Nya. Hal ini menarik perhatian Dr. Lleyton yang juga seorang pengkaji
tentang sejarah kebangkitan kuasa-kuasa besar yang menjadi bangsa terkemuka sejak ribuan
tahun dahulu, termasuk juga kebangkitan bangsa-bangsa Eropah moden, Jepun dan Korea. Dr.
Lleyton diperkenalkan di peringkat awal cerita ini sebagai seorang ‘pencari kebenaran’yang telah
mengembara ke pelbagai simpang-simpang kepercayaan dan agama, tetapi akhirnya
merumuskan bahawa cahaya kebenaran hanya ada satu saja dan bersumber daripada Zat Yang
Satu, iaitu Allah Yang Maha Esa (2011:15-16). Bertolak daripada situlah beliau berada di Kota
Cahaya, dalam usaha untuk memperolehi kefahaman yang lebih mantap dan jitu tentang konsep
negara Islam yang dipaktikkan di Malaysia pada ketika itu. Selama 10 hari berada di negara ini,
beliau berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti kehidupan yang melibatkan rakyat dan para
pembesar atau pemimpin utama Kota Cahaya, dalam usaha pengarang untuk menyerlahkan
model sebuah negara Islam melalui sudut pandangan watak utamanya, Dr.Lleyton Hewitt.

4
Sastera Islam pula merujuk kepada karya-karya yang mengutamakan prinsip-prinsip utama,
iaitu pertama, karya hendaklah mendorong pembaca kea rah melakukan amar makruf dan nahi
mungkar. Kedua, karya hendaklah bertujuan untuk menegakkan ajaran Allah, iaitu watak-watak
utamanya adalah orang yang beriman dan beramal soleh, manakala watak antagonisnya ialah
orang-orang jahat yang durjana. Ketiga, karya hendaklah mendorong lahirnya masyarakat yang
adil dan makmur, yang di dalamnya berlaku hukum dan ajaran Allah. Keempat, karya hendaklah
memberi pesan dan kesan yang jelas bahawa tiada hak bagi orang jahat. Dengan memanfaatkan
semua prinsip-prinsip tersebut, dapatlah sesebuah karya itu dikategorikan sebagai karya sastera
Islam.

1. Pemimpin dan Kepimpinan

Bagi pengarang novel Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur ini, perencanaan untuk
mewujudkan sebuah model negara Islam, harus bermula dengan aspek yang cukup penting
dalam pembinaan dan pentadbiran sesebuah negara, iaitu soal pemilihan pemimpin negara.
Melalui naratif yang dijalin di dalam novel ini, pemikiran pengarang dalam aspek pemilihan
pemimpin dapat ditelusuri melalui penerangan watak Tengku Kamal Izzuddin Syah kepada Dr.
Lleyton yang dalam beberapa segmen. Beliau menegaskan bahawa memilih barisan kepimpinan
negara adalah tugas yang tersangat penting, kerana nasib bangsa dan negara, terutama kehidupan
beragama terletak di bahu kepimpinan memandangkan mereka berada di barisan hadapan.
Menurut pengarang, dalam sesebuah masyarakat yang telah sakit, punah dan bobrok, masyarakat
yang telah rosak dan hilang hala tuju, keputusan pilihanraya tetap tidak memberikan ruang
kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang baik. Pemimpin-pemimpin yang terpilih
biasanya adalah orang-orang yang serasi dengan selera masyarakat yang rosak tersebut. Inilah
kelemahan dalam sistem demokrasi dan kelemahan ini terus berpanjangan, saling tarik-menarik
hingga akhirnya menjadi kusut – menjadi benang kusut yang tidak terungkai, lalu menjadi badi
dan petaka kepada jatidiri umat Melayu dan Islam, dalam hampir setiap dimensi kehidupan.
Inilah bencana! (2011:28).

Melalui keterangan di atas, pengarang berhasrat untuk menunjukkan kelemahan sistem


demokrasi dalam pemilihan pemimpin, dengan menyatakan pemilihan tersebut bukan saja
bertentangan dengan kaedah yang dianjurkan oleh Islam, malah menimbulkan implikasi buruk
kepada pembentukan pemerintahan dalam sesebuah negara. Melalui perbincangan Tengku

5
Kamal Izzuddin Syah dengan Dr. Lleyton, pengarang menjelaskan pemikirannya bahawa, dalam
soal memilih seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi peneraju kepimpinan negara, Islam
sebenarnya tidak membuka ruang wewenang kepada semua lapisan masyarakat – terutama orang
yang jahat pekertinya, sama ada dia seorang penjenayah, atau penagih dadah, penzina dan
penggemar maksiat, orang-orang yang rosak akhlaknya, orang-orang yang suka kepada pesta-
pestaan dan tidak menginginkan kehidupan bermaruah, adil, aman dan bahagia, menjadi orang-
orang yang diberi hak dan kuasa untuk memilih kepimpinan negara (2011:27). Melalui perincian
dalam petikan di atas ini, didapati pengarang ingin menegaskan pandangannya bahawa sistem
demokrasi telah ‘dipaksakan’ oleh Barat kepada umat Islam yang baru merdeka, dan memberi
impak ketara kepada dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and role) kepada umat Islam.
Sehubungan itu, umat Islam terus berbalahan, bercakaran dan terperangkap dalam sistem
kepartian serta berlakunya perbalahan dalam kempen-kempen pilihanraya. Fenomena ini dilihat
sebagai satu tragedi bagi bumi Melayu yang berlangsung lebih setengah abad, yang telah
mencetus permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan. Sedangkan umat muslimin
adalah umat yang satu – satu kalimah tauhid, satu kitab, satu kiblat dan bahkan bersaudara!
Inilah yang cuba diperlihatkan oleh pengarang, tentang bagaimana demokrasi Barat membawa
bencana kepada umat Melayu dan kaum muslimin seluruhnya.

Jika disemak dari perspektif Islam, ternyata bahawa al-Quran dan Hadis sebagai pedoman
hidup umat Islam, sudah mengatur sejak awal tentang bagaimana untuk memilih dan menjadi
seorang pemimpin. Menurut Shihab (2002), terdapat dua perkara yang harus difahami tentang
hakikat kepemimpinan. Pertama, kepemimpinan bukan sekadar kontrak sosial antara pemimpin
dengan masyarakatnya, tetapi merupakan ikatan perjanjian antara pemimpin dengan Allah SWT3.
Kepemimpinan adalah amanah, titipan Allah SWT, bukan sesuatu yang diminta-minta atau
diperebutkan. Hal ini kerana kepemimpinan melahirkan kekuasaan dan wewenang yang
berfungsi semata-mata untuk memudahkan dalam menjalankan tanggung jawab melayani rakyat.
Semakin tinggi kekuasaan dipegang oleh seseorang, maka seharusnya semakin meningkatkan
pelayanannya kepada masyarakat. Bukan sebaliknya, menggunakan kuasa sebagai peluang untuk
3
Lihat Surah Al-Baqarah, ayat 124, bermaksud "Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa
kalimat perintah dan larangan (amanat), lalu Ibrahim melaksanakannya dengan baik. Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku angkat engkau menjadi imam (pemimpin) bagi manusia. Ibrahim bertanya: Dan dari
keturunanku juga (dijadikan pemimpin)? Allah SWT menjawab: Tetapi orang-orang yang aniaya tiada mendapat
perjanjian-Ku ini".

6
memperkayakan diri, bertindak zalim dan sewenang-wenang. Ditegaskan bahawa balasan dan
upah sebenar bagi seorang pemimpin hanya daripada Allah SWT di akhirat kelak, bukan
kekayaan dan kemewahan di dunia. Oleh kerana itu, ketika sahabat Nabi Muhammad SAW,
Abu Dzarr, meminta suatu jawatan, baginda bersabda: "Kamu lemah, dan ini adalah amanah
sekaligus dapat menjadi sebab kenistaan dan penyesalan di hari kemudian (bila disia-siakan)".(H.
R. Bukhari Muslim). Sikap yang sama juga ditunjukkan oleh baginda ketika seseorang meminta
jawatan kepada baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah, berilah kepada kami jawatan pada salah
satu bagian yang diberikan Allah kepadamu”. Maka jawab baginda Rasulullah SAW, "Demi
Allah, Kami tidak mengangkat seseorang pada suatu jawatan kepada orang yang menginginkan
atau bercita-cita pada jawatan itu" (H. R. Bukhari Muslim). Keterangan berdasarkan sumber
utama dalam Islam di atas, jelas menunjukkan aspek pemilihan pemimpin yang digagaskan oleh
pengarang melalui novel beliau, merupakan cita-cita murni untuk menjadikan negara Kota
Cahaya sebagai sebuah negara berstatus Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur sebagaimana
judulnya.

Kedua, yang diketengahkan pengarang melalui novel ini ialah aspek kepemimpinan. Ditegaskan
oleh pengarang bahawa kepimpinan itu menuntut keadilan (sekali gus menentang penganiayaan,
penindasan dan pilih kasih). Keadilan itu pula harus dirasakan oleh semua pihak dan golongan.
Antara bentuknya adalah dengan mengambil keputusan yang adil antara dua pihak yang
berselisih, mengurus dan melayani semua lapisan masyarakat tanpa memandang agama, etnis,
budaya, dan latar belakang.4 Hal ini selaras pula dengan pandangan yang dikemukakan oleh
Hafidhuddin (2003) tentang dua pengertian pemimpin menurut Islam yang harus dipahami.
Pertama, pemimpin bererti umara yang juga disebut sebaga ulul amri.5 Kedua, pemimpin sering
juga disebut khadimul ummah (pelayan umat). Menurut istilah itu, seorang pemimpin harus
menempatkan diri pada posisi sebagai pelayan masyarakat, bukan minta dilayani. Dengan
demikian, hakikat pemimpin sejati adalah seorang pemimpin yang sanggup dan bersedia
menjalankan amanat Allah SWT untuk mengurus dan melayani umat atau masyarakat.
4
Lihat Surah Shad, ayat 26, bermaksud, "Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikan engkau khalifah di
muka bumi, maka hukumlah antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia
menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah".
5
Lihat Surah An-Nisa, ayat 59, bermaksud, "Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu". Dalam ayat tersebut dikatakan bahawa ulil amri, umara atau penguasa adalah orang
yang mendapat amanah untuk mengurus urusan orang lain. Dengan kata lain, pemimpin itu adalah orang yang
mendapat amanah untuk mengurus urusan rakyat. Jika ada pemimpin yang tidak mahu mengurus kepentingan
rakyat, maka ia bukanlah pemimpin (yang sesungguhnya).

7
Berdasarkan novel Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur yang dikaji, didapati
pemikiran pengarang yang menegaskan bahawa prinsip keadilan itu tidak wujud dalam sesebuah
negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Antara lain disebut contohnya, iaitu parti
pemerintah tidak akan memberi keadilan kepada parti pembangkang yang menjadi lawan kepada
pemerintahannya. Mereka tidak diberikan ruang dan peluang untuk menjelaskan secara bebas
dan terbuka mengenai dasar dan idea inovatif untuk diketengahkan kepada rakyat. Mereka
kehilangan hak mempromosi idea kerana semua saluran media dimonopoli sepenuhnya oleh
pemerintah. Lebih memburukkan lagi, kempen secara terbuka dan rapat umum dilarang sama
sekali. Bagi pengarang, situasi ini menunjukkan bahawa prinsip-prinsip keadilan telah tidak
terlaksana dalam proses demokrasi di negara-negara berkenaan. Situasi ini pula menimbulkan
rasa tidak berpuas hati, sekali gus menyalakan api permusuhan dan perbalahan yang
berpanjangan.

Melalui novel ini, pengarang memperlihatkan corak pemerintahan berdasarkan kaedah


Islam dengan memperlihatkan bagaimana kelompok umara bersama-sama dengan kelompok
ulama dalam pentadbiran Kota Cahaya. Malah dalam konteks tersebut, pengarang
memperlihatkan bagaimana “Anggota Majlis Syura sendiri selalui menghadiri kuliah atau
ceramah Tok Alim Besar, seorang alim tasawuf yang istimewa, memberi huraian yang berlapis,
implisit dan mempesonakan mengenai Islam. (2011:91). Gambaran tentang kerjasama antara
golongan umara dan ulama diperlihatkan sebagai satu kemestian dalam sesebuah negara Islam,
malah imej umara itu sendiri perlu dilihat mempunyai persamaan dengan imej seorang ulama.
Misalnya, digambarkan tentang Khatib yang menjadi imam kepada solat Jumaat di Masjid Kota
Cahaya iu sendiri merupakan pemimpin number tiga dalam barisan kepimpinan negara ini
(2011:69). Gambaran ini menunjukkan bahawa, dalam sesebuah negara Islam pemimpin itu
bukan sahaja menjadi ‘imam’ dalam pentadbiran negara, malah berupaya juga menjadi imam
dalam solat jumaat atau solat-solat lain yang disertai oleh rakyatnya.

Dalam konteks naratif ini, pengarang memperlihatkan imej Tuanku Iskandar Zulkarnain
Syah, iaitu Duli Yang di-Pertuan, pemerintah atau khalifah yang memerintah Malaysia, yang
dipilih melalui mufakat, sejurus selepas kebangkitan panji-panji tauhid. Baginda digambarkan
sebagai seorang yang kaya pengalaman melalui paparan berikut; “seorang manusia berjiwa
kental, bersemangat pejuang dan pahlawan, dan pernah hidup sebagai buruh, nelayan, pekerja

8
upahan dan berbagai-bagai kerja di peringkat bawahan pada zaman mudanya dahulu – sebelum
dia berusaha gigih melanjutkan pelajaran ke university setelah diterima menceburi kerjaya
tentera.” (2011:318-319). Selain memiliki latar belakang yang rencam, baginda sendiri adalah
pakar dalam bidang tasawuf yang dipaparkan melalui perbincangannya tentang ilmu tersebut
dengan Dr. Lleyton Hewit. Penguasaan ilmu agamanya sangat dihormati oleh sarjana peradaban
dari Australia itu, selain mendapat pujian daripada rakyatnya sendiri. Kepimpinannya juga
dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini, kerana sifatnya yang mudah didekati
dan bergaul dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan. Misalnya, hal ini diperihalkan
pengarang melalui perbualan antara seorang pemandu taxi yang dinaiki oleh Dr. Lleyton Hewit,
yang menyebut seperti berikut:

“Pemimpin-peminpin negara, macam mana? Baguskah?


“Woo! Itu nombor satu punya!”
“Kenapa?”
“Sangat baik. Semua orang suka. Taka da sombong punya. Mahu jumpa
pun senang. Awak tahu? Kadang-kadang pergi pasar pun boleh jumpa! Dan
boleh cakap..” (2011:241).
Dalam soal keadilan pula, pengarang memaparkan bagaimana proses mempraktikkan keadilan
berdasarkan tuntutan syariat. Sehubungan dengan itu, melalui novel ini pengarang
memperlihatkan contoh proses pembicaraan dan pengadilan yang berlaku terhadap satu kes
‘bunuh tanpa niat’. Proses tersebut berlangsung di Balai Rakyat, Kampung Bantal, Ulu
Tembeling, Pahang, di mana dua orang tertuduh, iaitu Akob Lebai Uda dan Sahak Awang Ter
dituduh membunuh Mat Basir bin Kalib, suami Cik Gayah binti Uda Derus. Pembicaraan kes
tersebut diperdengarkan di hadapan Tok Imam Han, Tok Penghulu Malik (Dato Penghulu
Lembah Tembeling), dan Tok Empat Kenon (Tok empat Kampung Bukit Mat Daling), iaitu yang
merupakan penegak keadilan pada barisan paling hadapan dalam Kerajaan Duli Yang di-Pertuan,
dengan turut dibantu oleh anggota polis dan disaksikan oleh orang-orang kampong. Perbicaraan
dimulakan dengan Tok Penghulu Malek memberi salam dan doa dengan harapan Allah
membantu mereka menegakkan keadilan yang saksama, sebelum pertuduhan dibacakan. Setelah
proses mengangkat sumpah dan memberi keterangan oleh semua pihak, perbicaraan tersebut
memutuskan bahawa si mati, Mat Basir bin Kalib, terbunuh dengan tidak ada niat untuk
membunuhnya, tetapi terbunuh disebabkan kecuaian pihak tertuduh, iaitu Akob Lebai Uda dan

9
Sahak Awang Ter, yang telah disahkan sendiri oleh pihak polis. Sebelum keputusan perbicaraan
diumumkan, peluang telah diberikan kepada kedua-dua pihak keluarga terbabit untuk
mengemukakan sebarang bantahan, pandangan atau kemusykilan. Pada akhir pembicaraan
tersebut, tertuduh telah dilepaskan daripada hukuman qisas6, tetapi dihukum mengikut hukuman
diat7, kerana pihak keluarga si mati enggan menuntut apa-apa dan menganggapnya sebagai
suratan takdir. Justeru pemuafakatan telah ditetapkan dan diputuskan oleh pihak ‘hakim’ bahawa
pesalah perlu menanggung pembiayaan hidup dan persekolahan semua anak-anak mangsa
sehingga mereka tamat persekolahan. Denda tersebut telah dipersetujui oleh pesalah dan
keluarganya, yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dan perkembangannya akan
dipantau oleh pihak berwajib. Dalam konteks ini, pengarang ingin menegaskan bahawa
mahkamah Islam bukan untuk mendera dan menyeksa manusia dengan pelbagai hukuman yang
membebankan fizikal, emosi dan mental, tetapi merupakan proses kea rah mendidik pesalah
untuk kembali ke pangkal jalan dan membina hubungan silaturrahim antara mereka yang
bersengketa, hingga seterusnya yang sangat utama ialah mencapai keredaan Allah Azzawajjalla
(2011:205).

2. Kedaulatan Bangsa Melayu

Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 153 telah memberi tanggungjawab kepada Yang di-
Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara
kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat
melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam

6
Hukum qisas merujuk kepada hukuman yang telah ditentukan batasnya, yang menjadi hak perorangan (si korban
dan walinya). Pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja wajib diqisas (pelakunya dikena hukum mati ). Dasar
hukum disyariatkan qisas adalah Surah al- Baqarah, Ayat 178 berikut:

‫يَا أَ ُّيهَا الَّذِينَ آ َم ُنوا ُكتِبَ عَ لَ ْي ُك ُم ْالقِصَ اصُ فِي ْال َق ْتلَى ْال ُح رُّ ِب ْالحُرِّ َو ْالعَ ْب ُد ِب ْالعَ ْب ِد َواأل ْن َثى ِب األ ْن َثى َف َمنْ ُعفِيَ لَ ُه مِنْ أَخِي ِه َش يْ ٌء َفا ِّت َب ا ٌع ِب ْال َمعْ رُوفِ َوأَدَ ا ٌء إِلَ ْي ِه‬
)١٧٨( ‫َن اعْ َتدَ ى َبعْ دَ َذلِكَ َفلَ ُه عَ َذابٌ أَلِي ٌم‬ ِ ‫ان َذلِكَ َت ْخفِيفٌ مِنْ رَ ِّب ُك ْم َورَ حْ م ٌَة َفم‬
ٍ َ‫ِبإِحْ س‬
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas dalam kes pembunuhan, orang
merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barang siapa yang
mendapat kemaafan daripada saudaranya akan sesuatu, maka hendaklah ia mengikut secara yang baik ( ma’ruf),
dan membayarkan (diat) kepada saudaranya itu dengan baik-baik. Demikian itu adalah suatu keringanan daripada
Tuhanmu dan suatu rahmat-Nya. Barang siapa yang aniaya sesudah itu, maka baginya seksa yang sangat pedih.

7
Diat ialah harta yang wajib dibayar atau diberi oleh penjenayah kepada mangsa atau keluarganya sebagai ganti
rugi atau pampasan disebabkan jenayah yang dilakukan. Hukuman diat boleh dikenakan ke atas jenayah yang tidah
boleh dijatuhi hukuman qisas atas sebab mangsa atau keluargnya memaafkan penjenayah atau penjenayah hilang
anggota yang akan diqisas. Lihat Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris, 2008. Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di
Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications. hlm. 376.

10
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai
sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi
ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal
Malaysia8.

Melalui novel Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur, pengarang mengangkat kedudukan


bangsa Melayu dengan mengembalikan kedaulatan bangsa Melayu-Islam dengan sifat
kerohanian orang-orang Melayu, apabila dasar-dasar Islam dilaksanakan melalui sistem Syura
Duli Yang di-Pertuan. Akhirnya dalam dekad beberapa tahun menjelang 2020, terbentuknya
tamadun kerohanian. Menurut pengarang, inilah jasa bangsa Melayu yang sangat besar kepada
bangsa Malaysia. Sekali gus dasar tersebut berjaya menarik perhatian ramai non-muslim kepada
Islam, seperti yang dijelaskan oleh saudara baru, Ahmad Burhan Tee yang mengaku “melalui
dasar-dasar yang diperkenalkan, saya dapat merasai dan mengalaminya sendiri betapa indahnya
Islam – lalu membuka hidayah kepada saya, Mubarak Hambali dan sesungguhnya ramai sekali
dari kalangan generasi muda seperti kami untuk memeluk agama Islam” (2011:103). Justeru,
bagi pengarang novel ini meski betapa maju atau semoden mana sekali pun, haruslah tetap
memartabat dan mendaulatkan bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini, tanpa
mengetepikan kepentingan dan keadilan bagi kaum-kaum lain.

Kedaulatan bangsa Melayu diperteguhkan juga oleh Bahasa Melayu yang dipaparkan
sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7
Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian
agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada
zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai
puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa
pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa
perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Melalui novel ini, pengarang
memperkenalkan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang memartabatkan Bahasa Melayu,
suatu suasana yang tidak berlaku pada hari ini. Kesedaran tersebut turut meresap ke jiwa Dr.
Lleyton ketika buat pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur. Ketibaannya disambut oleh pegawai Imigresen berbangsa Cina tetapi bertutur
8
Lihat Perlembagaan Malaysia dalam laman
www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf

11
Bahasa Melayu, iaitu Ahmad Burhan Tee. Perkenalan sejenak dengan pegawai imigresen
tersebut membekas dalam di hatinya, dan kemudian mereka sering bertemu lagi dalam usaha Dr.
Llyeton untuk lebih mengenali negara ini. Gambaran tentang penggunaan Bahasa Melayu juga
turut dikesan dalam contoh petikan berikut;

“Dulu cakap Melayu tak berapa penting”, Encik Lee berkata lagi seolah-olah
mahu menutup kelemahan dirinya. “Orang Melayu sendiri pun suka bercakap
Inggeris. Orang Cina dan India juga. Sekarang Bahasa Inggeris tak penting
lagi. Semua orang mesti cakap Melayu – di mana-mana pun. Di pejabat, di
bank, di pasaraya, di sekolah. Semua tempatlah..”(2011:237).
Selain memartabatkan Bahasa Melayu, aspek yang turut ditekankan dalam konteks negara Islam
ini ialah pelestarian adat9 yang tidak bertentangan dengan syariat. Dalam konteks ini ternyata
pengarang tidak menolak adat dalam kehidupan. Namun adat atau segala perbuatan atau
pekerjaan tersebut hendaknya mengikut aturan adat dan agama, dan kedua-duanya pula tidak
boleh bertentangan antara satu sama lain. Ini selaras dengan ungkapan Melayu yang menyebut,
“Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah” yang menjelaskan bahawa dalam setiap
aktiviti kehidupan sehari-hari manusia, haruslah berdasarkan atas tuntunan dan syariat agama.
Antara lain, melalui novel ini pengarang menunjukkan bagaimana adat istiadat perkahwinan
Melayu Pahang10 turun temurun masih mengambil tempat penting dalam majlis perkahwinan
antara Syarifah Munirah Saadah dengan pasangannya, Qamarul Yosigawa yang berlangsung di
Ulu Tembeling.

Gambaran pelestarian adat juga dipaparkan dalam bidang perhotelan, dengan


menggambarkan Malaysia sebagai sebuah sebuah negara maju dengan pertumbuhan hotel
moden, antaranya hotel setinggi 104 tingkat yang dikunjungi Dr. Lleyton. Lebih membanggakan,
kemodenan struktur hotel tersebut adalah berasaskan konsep adat dan budaya Melayu dengan
segala tata tertib kesopanan budaya. Malah seluruh sistem operasi hotel adalah berasaskan
9
Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti kewujudan sesuatu, menjadi
asas ukuran baik-buruk, menjadi peraturan hidup masyarakat, mahupun tata cara perbuatan individu dan
penubuhan serta perjalanan satu-satu kelompok institusi. Adat Melayu diamalkan dalam satu wilayah kebudayaan
Melayu (the malay culture area) dan berkembang bersama-sama dengan seluruh proses peradaban dan
ketamadunan Melayu. Selepas kedatangan Barat ke alam Melayu, perkataan adat lebih sering disinonimkan
sebagai ’budaya’ atau ’kebudayaan’. Lihat Norhayati Ab.Rahman dalam “Adat dan Adat Istiadat dalam Teks Sastera
Sejarah sebagai Elemen Peneguhan Kekuasaan Raja Melayu” dlm Hashim Ismail (ed.), 2010, Tinta di Dada Naskhah.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
10
Antara contoh adat istiadat dalam perkahwinan Melayu Pahang yang digambarkan dalam novel ini termasuklah
adat mandi sampat (mandi pengantin), majlis khatan beramai-ramai, dan majlis doa selamat serta kesyukuran
(2011:124).

12
citarasa Melayu, termasuk dengan hidangan masakannya11. Meskipun baru hampir dua tahun
beroperasi, ternyata hotel tersebut telah mendapat sambutan yang sangat membanggakan,
terutama daripada pengunjung dari negara-negara di Timur Tengah. Dalam konteks ini,
pengarang menyampaikan pemikirannya bahawa walau setinggi mana pun kemajuan telah
dicapai oleh bangsa Melayu, adat, jati diri dan tradisi wajar dipertahankan, selagi ia tidak
bertentangan dengan syariat.

Selaras dengan negara Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur, pengarang turut


melukiskan gambaran kehidupan sosial masyarakat di Kota Cahaya, yang memaparkan indeks
kejadian jenayah yang sangat rendah atau berkurangan, lantaran taraf ekonomi hidup rakyat telah
meningkat. Dalam soal ini, pengarang berpendapat kejadian jenayah turut disumbangkan oleh
kesusahan hidup. Apabila taraf hidup telah meningkat dan tiada lagi orang susah, secara tidak
langsung kejadian jenayah akan turut menurun. Malah kaum wanita juga tidak ‘wajib’ lagi
bekerja dengan alasan untuk membantu ekonomi keluarga, kerana pendapatan suami sudah
mencukupi untuk menanggung seluruh ahli keluarga tanggungannya. Misalnya seperti yang
dikemukakan pengarang melalui petikan ini:

“Sekarang di Malaysia, gaji pekerja lelaki atau gaji minima bagi setiap
pekerja melebihi batas keperluan keluarga. Ditambah pula dengan pelbagai
jenis elaun, imbuhan kerja lebih masa, bonus, gaji tiga belas bulan dan tiada
cukai pendapatan individu!”
“Bagaimana dengan wanita yang memegang jawatan dalam bidang-
bidang kritikal?”, Dr. Lleyton Hewitt bertanya pula.
“Jadual bekerja anjal disediakan!” (2011:215).
Selain itu, bagi rakyat yang miskin atau jatuh miskin atas sebab-sebab tertentu, yang mereka
akan dibantu oleh pihak pemerintah sehingga dapat menjalani kehidupan seperti orang lain juga.
Mereka akan ditawarkan penghidupan baharu di bawah Dasar Kebajikan dan Keadilan Ilahi.
Contohnya seperti yang dialami oleh Pak Long Biguh dan Mak Long Lijah di Ulu Tembeling,
orang yang paling miskin di Lembah Tembeling. Mereka mengalami tragedi demi tragedi dalam
kehidupan sehingga suami-isteri tersebut jatuh miskin. Walau bagaimana pun, nasib mereka

11
Dr. Lleyton agak kepenatan sekarang. Sebentar tadi dia terlelap setelah selesai menikmati juadah tengahari yang
dipesan untuk dihantar ke bilik. Lauk gulai lemak ikan patin sungai campur rebung, goreng pucuk paku campur
kicap, sambal tempoyak ulam kerdas dan petai – selera yang dinikmati dengan penuh lazat di Ulu Tembeling, serta
daging bakar cicah air asam menyebabkan Dr. Lleyton tidur kekenyangan campur keletihan (2011:225)

13
terbela oleh pihak pemerintah, seperti yang diakui sendiri oleh Pak Long seperti berikut;
Kerajaan Duli Yang di-Pertuan adalah kerajaan untuk rakyat yang miskin! Kerajaan untuk orang-
orang miskin seperti Pak Long dan Mak Long…” (2011:170). Malah diberitahu juga bahawa
pemimpin number dua sendiri pernah datang menemuinya. Dalam konteks ini, pengarang
berhasrat untuk memaparkan sifat dan sikap keprihatinan pemimpin terhadap rakyat, sekali gus
melakar imej negara ini sebagai sebagai sebuah negara kebajikan.

Selain itu, dari segi sosial juga diperlihatkan pengarang tentang sekumpulan anak-anak muda
yang ditemui oleh Dr. Lleyton sedang bersiar-siar di taman. Segelintir mereka adalah petugas
secara sukarela dalam membanteras gejala sosial seperti maksiat oleh anak-anak muda. Justeru
itu, kejadian maksiat hampir sukar ditemui di kawasan taman tersebut meskipun terdapat
pasangan anak muda yang bersiar-siar bersama.

Daripada paparan pengarang tersebut, jelas mencerminkan hasrat, cita-cita murni dan tinggi
pengarang untuk melihat bangsa Melayu didaulatkan dengan pelbagai cara dalam acuan negara
Islam. Hasrat pendaulatan bangsa tersebut diungkapkan melalui pelbagai kaedah, termasuklah
melalui pemartabatan Bahasa Melayu, pelestarian adat dan adat istiadat, mengangkat bidang
ilmu dalam kehidupan seharian, memiliki status kehidupan dan ekonomi yang baik dan
sebagainya. Dengan pencapaian dalam semua aspek kehidupan tersebut, pengarang yakin
bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara Islam yang terbaik dan bakal menjadi model
kepada negara-negara lain, khususnya negara Islam.

3. Sistem Pendidikan

Pendidikan merupakan aset utama dalam perlaksanaan pembangunan sesebuah negara. Falsafah
pendidikan negara bertekad untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara, juga jelas menunjukkan peranan dan kepentingan
pendidikan itu sendiri dalam konteks yang lebih terperinci. Maka, dengan adanya pendidikan,
akan mampu mengubah nasib diri seseorang bergantung dengan tahap pendidikan yang
diterimanya. Ilmu yang diperolehi dengan secara langsung atau pun tidak langsung akan mampu
memberi perubahan dalam kehidupan seseorang, sekali gus membawa diri jauh daripada
kelompok kemiskinan dan hidup tanpa arah tujuan. Walau bagaimana pun, menerusi novel ini

14
pengarang mengkritik tradisi pendidikan Barat telah menyebarkan konsep ilmu yang tidak selari
dengan pandangan Islam. Menurut pandangan pengarang, dalam pendidikan Barat autoriti ilmu
seolah-olah hanya dimonopoli oleh mereka yang lepasan universiti, dan mereka yang tidak
melalui pendidikan formal dianggap sebagai tidak berilmu. Sedangkan menurut pengarang
(dijelmakan melalui watak Ahmad Burhan Tee), Allah menganugerahi ilmu kepada sesiapa
sahaja di antara hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. Tidak semestinya melalui pendidikan di
universiti atau melalui pendidikan formal semata-mata. Bagi pengarang, ini merupakan
kekeliruan yang dicipta dan diserapkan oleh sekularisme dalam sistem pendidikan islam,
sehingga ukuran kebijaksanaan, ketinggian ilmu, bahkan kealiman diukur oleh manusia semata-
mata berdasarkan pencapaian dalam pendidikan formal – melalui peperiksaan khususnya.
(2011:94-95). Sebagai contoh watak Tok Alim, yang tidak memiliki kelulusan formal dalam
bidang agama, tetapi pengetahuannya dalam bidang tasawuf sangat mengkagumkan dan menjadi
tokoh tempat rujukan rakyat dan pemimpin. Di samping itu, matlamat sistem pendidikan
ditegaskan dengan jelas, iaitu “untuk menghasilkan insan soleh yang cemerlang, atau dengan
makna lain menghasilkan mukmin sejati adalah visi, misi dan matlamat yang paling utama dalam
pendidikan di Malaysia sekarang. Inilah piagam pelanggan golongan pengurus pendidikan dan
guru-guru” (2011:138). Sehubungan dengan itu, mana-mana pengaruh yang tidak diizinkan,
sama ada dalam bentuk agama, pemikiran, ideologi, isme dan cara hidup yang bertentangan
dengan Islam tidak akan dibawa ke dalam sistem pendidikan.

Selain itu, pengarang novel ini juga mengetengahkan tentang bencana yang menimpa sistem
pendidikan agama di negara ini akibat sekularisme dalam agama, sehingga lahirnya para ilmuan
islam yang sombong dengan ketinggian ilmu mereka. Pada masa yang sama mereka sibuk
dengan urusan dunia (2011:95). Kesannya, kepimpinan dan gaya hidup mereka melahirkan
generasi pelajar agama yang tidak belajar agama untuk untuk mencari reda Allah, tetapi mencari
dunia dan reda manusia12. Pada pengarang para ilmuan macam inilah yang membunuh roh agama
sehingga umat Melayu pada waktu sebelum ini umpama tubuh yang tidak bermaya. Demikian
kritikan yang dilemparkan pengarang terhadap pendidikan agama yang wujud pada hari ini, yang
kemudiannya telah dibubarkan digubalkan sistem pendidikan yang mematuhi syariat Islam
sepenuhnya dalam novel yang dibicarakan ini.
12
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah engkau mempelajari ilmu pengetahuan untuk bersombong-sombong
dengan sesame berilmu, untuk bertengkar dengan orang berfikiran lemah dan untuk menarik perhatian ramai
kepadamu. Barang siapa berbuat demikian, maka dia dalam neraka (Ghazali, Ihya Ulumiddin, Jilid 1, hal 233.)

15
4. Pembinaan negara bangsa melalui intergrasi Islam

Negara bangsa merupakan satu proses bagi melahirkan bangsa baru, iaitu sebuah negara
yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan oleh ikatan-ikatan seperti
bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain yang membentuk bangsanya. Matlamat utama
pembinaan bangsa adalah bertujuan untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan
terhadap sesuatu pertubuhan (bangsa) itu. Selain itu, konsep negara bangsa merupakan gabungan
tiga komponen utama, iaitu negara, individu dan bangsa, selain daripada tiga syarat utama
(Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36). Syarat-syarat yang ditegaskan
tersebut ialah; pertama, kehidupan masyarakat dalam negara tersebut bersatu padu tanpa
berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi. Masyarakat tidak dibezakan atas dasar
perkauman atau sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan
atau apa jua sebab yang boleh membawa kepada perpecahan. Kedua, penduduk dan rakyat
negara itu juga mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama dan, ketiga,
penduduk juga harus mempunyai kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya terhadap sistem
pemerintahan dan undang-undang negara. Ketiga-tiga syarat ini menjadi teras kepada proses
pembinaan sesebuah negara bangsa.

Berdasarkan keseluruhan naratif Baldatun Thayyibatun Warabbun Ghafûur, dapat dikesan hasrat
dan cita-cita pengarang untuk mewujudkan dan memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa. Namun apa yang ditegaskan dalam konteks novel ini bukanlah berasaskan intergrasi
nasional, seperti yang digagaskan oleh negara pada hari ini, sebaliknya merupakan intergrasi
Islam seperti yang dipaparkan pengarang dalam contoh petikan ini;

“Kamu semua walaupun berlainan bangsa, saya lihat Nampak begitu akrab
sekali – boleh bergaul mesra, boleh bergurau senda”, Dr. Lleyton Hewitt
memberi pujian. Dia sebenarnya amat gembira dengan suasana itu.”
“Intergrasi nasional”, jawab Muhammad Iqbal sambal tersenyum.
“Bukan! Bukan intergrasi nasional! Tapi intergrasi Islam”, bantah
Muhammad Hadif Chin“ (2011:246).
“Akidah adalah asas perpaduan! Berlainan akidah pula adalah asas
perpecahan dan perbalahan. Maksudnya hanya akidah Islamiah yang boleh
mengintergrasikan manusia pelbagai bangsa dan budaya. Sebab itulah usaha
perpaduan sukan, budaya, hiburan, Bahasa dan berbagai-bagai aktiviti

16
social tetap gagal kerana prinsip akidah telah menetapkan; “engkau dengan
agama engkau, kami dengan agama kami” (2011:248).

Walaupun begitu, ia bukan bermakna kaum-kaum dan agama lain tidak mendapat hak dan
keadilan dalam naratif ini, kerana pengarang turut memaparkan beberapa segmen tentang
kehidupan dan pergaulan antara orang Islam dengan orang bukan Islam dalam novel ini.
Pengarang memaparkan kesedaran bahawa kaum Cina dan India khususnya, telah begitu lama
saling berasimilasi di negara ini, bahkan sejak abad ke-16 dahulu. Sehubungan dengan itu,
dipaparkan wujudnya konsep kedai makan yang menggabungkan masakan Melayu-Cina, iaitu
“Warung Malaicin” yang telah diperkenalkan dan tumbuh merata-rata di seluruh tanah air
dengan sambutan hangat daripada semua kaum di negara ini. Dengan gambaran tersebut,
pengarang berhasrat untuk memperlihatkan bahawa pentadbiran Islam tidak menafikan hak bagi
orang bukan Islam, malah mereka hidup dalam aman dan harmoni dalam sebuah negara yang
ditadbir oleh pemimpin Islam, seperti yang diperlihatkan menerusi pemerintahan di Kota
Cahaya.

Penutup

Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan usaha pengarang untuk


memanfaatkan penulisan novel Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur bagi tujuan
menyampaikan hakikat bahawa Islam adalah agama yang syumul dan menyeluruh daripada
semua aspek kehidupan dunia dan akhirat. Pembicaraan tentang aspek pemimpin dan
kepimpinan, kedaulatan bangsa Melayu, sistem pendidikan dan pembinaan negara bangsa
berasaskan intergrasi Islam didapati selaras dengan dua prinsip penting bagi sesebuah negara,
iaitu pertama, menegakkan keadilan dan keamanan dalam pentadbiran negara. Pelaksanaan
pemerintahan dan kehidupan berpaksikan syariat Islam dalam novel ini pula selaras dengan
prinsip kedua bagi sesebuah negara, iaitu melaksanakan ibadah yang telah disyariatkan oleh
Islam secara terbuka tanpa rasa takut atau terancam.

Kedua-dua prinsip negara Islam yang diaplikasi dalam naratif ini, secara langsung pula
berhubungkait dengan prinsip-prinsip utama sastera Islam, iaitu pertama, karya hendaklah
mendorong pembaca melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Kedua, karya hendaklah
bertujuan untuk menegakkan ajaran Allah, iaitu watak-watak utamanya adalah orang yang

17
beriman dan beramal soleh, manakala watak antagonisnya ialah orang-orang jahat yang durjana.
Ketiga, karya hendaklah mendorong lahirnya masyarakat yang adil dan makmur, yang di
dalamnya berlaku hukum dan ajaran Allah. Keempat, karya hendaklah memberi pesan dan kesan
yang jelas bahawa tiada hak bagi orang jahat. Berdasarkan penulisan Baldatun Thoiyyibatun
Warabbun Ghafuur oleh Pelita Di Dalam Kaca, baik dalam aspek pemimpin dan kepimpinan,
kedaulatan bangsa Melayu, sistem pendidikan dan aspek pembinaan negara bangsa berasaskan
intergrasi Islam seperti yang dibincangkan, jelas menunjukkan pengarang menganjurkan prinsip-
prinsip sastera Islam yang disebutkan di atas. Oleh itu, novel ini secara terang-terangan didapati
telah menggagaskan model negara Islam sebagai contoh, yang secara tidak langsung telah
mengaplikasi prinsip-prinsip penulisan karya sastera Islam. Pada umumnya gagasan yang
dikemukakan pengarang menerusi novel ini, didapati sangat ideal dan mendekati kesempurnaan,
namun hakikatnya sukar untuk dilaksanakan dalam konteks realiti di negara ini. Wallahu’alam.

RUJUKAN

18
Abd Rahim, Rahimin Affandi. (2003). Adakah Malaysia sebuah negara Islam? Jurnal YADIM.
Ed. 5. Kula Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Ahmad bin Ibrahim. (1995). Prinsip-prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan


Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.

JGD – Journal of Governance and Development 68 Vol.6, 2010 (53 - 68)

Al-Zuhayli, Wahbah. (1998). Tafsir al-Munir. Syria: Dar al-Fikr. Dimasq.

El-Muhammadi, Abdul Halim. (1998). Undang-undang Jenayah dalam Islam dan Enakmen
Negeri-negeri. Selangor: Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ghazali. (1981). Ihya Ilumiddin atau Mengembangkan Ilmu-Ilmu Agama Jilid 1-8 (Terj. Ismail
Yakub), Singapura: Pustaka Nasional.

………., (1400H). Terjemahan Lengkap Kitab Minhajul Abidin (Jalan Bagi Ahli Ibadat), Bogor:
Majlis Ta’lim Al-Ihya.

Hamid Jusoh. (1992). Kedudukan Undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia: Suatu
rujukan khas terhadap kes-kes konversi dalam undang-undang keluarga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd Izhar Ariff Mohd Hashim, Alias Azhar. (2010). “Prinsip dan Model Negara Islam:
Defininasi dan Aplikasinya di Malaysia” dlm Journal of Governance and Development Vol.6.

Mohd Rumaizuddin Ghazali. (2005). Islam dan demokrasi di Malaysia. Selangor: Tradisi Ilmu
Sdn. Bhd.

Muhammad Abd al-Qadir. (1986). Al-Nizam al-siasi fi al-islam. Jordan: Dar al-Furqān.

Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Nordin Mardiana. (2011). Pengajian Malaysia. Universiti Malaysia Kelantan: Kota Bharu.

Norhayati Ab.Rahman. (2010). “Adat dan Adat Istiadat dalam Teks Sastera Sejarah sebagai
Elemen Peneguhan Kekuasaan Raja Melayu” dlm Hashim Ismail (ed.), Tinta di Dada Naskhah.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Pelita di Dalam Kaca. (2011). Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur. Kuantan: Pustaka
Kanzun Mahfiyyan.

Perlembagaan Malaysia dalam laman


www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf

19
Prof. Dr. H. Mahmud Yunus. (1979). Tafsir Quran Al-Karim. Djakarta: P.T. Hidakarya Agung.

Totok Jumantoro, Samsul Munir Amin. (2005). Kamus Ilmu Ushul Fiqh. Jakarta:Amzah.

Wan Mohd bin Wan Daud. (2001). Kontroversi negara sekular dan negara Islam: Satu
penyelesaian dalam al-hikkmah. No.20. Bil.3. Kuala Lumpur.

Zulhilmi Paidi, Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Kuantan: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.

20

Anda mungkin juga menyukai