Anda di halaman 1dari 2

Kepada

Semua Pengetua Dan Guru Besar


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

1. Kita masih dalam tempoh PKP Fasa 4 berkuat kuasa hingga 12 Mei 2020.
2. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei 2020
terdapat sedikit kelonggaran atas keperluan rangsangan ekonomi dan
perkhidmatan awam.
3. Namun begitu semua garis panduan dan SOP yang sedang berkuatkuasa
semasa PKP Fasa 4 masih digunapakai seperti penjarakan sosial, penjagaan
kebersihan, pemakaian topeng muka dan lain-lain yang berkaitan.
4. Operasi pejabat kerajaan semasa PKPB adalah seperti arahan Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 2 Mei 2020 yang telah dilampirkan.
5. Tiga perkara yang perlu diberi perhatian yang serius dalam surat berkenaan
adalah seperti berikut;
(i) Pengurusan Sumber Manusia yang minimal dan optimum.
(ii) Waktu bekerja fleksi (anjal) dan penggiliran.
(iii) Fleksibiliti bekerja dari rumah jika tiada keperluan berada di pejabat dan
tugas yang perlu dibuat boleh dilaksanakan dari rumah.
6. Oleh yang demikian, PGB perlu membuat perancangan bersama-sama barisan
pentadbir untuk menyediakan jadual bekerja seperti yang dihasratkan dalam
para 5 di atas dengan mengambil kira situasi di sekolah masing-masing.
Perbincangan boleh dibuat dalam kumpulan yang kecil dan secara bersemuka
atau secara atas talian. Ketua jabatan perlu mengeluarkan surat kebenaran
beserta jadual dan nama petugas.
7. Mesyuarat yang memerlukan ahli yang ramai boleh dibuat secara atas talian
menggunakan ‘Video Conferencing’ atau lain-lain aplikasi yang bersesuaian.

“JPWPKL MERCU KEGEMILANGAN”


8. Operasi pejabat semasa PKPB adalah seperti panduan yang dikeluarkan oleh
JPA; rujukan JPA.SARAAN(S) 256/6/31 JLD 6 (6) bertarikh 2 Mei 2020.
9. Guru boleh hadir ke sekolah semasa PKPB jika ada keperluan seperti
menyediakan bahan PdPc atau untuk menggunakan kemudahan bagi PdPc
atas talian dengan kebenaran ketua jabatan.
10. Kehadiran guru adalah dengan kebenaran PGB dan mengambil kira bilangan
yang sesuai pada satu-satu masa bagi tujuan penjarakan sosial.
11. PdPc guru diteruskan seperti kaedah semasa PKP yang bersesuaian dengan
kemampuan guru dan murid serta aspek kebolehlaksanaan yang optimum.
12. Mulai 4 Mei 2020, semua guru yang berada di luar kawasan harus merancang
untuk kembali ke stesyen bertugas dengan mendapatkan kebenaran melalui
Gerak Malaysia. Sebagai penjawat awam yang lain guru perlu akur dan
bersedia untuk bertugas di stesyen bertugas masing-masing seperti yang
diarahkan oleh Kerajaan Malaysia.
13. Sebarang perubahan atau pindaan kepada SOP semasa yang dibuat oleh
pihak yang berwajib perlu diikuti dan dipatuhi oleh semua penjawat awam.
14. Arahan ini khusus untuk Pengetua dan Guru Besar di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur sahaja untuk disampaikan dan difahami oleh semua guru dan
AKP. Sebarang pindaan atau pengubahsuaian kepada arahan ini adalah tidak
dibenarkan dan tidak boleh disebarkan di media sosial.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3 Mei 2020

Anda mungkin juga menyukai