Anda di halaman 1dari 50

Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 1

Objektif Pengajaran :

Pada akhir tajuk ini, anda boleh:


menghuraikan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan tidak
langsung
menyatakan fungsi dan jenis-jenis pasaran kewangan
menyatakan ciri-ciri dan kepentingan instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis instrumen kewangan berserta dengan
contoh instrumen kewangan
menyatakan jenis-jenis institusi kewangan
menyatakan peraturan-peraturan kewangan serta tujuannya

2.0
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 2

Di Malaysia, sistem kewangan terbahagi kepada dua iaitu pasaran


kewangan dan institusi kewangan yang menjalankan proses petukaran
instrumen kewangan antara pihak yang mempunyai banyak dana
(surplus) dan pihak yang mempunyai sedikit dana (deficit).

2.0.1 Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak


Langsung

a. Pembiayaan langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti


(instrumen kewangan) antara pemberi pinjaman dengan peminjam secara
langsung (rajah 1). Proses ini akan berlaku di pasaran kewangan di mana
pemberi pinjam akan membeli sekuriti atau bon dari peminjam dalam
pasaran kewangan tanpa sebarang orang pertengahan. Contohnya, Abu
membeli bon dari Ali di pasaran kewangan. Perlu diambil perhatian
bahawa pertukaran wang tunai BUKAN dikenali sebagai pembiayaan
langsung kerana urusan tersebut perlu meliputi instrumen kewangan
seperti bon dan sekuriti.

Pembiayaan Langsung –
proses pertukaran bon /
sekuriti antara pemberi
pinjaman dengan peminjam
secara langsung

b. Pembiayaan tidak langsung adalah proses pertukaran bon atau sekuriti


antara pemberi pinjam dengan peminjam secara tidak langsung (rajah 1).
Proses ini akan berlaku di perantaraan/institusi kewangan di mana pemberi
pinjam dan peminjam bertemu melalui perantaraan kewangan. Contohnya,
Ashiq menyimpan duit dalam bank (perantaraan kewangan) dan pihak
bank akan memberi pinjam duit tersebut kepada Ahmad. Dalam keadaan
ini, Ashiq dan Ahmad tidak berjumpa satu sama lain. Dalam keadaan yang
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 3

lain, Ashiq menyimpan duit dalam bank dan pihak bank membeli sekuriti
atau bon dalam pasaran kewangan dengan menggunakan duit tersebut.

Pembiayaan Tidak
Langsung - proses
pertukaran bon/sekuriti antara
pemberi pinjam dengan
peminjam secara tidak
langsung

1. Terangakan proses pembiayaan langsung.


2. Terangkan proses pembiayaan tidak langsung.
3. Terangkan fungsi pasaran kewangan dalam proses pembiayaan
langsung.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4

Pembiayaan tidak
langsung
Pembiayaan Tidak Langsung
Pembiayaan
langsung

Perantaraan/
Institusi
Kewangan

Pemberi pinjam – Penabung Peminjam – Pembelanja


Pasaran
Isi rumah Firma perniagaan
Kewanga
Firma perniagaan Kerajaan
n
Kerajaan Isi rumah
Orang asing Orang asing

Pembiayaan Langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 4

Rajah 1: Pembiayaan Langsung dan Pembiayaan Tidak


Langsung
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 5

2.1

PASARAN KEWANGAN

Definisi Fungsi Jenis-jenis Struktur

Pasaran Bon

Pasaran Stok
Kecairan untuk Maklumat melalui
proses jual beli harga
Pasaran
Pertukaran Asing

Pertukaran risiko
antara penjual dan Pasaran ‘offshore’
pembeli

Pasaran utama Pasaran tunai Pasaran pertukaran


vs vs vs
Pasaran kedua Pasaran terbitan Pasaran melalui kaunter

Pasaran hutang Pasaran wang


vs vs
Pasaran ekuiti Pasaran modal
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 6

2.1.1 Definisi Pasaran Kewangan

 Pasaran di mana dana ditukarkan daripada golongan yang mempunyai lebihan


dana (surplus) kepada golongan yang mempunyai dana yang sedikit (deficit)
 Dana tersebut dikenali sebagai aset bagi pemberi pinjaman dan liabiliti bagi
peminjam
 Terdapat juga proses jual beli sekuriti, komoditi dan aset pada kos transaksi
yang rendah.
 Peranan pasaran kewangan adalah asas bagi pembangunan sesebuah negara
 Pasaran kewangan utama di Malaysia adalah seperti pasaran bon, pasaran stok,
pasaran pertukaran asing dan pasaran ‘offshore’.
 Pasaran kewangan juga memainkan peranan dalam proses pembiayaan langsung
(direct finance)
 Terdapat pelbagai struktur pasaran kewangan iaitu pasaran hutang, ekuiti, wang,
modal, komoditi, terbitan, pertukaran asing, OTC, utama dan kedua.
 Setiap jenis pasaran memainkan peranan masing-masing dalam pasaran tersebut.
 Pasaran kewangan juga mempunyai beberapa fungsi penting dalam ekonomi
 memudahkan pemindahan dana antara dua pihak (negara)
 membantu sesebuah negara untuk mengatasi masalah kewangan

Pasaran kewangan – tempat


dana ditukarkan daripada
golongan yang mempunyai
lebihan dana kepada golongan
yang mempunyai sedikit dana
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 7

2.1.2 Fungsi Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan mempunyai beberapa fungsi iaitu:-


i. Kecairan
 Pasaran kewangan membekalkan mekanisma untuk jual beli
sekuriti dengan lebih cepat dan murah
 Sekuriti yang dijual beli dalam pasaran kewangan berbentuk
kecairan tinggi di mana individu boleh menjual beli sekuriti
tersebut dengan lebih cepat.
 Disebabkan kecairan tinggi, sekuriti tersebut juga boleh dijual beli
dengan lebih murah.
ii. Menawarkan maklumat penting
 Pasaran kewangan membenarkan interaksi antara penjual dan
pembeli untuk menentukan harga terhadap instrumen kewangan
yang hendak dijual beli.
 Dengan adanya interaksi, maklumat penting terutamanya
maklumat tentang harga boleh ditukar antara penjual dan pembeli.
 Maka, ia memudahkan seseorang individu untuk membuat
keputusan terhadap jual beli instrumen kewangan tersebut
berdasarkan harga.
iii. Pertukaran risiko
 Dengan mekanisma jual beli instrumen kewangan, penjual dan
pembeli akan menukarkan risiko antara satu sama lain.
 Jika, penjual menjual instrumen kewangan yang berisiko, maka
risiko instrumen kewangan tersebut ditukarkan kepada pembeli.

Apakah dimaksudkan dengan pasaran kewangan?


Nyatakan fungsi-fungsi pasaran kewangan
Apkah yang dimaksudkan dengan kecairan?
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 8

2.1.3 Empat Jenis Pasaran Kewangan Utama

a. Pasaran Bon
 Pasaran ini penting untuk aktiviti ekonomi di mana syarikat dan
kerajaan meminjam untuk membiayai projek mereka.
 Tujuan utama pasaran bon adalah menjadi orang pertengahan bagi
pelabur dan penyimpan
 Pasaran bon dipantau oleh Jawatankuasa Pasaran Bon Nasional
(NBMC)
 Pasaran bon di Malaysia terdiri daripada bon kerajaan
(MTB,MGS) dan bon korporat atau swasta (PDS)
 Kedua-dua bon sektor awam dan sektor swasta terkandung dalam
pasaran bon ini iaitu 55.5% disumbang oleh sektor awam dan 45.5% pula
disumbang oleh sektor swasta.
 Pelbagai jenis sekuriti hutang terdapat di pasaran bon seperti bon
boleh ditukar (convertible bond), sekuriti disandar aset (asset backed
securities) dan sebagainya.
 Pasaran bon juga menawarkan bon Islam dengan berdasarkan
hukum syariah
 Contohnya, Pasaran Bon Ringgit di Malaysia (kerajaan) dan
PLUS (swasta)

Pasaran bon - penting untuk


ekonomi di mana syarikat &
kerajaan meminjam untuk
membiayai projek
b. Pasaran Stok
 Pasaran ini membantu orang ramai untuk mendapat pendapatan
yang lain daripada pekerjaan seharian mereka.
 Tempat ini juga dikenali sebagai tempat jual beli saham oleh
pelabur
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 9

 Sebenarnya, saham dan stok adalah sama di mana ia boleh


digunakan saling berganti
 Seseorang hanya boleh melabur stok melalui pertukaran stok di
mana proses jual beli stok akan berlaku di bawah beberapa peraturan dan
undang-undang
 Tempat pertukaran stok Malaysia dikenali sebagai Bursa Malaysia
Berhad (BMB)
 Terdapat enam jenis stok di BMB iaitu stok biasa (ordinary
stock), stok utama (preferential stock), terbitan bonus (bonus issue), terbitan
hak (rights issue), terbitan (derivatives) dan jaminan (warrants)

Pasaran stok – membantu


orang ramai untuk mendapat
pendapatan lain daripada
pekejaan seharian mereka
c. Pasaran pertukaran asing
 Pasaran di mana berlaku pertukaran antara satu jenis mata wang
dengan jenis mata wang yang lain.
 Kadar pertukaran asing adalah harga satu jenis mata wang yang
dinyatakan dalam harga jenis mata wang yang lain
 Terdapat dua jenis kadar pertukaran iaitu kadar ‘spot’ dan kadar
‘forward’
 Kadar ‘spot’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pasaran semasa di mana proses jual beli perlu buat
dalam tempoh kurang daripada dua hari
 Contohnya, proses pertukaran mata wang (money changer)
 Kadar ‘forward’ terlibat dalam proses jual beli mata wang yang
berlaku berdasarkan kadar pertukaran yang telah dipersetujui dahulu di mana
proses jual beli boleh berlaku dalam tempoh lebih daripada dua hari
 Contohnya, perniagaan FOREX
 Contoh pasaran pertukaran asing, Maybank, HSBC.

Pasaran Pertukaran Asing –


Bursa Malaysia Berhad diperintah oleh Akta tempat berlaku pertukaran
Perindustrian Sekuriti 1983 (Security Industry Act antara satu jenis mata wang
1983) dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti dengan jenis mata wang yang
(Security Commission) lain
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 10

d. Pasaran ‘offshore’
 Pasaran ‘offshore’ adalah kumpulan syarikat yang diiktiraf oleh
undang-undang sebagai satu entiti yang berasing serta dengan liabiliti yang
terhad
 Pasaran ini berniaga dalam transaksi bukan ringgit dan dengan
bukan pemastautin sahaja
 Pasaran ini bertujuan untuk mempromosikan pembangunan
ekonomi di Labuan dan meningkatkan pembangunan Malaysia sebagai pusat
perniagaan.
 Pasaran ini dimiliki penuh oleh Bursa Malaysia Berhad
 Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) adalah
badan utama bagi kesemua syarikat-syarikat ‘offshore’ di mana terdapat 1,600
syarikat’offshore’

Pasaran ‘offshore’ – kumplan


syarikat yang diiktiraf oleh
2.1.4 Struktur Pasaran Kewangan undang-undang sebagai entiti
yang berasing serta dengan
a. Pasaran Hutang vs Pasaran Ekuiti
liabiliti yang terhad
i. Pasaran Hutang
 Pasaran yang menjual beli instrumen hutang seperti bon atau
gadaian
 Pasaran hutang juga dikenali sebagai pasaran bon
 Terdapat dua jenis sekuriti hutang iaitu sekuriti hutang awam
(MGS) dan sekuriti hutang swasta (PDS)
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 11

 Instrumen hutang adalah perjanjian kontrak peminjam untuk


membayar satu jumlah wang (kadar faedah dan nilai muka) pada tarikh
tertentu.
 Aliran tunai instrumen hutang adalah tetap
 Suatu kelemahan instrumen hutang adalah pihak yang
menerbitkan instrumen hutang hanya akan menerima bayaran tetap sahaja
walaupun untung atau pendapatan peminjam meningkat

Pasaran hutang – pasaran


menjual beli instrumen hutang
seperti bon / gadaian

ii. Pasaran Ekuiti


 Pasaran ekuiti atau stok adalah tuntutan daripada pendapatan
bersih dan aset sesebuah pertubuhan / perniagaan seperti stok biasa
 Kebiasaannya, ekuiti membuat pembayaran pada masa tertentu
(dividen) kepada pemegang saham dan ia merupakan sekuriti jangka panjang
kerana ia tidak mempunyai tarikh matang
 Kelemahan ekuiti adalah pemegang ekuti merupakan penuntut baki
(residual claimant) iaitu pemegang ekuiti hanya akan menerima tuntutan
selepas membayar segala hutang
 Maka, aliran tunai pemegang ekuiti adalah tidak tetap dan berubah
mengikut untung yang diterima oleh perniagaan
 Kelebihan ekuiti adalah pemegang ekuiti akan mendapat kebaikan
daripada peningkatan untung syarikat atau nilai aset

Pasaran ekuiti – tuntutan


daripada pendapatan bersih &
aset sesebuah pertubuhan /
b. Pasaran Utama vs Pasaran Kedua perniagaan seperti stok biasa
i. Pasaran Utama
 Pasaran ini adalah sebahagian daripada pasaran modal
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 12

 Pasaran yang menerbitkan sekuriti baru dan menjual kepada pihak


pertama
 Institusi kewangan (bank pelaburan) membantu dalam proses
penjualan sekuriti kepada pembeli pertama
 Bank pelaburan akan menanggung sekuriti baru di mana ia
membeli sekuriti dari badan penerbit sekuriti dan menjual kepada orang
awam.
 Bank pelaburan mengenakan bayaran kepada perkhidmatan
tersebut dan juga akan mendapat keuntungan dari penjualan terbitan yang
berharga tinggi
 Contohnya, Bursa Saham Kuala Lumpur

Pasaran utama –
menerbitkan sekuriti baru &
menjual kepada pihak pertama

ii. Pasaran Kedua


 Pasaran yang menjual semula sekuriti yang diterbitkan sebelumnya
atau sekuriti sedia ada dalam pasaran kepada pihak kedua atau seterunya
 Terdapat dua pihak berperanan dalam pasaran kedua iaitu peniaga dan orang
tengah
 Orang tengah (broker) adalah wakil bagi pelabur yang menyesuaikan antara
penjual dan pembeli sekuriti
 Peniaga (dealer) pula menghubungkan pembeli dan penjual dengan membeli
dan menjual sekuriti pada harga tertentu
 Dua fungsi utama pasara kedua adalah, pertama, penjualan instrumen
kewangan adalah cepat dan mudah ; kedua, menentukan harga kepada
sekuriti yang firma penerbit jual dalam pasaran utama
 Contoh, Cagamas Berhad

Pasaran kedua – menjual


Anda boleh semula sekuriti yang diterbitkan
mendapatkan maklumat lanjut sebelumnya / sedia ada dalam
pasaran kepada pihak kedua
tentang pasaran kedua, Cagamas atau seterusnya
Berhad di laman web
http://www.cagamas.com.my/
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 13

c. Pasaran Wang vs Pasaran Modal


i. Pasaran Wang
 Pasaran di mana hanya instrumen kewangan jangka pendek sahaja
dijual beli
 Instrumen dalam pasaran ini dijual beli dengan lebih umum
berbanding pasaran modal
 Instrumen kewangan dalam pasaran ini lebih cair dan mempunyai
tahap perubahan harga yang rendah
 Ciri-ciri ini menyebabkan instrumen kewangan dalam pasaran ini
lebih selamat untuk pelaburan
 Oleh itu, kebanyakan syarikat dan bank menggunakan pasaran
wang dengan aktif untuk mendapat kadar faedah ke atas dana lebihan semasa.
 Kebiasaanya, instrumen kewangan pasaran wang diterbitkan oleh
kerajaan, bank dan firma swasta yang lain.
 Contohnya, bil perbendaharaan, sijil deposit dan sebagainya
 Contoh pasaran adalah Bank HSBC

Pasaran wang – menjual beli


instrumen kewangan jangka
pendek sahaja
ii. Pasaran Modal
 Pasaran yang memindahkan sekuriti jangka panjang yang
diterbitkan oleh kerajaan dan badan perdagangan swasta kepada pelabur
 Instrumen kewangan hutang dan ekuiti diniagakan dalam pasaran
ini
 Kebiasaannya, instrumen kewangan dalam pasaran ini berisiko
tinggi serta membawa kegagalan besar kepada pemegang instrumen tersebut
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 14

 Tetapi, instrumen kewangan pasaran modal memberi pulangan


yang lebih tinggi berbanding pasaran wang
 Kebanyakan firma menggunakan pasaran modal untuk
mendapatkan dana bagi pelaburan jangka panjang seperti pelaburan dalam
alat, teknologi dan loji iaitu mereka menerbitkan bon dan ekuiti untuk
membiayai projek dengan pulangan jangka panjang
 Contohnya, Malaysian Central Depositary (MCD)

Pasaran modal – menjual beli


instrumen keangan jangka
panjang sahaja

Terdapat pasaran modal Islam (Islamic Capital


Market) di Malaysia yang ditubuhkan khas untuk
golongan Muslim yang ingin membuat pertukaran
atau proses jual beli instrumen kewangan

d. Pasaran Pertukaran vs Pasaran Melalui Kaunter (OTC)


i. Pasaran Pertukaran
 Pasaran di mana pembeli dan penjual sekuriti (atau orang
tengah)
bertemu di suatu lokasi tertentu dengan tujuan berdagang
 Pertukaran berlaku antara saham yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat besar
 Pada masa sekarang, pasaran ini tidak begitu terkenal di
kalangan penjual dan pembeli saham serta pelabur kerana kewujudan cara
pertukaran melalui kaunter (OTC)
 Contohnya, Bursa Malaysia Berhad (BMB)
Pasaran pertukaran – pembeli
& penjual sekuriti bertemu di
suatu lokasi tertentu dengan
tujuan berdagang
ii. Pasaran Melalui Kaunter (OTC)
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15

 Pasaran di mana peniaga dari lokasi yang berbeza menjual


beli sekuriti mereka
 Ia juga satu sistem perhubungan komputer di kalangan
peniaga berbeza yang mampu untuk membeli atau menjual inventori mereka.
 Baru-beru ini, pasaran melalui kaunter semakin meningkat.
 Keiasaannya, saham syarikat kecil diniagakan dalam
pasaran ini.

Pasaran melalui kaunter –


peniaga dari lokasi yang
berbeza menjual beli sekuriti
mereka
e. Pasaran Tunai vs Pasaran Terbitan
i. Pasaran Tunai
 Pasaran di mana pembeli yang membeli saham atau bon,
membayar serta merta kepada penjual saham atau bon tersebut
 Jika seseorang membeli bon korporat (corporate bond), dia
akan
berniaga di pasaran tunai di mana dia perlu bayar untuk bon tersebut pada
masa pembelian berlaku

Pasaran tunai – pembeli


saham / bon, membayar serta
merta kepada penjual saham /
bon tersebut
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 15

ii. Pasaran Terbitan


 Proses perniagaan yang berlaku di bawah beberapa syarat pada masa
sekarang manakala pembayaran dan penghantaran instrumen tersebut akan
berlaku pada tarikh tertentu masa depan
 Terbitan termasuk kewangan masa depan dan pemilihan (options)
 Kewangan masa depan merupakan pembelian sesuatu instrumen
kewangan pada tarikh tertentu masa depan dan harga yang ditentukan pada
awalnya.
 Pemilihan adalah kontrak yang memberi hak kepada pemilik untuk beli
atau jual asset kewangan dalam suatu jangka masa dan pada harga yang
ditentukan.
 Contohnya, Malaysia Derivative Exchange (MDEX)

Pasaran terbitan – proses


perniagaan yang berlaku di bawah
beberapa syarat pada masa
sekarang manakala pembayaran
dan penghantaran instrumen
tersebut akan berlaku pada tarikh
tertentu masa depan

Jelaskan tentang dua jenis pasaran utama di Malaysia.


Nyatakan perbezaan antara pasaran utama dengan pasaran kedua
Apakah kelebihan dan kelemahan pasaran ekuiti?
Jelaskan pasaran wang dan pasaran modal.
Apakah kelebihan pasaran OTC berbanding pasaran pertukaran?
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 16

2.2

INSTRUMEN KEWANGAN

Ciri-ciri Penilaian

Definisi Kegunaan Jenis-jenis

Saiz

Kecairan Hasil
Masa

Risiko Hubungan
kecairan, risiko Kepastian
dan hasil

Untuk urusan Sebagai Memindahkan


pembayaran dan penyimpan risiko
urusniaga nilai

Instrumen pasaran Sekuriti pasaran


wang modal
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 17

2.2.1 Definisi Instrumen Kewangan

Untuk memahami bagaimana pasaran kewangan menjalankan peranan penting


dalam menyalurkan dana daripada pemberi pinjam atau penabung kepada peminjam
atau pengguna, kita perlu mengetahui sekuriti-sekuriti (instrumen) yang terdapat
dalam pasaran kewangan.

Instrumen kewangan merupakan satu perjanjian bertulis di mana satu pihak


berjanji untuk memindahkan sesuatu yang bernilai (wang) kepada pihak lain pada
masa hadapan di bawah syarat-syarat tertentu.

Instrumen Kewangan – satu perjanjian


bertulis di mana satu pihak berjanji untuk
memindahkan sesuatu yang bernilai
kepada pihak lain pada masa depan; di
2.2.2 Ciri-ciri Instrumen Kewangan bawah syarat-syarat tertentu

a. Kecairan (liquidity)
 Kesenangan atau kemudahan sesuatu aset dapat ditukar ke dalam bentuk
wang (akaun bank dan mata wang) dalam jangka masa yang singkat.
 Sesuatu instrumen kewangan mestilah mempunyai tiga syarat untuk
dikategorikan sebagai mempunyai kecairan yang tinggi:-
 Instrumen tersebut mestilah senang ditukar kepada wang.
 Kos untuk penukaran (kos transaksi) haruslah rendah.
 Harga atau prinsipal instrumen kewangan haruslah stabil.

Kecairan – kesenangan /
kemudahan sesuatu aset dapat
ditukar ke dalam bentuk wang
dalam jangka masa yang
singkat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 18

 Pasaran sekunder yang sangat membangun di mana instrumen kewangan


senang dijualbeli, menyumbang kecairan.
 Instrumen pasaran wang (jangka pendek) khasnya dengan harga yang lebih
stabil adalah lebih cair daripada instrumen pasaran modal (jangka panjang).

b. Risiko (risk)
 Risiko dalam instrumen kewangan diterbitkan daripada kebarangkalian di
mana kemungkinan besar pemiliknya tidak mendapat kembali nilai penuh
bagi wang yang dilaburkan.
 Suatu kemungkinan berlakunya sisihan antara pulangan yang dijangka
dan pulangan yang diterima oleh seseorang pelabur dalam tempoh tertentu.

Risiko – kebarangkalian
pemiliknya tidak mendapat
kembali nilai penuh bagi
 Risiko dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
wang yang dilaburkan
i Risiko ‘Default’
 Merupakan risiko di mana pelabur tidak menerima bayaran
faedah secara kontrak dalam suatu jangka masa atau tidak
dapat semula prinsipal berpunca daripada kerosakan instrumen
kewangan.
 Akaun simpanan mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah
berbanding municipal bon atau bon korporat kerana Syarikat
Insurans Deposit Pusat (Federal Deposit Insurance
Corporation) menjamin deposit simpanan dalam bank-bank
perdagangan sehingga $100,000 per akaun.

Risiko ‘default’ – pelabur tidak


Anda boleh menerima bayaran faedah secara
kontrak dalam suatu jangka masa
mengetahui lebih lanjut tentang atau tidak dapat semula prinsipal
risiko default dengan melayari berpunca daripada kerosakan
instrumen kewangan
laman web
http://www.defaultrisk.com/
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 19

 Bon korporat mempunyai risiko ‘default’ yang lebih rendah


berbanding dengan ekuiti korporat kerana pemegang bon akan
dibayar faedah sebelum pemegang saham jika mempunyai
masalah kewangan.
ii Risiko pasaran
 Risiko di mana harga sesuatu instrumen kewangan akan
berubah-ubah.
 Risiko yang berpunca daripada tanggapan berbanci para
pelabur terhadap turun naik harga saham ekoran daripada
perkembangan semasa.
 Buku deposit simpanan di dalam bank perdagangan
mempunyai risiko pasaran yang lebih rendah berbanding
kebolehpasaran kerajaan jangka panjang atau bon
korporat.
 Saham biasa memunyai risiko pasaran yang lebih tinggi
berbanding bon korporat kerana harga saham adalah
berubah-ubah setiap masa.
c. Hasil (yield) Risiko pasaran – harga
 Kadar pulangan sesuatu aset. sesuatu instrumen kewangan
akan berubah-ubah
 Dikira dalam bentuk peratusan setiap tahun.
 Hasil semasa dikira dalam pulangan tahunan terhadap
sesuatu
instrumen (dalam RM) dibahagikan dengan harga atau prinsipal
pertama.
 Hasil kepada kematangan (Yield to
maturity) adalah purata pulangan tahunan termasuk sebarang
keuntungan atau kerugian atas modal dalam tempoh matang
apabila nilai muka bon ditebus balik.
 Untuk bon yang dibeli lebih rendah daripada nilai muka, hasil
kepada kematangan / kadar pulangan purata untuk jangka hayat instrumen
melebihi hasil semasa.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 20

 Untuk bon yang dibeli melebihi nilai muka, hasil kepada


kematangan adalah lebih rendah daripada hasil semasa kerana kerugian dalam
modal pada tempoh matang
Hasil – kadar pulangan sesuatu
d. Hubungan Kecairan, Risiko dan Hasil aset
 Pelabur pada mulanya akan menerima satu hasil yang lebih rendah dalam
pertambahan kecairan bagi sesuatu aset.
 Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah berbanding
sijil deposit 3 tahun, di mana secara relatifnya tidak cair kerana bank akan
menghukum penyimpan yang mengaut keuntungan daripada sijil deposit (CD)
sebelum tempoh matang.
 Risiko dan hasil berhubung secara positif.
 Semakin besar risiko sesuatu instrumen kewangan, semakin tinggi
hasil atau pulangan daripada instrumen kewangan tersebut
 Kecairan dan risiko berhubung secara negatif
 Instrumen kewangan yang lebih cair adalah kurang berisiko kerana
boleh ditukarkan kepada wang dalam jangka masa pendek pada
satu harga yang paling hampir denga harga belian asal.
 Hasil dan kecairan berhubung negatif
 Pelabur biasanya menerima hasil yang lebih rendah begi instrumen
kewangan yang mempunyai kecairan tinggi
 Buku akaun simpanan mempunyai hasil yang lebih rendah
berbanding sijil deposit yang mempunyai tempoh matang selama 3
tahun, di mana sijil deposit adalah kurang cair kerana pihak bank
akan mengenakan caj atau denda kepada pendeposit yang
menyimpan wang dalam sijil deposit bank sebelum tempoh
matang.

Instrumen pasaran kewangan di malaysia, diniagakan di


pasaran untuk kadar faedah, pasaran ekuiti, pasaran
untuk pelaburan dan pasaran wang saham/unit dana,
pasaran pertukaran asing dan pasaran kewangan yang
lain.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 21

2.2.3 Kegunaan Instrumen Kewangan


 Untuk urusan pembayaran atau urus niaga
 Tetapi kurang cair daripada wang.
 Sebagai penyimpan nilai
 Adalah lebih baik daripada wang, tetapi mempunyai risiko yang
lebih besar.
 Memindahkan risiko
 Pembeli memindahkan risiko kepada penjual.
 Contoh: polisi insurans, kontrak pada masa hadapan.

2.2.4 Menilai Instrumen Kewangan


 Saiz (sizing)
 Lebih banyak aliran tunai, lebih besar nilai instrumen kewangan
tersebut.
 Masa (timing)
 Semakin cepat penerimaan aliran tunai, semakin besar nilai
instrumen kewangan.
 Kepastian (certainty)
 Semakin kerap pembayaran dibuat, nilai instrumen kewangan lebih
besar.

Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen kewangan?


Nyatakan ciri-ciri instrumen kewangan.
Mengapakah instrumen kewangan digunakan dalam pasaran?
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 22

2.2.5 Jenis-jenis Instrumen Kewangan


2.2.5.1 Instrumen Pasaran Wang
 Oleh kerana tempoh matang dalam instrumen pasaran wang adalah
pendek, maka sekuriti hutang yang diniagakan dalam pasaran wang
kurang mengalami turun naik dalam harga.
 Merupakan pelaburan yang kurang berisiko.
 Pasaran wang telah mengalami perubahan yang besar sejak tiga dekad
yang lalu, dengan sebahagian besar jumlah instrumen kewangan
mengalami pertumbuhan yang cepat.
Instrumen pasaran wang –
bersifat tempoh matang pendek,
Jenis-jenis Instrumen Pasaran Wang kurang mengalami turun naik
dalam harga dan merupakan
a. Bil Perbendaharaan (Treasury Bills) pelaburan kurang berisiko
 Diterbitkann oleh bank pusat sesebuah negara sahaja.
 Di Malaysia, bil perbendaharaan dilaksanakan oleh Bank Negara melalui tender
orang perseorangan, agensi kerajaan dan syarikat.
 Paling selamat dan ada kalanya disifatkan sebagai pelaburan risiko-bebas kerana
ia disokong penuh oleh kerajaan.
 Mempunyai darjah kecairan yang tertinggi di kalangan pelaburan yang ada di
negara kita.
 Merupakan sekuriti hutang jangka pendek yang diterbitkan dalam tempoh matang
selama 1 bulan / 3 bulan / 6 bulan untuk membiayai kerajaan.
 Pemegang sekuriti akan membayar jumlah yang ditetapkan pada tempoh matang
dan tidak dikenakan bayaran faedah.
 Tetapi, pemegang sekuriti membayar faedah dengan menjual bil pada harga yang
lebih rendah daripada jumlah yang dibayar pada tempoh matang.

Bil Perbendaharaan –
diterbitkan oleh benk pusat dan
bersifat sekuriti hutang jangka
pendek, kecairan tinggi dan
paling selamat bagi pelaburan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 23

 Contoh: Pada Jun 2008, pemegang sekuriti membeli bil perbendaharaan bernilai
RM900 yang mempunyai tempoh matang 1 tahun dan menebus balik bil tersebut
pada Jun 2009 dengan nilai RM1000.
 Tidak begitu popular di kalangan orang perseorangan kerana ia memerlukan wang
pokok yang besar dan biasanya antara $50,000 hingga $100,000.
 Semakin lama tempoh kematangannya bererti semakin tinggilah kadar faedahnya.
 Kerajaan dapat membayar balik hutang-hutang kerana ia dapat meningkatkan
cukai atau menerbitkan mata wang (wang kertas dan duit syiling) untuk
membayar hutang-hutang tersebut.
 Bil perbendaharaan ditawarkan di bank-bank, isi rumah, syarikat-syarikat dan
juga pengantara kewangan yang lain.
 Digemari oleh pelabur institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
tabung-tabung amanah dan syarikat-syarikat insurans kerana memenuhi keperluan
saluran pelaburan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

b. Kertas Dagangan (Commercial Paper)


 Merupakan sekuriti pasaran wang yang diterbitkan oleh bank dan juga syarikat-
syarikat.
 Ditawarkan oleh perbadanan swasta yang telah mempunyai nama dalam dunia
korporatnya.
 Syarikat pengeluar akan menjual kertas dagangan kepada pelabur individu atau
institusi sama ada melalui rangkaian pasaran peniaga atau penjualan terus.
 Biasanya, ia tidak digunakan untuk pelaburan kewangan jangka panjang tetapi
lebih kepada membeli inventori atau untuk menguruskan hasil modal.
 Pada umumnya, dokumen ini dibeli untuk tujuan pembiayaan wang (jumlah yang
diterbitkan sering kali terlalu tinggi untuk pelabur individu).
 Dianggap sebagai pelaburan yang selamat dan kurang berisiko.

Kertas dagangan – sekuriti


pasaran wang yang diterbitkan
oleh bank dan juga syarikat
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 24

 Oleh itu, pulangan terhadap dokumen perdagangan tidak besar.


 Terdapat empat jenis dokumen perdagangan iaitu nota perjanjian, draf, cek dan
sijil deposit.

Anda boleh melihat contoh kertas perdagangan


konvensional dan Islam dengan melayari laman web
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_7
aug08.pdf
(konvensional)
http://www.cagamas.com.my/caga-docs/pictures/pr_2
8may08.pdf
c. Sijil Deposit Bank (Negotiable Bank Certificates of Deposit)
(Islam)
 Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh bank kepada pendeposit yang
membayar suatu jumlah faedah tahunan serta membayar balik harga belian asal
pada tempoh matang.
 Sijil ini adalah sumber tabungan atau pembiayaan yang penting untuk bank
perdagangan, syarikat-syarikat, institusi kebajikan dan juga agensi kewangan.

Sijil deposit bank – sekuriti hutang yang


dijual oleh bank kepada pendeposit yang
membayar suatu jumlah faedah tahunan
berserta dengan harga asal pada tempoh
matang
d. Penerimaan Bank (Banker’s Acceptance)
 Merupakan satu draf masa (time draft) yang dikeluarkan dan diterima oleh pihak
bank.
 Sebelum penerimaan, draf tersebut bukanlah tanggungan daripada bank; sekadar
suatu perintah oleh penyuruh bayar cek kepada bank untuk membayar suatu
jumlah wang tertentu pada tarikh tertentu kepada si pemegang draf tersebut.
 Penerimaan berlaku apabila bank menerima, mengesahkan dan menandatangani
draf tersebut, dan draf itu akan menjadi satu liabiliti tidak bersyarat kepada bank.
 Jika sesebuah bank tersebut terkenal dan mempunyai reputasi yang baik, draf
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 25

yang diterima itu mungkin mudah dijual di dalam pasaran.


 Merupakan sekuriti pasaran kewangan – satu sekuriti diskaun jangka pendek yang
lazimnya muncul dalam perdagangan antarabangsa.

Penerimaan bank – satu draf


masa yang dikeluarkan dan
diterima oleh pihak bank

e. Perjanjian Pembelian Semula (Repurchase Agreements - Repos)


 Adalah pinjaman jangka pendek.
 Tempoh matang kurang daripada 2 minggu.
 Suatu proses penjualan dan pembelian semula pinjaman di mana mempunyai
seorang peminjam yang menjual sekuriti untuk mendapatkan tunai kepada
seorang pemberi pinjam dan bersetuju untuk membeli semula sekuriti-sekuriti
tersebut pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi.
 Kadar repos merupakan perbezaan di antara tunai yang dipinjam dan tunai yang
dibayar balik yang diungkapkan dalam bentuk peratusan.

Perjanjian pembelian semula –


perjanjian antara penjual dan
pembeli di mana penjual akan
membeli semula sekuriti yang
dijual pada masa depan dengan
harga yang lebih tinggi
f. Dana Persekutuan (Federal Funds)
 Merupakan pinjaman untuk satu malam oleh bank untuk mengekalkan rizab
bank pada rizab persekutuan.
 Bank menyimpan rizab di rizab Bank Persekutuan untuk menyesuaikan dengan
keperluan rizab dan juga untuk menjelaskan urus niaga kewangan.
 Urus niaga dalam pasaran dana persekutuan membolehkan institusi penyimpan
dengan baki rizab dalam lebihan dari keperluan rizab untuk meminjamkan rizab
kepada institusi yang kekurangan rizab.

Dana persekutuan –
pinjaman untuk satu malam
oleh bank untuk mengekalkan
rizab bank pada rizab
persekutuan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 26

 Pinjaman tersebut biasanya dibuat untuk sehari sahaja. Contoh: selama satu
malam.
 Kadar faedah yang dikenakan di mana urus niaga tersebut berlaku dikenali
sebagai kadar dana persekutuan.
 Urus niaga dana tidak meningkatkan atau mengurangkan jumlah rizab bank.
 Sebaliknya, dana persekutuan membahagikan semula rizab dan membolehkan
pembiayaan yang sia-sia untuk menghasilkan pulangan.
 Bank boleh meminjam tabungan (fund) ini untuk mengelakkan overdraf dalam
akaun rizab atau untuk menyesuaikan rizab yang diperlukan.
 Dana persekutuan adalah wang pasti (definitive) – sedia ada untuk melakukan
perbelanjaan yang mana cek dan bentuk wang yang lain perlu dijelaskan oleh
bank dan mengambil masa selama beberapa hari sebelum boleh digunakan untuk
melakukan perbelanjaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen pasaran wang?


Jelaskan dua jenis instrumen pasaran wang.
3. Jelaskan tentang instrumen kewangan yang bersifat draf masa.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 27

2.2.5.2 Sekuriti Pasaran Modal dan Jenis-jenisnya


 Merupakan sekuriti hutang dan ekuiti dengan tempoh matang lebih
daripada 1 tahun.
 Mengalami turun naik harga yang lebih luas.
 Pelaburan yang berisiko. Sekuriti pasaran modal –
sekuriti hutang dan ekuiti
dengan tempoh matang lebih
daripada 1 tahun
Jenis-jenis Instrumen Pasaran Modal
a. Saham (Stocks)
 Merupakan tuntutan ekuiti di atas pendapatan bersih dan aset daripada sebuah
syarikat.
 Aset kewangan yang pemiliknya berkongsi bersama terhadap perniagaan
sesebuah syarikat.
 Saham juga dikenali sebagai syer.
 Berhak ke atas pemilikan untuk berkongsi keuntungan daripada firma.
 Bahagian yang lebih besar dalam urus niaga saham dilakukan dalam pasaran
sekunder (secondary markets).
 Apabila harga saham meningkat, firma akan menerbitkan syer baru.
 Peningkatan nilai dalam aset modal benar menggambarkan peningkatan dalam
harga syer akan mendorong firma untuk meningkatkan perbelanjaan dalam
pelaburan.

Saham – tuntutan ekuiti di


atas pendapatan bersih dan
aset daripada sebuah syarikat
b. Gadai janji atau cagaran (Mortgages)
 Pinjaman kepada isi rumah atau firma untuk membeli rumah, tanah atau aset lain,
di mana aset atau tanah tersebut dijadikan jaminan untuk sesuatu pinjaman yang
dibuat.
 Kadar faedah bagi cagaran adalah tetap terhadap jangka hayat gadai janji tersebut.
 Pasaran cagaran Islam beroperasi secara luas di Malaysia iaitu bukan sahaja
menawarkan perkhidmatan cagaran kepada golongan Muslim malah juga kepada
golongan bukan Muslim.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 28

 Sejenis bon bercagar yang syarikat pengeluar menyandarkan aset tetapnya sebagai
jaminan untuk membayar faedah dan wang pokok kepada pembelinya.

Gadai janji atau cagaran –


pinjaman kepada isi rumah /
firma untuk membeli aset di
mana aset itu akan dijadikan
jaminan bagi pinjaman itu
c. Bon Korporat (Corporate Bonds)
 Bon jangka panjang ini diterbitkan oleh syarikat-syarikat dengan kadar
kepercayaan kredit yang kuat.
 Merupakan hutang jangka panjang yang dituntut ke atas aset syarikat tetapi
tuntutan tersebut mungkin atau mungkin tidak dijamin dengan cagaran atau aset
lain.
 Bon korporat biasanya mempunyai tempoh matang di antara 10 hingga 30 tahun.
 Bon korporat yang khas menyediakan pemegang bon bayaran bunga sebanyak
dua kali setahun dan nilai muka bon dibayar dengan penuh apabila bon tersebut
matang.
 Terdapat sesetengah bon korporat, dikenali sebagai ‘bon boleh tukar’, mempunyai
ciri tambahan iaitu mengizinkan pemegang bon untuk menukarkan bon kepada
saham biasa mengikut nisbah atau harga tukaran yang telah ditetapkan oleh
syarikat pengeluar berdasarkan pilihan pemegang bon.

Bon korporat – bon jangka


panjang yang diterbitkan oleh
syarikat-syarikat dengan kadar
kepercayaan kredit yang kuat

 Ciri ini membuatkan ‘bon boleh ditukar’ ini diingini oleh pembeli pada masa
hadapan dan boleh mengurangkan bayaran faedah kerana bon ini boleh
meningkatkan nilai jika harga saham meningkat.
 Contohnya, Citigroup corporate bonds
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 29

d. Sekuriti Kerajaan ( Government Securities)


 Sekuriti kerajaan Malaysia adalah instumen hutang pasaran yang diterbitkan oleh
kerajaan
 Tujuan pengeluaran sekuriti kerajaan ialah untuk mengumpul dana dari pasaran
domestik untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan dan modal kerja
 Bank Negara Malaysia memainkan peranan sebagai bank induk dan penasihat
bagi kerajaan
 Contoh sekuriti kerajaan adalah sekuriti kerajaan Malaysia (MGS), bil
perbendaharaan Malaysia (MTB), isu pelaburan kerajaan (GII) dan bil
perbendaharaan Islam Malaysia (MITB)

Sekuriti kerajaan –
instrumen hutang pasaran yang
diterbitkan oleh kerajaan

Sekuriti kerajaan MGS dan MTB adalah sekuriti


konventional manakala GII dan MITB adalah
sekuriti Islam

e. Sekuriti Agensi Kerajaan Malaysia (Malaysia Government Agency


Securities)
 Diterbitkan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk membiayai cagaran, pinjaman
perladangan atau peralatan janakuasa
 Dijamin oleh kerajaan persekutuan.
 Contoh, Permodalan Nasional Berhad (PNB) Sekuriti Agensi Kerajaan
Malaysia – diterbitkan oleh
pelbagai agensi kerajaan untuk
membiayai cagaran, pinjaman
perladangan / peralatan janakuasa
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 30

g. Bon ‘Munisipal’Bon Negeri dan Perbandaran (Municipal Bonds / State and Local
Government Bonds)
 Municipal bonds dibeli oleh bank pelaburan dan kemudian dijual semula kepada
bank perdagangan, syarikat-syarikat insurans dan individu-individu yang
berpendapatan tinggi.
 Pasaran bagi municipal bonds adalah kecil kerana jumlah bank yang menyertai
pasaran ini adalah terhad.

Bon ‘Municipal’ – dibeli oleh bank


pelaburan & kemudian dijual
kepada bank perdagangan, syarikat
insurans & individu-individu yang
berpendapatan tinggi

 Jumlah pembeli yang mengendalikan sekuriti adalah terhad dan kebanyakan


pembeli memegang inventori yang kecil sahaja.
 Sekuriti hutang pasaran modal diterbitkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan
tempatan untuk membiaya perbelanjaan ke atas pembinaan sekolah, jalan dan
juga program-program besar.
 Ciri penting bon ini ialah bayaran faedah dikecualikan daripada cukai pendapatan
negeri dan tempatan di perbandaran yang menerbitkan bon-bon tersebut.
 Sekuriti hutang jangka panjang yang mewakili suatu tuntutan ke atas sebuah
bandar atau satu kawasan pentadbiran sesebuah negeri.
 Bon yang baru diterbitkan akan dibeli oleh bank-bank pelaburan dan kemudian
akan dijual semula kepada bank-bank perdagangan, firma insurans dan harta serta
individu yang berpendapatan tinggi.
 Pasaran bon ini adalah kecil kerana jumlah yang menyertai pasaran ini adalah
terbatas.

Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti pasaran modal?


Jelaskan dua jenis instrumen sekuriti pasaran modal.
Bezakan antara saham, gadaian atau cagaran dan bon.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 31

2.3

INSTITUSI KEWANGAN

Definisi Fungsi Jenis-jenis

Perkongsian Kos Maklumat tidak


risiko transaksi bersimetrik

Sistem Institusi kewangan


perbankan bukan bank
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 32

2.3.1 Definisi Institusi Kewangan

 Suatu perniagaan di mana berlaku aktiviti jual, beli dan simpan aset atau
instrumen kewangan
 Institusi kewangan juga dikenali sebagai perantara kewangan (perniagaan
yang menghubungkan penabung dan peminjam)
 Institusi ini berfungsi sebagai pihak perantara antara individu, firma atau
pasaran kewangan
 Institusi kewangan berperanan dalam proses pembiayaan tidak langsung iaitu
menerima atau melabur dana melalui institusi pihak ketiga seperti bank
dan dana secara besaran (mutual funds)
 Institusi kewangan memainkan peranan penting dalam perkembangan
sesebuah ekonomi negara.
 Urusan kewangan institusi kewangan akan mempengaruhi bekalan wang
dalam ekonomi yang seterusnya akan dapat mempengaruhi tingkat
pelaburan, guna tenaga, keluaran negara dan pendapatan negara

Institusi kewangan – satu


perniagaan yang melakukan
aktiviti jual, beli & simpan
aset / instrumen kewangan

2.3.2 Fungsi Institusi Kewangan


a. Kos Transaksi
 Kos transaksi adalah masa dan duit yang dibelanjakan dalam transaksi
kewangan di mana ia adalah masalah utama bagi individu yang meminjamkan
dana lebihan
 Institusi kewangan boleh mengurangkan kos transaksi dengan membagunkan
kepakaran dan saiz institusi kewangan yang besar amemudahakan mereka
untuk mengambil kesempatan terhadap skala ekonomi
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 33

i. Kepakaran
 Individu yang hendak memberi pinjam kepada peminjam perlu
membuat surat perjanjian di mana ia akan berkos tinggi
 Jika individu menyimpan duit di dalam bank, pihak bank akan
menyediakan pinjaman kepada peminjam pada kos transaksi yang
rendah
 Pihak bank akan menyediakan surat perjanjian pada kos yang
rendah dengan menggunakan kepkaran.
ii. Skala ekonomi
 Pengurangan dalam setiap ringgit kos transaksi diikuti dengan
peningkatan dalam saiz transaksi

Kos transaksi – masa & duit


yang dibelanjakan dalam
transaksi kewangan

 Dengan pengurangan kos transaksi, institusi juga dapat menawarkan


 perkhidmatan kecairan
 Perkhidmatan kecairan adalah memudahkan pelanggan untuk membuat
transaksi seperti pembayaran bil

Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang
perkhidmatan kecairan dengan
melayari laman web
http://www.maybank2u.com.my/
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 34

b. Perkongsian Risiko
 Institusi kewangan boleh membantu para pelabur daripada tidak terdedah
kepada risiko iaitu kepastian tentang pulangan yang diterima oleh pelabur
 Institusi kewangan menerbitkan dan menjual aset yang berisiko dan membeli
lagi aset yang lebih berisiko dengan menggunakan dana yang diterima dalam
jualan aset.
 Disebabkan transaksi kos yang rendah, institusi kewangan berkongsi risiko
pada kos yang rendah lalu pihak institusi mendapat untung daripada pulangan
ke atas aset yang berisiko dan bayaran yang diterima ke atas aset yang dijual.
 Perkongsia risiko juga dikenali sebagai transformasi aset di mana aset yang
berisiko akan menjadi aset yang lebih selamat bagi pelabur kerana aset
tersebut boleh membawa pulangan yang tinggi.
 Institusi juga mengurangkan risiko dengan membantu pelabur untuk
mempelbagaikan aset (portfolio) supaya risiko yang terdedah pada diri mereka
boleh dikurangkan

c. Maklumat Tidak Simetrik


 Maklumat tidak simetrik bermaksud satu pihak tidak mempunyai maklumat
yang secukupnya tentang pihak satu lagi untuk membuat sesuatu keputusan
 Keadaan ini berlaku sama ada sebelum berlaku transaksi (adverse selection)
atau selepas transaksi dibuat (moral hazard)

Maklumat tidak simetrik –


satu pihak tidak mempunyai
maklumat yang secukupnya
tentang pihak satu lagi untuk
membuat keputusan

 ‘Adverse selection’ berlaku apabila institusi kewangan memberi pinjaman


kepada peminjam yang berkeupayaan atau berpotensi untuk menghasilkan
risiko yang tidak diingini

Adverse selection – situasi di mana


individu (peminjam) mempunyai
ciri-ciri tersembunyi
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 35

 Disebabkan ‘Adverse selection’, pinjaman yang diberi akan menjadi risiko


kredit yang buruk
 ‘Moral Hazard’ merupakan satu risiko (hazard) apabila peminjam mungkin
melakukan aktiviti yang tidak diingini atau tidak bermoral dari segi
pandangan pemberi pinjam seperti tidak membayar balik pinjaman

Moral Hazard – situasi di


mana individu mengambil
tindakan yang tidak bermoral

 Maka, institusi kewangan membantu individu yang ingin menawarkan dana


kerana institusi kewangan lebih dapat mengenali risiko kredit yang buruk
dengan risiko kredit yang baik
 Dengan menggunakan kepakaran untuk memantau pihak peminjam, institusi
kewangan mengurangkan kerugian melalui masalah ‘Moral Hazard’

Apakah yang dimaksudkan dengan institusi kewangan?


Jelaskan fungsi-fungsi institusi kewangan.
Jelaskan dua keadaan dalam maklumat tidak simetrik.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 36

2.3.3 Jenis-jenis Institusi Kewangan


2.3.3.1 Sistem Perbankan
a. Bank Pusat
 Sebuah institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan untuk mentadbir urusan
kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara.
 Bank Pusat di Malaysia ialah Bank Negara Malaysia.
 Fungsi-fungsi Bank Negara Malaysia
i. Mengeluarkan mata wang negara
 BNM mesti memastikan bahawa jumlah mata wang yang dikeluarkan
adalah setakat mencukupi sahaja mengikut keperluan ekonomi.
ii. Jurubank kepada kerajaan
 Mentadbirkan akaun kerajaan
 Mentadbirkan hutang negara
 Memberikan pendahuluan sementara
iii. Mengawasi kadar pertukaran asing dan imbangan pembayaran
 BNM menjaga kestabilan kadar pertukaran asing antara Ringgit
Malaysia dengan mata wang asing.
iv. Mengawasi aktiviti bank perdagangan dan institusi kewangan lain serta
menjalankan dasar kewangan
 Menjalankan dasar kewangan bertujuan untuk mencapai kestabilan
dan pertumbuhan ekonomi.
v. Jurubank kepada bank-bank perdagangan
Bank Pusat – institusi kewangan
 Mengawal rizab berkanun yang dimiliki oleh kerajaan untuk
mentadbir urusan kewangan
 Mengawal harta mudah tunai/harta cair
kerajaan & mengawaal
keseluruhan sistem kewangan
negara

Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada 26


Januari 1989 di bawah Ordinan Bank Pusat Malaya
1958 (Central Bank of Malaya Ordinance 1958)
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 37

b. Bank Perdagangan
 Merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta dan bertujuan
untuk mencari keuntungan.
 Bank Perdagangan juga merupakan perantara kewangan yang menerima deposit
iaitu deposit semasa, tabungan dan tetap dari orang ramai untuk memberikan
pinjaman kepada para pelabur, membeli harta tetap, inventori, saham dan
membuat pelaburan lain.
Bank Perdagangan – institusi
kewangan yang dimiliki oleh pihak
swasta dan bertujuan untuk mencari
keuntungan

 Penyimpan memperoleh faedah perkongsian risiko daripada pihak bank.


Manakala pemimjam pula memperolehi tabungan untuk kewangan untuk membeli
kenderaan, inventori atau perancangan dan peralatan.
 Bank Perdagangan memberikan pinjaman kepada para pelabur melalui akaun
semasa, kemudahan overdraf dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.
 Bank Perdagangan menawarkan fungsi yang khusus dalam menyediakan kredit
kepada peminjam dengan mengurangkan kos transaksi dan kos maklumat dengan
moral hazard.
 Pihak bank juga menyediakan perkhidmatan kecairan seperti menyemak akaun
dimana deposit penyimpan sedia ada untuk diminta.
 Terdapat 35 jenis bank perdagangan di Malaysia, contohnya, Bank CIMB Berhad

c. Syarikat Kewangan
 Syarikat kewangan merupakan perantara yang menaikkan jumlah wang melalui
penjualan bon dan sekuriti dan hasilnya digunakan untuk memberikan pinjaman
kecil kepada isi rumah dan perniagaan.
 Terdapat 25 syarikat kewangan di Malaysia, contohnya EON Finance Berhad

Syarikat Kewangan – perantara yang


menaikkan jumlah wang melalui
penjualan bon dan sekuriti & hasilnya
digunakan untuk memberikan pinjaman
kepada isi rumah & perniagaan
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 38

 Terdapat tiga jenis syarikat kewangan iaitu :


i. Syarikat kewangan Pengguna
- Syarikat kewangan pengguna membuat pinjaman bagi membolehkan
pengguna atau isi rumah untuk membeli kenderaan, perabot, dan perkakas
lain, membiayai peningkatan kemudahan kediaman dan membayar hutang.
Pelanggan syarikat kewangan ini mempunyai risiko munkir yang lebih
tinggi dan pinjaman yang dubuat dikenakan kadar faedah yang amat tinggi.
- Arab – Malaysian Finance Berhad (AFMB)

Syarikat Kewangan Pengguna –


membuat pinjaman kepada
ii. Syarikat Kewangan Perniagaan pengguna untuk membeli aset

- Syarikat kewangan ini membuat pinjaman bagi membolehkan firma-firma


perniagaan membeli peralatan perniagaan yang mahal seperti mesin
teknologi, kenderaan perniagaan dan sebagainya. Pinjaman biasanya dibuat
dalam jangka pendek, tapi tempoh kontrak boleh menjadi lima tahun atau
lebih.
- Hong Leong Finance Berhad Syarikat Kewangan Perniagaan –
pinjaman kepada firma perniagaan
untuk membeli aset mahal
iii. Syarikat Kewangan Jualan
- Syarikat kewangan jualan bergabung dengan pengeluar penjualan barangan
yang besar yang bertujuan untuk mempromosikan perniagaan pengeluar
atau peruncit.
- CNI Enterprise (M) Sdn. Bhd
Syarikat Kewangan Jualan –
mempromosikan perniagaan
pengeluar / peruncit
d. Bank Islam
 Di Malaysia terdapat sistem perbankan Islam yang berlainan daripada sistem
perbankan konvensional di mana mempunyai perundangan dan peraturan yang
berasingan
 Bank Negara Malaysia yang menyelia bank Islam sama seperti menyelia bank-
bank lain
 Aktiviti bank Islam dilakukan berdasarkan hukum syariah (hukum Islam)
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 39

 Bank Islam yang pertama di Malaysia adalah Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) dan diikuti dengan Bank Muamalat
 Bank Islam merupakan salah satu daripada bank perdagangan tetapi operasinya
berbeza daripada bank perdagangan
 Selain daripada bank Islam, institusi kewangan lain juga menawarkan
perkhidmatan perbankan Islam melalui skim perbankan Islam
 Segala entiti bank Islam ditawarkan dengan berdasarkan hukum Islam seperti Al-
Wadiah, Al-Mudharabah, Al-Murabahah, Bai’ Bithaman Ajil, Al-Ijarah dan Al-
Musyarakah.

Bank Islam – berlainan


daripada sistem perbankan
konvensional

Anda boleh
mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan di Bank
Islam dengan melayari laman web
http:// www.bankislam.com.my

e. Bank Pelaburan
 Bank-bank pelaburan membantu perniagaan dalam meningkatkan modal baru
dalam pasaran-pasaran utama dan menasihatkan mereka tentang cara untuk
berbuat demikian.
 Bank pelaburan memperolehi pendapatan dengan menjamin sebuah saham
syarikat baru atau terbitan bon, memberi jaminan harga untuk firma pengeluaran,
menjual terbitan dengan harga yang lebih tinggi dan menyimpan keuntungan.

Bank Pelaburan – membantu


perniagaan dalam
meningkatkan modal baru
dalam paaran-pasaran utama
dan menaihatkan mereka
tentang cara untuk berbuat
demikian
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 40

 Selain itu, bank pelaburan menetapkan syarat-syarat lain di bawah satu terbitan.
Contohnya, kekuatan bank pelaburan tidak menjamin harga bagi terbitan-terbitan
baru kerana terdedah kepada risiko turun naik harga. Risiko ini telah meyebabkan
bank pelaburan berhati-hati dalam membuat satu komitmen yang tetap kepada
firma pengeluaran.
 Secara relatifnya, terbitan kecil dijamin oleh jurubank tunggal manakala terbitan
yang besar dijual oleh kumpulan jaminan bank pelaburan iaitu sindiket.
 Penanggung jaminan dapat mengurangkan kos maklumat antara peminjam-
peminjam dan memberi keyakinan kepada pelabur tentang terbitan baru.
 Bank pelaburan menetapkan peraturan kepada pengeluar sekuriti agar
mendedahkan maklumat tentang saham-saham atau bon-bon untuk dimaklumkan
kepada pelabur tentang risiko selain dapat mencegah sebarang penipuan

f. Pejabat Wakilan Bank Asing di Malaysia


 Terdapat 32 bank asing yang menubuhkan pejabat wakilan di Malaysia
 Kebanyakkan bank dari negara Eropah dan Jepun
 Pejabat wakilan hanya sebagai pejabat perhubungan dan tidak menawarkan
sebarang produk perbankan kepada pasaran Malaysia
 Contohnya, Citibank
Pejabat Wakilan Bank Asing
di Malaysia – pejabat
perhubungan & tidak
menawarkan sebarang produk
perbankana kepaa pasaran
Malaysia

Jelaskan fungsi-fungsi Bank Pusat.


Nyatakan jenis-jenis syarikat kewangan berserta dengan contoh.
Terangkan setiap entiti dalam Bank Islam secara ringkas.
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 41

2.3.3.2 Institusi Kewangan Bukan Bank


a. Syarikat insurans
 Syarikat insurans merupakan perantara kewangan yang khusus untuk melindungi
pemegang polisinya daripada risiko-risiko ekonomi seperti kerugian harta benda,
kehilangan nyawa dan sebagainya.
 Contohnya, MAA Insurance Berhad
Syarikat insurans – perantara kewangan
yang khusus untuk melindungi pemegang
polisi daripada risiko seperti kerugian
harta benda

 Sumber kewangan utama syarikat insurans ialah daripada Premium pemegang


polisinya. Syarikat insurans akan membesarkan dana premium yang diterima
melalui pelaburannya dalam surat jaminan kerajaan, surat jaminan korporat, harta
tetap dan lain-lain.
 Syarikat insurans berfungsi menggerakkan pembangunan ekonomi negara kerana
institusi kewangan ini mendorong membiayai projek-projek pembangunan sektor
awam dan swasta.
 Keuntungan syarikat insurans bergantung kepada keupayaan syarikatnya untuk
mengurangkan kos maklumat pemilihan kesan dan kelakuan bahaya.
 Syarikat insurasns dapat dibahagi kepada dua iaitu, syarikat insurans nyawa dan
syarikat insurans kebakaran dan kecelakaan.

b. Syarikat Insurans Nyawa


 Syarikat insurans ini melindungi individu daripada risiko kematian dan memberi
perlindungan masa tua.
 Syarikat ini memperolehi dana daripada premium yang dibayar oleh individu ke
atas polisi dan menggunakannya untuk membeli bon korporat dan membuat
cagaran.
 Contohnya, Alliance Life Insurance Malaysia Berhad Syarikat Insurans Nyawa –
melindungi individu daripada
risiko kematian & memberi
perlindungan masa tua
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 42

c. Syarikat Insurans Kebakaran dan Kecelakaan


 Syarikat insurans ini melindungi pemegang polisi daripasa kerugian akibat
kecurian, kemalangan, dan kebakaran.
 Syarikat ini juga sama dengan syarikat insurans nyawa iaitu memperolehi dana
daripada premium, namun mereka mempunyai kemungkinan yang besar untuk
rugi sekiranya berlaku bencana alam yang besar seperti gempa bumi, banjir dan
sebagainya.
 AM Assurance Berhad Syarikat Insurans Kebakaran &
Kecelakaan – melindungi pemegang
polisi daripada kerugianakibat kecurian
d. Syarikat Takaful
 Syarikat insurans yang berlandaskan hukum Islam
 Terdapat dua jenis iaitu takaful am dan takaful keluarga
 Takaful am menawarkan perlindungan kepada ’insured’ daripada risiko
kebakaran, kehilangan atau kerosakan harta benda
 Takaful keluarga melindungi ’insured’ daripada kematian atau masalah kesihatan
atau kemalangan yang mungkin berlaku
 Contohnya, Takaful Malaysia Syarikat Takaful – syarikat
insurans yang berlandaskan
hukum Islam
e. Institusi Tabungan
 Institusi tabungan berfungsi untuk mengurangkan kelalaian risiko dan maklumat
tidak simetrik iaitu keadaan di mana terdapat dua atau lebih pihak dan apabila
kedua-dua pihak ini menjalankan transaksi, wujud beberapa maklumat yang tidak
sekata atau selaras antara mereka.
 Institusi tabungan menerima deposit jangka pendek kewangan dalam jangka
panjang seperti cagaran rumah dan disebabkan itu, risiko dalam pasaran kadar
bunga berada dalam keadaan turun naik.

Institusi Tabungan –
mengurangkan kelalaian risiko
& maklumat tidak simetrik
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 43

 Di Malaysia, Bank Simpanan Nasional merupakan sebuah bank tabungan yang


dimiliki oleh kerajaan Malaysia.
 Peranan utama BSN ialah untuk menggalakkan sikap berjimat cermat di kalangan
penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bank Simpanan Nasional mempunyai perkhidmatan


Unit Bank Bergerak BSN untuk memudahkan transaksi
perbankan oleh penduduk bandar dan luar bandar.

f. Institusi Kewangan Pembangunan


 Institusi kewangan pembangunan (Development Financial Instituitions-DFI)
ditubuhakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sektor dan sub-
sektor tertentu seperti pertanian, pembangunan kemudahan dan perniagaan
antarabangsa
 Insttusi ini hanya mengukhususkan kepada pembiayaan projek jangka panjang
dan pertengahan yang boleh membawa kepada kredit atau risiko pasaran yang
tinggi

Institusi Kewangan Pembangunan –


meningkatkan pembangunan sektor &
subsektor tertentu seperti pertanian

 Institusi Kewangan Pembangunan utama di Malaysia adalah:


i. Bank Pertanian Malaysia
 memfokuskan pembangunan sektor pertanian dalam negara
ii. Bank Industri dan Teknologi Malaysia
 memfokuskan pembangunan sektor industri dalam negara
iii. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
 salah satu institusi kewangan yang menawarkan kemudahan kewangan
kepada golongan bumiputra dalam sektor pembuatan dan industri
iv. EXIM Bank
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 44

 memberi pembiayaan bagi perniagaan antarabangsa dan memudahkan


eksport barang dan perkhidmatan dengan memeri kredit eksport,
membiayai pelaburan modal dan mengusahakan perkhidmatan dan
maklumat perniagaan.

Jelaskan tiga jenis syarikat insurans serta operasinya.


Apakah syarikat insurans yang ditubuhkan berdasarkan hokum Islam?
Nyatakan contoh Institusi Kewangan Pembangunan utama di Malaysia
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 45

2.4
Bank / Syarikat di
Akta Tujuan
bawah akta
Akta Bank Pusat Malaysia  lebih kepada  Bank Negara Malaysia
1958 (Central Bank of pentadbiran
Malaysia Act 1958) dan objektif bank pusat
 menyatakan tentang
hubungan bank pusat
dengan kerajaan dan
institusi kewangan
 mengawal tugasan dan
kuasa bank pusat
 Bank Negara Malaysia
telah meminda Akta Bank
Negara Malaysia 1958
pada tahun 2003 bagi
mempertingkatkan
peranan dan fungsi MPS
(Majlis Penasihat Syariah)
Bank Negara Malaysia
Akta Perbankan dan  menggariskan undang-  Bank Saudagar
Institusi Kewangan 1989 undang bagi perlesanan  Bank Perdagangan
(Banking and Financial dan pengawalan institusi  Syarikat Diskaun
Instituitions Act 1989) - yang menjalani aktiviti  Syarikat Kewangan
(BAFIA) perbankan, syarikat
kewangan, bank saudagar,
syarikat diskaun dan
perniagaan broker
Akta Kawalan Pertukaran  mengawal perniagaan/  Maybank
1953 (Exchange control pertukaran emas, mata  Bank NSBC
act 1953) wang asing, bayaran  Bank-bank dan syarikat-
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 46

kepada dan daripada syarikat yang


pemastautin, penerbitan mengendalikan aktiviti
sekuriti dari luar Malaysia, pertukaran dengan
import dan eksport. asing
 mengizinkan pengawal
(controller) pertukaran
asing untuk memberi
kebenaran dan nasihat
serta menguatkuasakan
syarat-syarat di akta
Akta Perbankan Islam  memperuntukkan hal  Bank-bank Islam
1983 (Islamic Banking Act perlesenan dan
1983) pengawalseliaan bagi
perniagaan perbankan
Islam
 mengawal bank Islam dan
pengurusannya serta
mempunyai syarat-syarat
lain seperti untuk penalti
Akta Insurans 1996  mempunyai syarat-syarat  Syarikat-syarikat
(Insurance Act 1996) tentang perlesenan bagi Insurans
penjamin dan pelarasan
orang pertengahan
penjamin
 juga mempunyai syarat
tentang polisi, skim dana
penjamin insurans, kuasa
penguatkuasaan bank
pusat dan syarat-syarat
lain.

Akta Takaful 1984  untuk peraturan dan  Pengendali-


Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 47

(Takaful Act 1984) pendaftaran perniagaan pengendali takaful


takaful di Malaysia dan
untuk tujuan lain yang
berkaitan dengan takaful
 takaful dalam konteks ini
bermaksud skim
berdasarkan persaudaraan,
perpaduan dan saling
membantu.
Akta Institusi Kewangan  fokus kepada  Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 pembangunan institusi Pembangunan
(Development Financial kewangan yang efektif
Instituitions Act 2002) - dan berkesan untuk
(DFIA) memastikan peranan,
objektif, aktiviti institusi
tersebut selaras dengan
polisi kerajaan
Akta Perbadanan Insurans  mentadbir sistem insurans  Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia 2005 deposit di Malaysia Deposit Malaysia
(Malaysia Deposit  tujuan PIDM adalah untuk
Insurance Corporation Act menggantikan sebarang
2005) jaminan yang disediakan
oleh kerajaan sebelum ini
berhubung dengan deposit
yang disimpan di bank
perdagangan, syarikat
kewangan dan bank-bank
Islam yang berlesen

2.5
Tajuk 2: Pasaran, Instrumen dan Institusi Kewangan 48

1. Jelaskan proses pembiayaan langsung dan pembiayaan


tidak langsung.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran kewangan
dan apakah fungsinya?
3. Apakah perbezaan antara pasaran wang dan pasaran
modal?
4. Jelaskan empat jenis pasaran kewangan utama di
Malaysia berserta dengan contoh.
5. Mengapakah Pasaran Melalui Kaunter (OTC) lebih
terkenal berbanding pasaran pertukaran?
6. Nyatakan tiga jenis instrumen kewangan pasaran wang
yang ada di negara kita.
7. Apakah yang anda faham tentang konsep kecairan dan
risiko dalam instrumen kewangan?
8. Apakah kegunaan instrumen kewangan?
9. Huraikan dua jenis instrumen kewangan pasaran wang
dan instrumen kewangan pasaran modal.
10. Nyatakan tiga jenis perantara kewangan.
11. Huraikan tentang fungsi-fungsi Bank Pusat di Malaysia.
12. Jelaskan tiga fungsi perantara kewangan.
13. Terangkan bagaimana Bank Perdagangan mencipta
keuntungan.
14. Jelaskan secara ringkas tentang akta kewangan di
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai