Anda di halaman 1dari 6

TAJUK:

ULASAN JURNAL

NAMA : AIDA IDAYU BT MOHAMED ALI

NO. MATRIK : D20171079304

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN GEOGRAFI

SEMESTER : 6 SESI 2019/2020

SUBJEK : WILAYAH ASIA MONSUN

KOD KURSUS : HGM3053

NAMA PENYARAH : DR. ZURIATUNFADZLIAH BINTI SAHDAN

KUMPULAN :B
ENVIRONMENT PROBLEMS OF CITY DEVELOPMENT IN CHINA

Xin L., & Yanli Q., (2015). Environment Problems Of City Development In China: Journal
of Geoscience and Environment Protection. (3) 104-110. Diperoleh daripada:
https://www.scirp.org/journal/paperinformation.aspx?paperid=58343

PENGENALAN

Jurnal ini merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Xin Li dan Yanli Qiao dari
Institusi Penyelidikan Kejuruteraan Pengangkutan Air Tianjin, MOT, Tianjin, China dan
ENN Intelligent Energy Co., Ltd., Langfang, China terhadap “Environment Problems of City
Development in China”. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memberikan gambaran
yang jelas tentang isu-isu persekitaran yang berlaku di negara China.

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Secara keseluruhannya, jurnal ini menceritakan tentang masalah alam sekitar yang
disebabkan oleh pembandaran dan pembangunan di negara China. Negara China adalah
sebuah negara membangun terbesar didunia. Dapat dilihat juga di negara China berlakunya
proses urbanisasi yang sangat tinggi. The World Bank juga ada menyatakan tahap urbanisasi
semasa di negara maju telah mencapai sekitar 80 peratus, iaitu hamper sama dengan purata
dunia 50%. Tahap purata negara membangun pula adalah 42%, sementara tahap untuk negara
Chian hanya 36 %. Pembangunan urbanisasi di china berlaku secara besar-besaran. Hal ini
telah menyebabkan pembangunan wilayah yang tidak sekata.

Sebelum berlakunya kemajuan pembangunan di negara China, tahap urbanisasi


negara ini hamper terhenti. Kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi agak mundur.
Kadar urbanisasi China meningkat dari 28% hingga 45% dalam 15 tahun, dan hanya
meningkat 1% per tahun kadar kenaikn dan pada tahun 2035 akan mencapai sekitar 75%.
Proses urbanisasi ini jauh lebih pantas daripada negara maju di Eropah dan Amerika. Negara
China kini merupakan sebuah bandar yang menjadi pembangunan bandar utama di bandar-
bandar besar. Kemajuan ini telah memudahkan dan memberi peluang dari segi perindustian
dan ekonomi negara. Dapat dilihat wujudnya perindustrian baru, zon ekologi komersial,
kehidupan yang baru malah wujudnya pembentukkan jaringan transit.
Pembangunan urbanisasi ini secara besar besaran adalah pembangunan wilayah
yang tidak sekata. Banyak masalah yang dihadapi sejak proses pembangunan ini terjadi.
Apabila penduduk terlalu ramai dikawasan bandar menyebabkan berlakunya pertambahan
penduduk, berlakunya masalah tempat tinggal, masalah pengangkutan, pendidikan dan
masalah kesihatan serta masalah infrastruktur. Kemampuan sesebuah bandar untuk
menampung populasi disetiap bandar agak terbatas.

Masalah alam sekitar akan menjadi lebih serius dalam jangka masa yang pendek
ini. Isu alam sekitar ini memberikan kesan yang negative kepada bumi. Antara masalah yang
dihadapi ialah berlaku pencemaran udara dibandar. Pencemaran udara ini menyebabkan
persekitaran yang tidak baik. Udara dibandar menjadi kotor dan berdebu. Kepadatan
penduduk juga menyebabkan bilangan kenderaan dibandar meningkat. Hal ini akan
menyebabkan pengeluaran asap-asap daripada kenderaan. Asap-asap ini akan naik ke lapisan
atmosfera dan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu, kesan pulau haba bandar akan
berlaku. Suhu dibandar akan meningkat. Bumi akan menjadi lebih panas. Kenaikan suhu ini
akan membuatkan kita akan sentiasa mencari kipas dan penghawa dingin. Secara tidak
langsung akan menyebabkan kos sara hidup akan meningkat.

Selain itu, kesan urbanisasi terhadap sumber air. Dimana apabila berlakunya
proses pertambahan penduduk maka jumlah air semakin berkurangan. Hal ini demikian
kerana banyak manusia ingin menggunakan air. Bukan sahaja untuk aktiviti domestik. Malah,
aktiviti perindustrian juga menggunakan air yang banyak. Jadi, ini akan menyebabkan
berlakunya pecaturan air. Terdapat lebih daripada 600 bandar di China, sekitar 400 bandar
mengalami masalah kekurangan air dan terdapat 100 bandar yang mengalami kekurangan air
yang sangat teruk. Bukan itu sahaja, malah apabila populasi penduduk meningkat maka
pencemaran air juga akan berlaku. Sisa dari kilang-kilang akan dibuang ke dalam sungai dan
laut. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air. Nilai Ph air akan menjadi tinggi.

Seterusnya, urbanisasi juga telah menyebabkan pencemaran sisa. Peningkatan


sisa ini menyebabkan kekurangan tempat pelupusan sampah di negara China. Hal ini akan
menyebabkan ekonomi negara terjejas. Akhirnya, pencemaran bunyi. Semakin meningkat
proses urbanisasi berlaku, maka bunyi bising dikawasan-kawasan bandar juga berlaku. Hal
ini membuatkan persekitaran tidak menjadi tenang.
ULASAN KRITIS ARTIKEL

Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh pengkaji. Hal
ini demikian kerana peningkatan urbanisasi dalam sesebuah negara mendatangkan pelbagai
perspektif sama ada dalam bentuk yang positif mahupun yang negatif. Secara kasarnya, kita
dapat lihat bahawa urbanisasi ini memberikan kemajuan dalam ekonomi negara. Dari
sudutlain, urbanisasi ini mendatangkan perkara yang tidak menyenangkan. Hal ini kerana
dikawasan bandar akan mengalami pelbagai masalah seprti yang dijelaskan oleh pengkaji.

Isu alam sekitar ini memang tidak dinafikan banyak berlaku dimana-mana
negara sekalipun. Isu ini menjadi salah satu isu terpenting dalam dunia. Selain itu juga,
masalah alam sekitar ini merupakan satu isu yang sangat menarik. Hal ini demikian kerana
dapat dilihat walaupun kita semua tahu bahawa isu alam sekitar ini membawa kesan yang
negatif kepada dunia tetapi mereka seakan akan tidak mengambil serius tentang isu alam
sekitar ini. Tidak dinafikan juga banyak NGO dan juga kerajaan telah melaksanakan aktiviti
agar memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya menjaga alam sekitar ini.
Akan tetapi masyarakat tidak menyedar bahawa dunia semakin nazak.

Kesan yang negatif ini bukan sahaja akan menjejaskan negara sahaja malah
memberi kesan kepada individu juga. Persekitaran menjadi tidak harmoni dan akan
mengganggu kehidupan seharian kita. Oleh itu, sebenarnya perkara ini perlu dipandang serius
oleh pelbagai lapisan masyarakat agar mendapat kesedaran rohani dalam diri mereka.
Pendidikan alam sekitar ini harus diterapkan dalam diri masyarakat sejak kecil lagi. Begitu
juga dengan proses urbanisasi perlu diambil serius tentang isu ini agar masyarakat lebih
memandang serius. Banyak kesan yang negatif kita dapat lihat.

PENUTUP

Kesimpulanya, pembandaran ini membawa kesan yang positif dan negatif kepada kita. Kesan
positifnya ialah dapat meningkatkan ekonomi negara dan kesan negatifnya ialah
menyebabkan masalah alam sekitar. Kita harus memandang serius hal ini agar dapat menjaga
bumi ini dengan baik.
URBAN YOUTH CULTURE IN BANGLADESH UNDER THE SWAY OF
CULTURAL GLOBALIZATION: A DESCRIPTIVE ANALYSIS

Muhammad Z. H., & Mohammad. M. (2015). Urban Youth Culture In Bangladesh Under
The Sway Of Cultural Globalization: A Descriptive Analysis: Sosiologi Mind. (5)
213-226. Diperoleh daripada: https://www.scirp.org/pdf/SM_2015072413500676.pdf

PENGENALAN

Jurnal ini merupakan hasil kajian dan kertas cadangan oleh Muhammad Zakir Hossin dan
Mohammad Mohiuddin dari Pusat Pengajian Kesihatan Ekuiti (CHESS), Universiti
Stockholm, Stockholm, Sweden dan Jabatan Sosiologi, Universiti Chittagong, Bangladesh
terhadap “Urban Youth Culture in Bangladesh under the Sway of Cultural Globalization: A
Descriptive Analysis”.

ULASAN KANDUNGAN ARTIKEL

Secara keseluruhannya, jurnal ini menceritakan tentang budaya belia bandar di Dhaka,
Bangladesh. Dapat dilihat bahawa pada era globalisasi kini, membawa pada perubahan
budaya kita dan mempengaruhi kehidupan harian kita.

Pendedahan media eletronik dan teknologi komputer ini kepada belia sangat
mempengaruhi kehidupan seharian rakyat di Bangladesh. Kebanyakkan merka menonton
movie-movie antarabangsa dan juga tempatan. Akan tetapi peratusan yang paling rendah
ialah rakyat di Bangladesh kurang menonton atau mengakses saluran televisyen tempatan.
Mereka lebih gemar untuk membuka saluran televisyen antarabangsa. Kebanyakkan warga
belia ini gemar membuka saluran televisyen yang berunsurkan percintaan dan seks dan
diikuti dengan filem dan drama, komedi dan aksi.

Warga belia juga lebih gemar memilih makanan segera berbanding dengan makanan
tradisional. Perbezaan dari segi jantina pula kelihatan perempuan lebih tinggi peratusannya
berbanding dengan lelaki dalam pemilihan makanan segera. Dari segi pemakaian pula mereka
lebih kecenderung untuk mengikuti pemakaian belah Barat dan mereka juga gemar untuk
mendengar lagu-lagu dibelah Barat.
Dari segi percintaan dan seks pula, peratusan tinggi menunjukkan mereka lebih gemar
untuk bercampur dengan rakan yang berlainan jantina. Kebanyakkan mereka yang
mempunyai hubungan sepasang kekasih. Peratusan yang tinggi menunjukkan bahawa wanita
lebih memberi komited dalam perhubungan.

ULASAN KRITIS ARTIKEL

saya setuju dengan pengkaji yang menyatakan bahawa media massa ini merupakan alat
golabalisasi yang memberi pengaruh yang sangat kuat kepada masyarakat belia. Media massa
ini telah merubah seseorang individu menjadi individu yang lain. Malah menjadi norma baru
kepada masyarakat kini mengikuti norma-norma Barat dari segi pemakaian, pemakanan gaya
hidup dan sikap.

Tidak dinafikan bahawa penggunaan media massa dan internet amat penting pada
masa kini. Dalam konteks lain internet ini menjadi satu keperluan wajib masyarakat pada
masa hari ini. Penggunaan media masa yang tidak terkawal boleh mendatangkan keburukan
dalam diri seseorang individu tersebut. Sebagai contoh penggunaan internet boleh
menyebabkan banyak kes jenayah meningkat. Selain itu juga peningkatan kes seksual juga
boleh meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi ini.

Dalam pada itu juga, kemajuan teknologi ini mendatangkann kesan yang positif
kepada negara. Banyak kemudahan yang tersedia dengan kemajuan media massa ini.
Terdapat banyak juga ilmu pengetahuan dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.

PENUTUP

Kesimpulannya, kesan globalisasi budaya terhadap gaya hidup dan tingkah laku masyarakat
belia menjadi isu yang sangat hangat. Kemajuan teknologi media ini sangat mempengaruhi
kehidupan seharian masyarakat belia. Malah, kemajuan ini boleh mendatangkan pelbagai
kesan yang positif mahupun negatif. Oleh itu, pelbagai pihak perlu menangani isu ini agar
pengaruh media massa ini tidak menjejaskan kehidupan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai