Anda di halaman 1dari 1

DOKUMENTASI PROGRAM

Tajuk Program : PROGRAM KEPIMPINAN KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS (2012)

Tarikh : 7 FEBRUARI 2012 (SELASA)

Masa : 11.00 pagi hingga 01.15 PETANG

Tempat : DEWAN SKPS

Laporan sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

Seramai 30 orang murid dari tahun 2 hingga tahun 6 telah mengikuti program kepimpinan ketua kelas dan
penolong ketua kelas bagi tahun 2012.Program ini adalah anjuran dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SKPS.

Program ini dijalankan supaya murid dapat membina nilai dan sikap kepimpinan yang berwibawa dan
berkaliber dalam diri mereka. Di samping itu, tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid
yang telah dilantik menjadi ketua kelas dan penolong ketua kelas supaya mereka tahu peranan dan tugas mereka
sepanjang tahun 2012.

Program ini dijalankan lebih kurang selama 2 jam 15 minit. Ceramah program telah disampaikan sendiri
oleh guru bimbingan dan kaunseling SKPS iaitu cikgu Rosmawati Bt Abdul Ghani. Pelbagai ilmu telah disampaikan
kepada murid-murid supaya mereka bersedia untuk menjalankan tugas dan amanat mereka sebagai ketua kelas
dan penolong ketua kelas.

Sebelum program ini berjalan, Guru Bimbingan dan Kaunseling telah menyediakan kertas kerja. Daripada
kertas kerja inilah Guru Bimingan dan Kaunseling berbincang bersama Guru Besar dan PK HEM untuk penetapan
tarikh, tempat dan aktiviti program. Disamping itu juga, Guru Bimbingan dan Kaunseling juga telah mengadakan
taklimat bersama guru yang terlibat supaya mereka tahu tugas mereka.

Selepas program selesai dijalankan, penilaian dibuat secara rawak dengan soalan-soalan yang diberikan
kepada murid, apa kesan yang mereka perolehi daripada ceramah yang disampaikan. Walaubagaimanapun, murid-
murid ini juga akan didedahkan di dalam kelas tentang tugas dan peranan mereka dalam menjalankan tugas yang
dipikul sebagai ketua kelas dan penolong ketua kelas. Mereka juga akan sentiasa ditegur dan dipantau oleh guru
kelas guru matapelajaran,pihak pentadbir dan guru bimbingan dan kaunseling.

Cadangan dan Pembaikpulih Program.

Program ini berjalan dengan lancar kerana ada kerjasama daripada AJK yang terlibat. Objektif yang
digarapkan dalam program ini dapat dicapai dengan jayanya serta member manfaat kepada semua pihak.

Oleh itu, , harapan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling, program yang dijalankan ini akan dapat
memberi manfaat kepada murid-murid yang dilantik menjadi ketua kelas dan penolong ketua kelas berubah diri
dalam memberi tumpuan untuk tanggungjawab mereka menjaga keamanan sekolah supaya tenteram, aman dan
bersih.

Disediakan oleh :

(ROSMAWATI BT ABDUL GHANI)

Anda mungkin juga menyukai