Anda di halaman 1dari 62

PROJEK TAHUN AKHIR

PERSEMBAHAN

MASKULINITI SILAT DALAM PERSEMBAHAN TARI

KONTEMPORARI UNTUK PENARI WANITA

NURSHAHRINNI BINTI SYAHRIAL

NO MATRIK : RIC170020

PUSAT KEBUDAYAAN

UNIVERSITI MALAYA

SESI 2019/2020
PENGESAHAN KEASLIAN LAPORAN

Dengan ini saya Nurshahrinni binti Syahrial

No. Matrik RIC 170020 mengaku bahawa penulisan

dossier untuk kursus Projek Penilaian Akhir adalah

hasil usaha sendiri.

Tandatangan :

Tarikh :

Pengesahan :

( Mohammad Khairi Mokthar )

Pesnyarah Jabatan Tari

Pusat Kebudayan

Universiti Malaya
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur

Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas

limpah dan kurniaNYa, maka dapatlah saya menyiapkan

penulisan dossier dan merakam persembahan projek

tahun akhir dengan jayanya walaupun menempuhi

pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik

Mohammad Khairi Mokthar , selaku penyelia saya di

atas kesabaran,sokongan, nasihat serta bimbingan

yang banyak membantu kepada kejayaan dalam

penghasilan penulisan dossier ini. Tidak dilupakan

juga kepada barisan pensyarah dan koreografer yang

sudi berkongsi pengalaman, idea dan bimbingan

sepanjang pengajian ini. Segala pengalaman yang

dilalui pasti tidak dapat dilupakan.

Ribuan terima kasih kepada ibu saya yang saya

kasihi, Pn Afraini Agussalim yang sentiasa memberi

kasih sayang, dorongan, doa dan juga panduan hidup

yang amat saya perlukan. Ucapan terima kasih juga

saya ucapkan kepada suami tercinta, Shazwan bin

Alias di atas kesabaran, sokongan, bantuan,

i
toleransi cinta dan doa sehingga saya dapat

menyempurnakan penulisan dossier serta projek tahun

akhir ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih

kepada adik-beradik saya serta rakan-rakan

seperjuangan.

Akhir kata, ucapan terima kasihjuga kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan

dalam menyiapkan penulisan dossier ini.

ii
ABSTRAK

MASKULINITI SILAT DALAM PERSEMBAHAN TARI KONTEMPORARI


UNTUK PENARI WANITA

Sebagai seorang penari yang akan mempersembahkan beberapa

karya yang menerapkan gaya maskuliniti, perlu adanya

pengetahuan yang mendalam terhadap maskuliniti itu sendiri.

Maskuliniti itu boleh dilihat melalui sifat semula jadi lelaki

yang bersifat secara umumnya memiliki bentuk badan yang

sempurna dan menjadi seseorang yang dihormati (Zahra Fazli

Khalaf, 2008). Wujudnya juga lelaki yang mempunyai sifat kuat,

berdikari, agresif, berkuasa dan berdaya saing (Kilmartin.T,

2007). Tambahan pula, maskuliniti ini lebih jelas kelihatan

apabila wujudnya seni mempertahankan diri seperti

silat.Penerapan gaya maskuliniti lebih kelihatan pada setiap

pergerakan yang akan saya persembahkan dalam kedua-dua karya.

Bagi karya duet saya yang bertajuk ‘Duo Piring’, akan

menggunakan ragam-ragam tari piring dan dikombinasikan dengan

tapak silat. Karya seterusnya merupakan persembahan

berkumpulan dan solo yang bertajuk ‘Prahara’.Objektif saya

adalah untuk mengkaji maskuliniti dalam ketiga-tiga

persembahan yang akan saya persembahkan. Sebelum itu, saya

juga ingin memahami maskuliniti dalam konteks Malaysia dan

budaya Melayu terutamanya dalam dunia seni silat. Seterusnya,

iii
mengaplikasikan gaya maskuliniti dalam diri sendiri melalui

persembahan yang akan dipersembahkan. Hal ini demikian kerana,

persembahan yang akan saya persembahkan sememangnya lebih ke

arah penggayaan maskuliniti dimana akan menonjolkan sifat-

sifat semula jadi lelaki. Bagi mencapai keberkesanan, saya

telah mengikuti latihan secara berkala bersama-sama dengan

koreografer. Selain itu, saya telah menemubual koreografer

untuk memastikan keberkesanan dalam menerapkan gaya

maskuliniti pada setiap koreografi.

iv
ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Abstrak iii
Isi Kandungan v

BAB 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Kajian 5
1.3 Metodologi Kajian 6
1.4 Kajian Literatur 8

BAB 2
2.1 Pengenalan 12
2.2 Penerapan maskulinti dalam diri 13
penari wanita
2.3 Maskuliniti silat dalam 17
persembahan tari kontemporari untuk
penari wanita

BAB 3 KARYA DUO PIGHENG


3.1 Latar Belakang dan Konsep 19
Persembahan
3.2 Estetika Persembahan 23
3.3 Teknik Persembahan 25
3.4 Proses dan Ulasan Persembahan 29
3.5 Cabaran Persembahan 32

BAB 4 KARYA PRAHARA


4.1 Latar Belakang dan Konsep 36
Persembahan
4.2 Estetika Persembahan 39
4.3 Teknik Persembahan 41
4.4 Proses dan Ulasan Persembahan 43
4.5 Cabaran Persembahan 46

BAB 5 48
Kesimpulan
Rujukan
Appendix

v
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Secara umumnya, maskuliniti dapat dilihat dan

dihuraikan melalui beberapa sifat dan tingkahlaku

yang ada pada setiap individu lelaki. Antaranya

adalah kuat, berdikari, tabah, gagah, kuat bekerja

dan berdaya saing. Jika dihuraikan melalui aktiviti

atau kelakuan pula, individu tersebut lebih gemar

melakukan aktiviti yang agak lasak dan agresif.

Antaranya adalah mengembara, mendaki gunung,

bersukan dan sebagainya (Kilmartin.T , 2007).

Namun begitu, wujudnya maskuliniti dalam seni

silat mempertahankan diri adalah faktor utama yang

boleh saya ketengahkan untuk kajian saya ini. Di

Malaysia, seni silat mempertahankan diri merupakan

salah satu ilmu beladiri yang sememangnya diakui

sebagai hak bangsa Melayu. Secara umumnya, silat ini

dikatakan sebagai seni (permainan) kepandaian serta

ketangkasan melawan dan mempertahankan diri. Sejak

zaman dahulu lagi, silat ini merupakan ilmu para

hulubalang dan perajurit yang sangat diberikan

perhatian oleh kebanyakan lelaki dewasa. Jadi, pada

1
zaman tersebut, latihan atau ilmu silat ini tidak

diajarkan secara terus kepada wanita (Wan Mohd

Dasuki, 2018).

Pada zaman moden ini, silat sudah mula diajar

kembali kepada semua golongan masyarakat. Tidak kira

peringkat umur dan juga jantina. Malah, lebih ramai

wanita yang mula mempelajari silat pada masa kini.

Berdasarkan pemerhatian saya, silat kini diberi

perhatian kerana hampir semua wanita berhasrat

untuk menjadi kuat dan berani seperti lelaki. Mereka

juga beranggapan bahawa silat mampu melindungi

mereka daripada sebarang perkara yang membahayakan.

Mereka yang mempelajari silat juga dapat bersaing

atau bertempur manusia melawan manusia mahupun

melawan binatang buas (Aminuddin Anuar, 2006).

Bagi setiap wanita yang mempelajari ilmu silat

ini tidak seharusnya menjadi seperti seorang lelaki.

Menurut Siti Zuliana yang telah menulis sebuah

artikel pada tahun 2016, apa yang penting apabila

mempelajari silat adalah untuk melindungi diri dan

keluarga dan bukan untuk disalahgunakan . Menurut

Siti Zuliana et al.(2016) lagi, apa yang dapat

dikaitkan adalah apabila wanita itu boleh menjadi

kuat, tangkas serta berani dalam menghadapi apa jua

2
rintangan, terutamanya musuh. Oleh itu, berdasarkan

apa diterangkan pada awalnya, gaya maskuliniti itu

boleh diterapkan dalam diri seorang wanita. Jadi,

amatlah penting untuk seseorang wanita itu

mempelajari dan mengaplikasikan gaya maskuliniti itu

dalam dirinya terutamanya dalam mempertahankan diri.

Tambahan pula, beliau turut berpendapat bahawa

setiap teknik atau langkah yang dipersembahkan bukan

semata-mata mahu kelihatan cantik tetapi lebih

kepada berperang dan kasar. Beliau turut meluahkan

rasa bangga apabila para pesilat wanita mampu

melakukan aksi yang ada dalam silat.

Maskunliniti didalam diri saya sebagai penari

lebih jelas kelihatan apabila saya mempersembahkan

tarian yang menggunakan maskuliniti dalam seni

silat. Antaranya adalah penggunaan tapak silat iaitu

‘ kuda-kuda’. Tarian pertama merupakan persembahan

tarian secara duet yang bertajuk ‘Duo Piring’. Duo

Piring akan menggunakan ragam-ragam tarian piring

dan dikombinasikan dengan tapak silat. Tarian

seterusnya merupakan persembahan saya secara solo

dan juga berkumpulan yang bertajuk ‘Prahara’. Tarian

ini pula merupakan sebuah tarian yang menggunakan

3
beberapa bunga silat dan juga dikombinasikan dengan

gerak tarian Melayu.

4
1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan

penerapan gaya maskuliniti dalam diri penari wanita.

Bagi mencapai tujuan tersebut, terdapat beberapa

objektif kajian yang telah ditetapkan.

1) Mengkaji maskuliniti dalam kedua-dua persembahan

yang akan dipersembahkan.

2) Memahami maskuliniti itu dari pelbagai aspek dan

konteks. Antaranya melalui sifat, tingkah laku dan

juga fizikal.

3) Mengaplikasikan gaya maskuliniti didalam diri

sendiri melalui persembahan yang akan

dipersembahkan. Hal ini demikian kerana setiap

pergerakan yang akan dilakukan lebih ke arah

menerapkan gaya-gaya maskuliniti dalam gerak.

5
1.3 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dimulakan melalui pembacaan berkaitan

dengan topik atau isu yang telah dipilih. Hal ini

adalah bagi memudahkan proses memperoleh dan

mengumpul data sekundur dari maklumat yang terdapat

pada buku, tesis, dan jurnal.

Seterusnya, penggunaan kaedah menemubual juga

telah dilakukan sepanjang menyiapkan kajian ini. Hal

ini apabila saya telah berbincang serta mendapatkan

pandangan daripada beberapa pensyarah dan juga

koreografer. Saya telah menemubual Encik Khairi yang

merupakan pesnyarah dan koreografer bagi karya Duo

Pigheng. Antara yang dibincangkan juga termasuklah

tarikh latihan serta masa latihan.

Sesi latihan juga dilakukan secara berkala sama

ada bersama koreografer atau melakukan latihan

bersama penari sahaja. Latihan ini telah dilakukan

sehingga hampir ke hari sebenar penilaian tahun

akhir. Jadi, latihan ini antaranya yang perlu diberi

perhatian lebih dan perlu memberi komitmen yang

baik. Tambahan pula,dengan adanya latihan secara

berulangan, akan memberi impak pada persembahan

sebenar.

6
Kaedah merakam video dan mengambil gambar juga

penting selain daripada menulis rekod sepanjang

latihan berlangsung. Hal ini kerana dapat membantu

diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan menjalani

proses penambahbaikan.

7
1.4 KAJIAN LITERATUR

Topik kajian ini adalah mengenai penerapan gaya

maskuliniti dalam diri penari wanita. Oleh itu,

kesemua bahan bacaan seperti tesis, buku, dan jurnal

yang menjadi bahan rujukan utama. Kaedah kajian ini

amatlah penting dilakukan untuk mendapatkan maklumat

serta pengetahuan yang berkaitan. Terdapat beberapa

penulisan yang masih relevan telah dirujuk untuk

memahami dengan lebih terperinci.

Kilmartin, C., & Smiler, A. M. (2007). The masculine

self (3rd ed.). Cornwall on Hudson, NY: Sloan

Publishing.

Berdasarkan penulisan “THE MASCULIN SELF”,

penulis menerangkan tentang maksud maskuliniti

dengan lebih terperinci serta menghuraikan satu-satu

persatu tentang sikap, perangai dan tingkah laku

maskuliniti itu. Selain itu, beliau juga

menyenaraikan segala yang berkaitan dengan

maskuliniti didalam buku ini di halaman empat dan

lima. Seterusnya, beliau menulis juga tentang

perlakuan yang tidak dilakukan oleh lelaki seperti

beremosi,mencuci pakaian dan menukar lampin bayi

serta bersikap ke arah feminin. Secara

8
keseluruhannya, saya dapat memahami dengan lebih

jelas tentang maksud maskulin itu dan saya dapat

menerapkan dalam diri melalui persembahan yang akan

dipersembahkan nanti. Berdasarkan apa yang telah

ditulis, di sini saya mengaitkan tentang sikap yang

dihuraikan dalam inividu maskuliniti itu pada diri

saya ketika saya mempersembahkan karya-karya ini.

Antaranya adalah, menjadi seorang yang tegas, lasak

dan berani. Serta, dalam persembahan ini juga saya

tidak akan ke arah kesopanan perempuan Melayu yang

agak bersifat lemah-lembut dan juga lebih kelihatan

feminin.

Wan, H. W. D. W (2018). MEOR ABDUL RAHMAN: KONSEP

TEMPUR SENI GAYONG DAN INOVASI SILAT MELAYU. JOURNAL

PENGAJIAN MELAYU , 29, 264.

Seterusnya, dalam penulisan Jurnal Pengajian

Melayu oleh Meor Abdul Rahman yang bertajuk “Konsep

Tempur Seni Gayong dan Inovasi Silat Melayu”, serba

sedikit membuka semula sejarah dimana wujudnya seni

silat dalam dunia Melayu. Beliau ada menyatakan

bahawa pada awalnya, ilmu silat ini mula dipraktik

oleh hulubalang, pahlawan melayu dan juga perajurit.

9
Tambahan pula, pada zaman itu merupakan zaman

peperangan dan amat penting untuk mereka bersiap

sedia menempuh musuh. Hal ini dapat dibuktikan

dengan adanya teks-teks kesusasteraan Melayu lama

yang melukiskan Hikayat Hang Tuah. Jadi, sehingga

kini Hang Tuah telah dianggap sebagai lagenda

tempur Melayu, di mana peribadi kepahlawanannya itu

selalu disebut-sebut dan dicontohi dalam tradisi

lisan silat. Oleh itu, artikel ini telah memberi

penjelasan dengan lebih terperinci tentang sifat

kepahlawanan pada zaman peperangan yang berlaku.

Jadi, saya dapat mengaitkan sifat kepahlawanan ini

dalam diri saya untuk memastikan keberkesanan

penerapan gaya maskuliniti itu.

Wahab, A. A. (2008). Silat: sejarah perkembangan

kurikulum silat Melayu tradisi dan pembentukan

kurikulum silat Malaysia moden. Kajang, Selangor:

Pertubuhan Seni gayung Fatani Malaysia, 73-77.

Selain itu, melalui sebuah buku yang bertajuk

Silat Seni Gayong Fatani yang ditulis oleh Anuar Abd

Wahab, pada halaman 73, beliau menjelaskan tentang

pandangan hidup silat itu. Beliau juga beranggapan

10
bahawa silat dapat mengajar manusia mencapai

matlamat hidup dengan mengenal dirinya yang kurang

yang perlu dibaiki dan lebih yang boleh mendatangkan

kebaikan pada diri, keluarga, saudara dan juga

masyarakat. Tambahan pula, beliau turut memberitahu

bahawa silat ini tidak dikhususkan untuk orang-orang

tertentu, malah silat ini boleh dipelajari oleh

semua golongan masyarakat. Kini, semakin ramai

wanita yang mula menceburi silat.

Apa yang dipraktikan oleh mereka adalah sifat

kepahlawanan itu. Jadi, tidak seharusnya mereka

berubah atau perlu menjadi seperti lelaki. Mereka

hanya perlu mendapatkan gaya dan juga sifat-sifat

yang ada dalam jiwa pahlawan. Berdasarkan apa yang

telah ditulis dalam buku ini juga menjelaskan

tentang apakah itu fungsi silat dan kebaikannya.

Jadi, saya boleh menggunakannya untuk mengukuhkan

lagi pendapat saya bahawa perempuan juga masih boleh

menerapkan maskuliniti dalam diri.

11
BAB 2

TEORI MASKULINITI

2.1 PENGENALAN

Terdapat pandangan maskuliniti pada sebelah

barat dan juga pandangan maskuliniti oleh masyarakat

Asia sendiri. Saya memilih maskuliniti untuk

dikaitkan dengan persembahan pada projek tahun

akhir. Maskuliniti adalah teori yang diaplikasikan

dalam karya persembahan projek tahun akhir.

Dalam bab ini saya menggunakan penjelasan

daripada Kilmartin (2007) untuk dijadikan penanda

aras sepanjang menyelesaikan kajian ini. Selain itu,

kajian ini juga dibantu dengan penjelasan oleh Wan

Dasuki (2018) yang membincangkan tentang seni silat

Melayu. Hal ini demikian kerana, maskuliniti mampu

memperkasakan wanita. Meskipun ciri-ciri maskulin

itu bukan wajib, tetapi dapat membantu dan mendukung

watak yang ingin ditunjukkan dalam karya tersebut.

12
2.2 PENERAPAN MASKULINITI DALAM DIRI PENARI WANITA

Saya mengaitkan teori maskuliniti dengan

persembahan semasa projek tahun akhir. Bagi saya,

maskuliniti ini serba sedikit mempunyai kaitan

dengan maskuliniti silat dalam diri penari wanita

yang dipersembahkan. Hal ini demikian kerana, bagi

karya Duo Piring dan juga Prahara, kedua-duanya

menggunakan asas silat Melayu. Pengertian

maskuliniti ini dapat difahami dengan lebih mendalam

dengan merujuk kepada penjelasan yang terdapat dalam

buku The Masculine Self oleh Kilmartin (2007). Di

dalam buku tersebut, Kilmartin telah memberi

pandangan dengan lebih terperinci mengenai

pengertian maskuliniti.

Menurut beliau, maskuliniti dapat dilihat dan

dihuraikan melalui beberapa sifat dan perangai yang

ada pada setiap individu lelaki. Antaranya adalah

kuat, berdikari, tabah, gagah, kuat bekerja, dan

berdaya saing. Jika dihuraikan melalui aktiviti atau

kelakuan pula, individu ini lebih gemar melakukan

aktiviti yang agak lasak dan agresif. Antaranya

13
adalah mengembara, mendaki gunung, bersukan dan

sebagainya (ms 4).

Pengertian maskuliniti juga dapat difahami

melalui buku Men and Masculinities dalam bab satu

yang ditulis oleh Connell, Jeff Hearn dan Kimmel

(2005).

Menurut mereka ;

" Men and masculinities are shaped by

differences of age, by class situation, by ethnicity

and racialization, and so on. The gendering of men

only exists in the intersections with other social

divisions and social differences. Indeed,

paradoxically, it might be argued that as studies of

men and masculinities and assumptions about them,

other social divisions, such as age, class and

disability, come more to the fore and are seen as

more important." ( ms 3)

Berdasarkan petikan di atas, maskuliniti boleh

berubah atau tidak sama mengikut beberapa kelompok.

Antaranya perbezaan umur, kehidupan sosial dan juga

14
kemampuan. Hal ini demikian juga, saya cuba

mendapatkan maklumat tentang maskuliniti mengikut

pandangan barat dan juga Asia, terutamanya Melayu.

Terdapat beberapa perbezaan pendapat. Tambahan pula,

maskuliniti ini boleh dijelaskan oleh mana-mana

individu mengikut pandangan mereka sendiri. Seperti

contoh, dalam masyarakat Melayu, seseorang lelaki

itu akan kelihatan lebih berani, gagah dan juga

lasak apabila sedang mengikuti kelas silat

mempertahankan diri. Tambahan pula, mereka yang

mengikuti silat ini akan dianggap mewarisi sifat-

sifat serta gaya pahlawan-pahlawan negara terdahulu.

Selain itu, saya juga mengetengahkan maskuliniti

dalam seni silat mempertahankan diri. Berdasarkan

petikan yang ada di dalam jurnal Pengajian Melayu,

Konsep Tempur seni Gayong dan Inovasi Silat Melayu,

seni silat mempertahankan diri merupakan salah satu

ilmu beladiri yang sememangnya diakui sebagai hak

bangsa Melayu. Sejak zaman dahulu lagi, silat ini

merupakan ilmu para hulubalang dan perajurit yang

sangat diberikan perhatian oleh kebanyakan lelaki

dewasa. Jadi, pada zaman tersebut, latihan atau ilmu

15
silat ini tidak diajarkan secara terus kepada wanita

(Wan Dasuki, 2018).

Berdasarkan perenggan sebelum ini, dengan adanya

maskuliniti dalam diri para pesilat, dapat

membuktikan bahawa pesilat-pesilat serta para

pahlawan mempunyai nilai jati diri yang tinggi serta

dapat melahirkan insan yang sangat menitikberatkan

nilai kepahlawanan yang mempunyai sifat berani.

Tambahan pula, melalui sebuah buku yang bertajuk

Silat Seni Gayong Fatani yang ditulis oleh Anuar Abd

Wahab, beliau telah menjelaskan tentang pandangan

hidup silat dapat mengajar manusia mencapai matlamat

hidup dengan mengenal dirinya yang kurang, yang

perlu dibaiki dan boleh mendatangkan kebaikan pada

diri, keluarga, saudara dan juga masyarakat. Selain

itu juga, beliau turut menyatakan bahawa silat ini

tidak dikhususkan untuk orang-orang tertentu, malah

silat boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja.

16
2.3 MASKULINITI SILAT DALAM PERSEMBAHAN TARI

KONTEMOPRARI

Saya telah mengaplikasikan teori maskuliniti

dalam karya yang akan dipersembahkan kerana saya

merasakan bahawa dengan adanya maskuliniti ini ianya

akan dapat memberi impak kepada saya sebagai penari

wanita. Hal ini demikian kerana, berdasarkan apa

yang telah diterangkan pada awal kajian ini,

maskuliniti dihuraikan melalui beberapa sifat yang

ada pada lelaki seperti berani, gagah dan juga kuat.

Selain itu, maskuliniti juga sangat berkait rapat

dengan para pesilat Melayu sejak zaman dahulu lagi.

Jadi, dengan adanya karya yang menggunakan elemen

silat, secara langsung akan wujudnya maskuliniti

pada diri penari wanita. Tambahan pula, gaya yang

ada pada sifat pahlawan itu yang akan cuba

dipraktikkan semasa saya mempersembahkan karya-karya

itu nanti.

17
Karya Duo Piring merupakan karya baru yang

dikoreograf oleh Khairi Mokthar. Duo Piring ini

berasaskan gerak-gerak asas yang ada dalam Tari

Piring serta dikombinasikan dengan tapak silat iaitu

‘kuda-kuda’. Dalam karya ini, kedua-dua penari

merupakan penari perempuan. Walaubagaimanapun,

koroegrafer telah menerangkan bahawa setiap gerak

yang perlahan juga perlu ada ketangkasan, manakala

bagi setiap gerak yang laju dan tangkas pula perlu

ada rasa dan jiwa. Selain daripada pergerakan yang

ke arah maskuliniti itu, sifat ketangkasan juga

dititikberatkan apabila penggunaan piring diolah dan

dibaling serta ditangkap dengan menggunakan pelbagai

cara dan gaya.

Karya yang seterusnya adalah Prahara oleh Azmie

Zanal Abbden. Dalam karya ini, semua gerak tarinya

menggunakan elemen silat dan juga tari Melayu. Bagi

karya ini, kesemua penari adalah penari perempuan.

Karya ini juga akan membuktikan bahawa wanita mampu

menjadi setanding dengan lelaki. Hal ini demikian

kerana, koreografer menggunakan silat sebagai asas

utama dalam karya ini.

18
Bagi karya ini, penggunaan gaya maskuliniti akan

lebih ketara kelihatan apabila setiap gerak tari

yang dilakukan menggunakan asas yang ada dalam gerak

Silat Pulut. Koreografer juga menekankan tentang

cara pembawakan gaya itu haruslah ke arah yang lebih

tangkas, laju dan juga tidak kelihatan terlalu

lembik.

BAB 3

DUO PIGHENG

3.1 Latar Belakang dan Konsep Persembahan

Mohammad Khairi Mokthar telah mencipta sebuah

karya baharu iaitu Duo Pigheng yang merupakan karya

tari kontemporari yang berasaskan Tarian Piring.

Dalam karya ini juga, beliau turut mengolah tradisi

Tarian Piring. Berdasarkan sebuah jurnal yang telah

diterbitkan oleh Institut Seni Indonesia (ISI)

Padangpanjang, yang ditulis oleh Misselia

Nofitri(2015), beliau menerangkan pengertian Tari

Piring. Berdasarkan apa yang beliau tulis, Tari

piring adalah sebuah tari tradisi yang ditarikan

19
dengan menggunakan dua piring sebagai propsnya yang

diletakkan pada tapak tangan penari, dan pada hujung

jari telunjuk pula disarung cincin. Fungsi cincin

tersebut adalah untuk mengeluarkan bunyi yang sesuai

dengan irama muzik dan juga turut menjadi muzik

iringan bagi tari piring. Bunyi yang terhasil

apabila cincin dijentik pada bahagian piring.

( Misselia Nofitri, 2015 ).

Tari piring mula dikenali setelah masyarakat

Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat itu

membawa Tari piring ini ke Negeri Sembilan bagi

membuat persembahan di majlis perkahwinan. Sejak

daripada peristiwa itu, Tari piring telah menjadi

warisan seni dalam upacara-upacara keramaian seperti

perkahwinan. Pada zaman awal kemunculan Tari piring

ini, hanya orang lelaki sahaja yang dibenarkan utuk

menari dan membuat persembahan. Hal ini demikian

kerana, sejak awal lagi tari ini hanya melibatkan

orang lelaki sahaja kerana tari ini mempunyai elemen

silat tradisi.

Selain daripada mengolah ragam-ragam asas

daripada Tari piring, Duo Pigheng turut menggunakan

20
elemen silat. Antaranya yang paling jelas adalah

apabila kebanyakan langkah kaki dan juga posisi

berada dalam keadaan kekuda yang juga merupakan

estetika penting dalam tarian tradisional piring.

Pada zaman moden ini, silat sudah mula diajarkan

kepada semua golongan masyarakat. Tidak kira

peringkat umur dan juga jantina. Ramai yang

beranggapan bahawa silat mampu melindungi mereka

daripada sebarang peristiwa yang membahayakan.

Mereka yang mempelajari silat juga dapat bersaing

atau bertempur, melawan binatang buas ( Aminuddin

Anuar, 2006 ).

Bagi konsep persembahan Duo Pigheng, koroegrafer

menggunakan konsep pengulangan dimana lebih kepada

konsep berguru secara tradisi. Dalam karya ini,

terdapatnya proses pengulangan gerak asas yang

berulang-ulang yang menunjukkan bahawa seorang guru

itu sedang mengajar atau mendidik anak muridnya.

Koreografer juga ingin mempersembahkan bagaimana

murid melalui proses yang mencabar, menghadapi

risiko dan melalukan gerak yang diberi secara

berterusan.

21
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti

yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya.

Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan

berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara

sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang

sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan

terjadinya proses belajar ( Noor Hisham Md Nawi,

2011 ). Tambahan pula, koreografi ini lebih tertumpu

kepada konsep pembelajaran berpusatkan guru.

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan pada

perenggan diatas, pengajaran itu sememangnya

memerlukan adanya guru dan juga murid. Di mana guru

yang akan menyampaikan dan murid akan menerima.

Jadi, konsep berguru ini lah yang ingin

dipersembahkan oleh koreografer melalui karya Duo

Pigheng.

22
3.2 Estetika Persembahan

Koroegrafer mengunakan nilai estetika

daripada Tari piring. Selain itu, tari piring itu

pula sangat berkait rapat dengan gerak silat. Antara

nilai estetika yang ditekankan oleh koreografer

adalah henjutan, merendah, pijak bara untuk kaki,

tangkas bagi pergerakan tangan dan juga gerak asas

serta jaga-jaga semasa menggunakan piring.Bagi

estetika Tari piring itu sendiri, piring yang

digunakan sebagai props diletakkan di bahagian

telapak tangan dan dipegang pada kedua-dua belah

tangan. Seterusnya, tradisi tari piring juga

23
ditarikan oleh empat orang laki-laki. Manakala

kostum yang digunakan adalah baju milik ( baju

randai ), endong, sesamping, sarung bugis dan destar

( Misselia Nofitri, 2015 ).

Bagi silat pula, silat ini merupakan ilmu para

hulubalang dan perajurit yang kebanyakkannya lelaki

dewasa. Jadi, pada zaman itu, silat tidak diajarkan

secara terus kepada wanita ( Wan Mohd Dasuki,

2018 ). Silat juga menampilkan dan menerapkan gaya

maskuliniti. Hal ini kerana, silat ini merupakan

seni mempertahankan diri.

Estetika lain dalam karya ini adalah apabila

cara memegang piring itu berubah. Pada asalnya, cara

memegang piring itu hanyalah meletakkannya di atas

tapak tangan. Dalam karya ini, saya telah diajar

untuk menggunakan piring dengan pelbagai cara dan

gaya. Antaranya, piring dilambung, diseret dan juga

digunakan oleh sebelah tangan sahaja. Dalam bahagian

awal karya ini, banyak cara menggunakan piring telah

ditunjuk. Ini telah menunjukkan bahawa terdapatnya

24
perkembangan melalui penggunaan piring sebagai

props.

3.3 Teknik Persembahan

Duo Pigheng mempunyai dua bahagian. Terdapat

bahagian solo pada awalnya dan seterusnya bahagian

duo. Bahagian solo ditarikan oleh pasangan duet saya

iaitu Nurshahrinna Syahrial. Antara teknik

persembahan yang digunakan adalah gabungan teknik

henjutan Piring dan teknik kuda-kuda dalam silat.

Bagi karya ini, koreografer lebih menggunakan kedua-

dua teknik ini. Hal ini demikian kerana, terdapat

25
pergerakan dimana penari membuat henjutan Piring dan

posisi kaki sedikit merendah dalam posisi kuda-kuda

secara serentak. Saya sendiri dapat merasakan bahawa

dalam karya ini, saya perlu memastikan saya tidak

menari dengan gaya yang terlalu lemah lembut dan

lebih ke arah keayuan wanita Melayu. Namun

begitu,koreografer masih menekankan bahawa dalam

kegagahan ada kelembutan dan dalam kelembutan ada

kegagahan. Tambahan pula, setiap pergerakan yang

dilakukan perlulah sentiasa nampak berani dan

bersemangat. Sepanjang menjalani proses ini, saya

perlu menguasai teknik silat dimana penggunaan

kekuda itu adalah penting. Setiap gerak yang

dilakukan perlu menggunakan kekuda yang kukuh dan

kuat.

Bagi bahagian duet, koreografer lebih tertumpu

pada penggunaan teknik hayunan, lambungan, pegangan

piring dan pergerakan tangan “bentuk 8”. Selain itu,

dalam karya ini juga menggunakan teknik menggunakan

props dimana balingan piring yang berlainan dan

sentiasa berubah. Koreografer juga telah mengolah

26
gaya memegang piring yang biasa atau asas kepada

penggayaan yang lebih nampak mencabar dan mempunyai

kelainan. Terdapat bahagian dimana saya dan juga

pasangan duet membaling piring kearah masing-masing

secara bergilir-gilir. Selain daripada membuat

balingan piring, saya dan juga pasangan duet turut

memijak piring bagi menahan pergerakan piring itu.

Teknik yang digunakan adalah meletakkan bahagian

jari kaki ke permukaan piring dan saya perlu menahan

daripada melepaskan seluruh tenaga pada kaki yang

berada di piring agar tidak memecahkan piring

tersebut. Dalam karya ini juga, adalah penting untuk

saya sendiri mahir dalam segala teknik yang

menggunakan piring. Bagi saya, penggunaan piring

dalam pergerakan asas Tarian Piring agak mudah.

Walaubagaimanapun, apabila koreografer telah

mengolah setiap gerak, penggunaan piring akan lebih

mencabar. Saya juga perlu memastikan tidak ada

piring yang akan pecah dalam tempoh persembahan

berlangsung.

Selain daripada teknik silat dan juga teknik

balingan, teknik persembahan yang ada dalam karya

ini juga adalah teknik henjutan. Teknik henjutan ini

27
sangat perlu dititikberatkan kerana henjutan ini

seolah menjadi asas dalam Tari piring. Jadi,

koreografer turut menfokuskan bagi teknik ini pada

setiap latihan. Meskipun teknik henjutan ini

dianggap mudah, teknik ini adalah sangat mencabar

emosi dan fizikal apabila perlu melakukanya secara

berulang-ulang dalam tempoh yang lama.

Seterusnya, koreografer juga telah menggunakan

ekspresi dalaman dan juga perasaan yang tidak

disampaikan secara berterus-terang. Hal ini demikian

kerana, terdapat satu bahagian dimana saya dan juga

pasangan duet seolah-olah merebut piring dan juga

seperti sedang melepaskan rasa marah apabila

terdapat piring yang dibaling jauh dan perlu

dipecahkan. Apa yang saya dapat rasakan disini

adalah, saya dan Nurshahrinna seperti sedang

menunjuk kelebihan diri masing-masing. Apabila masuk

ke bahagian terakhir, kami berdua diminta untuk

lebih bersahaja dan menghidupkan suasana yang

seronok. Sepanjang bahagian terakhir ini juga, kami

berdua perlu mewujudkan elemen main atau bermain.

28
Walaubagaimanapun, karya Duo Pigheng ini tidaklah

terlalu menggunakan emosi dan memek muka yang

berlebihan.

3.4 Proses dan Ulasan Persembahan

Bagi saya, sepanjang menjalani proses karya ini

diselesaikan, banyak perkara yang telah saya

peroleh. Karya ini juga merupakan karya baharu.

29
Jadi, koreografer telah memastikan agar saya dan

pasangan duet menguasai pergerakan asas dalam Tarian

Piring dengan baik. Pada awal proses, saya dan

pasangan duet menjalani latihan bersama koreogarfer

tanpa menggunakan muzik. Kami hanya fokus pada ragam

asas seperti ragam kukur kelapa, ragam cermin, rigam

sikat sisi dan juga pijak bara. Pada awal latihan

saya juga dapat merasakan kepenatan dan sakit pada

bahagian kaki. Hal ini kerana, dalam tarian ini,

posisi yang digunakan adalah kekuda dan perlu

merendah.

Saya dan koreografer juga telah bersetuju

membuat latihan mengikut jadual yang telah kami

tetapkan. Jadual yang dibuat mengikut masa lapang

saya, pasangan duet dan juga koreografer. Kebanyakan

latihan dilakukan di studio, Panggung Eksperimen

Universiti Malaya. Tempat latihan juga

dititikberatkan kerana ingin memastikan kawasan

persekitaran sesuai dan selamat. Saya memilih studio

kerana lantai yang ada di studio sesuai dan dapat

mengelakkan piring daripada pecah. Namun begitu,

selesai sahaja latihan, saya dan pasangan duet akan

30
memastikan persekitaran studio bersih dan selamat

untuk digunakan oleh orang lain.

Sepanjang proses menyiapkan karya ini juga,

koreografer turut melatih kami berdua untuk

membaling dan menyambut piring dengan gaya yang

berlainan daripada gaya asal dan biasa. Saya juga

perlu fokus sepanjang latihan ini berlangsung.

Sepanjang tempoh proses, telah banyak piring yang

pecah. Hal ini demikian kerana, piring tersebut

pecah akibat terlanggar piring pasangan duet dan

juga ada yang kerana gagal daripada menyabut.

Setelah semua sedia maklum tentang perintah

berkurung pada awal penularan wabak Covid19, ianya

serba sedikit telah memberi kesan pada projek tahun

akhir ini. Hal ini demikian kerana, terdapat

koroegrafi yang telah ditukar, bilangan pros juga

dikurangkan dan sesi latihan secara bersemuka juga

tidak dapat dilakukan. Namun begitu, koreografer

pantas menukar beberapa koreografi yang perlu

mengikut keluasan ruang penari. Akhirnya, karya ini

masih dapat diselesaikan dengan baik.

31
Setiap latihan dan proses yang telah berlangsung

sebenarnya mampu menjadikan sebuah hasil yang baik.

Bagi saya, koroegrafer sangat menekankan bahawa

latihan dan proses dari masa ke masa itu sangat

penting. Hal ini kerana, pada awalnya, terdapat

banyak kekurangan dan kelemahan penari dari segi

teknik, gaya danjuga ekspresi. Oleh yang demikian,

latihan itu dilakukan untuk memastikan setiap

kelemahan dan kekurangan mampu mencapai tahap

seterusnya.

Tambahan pula, saya perlu memastikan maskuliniti

silat berjaya diterapkan. Bagi mendapatkan gaya

maskuliniti yang lebih kepada lasak, gagah,

kelihatan berani dan tangkas itu perlu adanya

latihan yang mencukupi. Pada awal latihan dahulu,

bukan mudah untuk saya memastikan saya mampu membawa

maskuliniti itu ke dalam diri saya bagi

mempersembahkan karya ini. Namun begitu, setelah

latihan demi latihan dilakukan, kelemahan dan

kekurangan itu dapat diatasi. Setiap teknik dan

estetika yang ada serba sedikit dapat membantu

menampakkan lagi maskuliniti silat dalam diri penari

wanita melalui karya tari kontemporari.

3.5 Cabaran

32
Bagi menjayakan sesebuah hasil yang baik,

sudah pasti terdapat banyak cabaran yang perlu

dihadapi. Bagi saya sendiri, sepanjang proses

Duo Pigheng disiapkan, saya mengahadapi banyak

kesukaran dan cabaran. Antara cabaran yang saya

hadapi adalah masalah mengendalikan penggunaan

piring itu sendiri. Hal ini kerana, saya

bukanlah seorang yang telah mahir dengan Tarian

Piring. Sebelum ini, saya hanya sempat

mempelajari tarian ini semasa di bangku sekolah

dan juga semasa zaman diploma. Namun begitu,

saya hanya mempelajari ragam-ragam asas.

Penggunaan piring sebagai props dalam karya ini

adalah sangat penting. Hal ini kerana, piring

itu sendiri menjadi tunggak utama dalam karya

ini. Pada awalnya, saya mengalami masalah untuk

mendapatkan keselesaan dapat menggunakan piring

sambil membuat pergerakan tari. Hal ini demikian

kerana, saya seorang yang mudah berpeluh.

Adakalanya tangan akan jadi licin akibat peluh.

Apabila saya terlalu memikir untuk memastikan

piring tersebut tidak jatuh, saya akan melakukan

gerak dengan tidak habis dan kelihatan tidak

33
yakin. Koroegrafer juga sering menegur cara saya

memegang piring itu kerana nampak janggal dan

kurang selesa.

Selain daripada itu, saya juga perlu sentiasa

peka dan fokus apabila terdapatnya gerak duet yang

sedikit mencabar. Koreografer telah mencipta satu

gerak dimana kami perlu membaling dan menyambut

piring dalam satu masa yang sama. Sepanjang latihan,

telah hampir 30 piring yang pecah akibat kesalahan

saya sendiri dan juga pasangan duet. Bagi teknik

balingan piring dengan jarak yang jauh , koreografer

telah melatih kami dengan menggunakan barang lain

dahulu sebelum menggunakan piring. Hal ini kerana

koreografer ingin memastikan kami selesa dan

sentiasa bersedia untuk menyambut piring.

Cabaran yang seterusnya adalah saya perlu

mendapatkan keserasian dan keharmnonian bersama

pasangan duet. Hal ini kerana, karya ini adalah

karya duet. Jadi, sudah semestinya setiap gerak dan

juga segala teknik persembahan perlu seimbang dengan

pasangan duet. Jadi, tempoh latihan yang lama sangat

34
penting agar keserasian dapat diperolehi.

Koroegrafer turut memberi komen bahawa saya dan

pasangan duet mempunyai cara dan gaya yang

berlainan. Jadi, kami berdua perlu memastikan kami

mendapat persamaan dalam karya ini. Selain daripada

itu, cabaran yang perlu diatasi adalah ketahanan

otot dan juga stamina. Bagi karya ini, koroegrafer

sangat menekankan teknik henjutan dan juga merendah.

Jadi, setiap gerak yang dilakukan dari awal hingga

akhir kebanyakkanya memerlukan penari untuk sentiasa

merendah. Stamina juga perlu kuat bagi memastikan

penari tidak kelihatan penat.

Selain daripada itu, antara cabaran yang saya,

pasangan duet dan juga koreografer hadapi adalah

kekangan latihan secara bersemuka. Hal ini berikutan

dengan semua institusi ditutup dan tidak dibenarkan

untuk menjalani kuliah seperti biasa. Saya dan yang

lain hanya melakukan latihan menggunakan kaedah di

atas talian. Hal ini agak rumit apabila terdapat

masa tertentu kelajuan internet sangatlah terbatas

dan juga adakalanya latihan tidak dapat dilakukan

mengikut masa yang telah ditetapkan. Bagi kawasan

kediaman saya sendiri, apabila berlakunya hujan

35
lebat, secara tidak langsung internet tidak dapat

berfungsi. Jadi, latihan perlu ditunda. Selain itu,

keselesaan ruang menari juga terbatas. Hal ini

demikian kerana, ruang di studio lebih besar dan

juga lantai yang terdapat disana juga sangat

bersesuaian untuk digunakan oleh penari. Apabila

latihan diadakan di kediaman masing-masing, ruang

tidak begitu luas dan lantai juga kurang selesa.

Oleh kerana ruang di kediaman saya agak sempit,

saya telah mencari inisiatif lain dimana saya telah

merakam video akhir diluar kawasan rumah. Ruang yang

ada disana juga lebih besar, luas dan kawasan

berumput. Jadi, serba sedikit ianya dapat membantu

mengurangkan risiko kecederaan.

36
BAB 4

PRAHARA

4.1 Latar Belakang dan Konsep Persembahan

Prahara merupakan sebuah karya yang dihasilkan

oleh Azmie Zanal Abden pada tahun 2013. Prahara

dipersembahkan semasa Short & Sweet yang diadakan di

Kl Pack. Koreografer ini telah mula mendapatkan idea

semasa beliau berada di kampung halaman. Beliau

sedang duduk sambil memerhatikan pokok-pokok alam

semula jadi. Berdasarkan pemerhatian beliau, beliau

mengambil inspirasi daripada poko yang bergoyang

mengikut angin. Maka, terhasil karya Prahara.

Prahara juga merupakan sebuah karya kontemporari

yang berkonsepkan angin dan mengambil elemen silat.

Silat adalah satu bentuk pertahankan diri bangsa

Melayu yang dimana banyak dipraktiskan di

Indonesiadan juga kepulauan Melayu. Bagi struktur

silat yang kami pelajari adalah Silat Pulut. Silat

Pulut ini mempunyai empat elemen. Terdapatnya tari

37
sembah, tapak empat, main seni atau jual beli dan

bunga tutup.

Berdasarkan sebuah buku yang bertajuk, The Malay

Art of Self-Defense : Silat Seni Gayong oleh Sheikh

Shamsuddin, telah menerangkan silat ini merupakan

simbol identiti Melayu dalam seni mempertahankan

diri. Kebanyakkan dalam silat juga sangat ketara

bahawa ditekankan pada posisi yang lebih merendah

dimana boleh dilihat daripada posisi ‘kekuda’.

Seperti yang telah disebut pada perenggan

sebelum ini, koreografer telah menggunakan konsep

angin. Melalui konsep angin ini, terlintas pula

dalam pemikiran koreografer untuk menggabungkan

angin tersebut dengan silat. Jadi, menggunakan satu

elemen iaitu silat, menggunakan konsep angin itu,

koreografer mencipta satu karya kontemporari yang

berunsurkan silat.

Dalam konteks tarian, kontemporari itu adalah

tarian yang berkait pada masa kini. Bermacam-macam

tarian yang dicipta dan masih releven pada masa ini.

38
Jadi, antara tokoh yang sama terkenal dengan

kontemporari adalah Isadora Duncan. Beliau juga

merupakan insan yang mempopularkan kontemporari.

Bagi karya Prahara ini, koroegrafer mencipta

karya kontemporari yang berkonsepkan angin dan

mengambil elemen silat. Jadi, koreografer tidak

menggunakan gerak silat yang lebih tradisi namun,

beliau telah mengolah gerak silat dan diberi nafas

baru apabila beliau menggunakan beberapa gerak

kontemporari. Sebagai contoh, beliau turut

menggunakan gerak roll back, slide dan juga banyak

menggunakan gerak yang grounded.

39
4.2 Estetika Persembahan

Koreografer telah menggunakan estetika yang

terdapat dalam silat seperti Silat Pulut. Kemudian,

koreografer telah bermain dengan Silat Pulut itu

untuk menjadi satu tari kontemporari yang baharu.

Koreografer masih menfokuskan segala estetika yang

perlu ada dalam silat. Antaranya, posisi postur dan

gestur dalam silat seperti kekuda, sembah dan juga

setiap langkah silat itu perlulah dilakukan dengan

betul. Koreografer juga sering memastikan setiap

penari akan kelihatan gagah dan tidak boleh

kelihatan lemah. Jadi,pada awal perancangan, tarian

ini ditarikan oleh seorang penari lelaki bersama

lima orang penari perempuan. Namun begitu,

disebabkan berlakunya sedikit masalah, akhirnya

tarian ini hanya dipersembahkan oleh lima orang

penari perempuan. Penari perempuan juga perlu

kelihatan seperti pahlawan dan juga pendekar. Hal

ini demikian kerana, Prahara ini mengambil konsep

silat. Jadi, maskuliniti silat itu perlu

dipraktikkan dalam diri setiap penari perempuan.

40
Selain itu, koreografer juga menggunakan

estetika yang lebih pada penghayatan. Hal ini

demikian kerana dikaitkan dengan angin. Koreografer

meminta agar setiap penari perlu menjiwai setiap

gerak dan rasa yang ada dalam karya ini. Jadi,

penari tidak boleh hanya membuat gerak tanpa membawa

rasa dan hanya bersahaja. Sekiranya penghayatan itu

kurang berjaya, karya ini tidak dapat dipersembahkan

dengan baik. Setiap penari perlu menghayati sedalam-

dalamnya tentang karya ini juga menjadikan Prahara

ini berjaya.

Estetika yang baharu yang dapat dilihat dalam

karya ini apabila langkah\silat itu diolah dan

dijadikan gerak tari. Tambahan pula, setiap gerak

itu ditambah dengan rasa dan juga air iaitu cara

pembawakan. Seseorang penari yang menarikan karya

ini perlu mempunyai aura yang jelas dan perlu

disampaikan kepada penonton dan juga semua yang

melihat.

41
4.3 Teknik Persembahan

Prahara mempunyai dua bahagian, dimana bahagian

pertama ditarikan oleh kesemua penari dan bahagian

seterusnya adalah solo yang ditarikan oleh saya

sendiri.

Bagi karya ini, terdapat segmen solo yang

ditarikan oleh saya. Solo saya masih berada dalam

satu karya yang sama iaitu Prahara. Bagi solo saya,

koreografer telah memberi contoh beberapa gerak

silat kontemporari dan juga memberi gambaran rasa

pembawakan gerak itu. Kemudian, saya telah melakukan

improvisasi gerak dalam bahagian solo ini.

Pergerakan improvisasi yang dilakukan adalah

mengambil konsep angin dan lebih kepada penjiwaan

serta kaitan rasa antara angin dan gerak tersebut.

Pergerakan solo yang dilakukan juga menggunakan

tempo perlahan serta diselitkan beberapa bahagian

42
yang sharp. Gerak yang dilakukan juga perlu bermain

dengan bunyi gendang pada bahagian akhir muzik karya

ini.

Teknik yang digunakan masih teknik silat. Setiap

gerak menggunakan teknik silat tari yang lebih

kepada pergerakan yang cekap, tepat dan juga

tangkas. Namun begitu, setiap gerak perlu diisi

dengan jiwa dan rasa yang muncul secara semulajadi

dan tidak dibuat-buat.

Saya juga sering diingatkan oleh koreografer

agar memastikan teknik silat kekuda perlulah

merendah dan dibuka luas agar langkah tidak sumbang.

Pergerakan tangan juga dibuka dengan luas serta

tidak kelihatan terlalu pendek. Selain itu, saya

juga perlu menari dengan posisi badan yang lebih

kelihatan berani dan tidak boleh kelihatan ragu-

ragu.

Bagi segmen berkumpulan dan solo, saya perlu

menggunakan ekspresi dalaman yang ketara. Hal ini

demikian kerana, karya Prahara ini bermain dengan

angin. Angin yang membawa maksud rasa dan jiwa

terhadap apa yang disampaikan. Meskipun gerak yang

43
dilakukan menggunakan kiraan dan tempo yang laju,

penari masih bermain dengan angin.

4.4 Proses dan Ulasan Persembahan

Sepanjang proses menyelesaikan karya ini, saya

telah memperoleh banyak perkara. Meskipun karya ini

pernah dipersembahkan dahulu, koreografer telah

mengubah hampir semua gerak dan juga pola lantai.

Selain itu, bentuk dan juga pembawakan karya ini

juga lain berbanding yang asal.

Pada awal latihan, saya serta penari yang lain

telah menetapkan masa latihan yang diadakan di

sekitar Universiti Malaya dan kemudiannya

memberitahu pada koreografer. Oleh kerana

koroegrafer merupakan koreogarfer luar, adalah

penting untuk saya memahami dan memastikan jadual

44
koreografer tidak bercanggah dengan mana-mana

latihan atau urusan beliau.

Latihan dimulakan dengan mempelajari beberapa

langkah silat. Selain itu, koreogafer juga telah

memberi beberapa ragam untuk dihafal dan membuat

gerak tanpa kesalahan yang ketara. Selain itu,

sebelum koreografer mula membuat gerak, beliau juga

meminta untuk setiap penari melakukan improvisasi

yang berkaitan dengan gerak silat sebanyak

8x8.Tujuan beliau melakukan perkara tersebut adalah

untuk melihat sejauh mana setiap penari tahu akan

silat.

Sepanjang beberapa minggu yang ada, latihan

dijalankan pada setiap malam Selasa dan juga Khamis.

Namun begitu, latihan masih bergantung pada masa

yang sesuai dengan jadual koreografer. Setiap kali

latihan, koreografer akan menambah gerak baru. Jadi,

amat penting untuk setiap penari menghafal gerak

yang diberi. Selain itu, setiap kali latihan,

sebelum hari latihan selesai, saya dan rakan-rakan

yang lain akan merakam pross latihan hari demi hari.

45
Hal ini untuk memastikan tidak ada gerak yang

tertinggal.

Sepanjang proses ini, koreografer sangat

menitikberatkan tentang rasa dan cara untuk

mendapatkan aura bagi setiap gerak yang dilakukan .

Setelah merakam persembahan karya ini, terdapat

beberapa ulasan yang diberikan. Bagi bahagian solo,

saya telah diberi teguran apabila saya perlu

memastikan pergerakan uppertosso tidak terikat dan

kelihatan tersekat-sekat. Hal ini demikian, ianya

akan menjadikan pergerakan yang saya lakukan tidak

nampak dengan jelas dan juga kelihatan kecil atau

terhad. Oleh itu, saya memerlukan penambahbaikan

bagi teguran yang telah diberi.

Persembahan Prahara ini tidak dapat dilihat

seperti sebuah persembahan berkumpulan apabila semua

penari membuat persemmbahan secara solo. Setersunya,

setiap rakaman pula digabungkan supaya kelihatan

seperti berkumpulan.

46
4.5 Cabaran

Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi bagi

mendapatkan hasil yang baik. Bagi saya, antara

cabaran yang saya hadapi adalah apabila gerak yang

diberikan oleh koroegrafer kebanyakkanya gerak yang

menggunakan kiraan yang laju dan tangkas. Saya juga

mengalami masalah dan kesukaran untuk membawa bentuk

silat itu sebaiknya. Tambahan pula, setiap gerak

47
juga perlu mempunyai air dan jiwa yang akan

memberikan kesan terhadap karya Prahara ini.

Cabaran seterusnya, masa latihan saya bagi karya

ini sangatlah ringkas. Hal ini kerana koreografer

juga mempunyai tanggungjawab lain diluar. Jadi, masa

untuk menghafal akan menjadi singkat. Karya ini juga

dapat disiapkan sepenuhnya apabila tiba minggu

preview kedua. Berdasarkan preview kedua, masih

terdapat beberapa kesalahan dan juga persamaan

setiap penari kurang dan masih tidak kelihatan

keharmonian gerak itu.

Seterusnya, bagi gerak solo, saya perlu berlatih

sendiri. Hal ini kerana, gerak yang diberi juga

boleh digunakan dan terdapat gerak yang perlu di

improvisasi. Saya agak kurang bertenaga kerana

segmen solo ini dilakukan setelah selesai segmen

berkumpulan. Jadi, saya agak semput dan stamina saya

kurang. Jadi, saya perlu memastikan saya mempunyai

stamina yang kuat agar saya mampu bertahan sehingga

habis karya ini.

Selain daripada itu, setelah mengalami Perintah

Kawalan Pergerakan kerana Covid 19, kesemua latihan

48
dan juga sebarang perjumpaan tidak dibenarkan. Jadi,

saya perlu berlatih dengan koroegrafer menggunakan

kaedah di atas talian dan juga melalui video. Hal

ini bertambah rumit apabila saya dan rakan-rakan

tidak dapat berlatih bersama-sama dan juga tidak

mendapatkan latihan secara langsung bersama

koreografer.

BAB 5

KESIMPULAN

Bagi semua pelajar yang melakukan projek tahun akhir,

perlu menyiapkan sebuah kaedah penulisan dossier. Hal ini

demikian kerana, dengan adanya penulisan dossier ini, pelajar

akan dapat menjelaskan tentang apa yang dilakukan sepanjang

proses menyiapkan projek tahun akhir.

49
Selain itu, melalui penulisan dossier nin juga, pelajar

akan mengaitkan teori yang dipilih dengan persembahan-

persembahan yang dipersembahkan. Ini juga termasuklah maksud

teori, teori dalam persembahan dan menerangkan setiap karya

yang dipersembahkan.

Tambahan pula, dalam penulisan dossier ini juga, pelajar

akan menjelaskan setiap kelemahan, kelebihan dan setiap

cabaran yang dihadapi sepanjang proses ini terjadi.

Setelah selesai merakam kesemua video persembahan, saya

dan rakan-rakan juga telah mengikuti sebuah perbincangan dan

juga maklum balas bersama semua pensyarah melalui kaedah zoom

meeting. Sebelum mendengar maklum balas serta komen daripada

pensyarah, setiap pelajar juga diberi peluang untuk

mengemukakan beberapa masalah dan pengalaman yang diperoleh

sepanjang projek tahun akhir ini.

Namun begitu, saya merasakan ini adalah pengalaman

pertama yang tidak dapat dilupakan apabila pelajar perlu

membuat persembahan hanya menggunakan kaedah merakam dan

berada jauh daripada semua pensyarah dan juga pelajar lain.

Tambahan pula, penulisan dossier juga akan membantu

pelajar untuk memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan

sepanjang menamatkan tempoh pengajian.

50
RUJUKAN

1.Kilmartin, C., & Smiler, A. M. (2007). The masculine

self (3rd ed.). Cornwall on Hudson, NY: Sloan Publishing.

2.Wan, H. W. D. W (2018). MEOR ABDUL RAHMAN: KONSEP TEMPUR

SENI GAYONG DAN INOVASI SILAT MELAYU. JOURNAL PENGAJIAN

MELAYU , 29, 264.

51
3.Wahab, A. A. (2008). Silat: sejarah perkembangan

kurikulum silat Melayu tradisi dan pembentukan

kurikulum silat Malaysia moden. Kajang, Selangor:

Pertubuhan Seni gayung Fatani Malaysia, 73-77.

APPENDIX 1

52
Tampin , Negeri Sembilan

Ruang rakaman persembahan : Duo Pigheng

53
APPENDIX 2

Tampin, Negeri Sembilan

Ruang latihan dan rakaman preview : Duo Pigheng daN Prahara

Senawang, Negeri Sembilan

Ruang latihan dan rakaman : Prahara

54
APPENDIX 3

Studio tari A, Panggung Eksperimen, Universiti Malaya

Ruang latihan sebelum Pkp.

Blackbox, Panggung Eksperimen, Universiti Malaya

55

Anda mungkin juga menyukai