Anda di halaman 1dari 4

KISAH QARUN DITELAN BUMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Terima kasih peneraju acara


Barisan hakim yang adil lagi saksama
Kisah Qarun ditelan bumi tajuk saya
Ambillah iktibar panduan bersama

Siapakah Qarun?

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76 yang berbunyi;

Inna Qooruuna Kaana min qaumi muusa

“Sesungguhnya Qarun adalah dari Kaum Nabi Musa”

Qarun miskin rajin bekerja


Asal miskin akhirnya kaya
Emas permata tidak terkira
Berkat doa Nabi Musa

Ya Kawan Kawan,

Rajin berusaha pasti Berjaya. NKRA Pendidikan yang diperkenalkan Negara memacu kita
berusaha ke arah kejayaan untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Masya Allah…
Qarun tenggelam dengan kemewahan emas permata. Hingga dia lupa kepada pencipta-Nya.

Qarun bongkak dan bangga


Lupa kepada Allah yang Esa
Nabi Musa dikhianatinya
Lupa asal usulnya..

Berfirman Allah dalam surah Al-Qasas potongan ayat 76;

Iz qoola lahuu qaumuhuu la tafrah. Innallaha la yuhibbul farihinnn..

1 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Semenggok, Padawan | MTQ 2012


“Berkata kaumnya (Qarun) janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang bermegah-megah”.

Rakan-rakan,
Islam melarang keras umatnya bersifat sombong dan tamak. Kematian Muammar Ghadafi
menjadi pengajaran kepada mereka yang angkuh dengan kekuasaan.

Qarun semakin bermaharajalela.. Nabi Musa tiada, keluar kota.


Ha.. Ha.. Ha.. Ha.. Sekarang aku telah kaya. Kau! Kau! Mari Ikut aku!!

Bani Israel rasa tersiksa


Tiada Musa tambah derita
Turunlah wahyu perintahkan Musa
Balik ke Mesir demi kaumnya.

Musa pulang membawa perintah. Qarun diarah keluarkan zakat. Melenting Qarun sambil
menjawab, “Ya, Ya, Ya,!! Aku sedang mengira jumlah untuk kubayar zakat”..

Janji hanya tinggal janji


Sampai masa tidak dibayar
Qarun berdegil terus mengingkari
Dituduh Musa penipu besar.

Firman Allah,

Wa aqomas solaata wa aa tazzakah

“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.”

Ya kawan kawan,
Zakat menyucikan harta. Rukun Islam yang ke empat. Kerajaan kita melalui Baitulmal
menggalakkan potongan zakat melalui pemotongan gaji untuk disalurkan kepada yang
memerlukan.

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78:

Fabarra ahullahu mimma qoolu..

Berkata Qarun dengan sombongnya, “Aku kaya kerana pengetahuan dan kepandaian yang
ada padaku”.

2 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Semenggok, Padawan | MTQ 2012


Qarun terus mencari akal. Difitnahnya Nabi Musa dengan pelacur yang diupah. Habis Kaum
Musa disebarkan fitnah. Berdoalah Nabi Musa kepada Allah.

Dengan sabar… Musa berdoa…


Allah membantu.. Sekelip mata….
Wanita pelacur itu bergetar jiwanya..
Akhirnya mengaku..
Fitnah semata…

Wahai kawan-kawan sekalian,


Hari ini banyak fitnah tersebar di media massa. Di facebook, blog-blog, email dan sebagainya.
Janganlah kita tergolong dalam mereka kerana fitnah besar dosanya.

Memandangkan sikap Qarun tidak dapat lagi dibendung. Maka diperintahkan Allah kepada Nabi
Musa agar memukul bumi dengan tongkatnya.

Bergegar bumi terbelah dua


Menelan Qarun serta pengikutnya
Baru tersedar kerana siksa
Tiada Allah ampunkannya.

Menjerit Qarun sekuat hatinya, “Musa.. Musa… Tolonglah! Aku bertaubat Musa. Ampuni aku
Musa.”

Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 81;

Fakhosafna bihii wabidaarihil ardh

“Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya dalam tanah, maka tidak dia mendapat
golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah”

Rakan-rakan..
Begitulah akhirnya memewahkan rezeki kepada yang dikehendakinya dan dia jugalah yang
menyempitkannya. Gempa bumi di Jepun dan banjir besar di Thailand merupakan pengajaran
Allah kepada kita.

3 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Semenggok, Padawan | MTQ 2012


Harta hanya hiasan dunia
Zakat bagi mereka yang berada
Janganlah tamak dan haloba
Kisah Qarun di telan bumi teladan semua

Syukran,

Wabillahi taufiq walhidaayah


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

4 Diterbitkan oleh Panitia Pendidikan Islam, SK Semenggok, Padawan | MTQ 2012

Anda mungkin juga menyukai