Anda di halaman 1dari 8

dari blog: www.hairul.

com
Banyak Resepi Percuma Di Blog Saya

DISCLAIMER AND LEGAL NOTICE

Ebook Kek Batik ini adalah hak milik sepenuhnya


Mohd Hairul Hissam. Ebook ini dihasilkan berdasarkan
pengalaman penulis untuk pembelajaran pembaca. Pihak penulis
tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau
kecederaan yang ditanggung oleh pembaca.

Anda TIDAK DIBENARKAN mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,


ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau apa cara lain.

Ebook ini TIDAK BOLEH dijual, diberikan percuma atau diedarkan selain
dari Mohd Hairul Hissam. TIADA MRR atau RR mahupun PLR.
Semasa produk Rahsia Taufufah dilancarkan, saya mencari-cari apakah yang boleh
diberikan percuma kepada pembaca. Pada mulanya, terfikir juga memberikan resepi-resepi
di hotel. Namun apabila difikirkan semula, kebanyakkan resepi di hotel memerlukan
banyak peralatan, mesin dan bahan-bahan yang agak mahal dan sukar dicari. Walaupun
sedap dan lazat, namun belum tentu pembaca boleh membuatnya kerana kekurangan
peralatan dan bahan.

Kebetulan saya teringat satu resepi Kakak saya iaitu kek batik. Kek Batik Kakak saya ini
memang sedap dan lazat. Malah mudah disediakan. Bahan-bahan diperlukan mudah
didapati di supermarket. Manakala peralatannya tidaklah banyak. Hanya kuali dan acuan
sahaja. Nasib baiklah resepi tersebut masih ada. Setelah mencuba membuatnya semula,
saya buat sedikit perubahan pada resepinya agar mudah disediakan.

Sebenarnya dalam bidang masakan ini kita tidak perlu terlalu skema atau terlalu mengikut
resepi. Kita boleh mengubahnya mengikut citarasa kita. Yang penting kita perlu
memahami kegunaan setiap bahan tersebut. Barulah kita boleh menambah atau
mengurangkannya mengikut citarasa kita. Dalam resepi kek batik ini, saya cuma
menukarkan air kepada fresh milk agar lebih sedap dan rasa lemak. Kuantiti airnya juga
ditambah agar memudahkan proses memasak. Kuantiti biskut marienya pula dikurangkan
agar lebih banyak coklat dalam hidangan ini. Mentega juga saya tambah agar lebih sedap
dan lebih keras apabila disejukkan.

Anda juga boleh mengubah suai resepi ini mengikut citarasa anda. Jika kek batik anda
lembik sedikit, boleh kurangkan sukatan fresh milknya untuk cubaan kedua. Tentu lebih
seronok menghasilkan sesuatu mengikut citarasa dan kreativiti kita. Anda juga
boleh menghiasi kek batik ini dengan pelbagai cara mengikut ilmu masakan anda. Boleh
letak coklat ganache di atas kek batik ini atau apa juga hiasan dari chocolate rice, color
bubble atau sebagainya. Semoga anda terus kreatif menghasilkan hidangan yang enak dan
lazat.

Jom kita mula belajar membuat kek batik yang lazat ini.

1
Milo - 50gm
Nestum - 50gm
Koko - 50gm

Mentega - 100gm
Gula Pasir - 100gm

Telur - 2 Biji

Susu Segar - 180gm


Biskut Marie - 200gm

Esen Vanilla - 1 Sudu Besar


(Boleh juga ditambah Perisa Oren)

Hiasan - Chocolate Rice / Color Ball

2
Langkah Pertama anda perlu menimbang dan menyediakan bahan-bahan
yang diperlukan. Ok, anda timbang berdasarkan sukatan di page 2.

Langkah Kedua timbang Biskut Marie yang diperlukan dan patahkan


kepada empat atau saiz yang lebih kecil seperti dibawah:

3
Langkah Ketiga: Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api dengan api sederhana.
Masukkan ke dalam kuali 180gm susu segar, 100gm gula, 50gm koko, 50gm nestum,
50gm milo dan 1 sudu esen vanilla. Dan kacau sehingga sebati dan sehingga gula cair.

Langkah Keempat: Masukkan 100gm butter (Mentega) dan kacau sehingga mentega cair

4
Langkah Kelima: Masukkan 2 biji Telur dan kacau hingga sebati. Apabila hampir pekat
matikan api. Jangan terlalu pekat, nanti susah pula nak dikacau dengan biskut marie.

Langkah Keenam: Ambil sedikit coklat dan masukkan ke dalam bekas kecil.
Tujuan untuk topping pada kek batik nanti

5
Langkah Ketujuh: Masukkan 200gm Biskut Marie dan kacau sehingga sebati.
Kacau dan gaul perlahan-lahan dan jangan pecahkan biskutnya.

Langkah Kelapan: Setelah siap gaul, masukkan kedalam acuan atau


tupperware kecil. Kemudian tekan menggunakan sudu sehingga ia mampat.

6
Langkah Sembilan: Tuangkan coklat yang kita simpan sedikit tadi ke atas kek batik
dan ratakannya. Kemudian taburkan color ball atau chocolate rice di atas kek batik.

Langkah Terakhir: Simpan di dalam peti ais dalam 4-5 jam.


Kemudian barulah boleh dihidang dan potong menggunakan pisau.
Berhati-hati ketika mengeluarkan kek batik dari acuan.

Jika anda suka ebook ini, berikanlah LIKE di blog saya menerusi artikel dibawah:
http://hairul.com/blog/resepi-kek-batik-paling-mudah-sedap-dan-berkhasiat/

Jangan lupa ke blog saya untuk lebih banyak resepi percuma di:
www.hairul.com

Anda mungkin juga menyukai