Anda di halaman 1dari 32

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PUSAT PRASEKOLAH.

Pengenalan.

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan prasekolah itu
dirancang secara keseluruhannya.Di Malaysia pendidikan prasekolah adalah tertakluk kepada
akta 550 (akta Pendidikan 1996) dibawah sistem pendidikan kebangsaan.Dalam akta ini juga
Menteri diberi kuasa dalam menubuhkan dan menyenggarakan prasekolah.Prasekolah
merupakan satu program di luar sistem pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan
“statutory”. Namun demikian pendidikan prasekolah di Malaysia telah berkembang dengan
pesatnya sehingga pada tahun 1995 terdapat 10,350 pusat prasekolah di seluruh negara
dengan enrolmen kanak-kanak berjumlah 447,420 orang. Kesedaran masyarakat terhadap
perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan
pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang. Semasa merancang
penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :-

Menentukan
Menentukan
matlamat dan
matlamat dan
objektif
objektif

Kewangan
Kewangan Tinjauan
Tinjauan
kebolehbinaan
kebolehbinaan

Kriteria
penubuhan Infrastruktur
Infrastruktur
prasekolah kawasan, lokasi,
kawasan, lokasi,
Organisasi
Organisasi keluasan,
pengurusan keluasan, ruang,
ruang,
pengurusan dan
dan
persekitaran
persekitaran

Peraturan dan
Peraturan dan
undang-undang Bangunan
Bangunan
undang-undang
Peralatan
Peralatan dan
dan
sumber
sumber

1
MENENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF.

Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang
sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun.
Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang
perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan
potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persipan untuk masuk ke tahun satu di sekolah
rendah.pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :-

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi
Warganegara yang patriotik.
Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran
bahasa untuk berkomunikasi.
Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukkannya
sebagai bahasa kedua.
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan
dan keselamatan yang baik.
Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.

Walau bagaimanapun prasekolah juga merupakan tempat kanak-kanak mula belajar


membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Dimana mereka berpeluang
berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh
mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi.

2
Tinjauan Kebolehbinaan. ( Feasibility Study )

Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah tinjauan kebolehbinaan perlu


dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara seperti berikut :-

 Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah.


 Kumpulan Sasaran atau pelanggan.
 Sumber kewangan
 Prasarana atau Infrastruktur
 Kurikulum atau perancangan
 Sumber manusia
 Peraturan dan perundangan
 Peralatan dan perabut.

Aspek di atas perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Akta 267 ( Perancangan )
Wilayah Persekutuan 1982.

Infrastruktur Kawasan, Lokasi, Keluasan, Ruang Dan Persekitaran.

Dalam merancang menubuhkan sesebuah prasekolah, tempat dan lokasi serta keluasan
sesuatu kawasan untuk dijadikan prasekolah perlulah difikirkan.Mengikut Akta 267
(Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19 , sesebuah bangunan yang akan
dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai
atau klinik.Setiap bangunan prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk,
struktur dan juga keselamatan.

Bangunan.

Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah ialah :-

 Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi dan kawasan
sekelilingnya tidak lebih daripada 30%.
 Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan kedua-dua lot
untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
 Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai denga kawasan yang tidak
kurang dari 3000 kaki persegi.
 Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.

3
 Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk penggunaan
prasekolah.
 Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.
 Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
 Bangunan-bangunan yang di bina khas untuk dijadikan pusat prasekolah.

Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan atau rumah dua
tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan dari tingkat
atas.Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting diberi
perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan keselesaan
kanak-kanak secara menyeluruhnya.

Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai,faktor perekitaran juga penting seperti
prasekolah mestilah selamat,udara bersih,jauh dari pusat hiburan,tiada pencemaran bunyi,ada
kebenaran bertulis dari jiran dan kadar tabika iaitu 1 tabika bersamaan dengan 300 buah
rumah.

Kewangan

Kewangan adalah satu bahan menghantar dan ditukar ketika membeli sumber-sumber atau
bahan-bahan yang diperlukan untuk membangunkan pusat pendidikan awal kanak-kanak.Untuk
menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak,
beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul.Sumber adalah pasif sehingga idea
manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat
mereka.Pengendalian pusat prasekolah memerlukan pengagihan kewangan yang
bijaksana.Kealpaan dalam pengagihan dan menguruskan kewangan yang ada akan
mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat prasekolah
ini.Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa
dikemas kini antaranya ialah :-

 Peruntukan Makanan
 Peruntukan Perkapita
 Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makanan
 Penyata Kewangan Bulanan.

4
Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-
kanak,berdasarkan formula MESH

M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.

E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan,dapur,pejabat,pengangkutan dan hiasan

S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan,taman permainan dan susunan
hiasan.Termasuk juga insuran.

H (human)
- Untuk ‘tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan,kemahiran dan kebolehan semua
untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Organisasi Pengurusan.

Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah
selain daripada perancangan, penyelarasan, perhubungan, penyeliaan dan penilaian.
Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan yang dibuat dan
melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang
terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material ( bangunan, kewangan,
peralatan dan kawasan ).

Menurut Hoy dan Miskel (Hoy dan Miskel,2001:288) pengelolaan sekolah yang berkesan
adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah.Aspek-aspek yang akan dikelolakan ialah
akauntabiliti,pencaipaian akademik,piawaian hasil kerja,skor ujian,aktiviti pembelajaran dan
pengajaran,kadar keciciran pelajaran,kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran
produktif.Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap
sekolah mencapai keberkesanan dalam pengurusan sekolah dengan kadar yang
berbeza.Lantaran itu satu model organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi
mengukur dan menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-cara untuk
mempertingkatkan keberkesanan tersebut.

Kemudahan asas

kemudahan asas juga penting dalam penubuhan prasekolah seperti ruang


pembelajaran,dapur,ruang makan,bilik air,tandas,bilik sakit dan padang permainan.

5
Peraturan Dan Undang-Undang.

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal
kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk
menjamin kepatuhan dan kebekesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan
awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut :-

Pemilihan Kanak-Kanak .
I. Kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun layak untuk
belajar di usat pendidikan awal kanak-kanak.
II. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau
penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan
diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika
masih ada tempat.Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan
sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan
tanggungjawab. (mempunyai anak yang ramai)
III. Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal
kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru
Besar atau Pengawai Perpaduan, Penolong Kanan atau Penolong
Pegawai Perpaduan dan Guru Prasekolah.
IV. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 15-
25 orang.

Semasa di Prasekolah.
I. Waktu belajar tidak melebihi 4 jam.
II. Pakaian seragam tidak ditetapkan terpulang kepada prasekolah masing-
masing.
III. Makanan hendaklah disediakan di prasekolah atas kadar RM 1.80 sehari
setiap murid.
IV. Bantuan perkapita akan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap
kanak-kanak.
V. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak prasekolah boleh
menetapkannya.

6
VI. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan disetiap pusat pendidikan
awal kanak-kanak.
VII. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru
opsyen prasekolah.

Kemudahan Di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak.


I. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah
dan digunakan dengan baik.Alat permainan luar yang telah rosak
hendaklah dibaiki dengan segera.
II. Kawasan dan alat permainan diluar bilik darjah perlulah sentiasa bersih
dan selamat digunakan.
III. Keselamatan murid hendaklah diberikan perhatiaan yang serius.
IV. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
V. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga sebelum
bermulanya sesi persekolahan.

Peralatan dan Sumber.

Alat-alat dan bahan-bahan adalah penting dalam sesebuah program pendidikan prasekolah
kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran.Alat-alat pembelajaran boleh
membantu mengembangkan perkembangan kanak-kanak samada dalam aspek fizikal, mental,
sosial, emosi ataupun kehormonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi ,
meja , almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti
pensil , buku , pembaris, gam dan juga menjadi bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh
guru.

Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kamahiran memilih peralatan
dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika.Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dianggap
menarik,sedap disentuh atau dipegang serta teguh.Bahan-bahan perlu juga memenuhi
keperluan dan minat kanak-kanak.Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-
kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru
dan rakan sebaya.Oleh itu,bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan , iaitu ia
tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

7
SUASANA FIZIKAL DALAM PROSES P&P

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan
tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama
kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai
pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling
dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber,
pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu
papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan
murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan
mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada
murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang
berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan
pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk
kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan
pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan
semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada
dalam sebuah rumah sendiri,wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan
semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang
berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan

8
suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada
pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi,
bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru
mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya
membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi
setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah
yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap
sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran
bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah
mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.

Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu
berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan
dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru
yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid
dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah
mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif.
Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai
situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara
yang membawa kepada kebaikan.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu
dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada
awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama
serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan
peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid- murid.

9
PELAN LANTAI PRASEKOLAH DAN JUSTIFIKASINYA

TANDAS TANDAS
PEREMPUAN LELAKI

DAPUR TANDAS
PINTU

PINTU KE DAPUR TANDAS


TEMPAT MENGAMBIL
MAKANAN

PINTU

MEJA GURU
PAPAN
PUSAT PUTIH
SAINS
&
PUSAT
TEKNOLOGI TEMPAT PERBUALAN PAGI
KEROHAN
DAN AKTIVITI BERCERITA/NYAYIAN IAN DAN
MORAL

MEJA
MURID

PUSAT PINTU
KOGNITIF

MEJA
MURID PUSAT
MEJA KRETIVITI
RAK BUKU
&
LATIHAN MURID
ESTETIKA
KANAK-
KANAK

PUSAT MANIPULATIF PINTU UTAMA PUSAT BAHASA & KOMUNIKASI

PELAN LANTAI PRASEKOLAH

10
Justifikasi Pelan Lantai Prasekolah

Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang ‘circle-time’ iaitu aktiviti wajib
setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul bersama guru dan menjalankan sesi
perbualan. Diruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan
diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah pra-sekolah, ruangan ini lah yang paling
banyak digunakan.

Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-kanak usia 5 hingga 6 tahun


dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi dan
perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak tertumpu kepada murid dan
pembelajaran murid adalah melalui permainan, ‘Learn through play’ Sudut-sudut untuk
perkembangan murid adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut lukisan, sudut bacaan,
sudut main peranan atau ‘role play’ dan lain-lain sudut yang difikirkan sesuai oleh guru
bergantung kepasa saiz bilik darjah dan kepadatan murid seperti sudut bercerita, sudut
permainan boneka, sudut matematik, sudut sains, sudut keluarga dan sebagainya.

Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara berkelompok dan bukan bentuk
barisan. Ini adalah kerana murid pra-sekolah banyak melakukan aktiviti berkumpulan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja begini akan memudahkan mereka
berinteraksi dan berbincang sesama sendiri. Meja dan kerusi pula adalah bersesuaian dengan
umur murid di antara 5 hingga 6 tahun.

Terdapat juga sudut bacaan atau ‘Book and Reading Centre’ dalam bilik darjah pra-sekolah.
Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap bagi
memudahkan murid-murid mendapat pencahayaan ketika membaca.

11
PERLAKSANAAN AKTIVITI DAN PROSES P&P DI PRASEKOLAH

Perlaksanaan Aktiviti secara berkumpulan

Aktiviti membuat kolaj

Aktiviti mewarna

Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah juga amat penting dalam
memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak
secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah
selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai. Pelbagai gaya dan
kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat prasekolah

12
yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah

melalui teknik belajar dalam bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu
proses yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar
dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.

Sebagai guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh merangka pelbagai aktiviti untuk
membangkitkan minat kanak- kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya
meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu sebagai seorang guru yang
mengendalikan kelas. perlulah fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam
satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai guru juga seharusnya peka kepada
kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi,
aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.

Misalnya, apabila berada dalam kumpulan, aktiviti bercerita dijalankan dan sesuatu cerita itu
dibacakan atau disampaikan secara lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh
menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak- kanak melibatkan diri secara aktif semasa
cerita dijalankan, membunyikan bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan
pada tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa seronok dan tidak
mudah bosan.

Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis
yang boleh ataupun tidak boleh di makan juga boleh dijalankan. Melalui cara ini, kanak-kanak
dapat membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi dan berkongsi ideal bersama-sama
dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut pemahaman dan
imaginasi mereka sendiri dan melakukannya mengikut kreativiti dan kemampuan mereka.
Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

PERATURAN KESELAMATAN

Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah bagi


mengelakkan kemalangan.Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh
menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu

13
guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awak kanak-kanak adalah
merupakan satu proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan sepeti kemalangan , kematian atau kecederaan
Tanpa perlindungan keselamatan ,individu akan berasa takut,bimbang atau mudah terdedah
kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.

Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat
memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,kedaimaian,perlindungan,bebas dari rasa
resah,bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan ini akan
menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana :

1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa


2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian.

Punca kemalangan

1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas


2. Sikap cuai dan buruk sangka
3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam
4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas
5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.

Langkah-langkah keselamatan prasekolah

1. Susunatur ruang pembelajan dalam bilik darjah


 Pembahagian ruang mestilah seimbang.susun atur perabot hendaklah
memudahkan pergerakan murid supaya “traffic flow” dalam kelas berjalan lancar.
 Susun atur perabot tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan
murid.

14
 Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat
yang selamat.
 Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
 Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.

 Pastikan lantai sentiasa kering


 Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap
 Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaanbaik.
 Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan


 Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
 Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat
yang selamat.
 Lantai dapur sentiasa kering.
 Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik

3. Kawasan bilik air


 Lantai bilik air dalam keadaan selamat digunakan
 Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
 Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah


 Ruang di luar prasekolah harus dipagar
 Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka masti ditutup.
 Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan “rubber tiles” untuk
keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain.
 Rumput mestilah dipotong pendek.
 Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan
prasekolah.
 Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
 Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cacair atau serbuk pecah
misalnya termos,lampu kalimantan hendaklah dibersihkan.

15
Pengurusan Rekod dan Fail Prasekolah

Definasi Rekod

 Maklumat yang diwujud, diterima dan diselenggara sebagai bukti oleh sesebuah
organisasi atau orang perseorangan bagi memenuhi kehendak undang-undang serta
semasa melaksanakan transaksi rasmi.

Rekod dan dokumen

1. Buku Kedatangan Guru


- Semua Guru dan Penolong Guru mestilah mematuhi waktu bertuga seperti yang
ditetapkan bagi tabika masing-masing.Waktu masuk dan keluar Guru dan Penolong
Guru hendaklah direkod.
2. Buku Persediaan Mengajar
- Buku Persediaan Mengajar dicetak oleh Jabatan dan diedarkan kepada semua
kelas.Guru hendaklah merekodkan segala perancangan dan jadual pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan iaitu:
a. Pada setiap hari – perancangan harian
b. Pada setiap minggu – perancangan mingguan
3. Buku Rekod Kedatangan Kanak-Kanak
- Buku rekod kedatangan kanak-kanak dicetak oleh Jabatan dan diedarkan kepada
semua kelas.Guru hendaklah merekod kedatangan harian kanak-kanak pada tiap-
tiap hari.Rekod-rekod lain seperti penyataan bulanan,analisis kedatangan,bayaran
khas,butir-butir kanak-kanak dan ibu bapa hendaklah juga dikemaskini pada setiap
masa.
4. Buku Pelawat
- Pegawai,Jabatan dan Agensi
- Tetamu / VIP
- Guru hendaklah menyediakan Buku Pelawat dan memastikan semua pelawat ke
kelas merekodkan butir-butir mereka dalam buku itu.Butir-butir yang dimaksudkan
adalah seperti berikut;
a) Tarikh lawatan
b) Waktu masuk
c) Waktu keluar
d) Nama/Jawatan/Agensi
e) Tandatangan
f) Catatan
g) Tujuan lawatan
h) Tindakan yang perlu di ambil oleh Guru/Penolong Guru.
5. Borang Permohonan Masuk Ke Kelas Tabika Perpaduan

16
- Guru hendaklah sentiasa menyimpan borang dan mengedarkannya mmengikut
Prosedur MS ISO 9001:2000.

6. Sijil Kehadiran
- Sijil Kehadiran bagi Hari Graduan Tabika Perpaduan pada hujung tahun akan
disediakan dan dibekalkan oleh ibu pejabat kepada semua negeri.Pejabat
Perpaduan negeri hendaklah mengagihkan sijil-sijil itu kepada Daerah/Bahagian
berkenaan.

7. Fail – fail JPTP


- Guru selaku Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah
mentadbir fail-fail berkaitan dengan aktiviti Jawatankuasa Penyelaras Tabika
Perpaduan.Surat menyurat,minit mesyuarat dan dokumen lain berkaitan dengan
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah difailkan dan guru adalah
bertanggungjawab terhadap keselamatan fail-fail.

8. Pekeliling-Pekeliling Jabatan / Garis Panduan dan Surat-surat Arahan yang dikeluarkan


- Pekeliling-pekeliling Jabatan yang diedarkan dari semasa ke semasa hendaklah
disimpan dengan teratur untuk sebarang rujukan

9. Prosedur MS ISO 9001:2000


(Rujuk sistem fail)

10. Buku Akaun Tunai


- Diselenggarakan dengan baik
11. Buku Rekod Inventori
- Diselenggarakan dengan baik
12. Baucer-baucer bayaran/ resit
- Diselenggarakan dengan baik
13. Buku stok Bekalan
-diselenggarakan dengan baik

14. Buku kurikulum Prasekolah Kebangsaan


- Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian.
15. Buku huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
- Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian.
16. Rekod ujian mata (penglihatan)
- Disediakan dan dilaksanakan

17
17. Rekod Kemajuan Kanak-kanak
- Diisi dengan lengkap dan dikemukakan/diserah kepada ibu bapa/penjaga
18. Profil Kanak-Kanak
-Diisi dengan lengkap
19. Rekod Harta Modal
-Diisi dan dikemaskinikan

Contoh gembar rekod di Prasekolah

Rekod persediaan Buku rekod kedatangan Buku pelawat


mengajar tabika perpaduan

Buku rekod kedatangan guru Resit & baucer Buku Pekeliling pentadbiran
dan pen. guru

Definasi fail

Proses mengklasifikasi,menyusun,menyimpan dan menyelenggara fail-fail bagi


memudahkan pengurusan apabila diperlukan.
Satu folder yang diberi tajuk,nombor,didaftar dan diindekskan dimana di dalamnya surat-
surat disusun dengan cermat dan teratur.

Tujuan

Mewujudkan sistem fail yang seragam di Kelas Prasekolah KPM

18
Mengelakkan berlaku pertindihan dalam memberikan tajuk dan nombor fail.
Memudahkan dan mempercepatkan pengesanan fail-fail
Memastikan fail-fail sentiasa terkawal mengikut sistem yang telah ditetapkan.

Klasifikasi fail

Fail boleh dikategorikan kepada fail urusan am (house keeping files) dan fail urusan
fungsian(functional files).Fail urusan am mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan
dengan hal pentadbiran,pembangunan dan harta,kelengkapan dan bekalan,kewangan dan

personal.Fail urusan fungsian pula mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan
dengan fungsi san aktiviti asas jabatan sendiri/(ktp)

Fail terbahagi kepada dua :

a) Housekeeping
b) Functional

Fail housekeeping adalah fail untuk melaksanakan urusan pentadbiran yang perlu ada di setiap
jabatan / ktp (fail utama) :

PENTADBIRAN AM = 100

BANGUNAN DAN HARTA = 200

KELENGKAPAN DAN BEKALAN = 300

KEWANGAN = 400

PERSENOL = 500

Fail functioanal adalah fail yang wujud atas keperluan sesuatu ktp / jabatan dan bukan meliputi
fail berkaitan di atas

= 600

Contoh membuka rujukan fail

BIL NAMA FAIL NO RUJ. FAIL


1 PEMBUKAAN KELAS TABIKA KTP/S/30/200-1
PERPADUAN
(JPNIN/TP/01) KTP/S/01/200-1 JLD.2

KTP/S/01/200-1 JLD.3

SELARASKAN MENGUNAKAN KOD


KELAS / TUNTUTAN MAKANAN
19
SEBAGAI MAKLUMAN FAIL INI
ADALAH PROSIDUR ISO 9001 : MENGIKUT KELASIFIKASI FAIL
2008

Semasa membuka fail baru pastikan:

KULIT FAIL

NOMBOR FAIL
(ENCLOSURE NUMBER)
KELASIFIKASI
SEMASA MEMBUKA
FAIL BARU PASTIKAN (JENIS KANDUNGAN
DIDALAM FAIL)
TAJUK FAIL

KERTAS MINIT

Jenis-jenis kulit fail

Terdapat beberapa jenis kulit fail yang digunakan oleh jabatan dan agensi kerajaan.Jenis kulit
fail adalah seperti berikut :

I. Terbuka – kulit berwarna putih (Am 435 – pin.1/80)


II. Terhad – kulit fail berwarna putih (Am 435 – pin.1/80) dengan cop TERHAD
III. Sulit – kulit fail berwarna hijau (Am 436)
IV. Rahsia – kulit fail berwarna merah jambu berpalang
V. Rahsia besar – kulit fail berwarna kuning muda,berpalang merah (Am438)
VI. Sampul kecil – kulit fail berwarna kuning (Am 435A-pin.1/82)
VII. Fail kulit keras – terdapat pelbagai jenis

Contoh fail :

20
Contoh Merekod / Pengendalian surat terima dan keluar

Surat masuk :

 Perlu direkodkan dalam buku daftar surat masuk.


 Dicop atau ditulis tarikh terima
 Dimajukan kepada ketua jabatan atau hendaklah diberi terus kepada pegawai yang
bertanggungjawab.
 Perlu diberi akaun terima
 Perlu dikandungkan dalam fail serta merta untuk tindakan pegawai bertanggungjawab.

Surat keluar :

 Perlu direkodkan dalam kertas minit fail dan buku daftar surat keluar

Setiap kandungan diberi nombor lampiran dan direkodkan di atas kertas minit menggunakan
pen berdakwat merah bagi surat dan dokumen lampiran yang diterima dan dakeat biru atau
hitam bagi surat yang keluar.

Surat yang diterima daripada pihak luar atau bukan daripada ktp itu sendiri perlu direkodkan
dengan menggunakan pen merah sahaja.

Memo bertarikh……………..daripada……….dikandung………………………….

Surat yang dikeluarkan oleh ktp ke mana-mana orang / jabatan /ktp lain / pihak swasta dan lain-
lain perlu direkodkan dengan menggunakan pen biru atau hitam sahaja.

Memo bertarikh………………kepada…………dihantar……………………………

Lain-lain perkara berkaitan faillina ;

Surat yang diterima perlu mempunyai cop bila surat tersebut di hantar kepada ktp / di terima ktp

Meletakkan no kandungan ( ) atau kandung (terima) surat keluar dan masuk

Surat yang diterima oleh ktp dari pejabat / agensi kerajaan lain / krt / ngo / ibubapa atau mana-
mana sahaja pihak selain ktp sendiri

21
KTP / S /30 /200 – 1 (1)

Dalam perkara yang sama tetapi surat dikeluarkan ktp kepada pejabat / agensi kerajaan lain /
krt / ngo / ibubapa atau mana-mana pihak selain ktp sendiri.

KTP / S /30 /200 – 1 (2)

Jumlah salinan surat atau edaran dikeluarkan

Surat hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan.Salinan asal dihantar kepada
penerima,salinan kedua dikandungkan dalam fail yang berkenaan (rekod fail yang berkenaan di

kelas) dan salinan ketiga pula dikandungkan dalam fail timbul (float file) atau sampul kecil.Jika
ada keperluan salinan tambahan perlu dinyatakan dan diedarkan sebagai dalinan kepada (s.k)

Contoh : surat di hantar ke Pengarah JPNIN WPKL

S.K PPD Sentul

PPPD Sentul

Pengerusi JPTP

Prosedur Penutupan Fail :

Kategori fail yang aktif

100 lampiran / 100 no kandungan / lampiran


1 inci tebal (mana-mana yang terdahulu)

Ketegori fail yang tidak aktif

5 tahun tidak digunakan / rujuk

Penggunaan sampul kecil

contoh surat permohonan kemasukan kanak-kanak ktp

Contoh nama dan nombor rujukan fail KTP sentul

100 = PENTADBIRAN

BI NAMA / PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR


L ISO

1 PENGAMBILAN KANAK-KANAK TABIKA KTP/S/30/100-1 /


PERPADUAN (JPNIN/TP/02)
2 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN KTP/S/30/100-2 /
KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN
(JPNIN/TP/05)
3 LAPORAN AKTIVITI TABIKA PERPADUAN KTP/S/30/100-3

22
4 LAPORAN BULANAN TABIKA PERPADUAN KTP/S/30/100-4
5 MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KTP/S/30/100-5 /
(JPNIN/TP/05)
6 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK KTP/S/30/100-6 /
KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN
(JPNIN/TP/05)
7 PENGUMPULAN MAKLUMAT TABIKA KTP/S/30/100-7 /
PERPADUAN
8 MESYUARAT GURU / PENOLONG GURU KTP/S/30/100-8
DAERAH SENTUL
9 SURAT ARAHAN / PEKELILING JABATAN KTP/S/30/100-9
10 AKTIVITI / LAWATAN TABIKA PERPADUAN KTP/S/30/100-10
11 INSURANS KANAK-KANAK TABIKA KTP/S/30/100-11
PERPADUAN
12 LAPORAN KESIHATAN KANAK-KANAK TABIKA KTP/S/30/100-12
PERPADUAN
13 BUKU PERKELILING (ISO) KTP/S/30/100-13
14 MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) KTP/S/30/100-14

200 = BANGUNAN DAN HARTA

BI NAMA/PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR


L ISO
1 PEMBUKAAN KELAS TABIKA PERPADUAN KTP/S/30/200-1 /
(JPNIN/TP/01)
2 PEMINDAHAN KELAS TABIKA KTP/S/30/200-2 /
PERPADUAN(JPNIN/TP/060
3 NAIK TARAF / PEMBAIKAN RT / TABIKA KTP/S/30/200-3 /
PERPADUAN (JPNIN/SK/13)
4

300 = KELENGKAPAN DAN BEKALAN

BI NAMA/PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR


L ISO
1 PENGURUSAN ASET ALIH JABATAN KTP/S/30/300-1 /
(JPNIN/SK/17)
2 PELUPUSAN,KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA KTP/S/30/300-2 /
ASET (JPNIN/SK/18)
3 PENYELEGGARAAN ICT (JPNIN/SK/19) KTP/S/30/300-3 /
4
5

400 = KEWANGAN
23
BI NAMA/ PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR
L ISO
1 TUNTUTAN PERJALANAN GURU TABIKA KTP/S/30/400-1 /
PERPADUAN (JPNIN/TP/05)
2 TUNTUTAN PERJALANAN PENOLONG GURU KTP/S/30/400-2 /
TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05)
3 URUSAN PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN KTP/S/30/400-3 /
TELEFON TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05)
4 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN AKAUN KTP/S/30/400-4 /
TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05)
5 PERMOHONAN PENGELUARAN WANG KTP/S/30/400-5
6 NOTIS PEMBAYARAN EFT KTP/S/30/400-6
7 PENGAGIHAN PERUNTUKAN MAKAN MINUM KTP/S/30/400-7 /
TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/07)
8

500 = PERSONAL

BI NAMA/PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR


L ISO
1 URUSAN PENGAMBILAN,PELANTIKAN DAN KTP/S/30/500-1 /
PERLANJUTAN KONTRAK PERKHIDMATAN
GURU (JPNIN/SK/14)
2 URUSAN PENGAMBILAN,PELANTIKAN DAN KTP/S/30/500-2 /
PERLANJUTAN KONTRAK PERKHIDMATAN
PENOLONG GURU (JPNIN/SK/14)
3 PERIBADI GURU KTP/S/30/500-3
4 PERIBADI PENOLONG GURU KTP/S/30/500-4

600 = FUNGSIAN / FUNCTIONAL


BI NAMA / PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR
L ISO
1 PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS KTP/S/30/600-1 /
TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/03)
2 CUTI PERISTIWA KTP/S/30/600-2
3
4

Penutup fail

24
fail-fail aktif yang boleh ditutup adalah seperti yang berlaku:

I. tebal satu inci


II. mangandungi 100 lampiran
(yang mana lebih awal)

Contoh Fail Aktif Yang Ditutup

Tempat menyimpan fail diubahsuai baru dengan mengambil kira akan aspek
keselamatan,kecantikan dan kesesuaian dengan cara penyimpanan dan jenis kulit fail yang
digunakan.Rak juga dapat menghindar dari ancaman anai-anai,bubuk-bubuk,tikus dan
serangga serta terhindar daripada kelembapan.Tempat penyimpanan fail baru dibuat dalam dua
peringkat iaitu peringkat pertama bermula dilaksanakan melibatkan fail-fail jabatan manakala
peringkat kedua melibatkan fail Perkeliling Perkhidmatan,Pekeliling Perbendaharaan,Pekeliling
Am,Pekeliling Kontrak serta surat-surat Perkeliling Am.

Kulit fail dari jenis keras digunakan.Sebelum ini menggunakan kulit fail nipis Am 435 tetapi tidak
berkesan kerana sukar disusun secara menegak serta nombor fail tidak dapat dilihat.Jumlah
tajuk fail telah dikurangkan dari 393 kepada 137.Fail yang tidak aktif perlu dilupuskan.

Format rekod perjalanan dan penyimpanan fail juga perlu digunakan.Bahagian pendaftaran fail
akan merekodkan pengedaran fail dengan mencatatkan nama Pegawai atau bahagian mana
fail telah diedar serta tarikh diedarkan.Pelekat warna pula boleh digunakan untuk memudahkan
fail dikenali serta diletak atau dikeluarkan dirak-rak yang disediakan kerana fail-fail ini
diasingkan mengikut warna bahagian masing-masing.

25
Contoh gambar rak dan peti besi menyimpan fail.

26
Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan pada kali ini iaitu tentang
penubuhan dan pengurusan pusat pendidikan awal kanak – kanak dan sistem fail dengan
jayanya. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah berjaya mendapat
pelbagai maklumat dan manfaatnya.

Pada mulanya, agak sukar untuk saya memahami dan melengkapkan tugasan ini. Ini
kerana saya berkhidmat di kelas prasekolah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh
itu, saya tidak pernah mengetahui tentang prosedur penubuhan prasekolah. Saya telah
mendapatkan bahan dari internet, buku dan pihak – pihak tertentu. Akhirnya barulah saya tahu
bahawa terdapat banyak aspek dan prosedur yang perlu dilakukan dalam menubuhkan
sesebuah prasekolah. Antaranya ialah kriteria yang perlu ada untuk menubuhkan pusat
prasekolah ialah seperti pemiihan tapak, kemudahan prasarana, kewangan dan sebagainya. .Ini
termasuklah dari segi prosedur-prosedur yang utama seperti semua prasekolah perlu
didaftarkan terlebih dahulu dibawah Akta 550 (akta pendidikan 1996) mempunyai lokasi dan
bangunan yang sesuai begitu juga dengan keselamatan dari segi fizikal,persekitaran dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang mana perlaksanaan aktivitinya mestilah bersesuaian
dengan kanak-kanak.

Walaubagaimanapun,terdapat sedikit kelemahan dalam perancangan penubuhan


prasekolah ini. Sebagai contoh,dalam prosedur penubuhan prasekolah ia akan mengambil
masa yang lama untuk mendapat kelulusan dari pihak Majlis Pembandaran,untuk mendapatkan
lesen,untuk mendapatkan premis atau lokasi yang sesuai dan CF.Selain itu, setiap lokasi atau
premis yang sesuai mestilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan,bomba,dan
tenaga nasional untuk keselamatan pelajar.Dari segi kewangan pula tidak mencukupi kerana
kerajaan hanya menyediakan peruntukan sebanyak RM 10,000 sahaja untuk penubuhan
sesebuah prasekolah. Ini kerana aspek kewangan sangat penting kerana banyak urusan yang
melibatkan kewangan seperti kos prasarana, kelengkapan perabot dan sebagainya.

Dari segi sistem fail di prasekolah,terdapat beberapa maklumat baru yang telah saya
dapati hasil dari kajian dan tinjauan saya. Contohnya sekarang saya menggunakan fail putih
berkulit tebal. Ini kerana fail berkulit tebal dan keras ini mudah untuk disusun dan didirikan di
rak. Tetapi mengikut sistem fail yang sistematik, hanya fail berkulit nipis yang boleh digunakan.
Terdapat kelemahan dalam penggunaan fail ini seperti fail berkulit nipis ini menyukarkan
penyimpanan fail kerana fail ini tidak boleh berdiri dengan kemas dan tidak teratur bila disimpan
malah fail-fail ini sukar untuk dicari dan terpaksa membaca dari daftar fail.

Selain itu, semua fail perlu ada nama fail dan dinomborkan serta mempunyai indeks di
bahagian dalamnya. Sebelum ini, saya hanya menamakan dan menomborkan setiap fail di
kelas tanpa menulis indeks di bahagian dalam. Sebenarnya indeks ini penting untuk kita
mengetahui dan mencari bahan seperti surat yang ada di dalam fail. Contohnya seperti fail

27
surat menyurat, kita hanya perlu merujuk kepada nombor indeks dan akan mendapat surat
yang disimpan dengan mudah dan cepat . Ini dapat menjimatkan masa dan sistematik tanpa
perlu membaca setiap tajuk surat.

Dari segi penyimpanan fail, saya menyusun fail di dalam rak terbuka supaya ianya
nampak teratur dan kemas. Dari pada hasil kajian saya, sebenarnya fail perlu disimpan di
dalam rak besi tertutup. Ini untuk menjaga fail dari rosak sama ada koyak atau dimakan oleh
serangga seperti anai – anai. Ini boleh menjamin keselamatan fail supaya dapat disimpan dan
digunakan untuk tempoh yang lama sebelum fail ditutup. Di luar laci rak besi juga perlu
dilabelkan supaya kita tahu senarai fail yang ada di dalam laci berkenaan.

Setelah meneliti hasil kajian tugasan ini,saya mencadangkan penambahbaikan seperti


berikut,dalam perancangan penubuhan prasekolah prosedur untuk kelulusan dicadang dapat
dipercepatkan sekiranya semua syarat telah lengkap.Dari segi kewangan pula peruntukkan
untuk penubuhan prasekolah dari RM 10,000 dapat di naikkan sehingga RM 50,000
memandangkan kos penyelenggaraan dan intraskuktur bagi meningkatkan prasekolah yang
mempunyai persekitaran yang lebih kondusif dan pengajaran & pembelajaran yang lebih
mantap.Bagi sistem fail di prasekolah pula,saya mencadangkan bagi mengelakkan kerosakan,
kehilangan data dan maklumat prasekolah saya mencadangkan semua maklumat dipindahkan
ke dalam sistem komputer yang tahap keselamatan lebih terjamin dan mudah dicari ini kerana
kemahiran ict adalah penting dalam sesebuah organisasi malah guru prasekolah atau
kakitangan yang baru turut mudah menguruskan dan menyambung tugasan guru yang telah
berpindah.Keadaan ini menjadi kerja lebih mudah dan teratur.

Walaubagaimanapun,kerja kursus ini banyak membantu saya memantapkan ilmu


pengetahuan saya sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya
ceburi sekarang.Ini adalah penting untuk memastikan bakal guru yang bakal lahir pada masa
hadapan adalah guru yang kritis.kretif dan inovatif.Secara tidak langsung,saya mempelajari
dengan lebih mendalam mengenai prasekolah.Ini amat penting untuk persediaan bagi
menempuh peperiksaan bagi akhir semester nanti.

Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Cik Hoh An Nui
kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan yang turut membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.Saya amat berharap agar
tugasan yang telah saya siapkan ini akan menepati kehendak soalan yang telah diberikan.

Sekian terima kasih.

28
RUJUKAN
BUKU
1) Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh,(2006).Panduan Merancang Aktiviti
Prasekolah.PTS Professional Publishing Shn.Bhd
2) Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004).Panduan
Kurikulum Prasekolah,PTS Publication & Distributors SDN . Bhd
3) Sukatan pelajaran KDPM Pengajian Prasekolah (2002).Modul Pendidikan prasekolah.

INTERNET
1) www.scribd.com/.../kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiran-belajar
2) www.slideshare.net
3) www.Haslidalehb.blogspot.com.my
4) www.scribd.com/.../gaya-pembelajaran

INDIVIDU

- Puan Nor Haslinda Binti Osman,


Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Sentul

29
PERANCANGAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK
SOALAN
1. Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah apakah kriteria-kreteria utama
yang perlu diberi perhatian?
2. Untuk apakah objektif dan matlamat penubuhan pusat prasekolah?
3. Bagaimanakah pelaksanaan aktiviti dan proses p& p di prasekolah?
4. Mengenai sistem fail pula,apakah tujuan sistem fail dalam penubuhan dan pengurusan
prasekolah.
5. Bagaimanakah sistem pengurusan fail yang sistematik di prasekolah dapat diwujudkan.

JAWAPAN
1. Kriteria penubuhan prasekolah yang utama adalah kita perlu menentukan matlamat dan
objektif sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.Selain itu,kriteria seperti tinjauan
kebolehbinaan,infrastruktur kawasan,lokasi,keluasan,bangunan,peralatan dan sumber
amat penting.Tidak ketinggalan kriteria peraturan dan undang-undang,organisasi
pengurusan serta kewangan harus di ambil berat bagi membina prasekolah yang
bermutu tinggi.
2. Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang
yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur
seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan
dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Pendidikan prasekolah
bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persipan untuk masuk
ke tahun satu di sekolah rendah.pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak
mencapai tujuan seperti mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang
positif yang menjadi Warganegara yang patriotik,Menggunakan bahasa Melayu dengan
betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi.
Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukkannya
sebagai bahasa kedua.
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

30
Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah.
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan
dan keselamatan yang baik.
Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya.
3. Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah juga amat penting dalam
memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu
haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai.
Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang
pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam
bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu proses yang
terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.Sebagai
guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh merangka pelbagai aktiviti untuk
membangkitkan minat kanak- kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini
lazimnya meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu sebagai
seorang guru yang mengendalikan kelas. perlulah fokus dan berusaha mendapatkan
perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai
guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja
berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai
dilakukan dalam masa sependek yang boleh.Misalnya, apabila berada dalam kumpulan,
aktiviti bercerita dijalankan dan sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan secara
lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti
seperti meminta kanak- kanak melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan,
membunyikan bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada
tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa seronok dan tidak
mudah bosan.Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz,
warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan juga boleh dijalankan.
Melalui cara ini, kanak-kanak dapat membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi
dan berkongsi ideal bersama-sama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan

31
yang diberikan mengikut pemahaman dan imaginasi mereka sendiri dan melakukannya
mengikut kreativiti dan kemampuan mereka. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri
dan komunikasi antara mereka.

4. Sistem fail penting dalam penubuhan dan pegurusan prasekolah kerana dapat
mewujudkan sistem fail yang seragam di Kelas Prasekolah KPM,mengelakkan berlaku
pertindihan dalam memberikan tajuk dan nombor fail,memudahkan dan
mempercepatkan pengesanan fail-fail memastikan fail-fail sentiasa terkawal mengikut
sistem yang telah ditetapkan.

5. Tempat menyimpan fail diubahsuai baru dengan mengambil kira akan aspek
keselamatan,kecantikan dan kesesuaian dengan cara penyimpanan dan jenis kulit fail
yang digunakan.Rak juga dapat menghindar dari ancaman anai-anai,bubuk-bubuk,tikus
dan serangga serta terhindar daripada kelembapan.Tempat penyimpanan fail baru
dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula dilaksanakan melibatkan
fail-fail jabatan manakala peringkat kedua melibatkan fail Perkeliling
Perkhidmatan,Pekeliling Perbendaharaan,Pekeliling Am,Pekeliling Kontrak serta surat-
surat Perkeliling Am.Kulit fail dari jenis keras digunakan.Sebelum ini menggunakan kulit
fail nipis Am 435 tetapi tidak berkesan kerana sukar disusun secara menegak serta
nombor fail tidak dapat dilihat.Jumlah tajuk fail telah dikurangkan dari 393 kepada
137.Fail yang tidak aktif perlu dilupuskan.Format rekod perjalanan dan penyimpanan fail
juga perlu digunakan.Bahagian pendaftaran fail akan merekodkan pengedaran fail
dengan mencatatkan nama Pegawai atau bahagian mana fail telah diedar serta tarikh
diedarkan.Pelekat warna pula boleh digunakan untuk memudahkan fail dikenali serta
diletak atau dikeluarkan dirak-rak yang disediakan kerana fail-fail ini diasingkan
mengikut warna bahagian masing-masing.

32

Anda mungkin juga menyukai