Anda di halaman 1dari 9

1.

0 TAJUK PROPOSAL PROJEK

‘LEARNING THROUGH VIDEO’

VIDEO PEMBELAJARAN SEJARAH TAHUN 4 TOPIK KERAJAAN MELAYU AWAL

2.0 TUJUAN

Kertas ini disediakan bagi tujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu:

a) Mencetuskan minat murid untuk mempelajari topik Kerajaan Melayu Awal dengan
lebih mudah.
b) Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas, iaitu murid-murid masalah
pembelajaran lembam (slow learner) untuk berkolaborasi dengan murid-murid
normal dalam pembelajaran.
c) Meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap tajuk Kerajaan Melayu Awal
melalui grafik video.

3.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini dicipta untuk meningkatkan pemahaman murid aliran arus perdana dan
juga murid bekeperluan khas tentang topik Zaman Prasejarah. Projek ini turut mengatasi
masalah kelemahan dalam menguasai sesuatu topik dan juga memudahkan guru dan murid
mencapai objektif pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Menurut
sumber Plan Induk Pembangunan Pendidikan (2001-2010), salah satu punca masalah ini
adalah kerana 62% guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah
gabungan, kaedah pendekatan campuran dan papan hitam dengan kapur (chalk and talk),.
Hal ini kerana, pengajaran tradisional iaitu, pengajaran menggunakan kapur dan papan
hitam dikenal pasti menjadi punca murid lemah dalam pdp Sejarah dan melahirkan murid-
murid yang kurang bermotivasi terhadap pengajaran yang dikendalikan oleh guru-guru
dalam bilik darjah. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila terdapat penglibatan murid
bekeperluan khas (MBK) dalam kelas arus perdana. Sebagai contohnya, murid bekeperluan
khas yang mempunyai masalah pembelajaran lembam mengalami kesukaran dalam
menguasai topik-topik yang dipelajari apabila guru menggunakan kaedah pengajaran
tradisional.

Permasalahan ini timbul kerana pendekatan, kaedah, dan teknik yang digunakan
oleh guru Sejarah semasa menjalankan pdp didapati tidak sistematik. Guru dan murid juga
menghadapi pelbagai kekangan yang menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
begitu bermasalah. Begitu juga halnya dengan penglibatan pihak lain yang sepatutnya
didapati boleh membantu meringankan beban permasalahannya. Bagi menyelesaikan
permasalahan ini, maka sewajarnya semua pihak perlulah memainkan peranan yang
proaktif ke arah penyelesaiannya.
Semasa saya berpraktikum di SK To’ Kandu Permatang Pauh, saya menghadapi
masalah tentang kefahaman murid dalam menguasai isi pengaiaran yang disampaikan. Alat
bantu mengajar yang digunakan semasa PdP tidak berkesan dan mengakibatkan murid-
murid tidak faham tentang isi pelajaran yang diterangkan. Persoalannya di sini, bagaimana
hendak membuat penerangan yang jelas kepada murid-murid dalam menyampaikan
sesuatu isi pengajaran Sejarah dengan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan.
Oleh itu, salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini adalah membuat penerangan
berdasarkan pembinaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik. Dalam hal ini,
projek ‘Learning Through Video’ telah direka untuk membantu guru Sejarah dan murid
meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan dalam sesuatu topik Sejarah Projek ini
memerlukan guru Sejarah menguasai pengetahuan kandungan topik Sejarah dahulu dan
pengetahuan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang efektif dan sesuai dengan keupayaan
dan kebolehan murid.

4.0 SKOP PROJEK

Skop projek ini adalah untuk guru Sejarah bagi mengatasi masalah kesukaran
pemahaman fakta-fakta dalam topik yang diajar. Projek ini direka bentuk dengan
menggunkan bahan multimedia seperti video untuk meningkatkan minat murid dalam mata
pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan tidak dapat disampaikan jika murid
kurang memahami fakta Sejarah dan secara tidak langsung murid akan kehilangan minat
dalam matapelajaran Sejarah. Penggunaan video dapat membantu pengajaran mata
pelajaran Sejarah lebih menarik dan dapat melibatkan murid-murid dalam pembelajaran
secara aktif. Projek ini dibina berdasarkan Model Pembelajaran Trialogikal Generik dan
model ini mempunyai tiga metaflora dalam proses pembelajaran iaitu monologik, dialogik
dan trialogikal. Menurut Stefanova dan Gercheva (2015) trialogikal merupakan satu proses
yang terlibat dalam mengorganisasi tugas atau usaha ke arah penciptaan sesuatu artifak
pengetahuan yang boleh dikongsi bersama dan bermanfaat bagi masyarakat. Projek
“Cinematic Video” merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan dengan berpandukan
Model Pembelajaran Triologikal. Projek ini berpusatkan bahan dan dibina khususnya kepada
murid yang bermasalah ‘slow learner’ untuk melibatkan mereka dalam pdp. Projek ini akan
meningkatkan minat murid dalam kalangan murid-murid biasa bersama murid-murid
masalah “slow learner” dengan menjadikan teknologi sebagai objek pembelajaran yang
bermakna.
5.0 PELAN PERLAKSANAAN PROJEK

Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat, di mana ia bermula dengan proses
perbincangan dan pemilihan idea, pengumpulan data, strategi perancangan dan yang
terakhir sekali adalah penghasilan projek. Dalam kumpulan, saya akan berbincang tentang
konsep penghasilan projek yang dapat memberi manfaat kepada pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Selepas itu, kami akan memilih konsep ataupun idea yang paling
baik. Seterusnya, saya akan mengkaji tentang keperluan penghasilan projek dan membuat
perancangan penghasilan projek. Misalnya kaedah dan cara yang ada dalam penghasilan
projek ‘Cinematic Video’. Justeru, saya juga akan mengadakan tinjauan rekaan lepas untuk
memahami projek yang akan dihasilkan dengan merujuk kepada artikel dan ‘Youtube’ dalam
laman sesawang.

Saya akan mengadakan dua percubaan untuk menghasilkan 'Cinematic Video' iaitu
melalui perisian ‘Adobe’ dan ‘Biteable’. Setelah kedua-dua percubaan ini, saya akan memilih
cara yang lebih berkesan untuk memulakan penghasilan ‘Cinematic Video’. Projek ini juga
akan diuji terlebih dahulu ke atas rakan-rakan sekelas yang lain dan guru-guru di sekolah
sama ada projek ini berkesan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
sejarah. Sekiranya terdapat kelemahan yang dikesan, saya akan mengadakan
penambahbaikan.

Projek ini berbentuk video yang mempunyai unsur-unsur ‘Cinema’ serta mempunyai
nota-nota ringkas yang berkaitan topik Sejarah tahun 4 Kerajaan Melayu Awal. Murid-murid
akan diberi peluang untuk menonton video tersebut dan diarahkan untuk meneliti nota-nota
ringkas yang terdapat dalam video tersebut. Pengajaran melalui video yang berunsur
‘Cinematic’ secara tidak langsungnya menarik perhatian murid-murid kerana murid-murid
pada zaman ini lebih terdedah ke arah zaman teknologi. Selepas murid-murid berjaya
menonton video, guru sejarah harus membuat refleksi dengan menerangkan serta
menjelaskan tentang Kerajaan Melayu Awal supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Murid-murid arus perdana bersama-sama murid ‘slow learner’ digalakkan membuat
perbincangan dalam kelompok masing-masing di mana mereka dapat berbincang dan
mencatat isi-isi penting melalui video.
6.0 PELAN UNTUK UJI PROJEK

Keberkesanan inovasi ini akan diuji dengan cara pemerhatian tidak berstruktur dan
soal selidik. Selepas penghasilan ‘Cinematic Video’, saya akan meminta rakan sekelas
untuk menggunakannya. Kemudiannya, saya akan membawa projek ini ke sekolah untuk
digunakan oleh guru sejarah di sekolah. Saya akan memerhatikan respons rakan sekelas
dan guru sejarah di sekolah semasa penggunaan ‘Cinematic Video’. Selepas itu, saya akan
mengadakan soal selidik dengan rakan sekelas dan guru sejarah di sekolah tentang
keberkesanan dan kelemahan projek ini. Berdasarkan maklum balas yang didapati semasa
pernerhatian tidak berstruktur dan soal selidik, saya akan berusaha untuk membuat
penambahbaikan supaya projek ini dapat mendapat sambutan yang baik serta membawa
manfaat yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

7.0 PELAN PEMASARAN PROJEK

Projek ini dapat dipromosikan melalui pelbagai cara. Setelah ‘Cinematic Video’
dihasilkan maka proses pemasaran projek akan dilakukan. Komuniti guru merupakan target
dalam penggunaan produk ini. Maka, bagi memasarkan produk ini, saya akan menggunakan
medium media sosial. Hal ini kerana media sosial telah mendapat perhatian setiap peringkat
umur masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Media sosial
telah menjadi satu trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping
bersosial di alam maya. Oleh itu, cara promosi seperti di Facebook, Instagram dan
Whatsapp amat sesuai digunakan. Melalui media sosial, promosi kami juga tidak melibatkan
kos yang tinggi.
Langkah pertama bagi mempromosikan produk ini ialah saya akan menghasilkan
sebuah poster yang mengandungi maklumat dari segi kepentingan serta keistimewaan
produk tersebut. Oleh itu, ia akan menarik minat orang ramai terhadap produknya setelah
melihat poster tersebut. Selain itu, saya juga akan menyelitkan cara untuk menghubungi di
bawah poster yang dihasilkan. Hal ini akan memudahkahkan para pengguna untuk
menghubungi saya sekiranya mereka berminat. Bagi menyebarkan poster tersebut dengan
lebih berkesan, saya juga akan meminta bantuan dari pelajar-pelajar guru yang mempunyai
ramai pengikut di Instagram mahupun Facebook untuk memuat naikkan poster tersebut
untuk menyebarkan produknya kepada orang ramai. Selain itu, saya juga boleh meminta
admin dari account ‘Instagram’ Institut Pendidikan Guru untuk membantu mempromosikan
produk saya kepada bakal-bakal guru Sejarah. Saya juga merancang untuk memuat naikkan
poster yang dihasilkan dalam kumpulan guru Sejarah ataupun pelajar guru Sejarah. Melalui
cara ini, saya dapat mendedahkan produknya kepada mereka yang memerlukan.

8.0 Anggaran kos

Keseluruhan kos yang terlibat bagi projek ini adalah RM 3.00. Jadual berikut
merupakan anggaran kos projek inovasi yang dijalankan.

Bahan Kuantiti Harga Seunit Harga Keseluruhan


(RM)
(RM)

Perisian Microsoft 1 Percuma Percuma


Office Power Point

Perisian 1 Percuma Percuma

Cakera Padat 2 1.00 2.00

Borang Soal Selidik 10 0.10 1.00

Jumlah 3.00

8.0 PENUTUP
Projek inovasi yang dicipta ini berkemampuan untuk mempertingkatkan lagi
kecekapan terhadap Sejarah bagi murid-murid Tahun 4. Projek ini akan memberikan
peluang kepada murid untuk mengadakan pembelajaran kendiri iaitu video akan diedarkan
melalui cakera padat dan boleh belajar di rumah. Selain itu, maklumat-maklumat tambahan
yang terkandung dalam projek ini juga mampu mendedahkan pengetahuan yang lebih luas
kepada murid berkaitan dengan topik yang difokuskan. Kementerian Pelajaran Malaysia
telah berusaha mewujudkan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) ke dalam semua mata
pelajaran di sekolah termasuklah mata pelajaran Sejarah. Teknologi merupakan komponen
yang penting dalam PAK-21 dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid
kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Dengan ini, projek inovasi yang dihasilkan ini
mampu untuk membantu guru untuk mengaplikasikan PAK-21 iaitu penggunaan teknologi di
samping memberi pengalaman yang menarik serta pembelajaran yang aktif kepada murid-
murid di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, projek ini juga dapat meningkatkan lagi
kualiti PdP Pendidikan Sejarah di Malaysia.

Rujukan
INSTRUMEN SOAL SELIDIK INOVASI “CINEMATIC VIDEO”
(Bahagian B)

ARAHAN: Bagi setiap item, sila tandakan (/) untuk menyatakan pendapat anda mengikut
skala yang diberikan.

1: Sangat Tidak Setuju


2: Tidak Setuju
3: Tidak Pasti
4: Setuju
5: Sangat Setuju

Bi Perkara 1 2 3 4 5
l
A) MESRA PENGGUNA
1 Aplikasi ini dihasilkan boleh digunakan dengan mudah
melalui cakera padat, televisyen dan komputer.
2 Paparan penuh projek “Cinematic Video” yang dihasilkan
mudah difahami.
B) REKA BENTUK
4 Nota ringkas yang digunakan mudah dibaca dan difahami.
5 Unsur ‘Cinematic’ yang digunakan adalah menarik.
6 Paparan ‘background video’ yang digunakan dapat
menarik minat anda.
7 Grafik yang digunakan adalah menarik.
C) KEGUNAAN
8 Informasi yan digunakan boleh memberi ilmu
pengetahuan kepada diri anda.
9 Informasi yang diberikan boelh membantu anda untuk
meningkatkan kefahaman terhadap topik tersebut.
1 Informasii yang disampaikan dalam produk inovasi ini
0 boleh memberi nilai dan pengajaran kepada anda.
D) KESESUAIAN
1 Bahasa yang digunakan dalam “Cinematic Video” ini
1 mudah difahami.
1 Kandungan yang ingin disampaikan adalah jelas.
2
1 Arahan yang digunakan adalah mudah difahami.
3
E) PENILAIAN KESELURUHAN APLIKASI
1 “Cinematic Video” ini amat menarik untuk semua jenis
4 murid.
1 “Cinematic Video” ini mudah dikendalikan oleh semua
5 jenis pengguna.
1 “Cinematic Video” ini kreatif dan inovatif kepada
6 pengguna.

Pada pandangan anda, apakah cadangan penambahbaikan yang boleh anda kongsikan

untuk tujuan menambahbaik projek “Cinematic Video”?

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai