Anda di halaman 1dari 5

Punca-punca dan Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian
ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga
alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-
tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka.
Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-
jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak
dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah
disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum
ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang
terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini
turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah
yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama
sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan
tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah.
Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan
pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin
pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk
menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup


menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan
anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.


Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan
sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar
Pada era globalisasi ini , pencapaian yang cemerlang dan seimbang dalam bidang
akademik serta kokurikulum oleh anak anak merupakan harapan ibu bapa sebagai
langkah untuk menjamin masa depan anak-anak yang cerah . Hal ini menyebabkan
ramai anak yang mengalami tekanan kerana ingin memuaskan kehendak ibu bapa
mereka .Oleh itu , remaja yang terlibat dalam masalah disiplin ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan .Hal ini menyebabkan remaja mencari jalan untuk
menghilangkan stress. Contohnya, membuli , merokok dan berlumba haram.
Akhirnya , masalah disiplin pelajar menjadi lebih serius dan mereka terjebak ke
dalam kancah kebinasaan .Oleh itu , pelajar harus belajar untuk menjadi disiplin
kerana disiplin asas kejayaan .

Sebagaimana yang kita tahu, seseorang yang mempunyai disiplin diri dapat
membina jati diri .Remaja sekarang mempunyai jati diri yang lemah .Hal ini
disebabkan oleh pengaruh media massa dan pengaruh kawan yang kuat.
Kesannya , remaja tidak berminat dalam pelajaran kerana terlalu berminat dalam
pelajaran dan menumpukkan perhatian dan masa kepada media massa atau kawan .
Sekolah harus mengadakan kelas intensif untuk membantu pelajar yang lemah dan
membaiki kelemahan pelajar. Dengan itu , pencapaian akademik pelajar akan
meningkat . Apabila pemikiran pelajar menjadi matang , jati diri pelajar akan turut
meningkat .

Selain itu , sikap disiplin dalam seseorang dapat meningkatkan kesedaran remaja
dalam pelbagai perkara .Remaja kini tidak menyedari kepentingan akademik dan
suka hidup dalam mimpi .Mereka suka melepak ,merokok dan hidup dalam alam
fantasi mereka .Akhirnya , mereka lupa daratan dan hilang arah tuju.Oleh itu, para
guru disiplin sekolah harus sentiasa tegas dalam mengatasi masalah disiplin pelajar
dan menguatkuasakan peraturan sekolah sebelum nasi menjadi bubur. Sebuah
sekolah yang berada dalam keadaan yang erkawal akan dapat melahirkan tempat
yang kondusif kepada pelajar-pelajar .

Seterusnya , disiplin yang ada pada seseorang remaja dapat menetapkan masa
depan seorang remaja .Remaja alaf baharu ini mudah hilang arah tujuan kerna
mereka tiada motivasi diri .Contohnya , mereka tidak membuat jadual belajar dan
mereka malas untuk berusaha . Oleh itu , guru sekolah harus mendidik murid untuk
menjadi disiplin .Dengan teknik pembelajaran yang disiplin . remaja dapat
mengetahui perkara yang sedang dibuatnya dengan jelas dan tahu mencari cara
untuk memajukan diri mereka .Dengan itu , remaja akan menghargai masa dan
mereka akan sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah .

Sementara itu, sikap disiplin yang ada pada seseorang dapat meningkatkan imej
diri .Pada masa ini , masalah remaja seperti berpakaian selekeh dan berambut
panjang sudah menjadi perkara yang umum . Budaya Punk dan Barat dipraktikkan
dalam kehidupan mereka.Contohnya , mereka mewarnakan rambut dan berseluar
ketat . Pepatah Melayu pernah mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungya
,ibu bapa harus menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan menjadi suri telada
kepada anak sejak kecil kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagaimana
yang kita tahu , anak-anak yang dididik dengan baik dari rumah sentiasa
mempunyai sikap disiplin dan perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka tidak
menconteng arang di muka ibu bapa.

Di samping itu , disiplin merupakan kunci kejayaan diri . Anak muda pada masa
kini antikokurikulum dan antipeperiksaan kerana mereka tidak dapat mencari
keseronokan yang mereka kira seronok . Misalnya , mereka ponteng sekolah
semasa dikehendaki untuk menghadiri aktiviti kokurikulum dan hanya hadir pada
hari peperiksaan sahaja. Pengetua sekolah haruslah memberikan nasihat dan
teguran untuk menyedarkan remaja bahawa pentingnya kokurikulum dan akademik
dalam dunia ini . Pengetua juga harus member kata-kata yang dapat
memotivasikan pelajar supaya pelajar lebih yakin akan diri sendiri . Pelajar
haruslah menunjukkan muhasabah disiplin diri yang tinggi dan harus memperbaik
sikap yang buruk kerana buang yang keruh , ambil yang jernih .

Tuntasnya , masalah disiplin pelajar dapat dikawal tetapi memerlukan usaha yang
pragmatik dan kerjasama bagai aur dengan tebing oleh semua pihak . Pepatah
Melayu sentiasa berbunyi ‘pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara , remaja
harus diasuh untuk menjadi pemimpim negara yang berketerampilan dan
berwibawa .Kesimpulannya ,sikap disiplin merupakan penentu kejayaan untuk
memastikan masa depan negara cerah dan sejahtera . Saya yakin bahawa remaja
ialah aset negara dan mereka akan menerajui dan mendukung cita-cita negara pada
masa depan dengan sikap disiplin yang utuh dalam diri mereka .

Anda mungkin juga menyukai