Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN INTERVENSI PROGRAM “SALAM” TAHUN 2016

Tajuk Program : SALAM


Tarikh : 1/2/2016 – 30/8/2016
Masa : 15 minit sebelum P & P tamat
Pendahuluan :
Setelah membuat analiisis kelemahan bagi Ujian Diagnostik Bahasa Melayu
Tahun 6, didapati murid lemah dalam susunan struktur ayat yang betul.

Matlamat:
 Meningkatkan keputusan Bahasa Melayu Tahun 6.
 Membolehkan murid membina ayat dengan betul dan tepat.

Objektif :
 Membimbing murid membina ayat dengan tepat dan betul.
 Membantu murid skor markah dalam bahagian penulisan.
 Memupuk semangat ingin cuba dalam diri murid.

Sasaran:
Murid Tahun 6

Jawatankuasa:
Penaung : Kua Tsuey Jen (Guru Besar)
Pengerusi : Then Sieu Lin (PK1)
Setiausaha : Chieng Leh Hui
Penyelaras : Chieng Leh Hui

Aktiviti :
1. Guru mengedarkan kad perkataan.
2. Murid memandankan kad – kad perkataan supaya menjadi satu ayat yang
lengkap.
3. Guru mengedarkan soalan latih tubi kepad murid, murid membuatnya secara
berpasangan.
4. Perbincangan.
Laporan:
Program SALAM telah dijalankan selama lima bulan setakat ini. Murid
dibimbing untuk membina struktur ayat yang betul dan lengkap berpandukan
gambar dan jadual yang diberi. Guru telah menyediakan pelbagai latihan KBAT
untuk menguji tahap penguasaan murid dari semasa ke semasa. Selepas program
ini, saya mendapati murid lebih yakin dalam membina ayat berpandukan gambar.
Terdapat 4 orang murid yang masih belum menguasai iaitu Mike, Loria, Rosdi
dan Zainur di mana mereka lemah dalam kosa kata. Saya akan memberi lebih
perhatian kepada 4 orang murid tersebut dan melantik seorang “Guru Kecil” bagi
setiap mereka untuk menolong mereka dalam pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

CHIENG LEH HUI KUA TSYUE JEN


Guru BM Tahun 6 Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai