Anda di halaman 1dari 12

FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara


optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga dan Kaunseling
yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan
luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi
dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang


terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan
mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Semua


murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang,
kaum, agama atau kepercayaan.

3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka


memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan
pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

4. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid


bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan
kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan
kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong murid


memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan
hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

6. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan


masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling adalah untuk menjadikan
murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi
tindakannya sekurang- kurangnya dalam jangka masa panjang.

7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari


kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan yang
ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam


melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di
sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa
dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain.

1
9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, memerlukan pemahaman yang
mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid
adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami
murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling yang berkesan.

10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar.
Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
10.1. Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan
rasa.

10.2. Gerak Balas (Response)


Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam
kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

10.3. Corak Pemikiran


Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan
tertentu.

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam


persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan
dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga disebaliknya. Oleh
itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan
perbezaan,tetapi ini bergantung kepada nilai,jangka masa dan di peringkat mana
khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu
berkemampuan menyelesaikan diri.

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan


kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai
hanya manusia cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai
perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan
adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan


etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan
murid.

2
RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu


mengatasi gejala-gejala di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di
peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke
sekolah menengah.

2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan


murid dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid, peningkatan
disiplin murid, pendidikan kerjaya murid serta psikososial dan kesejahteraan
mental murid.

3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid


untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri.

4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang


berkualiti, sistematik dan berkesan.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti


bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. 

2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek


perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan
pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. 

3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam


perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan
anti sosial yang lain. 

4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula


murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi
masalah sendiri.

5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. 

6. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi


akademik, sahsiah dan kokurikulum.

7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan


mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

3
ORIENTASI/ PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4


pendekatan berikut :
1.1. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu
mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha
dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan
pencegahan AIDS dan kem waja diri.

1.2. Pendekatan Perkembangan


Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti
keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi
dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang
mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan
dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang
untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk
belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul
masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan
menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

1.3. Pendekatan Pemulihan


Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah
yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah
mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan
untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid
ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka
dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau
menghadiri sesi kaunseling individu.

1.4. Pendekatan Krisis


Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara
mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari
guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah.
Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria,
menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan
dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti
kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.

KOD ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MUKADIMAH
1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng piawaian

4
perlakuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod etika ini
menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional
dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhan. Ia juga
merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai
dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa.

2. Kod etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan terhadap penghargaan diri, digniti dan keunikan individu
termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada
profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan


Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika
dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang
terkandung semasa Kod Etika .

4. Kod Etika ini menggariskan peraturan mengenai perlakuan Guru Bimbingan


dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu
kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat
peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk
mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada


klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif
perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmtan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan


penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis,
mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi
semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan
mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator


kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan
menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

5
KOD TATALAKU
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga
tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion
perguruan di Malaysia.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha


menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam
bidang profesionnya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan


tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai
perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir dari Jabatan Nazir Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

A. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap


Klien

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk


mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien
kelompok.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati


privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi
kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-
orang dipersekitarannya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan


menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling


Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi
klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada
dari segi kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien


ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan
atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat


dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta
kecekapan profesionalismenya.

6
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan,
mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina,
agama, status idealogi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam
bentuk apa sekalipun.

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan


kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan
kaunseling.

9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai


persetujuan (kontrak) dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling
mengenai batasan unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien
mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam
keadaan bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain
yang terlibat.

12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi
perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa
yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan
dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien
yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan


bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh


Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya
hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan


tempat yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya
diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga
sesi kaunseling yang dirakam.

7
B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
Terhadap Rakan Profesional

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa


meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah


menunjukkan sikap
menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. Guru Bimbingan dan Kunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk


mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk


mempertahankan, membantu serta membela rakan . Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan
perlakuan yang tidak beretika.

C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa terhadap


Masyarakat

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan


menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-


undang negara dan melaksana tugasannya berlandaskan undang-undang
tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi


persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia
berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha


mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencegah


berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi
amalan pekerjaan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan


kemudahan dan sumber organisasinya.

8
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah
menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan
profesionalnya.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan
hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya
mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan,
perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntabiliti.

7. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu


kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang
boleh merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan


dirinya dinilai secara profesional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke
masa.

9. Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama


bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan stafnya.

E. Tanggungjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)

i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik.

2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta


keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu
memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

3. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas


dan program yang hendak dijalankan.

4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri,


personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan


kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan
berusaha meningkatkannya.
6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan
perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah.

7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan


Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod
Laporan Pergerakan)

9
8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi
jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti Penyelaras Kokurikulum,
Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan
kerja-kerja perkeranian yang lain.

9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan


kaunseling.

10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca
masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai status
kes.

11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbir hendaklah mengagihkan tugas
berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua
hendaklah dilantik dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa di sekolah berkenaan berdasarkan kekananan atau
senioriti.

ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan
perkhidmatan lain dan perancangan program.

2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-


kurangnya sekali seminggu seperti guru akademik lain.

3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang


kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pendidikan
Malaysia.

4. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya


berdasarkan Instrumen Pemantauan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Sekolah Menengah dan Rendah.

5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti


program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara


optimum dan menyeluruh serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan
dan kecemerlangan sekolah.

7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan

10
senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling
Sekolah.
8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan
Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Rendah dan Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling


digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan bimbingan dan
kaunseling, berasaskan peraturan kewangan sedia ada.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan


yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien
dalam perspektif yang betul.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi
penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada
kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan
ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien
sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak eksplisit
telah dipersetujui terlebih dahulu.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan


yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada klien
(warga sekolah).

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya


keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan
psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia
cognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental
dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan
kesepaduan ini.

PIAGAM PELANGGAN

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima semua klien tanpa syarat.

3. Memenuhi temujanji klien.

4. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari

11
sebelum tarikh dan masa yang lain.

5. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.

6. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit setiap sesi
individu atau kelompok.
7. Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta.

8. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

12

Anda mungkin juga menyukai