Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1

TUGASAN 2
LINK BLOG : https://afew-momets.blogspot.my/
TUGASAN 3
TUGASAN 4
1.0 PENDAHULUAN

Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu pelajar menggunakan minda
dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan pemikiran pelajar lebih tersusun,
luas, jelas dan mudah difahami. Keterampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat
diwujudkan dengan bantuan alat-alat berfikir ini. Alat-alat berfikir membolehkan para pelajar
melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik. Justeru, kajian-kajian
menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan
pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa et al. (2014) penguasaan
pelajar terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat
berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat
berfikir yang digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda, Pemetaan i-Think, teknik
menyoal aras tinggi, alat Cort I dan alat Cort IV (pemikiran kreatif).

2.0 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

2.1 PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran alat ilustrasi yang dapat
membantu mengurus cara berfikir seseorang ke arah yang lebih tersusun dan mantap. Ia
merupakan satu bentuk ilustrasi untuk melihat sesuatu idea dengan lebih sistematik, jelas
dan berkesan. Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta
dan konsep serta perkaitan keduanya. Ia juga dkenali dengan peta kognitif.

2.2 PETA MINDA

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu. Menurut Buzan dalam
Aliza Adnan et al (2014), mengatakan peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan
aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia
diajar sebagai 'jaring' atau 'penjaringan', merancang dan pengilustrasian dalam
kejuruteraan. Manakala Carol et al (2000) mengatakan bahawa peta minda merupakan
suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu
pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.

2.3 PEMETAAN I-THINK

Pemetaan i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa


depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana peta pemikiran dapat meransang daya fikir
seseorang.  Seterusnya, Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8
bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi
kurikulum.  Contohnya, peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta
dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi. 

2.4 TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI

Kemahiran menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting bagi
manusia. Bloom (1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri
daripada enam hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jenis dan bentuk soalan seperti soalan
yang berdasarkan kata tanya (1 husband and 4 wives), soalan bertumpu (konvergen) dan
soalan bercapah (divergen) serta lingkaran soalan.

3.0 JUSTIFIKASI PEMELIHAN ALAT BERFIKIR DALAM PENGHASILAN

Alat berfikir yang digunakan adalah peta minda. Menurut Carol et al (2000)
mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat
mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep
dengan jelas. Justeru, peta minda ini digunakan untuk mencatat nota dengan ringkas dan
berkesan. Selain itu, peta pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam
kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar
secara menyeluruh.

Untuk membuat peta minda perlulah ada teknik-teknik yang betul agar peta minda
yang dihasilkan difahami dan dapat membantu pelajar dalam proses pelajaran dan
pembelajaran. Peta minda yang dihasilkan adalah peta minda jenis pokok. Oleh itu, topik
utama iaitu Urus Diri ditulis di bahagian atas dengan huruf besar. Hal ini bertujuan untuk
pelajar melihat tajuk utama tersebut kerana ia lebih menonjol apabila ditulis dengan huruf
besar dan semestinya pelajar akan membaca dari atas sampai bawah serta pelajar dapat
memahami dengan jelas topik yang dibincangkan. Kemudian, garisan dilukis untuk
mengasingkan topik utama kepada tiga ketegori iaitu kategori mengenal anggota badan,
cara mengamalkan makan dan minum dengan betul serta jenis pakain. Ketiga-tiga subtopik
itu diwarnakan dengan warna yang berbeza seperti anggota badan diwarnakan dengan
warna unggu, cara makan dan minum dengan betul diwarnakan dengan warna jingga
manakala subtopik bagi jenis pakaian diwarnakan dengan warna hijau. Pengasingan warna
dilakukan untuk memudahkan pelajar melihat dengan lebih jelas subtopik-subtopik yang
dibincangkan dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya, di bawah setiap subtopik diletakkan anak panah bagi setiap penjelasan
subtopik tersebut. Hal ini bertujuan agar pelajar tidak terkeliru isi penjelasan subtopik yang
ada dalam peta minda tersebut. Justeru, setiap subtopik diberikan penjelasan dengan
spesifik. Sebagai contoh, mengenal anggota badan, terbahagi pula kepada tiga iaitu kepala,
badan dan kaki. Di samping itu, bagi memudahkan lagi pemahaman pelajar, setiap
penjelasan di bawah subtopik diletakkan contoh-contoh dengan meletakkan gambar. Hal ini
lebih memudahkan pelajar memahami dengan lebih jelas tentang topik yang dipelajari.

4.0 CADANGAN ALTERNATIF ALAT BERFIKIR

Seterusnya, alat berfikir yang bersesuaian dengan topik Urus Diri adalah pemetaan i-
Think selain daripada peta minda. Hal ini kerana pemetaan i-think bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan
inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Hal ini kerana peta pemikiran
dapat meransang daya fikir seseorang.  Seterusnya, Peta Pemikiran adalah alat berfikir
yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah
digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Contohnya, peta bulatan, peta buih, peta
buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi. Setiap peta
pemikiran mempunyai proses pemikiran yang boleh disesuaikan mengikut tajuk pelajaran.

Oleh itu, peta pemikiran yang boleh digunakan adalah peta pemikiran jenis peta buih.
Hal ini digunakan untuk memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti di samping ia sesuai untuk pelbagai topik pelajaran. Untuk membina
peta pemikiran jenis peta buih haruslah merancang dan menyusun idea terlebih dahulu.
Sehubungan itu, haruslah memahami proses pemikiran kendiri agar dapat menterjemah
pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat. Kemudian, menghubungkan semua maklumat
dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut. Mendapat gambaran
keseluruhan tajuk yang dibincangkan. Bagi membina peta pemikiran jenis peta buih adalah
dengan meletakkan tajuk utama iaitu Urus Diri di tengah dengan menggunakan huruf besar
agar topik yang dibincangkan dapat dilihat oleh pelajar secara tidak langsung dapat menarik
minat pelajar. Seterusnya, setiap subtopik seperti mengenal anggota badan, cara
mengamalkan makan dan minum dengan betul serta jenis pakaian mengelingini topik utama
iaitu Urus Diri. Sehubungan itu, peta buih ini juga boleh dispesifikkan lagi seperti tajuk utama
adalah jenis pakaian dan suptopik yang mengelingini tajuk utama adalah pakaian tradisional,
pakaian seragam sekolah, pakaian olahraga dan pakaian kasual. Hal ini betujuan untuk
membantu pelajar mempelajari dengan lebih jelas topik yang dibincangkan.

5.0 KEBERKESANAN ALAT BERFIKIR

Keberkesanan penggunaan pengurusan grafik ialah pelajar dapat membantu


merancang dan menyusun idea dengan lebih mudah, pelajar dapat membezaKan sesuatu
perkara dengan tepat, membentuk klasifikasi dengan lebih tersusun, menerangkan proses
atau aliran dengan lebih sistematik, mengelakkan maklumat yang penting daripada tercicir
dan menjadikan pelajar lebih fokus. Selain itu, keberkesanan penggunaan peta minda pula
adalah untuk mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci dan dapat
membantu mengingat dengan mudah. Seterusnya, pelajar dapat mencatat nota dengan
ringkas dan mudah mengimbangkan penggunaan otak kanan (menggambarkan) dan otak
kiri (analisis) mengembangkan kreativiti, organisasi serta persembahan idea. Tambahan
pula, penggunaan peta i-Think dapat membantu pelajar dalam proses menggunakan minda
dengan mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Seterusnya, pelajar akan
menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan. Sehubungan itu, ia turut membantu
pelajar membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Di samping itu, keberkesanan menyoal adalah untuk mengenal pasti apa yang
perlu pelajar tahu dengan melibatkan dalam pelajaran. Selain itu pelajar dapat mengenal
pasti kelemahan serta menggalakkan pemikiran dan pelajar akan menjana pembelajaran
kendiri. Soalan aras tinggi dapat mencungkil dan mengembangkan pengetahuan pelajar
dalam aspek yang dibincangkan.

6.0 PENUTUP

Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran pelajar.
Pelajar dapat membuat nota yang berkesan dengan menggunakan peta minda. Semua nota
dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan
dengan pantas dan berkesan menerusi penggunaan peta minda. Meneliti kajian-kajian lepas
yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry (2006) serta Ang dan Ong (2007),
menunjukkan pelajar yang mengamalkan penggunaan peta minda dalam pembelajaran
berupaya mengingat dan memperolehi keputusan yang lebih baik.. Menurut Syed Ismail
Syed Mustapa et al. (2014) penggunaan peta pemikiran dan peta minda adalah sesuai ke
arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis bagi
menghasilkan sesuatu yang bermakna. Justeru, penggunaan alat berfikir sangat membantu
pelajar dalam pelajaran.
RUJUKAN
Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
https://wsllcp.wordpress.com/about/

Kemahiran Belajar . (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
http://strawberrycikuciku.blogspot.my/2016/10/pengurusan-grafik-faedah-
menggunakan.html

Syed Ismail Syed Mustapa et al. (2014). Kemahiran Belajar. Puchong. Multimedia Sdn.
Bhd.

Kepentingan Peta Minda sebagai Alat Berfikir. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017
daripada http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf

Peta Pokok. (t.t & t.p). Dicapai pada 20 Ogos 2017 daripada
https://sites.google.com/site/sjkcjeramithink/konsep-i-think-1/peta-pemikiran/peta-
pokok

Alat-Alat Berfikir dalam Membuat Nota. (t.t&t.p). Dicapai pada 21 Ogos 2017 daripada
https://www.scribd.com/presentation/242988083/Alat-Alat-Berfikir-Dalam-Membuat-
Nota

Anda mungkin juga menyukai