Anda di halaman 1dari 2

Kaedah ini membawa maksud Islam menganjurkan pengecualian kepada manusia apabila

mereka berhadapan dengan situasi yang terdesak atau sukar. Di antara pengecualian yang
dianjurkan olen Islam ialah memberi kelonggaran atau membenarkan alternative lain
berdasarkan kesukaran atau kesusahan tersebut. Ini bermakna tidak akan timbul alasan
untuk tidak melakukan sesuatu terutamanya apabila melibatkan soal tanggungjawab agama.
Islam memberikan ruang, kemudahan dan keringanan yang cukup luas kepada manusia.

Menurut Al-Syatibi Masyaqqah terbahagi kepada dua iaitu Masyaqqah biasa.


Kesulitan biasa yang boleh dihadapi tanpa mengalami sebarang kemudaratan seperti
kesulitan dalam menjalankan ibadah-ibadah fardu, kesulitan mencari nafkah, kesulitan
dalam jihad menentang musuh dan seumpamanya. Kesulitan- kesulitan ini tidak membawa
kepada keringanan hukum. Kerana ia bertujuan untuk menjaga maslahah manusia di dunia
dan akhirat. Kedua iaitu Masyaqqah luar biasa. Kesulitan yang menyebabkan
kesengsaraan yang biasanya tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa dan membawa
kepada kemudaratan, mencacatkan sistem hidup dan membantut usaha melakukan sesuatu
yang bermanfaat.

Masyaqqah luar biasa boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Kesulitan dan
kepayahan yang besar dan berat. Contohnya kesusahan yang menimbulkan kebimbangan
berlaku kemudaratan kepada diri dan anggota badan akibat dari puasa berpanjangan dan
qiamullail yang berterusan. Masyaqaah ini mewajibkan takhfif (keringanan) kerana menjaga
diri untuk melakukan ibadat lebih utama dari memudaratkannya hingga menghalang
daripada melakukan ibadah. Kedua, kesulitan yang ringan. Contohnya kesakitan yang
boleh ditanggung. Masyaqqah ini tidak diambil kira kerana menghasilkan maslahah itu lebih
utama dari menghilangkan kesulitan yang sedikit itu. Yang terakhir, kesulitan yang
pertengahan. Misalnya kesakitan biasa. Hukumnya tertakluk kepada kesulitan itu sendiri,
sekiranya ia hampir kepada tahap masyaqqah yang berat maka ia perlu diringankan.
Sekiranya hampir kepada masyaqqah yang ringan, ia sebaliknya.

Terdapat tujuh faktor-faktor keringanan antaranya yang pertama ialah musafir. Islam
mengharuskan jamak dan qasar solat, berbuka puasa dan sebagainya. Kedua, sakit. Orang
yang sakit diberi keringanan mengerjakan solat mengikut kemampuannya, jika tidak boleh
solat berdiri dibolehkan solat secara duduk, mengiring, isyarat dan sebagainya. Ketiga,
terpaksa. Jika melibatkan nyawa atau harta seperti kelaparan yang mengancam nyawa
diharuskan makan makanan yang haram. Dalam keadaan terpaksa atau darurat doktor
lelaki boleh merawat seorang pesakit perempuan. Keempat, lupa. Apabila sesuatu
perbuatan dilakukan kerana terlupa, maka perbuatan itu dimaafkan, seperti makan ketika
berpuasa kerana terlupa, maka puasanya tidak terbatal. Kelima, bodoh atau jahil. Jahil
dikira sabagai salah satu keuzuran yang boleh membawa kepada keringanan. Keenam,
kekurangan. Kekurangan samada melibatkan akal, keupayaan juga dianggap salah satu
keringanan. Oleh itu, apa yang dilakukan orang gila tidak akan mendatangkan kesan dosa
atau pahala. Yang terakhir sekali ialah kesukaran umum. Seseorang yang berjalan ke
masjid ketika hujan atau selepas hujan jika pakaiannya terpecik air jalan, pakaian itu tidak
dianggap bernajis malah masih sah untuk dibawa bersolat.

Allah SWT tidak mewajibkan sesuatu perkara di luar kemampuan manusia. Oleh itu,
apabila berlaku sesuatu kesukaran dalam melaksanakan kewajpan yang diperintahakan
oleh syarak, maka syarak memebri jalan keluar untuk mengatasi masalah dengan
membenarkan serta memberikan kelonggaran-kelonggaran dalam beberapa bentuk yang
tertentu kepada manusia dalam melaksanakan tanggungjawab dan perintah tersebut. Dalil
al-masyaqqah tajlib al-taisir. Dalil yang membuktikan kepentingan al-masyaqqah tajlib
dalam setiap perbuatan umat Islam bagi memperoleh ganjaran daripada Allah SWT seperti
yang pertama, “(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
(Surah al-Baqarah 2:185). Dan juda, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya.”(Surah al-Baqarah 2:286).

Aplikasi kaedah Al-Masyaqqah Tajlibu Al-Taisir dalam pengurusan ada enam jenis.
Yang pertama, keringanan yang berupa pengguguran pertanggungjawaban seperti memberi
perlepasan untuk pekerja bercuti bagi menyelesaikan masalah peribadi. Kedua, keringanan
yang berupa pengurangan pertanggungjawaban seperti menempatkan pekerja yang
menghadapi masalah sakit kaki di tingkat bawah. Ketiga, keringanan yang berupa
penggantian pertanggungjawaban seperti pekerja muslim yang ingin bercuti menyambut
Hari Raya Aidilfitri digantikan tugasnya oleh pekerja bukan Islam. Keempat, keringanan
yang berupa pemilihan alternative seperti pekerja yang menghadapi masalah penjagaan
anak diberikan alternative untuk menyiapkan kerjanya di rumah sehingga masalahnya
diatasi. Kelima, keringanan yang berupa pendahuluan pertanggungjawaban seperti
pensyarah yang ingin bercuti panjang semasa Hari Raya dikehendaki mengadakan kelas
gentian terlebih dahulu. Keenam, keringanan yang berupa pengakhiran
pertanggungjawaban seperti pekerja diberi cuti khas kerana bencana alam seperti banjir.
Yang terakhir, keringanan yang berupa perubahan pertanggungjawaban seperti seorang
anggota polis trafik yang patah kaki kerana kemalangan diberikan tugas-tugas perkeranian
di pejabat.

Walau bagaimanapun keringanan tidak boleh dihubungkan dengan kemaksiatan.


Contohnya, seseorang yang berniat untuk berjudi di Pulau Tioman, tidak diharuskan solat
jamak dan qasar.

REFERENCES

https://youtu.be/3FeR3UJbLgs
https://www.academia.edu/9567577/Al-
Masyaqqoh_Tajlibut_taysir_Kesulitan_Melahirkan_Kemudahan_
http://raudhahal-ilm.blogspot.com/2011/03/masyaqqah-tajlibu-al-taisir.html

Anda mungkin juga menyukai