Anda di halaman 1dari 200

Zulkarnain bin Jamaluddin

Edisi Guru Modifikasi mengikut Cetakan Pertama


perubahan pendidikan
masa kini

NAMA:............................................................................

TINGKATAN:....................................................................

SEKOLAH:........................................................................

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 0


KANDUNGAN

BAB TAJUK MS
1 Pengenalan Kepada Biologi 4
1.1 Kajian Biologi 4
1.2 Penyiasatan Saintifik 5
2 Struktur Dan Organisasi Sel 8
2.1 Struktur Dan Fungsi Sel 8
2.2 Organisasi Sel 20
3 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma 35
3.1 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma 35
3.2 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma Dalam Kehidupan 39
Seharian
4 Komposisi Kimia Dalam Sel 54
4.1 Komposisi Kimia Dalam Sel 54
4.2 Karbohidrat 54
4.3 Protein 56
4.4 Lipid 59
4.5 Enzim 61
5 Pembahagian Sel 65
5.1 Mitosis 65
5.2 Meiosis 68
6 Nutrisi 84
6.1 Jenis-Jenis Nutrisi 84
6.2 Gizi Seimbang 86
6.3 Malnutrisi 89
6.4 Pencernaan Makanan 92
6.5 Penyerapan Dan Asimilasi Hasil Pencernaan Makanan 99
6.6 Pembentukan Tinja Dan Penyahtinjaan 103
6.7 Menilai Tabiat Pemakanan 104
6.9 Kepentingan Makronutrien Dan Mikronutrien Dalam Tumbuhan 112
6.10 Fotosintesis 115
6.11 Mekanisme Fotosintesis 115
6.12 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Fotosintesis 118
6.14 Teknologi Dalam Pengeluaran Makanan 120
6.15 Perkembangan Teknologi Dalam Pemprosesan Makanan 122

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 1


BAB TAJUK MS
7 Respirasi 125
7.1 Proses Respirasi Dalam Penghasilan Tenaga 125
7.2 Struktur Respirasi Dalam Mekanisme Pernafasan Dalam Manusia Dan 133
Haiwan
7.3 Pertukaran Gas Merentas Permukaan Respiarasi Dan Pengangkutan Gas 145
Dalam Badan Manusia
7.4 Mekanisme Kawal Atur Respirasi 147
7.5 Kepentingan Mengekalkan Sistem Respirasi Yang Sihat 149
7.6 Respirasi Dalam Tumbuhan 150
8 Ekosistem Dinamik 155
8.1 Komponen Abiosis Dan Biosis Dalam Persekitaran 155
8.2 Pengkolonian Dan Sesaran Dalam Suatu Ekosistem 162
8.3 Ekologi Populasi 168
8.4 Biokepelbagaian 171
8.5 Impak Mikroorganisma Terhadap Kehidupan 175
9 Ekosistem Terancam 181
9.1 Aktiviti Manusia Yang Mengancam Ekosistem 181
9.2 Fenomena Kesan Rumah Hijau Dan Penipisan Lapisan Ozon 193
9.3 Kepentingan Pengurusan Terancang Aktiviti Pembangunan Dan 197
Ekosistem

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 2


Biodata Penulis

Zulkarnain bin Jamaluddin berasal dari Kuantan telah mendapat


pendidikan awal di SK Panching Selatan (1986-1991), SMK Panching
Selatan (SMK Seri Panching)(1992-1996), Pusat Matrikulasi (UKM)
Kuala Pilah (1997-1998) dan seterusnya melanjutkan pengajian di

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 1998 hingga 2001 dan mendapat Ijazah
Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Biologi).

Memulakan kerjaya sebagai pendidik di SMK Dato’ Mahmud Mat, Pekan dari tahun

2001 hingga 2006. Di situ, beliau diamanahkan untuk mengajar Sains Menengah Atas dan
Biologi tingkatan 4 dan 5. Kemudian pada tahun 2007, beliau bertukar ke SMK Seri Pekan
hingga 2014. Di sini, beliau pernah mengajar Matematik, Sains dan Biologi. Selepas 8 tahun

mencurahkan khidmat bakti di SMK Seri Pekan, beliau telah ditukarkan pula ke SMK Tengku

Abdullah, Pekan mulai Disember 2014 hingga kini.

Modul Sempoi Biologi tingkatan 4 ini adalah edisi ketiga yang dihasilkan oleh penulis
dengan cetakan pertama. Modul ini mengetengahkan kaedah pembelajaran yang berfokus
dan terarah selari dengan huraian sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Modul ini juga mengandungi beberapa soalan biologi kertas 2
daripada SPM sebenar yang disusun mengikut sub-topik mengikut kaedah Mastery Learning
untuk memudahkan penguasaan murid. Semoga penghasilan Modul Sempoi Biologi

tingkatan 4 ini membantu murid mencapai kecemerlangan dalam SPM.

Selamat Belajar, Semoga Berjaya!

..Biology is easy..

..Biologi itu sempoi..

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 3


BAB 1 PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

1.1 Kajian Biologi

1. Perkataan ‘Biologi’ berasal daripada dua kata dasar bahasa Yunani, iaitu
‘bios’ dan ‘logos’.
2. ‘Bios’ bermaksud kehidupan dan ‘logos’ bermaksud kajian mengenai
kehidupan.

Kepentingan penyelidikan biologi

1. Memahami dengan lebih baik bagaimana badan manusia berfungsi


2. Mengetahui cara merawat penyakit
3. Menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus
4. Menguruskan masalah berkaitan dengan persekitaran dengan lebih baik

Bidang kajian dalam biologi

Biotek
nologi
Mikrobiologi Biokimia

Zoologi Perubatan

Biologi
Botani Anatomi

Ekologi Genetik

Taksonomi Fisiologi

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 4


Kerjaya yang berkaitan dengan biologi

1.2 Penyiasatan Saintifik

1. Kemahiran saintifik dibahagikan kepada dua komponen iaitu kemahiran


proses sains dan kemahiran manipulatif.
2. Kemahiran proses sains melibatkan kemahiran pemikiran secara kritis,
analitis dan kreatif yang membolehkan seseorang ahli sains merumus
persoalan dan mencari jawapan serta penerangan untuk sesuatu
fenomena dengan cara yang sistematik.
3. Kemahiran manipulatif merupakan psikomotor yang membolehkan ahli
sains menjalankan sesuatu penyiasatan saintifik.

Kaedah saintifik

Langkah- langkah dalam penyiasatan saintifik:

1. Mengenal pasti 9. Membuat


8. Mentafsir data
masalah kesimpulan

2. Membuat 7. Menganalisis 10. Menulis


hipotesis data laporan

6.
3. Merancang
Mengumpulkan
penyiasatan
data

4. Mengenal pasti
5. Menjalankan
dan mengawal
eksperimen
pemboleh ubah

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 5


Kemahiran
proses sains

Sikap
saintifik dan Kemahiran
nilai-nilai manipulatif
murni

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 6


BAB 2 STRUKTUR SEL DAN ORGANISASI SEL

2.1 Struktur dan Fungsi Sel

Lukiskan gambarajah sel tumbuhan

Dinding sel

Membran sel
Vakuol

Sitoplasma
Jalinan endoplasma
kasar
Kloroplas
Ribosom

Mitokondrion
Jasad Golgi Jalinan endoplasma
licin
Nukleus

Lukiskan gambarajah sel haiwan

Membran sel

Jasad Golgi Sitoplasma

Ribosom
Mitokondrion
Jalinan endoplasma
kasar
Nukleus

Jalinan endoplasma
licin

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 7


 Organel dan bukan organel yang ada dalam sel tumbuhan dan sel haiwan:

Organel/ Bukan Organel Struktur Fungsi


Membran PlaSma (SPM) -Separa telap Membenarkan sebahagian
S=Semi -dwilapisan fosfolipid/ bahan masuk- keluar sel.
P=Permeable/Phospholipid, protein/kolesterol
M=Model Mozek Bendalir* -dinamik/ bersifat
bendalir/ keanjalan
SitoplaSMa (SMS) -sap sel mengandungi Medium tindak balas kimia.
S=Sap sel, S=Salt=garam air dan mineral.
M=Mineral/medium
MiTOkondrion (MOT) -Bentuk bujur Menjana tenaga
O=Oval=bujur -Dua lapisan
M=menjana, T=Tenaga membran
Jalinan EndosPlasmA Kasar -vesikel angkutan Mengangkut protein ke
(JPA) - ribosom melekat Jasad Golgi
J=Jasad Golgi padanya.
P=Protein, A=Angkut
Jalinan EndoplaSma Licin -tiada ribosom Mensintesis lipid
(SiLi)
S=Sintesis, L=Lipid
RiboSoM (RiSM) -kecil dan melekat Mensintesis protein
R=Repair tissue by Protein pada Jalinan EK.
S=Sintesis
M=Melekat
JAsad GolGi (AGKPB) -Jalinan berbentuk Mengubah suai protein
A=Angkut matriks yang kepada enzim.
G=GliKoProtein mengandungi vesikel Membungkus enzim ke
K=KarBohidrat rembesan dalam vesikel rembesan.
P=Protein, Proses Bergerak dan bergabung
B=Bungkus dgn membran plasma.
‘Aku Guru Kanan Panitia Biologi’ Untuk dirembes ke luar sel.
NukleuS Mengandungi Mengawal semua aktiviti sel
S=Semua membran nukleus,
nukleolus dan
nukleoplasma.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 8


 Organel yang berbeza antara sel tumbuhan(SeTu) dan sel haiwan(SeHa):

Organel Struktur Fungsi


Dinding sel -Gentian selulosa yang liat dan Memastikan sel kekal
(SeTu) kuat. dan tidak mudah
-Telap sepenuhnya. pecah.
Kloroplas (SeTu) -Mengandungi stroma dan grana. Memerangkap cahaya
-dua lapisan membran. untuk fotosintesis.
Vakuol - Kantung berisi cecair (sap sel) Sap sel menyokong
(SeTu) yang dikelilingi oleh membran tumbuhan herba
separa telap yang disebut supaya tidak layu
tonoplas. dengan mudah.
- Sap sel mengandungi air, asid
organik, gula, asid amino, garam
mineral, bahan buangan dan
pigmen.
Sentriol (SeHa) -Mula terbentuk pada peringkat Menghasilkan gentian
profasa mitosis sel haiwan. gelendong.
Lisosom (SeHa) -Mengandungi enzim lisozim. Mencernakan organel
rosak.

Membandingkan dan membezakan struktur sel haiwan dengan sel tumbuhan.

Persamaan
Kedua-dua sel mengandungi mitokondrion, jalinan endoplasma kasar, jalinan
endoplasma licin, ribosom, nukleus, membran plasma, sitoplasma dan jasad Golgi.
Perbezaan
Sel haiwan Struktur Sel tumbuhan
Berubah-ubah Bentuk Tetap
Tiada Dinding sel Ada
Tiada Vakuol Ada
Tiada Kloroplas Ada
Glikogen Simpanan makanan Kanji

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 9


SPM 2005 (Struktur)
1. Rajah menunjukkan organel-organel yang terlibat semasa sintesis dan
rembesan suatu enzim dalam satu sel haiwan.

(a) Namakan organel yang berlabel P dan R.


P:Jasad Golgi
R:.Vesikel rembesan
[2 markah]
(b)(i) Nyatakan fungsi organel S.
Menghasilkan tenaga semasa sintesis protein.
[2 markah]
(ii) Terangkan peranan organel Q dalam sintesis enzim.
Maklumat genetik pada Q dipindahkan ke RNA. RNA berindak sebagai
pengutus yang membawa maklumat itu ke ribosom, di mana enzim itu
disintesiskan.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 10


SPM 2006
2. Rajah menunjukkan satu sel tumbuhan yang dilihat di bawah mikroskop
elektron.

(a)(i) Pada Rajah, lebelkan struktur P, Q, R dan S.


[4 markah]
P: Kloroplas
Q: Nukleus/ Membran nukleus
R: Vakuol
S: Jasad Golgi

(ii) Nyatakan fungsi struktur:


P: Menyerap / memerangkap (cahaya) matahari (untuk menjalankan
fotosintesis).
S: Mengubah suai / Mengasing / Menukar / Menyudahkan sintesis
protein/enzim (drp retikulum endoplasma kasar) / glikoprotein.
[2 markah]
(b) Terangkan peranan R dalam mengekalkan kesegahan sel.
F: Sap sel mengandungi air dan bahan osmotic / bahan terlarut / gula / garam.
P1: Menyebabkan osmosis / resapan air ke dalam sel berlaku.
P2: Mengekalkan / Mengawal tekanan osmosis sap sel / dalam sel //
menghasilkan tekanan segah dalam sel / vakuol bertambah besar, menolak
sitoplasma ke dinding sel.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 11


[2 markah]
SPM 2009
3. Rajah menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

(a)(i) Namakan organel T.


Retikulum / Jalinan endoplasma licin
[1 markah]
(ii) Nyatakan dua fungsi jasad Golgi.
P1 Mengubah suai protein / karbohidrat / fosfolipid / glikoprotein.
[Tolak: Ubah suai enzim]
P2 Menyimpannya ke dalam vesikel.
P3 Mengangkut protein ke bahagian lain dalam sel.
[2 markah]
(b)(i) Namakan struktur dalam kloroplas yang terlibat dalam tindak balas cahaya
fotosintesis.
Grana/ Granum/ Tilakoid
[1 markah]
(ii) Jelaskan dengan ringkas fungsi kloroplas dalam fotosintesis.
(Mengandungi klorofil) menyerap tenaga cahaya. Dan menukarnya kpd tenaga
kimia / ATP.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 12


SPM 2010
4. Rajah menunjukkan struktur satu sel haiwan.

(a)(i) Pada Rajah, lebelkan P dan S.


P: Membran plasma / sel
S: Jalinan endoplasma kasar / JE kasar [Tolak: JEK]
[2 markah]
(ii) Terangkan fungsi kromosom.
P1 Kromosom membawa / mengandungi maklumat genetik.
[Tolak: mengandungi DNA]
P2 Yang menentukan ciri-ciri dan fungsi-fungsi sel.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 13


(b) Terangkan apa yang akan berlaku kepada penghasilan enzim luar sel jika
jasad Golgi dan S tidak ada.
E1: Penghasilan (enzim luar sel) tidak lengkap // (enzim) tidak dihasilkan.
[Tolak: sedikit enzim dihasilkan]
E2: (Tanpa S) protein yg telah disintesiskan tidak boleh diangkut ke jasad Golgi
(melalui vesikel angkutan).
E3: (Tanpa jasad Golgi) protein tidak dapat diubah suai (kepada enzim luar sel)
[Tolak: Enzim tidak boleh diubah suai]
E4: (Protein) tidak dapat diasingkan (mengikut jenis).
E5: (Enzim/ protein) tidak boleh dibungkus (dan dipindahkan kpd membran
plasma untuk disingkirkan ke luar sel).
E6: Tiada enzim / protein akan diangkut / dibebaskan / dihantar / dipindahkan
keluar membran plasma.
[4 markah]
(c) Terangkan mengapa sel sperma mempunyai lebih mitokondrion.
F: Mitokondria menjana tenaga / ATP // tapak respirasi sel.
E: Sperma memerlukan jumlah tenaga yang banyak / lebih untuk bergerak /
berenang (ke uterus / tiub fallopio semasa proses persenyawaan).
[2 markah]
(d) Terangkan bagaimana lisosom membantu dalam penyingkiran organel-
organel yang rosak di dalam sel.
P1: (Lisosom) merembeskan enzim (hidrolitik) // lisozim.
P2: (Lisosom) /Lisozim / Enzim mencerna / menghidrolisis organel rosak.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 14


SPM 2012
5. Rajah menunjukkan struktur satu sel tumbuhan.

(a)(i) Namakan struktur P dan Q.


P: Dinding sel
Q: Vakuol
[2 markah]
(ii) Nyatakan komponen yang membina struktur P dan kandungan Q.
Struktur P: Selulosa
Kandungan Q: Sap sel / air / garam mineral / gula / glukosa / asid amino /
nutrien / sisa buangan / oksigen / karbon dioksida / enzim.
[Tolak: Kanji]
[2 markah]
(b) Terangkan satu ciri struktur P yang berkait dengan fungsinya.
F1: (Selulosa) adalah tegar / kuat / teguh.
E1: P / ia mengekalkan bentuk sel tumbuhan/ memberi sokongan (mekanikal) /
melindungi sel daripada musnah / pecah.
F2: Telap (sepenuhnya).
E2: membenarkan (semua) bahan merentasinya.
[2 markah]
(c) Terangkan satu peranan struktur Q kepada tumbuhan herba.
E1: Pengosmokawalaturan // kawal atur / kawal kandungan tekanan osmosis
dalam sel // bertindak sebagai tempat penyimpanan / simpan makanan/
nutrien.
E2: untuk kesegahan. [ Tolak: tumbuhan segah]
E3: untuk sokongan (mekanikal)
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 15


SPM 2013 (Struktur)
1. Rajah menunjukkan struktur sel haiwan.

(a) Pada Rajah, labelkan Q. [1 markah]


Q: Vesikel angkutan
(b) Lukis satu anak panah ( ) untuk memadankan organel S kepada
fungsinya.

Organel Fungsi
 Mengangkut protein yang telah
disintesis
 Mengubahsuai protein yang
S
telah disintesis
 Mensintesis protein
[1 markah]
(c) Terangkan satu ciri P.
P1: Separa telap.
P2: Membenarkan zarah-zarah kecil / sama saiz (seperti liang) melalui /
merentasinya.
P3: Bertindak secara memilih.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 16


P4: Dinamik / bersifat bendalir / keanjalan.
P5: Mengandungi (molekul) fosfolipid / protein / kolesterol.
[2 markah]
(d) Huraikan fungsi R dalam pengangkutan enzim luar sel.
P1: R ialah jasad Golgi.
P2: Mengubah suai protein kepada enzim.
P3: Membungkus enzim. [Tolak: protein]
P4: Ke dalam vesikel rembesan.
P5: Bergerak ke membran plasma.
P6: Bergabung dengan membran plasma.
P7: (Enzim) dirembeskan / dilepaskan keluar sel.
[2 markah]
(e) Rajah menunjukkan satu organel.

(i) Terangkan mengapa organel dalam rajah tidak terdapat dalam sel haiwan.
P1: Organel itu ialah kloroplas / haiwan tidak mempunyai kloroplas.
P2: Tidak perlu menyerap tenaga cahaya.
P3: Tidak menjalankan fotosintesis.
P4: Haiwan adalah heterotrof / nutrisi holozoik.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 17


(ii) Rajah menunjukkan keratan memanjang suatu bebawang. Bebawang itu
ditanam di dalam tanah.

Terangkan mengapa organel dalam Rajah tidak terdapat pada daun sisik bawang
itu.
P1: Mengandungi makanan simpanan / glukosa / gula / karbohidrat. [Tolak: kanji]
P2: Untuk pertumbuhan pokok / membentuk daun baru.
P3: Fotosintesis tidak berlaku.
P4: Tiada penyerapan tenaga cahaya (maka tidak memerlukan kloroplas /
klorofil).
[2 markah]
(iii) Terangkan apakah yang berlaku pada pertumbuhan bebawang jika
bebawang itu diletak dalam almari gelap.
P1: Pertumbuhan perlahan // masih boleh bertumbuh / bercambah.
P2: Makanan simpanan (dalam daun sisik) digunakan.
P3: Bebawang mengecut / menjadi lebih kecil.
P4: Untuk membentuk daun baru.
P5: Daun kekuningan.
P6: Dengan kehadiran air / kelembapan.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 18


Menghubungkan kepadatan sesuatu organel dengan fungsi khusus sel.

Jenis sel Fungsi Jenis organel yang


berkepadatan tinggi
dalam sel
Sel sperma Berenang ke dalam Mitokondria.
uterus untuk
bersenyawa dengan
ovum.
Sel otot untuk Mengecut dan Mitokondria.
penerbangan dalam mengendur secara
serangga dan burung antagonis.
Sel meristem Pembahagian sel secara Nukleus.
mitosis giat berlaku
untuk menambahkan
bilangan sel.
Sel mesofil palisad Proses fotosintesis Kloroplas / klorofil.
berlaku.

2.2 Organisasi Sel

(a )Amoeba sp.

Lukiskan Amoeba sp.

Endoplasma Ektoplasma

Nukleus Pseudopodium
memanjang

Vakuol mengecut Vakuol


air
Vakuol makanan

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 19


Kriteria Penerangan
Struktur 1. Tidak mempunyai bentuk yang tetap.
2. Diselaputi oleh membran plasma.
3. Sitoplasma terdiri daripada ektoplasma yang
lebih pejal di bahagian luar dan endoplasma
yang lebih berair di bahagian dalam.
4. Terdapat vakuol makanan dan vakuol mengecut
dalam sitoplasma.
5. Mempunyai nukleus.
Cara makan 1. Memakan bakteria, alga dan mikroorganisma.
2. Memakan melalui proses fagositosis.
3. Pseudopodium dihulurkan untuk mengelilingi
makanan, lalu membentuk vakuol makanan.
Respirasi 1. Pertukaran gas respirasi merentasi membran
plasma secara resapan.
Perkumuhan 1. Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol
mengecut.
2. Air masuk ke dalam amoeba sp. akan dikumpul
di dalam vakuol mengecut.
3. Apabila vakuol mengecut mencapai saiz
maksimum, struktur ini mengecut untuk
mengeluarkan kandungan di dalamnya.
4. Bahan buangan dikeluarkan merentas membran
plasma melalui resapan.
Pergerakan 1. Bergerak dengan menghulurkan pseudopodium
ke arah pergerakan.
2. Pseudopodium dikenali sebagai kaki palsu.
3. Sitoplasma mengalir ke dalam pseudopodium
yang dihulurkan.
4. Pseudopodium yang lain ditarik balik.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 20


Bergerak balas 1. Amoeba sp. bergerak ke arah rangsangan yang
terhadap sesuai seperti makanan dengan menggunakan
rangsangan pseudopodium.
2. Mikroorganisma ini menjauhi rangsangan yang
tidak sesuai seperti larutan asid atau alkali,
cahaya terang dan suhu yang tinggi.
Pembiakan 1. Membiak secara aseks.
- Belahan dedua ketika keadaan sesuai.
- Pembentukan spora ketika keadaan tidak
sesuai.
Habitat 1. Kawasan air tawar seperti tasik dan kolam.
2. Air dalam tanah.
3. Sesetengah adalah parasitik.

(b) Paramecium sp.

Mikronukleus Alur mulut Sitostom

Silia Vakuol makanan

Makronukleus Vakuol mengecut

Kriteria Penerangan
Struktur 1. Berbentuk selipar.
2. Permukaan paramecium sp. ditutup dengan silia.
3. Mempunyai dua nukleus;
- Makronukleus yang mengandungi aktiviti sel kecuali proses
pembiakan.
- Mikronukleus yang terlibat dalam proses pembiakan.
4. Mempunyai vakuol mengecut pada setiap hujung sel.
5. Alur mulut dan sitostom terlibat dalam makanan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 21


Cara makan 1. Memakan mikroorganisma.
2. Pukulan beritma silia sepanjang alur mulut menyapu makanan ke
dalam sitostom.
3. Vakuol makanan terbentuk.
4. Enzim dirembes untuk mencerna makanan dalam vakuol
makanan semasa bergerak dalam sitoplasma.
5. Nutrien diserap ke dalam sitoplasma manakala makanan yang
tidak dicerna disingkir melalui liang dubur.
Respirasi 1. Pertukaran gas respirasi merentas membran plasma melalui
resapan.
Perkumuhan 1. Pengosmokawalaturan dijalankan oleh vakuol mengecut.
2. Air meresap ke dalam sitoplasma paramecium sp. dan dikumpul
dalam vakuol mengecut.
3. Pengecutan vakuol mengecut yang penuh menyingkirkan
kandungannya.
4. Bahan buangan dikumuhkan merentas membran plasma melalui
resapan.
Pergerakan 1. Bergerak secara pukulan beritma silia.
2. Gelombang yang terhasil akibat pukulan silia menyebabkan
paramecium sp. berputar dan berpilin sepanjang paksinya
semasa bergerak ke hadapan.
Bergerak 1. Silia berfungsi seperti struktur deria.
balas 2. Menjauhi rangsangan yang tidak sesuai seperti cahaya terang,
terhadap larutan asid atau alkali dengan menggunakan silia.
rangsangan 3. Bergerak ke arah rangsangan yang sesuai seperti makanan
dengan menggunakan silia.
Pembiakan 1. Membiak secara seks melalui konjugasi apabila keadaan tidak
sesuai.
2. Pertukaran mikronukleus antara dua paramecium berlaku.
3. Membiak secara aseks melalui belahan dedua apabila keadaan
sesuai.
Habitat 1. Kawasan air tawar seperti tasik dan kolam.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 22


Pengkhususan sel dalam organisma multisel

1. Organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu


sel.
2. Sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu
sel tunggal yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk hasil persenyawaan
antara gamet jantan dengan gamet betina.
3. Zigot membahagi membentuk dua, empat, lapan sehingga beratus-ratus
sel yang seiras yang disebut Morula.
4. Morula akan berkembang menjadi embrio.
5. Sel ini akan mengalami pertumbuhan, perubahan bentuk dan pembezaan
bagi menjalankan fungsi khusus melalui proses pengkhususan.

Organisasi sel dalam organisma multisel

Sel Tisu Otot Sistem Organisma

Ingat ‘STOSO’

Organisasi sel dalam haiwan

Terdapat empat jenis tisu utama dalam haiwan:

(a) Tisu epitelium


(b) Tisu otot
(c) Tisu saraf
(d) Tisu penghubung
Ingat ‘POSE’

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 23


Jenis tisu Ciri-ciri Contoh Fungsi
Tisu  Satu atau lebih -kulit . -membentuk halangan
epitelium lapisan sel. -ruang mulut. dan pelindung drp
(TE)  Tersusun rapat. -permukaan jangkitan, kecederaan
berongga. mekanikal dan
penyahidratan.
 Sel panjang dgn -sel goblet di usus. -merembes mukus.
unjuran. -silium di trakea. -memerangkap
mikrob.
Tisu otot  ada gentian otot Mengecut dan
(TO)  Tiga jenis TO mengendur.
iaitu
otot licin. usus, salur darah,
otot rangka salur kencing dan
dan salur pembiakan
otot kardium -jantung
Tisu saraf  ada neuron atau -neuron deria, Menghantar impuls
(TS) sel saraf (jasad neuron dari reseptor ke
sel dan gentian perantaraan dan sistem saraf pusat
saraf) neuron motor. dan ke efektor.
Tisu  TP longgar. -memautkan TE dgn
penghubung tisu dibawahnya.
(TP)  TP bergentian. -tendon dan - hubungkan tulang
(kolagen) ligamen. dgn otot dan
hubungkan tulang dgn
tulang.
 Rawan -hidung, telinga, -memberi sokongan,
(kuat dan hujung tulang pada menyerap tekanan
fleksibel) sendi.
 Tulang -semua tulang -melindungi organ dan
(mineral spt. menyokong badan.
Kalsium fosfat)
 Tisu darah -sel darah merah -pengangkutan

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 24


 Tisu adipos -Dermis kulit dan -tenaga simpanan,
(tersusun padat keliling organ penebat dan
dan menyimpan utama. perlindungan
lemak)

Cara ingat: ‘LGRTDA’


‘Lembu Gila Rempuh
Tiang Dapur Aku’

Organ

-Terdiri drp dua atau lebih tisu yang bergabung bersama utk melakukan
sesuatu fungsi khusus.
 Contoh: Jantung, kulit, peparu, ginjal, mata dan telinga.

Lukiskan keratan rentas kulit manusia

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 25


SPM 2008 (ESEI)
1. Rajah menunjukkan struktur satu organisma unisel yang hidup dalam kolam air
tawar.

Terangkan fungsi X dalam proses pengosmokawalaturan.


[4 markah]

P1: vakuol mengecut mengawal atur jumlah air / tekanan osmosis.


P2: air berlebihan meresap masuk ke dalam vakuol secara osmosis.
P3: vakuol mengecut membesar / bertambah besar (hingga saiz maksimum).
P4: (dan kemudian) vakuol mengecut / pecah di permukaan sel.
P5: membebaskan air ke persekitaran luar.
P6: vakuol mengecut.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 26


SPM 2011 (STRUKTUR)
Rajah menunjukkan aras yang berbeza dalam organisasi sel bagi manusia
daripada sel ke organ.

(a)(i) Namakan P, Q dan R.


P: Tisu penghubung / (tisu) darah. [Tolak: plasma darah]
Q: Pankreas.
R: Sel otot / Sel otot licin. [Tolak: otot tanpa sel]
[3 markah]
(ii) Nyatakan satu fungsi sel darah.
Mengangkut / membawa oksigen / karbon dioksida / gas respirasi.
[Tolak: mengangkut darah / darah beroksigen / darah terdeoksigen]
[1 markah]
(b) Terangkan fungsi Q dalam mengawal atur aras glukosa darah.
F1: Pankreas merembeskan insulin apabila paras glukosa tinggi.
E1: dengan menukarkan glukosa (berlebihan) kepada glikogen. [Tolak: berubah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 27


E2: paras glukosa darah berkurang / kembali normal.
ATAU
F2: Pankreas merembeskan glucagon apabila paras glukosa rendah.
E3: dengan menukarkan glikogen kepada glukosa.
E4: paras glukosa meningkat/ kembali normal.
[2 markah]
SPM 2013 (Struktur)
Rajah menunjukkan struktur kulit manusia dalam situasi P dan situasi Q.

(a) Namakan struktur R dan struktur S.


R: Kelenjar peluh
S: Otot erektor / regang. [Tolak: sel otot]
[2 markah]
(b) (i) Nyatakan satu fungsi tisu adipos.
P1: Sebagai penebat haba // bantu kekalkan suhu badan.
[Tolak: mengekalkan kesuaman badan]
P2: Sebagai sumber tenaga. [Tolak: melindungi organ dalaman]
P3: Menyimpan lemak / lipid.
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 28


SPM 2014 (Struktur)
Rajah menunjukkan struktur suatu Amoeba sp.

(a)(i) Nyatakan peringkat organisasi bagi Amoeba sp.


Sel / Organisma [Tolak: organisma unisel / multisel]
[1 markah]
(ii) Dengan menggunakan anak panah ( ) padankan M kepada
strukturnya.

 Vakuol mengecut
M
 Nukleus

Sistem

-Terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk


melakukan sesuatu fungsi khusus.

-Contoh: sistem integumen, sistem peredaran darah, sistem endokrin, sistem


limfa, sistem saraf, sistem pencernaan, sistem otot, sistem perkumuhan, sistem
rangka, sistem respirasi dan sistem pembiakan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 29


Organisasi sel dalam tumbuhan

Tisu

 Terdapat dua jenis tisu iaitu:


- Tisu meristem dan
- Tisu kekal.

Tisu meristem Perbezaan Tisu kekal


Bersaiz kecil, nukleus besar, Ciri-ciri khusus Bersaiz besar.
sitoplasma padat, tiada
vakuol.
Tisu muda. Tahap tisu Tisu matang.
Tidak/ belum berlaku Proses pembezaan Sedang/ telah berlaku
Hujung akar dan tunas pucuk Contoh Tisu epidermis, tisu asas
dan tisu vaskular.

Tisu kekal
EKsPerimen
 Terdapat 3 jenis tisu kekal iaitu: APliKaSi
VaXiFlo
- Tisu Epidermis
- Tisu Asas
- Tisu Vaskular

CARA NAK INGAT!!!

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 30


Tisu Kekal

Epidermis Asas Vaskular

Tisu
Kutikel Xilem
parenkima

Sel Tisu
Floem
pengawal kolenkima

Tisu
sklerenkima

Tisu kekal Jenis tisu Gambarajah Struktur Fungsi Contoh


Epidermis Kutikel Lapisan berlilin Mengurangkan Atas
yg kalis air. kehilangan air permukaan
secara daun
penyejatan,
melindungi
daun drp
kecederaan
mekanikal dan
menghalang
jangkitan
penyakit.
Sel Mempunyai Mengawal Sel
Pengawal unjuran panjang penutupan dan epidermis
(daun dan (akar) pembukaan daun,
akar) stoma Sel
epidermis
akar.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 31


Parenkima Sel yg paling Menyimpan Semua
ringkas dan kanji dan gula, organ
tidak khusus, memberi tumbuhan
dinding sel nipis, sokongan dan
vakuol besar. bentuk kpd
tumbuhan
herba.
Kolenkima Dinding sel yg Memberi Tumbuhan
menebal secara sokongan herba,
Asas tidak seragam. batang
muda dan
petiol
Sklerenki Dinding sel Sokongan dan Tumbuhan
ma ditebalkan dgn kekuatan matang.
seragam oleh mekanikal
lignin dan tisu
mati
Vaskular Xilem Salur xilem yg Mengangkut Akar,
memanjang dan air dan garam batang dan
bersambungan mineral dari daun.
antara satu akar ke
sama lain dr bahagian-
akar ke daun, bahagian lain,
tiada memberi
sitoplasma, sokongan dan
dinding berlignin kekuatan
mekanikal.
Floem Sel tiub tapis yg Mengangkut Akar,
tersusun hujung sebatian batang dan
ke hujung utk organik, daun.
membentuk karbohidrat,
struktur tiub yg asid amino
memanjang dan dari daun ke
bersambungan bahagian
tumbuhan lain.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 32


SPM 2012
1(d) Rajah menunjukkan pembentukan salur xilem melalui proses X. Sel
tumbuhan tersebut telah mengalami proses pembezaan.

(i) Namakan proses X.


Pengkhususan.
[1 markah]
(ii) Huraikan bagaimana salur xilem diadaptasi untuk mengangkut air dalam
tumbuhan.
E1: Salur xilem adalah berongga / sempit. [Tolak: kosong]
E2: Tiub berterusan / terbuka pada hujung-hujung.
E3: Dinding ditebalkan oleh lignin.
E4: Kukuh / kuat.
E5: Tidak telap air.
E6: Membenarkan aliran air berterusan.
[3 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 33


Pengawalaturan persekitaran dalam

Maksud persekitaran dalam

1. Persekitaran dalam juga disebut Homeostasis iaitu pengekalan


persekitaran dalam yg secara relatifnya tetap utk sel berfungsi dlm
keadaan optimum.
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran dalam :
 Fizikal
- suhu, tekanan darah dan tekanan osmosis.
 Kimia
- kandungan garam dan gula serta nilai pH.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 34


BAB 3 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA

3.1 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma

- Model mozek bendalir (MMB).


- Ingat di mana struktur Kepala Hidrofilik, Ekor Hidrofobik, Protein
Pembawa, Protein Liang, Dwilapisan Fosfolipid, Kolesterol dan
Glikoprotein.

Proses Jenis Definisi Contoh


proses
Resapan Pasif Proses pergerakan molekul gas atau cecair dari Gas O2
Ringkas kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan dan CO2
berkepekatan rendah. Air
Osmosis Proses pergerakan molekul air dari kawasan Air
berkepekatan zat terlarut rendah ke kawasan
berkepekatan zat terlarut tinggi melalui membran
separa telap.
Resapan Proses pergerakan molekul bersaiz besar dari Glukosa,
Berbantu kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan Asid
berkepekatan rendah dengan bantuan protein amino,
pembawa. Asid
nukleik
Pengangkutan Aktif Proses pergerakan molekul besar atau berion dari Ion Na+,
Aktif kawasan berkepekatan rendah ke kawasan ion K+, ion
berkepekatan tinggi dengan bantuan tenaga ATP. Cl-

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 35


UJI KEFAHAMAN ANDA!

1. Huraikan struktur membran plasma. [3 markah]


Terdiri daripada dwilapisan fosfolipid yang mempunyai kepala hidrofilik dan
ekor hidrofobik. Juga mengandungi protein pembawa dan protein liang,
kolesterol serta glikoprotein. Bersifat separa telap.
2. Huraikan pergerakan bahan merentas membran plasma melalui
pengangkutan aktif. [3 markah]
Molekul yang besar / berion / berkutub / bercas akan bergabung dengan
protein pembawa / protein liang. Tenaga ATP dibekalkan oleh
mitokondrion. Protein pembawa / liang berubah bentuk untuk
membenarkan molekul tersebut merentasi membran plasma dari kawasan
berkepekatan rendah ke berkepekatan tinggi.
3. Bagaimana molekul-molekul berikut bergerak merentas membran plasma?
(a) Molekul larut lipid
(b) Asid amino
(c) Ion kalium [3 markah]
Molekul larut lipid- Resapan
Asid amino- Resapan berbantu
Ion kalium- Pengangkutan aktif

SPM 2006 (Esei)

Membran plasma menyelaputi protoplasma sel. Secara keseluruhan membran


plasma mempamerkan sifat bendalir seolah-olah ia adalah satu lapisan minyak di
dalam sebikar air. Apakah yang dimaksudkan dengan membran plasma
mempamerkan sifat bendalir?

Terdiri daripada dua lapisan / dwilapisan lipid. Bahagian kepala bersifat hidrofilik
dan ekor hidrofobik. Membolehkan molekul fosfolipid tersusun rapat / membentuk
lapisan. Membentuk membran yang tidak statik / dinamik. (Pelbagai jenis)
molekul protein terselit di antara dwilapisan lipid. Menjadikan struktur yang kenyal
// tidak mudah pecah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 36


SPM 2008 (Esei)

(b) Terangkan persamaan dan perbezaan antara resapan berbantu dan


pengangkutan aktif dalam pergerakan molekul merentasi membran sel.
[8 markah]
Persamaan:
Kedua-dua cara pengangkutan memerlukan protein pembawa dalam membran
sel. Yang melibatkan perubahan bentuk protein pembawa. Kedua-duanya
mengangkut molekul yang spesifik sahaja. Protein pembawa mempunyai tapak
yang spesifik. Kedua-dua proses berlaku dalam sel hidup. Sebab memerlukan
protein pembawa. (mana-mana 4)

Perbezaan:
Resapan berbantu Pengangkutan aktif
Mengikut kecerunan kepekatan Melawan kecerunan kepekatan
Molekul bergerak dari kawasan Molekul bergerak dari kawasan
kepekatan tinggi ke kawasan kepekatan rendah ke kawasan
kepekatan rendah. kepekatan tinggi.
Molekul bergerak dalam kedua- dua Molekul bergerak dalam satu arah
arah merentasi membran plasma. merentasi membran plasma.
Molekul boleh bergerak melalui liang Molekul bergerak melalui protein
protein tanpa ikatan. pembawa (sahaja) yang mengandungi
tapak penerima di bahagian luar
membran.
Tiada ATP digunakan. ATP digunakan.
Tiada input tenaga yang diperlukan Menyumbang tenaga untuk
daripada sel. menggerakkan molekul terhadap
kecerunan kepekatan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 37


SPM 2010 (Struktur)

Rajah 2.1 dan Rajah 2.2 masing-masing menunjukkan pergerakan bahan X dan
Y merentasi membran plasma. Pergerakan X memerlukan tenaga tetapi
pergerakan Y tidak memerlukan tenaga.

Rajah 2.1 Rajah 2.2

(a) Terangkan proses yang terlibat dalam pergerakan X dan Y.


X: Pengangkutan aktif
Y: Resapan / pengangkutan pasif
[2 markah]
(b)(i) Namakan satu contoh X dan Y
X: ion kalsium / ion kalium / ion natrium / ion iodin / ion nitrat / ion klorida
Y: oksigen / gas O2
[2 markah]
(ii) Huraikan pergerakan Y seperti ditunjukkan pada Rajah 2.2.
Y meresap / bergerak merentasi (membran plasma) / dari alveolus ke dalam
kapilari darah. Dari kawasan (bahan larut / Y) berkepekatan tinggi (dalam
alveolus) ke kawasan (bahan larut / Y) berkepekatan rendah (dalam kapilari
darah).
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 38


3.2 Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma dalam Kehidupan Seharian

Jenis larutan Definisi Sel haiwan Sel Tumbuhan


Hipotonik Larutan yang Air dari luar meresap Air dari luar masuk ke
‘po=lo=rendah’ berkepekatan masuk ke dalam sel dalam sel menyebabkan
lebih rendah darah merah (SDM) saiz vakuol bertambah
berbanding menyebabkan SDM dan sel menjadi
larutan semakin besar dan semakin segah.
bandingan. pecah (hemolisis).
Isotonik Larutan yang Pergerakan air Pergerakan air keluar
‘iso=sama’ berkepekatan keluar masuk sel masuk sel adalah sama.
sama dengan adalah sama. Tiada Tiada perubahan pada
larutan perubahan pada Sel.
bandingan. SDM.
Hipertonik Larutan yang Air dari dalam SDM Air dari dalam sel
‘Hi=high=tinggi’ berkepekatan meresap keluar ke meresap keluar ke
lebih tinggi persekitaran luar persekitaran luar
berbanding menyebabkan SDM menyebabkan saiz
larutan semakin kecil dan vakuol & sitoplasma
bandingan. mengecut (krenasi). mengecut dan membran
plasma menjauhi
dinding sel (Plasmolisis)

Kesan dan aplikasi osmosis dalam kehidupan seharian.

Fenomena Keadaan kepekatan Kesan keadaan tersebut


Tumbuhan Kepekatan zat terlarut Air dari luar meresap masuk ke
akuatik dalam sel lebih tinggi dalam sel secara osmosis dan
berbanding luar sel. sel tumbuhan menjadi segah.
Penggunaan baja Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar sel secara
berlebihan (air tanah) di luar sel lebih osmosis dan menyebabkan
tinggi berbanding dalam plasmolisis / flasid sel serta
sel. tumbuhan layu/ mati.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 39


Penjerukkan ikan Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar daripada sel
(larutan garam) di luar sel secara osmosis. Sel menjadi
ikan lebih tinggi berbanding kontang /dihidrasi dan tidak
dalam sel ikan. sesuai untuk pertumbuhan
bakteria. Kesannya makanan
tahan lama.
Penjerukkan Kepekatan zat terlarut Air meresap keluar daripada sel
sayur (larutan garam) di luar sel secara osmosis. Sel menjadi
sayur lebih tinggi kontang/dihidrasi dan tidak
bebanding dalam sel. sesuai utk pertumbuhan
bakteria. Makanan tahan lama.

UJI KEFAHAMAN ANDA!

1. Apakah yang dimaksudkan dengan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik?


[3 markah]
Hipotonik- Larutan yang berkepekatan lebih rendah berbanding larutan bandingan.
Hipertonik- Larutan yang berkepekatan lebih tinggi berbanding larutan bandingan.
Isotonik- Larutan yang berkepekatan sama dengan larutan bandingan.

2. Terangkan maksud istilah flasid dan segah dalam sel tumbuhan. [2 markah]

Flasid merujuk kepada keadaan sel tumbuhan yang mengalami pengecutan


vakuol dan sitoplasma // plasmolisis.
Segah merujuk kepada keadaan sel tumbuhan yang mengandungi banyak air
dan garam mineral // saiz vakuol besar.

3. Huraikan proses krenasi dalam sel haiwan. [3 markah]

Apabila sel haiwan direndamkan / diletakkan dalam larutan hipertonik /


kepekatan tinggi menyebabkan air dari sel haiwan meresap keluar ke
persekitaran luar sel haiwan secara osmosis. Akhirnya sel haiwan mengecut.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 40


4. Apakah kesan penggunaan baja berlebihan terhadap tumbuhan?
Bagaimanakah kita boleh mengembalikan tumbuhan tersebut kepada keadaan
asalnya? [2 markah]

Baja berlebihan mewujudkan kepekatan tinggi / hipertonik dalam air tanih.


Kepekatan air dalam sel tumbuhan adalah lebih tinggi berbanding kepekatan
air dalam air tanih. Ini menyebabkan air meresap keluar dari sel tumbuhan ke
luar secara osmosis. Keadaan ini mengakibatkan tumbuhan layu. Tumbuhan
tersebut perlulah disiram / diletakkan banyak air untuk menjadikan air tanih
lebih hipotonik berbanding sap sel tumbuhan. Tumbuhan akan kembali segah.
Deplasmolisis berlaku.

SPM 2007 (Struktur)

Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan dua jenis pergerakan yang berbeza bagi
bahan merentas membran plasma.

(a) Pada Rajah 1, label struktur- struktur berikut:


- Dwilapisan fosfolipid, dengan huruf J
- Protein pembawa, dengan huruf K [2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 41


(b) Nyatakan dua ciri dwilapisan fosfolipid
Ia mengandungi kepala hidrofilik dan ekor hidrofobik. Kepala hidrofilik mengadap
keluar dan ke dalam sel. Ekor hidrofobik mengadap antara satu sama lain.
Dwilapisan adalah tidak statik / dinamik.
[2 markah]
(c) Namakan proses pergerakan bahan merentasi membran plasma yang
ditunjukkan pada Rajah1 dan Rajah 2.

Proses pada Rajah 1


Resapan berbantu
Proses pada Rajah 2
Pengangkutan aktif // Resapan berbantu [2 markah]
(d)(i) Molekul-molekul glukosa diangkut ke sel merentasi membran plasma
melalui proses yang ditunjukkan pada Rajah 1.Terangkan mengapa.
Tidak larut lipid // saiz molekul glukosa agak besar (untuk bergerak melalui
dwilapisan fosfolipid). Tidak boleh merentasi dwilapisan fosfolipid // perlu
bergabung dengan tapak aktif protein pembawa / liang.
[2 markah]
(ii) Jika bahan pada Rajah 2.2 adalah ion-ion kalsium, huraikan bagaimana
ion-ion kalsium tersebut diangkut ke dalam sel.

Pergerakan ion-ion kalsium melawan kecerunan kepekatan/ daripada


kepekatan ion rendah ke kepekatan ion tinggi. Ia memerlukan tenaga.
Dihasilkan melalui respirasi sel. Protein pembawa (guna tenaga / ATP
untuk) bergabung dengan ion-ion kalsium. Dan mengubah bentuk protein
pembawa. Dan membawa ion-ion kalsium merentasi protein pembawa.
ATAU
Pergerakan ion-ion kalsium menuruni/ mengikut kecerunan kepekatan /
dari kepekatan ion tinggi ke kepekatan ion rendah. Tanpa menggunakan
tenaga. Ion-ion kalsium bergabung dengan tapak reseptor protein
pembawa. Dan mengubah bentuk (protein pembawa). Membenarkan ion-
ion kalsium merentasi protein pembawa.
[4 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 42


SPM 2008 (Esei)
(c) Rajah 6.2 dan Rajah 6.3 menunjukkan dua cara pengawetan ikan dan sayur.

Rajah 6.2 Rajah 6.3

Terangkan bagaimana bahan-bahan pengawet itu berkesan dalam pengawetan


setiap bahan makanan tersebut. [8 markah]
(Ikan diselaputi oleh) larutan garam yang hipertonik terhadap bendalir
badan ikan. Banyak air meresap keluar daripada ikan ke dalam larutan garam
secara osmosis. Ikan mengalami dehidrasi / pengontangan. Menghalang
pertumbuhan bakteria dalam tisu ikan. Sel-sel bakteria juga mengalami
plasmolisis. (Keadaan ini) membunuh bakteria / mencegah pereputan ikan.
Sayuran direndam dalam cuka yang bersifat asid / mempunyai pH rendah.
Cuka meresap masuk ke dalam tisu-tisu sayuran. Menyebabkan tisu sayuran
menjadi berasid / mempunyai pH rendah. Menghalang pertumbuhan bakteria
dalam tisu. Mencegah pereputan sayur.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 43


SPM 2009 (Struktur)
(c) Seorang suri rumah bercadang untuk membuat kubis masin. Dia merendam
kubis itu ke dalam larutan garam pekat pada tempoh masa tertentu.
(i) Lukis rajah berlabel keadaan satu sel kubis itu selepas direndam dalam
larutan garam pekat itu.

Membran sel

Vakuol

[2 markah]
(ii) Apakah yang berlaku kepada sel di dalam larutan garam pekat itu?
Terangkan bagaimana ini berlaku.
Plasmolisis // sel menjadi flasid.
Air meresap keluar daripada sel // osmosis. Sitoplasma dan vakuol akan
mengecut. Membran sel tertarik dari dinding sel.
[4 markah]
SPM 2010 (Struktur)
(c) Rajah menunjukkan keadaan sel tumbuhan sebelum dan selepas direndam
dalam sejenis larutan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 44


Terangkan keadaan sel selepas direndam dalam larutan tersebut.
Sel menjadi flasid / terplasmolisis. Sap sel adalah hipotonik // larutan adalah
hipertonik. Molekul-molekul air meresap keluar dari sap sel ke dalam larutan.
Osmosis berlaku. Membran plasma bergerak menjauhi dinding sel // sitoplasma /
vakuol mengecut.
[3 markah]
SPM 2011 (Struktur)
Rajah menunjukkan sel tumbuhan yang telah direndam dalam larutan sukrosa
30%.

(a)(i) Pada Rajah, labelkan X dan Y. [2 markah]


X: Membran plasma / sel
Y: Vakuol
(ii) Namakan larutan yang mengisi ruang antara dinding sel dan X.
Terangkan bagaimana larutan itu mengisi ruang tersebut.
Nama larutan: (30%) larutan sukrosa.
Penerangan: Dinding sel adalah telap (kepada sebarang bahan). Larutan
sukrosa meresap / bergerak melalui dinding sel (dan
memenuhi ruang).
[2 markah]
(b) Sel tumbuhan dalam Rajah 2.1 telah mengalami plasmolisis.
Terangkan bagaimana ini berlaku.
Larutan adalah hipertonik terhadap (sap) sel. Air meresap keluar (daripada sel
ke persekitaran) secara osmosis menyebabkan sitoplasma / vakuol mengecut.
Plasma membrane (tertarik) menjauhi dinding sel.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 45


(c) Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 menunjukkan keadaan dua pokok yang telah
diberi baja. Pokok pada Rajah 2.3 diberi baja secara berlebihan.

Rajah 2.2 Rajah 2.3


Terangkan keadaan pokok pada Rajah 2.3.
Tumbuhan menjadi layu. Kehadiran baja berlebihan meningkatkan
kepekatan (bahan larut) air tanah // merendahkan keupayaan air tanah.
Kepekatan (bahan larut) air tanah lebih tinggi / hipertonik kepada sap sel.
(Molekul) air meresap keluar daripada sel secara osmosis menyebabkan
sel mengalami plasmolisis // sel (menjadi) flasid.
[3 markah]

(d) Rajah 2.4 menunjukkan satu kaedah pengawetan sayur-sayuran.

Rajah 2.4
Terangkan kaedah yang digunakan.
Kepekatan larutan garam adalah lebih tinggi / hipertonik kepada sap sel
(pada sayuran). (Molekul) air meresap keluar daripada sel melalui
osmosis. Sel (tumbuhan) menjadi kontang / dihidrasi. Bakteria tidak boleh
tumbuh / hidup tanpa air (oleh itu sayur-sayuran tahan lebih lama).
[3 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 46


SPM 2012 (Struktur)
Rajah menunjukkan dua kawasan, R dan S, yang dipisahkan oleh satu membran
separa telap.

(a)(i) Berdasarkan Rajah 2.1, kawasan manakah yang hipotonik?


R
[1 markah]
(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam (a)(i).
Kerana bilangan molekul air dalam R adalah lebih / bilangan molekul
bahan terlarut dalam R adalah kurang (daripada S).
[Tolak: cair / pekat]
[1 markah]
(iii) Selepas 20 minit, keseimbangan antara kawasan R dan kawasan S
tercapai.
Lengkapkan Rajah untuk menunjukkan parkara berikut:
 Bilangan molekul air dalam kedua-dua kawasan.
 Aras larutan dalam kedua-dua kawasan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 47


(iv) Namakan proses yang berlaku dalam (a)(iii).
Osmosis.
[1 markah]
(b) Beberapa keeping kubis direndam dalam larutan garam yang pekat.
(i) Terangkan mengapa tindakan di atas dapat mengawet kubis itu untuk
jangka masa yang panjang.
Air bergerak / meresap keluar dari sel kubis. Bakteria akan mati / tidak
boleh hidup dalam keadaan kering.
[2 markah]
(ii) Lengkapkan Rajah dengan melukis keadaan sel kubis itu selepas
proses pengawetan.

[2 markah]

(iii) Nyatakan keadaan sel kubis di (b)(ii).


Flasid / terplasmolisis

(c) Seorang pemain badminton dinasihatkan meminum minuman isotonik


semasa pertandingan.
Berikan dua sebab.
1. Minuman isotonik adalah larutan yang mempunyai kepekatan sama /
tekanan osmotik dengan bendalir dalam badan.
2. Tiada pergerakan bersih molekul air // tiada perubahan bentuk / isipadu
sel.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 48


3. Untuk mengekalkan persekitaran dalaman sel pada satu tahap normal //
menjadikan sel dapat berfungsi dengan optimum.
4. Untuk menggantikan bendalir badan / kehilangan air.
5. Untuk mengelakkan / mencegah dihidrasi.
[ 2 markah]
SPM 2014 (Struktur)
Rajah menunjukkan struktur suatu Amoeba sp.

(b)(i) Terangkan mengapa kandungan air di dalam M bertambah apabila Amoeba


sp. itu berada dalam air tawar.
P1 Air (tawar) hipotonik kepada Amoeba sp.
P2 Molekul air meresap masuk ke dalam vakuol mengecut.
P3 Secara osmosis.
[2 markah]
(ii) Terangkan peranan M dalam mengawal keseimbangan air di dalam
Amoeba sp.
P1 Air meresap ke dalam vakuol mengecut.
P2 Vakuol mengecut mengembang / membesar ke saiz maksimum.
P3 Vakuol pengecutan bergerak ke membran sel.
P4 Vakuol pengecutan mengecut.
P5 Air dikeluarkan [Tolak: rembes]
P6 Mencegah peletusan // meletus / pecah. [ Tolak: meletup]
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 49


(iii) Dalam satu aktiviti, seorang pelajar meletakkan Amoeba sp. itu dalam air laut.
Ramalkan apakah yang akan berlaku kepada Amoeba sp. itu.
Terangkan jawapan anda.
Ramalan: Mati / mengecut / krenasi. [Terima: mengecil/ berkurang]
Penerangan:
P1 air laut hipertonik kepada Amoeba sp.
P2 air meresap keluar dari vakuol mengecut / Amoeba sp.
P3 secara osmosis.
P4 vakuol mengecut berhenti / gagal berfungsi // bilangan pengecutan
(vakuol mengecut) berkurang.
[3 markah]
SPM 2014 (Esei)
Rajah 6.1 menunjukkan suatu tumbuhan dalam dua keadaan yang berbeza, M
dan N.

Keadaan M

Keadaan N
(a) Berdasarkan Rajah 6.1, terangkan apa yang berlaku kepada tumbuhan itu
dalam keadaan M. [4 markah]
F Tumbuhan layu
E1 Tumbuhan diberi dengan baja berlebihan // kurang air dalam tanah //
terdedah kepada cahaya matahari.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 50


E2 Air tanah adalah hipertonik terhadap sel (sap).
E3 Air meresap keluar / bergerak keluar dari sel.
E4 melalui osmosis.
E5 Sitoplasma / vakuol mengecut / semakin mengecil.
E6 Membran plasma menjauhi / tertarik dari dinding sel.
E7 Plamolisis berlaku // sel tumbuhan flasid.

(a)(ii) Terangkan satu kaedah yang membolehkan tumbuhan dalam keadaan M


menjadi seperti di dalam keadaan N. [6 markah]
F1 Menyiram tumbuhan // Meletakkan tumbuhan ke dalam (sebaldi / bekas
yang mengandungi) air // Tambahkan (lebih) air.
E1 Air tanah adalah hipotonik kepada sel (rerambut akar) // Kepekatan air di
dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar) // Kepekatan air di
dalam tanah adalah lebih tinggi dari (rerambut akar) sel.
E2 Air memasuki / meresap ke dalam sel.
E3 melalui osmosis.
E4 vakuol / sitoplasma mengembang.
E5 menyebabkan tekanan osmotik sel (rerambut akar) berkurangan / tekanan
turgor meningkat.
E6 menolak plasma membran ke arah dinding sel.
E7 Deplasmolisis berlaku.
E8 Sel menjadi segah.
E9 Tumbuhan berdiri tegak / segar.

(b) Seorang murid menjalankan eksperimen untuk menyiasat peratusan sel


darah merah yang mengalami hemolisis apabila direndam ke dalam larutan
natrium klorida berlainan kepekatan.
Graf berikut menunjukkan keputusan eksperimen itu.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 51


Berdasarkan kepada graf, terangkan apakah yang berlaku kepada sel darah
merah pada R dan S. [10 markah]
F Pada titik R, kepekatan larutan natrium klorida adalah 0% / air suling.
F1 Semua / 100% sel darah merah mengalami hemolsis.
E1 0% natrium klorida / air suling adalah hipotonik terhadap sel darah merah.
E2 air meresap ke dalam sel / sel darah merah.
E3 secara osmosis.
E4 sel darah merah mengembang / membengkak.
E5 dan pecah / meletus.
E6 membran sel tidak dapat bertahan terhadap tekanan tinggi / turgor /
hidrostatik.
E7 kerana membran sel sangat nipis // sel darah merah tiada dinding sel.
F2 Pada titik S, larutan natrium klorida 0.85% / [0.80%-0.90%].
F3 0% / tiada sel darah merah yang mengalami hemolisis.
E8 0.85% / [0.80%-0.90%] larutan natrium klorida / Pada titik S adalah larutan
isotonik // kepekatan larutan natrium klorida adalah sama dengan sel darah
merah / sel.
E9 Bilangan / kadar molekul air yang meresap ke dalam dan keluar sel adalah
sama / pergerakan bersih molekul air adalah sifar.
E10 secara osmosis.
E11 sel dalam keadaan normal / mengekalkan bentuk asalnya.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 52


BAB 4 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL
4.1 Komposisi kimia dalam sel

 Unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan tidak
boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas
kimia.
 Terdapat lebih 25 unsur utama dan umumnya mempunyai karbon,
hidrogen, oksigen dan nitrogen.
 Sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon
(C).
 Unsur utama: Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen(N)=CHONg
 Unsur lain: Kalium (K), Klorin (Cl), Kalsium (Ca), Ferum (Fe),Magnesium
(Mg), Sulfur (S), Natrium (Na) dan Fosforus (P)

‘Kamal Cuba CaKap Fizik Memang SeNang Pass’(lulus)

 Unsur surih: Zink (Zn), Kobalt (Co), Mangan (Mn), Iodin (I), Selenium (Se),
Boron(B),Kromium(Cr), Molibdenum(Mb), Kuprum (Cu), Besi (Be), Fluorin
(F)
‘Fuhh! Zain Malik Cuba Cari Borang ‘Coba Makan Ikan Selar Besar’

4.2 Karbohidrat

 Terdiri daripada 3 unsur iaitu Karbon (C), Hidrogen (H) dan Oksigen (O)
 Hanya ingat CHO.
 Terdapat tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.
 Mono=satu, di= dua dan poli= lebih daripada dua atau banyak.
Sakarida= bilangan gula
 Contoh monosakarida ialah GlUkosa, GALAKtosa dan FRUktosa
(GUGALAKFRU).
‘GUGALAKFRU= GurU GALAK makan FRUit’
 Contoh disakarida ialah MAltosa, SUKrosa dan LAKtosa (MASUKLAK).
‘MASUKLAK= MAn SUKa LAKsa’

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 53


 Contoh polisakarida ialah KAnji, GLIkogen dan SELulosa (KAGLISELU).
KAGLISELU= KAmi GeLI SELalu
 Bagaimana pula nak ingat persamaan kondensasi dan hidrolisis
karbohidrat?
 Monosakarida boleh membentuk disakarida melalui proses kondensasi
manakala disakarida boleh diuraikan kepada monosakarida melalui proses
hidrolisis.
 Persamaan kondensasi monosakarida adalah seperti berikut:

1. GlUkosa + GlUkosa MALtoSA + air


‘GurU GurU MALaySiA’
2. Glukosa + Galaktosa Laktosa + air
‘GurU GALAK LATihan’
3. Glukosa + Fruktosa Sukrosa + air
‘GurU FRee SoKmo’

Kondensasi kondensasi

4. GlUkosa MALtoSA Kanji


Hidrolisis hidrolisis

# Nota:

Jika pertukaran dari molekul ringkas ke molekul kompleks= proses


kondensasi, manakala Jika pertukaran dari molekul kompleks ke molekul
ringkas= proses hidrolisis.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 54


4.3 Protein

 Terdiri daripada Karbon, Hidrogen, Oksigen dan Nitrogen.


 Ingatlah CHON!
 Daripada perkataan protein jadilah PROTEiN
P=Protein
R=Ringkas=Asid amino
O=Organik (ada unsur C), Oksigen.
T=Tak perlu dan perlu (Asid amino perlu dan asid amino tak perlu)
E=Elektrik=Hidroelektrik (H)
N=Nitrogen

 Terdapat empat struktur protein iaitu:

Primer = Pertama
SekunDer= keDua. Ada Dua jenis iaitu heliks-α dan kepingan berlisu-β
Tertier= keTiga
KuartErner= KeEmpat

Primer Sekunder

Tertier Kuarterner

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 55


 Persamaannya:
kondensasi

√ Asid amino+ Asid amino Dipeptida + air

kondensasi

√ Dipeptida Polipeptida + air

AADP

Agensi Anti-Dadah Pahang

SPM 2010 (Struktur)

Rajah menunjukkan dua peringkat organisasi di dalam struktur protein.

Peringkat organisasi dalam protein X: (Struktur) primer

Peringkat organisasi dalam protein Y: (Struktur) sekunder

(a) Dalam Rajah, namakan peringkat organisasi di dalam struktur protein X dan
Y. [2 markah]
(b) Huraikan struktur protein X.
P1 Terdiri daripada satu rantai polipeptida.
P2 Urutan asid amino / dipeptida / peptida yang linear.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 56


(c) Rajah menunjukkan bagaimana protein X diuraikan untuk membentuk hasil.

Terangkan bagaimana hasil-hasil dalam Rajah di atas dibentuk.


P1 Proses hidrolisis berlaku // enzim / tripsin / protease bertindak ke atas
protein X. [Tolak: pepsin / erepsin / peptidase]
P2 Ikatan (Peptida) diuraikan.
P3 Untuk menghasilkan dipeptida. [Tolak: Asid amino]
[2 markah]
(d) Nyatakan mengapa protein haiwan adalah protein kelas pertama.
(Protein haiwan) mengandungi semua asid amino perlu // mengandungi asid
amino yang tidak boleh disintesiskan oleh badan.
[1 markah]
(e)
Sutera adalah suatu contoh protein. Pakaian sutera menjadi berkedut
apabila dibasuh menggunakan air panas pada suhu 650C.

(i) Terangkan pernyataan di atas.


P1 Protein ternyahasli.
P2 Struktur protein berubah // struktur protein berubah / pecah / rosak.
P3 Menyebabkan bentuk (3 dimensi) protein berubah // konfigurasi protein
berubah.
[3 markah]
(ii) Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan dua cara untuk mengekalkan
kualiti pakaian sutera.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 57


1. Basuh menggunakan air sejuk / air suam // jangan basuh di dalam air
panas // simpan di dalam peti sejuk.
[Tolak: Basuh menggunakan air melebihi 450C]
2. Tidak menjemur sutera secara langsung di bawah cahaya matari.
3. Cucian kering.
[2 markah]
4.4 Lipid
 Mengandungi CHO.
 Terdapat lima jenis lipid iaitu Lemak, Minyak, Lilin, Fosfolipid dan Steroid.

Fuyoo! Lembu Suka Main


Lumpur.

 Perbezaan antara Lemak Tepu (LT) dengan Lemak Tak Tepu:

LT Perbezaan LTT
Tiada Kehadiran ikatan ganda dua Ada
antara atom-atom karbon
dalam asid lemak
Tidak boleh Keupayaan bertindak dengan Boleh
satu atom hidrogen tambahan
Pepejal Keadaan dalam suhu bilik Cecair

Tinggi Aras kolesterol Rendah


Sumber lemak Contoh Sumber minyak
haiwan seperti daripada tumbuhan
mentega dan seperti minyak
minyak sapi masak, minyak
jagung dan soya.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 58


SPM 2013 (Struktur)

Rajah menunjukkan pembentukan trigliserida.

(a)(i) Namakan P dan Q.


P: Gliserol
Q: Asid lemak
[2 markah]
(ii) Dalam jadual, nyatakan bilangan molekul bagi P dan Q.

Jenis molekul Bilangan molekul


P 1
Q 3
[2 markah]
(b)(i) Namakan proses X.
Kondensasi // Pengesteran.
[1 markah]
(ii) Terangkan proses X.
P1 (1 molekul) gliserol / P bergabung dengan (3 molekul) asid lemak / Q
(untuk membentuk trigliserida).
P2 Ikatan terbentuk. [Terima: Ikatan kovalen] [Tolak: Ikatan Hidrogen]
P3 melibatkan penyingkiran air // air dihasilkan / dibebaskan.
[2 markah]
(c) Trigliserida adalah sejenis lipid.
Nyatakan satu fungsi trigliserida dalam manusia.
P1 sebagai sumber tenaga.
P2 sebagai penebat (daripada kehilangan haba).

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 59


P3 Memberi perlindungan menghadapi tekanan // melindungi organ dalam.
P4 menyumbang kepada struktur membran plasma (untuk membentuk
dwilapisan lipid).
[1 markah]
4.5 Enzim
Definisi:
 Enzim ialah protein yang bertindak sebagai mangkin organik utk
mempercepatkan tindak balas biokimia dlm sel.
 Ciri-ciri enzim iaitu:
Cepat, tidak Musnah selepas tx, kuantiti Kecil, Kofaktor, Berbalik, Spesifik,
Sensitif terhadap perubahan Suhu, Sensitif pada perubahan pH, Perencat.

Cara nak ingat!!


‘Cikgu Minah Kata Kena Balik Solat Sunat Pagi Petang’

 Mekanisme tindakan enzim:


‘Hipotesis mangga dan kunci’
Mangga= Enzim Kunci= Substrat

Enzim + Substrat Kompleks enzim-substrat molekul enzim +


molekul hasil tindak balas

 Terdapat empat faktor yang mempengaruhi tindakan enzim:


1. Suhu
2. pH
3. Kepekatan Enzim
4. Kepekatan Substrat
‘Susu Pekat Enak Sekali’

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 60


•Semakin bertambah suhu, semakin bertambah kadar tindak
Suhu balas.
•tindakan enzim paling optimum pada suhu 37oC

•Tindakan optimum enzim pepsin pada pH 2, Enzim Amilase pH


pH 7, Enzim Tripsin pH 12

• Semakin bertambah kepekatan enzim, semakin bertambah


kadar tindak balas.
Kepekatan Enzim
•sehingga dihadkan oleh faktor pengehad iaitu kepekatan
substrat.

•Semakin bertambah kepekatan substrat, semakin


bertambah kadar tindak balas.
Kepekatan Substrat
•sehingga dihadkan oleh faktor pengehad iaitu kepekatan
enzim.

Kegunaan Enzim dlm kehidupan harian dan Industri.

Enzim Kegunaan 1 Kegunaan 2 Kegunaan 3


Selulase Mengekstrak kulit
tumbuhan
Protease Melembutkan daging/ Menanggalkan Menanggalkan
bulu pada kulit kotoran berasaskan
daging
Lipase Menanggalkan kotoran
lemak dan minyak.
Zimase Penapaian yis utk Membuat doh
menghasilkan wain untuk
menghasilkan
roti

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 61


SPM 2005 (Struktur)

(c)

Enzim banyak digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam industri.

Terangkan bagaimana enzim bertindak dalam:


(i) memudahkan kerja memasak daging.
Enzim protease melembutkan daging.
[2 markah]
(ii) mengekstrak agar-agar daripada rumpai laut.
Enzim selulase menguraikan dinding sel rumpai laut dan membebaskan agar-
agar yang terkandung di dalamnya.
[3 markah]

(d) Rajah 4.2 menunjukkan struktur satu enzim dan substrat W, substrat X dan
substrat Y.

Berdasarkan Rajah di atas, lengkapkan rajah skema di bawah bagi


menunjukkan mekanisme tindakan enzim ke atas substrat yang sesuai.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 62


[2 markah]

SPM 2006 (Struktur)


(iii) Rajah menunjukkan suatu mekanisme tindakan enzim.
Lukiskan rajah dalam petak III dan IV yang disediakan dalam Rajah di bawah
untuk melengkapkan mekanisme tindakan enzim tersebut.

(c) Dalam suatu proses penyediaan makanan, seorang suri rumah telah
melakukan langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Perap kepingan daging dengan hirisan buah betik muda dalam
sebuah besen.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 63


Langkah 2: Rendam besen itu ke dalam bekas berisi air pada suhu 40 0C selama
30 minit seperti dalam Rajah di bawah.

Terangkan mengapa suri rumah itu melakukan Langkah 1 dan Langkah 2.


P1 Betik mengandungi enzim papain / protease.
P2 Kepingan daging dan hirisan betik menambahkan JLP.
P3 bagi mempercepatkan tindakan enzim (dalam betik / papain).
P4 untuk melembutkan daging.
P5 suhu (400C) adalah optimum untuk tindakan enzim (yang maksimum).
[4 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 64


BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL

5.1 Mitosis

Keperluan pembahagian sel dalam organisma hidup

- Apabila kulit tercedera, pembahagian sel membantu menyembuhkan


kecederaan.
- Sel rambut baharu tumbuh menggantikan rambut yang gugur dan kuku
baharu terbentuk untuk menggantikan kuku yang patah.

Peringkat pembahagian sel dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

- Pembahagian nukleus.
- Pembahagian sitoplasma.

Kepentingan mitosis

- Menambahkan bilangan dan saiz sel.


- Mengekalkan sifat diploid induk kepada anak.
- Membaiki tisu yang rosak dengan tisu yang baharu.

Kitar sel

- Ialah suatu tempoh bermulanya peringkat sel baharu dihasilkan


sehinggalah peringkat sel tersebut selesai membahagi dan menghasilkan
dua sel anak.
- Dibahagikan kepada fasa interfasa dan fasa mitotik atau fasa M.
- Fasa mitosis dibahagikan kpd pembahagian nukleus atau mitosis dan
pembahagian sitoplasma atau sitokinesis.

Fasa-fasa dalam kitar sel

 Interfasa (I)
 Profasa(P)
 Metafasa(M)
 Anafasa(A)

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 65


 Telofasa(T)
 Sitokinesis (S)
‘I Pak MAT Sudin’

Fasa Gambar rajah Perlakuan kromosom


Peringkat G1-Pertumbuhan aktif, protein
Interfasa disintesis, kromosom tidak jelas kelihatan
(kromatin).
Peringkat S- Sintesis DNA yang menjalani
proses replikasi (mengganda) membentuk
kromatid kembar.
Peringkat G2-Protein dan enzim diperlukan.
Tenaga dikumpulkan.
Kromosom padat dan berpilin. Kromosom
Profasa lebih tebal dan pendek. Kedua-dua kromatid
bercantum pada sentromer.

Kromosom tersusun pada sentromer di


Metafasa satah khatulistiwa.

Kromosom terpisah pada sentromer dan


Anafasa bergerak ke kutub bertentangan.

Kromosom membentuk bebenang halus


Telofasa kromatin semula. Kromosom kurang jelas
dan kelihatan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 66


Sitokinesis Pembahagian sitoplasma berlaku sebaik
sahaja nukleus terbentuk iaitu pada akhir
telofasa.

Kepentingan pembahagian sel yang terkawal

 Membolehkan sel anak memperoleh jumlah kromosom dan kandungan


genetik yg seiras seperti induknya.

Kesan pembahagian sel yang tidak terkawal

 Sel membahagi secara mitosis berulang kali secara tidak terkawal boleh
menyebabkan sel kanser.
 Pembentukan sel kanser ini menghasilkan tumor.

Aplikasi pengetahuan mengenai mitosis dalam pengklonan.

 Pengklonan ialah proses penghasilan klon atau organisma yang seiras


dengan organisma induk melalui pembiakan aseks.
 Aplikasi daripada pengklonan ialah kultur tisu.
 Kultur tisu ialah teknik pengkulturan cebisan tisu organisma hidup dalam
larutan medium kultur steril yang mengandungi nutrien dan hormon
pertumbuhan.
 Tumbuhan boleh dikultur secara aseks dengan menggunakan cebisan tisu
kecil yang disebut eksplan.
 Eksplan yg telah disterilkan dimasukkan ke dalam medium kultur yang
membahagi secara mitosis membentuk kalus, iaitu sekumpulan tisu yg
belum membeza.
 Sel dalam kalus membesar menjadi embrio dan seterusnya menjadi anak
tumbuhan sebelum dipindahkan ke tanah.
 Pengklonan pada haiwan melibatkan pemindahan nukleus daripada sel
soma ke dalam ovum atau sel embrio tanpa nukleus. Contohnya, Dolly.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 67


5.2 Meiosis

 Meiosis I dan Meiosis II


‘Pak MAT I dan Pak MAT II’

Fasa Gambar rajah Penerangan


Kromosom menjadi padat.
Profasa I Kromosom memendek, menebal
dan jelas kelihatan. Kromosom
membentuk bivalen melalui proses
sinapsis. Proses pindah silang
berlaku di kiasma.
Kromosom homolog tersusun di
Metafasa I satah khatulistiwa. Sentromer tidak
membahagi.

Anafasa I Gentian gelendong mengecut dan


menarik setiap kromosom homolog.
Kromosom homolog berpisah
daripada pasangan homolognya dan
bergerak ke kutub bertentangan.

Gentian gelendong menghilang.


Telofasa I Nukleolus muncul semula dan
membran nukleus terbentuk. Dua sel
anak terhasil.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 68


Profasa II Gentian gelendong mula terbentuk.
Nukleolus dan membran plasma
hilang.

Metafasa II Kromosom tersusun secara rawak


pada satah khatulistiwa. Setiap
kromatid terikat kepada gentian
gelendong pada sentromer.

Anafasa II Sentromer kromatid kembar


membahagi. Setiap kromatid kembar
berpisah dan bergerak ke kutub sel
bertentangan dengan didahului oleh
sentromer.

Telofasa II Gentian gelendong hilang. Membran


plasma dan nukleolus muncul
semula. Empat sel anak terhasil
dengan setiap sel anak
mengandungi separuh daripada
kromosom induk. Sel haploid ini
akan membesar menjadi gamet.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 69


Perbandingan antara meiosis dan mitosis

Meiosis Persamaan Mitosis


√ Kedua-dua melibatkan pembahagian nukleus dan sitoplasma (sel haiwan).
√ kedua- duanya bermula daripada sel diploid.
√kedua-duanya terlibat dalam pemisahan kromatid dalam anafasa bagi mitosis
dan dalam anafasa II.
√Peringkat-peringkat pembahagian dalam meiosis II adalah sama dengan
mitosis.
Meiosis Perbezaan Mitosis
Organ pembiakan Tempat berlaku Sel soma / badan
Dua Bilangan pembahagian Satu
Empat Bilangan sel anak terhasil Dua
Separuh daripada induk Bilangan kromosom sel Sama seperti induk
anak terhasil
Berlaku semasa Profasa I Pindah silang Tidak berlaku
Berbeza atau sama Kandungan genetik Sama seperti induk
antara anak dengan
induk
Berlaku semasa Profasa I Sinapsis kromosom Tidak berlaku
homolog
Menghasilkan gamet // Peranan Menambahkan bilangan /
menghasilkan sel anak saiz sel // menggantikan
yang haploid. tisu rosak dengan tisu
baru // menghasilkan sel
anak yang diploid.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 70


SPM 2005 (Struktur)

Rajah menunjukkan sel P dan sel Q yang sedang mengalami pembahagian sel.

(a)(i) Namakan struktur-struktur yang berlabel K dan L.


K: Kromatid // kromosom
L: Gentian gelendong
[2 markah]
(ii) Nyatakan fasa pembahagian sel P dan sel Q.
Sel P: Metafasa
Sel Q: Metafasa I
[2 markah]
(b) Sel P mengalami pembahagian sebanyak tiga kali berturut-turut.
Berapakah bilangan sel anak yang terhasil?
8 sel anak
[1 markah]
(c)(i) Sel Q mengalami pembahagian nukleus pertama dan menghasilkan dua
sel.
Lengkapkan rajah untuk menunjukkan kromosom dalam satu daripada dua
sel yang terhasil.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 71


[1 markah]
(ii) Namakan satu organ di mana sel didapati.
Testis // ovari
[1 markah]
(iii) Bilangan kromosom dalam satu sel soma lalat ialah 12.
Nyatakan bilangan kromosom yang terdapat dalam sel anak yang
dihasilkan di akhir jenis pembahagian sel seperti yang ditunjukkan oleh
Q.
6 kromosom.
[1 markah]
(d) Kanser ialah penyakit yang menyebabkan pertumbuhan tisu tidak terkawal.
Radioterapi adalah satu kaedah rawatan penyakit kanser yang menggunakan
sinaran radioaktif.
Terangkan bagaimana rawatan ini menyekat pertumbuhan sel kanser.
Sinaran radioaktif membunuh sel-sel kanser dan menghentikan pertumbuhan
tisu tidak terkawal.
[2 markah]
(e) Seorang pengusaha kelapa sawit ingin menghasilkan pokok kelapa sawit
yang banyak dalam masa yang singkat.
Nyatakan teknik yang terbaik yang boleh digunakan oleh pengusaha itu dan
satu masalah yang perlu diambil kira dalam menggunakan teknik tersebut.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 72


Semua klon mempunyai paras daya rintangan yang sama terhadap penyakit,
jadi semua klon mungkin termusnah sekiranya muncul sejenis penyakit
baharu.
[2 markah]
SPM 2007 (Struktur)
Rajah menunjukkan tiga peringkat mitosis, P, Q dan R, dalam sel haiwan.

(a) Namakan peringkat P, Q dan R dalam ruang yang disediakan dalam Rajah di
atas.
P: Metafasa
Q: Profasa
R: Anafasa
[3 markah]
(b) Terangkan apa yang berlaku pada peringkat Q.
P1 Kromosom / kromatid (muncul) menebal dan memendek // padat.
P2 Nukleus / nukleolus / membran nuklear hilang / tiada.
P3 Gentian gelendong (mula) terbentuk.
[3 markah]
(c) Nyatakan perlakuan kromosom pada peringkat berikut:
Peringkat P: Kromosom / kromatid tersusun pada satah khatulistiwa.
Peringkat R: Kromosom / kromatid bergerak ke kutub bertentangan.
[2 markah]
(d) Terangkan kepentingan mitosis dalam proses pengklonan pokok orkid.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 73


P1 (Mitosis) mengekalkan kandungan genetik (sel induk) daripada satu
generasi ke generasi seterusnya // mengekalkan kandungan genetik sel-
sel induk dalam sel-sel anak.
P2 (Mitosis) menambahkan bilangan sel / pertumbuhan.
P3 (Mitosis) mengekalkan nombor diploid / asal kromosom dalam spesies.
P4 Anak mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya.
[3 markah]
(e) Rajah menunjukkan suatu sel pada peringkat P. Pada peringkat seterusnya,
didapati kromososm M tidak berpisah.

Lengkapkan rajah kedua-dua sel anak yang akan terbentuk pada ruang yang
disediakan di bawah.

Sel anak 1 Sel anak 2

[2 markah]

( Sel anak dengan 3 kromosom)


(Sel anak dengan 4 kromosom, termasuk kromosom M)

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 74


SPM 2008(Struktur)

Rajah menunjukkan sebahagian daripada peringkat pembahagian sel secara


meiosis dalam satu sel haiwan.
Perlakuan kromosom di peringkat S tidak ditunjukkan.

(a) Namakan struktur berlabel X.


Kromatid // kromosom.
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 75


(b)(i) Dalam Rajah di atas, lengkapkan rajah diperingkat S untuk menunjukkan
perlakuan kromosom.
[1 markah]
(ii) Nyatakan satu perubahan yang berlaku di peringkat S.
P1 kromatid (berkembar) / (beradik) berpisah / berpisah pada sentromer.
P2 Kromatid berkembar bagi setiap kromosom menjadi kromosom
(individu).
P3 Kromatid berkembar / beradik bergerak menunju kutub- kutub sel yang
(bertentangan).
[Tolak: kromosom ditarik ke kutub bertentangan]
[1 markah]
(c) Rajah di bawah menunjukkan proses Y yang berlaku di peringkat P.

Permulaan proses Y Akhir proses Y

(i) Dalam Rajah di atas, lukis rajah yang menunjukkan rupa kromosom di akhir
proses Y.
[1 markah]
(ii) Namakan proses Y.
Pindah silang
[1 markah]
(iii) Nyatakan satu kepentingan pross Y kepada semua organisma.
Untuk menghasilkan variasi / sumber variasi bagi suatu organisma.
[1 markah]
(d) Rajah di bawah menunjukkan sel-sel kulit. Sel- sel X adalah sel kanser yang
terbentuk selepas sel-sel normal terdedah kepada faktor W.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 76


(i) Berikan dua contoh faktor W.
Sinar ultra ungu / sinar X / sinar radioaktif / bahan karsinogen.
[2 markah]
(ii) Terangkan pembentukan sel X.
P1 Faktor W menyebabkan mutasi / perubahan dalam bahan genetik gen /
DNA / kromosom.
P2 Menyebabkan pembahagian sel yang tidak terkawal / mitosis abnormal.
[2 markah]
(iii) Nyatakan dua cara untuk mengelakkan perkembangan sel X.
P1 Mengelakkan dari terdedah kepada bahan karsinogenik / sinar radioaktif.
P2 Mencegah daripada mengambil makanan yang mengandungi perasa /
pewarna / penambah / pengawet / bahan karsinogenik // makan
makanan organik.
P3 Rawatan lebih awal bagi penyakit kanser // radioterapi / sinar gama
kimoterapi / pembedahan.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 77


SPM 2009 (Kertas 2)
Rajah menunjukkan proses pembentukan sel R.

(a)(i) Nyatakan bilangan kromosom dalam sel P dan sel Q.


P: 4 // 46.
Q: 2 // 23.
[2 markah]
(ii) Terangkan apa yang berlaku yang menyebabkan perbezaan bilangan
kromosom antara sel P dan sel Q.
P1 Spermatid / Sel anak / Sel Q menerima separuh daripada bilangan
kromosom / n daripada spermatosit primer / sel induk / 2n.
P2 (Selepas) melalui / menjalani pembahagian meiosis.
[2 markah]
(b)(i) Dalam organ manakah sel R terbentuk?
Testis
[1 markah]
(ii) Namakan proses pembentukan sel R.
Spermatogenesis. [Tolak: Gametogenesis]
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 78


SPM 2010 (Struktur)
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat yang berbeza dalam suatu pembahagian
sel.

(a)(i) Namakan jenis pembahagian sel itu.


Meiosis I / Meiosis. [Tolak: Meiosis II]
[1 markah]
(ii) Susun peringkat-peringkat pembahagian sel itu mengikut urutan yang betul.

R P S Q

[1 markah]
(b)(i) Terangkan perlakuan kromosom dalam peringkat R.
P1 Kromosom homolog berpasangan / bersinapsis // pembentukan
kiasma.
P2 Bivalen terbentuk.
P3 pertukaran kandungan genetik / gen // pindah silang.
[2 markah]

(ii) Nyatakan satu kepentingan perlakuan kromosom dalam (b)(i).


(Menyebabkan) variasi (kerana pindah silang).
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 79


SPM 2012 (Struktur)
Rajah 3 menunjukkan sel P dan sel Q mengalami 2 jenis pembahagian sel yang
berlainan.

Sel P Sel Q
(a) Lengkapkan jadual di bawah dengan mengisi aspek-aspek berikut bagi sel P
dan sel Q.

Aspek Sel P Sel Q


Jenis pembahagian sel Meiosis / Meiosis I Mitosis
Peringkat pembahagian sel Metafasa I Metafasa
Perlakuan kromosom P1: Sepasang Q1: Kromosom
kromosom homolog disusun / diatur di
disusun / diatur di satah metafasa /
satah metafasa / khatulistiwa.
khatulistiwa. Q2: Gentian
P2: Gentian gelendong memegang
gelendong / mengikat sentromer
memegang / mengikat pada (setiap)
sentromer pada kromosom.
kromosom homolog.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 80


SPM 2013 (Struktur)
Rajah menunjukkan sebuah ladang yang ditanam dengan pokok-pokok daripada
spesies yang sama dalam dua plot yang berbeza, P dan Q.

Ladang itu telah dijangkiti suatu penyakit. Semua pokok dalam plot P mati tetapi
hanya sedikit pokok dalam plot Q yang mati akibat jangkitan itu.
Terangkan mengapa semua pokok dalam plot P mati.
P1 tiada variasi /varieti.
P2 (Dari) klon.
P3 mengandungi bahan genetik.
P4 ketahanan badan yang sama.
P5 ketahanan badan yang rendah / tiada.
[3 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 81


SPM 2014 (Struktur)
Rajah menunjukkan suatu peringkat meiosis dalam sel haiwan.

(a)(i) Namakan peringkat itu.


Profasa I.
[1 markah]
(ii) Huraikan perlakuan kromosom semasa peringkat itu.
P1 Kromosom (mula) menjadi pendek / tebal.
P2 Kromosom homologus berpasangan.
P3 Sinapsis berlaku.
P4 Membentuk bivalen / tetrad.
P5 Pindah silang berlaku.
P6 di kiasma / kiasmata.
P7 Pertukaran bahan genetik.
P8 Kombinasi semula gen / kombinasi baru gen.
[2 markah]
(b) Terangkan kepentingan proses L.
F Pindah silang.
F1 Variasi / kepelbagaian spesies / organisma.
E1 Produk yang lebih berkualiti.
E2 Rintangan yang tinggi terhadap perubahan persekitaran // Penyesuaian
yang tinggi terhadap perubahan persekitaran.
E3 Kemandirian spesies / organisma // Menghalang kepupusan spesies /
organisma.
[2 markah]
(c)(i) Namakan struktur K.
Sentriol. [1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 82


(ii) Apakah yang berlaku kepada gamet terbentuk jika struktur K gagal
berfungsi dalam proses pembentukan gamet?
F1 Gamet tidak normal.
E1 Gentian gelendong tidak akan terbentuk.
E2 Kromosom (homolog) tidak akan terbentuk.
E3 Semasa anafasa I / II.
E4 Bilangan kromosom di dalam gamet tidak menjadi haploid /
dikurangkan / tidak sama banyak.
E5 Mutasi berlaku. [Tolak: Mutasi gen]
E6 Anak tidak normal.
[3 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 83


BAB 6 NUTRISI

6.1 jenis-jenis nutrisi

 Dibahagikan kepada dua jenis iaitu autotrof dan heterotrof.


‘auto’ = sendiri ‘hetero’ =yang lain ‘trof’ =makan
 Autotrof dibahagikan pula kepada dua iaitu fotosintesis dan kemosintesis.
‘foto’ =cahaya ‘kemo’ =kimia ‘sintesis’ =bina
 Heterotrof pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu holozoik,
saprofitisme dan parasitisme.
‘holo’ =zoon= haiwan ‘saprofit’ =mati/reput ‘parasit’ =perosak
‘tisme’ =cara

Jenis-jenis
nutrisi

Autotrof Heterotrof

Fotosintesis Kemosintesis Holozoik Saprofitisme Parasitisme

SPM 2006 (Esei)

Rajah menunjukkan tiga organisma P, Q dan R.

(a)(i) Huraikan jenis nutrisi pada P dan Q. [4 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 84


Organisma P
F1 (Nutrisi) autotrof / secara fotosintesis.
P1 Mensintesis / menghasilkan makanan / glukosa / kanji sendiri.
P2 daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga (cahaya).
Organisma Q
F2 (Nutrisi) heterotrof / holozoik.
P3 Mendapat sumber makanan / bahan organik pepejal / cecair dari persekitaran
// makan tumbuhan / pengeluar.

6.2 Gizi Seimbang

 Kandungan nutrien yang mengandungi tujuh kelas makanan pada kuantiti


yang betul pada masa yang betul.
 Nilai tenaga makanan = 4.2x jisim air x peningkatan suhu air
Jisim makanan
 Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga harian ialah umur,
jantina, berat badan, dan jenis pekerjaan.
 Vitamin dibahagikan kepada dua iaitu vitamin larut larut (VLL) dan vitamin
larut air (VLA).
 Contoh VLL ialah Vitamin A, D, E, dan K, contoh VLA ialah vitamin B dan
C.

Vitamin larut air Sumber Makanan Fungsi dalam badan


B1 Yis, hati, daging, Koenzim dalam metabolisme
bijirin, kekacang, karbohidrat.
sayuran hijau. Memelihara kesihatan sistem saraf
dan otot.
B2 Yis, bijirin, susu, Koenzim dalam respirasi sel
telur putih, sayuran. Memelihara kesihatan sistem saraf.
B3 Yis, bijirin, hati, telur, Koenzim dalam respirasi sel.
sayuran segar. Pemeliharaan epitelium pada kulit dan
sistem saraf.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 85


B5 Telur, daging, hati, Koenzim dalam resprasi sel.
yis, germa gandum, Untuk penghasilan antibody.
sayuran segar. Memelihara kesihatan sistem saraf
dan kulit.
B6 Hati, bijirin, daging, Koenzim dalam metabolisme asid
telur, kacang, susu amino.
B12 Susu, telur, daging, Pembentukan sel darah merah.
hati
C Buah-buahan sitrus Memelihara kesihatan tisu
dan sayuran hijau. penghubung terutamanya saluran
darah.
Untuk kesihatan kulit dan pemulihan
luka yang cepat.
Meningkatkan ketahanan terhadap
jangkitan.

Vitamin Larut Sumber makanan Fungsi dalam badan


lemak
A Susu, tomato, lobak Membina pigmen pada retina mata
merah, minyak hati untuk penglihatan jelas pada waktu
ikan malam.
Memastikan pertumbuhan sel
epithelium kulit yang sihat.
D Minyak hati ikan, Membantu penyerapan kalsium dan
keju, mentega, telur. fosforus.
Membantu untuk membina tulang dan
gigi yang kuat.
E Germa gandum, Memelihara kesihatan sistem otot,
sayuran hijau, sistem saraf dan sistem peredaran
minyak, kelapa darah.
sawit. Sebagai bahan anti pengoksidaan

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 86


bagi asid lemak tepu.
Mengekalkan fungsi sistem
pembiakan.
K Hati, tomato, Membantu dalam pembekuan darah.
sayuran hijau seperti
bayam dan kobis.

 Mineral dibahagikan kepada dua iaitu makronutrien dan mikronutrien.


‘makro’ =besar ‘mikro’ =kecil ‘nutrien’ =makanan

Makronutrien Sumber makanan Fungsi


Kalsium Susu, keju, ikan bilis, Pembinaan tulang dan gigi yang kuat.
bijirin. Menolong pembekuan darah.
Diperlukan untuk pengecutan otot dan
pemindahan impuls saraf.
Magnesium Bijirin, sayuran hijau, Diperlukan untuk pemgecutan otot.
susu, daging. Diperlukan untuk pemindahan impuls
saraf.
Sebagai kofaktor bagi enzim.
Fosforus Susu, daging, bijirin, Membentuk tulang dan gigi yang kuat.
telur. Membentuk ATP semasa respirasi
sel.
Natrium Garam biasa, Mengekalkan keseimbangan air
daging, telur, susu dalam badan.
Mengekalkan tekanan osmosis cecair
dalam badan.
Diperlukan dalam pemindahan impuls
saraf.
Kalium Susu, daging, Untuk pemindahan impuls saraf.
pisang, sayuran Untuk pengecutan otot.
hijau.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 87


Mikronutrien Sumber makanan Fungsi
Besi Hati, bayam, Membentuk haemoglobin.
kacang, telur kuning.

Florin Air minuman. Teh, Mengukuhkan enamel pada gigi.


sayuran.

6.3 Malnutrisi

 ‘Mal’ =lebih atau kurang

Gizi Berlebihan Kekurangan


Karbohidrat Obesiti Lesu dan tidak bertenaga
Diabetis melitus
Penyakit kardiovaskular
Protein Gout Kwasyiorkor dan
Kegagalan ginjal dan hati marasmus
Asid urik berlebihan dalam
darah
Vitamin C Pembentukan kolagen
yang lemah menyebabkan
skurvi (gusi berdarah)
Ferum Anemia (kurang darah
merah)
Vitamin D, Kalsium Rikets
dan fosforus Osteoporosis
Lipid Obesiti Lesu dan tidak bertenaga
Penyakit kardiovaskular

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 88


SPM 2006 (Esei)

(b) Sembelit, rabun malam dan anemia adalah tiga masalah kesihatan.
Nyatakan punca dan cadangkan cara untuk mengatasi setiap masalah
kesihatan itu dari aspek nutrisi.
[6 markah]
Sembelit
S1 tidaka cukup jumlah makanan bergentian / serabut / serat / fiber / pelawas.
S2 Makan lebih banyak sayur-sayuran / buah-buahan / bijiran.
Rabun malam
R1 Tiada / tidak cukup vitamin A.
R2 Makan lebih banyak lobak merah / tomato.
Anemia
A1 Tidak cukup zat besi / ferum.
A2 Makan lebih banyak bayam / hati (ayam) / hati (lembu) / kerang / limpa.

SPM 2008 (Esei)


(a)(ii) Malnutrisi adalah keadaan yang timbul akibat gizi yang tidak seimbang di
mana ada nutrien tertentu yang kurang, berlebihan atau dalam nisbah
yang salah.
Terangkan kesan kepada seseorang kanak-kanak yang diberi mana-mana
dua nutrien makanan dalam amaun yang tidak mengcukupi untuk satu
tempoh masa yang panjang. [6 markah]

Protein
F1 Seorang kanak-kanak yang kekurangan protein (untuk satu jangka
masa panjang) akan menghidap kwasyiorkor / marasmus.
S1 Protein diperlukan untuk pertumbuhan normal.
C1 kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak
terbantut.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 89


Vitamin A (Kombinasi 2)
F2 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin A (untuk satu tempoh
jangka panjang) akan menghidap rabun malam.
S2 Vitamin A diperlukan untuk menentukan sel-sel rod dalam retina sihat.
C2 Kekurangan vitamin A mengurangkan keupayaan melihat dalam
cahaya malap.
Vitamin D (Kombinasi 3)
F3 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin D (untuk satu tempoh
jangka panjang) akan menghidap riket.
S3 Vitamin D diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat.
C3 kekurangan vitamin D menyebabkan tulang-tulang menjadi lembut dan
tumbuh tidak sekata.

Vitamin C (Kombinasi 4)
F4 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin C (untuk satu tempoh
jangka panjang) akan menghidap skurvi.
S4 Vitamin C diperlukan untuk gusi dan kulit yang sihat.
C4 Kekurangan vitamin C menyebabkan gusi membengkak dan berdarah.

Serabut (Kombinasi 5)
F5 Seorang kanak-kanak yang kekurangan pelawas (untuk satu tempoh
jangka panjang) akan menghidap sembelit.
S5 Serabut diperlukan untuk mencegah sembelit.
C5 Kekurangan serabut menyebabkan sembelit / sukar mengeluarkan
tinja.
Kalsium (Kombinasi 6)
F6 Seorang kanak-kanak yang kekurangan kalsium (untuk satu tempoh
jangka panjang) akan menghidap osteoporosis.
S6 Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi.
C6 Kekurangan kalsium menyebabkan jisim tulang berkurangan / tulang
menjadi rapuh dan ringan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 90


6.4 Pencernaan Makanan

 Pencernaan di dalam mulut;


amilase
Kanji + air maltose (Kami Anak Malaysia)

 Pencernaan di dalam perut;


pepsin
√ Protein + air Polipeptida (Parti Progresif Penduduk)
renin
√Kaseinogen Kasein (Kelas Rancangan Khas)

 Pencernaan di dalam usus kecil;


amilase
√Kanji + air Maltosa (KAM)

tripsin
√Polipeptida +air Peptida (Polis Tangkap Pencuri)

lipase
√Lipid + air Gliserol + lemak (Lantai Licin Geli Lah)

erepsin
√Peptida + air Asid amino (PEA)

maltase
√Maltosa +air Glukosa (Malaysia Medical Group)
sukrase
√Sukrosa + air Glukosa + fruktosa (Sport Science Group Fun)

laktase
√Laktosa + air Glukosa + Galaktosa (Lebih Lebih Gila Gila)

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 91


Rumusan :

Kelas Makanan Mulut Perut Usus kecil


Karbohidrat Kanji Kanji
Maltosa
Sukrosa
Laktosa
Protein Protein Polipeptida
Kaseinogen Dipeptida
Lipid Lipid

Gizi seimbang berdasarkan piramid makanan.

Aras Kelas makanan Fungsi Kekurangan Berlebihan

1 Karbohidrat √Membekalkan Lesu, Obesiti


tenaga keletihan
2 Vitamin, Mineral √Kekalkan kesihatan √Vit. A-
dan Serat √Metabolisme dalam mencegah
badan. rabun malam
√Vit. C-
mencegah
skurvi

3 Protein √Membina sel-sel Marasmus. √Gout


baru. Kwasyiorkor √Kegagalan
√Menggantikan sel ginjal
mati.
√Pertumbuhan.
4 Lipid, Gula, Membekalkan Keletihan √Obesiti
Garam tenaga yang lebih √Penyakit
tinggi. kardiovaskular

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 92


Sistem Pencernaan Ruminan dan Rodensia.

 Terdapat empat ruang perut iaitu:


Rumen, Retikulum, Omasum, Abomasom (RROA).
‘Rumah Rosak Ombak Air’
 Perbandingan antara salur alimentari Ruminan dan Rodensia:
(SPM 2006, Esei)

Ruminan Persamaan Rodensia


Kedua-dua salur alimentari mempunyai bakteria atau protozoa untuk
menghidrolisis selulosa.
Perbezaan
Mempunyai 4 ruang Bilangan Perut Mempunyai 1 ruang
perut perut
Di mana berlakunya pencernaan selulosa
Kecil dan pendek Saiz Sekum Besar dan panjang
Sekum adalah tempat bakteria menghidrolisis selulosa.
Dua kali Bilangan makanan Satu
dihantar melalui ruang
perut
Untuk mencernakan makanan dengan cara meningkatkan kecekapan
tindak balas selulosa

Rumen dan retikulum Dimana bakteria dan Sekum


protozoa banyak
dijumpai
Bakteria merembeskan selulase untuk menghidrolisis selulosa kepada
glukosa.
Lembu, kambing, Contoh Arnab, tikus, tupai
kerbau

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 93


SPM 2006 (Struktur)

Rajah menunjukkan sistem pencernaan manusia.

Struktur Q pada Rajah di atas terlibat dalam pencernaan lemak.


(i) Namakan struktur Q.
Ileum / usus kecil.
[1 markah]
(ii) Namakan enzim yang mencernakan lemak dalam Q.
Lipase.
[1 markah]
(b)(i) Terangkan bagaimana kanji dicerna dalam duodenum.
P1 Pankreas merembes enzim amilase (ke dalam duodenum) // jus
pankreas (dalam duodenum) mengandungi amilase.
P2 (Amilase) mencernakan / menghidrolisiskan / menguraikan kanji kepada
maltosa. [ Tolak: menukarkan]
[2 markah]
(ii) Seorang pelajar makan terlalu banyak buah limau.
Terangkan kesan memakan terlalu banyak buah limau ke atas pencernaan
kanji dalam duodenum.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 94


F Buah limau (mengandungi banyak asid / berasid) merendahkan nilai pH
menjadi kurang daripada 7 / Meningkatkan keasidan dalam duodenum // Asid
dineutralkan dalam duodenum. [Tolak: meneutralkan keadaan beralkali]
P Medium berasid kurang sesuai untuk tindakan amylase // kurang/ tiada kanji
tercerna // tiada kesan / perubahan ke atas pencernaan kanji.
[Tolak: pencernaan kanji terjejas]

[2 markah]
SPM 2010 (Esei)
Rajah menunjukkan sistem pencernaan dan organ-organ berkaitan pencernaan.

Terangkan bagaimana ikan kukus dicernakan di bahagian R, S dan T di dalam


sistem itu. [10 markah]

R / Perut
F ikan kukus kaya dengan protein / dan lemak.
P1 merembeskan / mengeluarkan pepsin.
P2 yang menghidrolisiskan protein kepada polipeptida.
pepsin

P3 Protein + (air) pepton / polipeptida


L1 Lemak tidak dihidrolisis.
P4 dalam medium asid.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 95


S / Duodenum
P5 menerima tripsin daripada pankreas.
P6 Pepton / polipeptida dihidrolisiskan (oleh tripsin) kepada peptida / dipeptida.
tripsin

P7 Pepton / polipeptida + (air) peptida


P8 dalam medium alkali.
L2 Lemak ialah pengemulsi / diubah menjadi titisan kecil oleh (garam) hempedu.
L3 Lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol.
lipase

L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol


T / Ileum
P9 Merembes erepsin / peptidase.
P10 Peptida dihidrolisiskan oleh erepsin / peptidase kepada asid amino.
erepsin

P11 dipeptida / peptide + (air) Asid amino


L3 lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol.
lipase

L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol

SPM 2011(Struktur)
(c) Rajah menunjukkan pergerakan bolus makanan dalam esofagus.

Terangkan bagaimana bolus makanan bergerak turun dari esofagus ke perut.


E1 Pengecutan dan pengenduran tisu otot licin secara berselang-seli /
berantagonis menghasilkan peristalsis.
E2 membentuk peristalsis.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 96


E3 Peristalsis menolak bolus turun ke perut. [Tolak: alir / bergerak ke bawah]
E4 Mukus melincirkan
E5 pergerakan bolus oleh peristalsis.
[3 markah]
(d) Nyatakan fungsi renin, pepsin dan asid hidroklorik dalam perut.

Fungsi
Renin Menukarkan kaseinogen / protein larut susu kepada
kasein / protein tak larut susu //
(renin)

Kaseinogen kasein
[Tolak: memecahkan / hidrolisis]
Pepsin Menukarkan / hidrolisis / mencerna / memecahkan
protein kepada polipeptida / pepton // memutuskan
ikatan peptida spesifik di dalam molekul protein besar
menjadi rangkaian polipeptida yang lebih kecil.
Asid hidroklorik P1 Menyediakan medium berasid / pH optimum.
P2 untuk membunuh kebanyakan bakteria yang terdapat
di dalam makanan // untuk memberikan pH optimum
untuk tindakan enzim-enzim perut.
[Tolak: untuk hentikan tindakan amilase]
[3 markah]
SPM 2013 (Esei)
(b) Rajah menunjukkan piramid makanan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 97


Terangkan kepentingan makanan bagi setiap aras dalam piramid makanan.
[10 markah]
F1 (Dalam piramid makanan), semakin tinggi aras kelas makanan ditempatkan,
semakin sedikit kuantiti makanan yang diperlukan // makanan seimbang.
E1 Aras 1 mengandungi (kalas makanan) karbohidrat.
E2 membekalkan jumlah tenaga (yang tinggi).
E3 kekurangan karbohidrat menyebabkan keletihan / marasmus.
E4 berlebihan karbohidrat menyebabkan obesiti // mana-mana yang sesuai.
E5 Aras 2 mengandungi (kelas makanan) vitamin / mineral / serat.
E6 untuk kesihatan / fungsi metabolisme dalam badan.
E7 Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi // mana-mana contoh yang
sesuai.
E8 Aras 3 mengandungi protein.
E9 untuk membina sel-sel baru / menggantikan sel-sel yang mati / pertumbuhan.
E10 Kekurangan protein menyebabkan marasmus / kwasyiorkor.
E11 Berlebihan protein menyebabkan gout / kegagalan ginjal.
E12 Aras 4 mengandungi lipid / gula / garam.
E13 Membekalkan nilai tenaga yang tinggi // mana-mana jawapan yang sesuai.
E14 Kekurangan lipd / gula / garam menyebabkan keletihan / contoh yang
sesuai.
E15 Berlebihan gula / lipid menyebabkan kencing manis / penyakit
kardiovaskular / obesiti.

6.5 Penyerapan dan Asimilasi hasil pencernaan Makanan.

Struktur vilus

Epitelium

Kapilari darah

Lakteal

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 98


Penyerapan makanan tercerna

 Melibatkan kedua-dua proses peresapan dan penyerapan air.


 Pada mulanya, molekul-molekul glukosa, asid amino, vitamin dan
molekul larut air meresap ke dalam sel epitelium dan diserap ke dalam
kapilari darah.
 Glukosa dan asid lemak meresap masuk ke dalam sel epitelium dan
bergabung membentuk titisan halus lipid yang kemudiannya meresap
masuk ke dalam lakteal.
 Vitamin larut lemak juga meresap ke dalam lakteal untuk diangkut
bersama lipid.
 Lakteal-lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam
rangkaian sistem limfa.
 Kapilari-kapilari darah yang membawa nutrien larut air bergabung
membentuk vena portal hepar yang membawa darah ke hati.
 Dari hati, nutrien diasimilasikan dan diangkut ke semua sel badan.

Asimilasi makanan tercerna

 Sebahagian hasil pencernaan dibawa terus ke hati untuk diproses atau


diasimilasi.
 Asimilasi berlaku dalam sel yang mana nutrien digunakan untuk
membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.
 Kebanyakan glukosa ditukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
 Apabila paras gula darah menurun dan badan memerlukan tenaga,
glikogen simpanan ditukarkan semula kepada glukosa.
 Apabila glukosa tiba di sel, glukosa dioksidakan untuk membebaskan
tenaga melalui respirasi sel.
 Apabila simpanan glikogen di dalam hati menjadi penuh, glukosa
berlebihan ditukarkan menjadi lipid.
 Hati mensintesiskan protein plasma dengan menggunakan asid amino.
 Asid amino yang memasuki sel digunakan untuk mensintesiskan protein
baru dan memperbaiki tisu yang rosak.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 99


 Ia juga bertindak sebagai unit asas untuk sintesis enzim dan hormon.
 Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan dalam badan dan
diuraikan oleh hati melalui proses pendeaminaan yang menghasilkan urea.
 Lipid seperti lemak merupakan sumber tenaga utama badan.
 Lipid berlebihan disimpan dalm tisu adipos.
 Beberapa lipid lain seperti fosfolipid dan kolesterol merupakan komponen
membran plasma.

Ringkasan proses penyerapan dan asimilasi makanan tercerna.

Hasil makanan Hormon/ enzim/ Ditukarkan Tempat diproses


tercerna proses terlibat kepada dan ke mana?
Glukosa berlebihan Insulin Glikogen Dari Hati ke sel
Glukosa berkurangan Glukagon badan melalui
Respirasi sel
Asid Amino pendeaminaan Urea Hati
berlebihan
Lemak dan Gliserol Meresap ke sel Lakteal Tisu Adipos
Vitamin larut lemak epitelium utk Sistem limfa
bergabung
membentuk titisan
halus lipid.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 100


SPM 2009 (Esei)

Rajah menunjukkan laluan molekul lemak melalui suatu sistem.

Pundi hempedu, pankreas dan usus kecil adalah struktur-struktur yang terlibat
dalam memproses molekul lemak.
Terangkan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak sehingga boleh
digunakan oleh sel-sel badan. [10 markah]
Pencernaan
D1 Lemak / makanan berminyak / lipid duraikan / dicernakan melalui
pencernaan.
D2 (garam) hempedu disimpan dalam pundi hempedu.
D3 mengemulsi lemak / makanan berminyak / lipid (kepada titisan lipid).
D4 pankreas merembes (jus pankreas yang mengandungi) lipase ke dalam
duodenum.
D5 lipase mencerna lipid / titisan lipid ke asid lemak dan gliserol /
lipid (titisan) gliserol + asid lemak [Tolak: tukar / ubah]
Penyerapan
A1 Penyerapan asid lemak dan gliserol / Pencernaan lipid berlaku di usus kecil.
A2 (Asid lemak dan gliserol) diserap dari lumen ke dalam lakteal / vilus.
A3 (di lakteal) berlaku kondensasi asid lemak dan gliserol daripada lipid / titsan
lipid.
A4 lipid diangkut (dari lakteal) melalui salur limfa.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 101


A5 ke dalam duktus kanan limfa / duktus toraks ke dalam aliran darah melalui
vena subklavian.
Asimilasi
S1 asimilasi berlaku dalam sel.
S2 sel menggunakan lipid untuk membentuk sebatian kompleks / komponen
berstruktur / untuk mensintesis membran plasma / hormon.

6.6 Pembentukan tinja dan penyahtinjaan

 Selepas penyerapan nutrien selesai berlaku di dalam usus kecil,


kandungan usus bergerak masuk ke dalam kolon.
 Kandungan usus adalah air, bahan makanan tak dicernakan dan selulosa.
 Sebahagian besar serat itu ialah sel selulosa dinding sel tumbuhan.
 Bahan-bahan tidak tercerna ini bergerak dengan sangat perlahan melalui
kolon dengan dibantu oleh peristalsis.
 Penyerapan semula air daripada sisa-baki dalam kolon itu akan
menghasilkan tinja iaitu sisa separa pepejal.
 Tinja juga mengandungi sel-sel mati yang tersingkir daripada lapisan
sebelah dalam usus, bahan buangan seperti pigmen hemoglobin dan
bahan-bahan bertoksik yang perlu disingkirkan daripada badan.
 Kolon juga merupakan habitat satu populasi besar bakteria.
 Mikroorganisma berfaedah ini memainkan peranan yang penting untuk
mengekalkan persekitaran yang stabil dalam salur alimentari.
 Dinding kolon merembes mukus yang melekatkan tinja berada di dalam
kolon selama 12 hingga 24 jam sebelum bergerak masuk ke dalam rektum
untuk disimpan buat sementara waktu.
 Apabila tinja mula berkumpul, tekanan di dalam rektum meningkat dan ini
menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja daripada badan.
 Penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan yang dikawal oleh otot-otot di
sekeliling dubur.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 102


Masalah-masalah yang berkaitan dengan penyahtinjaan

 Sembelit
 Hemoroid
 Kanser kolon

SPM 2008 (Esei)

Selepas penyerapan nutrien dalam usus kecil, bahan-bahan yang tidak tercerna
dalam usus besar akan membentuk tinja.
Terangkan pembentukan tinja dalam manusia. [4 markah]
P1 Kandungan dalam usus kecil yang tidak diserap akan memasuki kolon.
P2 Kandungan (usus) terdiri daripada campuran air, bahan makanan tidak
terhadam / serabut, bakteria, sel-sel mati dan pigmen.
P3 Kandungan tersebut bergerak perlahan-lahan di sepanjang kolon melalui
peristalsis.
P4 Air diserap semula / diperolehi semula daripada kandungan kolon.
P5 untuk membentuk (bahan buangan separa pepejal) tinja.

6.7 Menilai Tabiat Pemakanan

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan tabiat pemakanan

Penyakit Punca terjadinya penyakit Kesan penyakit Cara mengatasinya?


Gastritis √Tidak makan pada √Jus gastrik √Ubah tabiat dan gaya
masanya. bertindak hidup
√Pengambilan alkohol yang terhadap lapisan √Mengambil ubat antasid
berlebihan. epitelium perut
√Tekanan. √Ulser gastrik
√Pengambilan aspirin atau
ubat tahan sakit.
Obesiti √Pengambilan makanan √Penyakit √Lakukan senaman
yang mengandungi lipid kardiovaskular. secara berkala.
dan karbohidrat yang √Tekanan darah √Kurangkan makanan
berlebihan tinggi. berlemak
√Diabetes

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 103


Anoreksia √Mengelak untuk makan √Gangguan √Kaunseling dan
nervosa kerana takut gemuk psikologi dan pemulihan jisim badan
maut.
√Kurus kering
Bulimia √Makan secara banyak pada √Mencederakan √Kaunseling
masa singkat dan salur alimentari.
memuntahkan semula. √Cirit birit
√Memakan laksatif. √Ketidakseimbang
an ion mineral
dalam darah.
√Penyakit
kardiovaskular
√Kerosakan ginjal.

SPM 2008 (Esei)

Jadual menunjukkan makanan yang diambil oleh seorang budak lelaki berumur
15 tahun dalam menu hariannya. Keperluan tenaga harian budak itu ialah 12500
kJ.

Jenis makanan Kuantitit yang diambil/g Kandungan tenaga/ kJ


Nasi 400 1600
Kentang goreng 500 1000
Kari ayam 300 300
Telur rebus 150 630
Mentega 50 3000
Susu 280 300
Sosej 300 500
Sardin 150 900

(i) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan nilai tenaga yang terkandung dalam
pemakanan hariannya. Adakah pengambilan makanan itu memenuhi
keperluan tenaga hariannya? [2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 104


F1 Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari ialah
8230 kJ.
F2 (Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari)
melebihi keperluan tenaga hariannya.

(ii) Budak lelaki ini mengambil menu ini secara berterusan dalam jangka masa
yang panjang.
Terangkan akibatnya terhadap kesihatan budak lelaki ini.
[8 markah]
F1 Tidak mengandungi 7 kelas makanan dalam nisbah yang betul.
C1 Menyebabkan sembelit.
F2 Tidak mengandungi serabut yang mengcukupi.
C2 Menyebabkan sembelit.
F3 Mengandungi vitamin yang tertentu sahaja.
C3 Menyebabkan penyakit kekurangan vitamin.
F4 Mengandungi lemak yang tinggi.
C4 Menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular.
F5 Mengandungi protein tinggi.
C5 Menyebabkan gout / meningkatkan aras asid urik dalam darah.
F6 Mengandungi karbohidrat tinggi.
C6 Menyebabkan kegendutan / diabetes melitus / aras gula darah tinggi

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 105


SPM 2009 (Esei)
(b) Rajah 9.2, 9.3 dan 9.4 menunjukkan keadaan fizikal tiga orang, yang
berkaitan dengan tabiat makan mereka.

Rajah 9.3 Rajah 9.4

Terangkan hubungan antara tabiat makan dengan keadaan fizikal setiap individu
itu. [10 markah]
Rajah 9.2
H1 Seorang yang sihat.
H2 Mengekalkan jisim badan / BMI unggul / tiada penyakit.
H3 makan kuantiti karbohidrat yang betul untuk membekalkan tenaga kepada
badan.
H4 makan kuantiti lemak yang betul untuk membekalkan tenaga / mensintesis
membran plasma.
H5 makan kuantiti protein yang betul untuk menghasilkan sel baru / membaiki sel
/ mengganti sel mati.
H6 makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk
mengelakkan daripada sembelit.
H7 ambil vitamin / mineral untuk mengekalkan kesihatan / tumbesaran.
Rajah 9.3
G1 Obesiti / lebihan tenaga disimpan dalam bentuk lemak.
G2 ketidakseimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan tenaga.
G3 makan makanan secara berlebihan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 106


Rajah 9.4
K1 Anoreksia nervosa
K2 kehilangan berat badan yang mendadak.
K3 berterusan lapar / tidak mengambil sebarang makanan dalam jangka masa
yang lama.
K4 Tenaga yang diambil kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh.

SPM 2010 (Esei)


(b) Rajah menunjukkan tiga jenis makanan.

Terangkan kesan jangka masa panjang pengambilan makanan-makanan yang


berlebihan ke atas kesihatan individu. [10 markah]

Roti
C1 Roti kaya dengan karbohidrat.
C2 Kandungan glukosa yang tinggi dalam darah.
B3/C3 Menyebabkan tekanan darah tinggi
C4 dan Diabetes (mellitus) / glukosuria.
C5 Glukosa / glikogen berlebihan ditukarkan kepada lemak.
C6 Disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit.
B7/C7 Kegendutan.
Mentega
B1 Mentega (kaya) dengan lemak / lipid.
B2 Menyebabkan aras kolesterol yang tinggi dalam darah.
C3/ B3 Menyebabkan tekanan darah tinggi.
B4 kolesterol terenap di bahagian dinding dalam arteri.
B4A Lumen arteri menjadi lebih kecil / pengaliran darah menjadi perlahan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 107


B5 Arteriosklerosis / angina / angin ahmar / serangan jantung / embolisme /
penyakit kardiovaskular. [Tolak: aterosklerosis]
B6 Lemak berlebihan disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit.
C7/B7 Kegendutan.
Ayam goreng
P1 Ayam goreng (kaya) dengan protein.
P2 Hati terpaksa bekerja keras untuk menukarkan lebihan protein kepada urea.
P3 Menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
P4 Ginjal terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan urea yang berlebihan //
Peningkatan tekanan darah / peningkatan gula dalam darah.
P5 Menyebabkan kegagalan buah pinggang // ginjal berfungsi.
P6 Asid urik berlebihan akibat pengambilan protein berlebihan / daging ayam.

SPM 2014 (Esei)


(a) Maklumat berikut ialah berkaitan tabiat makan bagi individu U dan individu W.

Individu U

Makan tidak mengikut masa yang menyebabkan perut selalu kosong

Individu W

Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti dengan


memuntahkannya semula secara sengaja setiap kali selepas makan.

(a) Terangkan bagaimana tabiat makan itu mempengaruhi kesihatan:


(i) individu U
(ii) individu W [10 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 108


Individu U
P1 Menyebabkan ulser gastrik / gastritis.
P2 (sebab) tiada makanan (di dalam perut).
P3 Kelenjar gastrik merembeskan (banyak) jus gastrik.
P4 (Jus Gastrik) mengandungi asid hidroklorik / asid.
P5 bertindak ke atas lapisan (epithelium) pada dinding perut.
P6 merosakkan sel-sel / tisu-tisu perut.
P7 menyebabkan sakit abdomen / loya / muntah.
P8 berkembang membentuk lubang / luka pada dinding perut.
Individu W
P1 Bulimia.
P2 mengekalkan jisim badan.
P3 menyebabkan tekanan / keresahan.
P4 kurang / ketidakseimbangan ion mineral dalam darah.
P5 kerosakan / kecederaan teruk pada salur pencernaan.
P6 Cirit-birit.
P7 menyebabkan sakit abdomen / kelesuan otot / ulser / sembelit / oedema /
dihidratan / kembung / masalah mulut / pening
P8 mengakibatkan penyakit kardiovaskular / kerosakan ginjal.

(b) Rajah menunjukkan satu set nasi lemak.

Seorang kanak-kanak perempuan mengambil satu set nasi lemak sebagai


sarapan setiap hari dalam jangka masa panjang.
Bincangkan kesan baik dan kesan buruk diet itu terhadap kesihatannya.
[10 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 109


P1 Nasi lemak mengandungi karbohidrat / lemak / kolesterol.
P2 membekalkan tenaga / pembinaan blok untuk molekul kompleks / DNA / RNA
/ glikogen.
P3 karbohidrat berlebihan menyebabkan kegendutan / kencing manis.
P4 santan kelapa dalam nasi lemak mengandungi kolesterol / lemak.
P5 Ayam goreng / telur / kacang tanah goreng / sambal cili mengandungi protein
/ lemak / mineral / vitamin.
P6 Protein diperlukan untuk membina sel-sel baru / pertumbuhan / pembahagian
sel / baik pulih sel.
P7 Protein berlebihan menyebabkan gout / kegagalan ginjal / hati / peningkatan
aras asid urik dalam darah.
P8 Vitamin diperlukan untuk kesihatan baik // mana fungsi-fungsi sesuai.
P9 mana-mana penerangan betul vitamin dan fungsinya.
P10 Vitamin larut lipid berlebihan menyebabkan keracunan hati / kerosakan
tulang / keguguran rambut / kerosakan / kegagalan ginjal.
P11 Lemak membekalkan tenaga / penebat / melindungi organ dalaman / untuk
kalis air / pembinaan membran plasma.
P12 Lemak berlebihan menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular.
P13 Timun mengandungi serat / air.
P14 Serat / air membantu peristalsis.
P15 mencegah sembelit / mengurangkan risiko kanser / cegah penyakit jantung
koronari.
P16 air ialah medium tindak balas biokimia / pelarut / plasma darah // mana-
mana contoh sesuai.
P17 Mineral diperlukan untuk memelihara kesihatan / mana-mana jawapan
sesuai.
P18 mana-mana penerangan mineral dan fungsinya yang betul.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 110


6.9 Kepentingan Makronutrien dan Mikronutrien dalam Tumbuhan

Elemen-elemen makronutrien: Elemen-elemen mikronutrien


 karbon (C)  boron(B)
 hidrogen(H)  kuprum(Cu)
 oksigen(O)  ferum(Fe)
 nitrogen (N)  mangan(Mn)
 fosforus(P)  molibdenum(Mo)
 kalium(K)  zink(Zn)
 kalsium(Ca)
 magnesium(Mg)
 sulphur(S)
Cara nak ingat! Cara nak ingat!
‘CHONg Pergi Ke China Menaiki ‘Best Copy Filem Muzik Maher Zain’
Sampan’

Makronutrien Fungsi Kesan kekurangan


Fosforus Sintesis asid nukleik, ATP dan Pertumbuhan akar yang
fosfolipid dalam membran tidak sihat dan
plasma; bertindak sebagai pembentukan daun yang
koenzim dalam fotosintesis dan berwarna hijau tua dan
respirasi. pudar; bintik merah atau
ungu kelihatan pada daun
tua.
Kalium Sintesis protein, metabolisme Sintesis protein yang
karbohidrat dan sebagai kofaktor kurang; kematian
bagi beberapa enzim; tumbuhan pramatang.
mengekalkan kesegahan
tumbuhan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 111


Kalsium Komponen utama lamela tengah Pertumbuhan terbantut;
dinding sel; pembentukan daun yang terherot dan
gentian gelendong semasa bercuping; bahagian di
pembahagian sel. antara urat daun menjadi
kuning.
Magnesium Komponen utama struktur Bahagian di antara urat
molekul klorofil; mengaktifkan daun matang menjadi
beberapa enzim tumbuhan; kuning; bintik merah pada
terlibat dalam metabolisme permukaan daun; daun
karbohidrat. bercuping.
Sulfur Komponen beberapa asid Daun yang terjejas atau
amino; salah satu juzuk vitamin seluruh tumbuhan menjadi
B dan beberapa jenis koenzim. kuning.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 112


Mikronutrien fungsi Kesan kekurangan
Boron Membantu akar dalam pengambilan Kematian tunas terminal dan
ion kalsium dan translokasi gula; pertumbuhan yang abnormal;
terlibat dalam metabolisme daun menjadi tebal,
karbohidrat dan membantu bergulung dan rapuh
percambahan debunga; diperlukan
untuk pembahagian mitosis dalam
sel meristem dan bertindak sebagai
kofaktor dalam sintesis klorofil.
Kuprum Komponen penting enzim; terlibat Kematian apeks pucuk muda;
dalam metabolisme nitrogen dan bintik perang kelihatan pada
fotosintesis; penting bagi daun terminal; tumbuhan
pertumbuhan pembiakan dan menjadi terbantut.
pembentukan bunga dalam
tumbuhan.
Ferum Bertindak sebagai kofaktor dalam Daun muda menjadi kuning.
sintesis klorofil; penting bagi
bahagian muda yang sedang
tumbuh.
Mangan Mengaktifkan enzim-enzim Jaringan urat hijau tua
fotosintesis; respirasi sel dan berlatar belakangkan hijau
metabolisme nitrogen. muda; bintik perang atau
kelabu di antara urat daun.
Molibdenum Terlibat dalam pengikatan nitrogen Klorosis pada bahagian
dan penurunan nitrat semasa antara urat daun matang;
sintesis protein. daun berwarna hijau pucat;
hasil tanaman berkurangan.

Zink Pembentukan daun; sintesis auksin Permukaan daun berbintik


(hormon pertumbuhan) dan sebagai dengan bahagian berklorosis;
kofaktor dalam metabolisme pertumbuhan terbantut.
karbohidrat.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 113


6.10 Fotosintesis

Adaptasi struktur dan fungsi daun;

Struktur Fungsi
Tersusun dalam bentuk mozek Menerima cahaya dengan banyak
daun
Leper, nipis dan berwarna Menyerap cahaya matahari secara maksimum
hijau (lamela) dan membolehkan gas-gas meresap dengan
cekap.
Urat daun bersambung Xilem mengangkut air dan garam mineral dari
dengan tisu xilem dan floem akar ke daun.
Floem mengangkut hasil organik melalui
fotosintesis
Satu lapisan epidermis yang Mengurangkan kehilangan air daripada daun.
berkutikel dan berlilin
Banyak stoma Meningkatkan proses fotosintesis
Banyak sel mesofil palisad Tersusun secara tegak dan rapat untuk
memperoleh cahaya maksimum

6.11 Mekanisme Fotosintesis

 Persamaan fotosintesis;
cahaya
Karbon dioksida + air glukosa + oksigen (KAckGO)
klorofil

‘kulat air celup klorok ganti obat’

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 114


 Mekanisme tindak balas fotosintesis;

Tindak balas cahaya Tindak balas gelap


Molekul H2O ditukarkan kepada ion Atom H menurunkan gas CO2 utk
H+ dan Ion OH-. menghasilkan glukosa.
Ion H+ menerima elektron drp Monomer-monomer glukosa
klorofil dan membentuk atom H. terkondensasi utk membentuk
Pada masa sama, ion OH- molekul kanji.
kehilangan elektron untuk
membentuk gas O2 dan air.

 Perbezaan antara tindak balas cahaya dan tindak balas gelap;

Tx Cahaya Aspek Tx Gelap


Tenaga cahaya Bentuk tenaga yg Tenaga kimia
diperlukan
Granum / grana Tapak tx Stroma
air Bahan tx Karbon dioksida
Oksigen Hasil tx Glukosa

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 115


SPM 2006 (Esei)

Tumbuhan hijau mensintesis makanan melalui proses fotosintesis. Proses kimia


fotosintesis boleh diringkaskan seperti rajah skema dalam Rajah di bawah.

(a) Nyatakan maksud fotosintesis berpandukan rajah skema dalam Rajah di atas.
[2 markah]
P1 Menghasilkan glukosa / kanji daripada karbon dioksida dan air.
P2 Dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari.

(b) Bermula daripada air dan karbon dioksida sebagai bahan mentah, terangkan
bagaimana tumbuhan hijau menghasilkan kanji.
[8 markah]
P1 Penyerapan tenaga cahaya oleh klorofil menghasilkan ATP / elektron / tenaga
kimia
P2 Fotolisis air menghasilkan ion H+ dan ion OH-.
P3 Ion H+ bergabung dengan elektron membentuk (atom) hidrogen.
P4 Hidrogen / ATP akan digunakan diperingkat tindak balas gelap.
P5 (Tindak balas cahaya) berlaku di grana / granum.
P6 Berlaku dalam keadaan tanpa cahaya / tidak memerlukan cahaya.
P7 CO2 bergabung dengan hidrogen membentuk glukosa (dan air).
P8 Glukosa yang terbentuk dikondensasikan / ditukarkan / disimpan sebagai
kanji.
P9 (Pembentukan glukosa dan kanji berlaku) melalui satu siri tindak balas kimia.
P10 (Tindak balas kimia) memerlukan tenaga ATP.
P11 (Tindak balas gelap) berlaku di stroma.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 116


6.12 Faktor-Faktor yg mempengaruhi Fotosintesis.

 Terdapat tiga faktor iaitu keamatan cahaya (KC), Kepekatan karbon


dioksida (KKO) dan Suhu (S).
‘Foto’ = cahaya ‘sintesis’ = bina

Faktor-Faktor Graf Penerangan


Keamatan Jika kepekatan karbon
cahaya dioksida dan suhu dikawal
pada aras sekata, kadar
fotosintesis berkadar terus
dengan keamatan cahaya
sehingga mencapai satu
tahap tertentu.

karbon dioksida atau suhu


menjadi faktor penghad.
Kepekatan Peningkatan kepekatan
karbon dioksida karbon dioksida akan
menyebabkan peningkatan
kadar fotosintesis selagi tiada
faktor penghad.

keamatan cahaya menjadi


faktor penghad.
Suhu Peningkatan suhu
persekitaran sebanyak 10 0C
akan meningkatkan kadar
fotosintesis sebanyak dua kali
ganda.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 117


SPM 2011 (Esei)
Rumah hijau digunakan untuk mengawal faktor biotik dan abiotik untuk
meningkatkan hasil tanaman. Rajah menunjukkan pokok tomato yang ditanam
dalam rumah hijau.

Terangkan bagaimana rumah hijau mempengaruhi produktiviti pokok tomato itu.


[10 markah]
Faktor-faktor yang boleh dikawal dalam rumah hijau
F1 Kepekatan gas karbon dioksida / CO2
E1 Mengcukupi / 0.03% / sekurang-kurangnya 0.03% dibekalkan sepanjang
masa.
E2 meningkatkan kadar fotosintesis.
F2 Suhu
E3 ditetapkan pada aras yang optimum / antara 150C – 300C pada sepanjang
masa.
E4 untuk memaksimumkan aktiviti enzim.
E5 untuk meningkatkan kadar fotosintesis.
E6 untuk minimakan kehilangan air / kadar transpirasi.
F3 Keamatan cahaya.
E7 Kecukupan dan jarak gelombang cahaya yang betul (diperlukan oleh tanaman
tersebut) dibekalkan sepanjang masa.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 118


E8 untuk meningkaatkan kadar fotosintesis.
E9 Fotosintesis boleh dijalankan oleh tumbuhan sepanjang masa / tahun /
semasa empat musim.
F4 Nutrien / Baja
E10 Nutrien yang mengcukupi dibekalkan sepanjang masa.
F6 Kawalan serangga
E12 untuk menghalang serangan serangga / perosak.
E13 melindungi daripada cuaca buruk / angin kuat / keamatan cahaya melampau
/ suhu / salji
F7 Kelembapan
E14 untuk mengelakkan kehilangan air berlebihan.

6.14 Teknologi dalam pengeluaran makanan

Teknologi Kelebihan Kekurangan/ cabaran Contoh


Anak-anak benih akan tumbuh cepat Padi
Penanaman dan meningkatkan hasil tanaman,
langsung mudah dan menjimatkan kos.
Kesemua makronutrien dan Kos agak tinggi untuk Bayam,
Hidroponik mikronutrien dapat disediakan pada menyediakan alatan salad, tomato
kadar yang betul, tidak memerlukan dan larutan kultur. dan cili.
tanah dan ruang besar,
Senang dijaga.
Keamatan cahaya dan suhu dapat Kos agak tinggi untuk Bayam,
Aeroponik dikawal, penanaman sepanjang menyediakan alatan salad, tomato
tahun, dan hasil yang lebih cepat, dan larutan nutrien. dan cili
tidak memerlukan tanah dan ruang
besar.
Nilai nutrisi yg tinggi, Memerlukan Kelapa sawit
Pembiakbakaan Mengeluarkan hasil yang lebih kemahiran tinggi dan Tenera sp.
tumbuhan banyak, dan menunjukkan teknik yang betul. hasil
ketahanan yg lebih tinggi terhadap kacukan
penyakit dan cuaca. Dura sp.
antara
Pisifera sp.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 119


Pembiakbakaan Meningkatkan hasil susu, daging. Memerlukan Lembu hibrid
haiwan kemahiran tinggi jenis
dengan teknik yang Mafriwal
betul.
Kultur tisu Meningkatkan hasil pertanian dalam Klon terdedah Betik, nanas
masa yang singkat kepada kerosakan dan
sekiranya ada yang belimbing
berpenyakit.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti Memerlukan Penanaman
Kejuruteraan makanan. kemahiran tinggi tumbuhan
genetik dengan teknik yang transgenik
betul. seperti
gandum,
tomato,
tumbuhan
legum,
kacang soya,
dan ubi
kentang.
Mengekal dan membaiki kualiti tanah Terdedah kepada Kaedah
Pengurusan dan mengelakkan pertambahan hakisan tanah dan penggiliran
tanah makhluk perosak tanah runtuh jika tanaman
proses pengurusan
tanah tertangguh
setelah tanah
digondolkan.
Mengawal perosak dengan cara-cara Mungkin pemangsa Burung hantu
Kawalan biologi biologi tanpa menggunakan pestisid akan memakan dan ular
mangsa lain mengawal
menyebabkan populasi
ketidakseimbangan tikus di
ekologi semula jadi. ladang
kelapa sawit.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 120


6.15 Perkembangan Teknologi dalam Pemprosesan Makanan

Teknologi Kebaikan keburukan


Memasak Membunuh mikroorganisma yang Tidak tahan lama,
merosakkan makanan, Kualilti kesegaran
Enzim yang memecah makanan berkurangan,
mengalami denaturasi, cara paling perubahan rasa asli,
mudah untuk mengelakkan kerosakan vitamin musnah.
makanan,
Membunuh mikroorganisma yg
menyebabkan penyakit,
Melembutkan makanan, makanan
menjadi lebih sedap.
Pengawetan Menghalang pertumbuhan Garam yang tinggi
mikroorganisma, meningkatkan rasa, menyebabkan
nilai komersial, tahan lama dan hipertensi, gula yg
melonjakkan industri makanan. tinggi menyebabkan
diabetes, cuka yg tinggi
menyebabkan gastrik,
bahan pewarna di
dalam makanan boleh
menyebabkan kanser,
kandungan nutrien
kurang.
Pengeringan Mikroorganisma tidak boleh hidup Hilang nutrien dan
tanpa air, mudah dijalankan, tahan berubah rasa asli.
lama.
Pempasteuran Membunuh bakteria yg menyebabkan Tidak memusnahkan
tuberkulosis, spora mikroorganisma,
Mengekalkan rasa asli susu, hanya sesuai untuk
mengekalkan nutrien, makanan cecair/ susu
Melonjakkan industri makanan. shj.
Tidak tahan lama
selepas dibuka.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 121


Pengetinan Membunuh semua mikroorganisma Boleh menyebabkan
dan sporanya, menghalang kerosakan makanan
pertumbuhan mikroorganisma, tahan sekiranya terdapat
lama, lebih menarik, mudah dihadam kerosakan pada bekas
dan melonjakkan industri makanan. itu,
Kehilangan nutrien,
kurang rasa asli
perisa/pewarna boleh
menyebabkan kanser.
Rawatan Ultra Haba Membunuh bakteria dan spora, Rasa akan berubah,
(UHT) Tahan lama dan melonjakkan industri kehilangan nutrien dan
makanan. beberapa vitamin.
Fermentasi Mengelakkan jus dari menjadi rosak, Memabukkan dan
tahan lama, memperbaiki rasa, menukarkan rasa asli.
meningkatkan vitamin

SPM 2010 (Struktur)

(d) Seorang suri rumah membuat jeruk mangga dengan merendam kepingan
buah mangga dalam larutan gula yang pekat.
Nyatakan satu kebaikan dan dua keburukan kaedah yang digunakan
berbanding dengan menyimpan mangga segar.
Kebaikan:
F1 Tahan lama.
F2 Makanan kurang rosak.
Keburukan:
F1 Kurang kandungan nutrien.
F2 Perubahan pada warna makanan.
F3 Perubahan pada rasa makanan.
[3 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 122


SPM 2011 (Esei)
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan dalam pemprosesan makanan.
Cadangkan dua kaedah dan bincangkan kebaikan dan keburukan setiap kaedah
itu. [10 markah]
(Jawapan boleh rujuk 6.15)

SPM 2013 (Esei)

(a) Rajah menunjukkan pelbagai jenis makanan yang telah diproses melalui
kaedah pemprosesan makanan.

(i) Terangkan tujuan pemprosesan makanan. [5 markah]

F1 tahan lebih lama // mengelakkan pembaziran.


P1 menambahkan bahan pengawet / penstabil / secara pemanasan / suhu
tinggi / penggaraman / pengeringan
F2 untuk meningkatkan nilai komersial // Nampak menarik.
P2 secara pembungkusan / menambah pewarna.
F3 rasa makanan lebih sedap
P3 menambahkan perisa
F4 mempelbagaikan jenis makanan
P4 melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) / resepi yang inovatif.
F5 meningkatkan ekonomi negara.
P5 promosi / menggalakkan penghasilan makanan dalam skala yang besar.
F6 untuk kesihatan yang lebih / elakkan daripada keracunan.
P6 membekalkan nutrien.
F7 mudah dicerna / hadam.
P7 secara pemanasan / pengetinan.
F8 mudah dibawa.
P8 melalui pembungkusan / pengetinan.

(ii) Terangkan kesan buruk kaedah pemprosesan makanan terhadap


kesihatan manusia. [5 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 123


 Kandungan nutrien rendah
 Suhu tinggi memusnahkan vitamin/ nutrien
 Menyebabkan pening/ lemah/ malnutrisi
 Bahan karsinogenik tinggi
 Pewarna/ pengawet/ penstabil menyebabkan kanser
 Menggalakkan mutasi
 Kandungan gula tinggi
 Meningkatkan aras glukosa darah
 Menyebabkan kencing manis
 Kandungan garam tinggi
 Meningkatkan tekanan osmosis darah
 Menyebabkan tekanan darah tinggi/ hipertensi
 Kandungan lemak yang tinggi
 Meningkatkan jisim badan
 Menyebabkan obesiti/ penyakit kardiovaskular

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 124


BAB 7 RESPIRASI

7.1 Proses Respirasi dalam penghasilan tenaga.

Apakah respirasi?

- Respirasi merupakan proses hidup yang penting dan berlaku dalam dua
peringkat:
- Respirasi luar dan respirasi dalam.
- Respirasi luar atau pernafasan luar ialah proses pertukaran gas antara
permukaan respirasi organisma dengan persekitarannya secara
berterusan.
- Respirasi dalam atau respirasi sel ialah proses biokimia yang mana tenaga
dihasilkan untuk sel hidup.

 Persamaan respirasi aerob;


Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga (GO KAT)

 Persamaan respirasi anaerob dalam otot manusia;


Glukosa Asid Laktik + Tenaga (GALT)

 Persamaan respirasi anaerob dalam yis;


Glukosa Etanol + karbon dioksida + Tenaga (GEKT)

Persamaan dan perbezaan antara respirasi aerob dengan respirasi anaerob;

Respirasi aerob Persamaan Respirasi anaerob


 Kedua-dua memerlukan glukosa sebagai bahan mentah.
 Kedua-dua menghasilkan tenaga.
Respirasi aerob Perbezaan Respirasi anaerob
Ada Kehadiran oksigen Tiada // sedikit

Lengkap Pengoksidaan Tidak lengkap


glukosa

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 125


Banyak // 2898 kJ Jumlah tenaga Sedikit // 210 kJ (Yis) //
dihasilkan 150 kJ (Otot)
Mitokondrion Tempat berlaku Sitoplasma

Glukosa + Oksigen Persamaan kimia Dalam Yis;


Karbon dioksida + Air + Glukosa Asid Laktik
Tenaga + Tenaga

Dalam Otot;
Glukosa Etanol +
karbon
dioksida +
Tenaga

SPM 2007 (Esei)

Rajah menunjukkan tisu P dan sel Q. P terdapat dalam organisma multisel. Q


terdapat dalam organisma unisel.

Tisu P Sel Q

Persamaan respirasi Persamaan respirasi

Glukosa + Oksigen Karbon Glukosa Karbon dioksida +


dioksida + Air+ Tenaga Etanol + Tenaga

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 126


(a) Berdasarkan Rajah di atas, terangkan proses respirasi sel yang berlaku di P
dan di Q. [4 markah]
Tisu P;
F1 Respirasi aerob.
P1 Glukosa dioksidakan secara lengkap
P2 Kuantiti tenaga yang dihasilkan tinggi / 28 ATP.
Tisu Q;
F2 Respirasi anaerob.
P3 Glukosa tidak dioksidakan secara lengkap.
P4 Kuantiti tenaga yang dihasilkan sedikit / 2ATP.

(b) Rajah di bawah menunjukkan dua individu, M dan N, dalam dua situasi yang
berbeza. M sedang melakukan satu aktiviti cergas manakala N berada dalam
keadaan rehat.

Berdasarkan Rajah di atas, terangkan perbezaan proses fisiologi yang


berlaku pada organ R, S dan T bagi individu M dan individu N. [6 markah]

Fakta, F Penerangan, P
Organ R
F1: Kadar respirasi individu M lebih P1: Perlu lebih banyak oksigen untuk
tinggi daripada individu N mengoksidakan glukosa //
menghasilkan lebih tenaga.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 127


Organ S
F2: Kadar denyutan jantung individu P2: Supaya pengaliran darah lebih
M lebih tinggi daripada individu N. cepat (ke tisu) untuk membekalkan
lebih banyak oksigen (ke tisu)
Organ T
F3: Kuantiti air kencing dalam P3: Penyerapan semula air lebih
individu M adalah sedikit (dan lebih banyak untuk mengekalkan tekanan
pekat) daripada individu N. osmosis // untuk mengawalatur
tekanan osmosis darah.

SPM 2011 (Struktur)

Rajah menunjukkan sejenis organel yang terdapat dalam sel otot. Tindak balas
biokimia berlaku dalam sel tersebut.

(a) (i) Namakan organel ini.


Mitokondrion / mitokondria
[1 markah]
(ii) Terangkan mengapa membran X dalam keadaan berlipat-lipat.
F menambahkan jumlah luas permukaan / nisbah JLP/I.
E untuk respirasi (sel) yang berkesan // kadar respirasi meningkat // lebih
banyak oksigen meresap (ke dalam organel).
[2 markah]
(b) Tindak balas biokimia yang belaku dalam organel ini diringkaskan seperti
berikut:

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 128


(i) Namakan gas P.
Oksigen / O2.
[1 markah]
(ii) Namakan hasil Q
(Wap) air / H2O
[1 markah]
(iii) Terangkan mengapa sel otot mengandungi banyak organel ini.
F1 Otot memerlukan banyak tenaga / ATP.
E1 untuk pengecutan / pengenduran otot.
F2 Tapak respirasi sel.
E2 untuk membekalkan tenaga.
[2 markah]
SPM 2012 (Esei)

(a) Gula dioksidakan semasa respirasi.


Terangkan proses itu. [4 markah]
F Respirasi aerob // glukosa diuraikan dengan lengkap.
E1 Oksigen digunakan (untuk) pemecahan (glukosa) // proses pengoksidaan.
E2 Substrat adalah glukosa.
E3 Menghasilkan tenaga / membebaskan tenaga / ATP.
E4 Karbon dioksida dan air dihasilkan (sebagai hasil buangan).
E5 Persamaan tindak balas
Glukosa + Oksigen Karbon dioksida + Air + Tenaga
Atau
C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O + 2898 kJ / 38 ATP / Tenaga
E6 berlaku di mitokondria dan sitoplasma.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 129


(b) Selepas menamatkan lumba lari, seorang atlet masih terus bernafas dengan
cepat dan dalam untuk beberapa minit. Terangkan mengapa. [6 markah]

F Pernafasan yang cepat dan dalam membolehkan individu menyedut lebih


banyak oksigen.
E1 (semasa aktiviti cergas / lumba lari), darah tidak dapat membekalkan
oksigen dengan cepat untuk memenuhi keperluan respirasi oksidatif
(respirasi aerob).
E2 otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen / hutang oksigen.
E4 asid laktik dihasilkan.
E5 kepekatan asid laktik yang tinggi menyebabkan kekejangan / kelesuan
otot.
E6 untuk mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida dan air.
E7 untuk mengurangkan kekejangan otot / kelesuan otot.
E8 (banyak oksigen digunakan) untuk mengoksidakan asid laktik (kepada
karbon dioksida dan air) // bayar hutang oksigen.

SPM 2013 (Esei)

(b) Jadual menunjukkan kadar pernafasan seorang pelajar semasa rehat dan
semasa melakukan aktiviti cergas.

Kadar pernafasan Semasa berehat Semasa aktiviti cergas


(Pernafasan per 16 30
minit)

Terangkan mengapa kadar pernafasan pelajar itu berbeza semasa berehat


dan semasa aktiviti cergas. [4 markah]
P1 Kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti cergas lebih tinggi daripada
semasa berehat.
P2 (Semasa melakukan aktiviti cergas), lebih tenaga diperlukan.
P3 untuk pengecutan otot.
P4 Lebih banyak oksigen diperlukan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 130


P5 untuk mengoksidakan glukosa.
P6 untuk penghasilan tenaga.
P7 banyak CO2 dihasilkan.
P8 kepekatan CO2 meningkat.
P9 pH darah menurun / berkurang // keasidan darah meningkat.
P10 dikesan oleh kemoreseptor pusat.
P11 (Kemoreseptor pusat) hantar impuls / merangsang otot respirasi
P12 (Pusat respirasi) hantar impuls / rangsang otot respirasi / diafragma / otot
interkosta.
P13 otot respirasi / diafragma / otot interkosta mengecut dan mengendur
lebih cepat.

(c) Rajah menunjukkan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet.

Terangkan perbezaan kepekatan asid laktik dalam darah seorang atlet semasa
dan selepas melakukan aktiviti cergas. [6 markah]

Semasa melakukan aktiviti cergas Selepas melakukan aktiviti cergas


P1 Kepekatan asid laktik darah Kepekatan asid latik darah menurun
meningkat
P2 Molekul glukosa diuraikan / Molekul glukosa diuraikan /
dioksidakan tak lengkap. dioksidakan dengan lengkap.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 131


P3 Kurang tenaga dihasilkan // 150 kJ Banyak tenaga dihasilkan // 36 ATP //
// 2 ATP. 38 ATP.
P4 Pengumpulan asid laktik berlaku. Asid laktik dioksidakan / disingkirkan.
P5 Respirasi anaerob berlaku Respirasi aerob berlaku.
P6 Pengambilan oksigen tidak Bekalan oksigen berlebihan / banyak
memenuhi keperluan sel / darah (melalui pernafasan yang pantas dan
tidak dapat membekalkan cukup dalam).
oksigen.
P7 Kekurangan oksigen / hutang Hutang oksigen dibayar.
oksigen berlaku.

SPM 2014 (Struktur)

(c) Seorang atlet mengalami kekejangan otot semasa larian pecut 100 meter.
Terangkan bagaimana aktiviti tersebut menyebabkan kekejangan otot.

P1 Aktiviti cergas memerlukan / menggunakan (lebih) tenaga.


P2 Pembekalan oksigen kurang (berbanding keperluan oksigen).
P3 Berlaku respirasi anaerob.
P4 hutang oksigen berlaku.
P5 Asid laktik terbentuk.
P6 Asid laktik berkumpul.
P7 menyebabkan kelesuan otot. [Tolak: kejang otot]
[3 markah]

7.2 Struktur Respirasi dan Mekanisme Pernafasan dalam Manusia dan Haiwan.

Struktur respirasi ialah tempat berlakunya pertukaran gas antara sel yang
berespirasi dengan persekitaran. Gas-gas berespirasi bergerak antara
permukaan respirasi dan persekitaran luar melalui resapan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 132


 Penyesuaian struktur respirasi melibatkan empat ciri iaitu:

Penyesuaian Kepentingan
Permukaan respirasi yang lembap Memudahkan gas respirasi terlarut
Lapisan permukaan respirasi adalah Mempercepatkan pertukaran gas
nipis
Luas permukaan yang besar Kadar resapan menjadi cepat
Jalinan kapilari darah yang banyak Meningkatkan kadar resapan gas
terlarut

Lembap
Nipis
Luas
Darah

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan serangga

Sistem respirasi serangga dikenali sebagai sistem trakea yang terdiri


daripada tiub-tiub udara yang disebut trakea.

Udara memasuki trakea melalui liang pernafasan yang disebut spirakel


yang terdapat di kedua-dua belah sisi toraks dan abdomen serangga. Spirakel
serangga seperti belalang mempunyai injap.

Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal oleh injap yang


membenarkan udara keluar dan masuk ke dalam badan. Dinding trakea
diperkukuh oleh gelang-gelang kitin supaya tidak kempis atau terlipat akibat
tekanan udara.

Trakea terbahagi kepada cabang-cabang halus yang disebut trakeol yang


merupakan respirasi untuk serangga dan tidak mempunyai gelang kitin.

Trakeol mempunyai dinding yang nipis dan lembap untuk meningkatkan


kecekapan pertukaran gas. Bilangan trakeol yang banyak juga menyediakan

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 133


jumlah luas permukaan yang besar untuk pertukaran gas secara resapan
ringkas.

Sesetengah serangga seperti belalang mempunyai kantung udara dalam


sistem trakea untuk mempercepatkan penghantaran gas respirasi ke tisu
serangga semasa aktiviti cergas.

Udara masuk ke dalam dan ke luar trakea melalui pengembangan dan


pengecutan otot abdomen udara beritma untuk mempercepatkan resapan gas ke
dalam sel.

Semasa menarik nafas, otot abdomen mengendur dan injap spirakel


terbuka. Isipadu abdomen bertambah, tekanan udara menurun. Udara memasuki
trakea melalui spirakel. Semasa menghembus nafas, otot abdomen mengecut.
Isipadu abdomen menurun, tekanan udara meningkat, udara keluar melalui
spirakel.

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan ikan

Insang ialah struktur respirasi yang dikhaskan untuk pertukaran gas di


dalam air. Ikan bertulang mempunyai empat pasang insang yang ditutup dan
dilindungi oleh operkulum.

Setiap insang terdiri daripada dua baris filamen yang halus dan disokong
oleh lengkung insang yang bertulang. Terdapat sebaris sisir insang yang
menapis zarah-zarah seperti pasir supaya tidak memasuki filamen dan
merosakkannya.

filamen mempunyai banyak unjuran nipis dan pipih yang disebut lamela
yang membekalkan luas permukaan yang besar untuk proses pertukaran gas
secara maksimum.

membran filamen insang adalah nipis dan mempunyai banyak kapilari


darah untuk memudahkan penyerapan oksigen dan penyingkiran karbon
dioksida.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 134


Kecekapan pertukaran gas oleh insang dibantu oleh mekanisme tukar
ganti lawan- arus yang mana aliran air yang melalui insang adalah bertentangan
dan menyongsang arah aliran darah dalam kapilari darah lamela.

Mekanisme ini meningkatkan kecekapan pertukaran gas kerana air yang


membawa kandungan oksigen yang tinggi bertembung dengan darah yang
membawa kandungan oksigen yang rendah dalam kapilari darah lamela.

Mekanisme pernafasan ikan dibantu oleh ventilasi yang dihasilkan oleh


tindakan mulut dan operkulum. Ventilasi meningkatkan pengaliran air pada
permukaan respirasi. Ikan melakukan ventilasi dengan berenang sambil
membuka dan menutup operkulum.

Apabila mulut dibuka (menarik nafas), bahagian dasar rongga mulut


diturunkan. Pada masa yang sama, ruang operkulum dibesarkan dan bukaan
operkulum ditutup. Isipadu akan bertambah dan ini akan mengurangkan tekanan
di dalam mulut. Akibatnya, air yang mengandungi oksigen terlarut dari luar akan
memasuki mulut.

Apabila mulut ditutup (menghembus nafas), bahagian dasar rongga mulut


dinaikkan. Akibatnya, air mengalir melalui lamela insang dan pertukaran gas
antara kapilari darah dengan air berlaku secara resapan. Pada masa sama, otot
operkulum mengendur dan ruang operkulum dikecilkan. Isipadu rongga mulut
dikurangkan dan tekanan di dalam rongga meningkat menjadi lebih tinggi
daripada tekanan di persekitaran. Tekanan air yang tinggi menyebabkan air
mengalir keluar melalui bukaan operkulum yang terbuka.

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan amfibia

Amfibia seperti katak boleh hidup di darat dan di dalam air. Pertukaran gas
respirasi bagi katak berlaku melalui kulit dan peparu.

Kulit katak adalah nipis dan sangat telap kepada gas respirasi. Ia juga
sangat lembap kerana diselaputi oleh lapisan mukus yang membenarkan gas
respirasi larut. Mukus ini dirembes oleh kelenjar lendir yang terdapat pada

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 135


epidermis kulit. Kedua-dua ciri ini membantu pertukaran gas yang cepat dan
efisien antara kulit dan persekitaran. Di bawah lapisan kulit terdapat jaringan
kapilari darah untuk mengangkut gas respirasi ke sel badan.

Peparu katak terdiri daripada sepasang kantung nipis yang disambungkan


kepada mulut melalui bukaan yang disebut glotis. Peparu mempunyai membran
yang nipis supaya gas-gas respirasi dapat meresap keluar dan masuk dengan
mudah. Dinding peparu sentiasa lembap kerana diselaputi selapisan cecair. Ini
membolehkan gas respirasi melarut ke dalamnya. Ia juga kaya dengan jaringan
kapilari darah untuk mengangkut gas respirasi.

Apabila katak bernafas melalui lubang hidungnya, dasar rongga mulut


diturunkan dan glotis ditutup. Udara beroksigen akan masuk ke dalam rongga
mulut tetapi udara kurang beroksigen masih terdapat di dalam peparu.

Apabila lubang hidung ditutup dan glotis dibuka, dasar rongga mulut
dinaikkan. Tekanan dalam rongga mulut yang tinggi menyebabkan udara
beroksigen dari rongga mulut masuk ke dalam peparu dan mengembang.

Apabila otot peparu mengecut, tekanan dalam abdomen mendesak udara


kurang beroksigen keluar dari peparu. Sebahagian udara disingkirkan melalui
lubang hidung yang terbuka. Manakala sebahagian lain bercampur dengan udara
di dalam rongga mulut.

Struktur respirasi dan mekanisme pernafasan manusia

Pertukaran gas dalam badan manusia berlaku dalam alveolus peparu.


Udara masuk ke dalam peparu melalui salur khas yang disebut trakea yang
disokong oleh gelang-gelang rawan yang memastikan trakea sentiasa terbuka
untuk menerima udara.
Bahagian bawah trakea bercabang kepada dua salur utama iaitu bronkus
kiri dan bronkus kanan. Setiap bronkus bercabang membentuk cabang kecil yang
disebut bronkiol. Setiap bronkiol berakhir dengan satu kelopok pundi udara
mikroskopik yang disebut alveolus.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 136


Dalam badan manusia, mekanisme pernafasan melibatkan kombinasi
tindakan otot interkosta dan diafragma. Terdapat 2 set otot interkosta di antara
tulang- tulang rusuk : otot interkosta luar dan dalam.

Diafragma ialah lapisan otot berbentuk kubah yang terdapat di bawah


sangkar rusuk.

Pernafasan ialah proses menarik nafas dan menghembus nafas yang


berlaku silih berganti.

Semasa menarik nafas, otot interkosta luar mengecut manakala otot


interkosta dalam mengendur. Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk naik ke
atas dan ke arah depan. Pada masa sama, otot diafragma mengecut dan
diafragma turun ke bawah menjadi leper dan mendatar. Kedua- dua pergerakan
ini menyebabkan isipadu rongga toraks bertambah dan tekanan rongga toraks
berkurang. Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar mendesak udara masuk
ke dalam peparu.

Semasa menghembus nafas, otot interkosta luar mengendur manakala


otot interkosta dalam mengecut. Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk turun
ke bawah dan ke dalam. Pada masa sama, otot diafragma mengendur dan
diafragma melengkung ke atas, berbentuk kubah. Kedua- dua pergerakan ini
menyebabkan isipadu rongga toraks berkurang dan tekanan rongga toraks
bertambah. Udara dipaksa keluar dari peparu.

Organisma Struktur respirasi dan tempat Mekanisme


pertukaran gas
Serangga Sistem trakea dan trakeol dan otot
Ikan Insang Tukar ganti lawan-arus
Amfibia Kulit dan peparu
Manusia Peparu dan alveolus Tarik dan hembus nafas
(pernafasan)

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 137


SPM 2005 (Struktur)

Rajah mewakili model peparu manusia dalam mekanisme respirasi.

(a) Berdasarkan model peparu dalam Rajah di atas, apakah struktur yang
sepadan dengan salur kaca dan serkup kaca pada sistem respirasi manusia?

Salur kaca: Bronkus / Trakea


Serkup kaca: Rongga toraks
[2 markah]
(b)(i) Kepingan getah nipis mewakili diafragma dalam sistem respirasi manusia.
Apakah fungsi kepingan getah nipis dalam model peparu itu?
Untuk mengawal isipadu / tekanan udara di dalam serkup kaca.
[1 markah]
(ii) Belon mewakili peparu manusia.
Terangkan satu ciri belon yang serupa dengan ciri peparu manusia.
Belon bersifat kenyal dan boleh mengembang serta mengecut.
[2 markah]
(c) Tali pada model peparu itu ditarik.
Lukiskan keadaan pada kepingan getah nipis dan belon pada Rajah di
bawah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 138


[1 markah]
(ii) Perhatikan lukisan anda di (c)(i).
Jelaskan perkaitan antara perubahan pada model peparu yang anda lukis
dengan sistem respirasi manusia sebenar.
Otot diafragma mengecut menyebabkan isipadu rongga toraks bertambah.
Hal ini menyebabkan tekanan dalam peparu berkurang. Udara dari luar
dipaksa masuk.
[3 markah]
(d)(i) Peratus gas oksigen dan karbon dioksida dalam udara sedutan dan
udara hembusan ditentukan dengan menggunakan tiub-J.
Mengapakah hujung tiub- J dicelupkan ke dalam larutan kalium
hidroksida dan diikuti dengan larutan kalium pirogalat?
Larutan kalium hidroksida menyerap karbon dioksida sahaja manakala
larutan kalium pirogalat menyerap kedua-dua gas oksigen dan karbon
dioksida.
[1 markah]
(ii) Jadual menunjukkan keputusan kajian tentang kandungan udara
sedutan dan udara hembusan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 139


Terangkan mengapa terdapat peningkatan peratus karbon dioksida
dalam udara hembusan.
Karbon dioksida adalah hasil proses respirasi sel dalam badan. Karbon
dioksida meresap keluar dari sel untuk diangkut ke peparu.
[2 markah]
SPM 2009 (Struktur)
Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem respirasi manusia.

Otot interkosta

Tulang rusuk

(a) Pada Rajah, namakan P dan Q. [2 markah]


(b) Rajah di bawah menunjukkan satu peringkat dalam pernafasan manusia.

(i) Nyatakan peringkat pernafasan yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.


Tarik nafas
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 140


(ii) Terangkan fungsi P dalam peringkat pernafasan di (b)(i).
P1 (Semasa pernafasan) otot interkosta luar mengecut / otot interkosta
dalam relaks.
P2 (Menyebabkan) sangkar rusuk ke atas / ke luar.
[2 markah]
(c) Diafragma itu tidak boleh berfungsi.
Terangkan bagaimana ini memberi kesan kepada mekanisme pernafasan.
P1 Kurang / tiada perubahan isipadu dalam rongga toraks.
P2 Kurang / tiada perubahan tekanan udara dalam rongga.
P3 Kurang / tiada pertukaran udara / tarik / hembus.
P4 (mengakibatkan) kesukaran pernafasan.
[3 markah]
SPM 2012 (Esei)

(c) Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sistem respirasi manusia dengan
sistem respirasi belalang berdasrkan struktur adaptasi untuk memaksimakan
kadar pertukaran gas. [10 markah]

Persamaan
S1 permukaan respirasi lembap.
E1 untuk melarutkan oksigen (untuk resapan) / membolehkan resapan berlaku.
S2 permukaan respirasi nipis / setebal satu sel.
E2 resapan berlaku dengan cekap // resapan berlaku dengan kadar yang lebih
cepat.
S3 struktur / permukaan respirasi mempunyai luas permukaan yang besar.
E3 lebih gas meresap.
S4 kedua-dua mempunyai trakea kuat untuk mencegah daripada ranap.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 141


Perbezaan
Manusia Serangga
D1 Organ utama dalam sistem Sistem trakea.
adalah peparu.
D2 Udara persekitaran memasuki Udara persekitaran memasuki trakea
trakea melalui hidung. melalui spirakel.
D3 Rongga nasal tidak mempunyai Spirakel mempunyai injap.
injap.
- Mengawal arah pergerakan udara //
untuk membolehkan spirakel terbuka
dan tertutup // udara boleh masuk
dan keluar.
D4 Trakea disokong oleh gelang Trakea disokong oleh gelang kitin.
rawan
D5 Cabang trakea dipanggil bronkus. Cabang trakea dipanggil trakeol.
D6 Hujung bronkiol bersambung Hujung trakeol adalah buntu.
dengan alveolus.
D7 Permukaan respirasi / pertukaran Permukaan respirasi / pertukaran gas
gas ialah alveolus. ialah trakeol.
D8 Alveolus diselaputi oleh jaringan Trakeol tidak diselaputi jaringan
kapilari darah. kapilari darah.
E5 untuk mengangkut oksigen. Oksigen meresap daripada trakeol ke
sel (badan).
D9 Dinding alveolus bersentuhan Dinding trakeol bersentuhan dengan
dengan kapilari darah. hemosel / sel badan.
D10 Laluan gas respirasi: Laluan gas respirasi:
Hidung trakea bronkus Spirakel trakea trakeol
bronkiol alveolus sel

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 142


SPM 2013 (Esei)

Rajah menunjukkan struktur respirasi seekor belalang.

Terangkan bagaimana sel-sel badan memperoleh oksigen daripada udara.


[4 markah]
P1 (Otot badan mengecut dan) spirakel terbuka.
P2 Udara / oksigen masuk mengalir ke dalam trakea (melalui spirakel).
P3 Udara / oksigen memasuki trakeol.
P4 oksigen larut dalam bendalir (di hujung trakeol).
P5 membasahi sel badan.
P6 (Oksigen terlarut) meresap ke dalam sel-sel badan.
P7 mengikut kecerunan kepekatan.

SPM 2014 (Struktur)


Rajah menunjukkan keadaan toraks semasa proses J dan proses K dalam
mekanisme pernafasan.

(a)(i) Namakan proses J dan proses K.


J: Tarik nafas // sedut nafas // inspirasi.
K: Hembus nafas // ekspirasi.
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 143


(ii) Nyatakan tiga perbezaan antara proses J dan proses K.

Proses J Proses K
P1 Otot interkosta luar mengecut. Otot interkosta luar mengendur.
P2 Otot interkosta dalam Otot interkosta dalam mengendur.
mengendur.
P3 Diafragma mengecut / meleper / Diafragma mengendur / berbentuk
bergerak ke bawah / mendatar. kubah / bergerak ke atas /
melengkung
P4 Sangkar tulang rusuk bergerak Sangkar tulang rusuk bergerak ke
ke atas / ke luar. bawah / ke dalam.
P5 Isipadu rongga toraks Isipadu rongga toraks berkurang.
meningkat.
P6 Tekanan dalam rongga toraks Tekanan dalam rongga toraks
berkurang. meningkat.
P7 Pergerakan udara ke dalam Pergerakan udara ke luar dari
peparu. peparu.
[3 markah]

7.3 Pertukaran Gas Merentas Permukaan Respirasi dan Pengangkutan Gas


dalam Badan Manusia.

Pertukaran Gas Merentas Permukaan Respirasi

 Resapan gas berlaku dari kawasan tekanan separa (TS) tinggi ke


kawasan TS rendah.
 Tekanan Separa Oksigen (TSO) dalam alveolus adalah lebih tinggi
berbanding dengan TSO dalam kapilari darah. Oleh itu, oksigen meresap
masuk dan merentas permukaan alveolus dan kapilari darah ke dalam
darah.
 Tekanan separa karbon dioksida (TSKO) pula adalah rendah dalam
alveolus dan tinggi dalam kapilari darah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 144


 Karbon dioksida meresap keluar dari kapilari darah ke dalam alveolus
dan kemudiannya dihembus keluar melalui mulut atau hidung ke dalam
atmosfera.

Gambar rajah pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah dalam peparu.

Pengangkutan Gas Respirasi dalam Badan Manusia.

Oksigen Perbezaan Karbon dioksida


Bergabung dengan Cara diangkut? Bergabung dgn
hemoglobin hemoglobin, berpadu
dengan air (terlarut
dalam plasma darah)
dan ion bikarbonat.
Oksihemoglobin Membentuk apa? Karbaminohemoglobin,
asid karbonik.

Selepas pertukaran gas berlaku, oksigen dalam darah yang meninggalkan


alveolus akan diangkut ke sel-sel badan untuk respirasi sel. Dalam darah,
oksigen akan berpadu dengan pigmen respirasi hemoglobin dalam eritrosit.
Oksigen diangkut dalam bentuk oksihemoglobin ke seluruh badan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 145


Hemoglobin + Oksigen Oksihemoglobin

Dalam peparu, tekanan separa oksigen adalah tinggi. Oksigen bergabung


dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin yang diangkut ke seluruh
badan. Apabila sampai ke sel badan yang mempunyai tekanan separa oksigen
yang rendah, oksihemoglobin akan terurai untuk membebaskan semula molekul
oksigen. Karbon dioksida yang dibebaskan oleh sel yang berespirasi diangkut
dalam tiga cara. Lebih kurang 7% karbon dioksida diangkut dalam bentuk terlarut
dalam plasma darah. 23% karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin dalam
eritrosit untuk membentuk karbaminohemoglobin. Baki 70% diangkut dalam
bentuk ion bikarbonat (HCO3 -) dalam plasma darah.

Karbon dioksida meresap ke dalam eritrosit, kemudian berpadu dengan air


dalam eritrosit untuk membentuk asid karbonik (H2CO3). Enzim karbonik
anhidrase dalam eritrosit memangkinkan tindak balas ini. Asid karbonik
kemudiannya terurai kepada ion bikarbonat dan ion hidrogen. Kemudian ion
bikarbonat meresap ke dalam plasma darah dan diangkut ke peparu.

SPM 2009 (Struktur)

(d) Pertukaran gas berlaku merentasi permukaan alveolus.


(i) Terangkan kepentingan pertukaran gas dalam manusia.
P1 untuk memberi oksigen kepada pernafasan sel.
P2 untuk mengeluarkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel.
[2 markah]
(ii) Nyatakan dua cara alveolus mengadaptasi untuk pertukaran gas yang efisien.
P1 Permukaan yang luas.
P2 Dinding yang nipis.
P3 Berhubung rapat dengan kapilari darah.
P4 (Permukaan) lembap.
P5 Padat / kaya / jaringan banyak kapilari darah
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 146


7.4 Mekanisme Kawal Atur Respirasi

 Semasa melakukan aktiviti cergas, Tekanan Separa Karbon Dioksida


(TSKO) bertambah akibat respirasi yg aktif.
 Pertambahan kepekatan CO2 dlm badan dikesan melalui perubahan pH
darah dan pH bendalir tisu otak.
 Aras CO2 yg tinggi dlm darah akan merendahkan pH darah dan nilai pH
bendalir tisu yg membasahi otak.
 Asid karbonik akan terurai kpd ion hidrogen / ion bikarbonat.
 pH darah yg rendah adalah berbahaya.
 Perubahan ini dikesan oleh sel khas, iaitu kemoreseptor pusat yg terdapat
dlm medula oblongata.
 Penurunan nilai pH dlm darah menyebabkan sel kemoreseptor pusat
dirangsang utk menghasilkan impuls ke organ yg terlibat dgn respirasi spt
otot interkosta dan diafragma supaya mengecut dan mengendur dgn lebih
cepat.
 Kadar ventilasi dan kadar pernafasan meningkat.
 Kadar denyutan jantung juga meningkat utk mempercepatkan proses
pengangkutan oksigen ke sel badan dan proses penyingkiran CO2.
 Kepekatan CO2 dan aras pH darah akan kembali ke paras normal.

SPM 2014 (Struktur)

(b) Pernafasan adalah proses luar kawal yang dikawal oleh pusat pernafasan
dalam medula oblongata.
Jelaskan apa yang berlaku kepada kadar pernafasan bagi seorang pendaki
apabila berada di puncak gunung yang tinggi.
P1 Kurang oksigen dalam atmosfera.
P2 Tekanan separa oksigen rendah.
P3 kurang oksigen dalam darah.
P4 dikesan oleh pusat pernafasan / pusat kemoresptor.
P5 menghantar impuls ke otot-otot / otot interkosta / diafragma.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 147


P6 kadar pengecutan / pengenduran otot-otot / otot interkosta / diafragma
meningkat.
P7 meningkatkan mekanisme pernafasan / tarik nafas / hembus nafas.
P8 meningkatkan kadar ventilasi.
P9 impuls (daripada pusat respirasi) dihantar ke jantung.
P10 denyutan jantung lebih laju.
P11 banyak oksigen dihantar ke sel // untuk mendapat cukup oksigen //
banyak CO2 diangkut ke peparu.
[4 markah]
7.5 Kepentingan mengekalkan sistem respirasi yang sihat
 Peparu ialah salah satu organ paling penting dalam badan.
 Salur respirasi mempunyai lapisan membran lembap dan bermukus yang
sentiasa terdedah kepada persekitaran kerana udara yang disedut
mengandungi debu dan jelaga serta pelbagai perengsa dan bahan cemar
yang berbahaya.
 Dinding trakea terdiri daripada sel epitelium bersilium dan sel perembes
mukus.
 Mukus yang dirembes melindungi permukaan salur respirasi dengan
memerangkap butir-butir debu dan mikroorganisma yang masuk ke dalam
trakea.
 Seseorang perokok menyedut terus asap rokok yang mengandungi gas
toksik seperti karbon monoksida, tar, dan nikotina ke dalam peparunya.
 Bahan- bahan kimia ini merosakkan fungsi peparu.
 Asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 jenis bahan kimia
termasuklah tar, nikotina, karbon monoksida, aseton, benzena, dan
formaldehid.
 Kebanyakan bahan kimia ini merupakan bahan karsinogenik yang boleh
meningkatkan risiko mendapat kanser.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 148


SPM 2013 (Esei)
Rajah 6.3(a) menunjukkan alveolus individu yang sihat.
Rajah 6.3(b) menunjukkan alveolus individu yang menghidap emfisema.

Rajah 6.3(a) Rajah 6.3(b)


Emfisema adalah sejenis penyakit peparu.
Terangkan kesan penyakit tersebut kepada kesihatan individu itu. [6 markah]

P1 Pernafasan menjadi sukar / kurang cekap / sesak nafas // mana-mana contoh


yang sesuai tentang kesukaran bernafas.
P2 Dinding (pemisah) pundi udara musnah / rosak.
P3 disebabkan oleh bahan kimia yang beracun / toksik / (contoh yang sesuai)
dalam asap rokok.
P4 Kurang luas permukaan (alveolus).
P5 Kurang udara / oksigen dalam alveolus.
P6 Isipadu alveolus berkurang.
P7 Kurang oksigen meresap dari alveolus ke dalam kapilari darah.
P8 (Oleh itu,) sel badan akan menerima kurang oksigen.
P10 Selalu rasa letih / lesu / tidak boleh melakukan aktiviti cergas.

7.6 Respirasi dalam tumbuhan

 Oksigen meresap masuk dan keluar tumbuhan melalui liang stoma dan
lentisel.
 Kandungan oksigen yang tinggi di luar menyebabkan oksigen meresap
masuk ke dalam ruang antara sel dalam daun.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 149


 Ini menyebabkan kepekatan oksigen tinggi berbanding kepekatan oksigen
di dalam sel.
 Pada masa yg sama, respirasi sel menghasilkan CO2 yang digunakan
untuk fotosintesis.
 CO2 yang berlebihan meresap ke dalam ruang udara di antara sel dan
keluar melalui stoma ke atmosfera.

Respirasi aerob dan anaerob dalam tumbuhan

 Respirasi aerob biasanya dijalankan oleh tumbuhan sepanjang hari.


Manakala dalam keadaan tertentu, tumbuhan boleh menjalankan respirasi
anaerob untuk tempoh waktu yang pendek.
 Misalnya, semasa banjir, tumbuhan boleh hidup untuk beberapa hari
walaupun tenggelam sepenuhnya di dalam air.
 Tumbuhan padi boleh hidup untuk beberapa minggu dalam keadaan air
bertakung di sawah padi.
 Respirasi anaerob juga berlaku pada peringkat permulaan percambahan
apabila embrio diselaputi sepenuhnya di dalam testa yang kedap udara.

Perbezaan antara respirasi dan fotosintesis;

Respirasi Aspek Fotosintesis


Glukosa dan Oksigen Bahan mentah Karbon dioksida dan Air
Karbon dioksida , Air dan Hasil tindak Glukosa dan Oksigen
Tenaga balas
Mitokondrion Tempat berlaku Kloroplas

Tenaga kimia ke tenaga Perubahan Tenaga cahaya ke tenaga


haba tenaga kimia
berlaku sepanjang hari Masa ia berlaku Berlaku dengan kehadiran
cahaya

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 150


 Titik pampasan ialah aras keamatan cahaya apabila kadar penghasilan
karbon dioksida dalam respirasi adalah sama dengan kadar penggunaan
karbon dioksida dalam fotosintesis.
 Pada titik pampasan, kadar fotosintesis adalah sama dengan kadar
respirasi.
 Glukosa yang dihasilkan dalam fotosintesis menggantikan glukosa yang
dioksidakan dalam respirasi.
 Kadar fotosintesis mesti melebihi kadar respirasi setiap hari untuk
memastikan pertumbuhan dan penghasilan bunga, biji benih dan buah
berlaku.
 Ini membolehkan kadar penghasilan glukosa melebihi kadar penggunaan
glukosa dan glukosa yang berlebihan boleh digunakan untuk pertumbuhan
dan semua proses-proses penting dalam tumbuhan.
 Dalam masa yang sama, oksigen berlebihan daripada proses fotosintesis
dibebaskan ke atmosfera untuk menyokong hidupan lain.

Lukiskan dan labelkan graf keamatan cahaya dan titik pampasan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 151


SPM 2007 (Esei)

(c) Sebuah kolam mengandungi banyak tumbuhan akuatik. Rajah di bawah ialah
graf yang menunjukkan perubahan peratusan kandungan oksigen terlarut
dan karbon dioksida terlarut dalam kolam itu bagi tempoh 24 jam.

Berdasarkan graf pada Rajah di atas, terangkan perbezaan perubahan peratusan


kandungan oksigen terlarut dan karbon dioksida terlarut dalam kolam itu di
peringkat X, peringkat Y dan peringkat Z. [10 markah]

F1 Jam 0000 – 0600 / (tempoh) X- peratus / kuantiti oksigen berkurang manakala


peratus / kuantitit karbon dioksida meningkat.
P1 Keamatan cahaya berkurang / kosong / rendah.
P2 kurang / tiada tindak balas cahaya fotosintesis berlaku, tiada / kurang oksigen
meningkat, karbon dioksida berkurang // di Y: Peratus oksigen lebih tinggi
berbanding peratus carbon dioksida (dalam kolam).
P3 keamatan cahaya meningkat.
P4 kadar fotosintesis lebih tinggi berbanding kadar respirasi.
P5 oksigen dihasilkan lebih tinggi, // banyak karbon dioksida digunakan untuk
fotosintesis.
P6 respirasi organism akuatik / tumbuhan / haiwan berterusan, oksigen
digunakan, karbon dioksida dibebaskan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 152


P7 Jam 1200- Keamatan cahaya adalah maksimum, menghasilkan kadar
fotosintesis yang maksimum / penghasilan oksigen maksimum dan
penggunaan karbon dioksida maksimum.
P8 (kerana) keamatan cahaya berkurang.
P9 dan kemudian kadar fotosintesis berkurang, [tetapi masih tinggi berbanding
kadar respirasi (tumbuhan akuatik)].
P10 kemudian penghasilan oksigen berkurang (oleh tumbuhan) / kurang
pengambilan karbon dioksida (oleh tumbuhan kolam).
F4 Jam 1800-2400 / tempoh Z- oksigen terus berkurang, karbon dioksida terus
bertambah.
P11 (kerana) keamatan cahaya terus berkurang // hanya respirasi berlaku.

SPM 2013 (Struktur)


(c) Satu tumbuhan ditenggelami air semasa banjir selama beberapa hari.
Terangkan kesan kejadian tersebut kepada proses respirasi tumbuhan itu.
F1 Akar / batang / daun tenggelam di dalam air.
E1 Kurang / tiada pertukaran gas (respirasi) / karbon dioksida / oksigen.
E2 Kadar respirasi (lebih) rendah // respirasi berhenti.
E3 Tumbuhan mati.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 153


BAB 8 EKOSISTEM DINAMIK

8.1 Komponen Abiosis dan Biosis dalam persekitaran

 Abiosis = benda bukan hidup


Seperti nilai pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim
mikro.
 Biosis = benda hidup
 Komponen Biosis terdiri daripada pengeluar (tumbuhan hijau), pengguna
primer, pengguna sekunder, pengguna tertier dan pengurai.
 Rantai makanan ditakrifkan sebagai hubungan pemakanan dan
pemindahan tenaga melalui urutan yang mana satu organisma makan
organisma sebelumnya.
 Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang
organismanya saling bersandaran antara satu sama lain.

Lukiskan piramid aliran tenaga dalam satu rantai makanan

10% tenaga

dipindahkan Pengguna tertier Kehilangan


(Aras trof keempat)

10% tenaga 90% tenaga

Pengguna sekunder
dipindahkan
(Aras trof ketiga)
Kehilangan
10% tenaga 90% tenaga

Pengguna primer
dipindahkan
(Aras trof kedua) Kehilangan
90% tenaga

Pengeluar
(Aras trof pertama)

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 154


Interaksi antara komponen biosis dari segi pemakanan;

 Simbiosis terdiri drp tiga iaitu komensalisme, mutualisme dan parasitisme.

Interaksi Penumpang Perumah (hos) Contoh 1 Contoh 2


Komensalisme Untung Tak untung Epifit (paku Epizoit (ikan
dan tak rugi pakis remora)
langsuir) pada ikan
yu
Mutualisme Untung Untung Kulampair Pokok
(alga dan legum dan
kulat) bakteria
pengikat
nitrogen
Parasitisme Untung Rugi Pinjal pada Bunga
kulit Rafflesia
sp.
Mangsa- Mangsa Pemangsa Helang Singa
pemangsa rugi untung memakan memakan
arnab rusa

 Persaingan= interaksi antara organisma-organisma yang hidup dalam satu


habitat dan bersaing untuk sumber yang sama dan bekalannya terhad.
 Persaingan dibahagikan kepada dua iaitu persaingan interspesies (PINER)
dan persaingan intraspesies (PINAR).
 PINER ialah persaingan antara individu daripada dua atau lebih spesies
berlainan.
 PINAR ialah persaingan yang berlaku antara individu daripada spesies
yang sama.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 155


SPM 2005 (Struktur)

P, Q dan R dalam Rajah menunjukkan tiga jenis interaksi antara organisma.

(a)(i) Namakan jenis interaksi yang diwakili oleh P dan Q.


P: Mutualisme / Kesalingan
Q: Komensalisme
[2 markah]
(ii) Huraikan interaksi yang diwakili oleh P.
Bakteria pengikat nitrogen di dalam nodul akar mengikat nitrogen
membentuk ammonia yang digunakan tumbuhan manakala bakteria
Rhizobium mendapat perlindungan daripada tumbuhan.
[3 markah]
(b)(i) Dalam interaksi yang diwakili oleh Q dan R, apakah istilah yang digunakan
untuk menghuraikan organisma X dan organisma Y?
Organisma X: Epifit
Organisma Y: Saprofit
[2 markah]
(ii) Nyatakan satu ciri penyesuaian bagi organisma X dalam interaksi itu.
Kehadiran akar udara yang menyerap kelembapan di udara.
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 156


(c) Pokok getah dalam interaksi yang diwakili oleh Q mati.
Terangkan apa yang akan berlaku kepada organisma X.
X terus tumbuh kerana ia boleh berfotosintesis.

(d) Serbuk kayu boleh digunakan dalam interaksi yang diwakili oleh R untuk
penanaman cendawan secara komersial.
Terangkan bagaimana cendawan boleh tumbuh pada serbuk kayu.
Cendawan tumbuh pada bahan organik yang mati. Cendawan
merembeskan enzim yang mencernakan bahan organik kompleks kepada
bahan ringkas.
[3 markah]
SPM 2007 (Esei)
Organisma-organisma berikut terdapat dalam satu komuniti sawah padi.

Belalang, Pokok padi, Beluncas, Katak, Burung hantu, Ular, Tikus

Organisma-organisma ini saling berinteraksi antara satu sama lain dalam


komuniti tersebut.
(a)(i) Berdasarkan organisma-organisma di atas, bina:
- Satu jaringan makanan yang menunjukkan interaksi semua organisma
- Satu piramid nombor yang mengandungi empat aras trof [4 markah]

Belalang Katak

Pokok padi Beluncas


Ular
Tikus
Burung
hantu

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 157


Burung hantu

Katak / Ular

Beluncas / Tikus / Belalang

Pokok padi

(ii) Belalang dan beluncas merupakan perosak bagi pokok padi.


Bagaimanakah populasi belalang dan beluncas dapat dikawal?
Terangkan impak kaedah pengawalan itu ke atas komuniti sawah padi.
[6 markah]
F1 Guna racun serangga / pestisid.
P1 Bunuh perosak / belalang dan beluncas.
P2 Pengumpulan bahan kimia dalam organism lain daripada rantai
makanan kerana mutasi.
P3 perosak mutan rintang terhadap racun serangga.
F2 kaedah kawalan biologi.
P4 pemangsa bunuh hanya perosak yang khusus / belalang dan beluncas.
P5 menyebabkan ketidakseimbangan populasi organisma dalam komuniti.
P6 populasi perosak berkurang, pengeluar / pokok padi bertambah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 158


SPM 2009 (Esei)
Rajah menunjukkan sejenis interaksi antara organisma.

Namakan dan huraikan interaksi yang ditunjukkan dalam Rajah di atas.


[4 markah]
P1 (Parasitisme ialah hubungan antara) dua organism di mana parasit akan
mendapat keuntungan
P2 Perumah sentiasa mendapat kerugian.
P3 Parasit / Raflesia akan menyerap bahan makanan daripada pokok / perumah
P4 Menggunakan akarnya yang telah diubahsuai.
P5 Perumah akan mempunyai kurang nutrien / selnya rosak / cedera.

(b) Seorang peladang mendapati apabila bilangan tikus bertambah, hasil buah
kelapa sawit berkurangan. Cadangkan bagaimana peladang itu dapat
mengawal populasi tikus tanpa menggunakan racun perosak.
Terangkan bagaimana kaedah itu berfungsi. [5 markah]

P1 Guna kawalan biologi


P2 Kaedah melibatkan hubungan mangsa-pemangsa.
P3 Pemangsa mestilah khusus / pemangsa semula jadi / musuh semula jadi
kepada mangsa.
P4 Pemangsa tidak merosakkan buah kelapa sawit.
P5 Burung hantu / Ular / Pemangsa digunakan untuk menangkap mangsa
/ tikus.
P6 Populasi tikus berkurangan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 159


SPM 2014 (Esei)
Rajah menunjukkan satu rantai makanan di sawah padi.

Pokok 6x 103 kJ Beluncas 6x 102 kJ Burung 6x 10 kJ Burung


padi helang

Terangkan kepentingan setiap organisma di dalam rantai makanan itu untuk


mengekalkan keseimbangan ekosistem. [10 markah]

P1 Rantai makanan menunjukkan aliran tenaga daripada satu aras trof ke aras
trof yang lain // menunjukkan aliran tenaga daripada pokok padi ke beluncas /
beluncas ke burung / burung ke helang.
P2 ( Semakin panjang rantai makanan) kurang / sedikit tenaga diterima oleh
pengguna terakhir / helang // 10% tenaga dipindahkan daripada satu aras trof
ke aras trof lain // 90% tenaga hilang
P3 90% tenaga hilang kerana respirasi / pembiakan.
P4 pokok padi menerima tenaga paling tinggi daripada matahari.
P5 tenaga cahaya (daripada matahari) akan ditukarkan ke tenaga kimia /
makanan.
P6 melalui fotosintesis.
P7 beluncas makan makanan daripada padi // burung makan makanan daripada
beluncas // helang makan makanan daripada makan burung.
P8 beluncas mendapat tenaga daripada padi // burung dapat tenaga daripada
beluncas // helang dapat tenaga daripada burung.
P9 tanpa pokok padi tiada aliran tenaga // Jika bilangan pokok padi berkurang /
bertambah, bilangan beluncas berkurang / bertambah.
P10 tiada makanan dihasilkan untuk semua pengguna.
P11 menyebabkan kepupusan / kematian / kurang / migrasi.
P12 Pokok padi berada pada aras trof pertama // beluncas pada aras trof kedua
// burung pada aras trof ketiga / helang pada aras trof keempat.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 160


P13 Pokok padi ialah pengeluar / beluncas ialah pengguna primer / burung ialah
pengguna sekunder / helang ialah pengguna tertier.
P14 bilangan setiap organisma perlu dikekalkan untuk memastikan
keseimbangan ekosistem // jika bilangan organism berubah , ia mungkin
menyebabkan ekosistem tidak seimbang // helang mengawal bilangan
burung // burung mengawal bilangan beluncas.
P15 jika bilangan beluncas bertambah, bilangan pokok padi akan berkurang.
P16 jika bilangan beluncas bertambah, bilangan burung akan bertambah.
P17 jika bilangan beluncas berkurang, bilangan pokok padi akan bertambah.
P18 jika bilangan beluncas berkurang, bilangan burung akan berkurang / migrasi.
P19 jika bilangan burung bertambah, bilangan beluncas akan berkurang.
P20 jika bilangan burung bertambah, bilangan helang akan meningkat.
P21 jika bilangan burung berkurang, bilangan beluncas akan meningkat.
P22 jika bilangan burung berkurang, bilangan helang akan berkurang / migrasi.
P23 jika bilangan helang bertambah, bilangan burung akan berkurang.
P24 jika bilangan helang berkurang, bilangan burung akan meningkat.

8.2 Pengkolonian dan Sesaran dalam suatu ekosistem

Istilah Maksud istilah


Habitat Tempat hidup semula jadi sesuatu organisma.
Nic Peranan yg dimainkan dan aktiviti yg dilakukan oleh sesuatu
organisma dalam sesuatu ekosistem.
Spesies (S) Sekumpulan organisma serupa yg berkongsi ciri sepunya, memainkan
peranan yg sama dlm ekosistem serta boleh saling membiak antara
satu sama lain utk menghasilkan anak.
Populasi (P) Sekumpulan organisma drp spesies yg sama dan hidup di suatu
habitat yg sama pada masa yg sama.
Komuniti (K) Beberapa populasi drp spesies berlainan yg hidup dlm habitat yg
sama dlm sesuatu ekosistem.
Ekosistem (E) Unit semula jadi yg stabil serta terdiri drp pelbagai komuniti yg saling
berinteraksi antara satu sama lain dan persekitarannya iaitu air, udara
dan tanah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 161


Pengkolonian dan sesaran.

 Pengkolonian ialah proses di mana satu spesies mengkoloni dan hidup


dalam satu kawasan baru.
 Sesaran ialah satu proses di mana satu spesies organisma mengkoloni
persekitaran/ habitat yang lain di mana ia lebih dapat menyesuaikan diri
dengan habitat tersebut secara beransur-ansur dan berturutan.

spesies spesies spesies komuniti


penyesar
Tanah terdedah perintis (tumbuhan
dominan klimaks
(rumput) herba) (pokok renek) (pokok)

Proses sesaran

Adaptasi pokok paya bakau terhadap persekitarannya

Masalah Adaptasi
Tanah yang lembut Sistem akar yang bercabang luas / akar jangkang.
Kepekatan garam yang Sap sel akar mempunyai kandungan garam yang
tinggi lebih tinggi, dan dengan itu tekanan osmosisnya
lebih tinggi berbanding air laut // garam yang masuk
disingkirkan melalui hidatod.
Kandungan oksigen Akar pernafasan tegak / pneumatofor.
rendah
Tiupan angin yang Sistem akar yang bercabang luas.
kencang dan pukulan
ombak yang kuat
Tanah berlumpur dan Biji benih vivipariti, iaitu biji benihnya bercambah
pasang surut air laut semasa masih melekat pada induk. Bentuk radikel
yang panjang dan runcing terpacak pada tanah.
Keamatan cahaya yang Daun berkutikel tebal yang membantu
tinggi mengurangkan transpirasi // daunnya adalah
sukulen untuk menyimpan air.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 162


Pengkolonian di ekosistem paya bakau.
Spesies bakau Adaptasi
Avicennia sp. Spesies perintis.
dan Sonneratia Sistem akar yang meluas untuk perangkap lumpur dan bahan
sp. organik.
Rhizophora sp. Menggantikan spesies perintis.
Akar jangkang berselirat yang memerangkap ranting kayu dan
lumpur dan menyekat aliran arus air. Pemerangkapan ini
menyebabkan pemendapan berlaku dengan lebih cepat. Tebing
menjadi tinggi dan kering kerana kurang dilimpahi air laut
semasa air pasang. Tanah menjadi keras dan padat.
Bruguiera sp. Menggantikan Rhizophora sp.
Mempunyai akar banir yang membentuk lingkaran yang keluar
daripada tanah dan dapat memerangkap lumpur dan kelodak.
Ia mengubah struktur tanah secara beransur-ansur.
Nypa fruticans Menggantikan Bruguiera sp.
dan Pandanus Akhirnya terbentuk pokok-pokok lain untuk membentuk hutan
sp. hujan tropika yang merupakan komuniti klimaks.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 163


SPM 2007 (Esei)
Rajah menunjukkan proses pengkolonian dan penyesaran dalam suatu habitat.

Apakah yang dimaksudkan dengan “pengkolonian dan penyesaran dalam suatu


habitat”? Berdasarkan Rajah di atas, terangkan bagaimana pengkolonian dan
penyesaran membawa kepada pembentukan hutan primer?
[10 markah]
Jawapan:
 Pengkolonian ialah proses di mana sesuatu spesies berjaya memandiri di
suatu kawasan yang baru terbentuk.
 Penyesaran ialah proses apabila sesuatu komuniti menukarkan
persekitarannya dan mengakibatkan ia diganti oleh suatu komuniti lain.
 Spesies perintis (tumbuhan tenggelam) seperti Hydrilla sp. / Cabomba sp.
/ Elodea sp. menyebabkan perubahan dalam persekitaran, menjadikan ia
lebih sesuai untuk spesies lain.
 Tumbuhan yang lain akan tenggelam dan terenap didasar kolam.
 Menyebabkan aras air kolam berkurang.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 164


 Ini disebabkan pertambahan nutrien ke dalam kolam dan mengubah pH air
dan tanah.
 Ini juga meningkatkan pertumbuhan tumbuhan terapung yang berjaya
menyesarkan tumbuhan tenggelam.
 Tumbuhan terapung ini akan meliputi permukaan air, mencegah cahaya
daripada matahari menembusi air.
 Menyebabkan kadar fotosintesis berkurang.
 Ini menghasilkan lebih banyak kadar tumbuhan mati ke dalam dasar
kolam.
 Ini meninggikan aras lumpur / kolam semakin cetek.
 Tumbuhan terapung secara beransur-ansur digantikan dengan tumbuhan
amfibia.
 Penyesar menyebabkan perubahan seterusnya kepada habitat/ kolam,
membuatkan ia tidak sesuai lagi untuk tumbuhan terapung dan amfibia.
 Tumbuhan-tumbuhan ini akan digantikan oleh tanah/ komuniti daratan
yang mendominasi kawasan itu.

SPM 2009 (Struktur)

(c) Sejenis tumbuhan hidup di kawasan paya yang mempunyai tanah lumpur
yang lembut dan kekurangan oksigen.
Terangkan penyesuaian tumbuhan tersebut untuk hidup di habitat itu.
[3 markah]
F1 Sistem akar yang bercabang luas.
E1 menyokong pokok / tumbuhan.
F2 Akar respirasi / pneumatofor.
E2 Membolehkan pertukaran gas berlaku.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 165


SPM 2012 (Struktur)
Rajah menunjukkan urutan perubahan pada ekosistem sebuah kolam.

(a) Namakan proses K dan proses L.


Proses K: Pengkolonian.
Proses L: Penyesaran.
[2 markah]
(b)(i) Terangkan bagaimana peringkat III terbentuk daripada peringkat II melalui
proses L.
E1 Tumbuhan terapung mati / terurai.
E2 Termendap di dasar kolam.
E3 Kolam menjadi cetek / lebih cetek.
E4 Lebih nutrien (di dalam kolam).
E5 Lebih sesuai untuk tumbuhan terapung.

(ii) Pada peringkat III, aktiviti perladangan telah dijalankan berhampiran kolam.
Terangkan bagaimana aktiviti perladangan mempengaruhi ekosistem.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 166


E1 Baja yang berlebihan (kaya dengan nitrat dan fosfat) larut ke dalam
kolam.
E2 Meningkatkan populasi / kadar pertumbuhan alga.
E3 (Menyebabkan) eutrofikasi berlaku / alga bloom terjadi.
E4 Menghalang cahaya matahari sampai ke dalam kolam.
E5 Menyebabkan kematian organism akuatik.
E6 Meningkatkan BOD / pencemaran air.
[2 markah]
(iii) Nyatakan dua perbezaan antara peringkat I dan peringkat IV.
P1 Kolam pada peringkat IV telah mengalami proses pengkolonian dan
sesaran manakala Peringkat I belum mengalaminya.
P2 Kolam pada peringkat IV lebih cetek berbanding pada Peringkat I.
P3 Lebih banyak sedimen terenap di dasar kolam pada Peringkat IV
berbanding Peringkat I.
P4 Lebih banyak tumbuhan pada Peringkat IV berbanding Peringkat I.

8.3 Ekologi Populasi

 Ekologi populasi ialah cabang ekologi yang mengkaji saiz populasi dan
faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi.
 Saiz populasi merujuk kepada bilangan organisma yang terdapat dalam
sesuatu populasi.
 Kepadatan populasi merujuk kepada bilangan individu suatu spesies per
unit luas habitat.
 Terdapat dua cara untuk menganggar saiz dan kepadatan sesuatu
populasi iaitu melalui perhitungan terus dan teknik persampelan.
 Kaedah persampelan kuadrat (PK) dan kaedah tangkap, tanda, lepas dan
tangkap semula (TTLTS).

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 167


 Perbezaan antara PK dan TTLTS;
Persampelan kuadrat Kriteria TTLTS
Tumbuhan Jenis Haiwan / serangga
Sampel
Pokok semalu (Mimosa Contoh Belalang, rama-rama, katak,
pudica) sampel burung pipit, siput dan kutu
kayu.
Tidak bergerak Ciri-ciri Tidak bergerak dan Bergerak
sampel

 Formula PK;

Frekuensi = Bilangan kuadrat yang mengandungi spesies yg dikaji x 100%


Jumlah bilangan kuadrat yang digunakan
Kepadatan= Jumlah bil. individu spesies yang dikaji dalam semua kuadrat
Jumlah bil. kuadrat x luas kuadrat
Peratus litupan= Jumlah luas litupan spesies yg dikaji dlm semua kuadrat x 100%
Jumlah bilangan kuadrat x luas kuadrat

 Formula TTLTS;

Saiz populasi= Bil.haiwan dlm tangkapan pertama x bil.haiwan dlm tangkapan kedua
Bilangan yg didapati bertanda dlm tangkapan kedua

SPM 2012 (Struktur)


(c) sekumpulan pelajar telah menjalankan satu aktiviti untuk menganggarkan
populasi tumbuhan P dan tumbuhan Q di kawasan sekolah menggunakan
prosedur berikut.
i. Kuadrat (1 m x 1 m) diletakkan secara rawak di kawasan itu.
ii. Tumbuhan P dan tumbuhan Q di dalam kuadrat dikira.
iii. Langkah i dan ii diulang lima kali seperti ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 168


Kekunci:
Tumbuhan P Tumbuhan Q

(i) Rekod jumlah bilangan tumbuhan P dan tumbuhan Q dalam kelima-lima


kuadarat ke dalam Jadual di bawah.

Tumbuhan Jumlah bilangan


P 16
Q 5
[2 markah]
(ii) Berdasarkan keputusan dalam (c)(i), tumbuhan manakah yang dominan?
P
[1 markah]
(iii) Berikan satu sebab bagi jawapan dalam (c)(ii).
P1 Jumlah / populasi tumbuhan P adalah lebih besar / banyak dari tumbuhan
Q.
P2 Tumbuhan P lebih beradaptasi / lebih bersaing (berbanding tumbuhan Q).
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 169


8.4 Biokepelbagaian

Pengelasan organisma;

Monera Protista Fungi Plantae Animalia

•prokariotik •autotrof atau •unisel atau •semua jenis •semua haiwan


•unisel heterotrof. multisel tumbuhan heterotrof
atau kedua- •unisel (yis) daratan dan multisel.
•ada dinding
duanya atau multisel akuatik. •tiada klorofil
sel
•unisel dan (cendawan/ •contoh:lumut, dan
•tiada
multisel kulat) lumut hati, menyimpan
membran
•ada nukleus • dinding sel paku pakis, karbohidrat
nukleus
berkitin yg konifer, dlm btk
•contohnya: •ada membran
bukan selulosa tumbuhan glikogen
bakteria dan nukleus
monokotiledon •contoh: ikan,
sianobakteria. • Amoeba sp., •tiada klorofil
dan tumbuhan burung,
paramecium •contoh: Mucor
dikotiledon. mamalia,
sp., Spirogyra sp., cendawan
reptilia dan
sp. dan dan yis.
amfibia.
Clamidomonas
sp.

‘MPFPA’= Manchester Protes Fasal Pengadil Angkuh.

Hierarki pengelasan Organisma;

Alam Filum Kelas Order Famili Genus Spesies

‘AFi KO FaGS= Ahmad Firdaus Ke Oman Fasal Guru Suruh’

 Contoh: Nama saintifik Manusia = Homo sapiens

Alam Animalia
Filum Chordata
Kelas Mammalia
Order Primates
Famili Hominidae
Genus Homo
Spesies sapiens

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 170


 Contoh-contoh lain:

Nama biasa Nama saintifik


Durian Durio zibethinus
Kelapa sawit Elaeis guineensis
Singa Panther leo
Semalu Mimosa pudica
Padi Oryza sativa
Tongkat Ali Eurycoma longifolia
Rambutan Nephelium lappaceum

SPM 2007 (Esei)

(b) Rajah menunjukkan suatu ekosistem di Malaysia.

Berdasarkan Rajah di atas, bincangkan kenapa ekosistem ini perlu dikekalkan.


[10 markah]
F1 Itu adalah ekosistem seimbang // membenarkan interaksi antara organisma
hidup / faktor biotik (dalam ekosistem) dan interaksi antara faktor biotik dan
abiotik.
P1 memastikan pemuliharaan biodiversiti // pemeliharaan flora dan fauna.
P2 menghalang kepupusan flora dan fauna.
F2 mengekalkan sumber utama makanan manusia / contohnya: ulam / paku
pakis, daging, madu // sumber perubatan.
P3 mengekalkan jaringan makanan / rantai makanan dalam ekosistem.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 171


P4 menghalang kemusnahan keseimbangan kitar semula jadi air / karbon antara
fotosintesis dan respirasi.
P5 menyediakan kawasan tadahan air (semula jadi).
P6 memelihara sumber semula jadi untuk aktiviti luar / rekreasi.
P7 mengurangkan tekanan / menggalakan gaya hidup sihat.
F3 (ketidakseimbangan ekosistem menyebabkan) kehilangan tumbuhan / haiwan
// kemusnahan flora dan fauna dalam ekosistem.
P8 (menyebabkan) kekurangan sumber makanan / rantai makanan / saiz
jaringan makanan.
P9 (menyebabkan) tanah runtuh / hakisan tanah / banjir lumpur / banjir kilat.
P10 kepupusan beberapa haiwan / spesies tumbuhan (mungkin berguna pada
masa depan).

SPM 2010 (Esei)

Terangkan mengapa ekosistem paya bakau perlu dipelihara dan dipulihara?


Jawapan:
 Bertindak sebagai pelindung pantai // benteng terhadap tiupan angin
kencang / ombak.
 Untuk mengelakkan hakisan tanah / tanah runtuh / banjir kilat / kerosakan
akibat tsunami.
 Akar bercabang meluas / akar jangkang untuk sokongan di dalam tanah yg
lembut dan berlumpur.
 Akar memerangkap lumpur / tanah/ sampah.
 Ole itu, kualiti air dikekalkan.
 Mengekalkan / menambah biodiversiti.
 Sebagai tempat untuk pembiakan / mencari makanan kepada fauna /
haiwan akuatik / contoh yg sesuai // bertindak sebagai kawasan nurseri
kepada organisma.
 Sebagai habitat kepada fauna/ haiwan.
 Memulihara spesies / organisma/ fauna // mengelakkan kepupusan
spesies/ organisma/ fauna.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 172


 Menambahkan jangka hayat organisma akuatik.
 Mengekalkan populasi spesies / organisma /fauna // mengekalkan
keseimbangan ekosistem / rantai makanan / siratan makanan.
 Sumber bahan mentah utk pembinaan bangunan / cerucuk / perabot / bot /
rumah / penghasilan kayu arang / tannin / makanan contoh yang sesuai.
 Sebagai tarikan eko-pelancongan.
 Mengekalkan corak cuaca normal.
 Mengurangkan perubahan iklim / kemarau / cuaca yang melampau.
 Mengekalkan kandungan karbon dioksida di atmosfera.
 Menghalang kesan rumah hijau / pemanasan global.

SPM 2013 (Esei)

(b)(i) Terangkan kepentingan mengekalkan sungai sebagai satu habitat dalam


ekosistem itu. [4 markah]
P1 Biodiversiti / kepelbagaian fauna / flora / organisma akuatik.
P2 ekosistem seimbang.
P3 sumber air.
P4 tempat pembiakan (organisma).
P5 mengekalkan sumber utama makanan manusia / air bersih / hasil
perubatan.
P6 mengekalkan rantai / jaringan makanan dalam ekosistem.
P7 mengekalkan sumber asli untuk aktiviti luar / rekreasi / tempat
penyelidikan.
P8 mengurangkan stress / menjalani gaya hidup sihat.
P9 tarikan eko pelancongan.

(ii) Huraikan cara-cara untuk menambahbaik kualiti air sungai untuk


kemandirian organisma akuatik yang lebih baik. [6 markah]

P1 rawatan efluen (sebelum dialir ke dalam sungai).


P2 air sungai kurang / bebas daripada bahan beracun.
P3 menyebabkan kematian organism akuatik.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 173


P4 menanam / menanam semula (lebih) pokok pada tebing sungai.
P5 menghalang hakisan tanah.
P6 (Tumbuhan) membekalkan oksigen (dari fotosintesis).
P7 untuk respirasi (organism akuatik).
P8 kempen kesedaran tentang persekitaran / sungai bersih.
P9 dilaksana melalui sekolah / media.
P10 untuk generasi masa hadapan.
P11 larangan pembuangan sampah / bahan kimia / racun perosak / bahan
beracun ke dalam sungai // mengurangkan penggunaan baja.
P12 mengurangkan pencemaran air / tahap BOD.
P13 menggunakan kaedah kawalan biologi.
P14 bertindak pada haiwan perosak.
P15 bebas pencemaran // tidak membebaskan bahan pencemar.
P16 larangan pembinaan kilang baharu berhampiran sungai.
P17 menghalang pembebasan lebih banyak bahan pencemar ke persekitaran.
P18 penguatkuasaan akta alam sekitar.
P19 dengan memasang penapis dalam cerobong asap.

8.5 Impak Mikroorganisma Terhadap Kehidupan

Mikroorganisma Struktur/ ciri-ciri Contoh


Bakteria √Bentuk kokus (sfera), vibrio (koma), Lactobacillus sp.
basilus (rod) dan pilin (spirilum) dan Streptococcus
√Mempunyai dinding sel, membran sp.
plasma, dan DNA.
√Sesetengah menghasilkan spora dalam
keadaan tidak sesuai.

Alga √Mempunyai klorofil, kloroplas dan dinding Fitoplankton,


sel. Spirogyra sp. dan
√Tidak mempunyai batang, daun dan akar. Pleuroccoccus sp.
√Berfotosintesis.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 174


Kulat √Organisma multisel atau unisel. Mucor sp. dan Yis
√Mempunyai dinding sel drp kitin.
√Tiada klorofil.
Protozoa √Organisma unisel. Euglena sp.,
√Mempunyai nukleus, sitoplasma dan Paramecium sp. dan
membran plasma. Amoeba sp.
Virus √Paling kecil. Bakteriofaj dan virus
√Bukan organisma bersel. mozek tembakau.
√Menjangkiti dan menggunakan sel hidup
utk membiak.
√Terdrp DNA atau RNA.
√Tidak mempunyai membran plasma,
sitoplasma dan mitokondrion.

Peranan mikroorganisma yg berfaedah dlm ekosistem.

Ekosistem Contoh mikroorganisma Apa yg dibuat olehnya?

Pereputan √Kulat dan bakteria saprofit Mengurai bahan organik kompleks spt najis
haiwan, bangkai haiwan dan pokok reput
kpd ammonia.
Kitar √Bakteria Pengikat √BPN menukarkan N dlm atmosfera kpd
Nitrogen Nitrogen (BPN) –Nostoc Nitrat (NO3-).
sp. dlm tanah dan √NO3- diserap oleh akar utk sintesis protein.
Rhizobium sp. dlm nodul √Apb tumb. dan haiwan mati, pereputan
pokok legum. oleh mikroorganisma pengurai spt bakteria
√Bakteria penitritan(BN) – dan kulat sapfofit kpd Ammonia (NH3)
Nitrosomonas sp. dan √NH3 ditukarkan kpd nitrit (NO2-) melalui
Nitrobacter sp. pro. Penitritan.
√NO2- ditukarkan kpd NO3- melalui
pendenitritan.
√NO3- ditukarkan semula gas Nitrogen.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 175


Salur Protozoa berflagelum- √Mempunyai hubungan mutualisme dgn
alimentari Trichonympha sp. anai2.
anai-anai √Merembeskan enzim selulase utk
mencernakan selulosa.
Sistem Bakteria simbiosis dalam Sintesis vitamin B12 utk pembentukan darah
pencernaan kolon-Escherichia coli (E. dan vitamin K utk pembekuan darah.
manusia Coli)

Kitar Nitrogen

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 176


Mikroorganisma berbahaya;

Patogen/ Vektor Nama Cara jangkitan Simptom penyakit


penyakit
Protozoa/ Malaria Nyamuk Anopheles sp. Demam panas,
Nyamuk menggigil, berpeluh dgn
byk.
Virus/ Nyamuk Demam Suntikan virus drp Demam, sakit kepala,
Aedes denggi nyamuk Aedes ke dlm sakit otot dan sendi
darah
Bakteria/Lalat Kolera Makanan atau minuman Cirit birit, perut tegang,
yg tercemar mual, muntah dan
kekeringan
Kulat Tinea Sentuhan, tempat Radang kulit/tisu
lembap, haiwan
peliharaan
Bakteria/Lalat Keracunan Langau lalat bertelur Muntah, cirit-birit, pening
makanan pada makanan dimakan kepala
Virus HIV AIDS Sentuhan (hubungan Radang paru-paru,
seks), berkongsi jarum Kaposi’s sarcoma,
suntikan, ibu kpd anak kurang berat badan,
bengkak limfa, demam,
hati dan hempedu
bengkak.
Virus hepatitis Hepatitis Makanan dan air Kurang selera makan,
A,B, dijangkiti oleh HAV sakit otot dan sendi,
C,D,E,X dan (Hepatitis A Virus), demam, loya, sakit
G Sexual Transmitted kepala dan demam
Deseases (STD) kuning
Virus SARS Penyakit berjangkit Selesema, batuk kering,
melalui batuk, bersin. sakit kepala, sakit
badan, sesak nafas,
pneumonia

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 177


Disinfektan
Vaksin
-Bahan penyahjangkit yg digunakan utk
membunuh mikroorganisma pd permukaan -Ampaian bakteria atau virus mati atau
lantai, hospital, tandas dan perabot. dilemahkan yg disuntik ke dalam badan
seseorang utk merangsang sistem keimunan.
- Ia juga digunakan utk mensterilkan alatan badan bagi menghasilkan antibodi yg
pembedahan. dikehendaki utk melawan penyakit tertentu.
-Contoh : fenol, formaldehid dan asid -Contoh: vaksin Sabine dan BCG
karbolik

Kaedah
Mengawal
Patogen

Antiseptik Antibiotik
-Bahan kimia yg disapu pada permukaan kulit -Bahan kimia yg dihasilkan oleh
yg terluka utk mencegah kemasukan serta mikroorganisma utk merencat pertumbuhan
pembiakan patogen dlm badan melalui luka dan membunuh mikroorganisma lain
tersebut. terutamanya bakteria.
- Contoh: larutan iodin dan akriflavin -Contoh: penisilin dan streptomisin

SPM 2009 (Esei)


Rajah menunjukkan peranan mikroorganisma dalam suatu ekosistem.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 178


(i) Berdasarkan Rajah di atas, terangkan bagaimana mikroorganisma
mengekalkan kandungan sebatian X dalam tanah. [8 markah]
P1 Bakteria pengikat nitrogen / dalam nodul akar pokok kekacang.
P2 Menggunakan nitrogen di udara untuk membentuk nitrat / menjalankan
pengikatan nitrogen.
P3 (Nitrat yang dihasilkan oleh bakteria) diserap oleh tumbuhan untuk
menghasilkan protein.
P4 apabila haiwan makan tumbuhan protein dipindahkan kepada haiwan.
P5 Bahan kumuh bernitrogen / urea / bahan buangan / tinja diuraikan oleh
bakteria pengurai / bakteria saprofitik / kulat.
P6 Apabila tumbuhan dan haiwan mati.
P7 diuraikan / mereput oleh bakteria pereputan / bakteria saprofitik / fungi.
P8 Menguraikannya menjadi ammonia / sebatian ammonium.
P9 bakteria penitritan / menukarkan sebatian ammonia / ammonia kepada
nitrit.
P10 bakteria penitritan / nitrobacter menukarkan nitrit kepada nitrat.
P11 Bakteria pendenitritan menukar nitrat kepada nitrogen (maka kandungan
nitrogen di atmosfera adalah kekal).

(ii) Terangkan apa yang akan berlaku kepada ekosistem itu jika semua bakteria
pengurai dan kulat mati. [3 markah]
P1 Tiada penguraian / pereputan dari bahan organik yang mati.
P2 Ion mineral contohnya nitrat tidak boleh dibebaskan ke tanah.
P3 Tanah menjadi tidak subur.
P4 Fotosintesis tidak berlaku / kekurangan nutrien / pertumbuhan terbantut.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 179


BAB 9 EKOSISTEM TERANCAM

9.1 Aktiviti manusia yg mengancam ekosistem

Bagaimanakah aktiviti manusia boleh mempengaruhi ekosistem?

Aktiviti manusia Kesan


Penyahhutanan Kehilangan kawasan tadahan karbon bumi, tanah
runtuh, banjir kilat, perubahan cuaca, kehilangan
biokepelbagaian bumi, kehilangan kawasan
tadahan air, kehilangan habitat, kepupusan flora
dan fauna, pencemaran udara, kesan rumah hijau,
pemanasan global
-Penggunaan tanah Eutrofikasi meningkatkan BOD air dan
secara berlebihan. menambahkan populasi alga, hidupan akuatik
-Penggunaan baja tak mati dan kehilangan sumber air utk kegunaan
organik dlm pertanian. domestik.

Pembuangan bahan Pencemaran air, udara dan kesihatan manusia


buangan domestik dan terjejas.
industri

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 180


 Terdapat empat jenis pencemaran iaitu;
 Pencemaran udara, bunyi, air dan terma.
“UBAT”

Jenis Punca Kesan


pencemaran
√Pembakaran bahan api fosil melalui Jerebu, asbut, asma,
Udara ekzos kenderaan bermotor seperti sesak nafas, hujan
plumbum, karbon monoksida, oksida asid, kesuburan tanah
nitrogen dan hidrokarbon. terjejas, kanser paru-
√Pembebasan gas karbon dioksida oleh paru.
stesen jana kuasa elektrik.
√Pembakaran hutan secara terbuka.
√Asap Kilang mengeluarkan gas CO,
NO dan SO2 ke atmosfera
Air √Baja pertanian yg mengandungi NO3, BOD air bertambah,
PO43- mengalir ke sungai. pencemaran air,
√Aliran logam berat spt Pb, Hg dan Zn kepupusan hidupan
ke sungai oleh kilang industri. akuatik, kanser
(leukemia), kadar
fotosintesis berkurang.
√Air panas dari stesen jana kuasa Hidupan akuatik
Terma elektrik dialirkan ke sungai. musnah, BOD
meningkat, rantai
makanan musnah.
Kereta, motosikal, kapal terbang, tapak Tekanan darah tinggi,
Bunyi pembinaan, mesin pertanian dan mesin pekak, penyakit
industri. kardiovaskular, ulser,
kemurungan dan sakit
kepala.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 181


SPM 2005 (Esei)
(b) Rajah menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan berhampiran satu kawasan
perumahan dengan hasrat untuk membangunkan kawasan itu. Walau
bagaimanapun, penduduk di kawasan tersebut bimbang tentang kesan buruk
daripada aktiviti itu.

Jika anda penduduk di kawasan itu, bincangkan kesan baik dan kesan buruk
aktiviti tersebut. [10 markah]
Kesan baik
G1 Rumah- rumah baru dibina
G2 untuk menampung pertambahan penduduk.
G3 lebih banyak peluang pekerjaan.
G4 kemudahan infrastruktur / kemudahan awam diperbaiki.
Kesan buruk
B1 menyebabkan tanah terdedah kepada agen-agen hakisan.
B2 menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera.
B3 menyebabkan organisma kehilangan habitat.
B4 banjir kilat / tanah runtuh.
B5 sungai menjadi cetek / tanah kurang subur.
B6 kesan rumah hijau / pemanasan global.
B7 kepupusan haiwan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 182


SPM 2006 (Esei)
(c) Proses fotosintesis didapati dapat menyumbang kepada keseimbangan alam
sekitar.
Terangkan bagaimana pencemaran udara memberi kesan terhadap
fotosintesis dan keseimbangan alam.
[10 markah]
P1 Menyerap karbon dioksida daripada atmosfera.
P2 membekalkan / menggantikan oksigen dalam atmosfera.
P3 Membantu mengekalkan peratusan CO2 / O2 dalam atmosfera.
P4 Kenderaan bermototr / pembakaran bahan api fosil / pembakaran hutan.
P5 Proses perbandaran / kuari tanah.
P6 Membebaskan banyak asap / gas berasid.
P7 Meninggikan kandungan debu / zarah dalam udara.
P8 Debu / zarah mendap di atas permukaan daun / menutupi liang stomata.
P9 mengurangkan pertukaran gas O2 + CO2.
P10 Menyebabkan udara berjerebu.
P11 Mengurangkan keamatan cahaya yang sampai ke daun.
P12 Kadar fotosintesis berkurangan.
P13 CO2 kurang diserap daripada atmosfera (dan O2 kurang dibebaskan) /
CO2 meningkat.
P14 Mempercepatkan kesan rumah hijau / pemanasan bumi / hujan asid.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 183


SPM 2008 (Esei)
Rajah menunjukkan aktiviti pembakaran hutan.
Bincangkan bagaimana aktiviti ini menyebabkan bencana terhadap alam sekitar.
[7 markah]

F1 Membebaskan banyak karbon dioksida dalam udara / membentuk satu


lapisan karbon dioksida dalam atmosfera.
P1 Memerangkap haba / cahaya infra-merah / radiasi gelombang-panjang.
P2 dan menyebabkan pemanasan global / kesan rumah hijau / peningkatan
dalam suhu atmosfera.
F2 Membebaskan (zarah-zarah) asap yang tebal yang menyebabkan
pembentukan jerebu.
P3 mengurangkan keamatan cahaya untuk fotosintesis dalam tumbuhan hijau.
P4 (maka) kurang penghasilan / pengeluaran hasil tanaman.
P5 (jerebu) menghalang penglihatan / menyebabkan kemalangan di udara /
masalah semasa pendaratan kapal terbang.
P6 zarah (asap) juga menyebabkan masalah kesihatan / penyakit peparu /
masalah penglihatan.
F3 Memusnahkan flora dan fauna.
P7 (menyebabkan) kehilangan / kemusnahan herba (dengan banyak) untuk
kegunaan perubatan / (kehilangan dengan banyaknya) balak.
P8 kehilangan habitat / biodiversiti // kepupusan flora / fauna / kemusnahan rantai
/ jaringan makanan.
P9 kurang kawasan tadahan air.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 184


P10 tanah gondol / kehilangan nutrien / terdedah kepada banjir kilat / hakisan
tanah / tanah runtuh / pencemaran air.

(b) Rajah menunjukkan dua aktiviti pertanian yang menggunakan produk bahan
kimia.

Bincangkan kesan baik dan kesan buruk kedua-dua aktiviti yang ditunjukkan
pada Rajah di atas. Perbincangan harus berdasarkan impak pada pertanian dan
alam sekitar. [10 markah]
Kesan baik
G1 Membekalkan keperluan mineral / besi / nitrat / sulfat / ammonia // bekalkan
nutrien.
G2 Meningkatkan penghasilan // kadar pertumbuhan meningkat.
Kesan buruk
B1 lebihan baja mungkin dialirkan (oleh air hujan ke dalam sungai / kolam /
saliran / terusan yang berhampiran).
B2 menyebabkan pengkayaan air (oleh ion mineral yang diperlukan untuk
pertumbuhan alga / tumbuhan).
B3 mengakibatkan pertumbuhan giat alga / tumbuhan akuatik / pembiakan alga /
eutrofikasi.
B4 (dan akhirnya) meningkatkan BOD air / kadar pencemaran air / merendahkan
/ mengurangkan kandungan oksigen di dalam sungai / tasik.
B5 (menyebabkan) kematian ikan / haiwan akuatik di dalam air.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 185


Kesan baik
G3 Kaedah yang berkesan untuk membunuh / memusnah serangga / herbisid.
G4 (oleh kerana) sesetengah bahan kimia adalah toksin terhadap haiwan /
rumpai tertentu sahaja.
Kesan buruk
B6 (ianya mungkin) bahaya kepada petani sekiranya disedut dengan kerap /
terdedah pada kulit.
B7 (ianya mungkin) mencemarkan air bawah tanah / laut.
B8 menyebabkan ikan / haiwan akuatik mati.
B9 (dan) dalam jangka masa yang panjang, serangga / serangga perosak /
haiwan / rumpai mungkin berkembang menjadi ‘strain mutant’ yang
mempunyai ketahanan kepada bahan kimia.
B10 (dan) tidak lagi berkesan terhadap serangga perosak / kawalan rumpai.

SPM 2011 (Esei)


(a) Rajah menunjukkan kesan-kesan aktiviti pertanian berhampiran sebuah
kolam.

Aktiviti pertanian

Pertumbuhan alga secara mendadak

Kuantiti jirim organik mereput yang banyak

Tumbuhan akuatik dan ikan mati


Terangkan bagaimana aktiviti-aktiviti pertanian tersebut menyebabkan kematian
tumbuhan akuatik dan ikan-ikan di dalam kolam itu.
[10 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 186


E1 Baja kimia larut dalam / dibawa oleh air hujan // Larut resap / pengaliran
baja (inorganik) (dari kawasan pertanian ke dalam kolam).
E2 Meningkatkan kepekatan nitrat / fosfat / bahan inorganik (dalam kolam).
E3 Alga (yang tumbuh dengan cepat / pesat) melitupi keseluruhan permukaan
air.
E4 menyebabkan eutrofikasi.
E5 Menghalang / mengelakkan penembusan cahaya matahari.
E6 Mengurangkan kadar fotosintesis (tumbuhan akuatik).
E7 Kurang oksigen dihasilkan / terlarut dalam air.
E8 (Tumbuhan akuatik dan ikan mati) / organisma mati diuraikan oleh bacteria.
E9 Populasi bakteria / pengurai meningkat.
E10 (Bakteria / mikroorganisma) menggunakan oksigen dari air.
E11 Menyebabkan pengurangan oksigen yang melampau dalam air.
E12 Sangat sedikit / kurang oksigen terlarut dalam air untuk organisma
akuatik.
E13 meningkatkan (aras) BOD
E14 Pencemaran air // mengurangkan kualiti air (menyebabkan kematian
tumbuhan akuatik dan ikan di dalam kolam).

(b) Rajah menunjukkan satu kawasan perindustrian baru berdekatan dengan


kawasan perumahan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 187


Bincangkan kesan baik dan kesan buruk yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti
perindustrian terhadap manusia dan alam sekitar pada tahun-tahun akan
datang. [10 markah]

Kesan baik
G1 Lebih banyak peluang pekerjaan.
G2 Lebih banyak aktiviti meningkatkan ekonomi dan projek pembangunan.
G3 Menarik pelancong.
G4 Memperbaiki infrastruktur.
Kesan buruk kepada manusia
B1 Menyebabkan masalah pernafasan / asma / bronkitis / merengsa mata.
B2 Kadar jenayah meningkat.
Kesan buruk kepada persekitaran
B3 menyebabkan pencemaran udara.
B4 Jirim habuk yang sangat halus / asap / habuk / kotoran / jelaga.
B5 (menyumbang kepada) pembentukan jerebu / asbut.
B6 (yang) mengurangkan keamatan cahaya // menutup stomata.
B7 Mengurangkan / merendahkan kadar fotosintesis // mengurangkan hasil
tanaman.
B8: Gas beracun / nitrogen dioksida / sulphur dioksida // karbon dioksida //
CFC.
B9 menyebabkan hujan asid // Peningkatan suhu / kesan rumah hijau/
pemanasan global // Penipisan lapisan ozon.
B10 memusnahkan bangunan / mengkakis besi / keluli / aluminium.
B11 pencemaran air
B12 disebabkan oleh sisa industri / minyak / air panas / sisa radioaktif / logam
berat.
B13 Kepupusan / kematian organisma akuatik.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 188


SPM 2013 (Esei)

Rajah menunjukkan suatu ekosistem.

(a) Banyak kilang baharu didirikan berdekatan dengan sungai.


Terangkan kesan buruk kewujudan kilang-kilang tersebut terhadap ekosistem
itu. [10 markah]
Jawapan:
 Membebaskan banyak gas berbahaya / gas beracun // gas bertoksik.
 Karbon dioksida terperangkap di atmosfera.
 Memerangkap haba.
 Meningkatkan suhu persekitaran.
 Menyebabkan kesan rumah hijau / pemanasan global.
 Menyahasli enzim fotosintesis.
 Kadar fotosintesis lambat/ rendah.
 Kadar pertumbuhan tumbuhan perlahan.
 Populasi tumbuhan / hasil tumbuhan berkurang / pupus.
 Biodiversiti berkurangan.
 Sulfur dioksida / nitrogen oksida
 Terlarut dalam air hujan.
 Membentuk hujan asid.
 Mengalir ke dalam sungai / tanah.
 pH air sungai / tanah berkurang.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 189


 menyebabkan pencemaran air.
 Kematian organisma.
 Ekosistem tidak seimbang.
 Bahan pencemar / karbon monoksida / karbon doiksida / zarah / habuk /
kotoran.
 Menyebabkan jerebu / kabut.
 Menutup stoma daun.
 Mengurangkan kadar fotosintesis.
 Haba terbebas dari janakuasa.
 Meningkatkan suhu air sungai.
 Menyebabkan pencemaran terma.
 Mengurangkan oksigen terlarut.
 Kematian organisma akuatik.

SPM 2014 (Esei)

Rajah menunjukkan dua jenis aktiviti manusia dalam suatu ekosistem.

Aktiviti manusia

Baja berlebihan digunakan Penebangan pokok secara


dalam kebun sayur berleluasa

Terangkan impak setiap aktiviti kepada ekosistem tersebut. [10 markah]

P1 Baja yang berlebihan mengandungi kandungan nitrat / fosfat yang tinggi larut
dalam air hujan / mengalir ke dalam sungai yang berdekatan.
P2 Menggalakkan pertumbuhan alga / menyebabkan alga tumbuh secara
mendadak.
P3 mengakibatkan eutrofikasi // alga bloom.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 190


P4 alga menutupi seluruh permukaan sungai dan menyekat cahaya matahari
daripda menembusi ke dalam air.
P5 menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan akuatik lebih rendah.
P6 kurang oksigen dibebaskan.
P7 kadar respirasi organism akuatik lebih rendah.
P8 (organisma akuatik) bersaing dengan alga untuk oksigen.
P9 menyebabkan organism akuatik mati.
P10 kadar pemguraian oleh bacteria lebih tinggi.
P11 kurang oksigen terlarut dalam air.
P12 BOD air lebih tinggi // air tercemar.
P13 pencemaran tanah.
P14 perubahan Ph tanah // tanah menjadi berasid.
P15 meningkatkan kemasinan tanah.
P16 merosakkan akar tumbuhan.
P17 Kurang / tiada air.
P18 rencat pertumbuhan / kurang kadar pertumbuhan.
P19 melambatkan percambahan biji benih.
P20 kandungan mineral dalam tumbuhan meningkat.
P21 menarik / boleh menyebabkan jangkitan perosak.
P22 Tumbuhan mati.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 191


9.2 Fenomena kesan rumah hijau (KRH) dan penipisan lapisan ozon (PLO)

SPM 2005 (Esei)

(a) Rajah menunjukkan satu daripada fenomena alam sekitar yang menjadi isu
perbincangan masa kini.

Namakan fenomena ini dan terangkan bagaimana fenomena ini berlaku.


Jika anda adalah seorang aktivis alam sekitar, cadangkan bagaimana anda
akan menerangkan kepada orang ramai tentang langkah-langkah yang
diperlukan untuk mengatasi fenomena ini. [10 markah]

P1 Fenomena ini ialah kesan rumah hijau.


P2 (yang berlaku disebabkan) oleh peningkatan kandungan karbon dioksida di
atmosfera.
P3 Akibat pembakaran bahan api fosil di dalam kenderaan / penebangan hutan
yang berleluasa.
P4 (Karbon dioksida yang dibebaskan) akan memerangkap haba.
P5 Bangunan bercermin memantulkan haba dan hal ini meningkatkan suhu bumi.
P6 Industri meningkatkan CFC / metana di atmosfera dan
P7 Menyebabkan pemanasan global.
P8 Bagi mengatasi masalah ini:
Gunakan tenaga selain daripada bahan api fosil / tenaga solar.
P9 Hadkan pembakaran terbuka / pembakaran hutan.
P10 Tanam semula pokok selepas pembalakan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 192


P11 Galakkan bumi hijau.
P12 Kurangkan bangunan bercermin.

SPM 2008 (Esei)

(a) Rajah menunjukkan satu fenomena yang berlaku dalam atmosfera bumi.

Terangkan kesan fenomena tersebut terhadap alam sekitar jika aras


kepekatan karbon dioksida, CO2 semakin meningkat. [3 markah]

P1 (Peningkatan dalam kepekatan karbon dioksida) akan memerangkap haba.


P2 Peningkatan dalam suhu atmosfera global / dunia (kepada satu nilai yang
lebih tinggi dari suhu normal) / menjadikan atmosfera lebih panas /
menyebabkan peningkatan dalam suhu bumi / pemanasan global.
P3 Pencairan ais (kutub) / aras air laut meningkat.
P4 (Fenomena ini dinamakan) kesan rumah hijau.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 193


SPM 2010 (Esei)

(b) Rajah menunjukkan beberapa aktiviti manusia yang membebaskan karbon


dioksida ke atmosfera dalam suatu ekosistem.

Terangkan kesan pertambahan kepekatan CO2 pada ekosistem itu. [10 markah]

Jawapan:

 Kesan Rumah Hijau.


 Pertambahan kepekatan gas-gas Rumah Hijau / CO2 memerangkap /
menyerap lebih banyak haba di atmosfera.
 Lapisan gas-gas Rumah Hijau bertindak sebagai penebat.
 Penghalang tenaga haba drp berpindah ke angkasa.
 Menyebabkan peningkatan suhu / pemanasan global.
 Kesan Rumah Hijau menyebabkan pengembangan termal air laut //
pencairan glasier / ketulan ais.
 Menyebabkan aras air laut naik.
 Menyebabkan perubahan dlm arah angin / arus laut.
 Menyebabkan perubahan cuaca.
 Suhu lampau tinggi yg memberi kesan kpd fotosintesis.
 Penghasilan tanaman / haiwan berkurang.
 Pemusnahan rantai/ jaringan makanan.
 Kepupusan spesies// biodiversiti berkurangan.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 194


SPM 2012 (esei)

(b) Rajah menunjukkan alatan kegunaan harian di rumah.

Terangkan kesan pembebasan klorofluorokarbon ke atas kesihatan manusia dan


ekosistem.

Jawapan:

 Lapisan ozon melindungi / menghalang permukaan bumi /organisma drp


sinar UV.
 CFC menyebabkan penipisan lapisan ozon.
 CFC melepaskan atom klorin melalui pertambahan UV.
 Klorin memecahkan / bertindak ke atas molekul ozon kepada oksigen.
 Penipisan lapisan ozon menyebabkan lebih banyak cahaya / sinar UV
menembusi atmosfera bumi.
 Katarak iaitu kornea mata mengeras.
 Kanser kulit iaitu pembahagian sel luar biasa / tidak terkawal.
 Kecacatan / penyakit genetik melalui mutasi.
 Penurunan sistem keimunan dengan kemusnahan sistem keimunan.
 Kemusnahan rantai / jaringan makanan menyebabkan fitoplankton /
zooplankton / pengeluar / pengguna mati / musnah.
 Kepupusan organisma yang tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan
persekitaran.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 195


 Kemusnahan kitar karbon // penurunan kadar fotosintesis apabila klorofil /
sel daun musnah // enzim ternyahasli.
 Perubahan cuaca yg menyebabkan peningkatan suhu / kemarau / banjir
kilat.

9.3 Kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan ekosistem.

SPM 2007 (Esei)

(b) Kawasan sawah padi dibangunkan menjadi kawasan perindustrian seperti


yang ditunjukkan pada Rajah di bawah.

Bincangkan kesan baik dan kesan buruk sosial, ekonomi dan persekitaran akibat
pembangunan ini. [10 markah]

Kesan baik Penerangan


G1: Menyediakan peluang pekerjaan P1: Meningkatkan taraf ekonomi.
G2: Menyediakan keperluan asas P2: Membina bangunan sekolah / klinik /
infrastruktur. untuk meningkatkan kualiti / peluang
pekerjaan dalam pendidikan.
G3: Menyediakan persekitaran hidup P3: Mempunyai sistem pembersihan yang
yang lebih baik / selesa kepada baik / bekalan air bersih / bekalan
penduduk. elektrik yang lebih baik.
G4: Sistem pengangkutan yang baik. P4: Pengangkutan lebih cepat /
menjimatkan masa untuk bergerak
dari satu tempat ke tempat lain.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 196


Kesan buruk Penerangan
B1: Kawasan padi terdedah kepada P5: Semasa hujan lebat, partikel tanah di
tanah tebus guna. hanyutkan ke sungai / sumber air
menyebabkan banjir lumpur.
B2: Habitat untuk flora / fauna / P6: Kepupusan flora / fauna //
sawah padi musnah. mengurangkan populasi organisma.
B3: Pencemaran udara / air / terma P7: disebabkan pembebasan bahan
/ bunyi. pencemar ke persekitaran //
menyebabkan penyakit / bronkitis /
asma / tekanan // kualiti kesihatan
menurun.
B4: Meningkatkan populasi di P8: Menyebabkan masalah sosial.
kawasan itu

SPM 2012 (Esei)


Rajah menunjukkan tiga tong sampah kitar semula P, Q dan R. Tong sampah
kitar semula ini digunakan untuk mengumpul bahan-bahan terpakai.

Kertas terpakai Kaca terpakai Plastik terpakai

Bahan-bahan terpakai tersebut adalah daripada sumber semula jadi.


 Kertas daripada pokok
 Kaca daripada mineral
 Plastik daripada petroleum
Terangkan bagaimana amalan mengitar semula bahan-bahan terpakai dalam
Rajah di atas menyumbangkan kepada pengekalan keseimbangan alam.
[10 markah]

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 197


Jawapan:
Kertas,

 Dengan menggunakan semula kertas terpakai kurang pokok akan


ditebang / lebih banyak pokok yg dipelihara.
 Banyak habitat flora dan fauna dapat dipelihara.
 Kurang / tiada gangguan jaringan/rantai makanan.
 Kepupusan flora / fauna dapat dielakkan.
 Memelihara biodiversiti.
 Kitar karbon dapat dikekalkan // kepekatan CO2 / O2 dikekalkan.
 Kawasan tadahan air dipelihara.
 Mencegah banjir kilat / hakisan tanah / banjir lumpur / tanah runtuh /
pemanasan global.
 Mengekalkan kawasan rekreasi.
 Mengurangkan pencemaran air / udara.
 Mengurangkan tapak pelupusan sampah.

Kaca,

 Kurang kaca baru dihasilkan daripada kilang-kilang.


 Lebih tenaga / wang dapat dijimatkan.
 Kurang / halang ketandusan mineral // kurang bahan api fosil digunakan //
mineral boleh diselamatkan.
 Eksploitasi sumber bumi dapat dikurangkan.
 Kurang pencemaran air / udara.
 Mengurangkan tapak pelupusan sampah.

Plastik,

 Kurang petroleum diperlukan untuk menghasilkan plastik baru.


 Banyak petroleum dalam bumi dapat dipelihara untuk masa depan.
 Pembuangan plastik boleh mencemarkan persekitaran / plastik
menyumbat longkang menyebabkan banjir kilat.
 Plastik tidak terbiodegradasi / tidak dimusnahkan oleh bakteria / pengurai.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 198


 Merosakkan permandangan / boleh dilihat disepanjang jalan / pantai.
 Gas beracun dikeluarkan jika ia dibakar.
 Hidupan akuatik akan mati disebabkan tersilap memakan plastik yg
disangkakan makanan.
 Mengurangkan masalah bahan sisa pepejal / kurangkan tapak pelupusan
sampah.
 Kurangkan pencemaran udara/ air.

“Semoga anda mencapai kecemerlangan dalam SPM”

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 199

Anda mungkin juga menyukai