Anda di halaman 1dari 3

Latihan PKP 2 : Menulis Karangan Lengkap

Soalan: Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca kemalangan
jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

pengguna jalan raya yang tidak mematuhi


peraturan jalan raya

PUNCA KEMALANGAN pemandu kenderaan yang tidak cukup rehat


JALAN RAYA

(T )
kenderaan yang tidak diservis

============================================================
=

1. LIHAT KOTAK SUSUNAN PENULISAN KARANGAN BAGI 3 ISI YANG DIBERIKAN.

ISI PERTAMA (perenggan kedua)


ISI
pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya
(PW+T+I)

CONTOH 

KESAN 

PENEGASAN
(PW + I +T)

ISI KEDUA (perenggan ketiga)


ISI
pemandu kenderaan yang tidak cukup rehat
(PW+T+I)

CONTOH


KESAN

PENEGASAN (PW + I +T)

ISI KETIGA (perenggan keempat)


ISI
kenderaan yang tidak diservis
(PW+T+I)

CONTOH

 .
KESAN

PENEGASAN (PW + I +T)
........................... .........................

2. PILIH CONTOH DAN KESAN YANG TEPAT BAGI SETIAP ISI YANG
DIBINCANGKAN.

AYAT CONTOH
 memandu kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan
 memotong kenderaan di garisan berkembar
 brek kenderaan yang tidak berfungsi
 tayar kereta yang pancit
 mereka tidak cukup tidur dan mengantuk semasa memandu
 mereka memandu dalam jarak yang jauh selepas penat bekerja

AYAT KESAN
 pemandu tidak dapat menumpukan perhatian semasa memandu
 kemalangan akan berlaku kerana pemandu tidak fokus
 mereka tidak dapat mengawal kenderaan yang laju
 pemandu kenderaan yang lain akan turut menjadi mangsa kemalangan
 kereta akan berada di luar kawalan pemandu
 kemalangan akan mudah berlaku

3. Baca perenggan di (pendahuluan dan kesimpulan) di bawah, kemudian lengkapkan


karangan anda.

Kesemua di atas merupakan antara punca kemalangan jalan raya yang semakin meningkat di
negara kita. Pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada ketika hendak memulakan perjalanan
dan memandu kenderaan dengan cermat kerana …………………………... Sekiranya masyarakat
mengimplimentasikan kewajipan masing-masing, barulah keselamatan setiap pengguna dapat
dijamin. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dan
berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat ditangani dengan
berkesan ibarat peribahasa …………………………………………….... Dengan ini, diharapkan agar
masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah keselamatan jalan
raya. Maka, aspirasi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 dapat digapai dan digenggam erat. 

Dasawarsa ini, isu kemalangan jalan raya yang semakin meruncing sering menjadi fokus
perbincangan dan mauduk utama akhbar - akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan
menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke
setahun, terutamanya pada musim perayaan. Hal ini disebabkan anggota masyarakat di Malaysia
begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dengan perasaan bagai digamit
rindu sehingga mengabaikan kepentingan peraturan di jalan raya. Senario yag menggemparkan ini
tidak boleh dibiar berterusan. Justeru, ………………………………………………………..., marilah kita
mengkaji punca yang menyebabkan berlakunya agar dapat menangani masalah ini dengan efisien. 

4. Pilih peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan perenggan kesimpulan dan


pendahuluan di atas.

a. hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih


b. pandu cermat jiwa selamat.
c. sebelum nasi sudah menjadi bubur
5. SALIN KARANGAN LENGKAP DI DALAM BUKU KARANGAN.

........................... .........................

Anda mungkin juga menyukai