Anda di halaman 1dari 4

QKM3013

ORGANISASI/PENTADBIRAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

KUIZ PERTENGAHAN SEMESTER

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK

MUHAMMAD
D20172081148
IZZARUL AIZEK BIN MOHD ZULKIFLI

KUMPULAN KULIAH:

KUMPULAN A

NAMA PENSYARAH:

ENCIK YUSRI BIN YAKUB


SOALAN 1

Semua peringkat pengurusan di dalam organisasi memainkan peranan yang amat penting di dalam
menggerakkan fungsi pengurusan. Pengurus yang mampu menguasai kemahiran yang diperlukan
akan berupaya menjalankan tugas mereka dengan efektif dan seterusnya mencapai matlamat
organisasi. Berdasarkan kenyataan di atas, nyatakan apakah kemahiran-kemahiran pengurusan
yang diperlukan dimiliki oleh setiap pengurus organisasi dan bagaimana kemahiran pengurusan
tersebut dapat membantu mereka di dalam menjalankan tugas seharian mereka?

Kemahiran pengurusan yang diperlukan adalah pengurusan masa yang diperlukan dalam
sesuatu pengurusan. hal ini kerana kemampuan pengurus untuk menyusun atur jadual atau
menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja. Seseorang pengurus merupakan seorang
yang sibuk pada tugas yang berkaitan tentang pengurusan, maka pengurus atau seseorang
individu perlu bijak menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan supaya tidak terbengkalai
atau tertangguh. Kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti mengikut
tempoh yang ditetapkan dan dapat menyiapkan tugasan dengan masa yang telah ditetapkan
atau lebih awal

Seterusnya adalah kemahiran insaniah dan secara umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran
seseorang dalam membina perhubungan yang baik terhadap diri sendiri dan orang
sekeliling, iaitu apa yang dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran
interpersonal. Kemahiran insaniah juga disebut sebagai people skills, soft skills dan
emotional intelligence dan seupamanya. Kesemuanya membawa maksud yang sama, iaitu
kebolehan individu menguasai kemahiran dalam membina hubungan pada diri sendiri dan
membina hubungan melalui orang sekeliling, khususnya melalui berkomunikasi. Oleh itu,
sesebuah organisasi yang baik adalah pengurusan yang mempunyai kemahiran insaniah
yang diperlukan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh organisasi.

Di samping itu, kemahiran konseptual merupakan kemahiran yang diperlukan untuk setiap
pengurusan organisasi. Kemahiran konseptual juga dapat diertikan sebagai memahami
hubungkait dan saling bergantung antara bahagian atau unit yang lain dalam organisasi dan
juga memahami bagaimana organisasi menyesuaikan diri dalam persekitaran perniagaan. Ia
juga melibatkan perancangan untuk menggerakan kerja organisasi, pengurusan,
melaksanakan kerja bagi pengurusan dan organisasi serta menyediakan misi dan visi untuk
dicapai oleh organisasi.

Seterusnya adalah, Kemahiran kemanusiaan iaitu merujuk kepada kebolehan seseorang


pengurus untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada secara
individu mahupun secara kumpulan dan pasukan. Sebahagian besar daripada urusan
seharian para pengurus organisasi adalah bekerja bersama-sama dengan para pekerja
mereka. kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada sejauh mana mereka dapat
merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang dijalankan oleh para pekerja
mereka. Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan amatlah kritikal kepada
seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi dan kepimpinan.

SOALAN 2

Apakah yang anda faham mengenai Gaya Hidup Sihat? Bagaimanakah kaedah dan pendekatan
yang terbaik untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan
seharian mereka dan seterusnya menjadikan gaya hidup sihat ini sebagai satu budaya dalam
kehidupan masyarakat di Negara kita?

Amalan gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang selalu dibuat untuk mengekalkan
kesihatan tubuh badan. Aspek gaya hidup itu meliputi perkara fizikal, emosi, mental,
pergaulan harian, dan nilai murni serta sebagainya. Media massa telah menguar-uarkan
kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat kepada masyarakat Negara ini menerusi
pelbagai program mereka di televisyen, akhbar, dan internet. Sejarah membuktikan zaman
dahuu hidup dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding masyarakat sekarang kerana
mengamalkan gaya hidup sihat. Masyarakat zaman sekarang banyak mengalami masalah
kesihatan kerana tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah untuk dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan
yang sihat antaranya adalah menjaga pemakanan seharian, melakukan senaman atau
riadah, jauhkan diri daripada tekanan diri, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran
daripada melakukan perkara yang menjejaskan kesihatan, dan membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala.

Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan
berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan
piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi, bijirin.
Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh
badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya,
pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti sayur-
sayuran dan buah-buahan.
Selain itu juga, masyarakat juga perlu melakukan senaman atau riadah. Cara
mengamalkan gaya hidup sihat yang juga adalah melakukan aktiviti senaman dan
riadah yang penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan
makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara kosisten ini,
sekaligus dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah
peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah kurangnya 3 kali seminggu.
Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah memadai
untuk dilakukan dalam masa 20 minit 30 minit.

Kesimpulan nya, semua pihak harus seharusnya peka terhadap kesihatan dan
amalan gaya hidup sihat kerana penjagaan kesihatan amatla penting untuk
membina masyarakat yang sihat. Individu atau masyarakat juga perlu
mengamalkan gaya hidup sihat dengan meningkatkan ilmu berkaitan tentang
pemakanan yang sihat, senaman yang betul dan amalan gaya hidup sihat. Oleh itu,
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup dapat melahirkan golongan yang
cerdas serta sihat dari segi rohani dan jasmani.

Anda mungkin juga menyukai