Anda di halaman 1dari 3

Nama Murid : KASHFI AL-ARISH BIN KHAIRIL AZMAR

Tajuk Cerita : SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang saya hormati, para hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.  Saya akan menyampaikan sebuah

cerita yang bertajuk “Singa yang Sombong”.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang

besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang

telah menjadi mangsa Sang Singa. Suatu hari, semua haiwan di rimba mengadakan

satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang

ganas lagi sombong itu.  Tiba-tiba, Sang Kancil bangun dan bersuara. “Wahai

kawan-kawan sekalian, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,

semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu,

marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu?”

“Ya, kami sedia membantu,” jawab haiwan yang lain. “Siapa ada cadangan,

sila kemukakan,” kata Sang Kancil. Semua haiwan terdiam. Tiba-tiba, Sang Tebuan

bersuara, “Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan

lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Sang Tebuan. “Selain saya, siapakah

yang berani menawarkan diri?” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing

tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,

marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita,” kata Sang

Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.          

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan

pertarungan antara Singa dan Tebuan.  Tiba di suatu tempat, mereka ternampak
Sang Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu, Tebuan pun terbang menghampiri

Singa. “Hai Singa yang zalim! Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan

denganku,” kata Tebuan dengan berani. “Engkau nak berlawan dengan aku?” tanya

Singa itu sambil ketawa. “Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tetapi

dengan semangat yang ada di dalam diri, aku akan dapat menewaskan kamu,”

jawab Tebuan penuh berkeyakinan. “Baiklah, kalau engkau berani, marilah!” kata

Sang Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu

berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan,

Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan dengan berfikir akan suatu

idea. Dengan pantas, ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu,

menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Sang Singa meraung kesakitan. Ia

bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama,

semakin kuat gigitan tebuan itu.          

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kerana kesakitan yang amat sangat.

Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian Sang

Tebuan.

Ingat kawan-kawan, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang

kecil tidak semestinya lemah. Kita tidak boleh bersikap lemah kerana setiap orang

mempunyai kekuatan tersendiri. Kita juga mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memperdengarkan serangkap pantun.

Singgah berteduh di pohon buluh,

Asyik bersandar tersiat duri,

Hina sungguh sifat yang angkuh,

Kelak ianya memakan diri.


Ingat ya kawan-kawan, “Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka

bapa”. Pengetahuan dan kelebihan seseorang itu tidak hanya kepada mereka yang

berusia sahaja. Sesungguhnya, akal yang cerdik dan semangat kental dapat

mengatasi masalah dan mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai