Anda di halaman 1dari 3

KAN WING NIAN DPLI / GSTT- BC2 -

Dalam usaha menjayakan tugasan yang berkaitan dengan teori


perkembangan moral ( Lawrence Kohlberg ) pengalaman rakaman dalam
menghasilkan tugasan bagi saya adalah kali pertama. Saya dan rakan saya
bertemu pukul 3 petang dan kita sediakan pelbagai alatan seperti kemera , baju
formal, baju kadet remaja sekolah, bag, botol dan lain-lain. Selepas menyiapkan
pelbagai alatan kitapun memulakan langkah membuat rakaman tugasan
pertama.

Saya dan rakan saya memulakan perjalanan dari Taman Mahsuri , cuaca
agak panas pada petang itu, pada hari itu saya berasa seronok kerana diri saya
sebagai seorang pelakon. Watak saya dalam dilema Heinz ialah saya sebagai
seorang Kadet Remaja Sekolah yang bertanggungjawab menangkap pencuri
yang mencuri ubat di kedai farmasi dan seterusya membawa dia ke balai polis.
Satu lagi watak ialah saya berlakun sebagai pengusaha kedai dimana kawan
saya ingin meminjam wang daripada saya. Selain itu, saya juga berperanan
sebagai pemegang kamera yang merakamkan pelbagai babak dalam dilema itu.

Saya dan ahli kumpulan saya menghadapi pelbagai masalah dimana bila
kita hendak memulakan rakaman lokasi yang ingin kita memulakan rakaman
tidak mendapat keizinan daripada pemilik kedai farmasi untuk memulakan
rakaman. Bagi mengatasi masalah ini saya dan ahli kumpulan saya telah
mencari beberapa kedai farmasi untuk mendapatkan keizinan memulakan
rakaman tetapi gagal juga. Akhirnya kita bercadang membuat rakaman di
hospital dan apabila kita sampai ke sana kebetulan ada sebuah farmasi di
dalam bangunan hospital, saya dan rakan saya pun menanyakan keizinan
memulakan rakaman serta tujuan berbuat demikian akhirnya pembantu farmasi
itu membenarkan kita memulakan rakaman dilema Heinz serta mendapat
bantuan dengan melibatkan pembantu farmasi dalam rakaman.
Selain itu, sebagai perlakon dalam tugasan ini bagi saya dan ahli
kumpulan saya menghadapi masalah lupa perkataan sehingga kena membuat
rakaman beberapa kali. Dalam dilema Heinz babak menangkap pencuri
merupakan babak yang banyak membuat rakaman kerana babak pencuri yang
lari terlalu cepat sehingga anggota KRS tidak dapat menangkap pencuri. Dalam
usaha mengatasi masalah ini ahli kumpulan kita mengadakan perbincangan
sehingga mencapai kata sepakat dan menjayakan rakaman tugasan itu.

Pengalaman saya dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan


kefahaman saya tentang teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dari
aspek manusia yang berbuat jahat akan mendapat hukuman. Sebagai contoh
dalam dilema Heinz suami yang bertingkah laku buruk iaitu mencuri ubat
ditanggap oleh anggota KRS dan serah kepada pihak polis serta dikenakan
hukuman.

Dari aspek etika kemanusiaan sejagat Heinz mencurinya ubat


kerana ingin menyelamatkan nyawa seseorang. Saya rasa dalam babak ini
fikiran Heinz yang mencuri itu sebenarnya ingin menyelamatkan orang yang
tersayang. Maka selain memikirkan kesalahan mencuri kita juga perlu
memikirkan perbuatannya adalan munasabah. Hukuman yang dijatuhkan perlu
mengambil pertimbangan dari aspek ini mungkin hukuman yang dijatuhkan kena
ringan.

Kepentingan pengetahuan teori dan proses pertumbuhan dan


perkembangan manusia dalam menyediakan diri sebagai guru yang berkesan
adalah seperti berikut: niali-nilai moral perlu ada pada setiap guru kerana ini
adalah sebagai kesepakatan tradisi sosial. Nilai-nilai moral perlu ada dalam
kehidupan dalam masyarakat dan di mana jua muhupun di kampung, bandar ,
dalam negara dan diluar negara. Pelanggaran peraturan akan dikenakan
hukuman seperti membuang sambah di merata-rata tempat di kenakan hukuman
saman RM 500.
Sebagai seorang bakal guru jika murid melakukan kesalahan haruslah
dikenakan hukuman yang setimpal dan sebaliknya perbuatan yang baik akan
diberi ganjaraan sama ada berbentuk hadiah atau diberi tepukan. Di sini kita
dapati murid-murid berbuat jahat dikenakan hukuman dengan sebab
mengelakkan murid tersebut ulangi kesalahan yang sama. Jadi murid akan tahu
bezakan baik dan buruk.

Dalam teori perkembangan moral ( Lawrence Kohlberg ) di tahap 2


konvensional iaitu orientasi perlakuan baik. Pada peringkat ini individu ingin
dilihat sebagai “ anak yang baik ” dan mengikut arahan. Maka sebagai seorang
guru kita perlu menanam semangat anak baik dalam jiwa mereka supaya
mereka tahu nilai-nilai moral yang baik seperti menghargai jasa ibu bapa , guru,
memberi pertolongan kepada orang dan lain-lain lagi. Semangat anak baik yang
ada pada murid dan anak kecil akan membantu mereka dalam alam
pembelajaran sehingga mereka bekerja dan kemudian sebagai ibu bapa yang
baik.

Dalam teori perkembangan moral ( Lawrence Kohlberg ) di tahap 3 pos


konvensional iaitu mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan
menghormati maruah dan prinsip individu lain. Sebagai seorang bakal guru kita
perlu memberi kesamaan hak kepada setiap pelajar dimana kita tidak pilih kasih
terhadap sesetengah pelajar. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran kita
perlu tahu setiap orang mempunyai hak yang sama dalam pendidikan iaitu
mempunyai peluang menerima pendidikan yang sama mahupun sempurna dari
segi anggota badan ataupun cacat.

Anda mungkin juga menyukai