Anda di halaman 1dari 3

Lompat kijang

Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali
pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali
lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan
seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara
lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan
pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. 

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya
ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan
peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik.
Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang
dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut
lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita
pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.

Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat
(hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop)
dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan
kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya
pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.

FASA LOMPAT KIJANG

Lompat kijang boleh dibahagikan kepada lima fasa seperti berikut:-

1) fasa penujuan

2) fasa meloncat ( hop)

3) fasa melangkah ( step)

4) fasa melompat (jump)

5) fasa pendaratan
1). Fasa Penujuan  

Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi  tiga
fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk  pelompat
peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.

2). Fasa meloncat ( hop)  

Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat  pada
kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini.  Semasa
menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan  kelajuan untuk
melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu  untuk meloncat seberapa
jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu  diawali oleh tumit dan diikuti oleh
hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki  menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan
mengangkat tumit terlebih dahulu  diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu
terkedang lurus ke  depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai
contoh kaki kiri)  itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.

3). Fasa Melangkah (Step)  

Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama  lutut kaki
kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke  belakang untuk
menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara  (iaitu fasa
penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke  belakang (bengkok
pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di  bawah badan. Kedudukan “kaki
terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama yang  boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan
dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi.  Semasa berat badan dipindahkan ke depan,
kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi  sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki
kanan memijak bumi ianya  dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua
tangan berada di  belakang.

4). Fasa melompat (jump)                                          

Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki  lonjak menolak
dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik  penerbangan lompat jauh
seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa  berada di udara.

5). Fasa pendaratan.                                               

Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat.
Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera  dibengkokkan dan
ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.

Anda mungkin juga menyukai