Lompat Kijang
Lompat Kijang
Adalah dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland. Kali
pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali
lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan
seperti acara lompat jauh. Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara
lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan
pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek.
Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya
ditukar namanya kepada triple jump. Ciri-ciri pelompat kijang adalah hampir sama dengan
peserta pelompat jauh. Antaranya ialah kepantasan serta kuasa lonjakan (spring) yang baik.
Secara amnya pelompat-pelompat antarabangsa adalah bertubuh tinggi, berkaki panjang
dengan kelembutan yang baik. Kelengkapan atlet termasuk seluar pendek, singlet dan kasut
lari. Kasut yang digunakan hendaklah memberi sokongan yang baik kepada tumit kaki. Pita
pengukur juga disediakan untuk menetapkan jarak landas lari.
Acara lompat kijang terdiri daripada tiga jenis pergerakan yang berlainan ; iaitu berjingkat
(hop), melangkah (step) dan melompat (jump). Teknik melakukannya ialah berjingkat (hop)
dengan kaki yang terkuat (kiri), setelah kaki kiri mendarat disusuli dengan melangkahkan
kaki kanan ke depan dan dengan kaki kanan ini pula gerakan melompat dilakukan. Akhirnya
pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kaki di kawasan mendarat.
1) fasa penujuan
5) fasa pendaratan
1). Fasa Penujuan
Tujuan fasa ini adalah untuk menghasilkan kelajuan mendatar yang maksimum bagi tiga
fasa berikutnya. Biasanya sebanyak 12-16 langkah adalah mencukupi untuk pelompat
peringkat sederhana. Tegakkan badan bila menghampiri papan lonjak.
Fasa lompatan pertama ialah lakuan meloncat (hop), iaitu melompat dan mendarat pada
kaki yang sama. Kaki yang terkuat sekali hendaklah digunakan pada fasa ini. Semasa
menghampiri papan lonjakan, pelompat itu tidak seharusnya mengurangkan kelajuan untuk
melonjak tetapi menggunakan kelajuan yang telah diperolehi itu untuk meloncat seberapa
jauh yang boleh. Pendaratan kaki lonjak pada papan itu diawali oleh tumit dan diikuti oleh
hujung kaki. Setelah keseluruhan tapak kaki menyentuh bumi, lonjakan dilakukan dengan
mengangkat tumit terlebih dahulu diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu
terkedang lurus ke depan. Setelah melepasi papan lonjakan, kaki melonjak ( sebagai
contoh kaki kiri) itu digerakkan ke depan dalam keadaan bengkok.
Tapak kaki kiri ditolak sehingga kaki itu terkedang lurus. Pada masa yang sama lutut kaki
kanan dibawa tinggi ke depan. Kedua-dua tangan diayun dengan kuat ke belakang untuk
menggerakkan badan ke atas dan ke hadapan. Semasa berada di udara (iaitu fasa
penerbangan), kaki kanan yang berada dihadapan, diayun sedikit ke belakang (bengkok
pada lutut) dan kaki kiri digerak ke depan supaya berada di bawah badan. Kedudukan “kaki
terbuka” (split) ini dikekalkan seberapa lama yang boleh. Sebelum mendarat, kaki kanan
dibawa ke depan dan ianya menyentuh bumi. Semasa berat badan dipindahkan ke depan,
kaki kanan sebenarnya menyentuh bumi sambil ia bergerak kearah belakang. Ketika kaki
kanan memijak bumi ianya dibengkokkan pada pergelangan kaki dan lutut. Kedua-dua
tangan berada di belakang.
Kaki bebas, iaitu kaki kiri diayun kuat ke depan ( bengkok pada lutut). Kaki lonjak menolak
dengan kuat disertai oleh ayunan tangan. Seterusnya teknik penerbangan lompat jauh
seperti gaya bunting atau ‘ sail’ boleh digunakan semasa berada di udara.
Kedua-dua kaki dan tangan diluruskan ke depan, badan condong ke depan untuk mendarat.
Apabila tumit kaki mencecah pasir, kedua-dua lutut dengan segera dibengkokkan dan
ayunan kedua-dua tangan diteruskan sampai ke depan.